TADBIR URUS BAIK UNTUK PEMBANGUNAN

dokumen-dokumen yang mirip
Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

Suruhanjaya Sekuriti TELUS ADIL TERJAMIN CEKAP. Suruhanjaya Sekuriti Securities Commission

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

LONPAC INSURANCE BHD Tinjauan Insurans Euromoney 2010 Syarikat Insurans Ketiga Terbaik Keseluruhan Mengikut Rantau - Asia

INDEKS & PENEMUAN TADBIR URUS KORPORAT MSWG -ASEAN 2014 UNTUK MALAYSIA PENGIKTIRAFAN DALAM TADBIR URUS KORPORAT

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

KANDUNGAN II. KE ARAH 2020: LIMA BELAS TAHUN PERTAMA, Modal Insan: Pendidikan, Inovasi dan Nilai 7. Kesaksamaan Sosioekonomi 10

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

DASAR PENGURUSAN REKOD KERAJAAN

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

MENGUPAYAKAN BELIA UNTUK MASA HADAPAN

PRINSIP-PRINSIP KOPERASI

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH

MEMUPUK PEMBANGUNAN KELUARGA DAN MASYARAKAT

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

DIMENSIKOOP. melibatkan aktiviti perekodan, pengkelasan, menganalisis dan mentafsir kegiatan urus niaga.

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BERTULIS MESYUARAT KEDUA. PENGGAL KELIMA. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

MEMBANGUNKAN BUDAYA KESUKANAN

BAB 14 AUDIT DALAMAN

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

MANUAL PENYEDIAAN LAPORAN MAKLUM BALAS JAWATANKUASA KEUTUHAN TADBIR URUS (JKTU)

Bahagian Tiga. Mempengaruhi Ekosistem Pelaporan Kewangan Dan Memanfaatkan Sokongan Pihak Berkepentingan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD (KOTA RAJA)

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

DASAR PENGGUNA NEGARA (DPN)

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

MENCERGASKAN PERKHIDMATAN KEWANGAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DARIPADA DATO SRI HASAN MALEK [ KUALA PILAH ]

Perutusan Pengerusi. Tan Sri Dato Seri Ranjit Ajit Singh

PROFIL AM TUGAS DAN KOMPETENSI PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN 3 (TK3) PENGURUSAN DAN PROFESIONAL ARKITEK LANDSKAP (J44)

JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

MALAYSIA RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KETIGA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

PERUTUSAN PENGERUSI. iii. Pengenalan

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

Oleh : Y. BHG. DATO MANGSOR BIN SAAD PENGERUSI EKSEKUTIF SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

PROFIL AM TUGAS DAN KOMPETENSI PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN 3 (TK3) PENGURUSAN DAN PROFESIONAL PEGAWAI SAINS (C44)

11149-Separators:Layout 1 3/23/08 11:10 AM Page 2 Perutusan Pengerusi

Membudayakan Etika, Nilai dan Integriti dalam Koperasi

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

PENCAPAIAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) 2014

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT BUKAN JAWAB LISAN DR. HAJI IZANI BIN HAJI HUSIN

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

1.0 LATAR BELAKANG 2.0 TUJUAN

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

ANALISIS PEKERJAAN. Jawatan : PEGAWAI PERUBATAN GRED : U51 / U52 / U53

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 6 BAGI PEGAWAI TADBIR UNIVERSITI N54

ANALISIS PEKERJAAN PEGAWAI PERUBATAN U43 / U44

Utusan Ketua Pegawai Eksekutif

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KETIGA BELAS PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Bab 7: Struktur Sistem

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PEGAWAI PERKHIDMATAN MEDIA DGA 32/34 PPPLD

Kod pengendalian perniagaan

SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

BAB 2 JABATAN DI KEMENTERIAN PELAJARAN YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN SAINS

BAHAGIAN TUJUAN. makna. yang lain. kredit;

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

SEMINAR HAL EHWAL TENTANG SYARIKAT

SASARAN KERJA TAHUNAN (2014)

Mengkaji kecukupan dan ketelusan kawalan dalaman dan sistem maklumat pengurusan, termasuk sistem bagi pematuhan undangundang

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

MEMPERKAYAKAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN

SPESIFIKASI TUGAS PEGAWAI PENGURUSAN DG 41 (HAL EHWAL PELAJAR)

