3.0 ARAH PEMBANGUNAN STRATEGIK

dokumen-dokumen yang mirip
8.0 PENILAIAN KEMAMPANAN

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KE SEPULUH (RMKE-10) NEGERI SEMBILAN

4.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

6.2 APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI

3.6 REKA BENTUK BANDAR Profil Fizikal dan sosial budaya

7.0 : STRATEGI PELAKSANAAN KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM 7.1 PELANCONGAN DAN WARISAN BUDAYA ELEMEN-ELEMEN PEMBANGUNAN KONSEP PEMBANGUNAN

Asas Ekonomi Berdaya Saing. Perhubungan & Pengangkutan Bersepadu & Efisyen

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' SERI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN

DASAR DASAR PERTANIAN (DPN) DPN1 ( ) DPN2 ( ) DPN3 ( ) LATARBELAKANG SEKTOR PERTANIAN NEGARA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

MENYEDIAKAN PERUMAHAN DAN PERKHIDMATAN BANDAR YANG BERKUALITI

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

KANDUNGAN II. KE ARAH 2020: LIMA BELAS TAHUN PERTAMA, Modal Insan: Pendidikan, Inovasi dan Nilai 7. Kesaksamaan Sosioekonomi 10

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

1 P a g e Hak Cipta MyHSR Corporation Sdn Bhd

ISI KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN BAHAGIAN SATU 1.0 PENDAHULUAN 1

KEMUDAHAN BEKALAN AIR : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

KELAS KEGUNAAN TANAH BLOK PERANCANGAN 6 : HULU SEMENYIH

Model Pengurusan Strategik

BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN

SKW 101 Pengantar Perancangan dan Pengurusan Pembangunan

MALAYSIA RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KETIGA

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

MANIFESTO PRU 14 CAMERON HIGHLANDS

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

DEVELOPMENT CONTROL (PART 1) and Planning Tools (planning standards & guidelines)

Oleh : Y. BHG. DATO MANGSOR BIN SAAD PENGERUSI EKSEKUTIF SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

POLISI LATIHAN DAN PEMBANGUNAN STAF UNIMAS

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

WAWASAN INDUK NEGARA SEJAHTERA (WINS 2051)

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

TAKLIMAT SISTEM PENILAIAN PRESTASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2004

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

PERANCANGAN ORGANISASI PENDAHULUAN TUJUAN LATAR BELAKANG ASAS PERTIMBANGAN (RASIONAL) LANGKAH PERANCANGAN STRATEGIK VISI MISI ISU ISU UTAMA

AWAS!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH Hakcipta Terpelihara

B.P.K 6.3 ZON PELANCONGAN REKREASI ANTARABANGSA & KOMERSIAL

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

DASAR PENGGUNA NEGARA (DPN)

kita semua berkehendakkan sesuatu yang baik dan kita hendaklah mengubah segala kekurangan serta mengganti segala yang mundur dan ketinggalan untuk

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

MGM3101 Prinsip Pengurusan 3 (3+0) Prasyarat: Tiada Kursus ini merangkumi teori, prinsip, teknik dan kaedah pengurusan organisasi.

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

1.2 LATAR BELAKANG PERMOHONAN PERANCANGAN DI ATAS LOT 3524, MUKIM TANJUNG DUA BELAS, DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN.

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Bil 04/2010 Edisi APRIL

BAB 7 Taburan Penduduk. Bab 7-Taburan Penduduk

POLISI PELABUHAN HIJAU LPJ ISI KANDUNGAN 1. PERUTUSAN PENGURUS BESAR LEMBAGA PELABUHAN JOHOR (LPJ)

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

STRATEGI 6 : PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

B.P.K 6.3 ZON PELANCONGAN REKREASI ANTARABANGSA & KOMERSIAL

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SURAT PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

RUMAH TERES 2 TINGKAT 323 UNIT 19.7 EKAR

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

Apa itu Ubiquitous City?

BAB II TINJAUAN UMUM TENTANG DAERAH GUA MUSANG DAN KUALA KRAI. Jajahan Gua Musang telah ditubuhkan pada tanggal 1 bulan Julai 1976

Kesan pembangunan kerajaan dari aspek peningkatan taraf infrastruktur di Pekan Dabong.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD (KOTA RAJA)

PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA UPNM PELAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Program Transformasi Kerajaan. Pelan Hala Tuju

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PEMBANGUNAN PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN (PTP) UNTUK PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN FASILITI DI UTM

TERMA ASAS RUJUKAN PERUNTUKAN PERKHIDMATAN PROFESIONAL BAGI KAJIAN KEMUNGKINAN PENGGUBALAN AKTA STANDARD KESELAMATAN SIBER

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

CARTA BAHAGIAN SUKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MEMPERKAYAKAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN

Transkripsi:

3.0 ARAH PEMBANGUNAN STRATEGIK 3.1 POTENSI PELAKSANAAN DASAR DAN STRATEGI PEMBANGUNAN NASIONAL, WILAYAH DAN NEGERI Arah tuju pembangunan Jajahan Machang berteraskan kepada dasar-dasar pembangunan negara, wilayah dan negeri, di mana dasar-dasar yang berkaitan digunapakai di dalam perancangan pembangunan jajahan ini. Potensi pelaksanaan dasar dan strategi tersebut ke atas pembangunan RT Jajahan Machang adalah seperti di Jadual 3.1. Jadual 3.1: Potensi Pelaksanaan Dasar dan Strategi Nasional, Wilayah dan Negeri Ke Atas RT Jajahan Machang Dasar dan Strategi Potensi Pelaksanaan Peringkat Nasional Dasar Wawasan Negara Cadangan-cadangan pembangunan di dalam RT Jajahan Machang perlu menjurus kepada pembasmian kemiskinan, peningkatan kualiti hidup, keseimbangan pembangunan, peningkatan daya saing ekonomi dan pembangunan modal insan. Empat Tonggak Transformasi Kerajaan Program Transformasi Kerajaan Model Ekonomi Baru (NBE) Empat program transformasi kerajaan telah diperkenalkan sebagai satu agenda perubahan di mana ini akan mempengaruhi pembangunan di Jajahan Machang. Empat program transformasi tersebut ialah (i) Program 1Malaysia; (ii) Program Transformasi Kerajaan; (iii) Model Baru Ekonomi (MBE); dan (iv) Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) Cadangan RT Jajahan Machang perlu menjurus kepada pencapaian enam Bidang Keberhasilan Utama Negara. Cadangan ekonomi RT Jajahan Machang perlu melihat kepada projek-projek yang mampu menjana peningkatan pendapatan tinggi. RMKe-10 RT Jajahan Machang perlu mereliasasikan misi RMKe- 10 yang berteraskan kepada 6 anjakan strategik program reformasi ekonomi dan 7 anjakan strategik untuk mewujudkan persekitaran ke arah meningkatkan kualiti hidup. Dasar Pertanian Negara (DPN 3) Dasar Perhutanan Negara Dasar Perindustrian Negara (IMP3) Objektif DPN 3 yang berkaitan adalah peningkatan sekuriti makanan, produktiviti hasil pertanian, Dasar ini adalah merupakan satu garis panduan bagi menjamin pengekalan sumber hutan negara. RT Jajahan Machang perlu memulihara kawasan Hutan Simpan Kekal dengan pengurusan secara mampan. Teras IMP3 menggalakkan pertumbuhan 3 sektor utama iaitu perkilangan, perkhidmatan dan pertanian. Teras ini berkait dengan pembangunan Jajahan Machang terutama pembangunan sektor pertanian. Arah Pembangunan Strategik 3-1