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

SPESIFIKASI TUGAS PEMBANTU PEGAWAI PENGURUSAN (HAL EHWAL PELAJAR) DG 34

POLISI PENGURUSAN TENAGA UMT

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

JAWATAN KOSONG. 1.3 Jadual Gaji : RM7, RM20,592.00

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

STANDARD AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. 1.1 Tujuan Standard Audit Dalam adalah untuk:

Transkripsi:

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 2006-2010 BAB 25 TADBIR URUS BAIK UNTUK PEMBANGUNAN 25 I. PENDAHULUAN 25.01 Pelbagai program dan langkah telah dilaksana dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) untuk mempertingkat tahap integriti dalam sektor awam dan swasta. Secara khususnya, pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) telah merangsang usaha ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang berintegriti tinggi. Usaha untuk meningkatkan tahap integriti melibatkan penyertaan semua lapisan masyarakat daripada akar umbi sehingga peringkat tertinggi. 511 25.02 Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), selaras dengan prinsip Islam Hadhari yang kedua 1, keenam 2 dan kelapan 3, pelaksanaan PIN akan dipergiat dengan memberi penekanan kepada beberapa bidang keutamaan. Amalan perniagaan beretika dan program tanggungjawab sosial korporat akan digalak untuk menambah baik tadbir urus korporat. Usaha juga akan digembleng ke arah menghapuskan peluang melakukan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Langkah ini akan membantu menangani rasuah, mengurangkan pembaziran serta meningkatkan ketelusan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan sektor korporat dengan mengurangkan kos menjalankan perniagaan. Manfaat daripada tadbir urus baik bukan sahaja membantu pencapaian matlamat pembangunan negara tetapi juga menjadikan Malaysia lebih berdaya saing dan menarik kepada pelabur. II. KEMAJUAN, 2001-2005 25.03 Dalam tempoh RMKe-8, PIN telah dilancarkan bertujuan membentuk masyarakat yang bermoral dan beretika serta mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan tahap etika yang tinggi dan seterusnya menyahut cabaran keempat Wawasan 2020. Undang-undang dan peraturan disemak semula 1 Kerajaan yang adil dan beramanah. 2 Kehidupan berkualiti. 3 Keutuhan budaya dan moral.

serta langkah penguatkuasaan diperketat oleh pelbagai badan kawal selia untuk mempertingkat tadbir urus korporat. Langkah juga telah diperkenal untuk memperkukuh etika perniagaan yang baik dalam sektor korporat. Pelan Integriti Nasional 25.04 Pelaksanaan PIN dimulakan pada bulan April 2004 dengan pelancaran TEKAD 2008, fasa pertama ke arah meningkatkan tahap etika dan integriti serta memastikannya menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat. PIN bertujuan: mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara berkesan; meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi; meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan; 512 memantapkan institusi keluarga; dan menambah baik kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. 25.05 Institut Integriti Malaysia (IIM) telah ditubuhkan pada tahun 2004 untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan PIN. Dalam fasa pertama, enam agensi utama telah dikenal pasti untuk menerajui pelaksanaan PIN, iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran. Di samping itu, kira-kira 100,000 penjawat awam telah menjalani latihan untuk menerap nilai murni dan etika dalam tugas harian. 25.06 Indeks Integriti Nasional (IIN) yang mengandungi enam indeks kecil, iaitu Indeks Rasuah Malaysia; Indeks Penyampaian Perkhidmatan Awam Malaysia; Indeks Tadbir Urus Korporat dan Etika Perniagaan Malaysia; Indeks Kepaduan Keluarga dan Masyarakat Malaysia; Indeks Budi Bahasa Malaysia; dan Indeks Kualiti Hidup dan Kesejahteraan Masyarakat Malaysia sedang dibangun untuk mengukur tahap integriti di negara ini. Kajian rintis telah dilaksana di negeri Perak untuk menguji keandalan dan kesahan IIN. Tadbir Urus Korporat yang Baik 25.07 Dalam tempoh Rancangan, pelbagai undang-undang dan peraturan telah disemak semula untuk meningkatkan kecekapan dan tadbir urus baik dalam sektor korporat. Peraturan seperti Syarat Penyenaraian (Listing Requirements), Nota Amalan (Practice Notes) dan Nota Panduan (Guidance