Dasar dan Strategi Peringkat Nasional Dasar Alam Sekitar Negara Potensi Pelaksanaan Dasar ini diwujudkan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari. Bagi RT Jajahan Machang, selain dari peningkatan kualiti alam sekitar, penekanan akan ditumpukan kepada pemuliharaan ekosistem semulajadi dan pengurusan sumber asli secara mampan Dasar Perbandaran Negara Dasar Perbandaran Negara yang digubal bagi mewujudkan bandar yang selamat, sistematik, moden dan menarik diterapkan di dalam RT Jajahan Machang di dalam aspek berkaitan pembangunan bandar mampan, ekonomi bandar yang dinamik dan berdaya saing, sistem pengangkutan bandar yang bersepadu dan cekap, persekitaran kehidupan bandar yang sejahtera dan perkhidmatan bandar, yang berkualiti. Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar Pelan Induk Pembangunan Desa 2020 (PIPLB) digubal untuk menyediakan garis panduan, hala tuju dan strategi pembangunan yang komprehensif bagi kawasan luar bandar. Ia merangkumi semua aspek yang berkaitan dengan pembangunan luar bandar dengan memberi fokus terhadap pembangunan sosial, ekonomi, manusia dan termasuk juga pembangunan fizikal. Sebagai sebuah kawasan luar bandar, pelan ini akan mempengaruhi hala tuju pembangunan Jajahan Machang. Rancangan Fizikal Negara 2 RT Jajahan Machang akan mereliasasikan dasar-dasar strategik RFN 2 di dalam menentukan arah tuju pemajuan fizikal dan pemuliharaan Jajahan Machang di peringkat pembentukan strategi dan cadangan pembangunan RT Jajahan Machang. Peringkat Wilayah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Peringkat Negeri Dasar-dasar Kerajaan Negeri Pembangunan ECER memberi peluang kepada Jajahan Machang untuk membangunkan projek-projek pelancongan eko, penternakan dan pertanian. Cadangan, Kelas Kegunaan Tanah dan Garis Panduan RT Jajahan Machang akan mengambilkira dasar-dasar Kerajaan Negeri iaitu Dasar Membangun Bersama Islam, Dasar Pelancongan, Dasar Wanita, Dasar Belia, Dasar Pencegahan Gejala Sosial, Pembangunan Sumber Manusia, Dasar Pendidikan, Dasar Pertanian, Dasar Kebudayaan dan Kesenian serta Enakmen Kawalan Hiburan. RSN Kelantan 2020 Strategi dan 99 Dasar RSN Kelantan akan diterjemahkan dan digunapakai sebagai panduan di dalam merangka strategi pembangunan Jajahan Machang. Arah Pembangunan Strategik 3-2

Berdasarkan kepada Jadual 3.1, pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan nasional, wilayah dan negeri di dalam konteks pembangunan RT Jajahan Machang secara amnya adalah ke arah : i. Pembangunan ekonomi yang berdaya saing melalui aktiviti perindustrian, pertanian dan pelancongan. ii. Pembasmian kemiskinan dan peningkatan kualiti hidup. iii. Pewujudan persekitaran hidup yang berkualiti dan kondusif untuk pertumbuhan ekonomi. iv. Pembangunan bandar sejahtera v. Pemuliharaan kawasan sensitif alam sekitar bagi mewujudkan kesimbangan pembangunan. vi. Pengekalan kawasan pertanian yang berpotensi vii. Pembangunan tenaga manusia yang berkualiti viii. Peningkatan kualiti perkhidmatan bandar melalui urustadbir bandar yang baik dan peningkatan keupayaan institusi pelaksana. 3.2 PERANAN JAJAHAN MACHANG DALAM KONTEKS KELANTAN, 2020 Strategi pembangunan spatial dan fizikal RSN Kelantan mempunyai enam (6) komponen teras di mana tiga (3) daripadanya akan mempengaruhi hala tuju pembangunan RT Jajahan Machang secara lansung. Komponen teras tersebut ialah: Hierarki Pusat Pertumbuhan Utama Strategi RSN Kelantan telah mengenalpasti Bandar Machang sebagai Pusat Petempatan Utama (PPU). PPU ini dicadangkan menerimapakai kaedah pembangunan sequential yang dapat memantapkan fungsi sedia ada dan dapat mengawal urban sprawl. Infrastruktur Perhubungan Utama Rangkaian perhubungan utama telah dikenalpasti bagi menjadi pemangkin pertumbuhan pusat-pusat dan kawasan pembangunan yang berkaitan. Strategi RSN Kelantan telah mencadangkan pembaikan dan tambahan rangkaian perhubungan iaitu: - Segmen Lebuh raya Pantai Timur dari Jerteh ke Machang Tanah Merah Rantau Panjang. - Naik taraf jalan utama Kota Bharu Jeli dan Kota Bharu Kuala Krai. Cadangan ini akan meningkatkan tahap perhubungan Bandar Machang dengan Konurbasi Kota Bharu. Pusat Industri Berasaskan Pertanian, Perkayuan dan Sumber Mineral Kesuburan kawasan pertanian dan kekayaan sumber mineral di Wilayah Kelantan Selatan akan dieksploitasikan melalui pembangunan beberapa estet perindustrian khusus untuk mengeluarkan produk berasaskan pertanian, perkayuan dan sumber asli. Bagi kawasan RT Jajahan Machang, aktiviti perindustrian berasaskan pertanian akan ditumpukan dengan matlamat meningkatkan nilai tambah dan aktiviti industri hiliran kepada pembangunan sektor-sektor kecil tersebut. Arah Pembangunan Strategik 3-3

Dari aspek corak pembangunan, bahagian utara kawasan RT Jajahan Machang telah dicadangkan di dalam kawasan pembangunan Gabungan 1 dan bahagian selatannya di dalam kawasan Gabungan 2 (Rajah 3.1). Kawasan Gabungan 1: Kawasan gabungan pertama meliputi jarak 50 km daripada Konurbasi Kota Bharu yang merangkumi Jajahan Machang, Tanah Merah dan Pasir Puteh. Kawasan ini bergabung dengan Konurbasi Kota Bharu juga dikenali sebagai kawasan Wilayah Kelantan Utara. Pembangunan di kawasan Gabungan 1 ini dijangkakan berlaku melalui limpahan pembangunan dari Konurbasi Kota Bharu dan juga pembangunan bandar bersempadan di Rantau Panjang dan Tok Bali. Kawasan Gabungan 2: Dalam jangka masa panjang, pengaruh pembangunan perbandaran Konurbasi Kota Bharu disyorkan berkembang dan meliputi jarak 100 km ke arah lokasi strategik di Wilayah Kelantan Selatan. Jajahan Jeli dan Kuala Krai dapat dimasukkan di dalam Konurbasi Kota Bharu melalui cadangan pembinaan lebuh raya yang dapat menghubungkan secara efisien dan cepat di antara kedua-dua kawasan ini ke Kota Bharu. Langkah ini akan dapat menjana pembangunan perbandaran yang lebih pesat bagi kedua kawasan ini terutama di dalam sektor perindustrian, institusi, perkhidmatan dan pelancongan. Sumber : RSN Kelantan, 2020 Strategi pembangunan RSN juga telah mengenalpasti 10 kawasan pertumbuhan polycentric yang dicadangkan untuk dibangunkan secara bersepadu dan seterusnya dapat mewujudkan kuasa pertumbuhan secara kolektif. Kawasan pertumbuhan yang terletak di dalam kawasan RT Jajahan Machang ialah Kawasan Pertumbuhan Tanah Merah Machang. Kawasan pertumbuhan ini akan menjadi kawasan keutamaan pembangunan di dalam membentuk strategi pembangunan RT Jajahan Machang 2020. Arah Pembangunan Strategik 3-4

Rajah3.1: Strategi Pembangunan Fizikal dan Spatial RSN Kelantan 2020 Skala 1:26,000 Sumber: RSN Kelantan, 2020 Arah Pembangunan Strategik 3-5