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 2006-2010 BAB 25 Notes) telah disemak semula untuk mempertingkat tahap tadbir urus korporat serta menggalakkan ketelusan yang lebih tinggi bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan bermaklumat. Semakan semula merangkumi keperluan pengarah syarikat menghadiri Program Akreditasi Mandatori (Mandatory Accreditation Programme) dan Program Pendidikan Berterusan (Continuing Education Programme). Bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pasaran modal yang cekap dan teguh, Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia Securities Berhad (BMSB) telah menggubal rangka kerja tadbir urus korporat bagi syarikat yang tersenarai di bursa saham. Rangka kerja tersebut meliputi penubuhan jawatankuasa audit bebas oleh syarikat untuk memastikan pengurusan kewangan yang berhemat dan telus. 25.08 Tadbir urus korporat di sektor kewangan juga telah dipertingkatkan menerusi kajian semula ke atas rangka kerja tadbir urus korporat untuk institusi kewangan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang merangkumi peranan dan kelayakan minimum pengarah bebas serta isu pampasan. Piawai Audit Dalaman Minimum (Minimum Internal Audit Standards) juga telah digubal sebagai panduan dan ukuran prestasi audit dalaman serta menambah baik keberkesanan operasi institusi kewangan. 25.09 Langkah juga telah diambil untuk mempertingkat tadbir urus baik di kalangan syarikat yang tidak tersenarai di bursa saham. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mempergiat aktiviti pengawasan dan kempen kesedaran awam untuk memastikan pematuhan peruntukan Akta Syarikat 1965 dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Peratusan syarikat yang mengemukakan Penyata Tahunan, maklumat pemegang saham, modal dan akaun yang telah diaudit meningkat daripada 44.0 peratus pada Disember 2003 kepada 64.0 peratus pada Disember 2004. SSM telah melatih pengarah syarikat untuk memastikan mereka memahami tanggungjawab dari segi perundangan dalam pengurusan syarikat. Sehingga bulan Mei 2005, sebanyak 2,350 kursus telah dijalankan melibatkan 106,590 pengarah syarikat. 25.10 Dalam tempoh Rancangan, Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (MSWG) telah menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Produk (Product Development Advisory Committee) dan Pasukan Petugas Mengenai Panduan Maklumat Kewangan Pro Forma (Task Force on Guidance on Pro Forma Financial Information) untuk melindungi kepentingan pemegang saham minoriti. MSWG juga menjalankan Penyiasatan Penarafan Tadbir Urus Korporat (Corporate Governance Rating Survey) dan membangunkan Kad Saringan Tadbir Urus Korporat (Corporate Governance Screen Card) serta Lembaran Kawalan Pemantauan Tadbir Urus Korporat (Corporate Governance Monitoring Control Sheet) untuk membantu pencapaian amalan tadbir urus korporat baik berdasarkan standard tertinggi. 513

514 25.11 Badan bukan kerajaan (NGO) seperti Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG) dan Institut Etika Perniagaan Malaysia (BEIM) juga telah mengambil inisiatif untuk menambah baik tadbir urus korporat. MICG melaksanakan 30 program latihan tadbir urus korporat melibatkan 7,000 peserta. BEIM juga menjalankan program latihan untuk mempromosi Rukuniaga Malaysia serta mewujud kesedaran mengenai kepentingan amalan perniagaan beretika. Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) menubuhkan Jawatankuasa Amalan Perniagaan Beretika pada tahun 2002 sebagai wadah untuk menggalak tadbir urus korporat serta nilai dan amalan perniagaan beretika. Institut Juru Audit Dalaman Malaysia (IIAM) telah bekerjasama dengan agensi berkenaan untuk menjadikan etika, tadbir urus korporat yang baik dan integriti sebagai budaya di kalangan ahlinya serta pihak berkepentingan. Kerjasama ini merangkumi penerbitan Garis Panduan Fungsi Audit Dalaman (Guidelines on Internal Audit Functions) dan Buku Panduan Baru Tadbir Urus Korporat (New Handbook on Corporate Governance) pada tahun 2002 serta penyiasatan mengenai Fungsi Audit Dalaman Syarikat-Syarikat Awam Tersenarai pada tahun 2004. Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) telah menubuhkan Jawatankuasa Tetap Penambahbaikan Etika Perniagaan pada tahun 2003 untuk menyediakan pendidikan berterusan dan sokongan kepada ahlinya yang ingin mempertingkat amalan tadbir urus. Pada tahun 2004, Piagam Nilai Perniagaan Teras telah dibangunkan berasaskan amalan terbaik yang telah dikenal pasti oleh syarikat multinasional di negara ini. Menangani Rasuah 25.12 Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah memperhebat usaha menangani rasuah menerusi pendekatan serampang tiga mata, iaitu pencegahan, pendidikan masyarakat dan tindakan punitif melalui penguatkuasaan yang tegas. Dalam tempoh Rancangan, BPR telah menyiasat sejumlah 5,901 kes rasuah dan membuat 2,359 tangkapan. Daripada jumlah ini, 1,033 kes telah dihadapkan ke mahkamah, seperti ditunjukkan dalam Jadual 25-1. BPR juga telah menjalankan JADUAL 25-1 KES RASUAH, 2000-2005 Tahun Bilangan Siasatan Bilangan Tangkapan Bilangan Didakwa 2000 699 430 160 2001 663 318 115 2002 1,063 290 200 2003 1,058 339 175 2004 977 497 178 2005 1,441 485 205 Jumlah 5,901 2,359 1,033 Sumber: Badan Pencegah Rasuah

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 2006-2010 BAB 25 tapisan keutuhan ke atas anggota utama dalam sektor awam dan swasta bagi tujuan kenaikan pangkat, penganugerahan bintang oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri serta lantikan ke jawatan penting. III. PROSPEK, 2006-2010 25.13 Dalam tempoh RMKe-9, Kerajaan akan mempergiat usaha untuk meningkatkan integriti dan ketelusan sektor awam dan swasta bagi menambah baik lagi tahap tadbir urus baik dalam usaha membantu pembangunan. Teras strategik untuk mempertingkat tadbir urus baik akan memberi tumpuan kepada: mempergiat pelaksanaan PIN; menyemak semula dan memperkemas undang-undang dan peraturan untuk menambah baik tadbir urus korporat; dan mempergiat penguatkuasaan dan memperkukuh langkah menangani rasuah. Pelan Integriti Nasional 25.14 Pelaksanaan lapan strategi PIN yang merangkumi institusi keluarga, komuniti, masyarakat sivil, sosiobudaya, agama, ekonomi, politik dan pentadbiran akan dipergiat. Dalam fasa pertama pelaksanaan PIN, penekanan akan diberikan kepada lima bidang keutamaan, iaitu mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa; menambah baik kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam; menambah baik tadbir urus korporat dan etika perniagaan; memantapkan institusi keluarga dan komuniti; serta menambah baik kesejahteraan masyarakat. 25.15 IIM akan menjalin pakatan dan rangkaian strategik dengan sektor swasta dan NGO serta pertubuhan antarabangsa untuk memperkukuh program berkaitan integriti serta membina upaya organisasi sedia ada. IIM juga akan membantu agensi kerajaan untuk menerapkan PIN ke dalam program mereka. Pelaksanaan PIN pada semua peringkat akan dipergiat dengan menubuhkan agensi mirip IIM di peringkat negeri di bawah naungan kerajaan negeri. Di samping itu, Kerajaan akan terus memperkukuh peranan pelbagai jawatankuasa yang ditugaskan untuk mempertingkat akauntabiliti dan integriti dalam sektor awam. 515 Warganegara yang Bertanggungjawab 25.16 Selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 untuk membentuk sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika dan mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan menghayati budi pekerti yang luhur, usaha akan ditumpu ke arah memperkukuh dan mempertingkat institusi serta organisasi

tempatan seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Penduduk serta menggunakan media massa untuk menyumbang ke arah menjadikan integriti sebagai satu cara hidup. Kempen kesedaran dan program pendidikan akan diperluas untuk mengingatkan individu mengenai perlunya menerap nilai murni dan resam secara berterusan supaya dapat dihayati dan diamalkan sehingga akhirnya menjadi sebahagian daripada cara hidup individu dan budaya masyarakat. Tadbir Urus Korporat yang Baik 516 25.17 Usaha yang diambil untuk menambah baik tadbir urus dalam sektor awam akan diperlengkap dengan inisiatif yang sama dalam sektor swasta untuk memenuhi keperluan pihak berkepentingan. Pertubuhan perniagaan akan terus bekerjasama dengan badan kawal selia dan NGO untuk mempertingkat tahap tadbir urus korporat dan etika perniagaan. Penekanan khusus akan diberi kepada usaha menambah baik ketelusan dan akauntabiliti. SSM akan terus memastikan syarikat mematuhi undang-undang dan peraturan. Di samping itu, undangundang dan peraturan yang berkaitan akan disemak semula untuk menambah baik dan memperkukuh tadbir urus korporat di Malaysia. 25.18 Pihak SC dan BMSB akan memantau pematuhan secara rapi dan berusaha untuk meningkatkan kelebihan daya saing Malaysia bagi menarik pelabur asing. Sehubungan ini, BMSB akan terus memperkukuh dan memperkemas rangka kerja tadbir urus korporat bagi syarikat tersenarai untuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap kredibiliti pasaran. MSWG akan mempergiat usaha untuk melindungi kepentingan pemegang saham minoriti terutamanya dalam syarikat yang dikuasai oleh keluarga pengasas. 25.19 Tumpuan akan diberi ke arah membina asas pengauditan dalaman yang kukuh dan memperluas tumpuan tersebut ke dalam bidang pengurusan risiko syarikat, perkhidmatan asurans, etika dan tadbir urus, sokongan jawatankuasa audit dan tanggungjawab sosial. Sektor swasta akan digalakkan berpegang dan menerima pakai Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia dan Rukuniaga Malaysia serta membangunkan Kod Etika dan Integriti masing-masing. Anugerah Pengamal dan Organisasi Beretika Baik juga akan diperkenalkan. Mempergiat Penguatkuasaan 25.20 Undang-undang dan peraturan akan dikuatkuasa secara tegas dan boleh dipercayai bagi memastikan pematuhan sewajarnya. Penguatkuasaan akan berdasarkan kepada tindakan mencegah, memperbetul sebarang kesalahan, menghukum pesalah sebagai pengajaran kepada orang lain, tindakan berkesan dan kerjasama di kalangan dan antara agensi kawal selia. Sehubungan ini,

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 2006-2010 BAB 25 semakan semula dan pengemaskinian undang-undang dan peraturan berkaitan akan dilaksana. Di samping itu, keupayaan penguatkuasaan akan diperkukuh melalui penyediaan sumber dan tenaga manusia yang mencukupi kepada agensi penguatkuasaan yang penting. Menangani Rasuah 25.21 Kerajaan akan mempergiat usaha ke arah menghapuskan ruang dan peluang melakukan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam sektor awam dan swasta. Dalam sektor awam, tumpuan akan diberi kepada usaha mempertingkat tahap ketelusan dan akauntabiliti dalam perkhidmatan yang mudah terdedah kepada rasuah dan salah guna kuasa. BPR akan terus bekerjasama dengan semua pihak terutamanya agensi berisiko tinggi dalam usaha menangani amalan rasuah. 25.22 Pihak BPR akan mempelbagai inisiatif pendidikan masyarakat dan meningkatkan kempen melalui media mengenai kejelikan rasuah. BPR akan menggunakan pendekatan jangka panjang dan mensasar program pendidikan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah serta institusi pengajian tinggi. Di samping itu, BPR akan dilengkapkan dengan kaedah dan teknik terkini untuk meningkatkan keupayaan dan kemampuannya dalam bidang pencegahan, pengawasan dan sains forensik. 517 IV. INSTITUSI PELAKSANA 25.23 Pihak IIM akan menjadi penggerak utama dalam pelaksanaan PIN. Di samping itu, Jabatan Perkhidmatan Awam; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran akan menerajui pelaksanaan fasa awal PIN. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan akan meningkatkan pemupukan nilai murni manakala BPR akan mempergiat usahanya untuk menangani gejala rasuah. Bagi sektor swasta, pihak SC dan SSM akan memasti pematuhan undang-undang dan peraturan. Di samping itu, NGO seperti BEIM, MICG dan MSWG akan mengambil langkah untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti. V. PENUTUP 25.24 RMKe-8 telah menyaksikan pembaharuan komitmen Kerajaan untuk menggalak tadbir urus baik melalui pelancaran PIN. Komitmen tersebut akan diteruskan dalam tempoh RMKe-9 dengan Kerajaan mengambil langkah untuk mempertingkat integriti, ketelusan dan akauntabiliti sektor awam dan swasta

dan seterusnya menambah baik tahap tadbir urus. Langkah ini akan membantu usaha menangani rasuah, mengurangkan pembaziran dan kos menjalankan perniagaan serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan sektor korporat. Manfaat daripada tadbir urus baik akan menjadikan Malaysia lebih berdaya saing dan menarik kepada pelabur serta membantu pencapaian matlamat pembangunan negara. 518