3.3 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PEMBANGUNAN RT JAJAHAN MACHANG 3.3.1 Matlamat Pembangunan MEMPERKUKUHKAN JAJAHAN MACHANG SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN, PERTANIAN DAN PERINDUSTRIAN ASAS TANI SERTA MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT 3.3.2 Objektif Pembangunan Berasaskan kepada matlamat yang dikenalpasti, objektif-objektif berikut dibentuk; i. Mewujudkan dan memperkukuhkan aktiviti ekonomi yang berdaya saing dan berdaya tahan berdasarkan keperluan setempat dan menyokong Koridor Pembangunan Pantai Timur. ii. iii. iv. Mewujudkan kesejahteraan kehidupan masyarakat dengan meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkatkan taraf hidup serta memperkasakan prasarana luar bandar. Mewujudkan sistem perhubungan pengangkutan yang menyeluruh dengan peningkatan akses kepada kemudahan asas yang berkualiti serta menambahbaik pengangkutan awam. Memelihara dan memulihara persekitaran Jajahan Machang terutamanya Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) melalui pembangunan yang seimbang dan mampan. v. Melaksanakan suatu sistem pengurusan dan pembangunan bandar yang berkesan meliputi empat aspek iaitu perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penyelenggaraan. 3.3.3 Teras Pembangunan Lima Teras Pembangunan telah dikenalpasti untuk menyokong matlamat pembangunan Jajahan Machang iaitu: i. Wilayah Ekonomi Pertanian dan Perindustrian Asas Tani a. Pertanian yang berdaya maju b. Pembangunan perindustrian asas tani c. Pembangunan pelancongan semulajadi dan desa yang mampan ii. Pengurusan Bandar dan Petempatan Sejahtera a. Perancangan Guna tanah yang optimum b. Pembangunan pusat petempatan mengikut hierarki c. Perumahan yang memenuhi keperluan setiap golongan masyarakat d. Kemudahan masyarakat dan rekreasi yang mencukupi dan berkualiti e. Kemudahan utiliti yang menyeluruh f. Reka bentuk dan pelandskapan bandar yang lebih menarik. Arah Pembangunan Strategik 3-6

iii. iv. iv. Perhubungan dan Kebolehsampaian Menyeluruh a. Sistem pengangkutan dan pengurusan lalu lintas yang menyeluruh dan efisien. Alam Persekitaran Mampan a. Kemudahan infrastruktur yang menyeluruh dan efisien b. Pemeliharaan alam sekitar Pengurusan Pembangunan Berkesan a. Pengurusan dan pelaksanaan projek b. Aplikasi Sistem Maklumat Geografi 3.4 STRATEGI PEMBANGUNAN WILAYAH Pembentukan strategi pembangunan RT Jajahan Machang perlu mengambilkira hala tuju pembangunan di peringkat wilayah khususnya jajahan bersempadan bagi memastikan penyelarasan pembangunan dan memperolehi manfaat dari projek pembangunan bersempadan. Oleh itu strategi pembangunan wilayah telah dibentuk bagi memberi asas kepada pembentukan konsep dan strategi pembangunan RT Jajahan Machang. Matlamat utama pembangunan wilayah ialah untuk menutup atau merapatkan jurang pembangunan antara wilayah yang maju dan kurang maju. Bagi mencapai matlamat ini, pembangunan wilayah menekankan tiga prinsip utama Prinsip Pasaran (Market Principle). Prinsip Perhubungan (Transportation Principle). Prinsip Pengurusan (Administrative / Management Principle). Prinsip Pasaran Strategi utama prinsip pasaran dalam pembangunan wilayah adalah untuk meninggikan densiti dan intensiti pembangunan di pusat-pusat berdaya maju bagi menggalakkan aktiviti perniagaan dan aktiviti harian lain. Pemusatan aktiviti adalah penting bagi memastikan pusatpusat terpilih dapat berfungsi sebagai pusat tumpuan. Prinsip Perhubungan Matlamat prinsip ini adalah untuk menentukan kawasan kajian dapat dihubungi dengan baik dan tidak dilihat sebagai satu kawasan yang terpinggir dan sukar dihubungi. Penyediaan sistem perhubungan yang baik dan pelbagai mode dapat memudahkan dan mempercepatkan kemudahsampaian dan masa perjalanan ke kawasan kajian. Prinsip Pengurusan Matlamat prinsip ini adalah untuk memudahcara dan mengurus pembangunan dengan baik dan teratur bagi memastikan kawasan kajian tidak ketinggalan dalam arus pembangunan wilayah. Perancangan guna tanah yang optimum dan teratur dapat menentukan kemampanan pembangunan, meningkatkan kualiti hidup dan menarik pembangunanpembangunan baru. Rajah 3.2(a) menunjukan pusat-pusat pembangunan utama wilayah utara Negeri Kelantan. Kota Bharu dan pusat-pusat disekelilingnya seperti Tumpat, Pasir Mas, Ketereh dan Bachok; Arah Pembangunan Strategik 3-7

adalah menjadi pusat pembangunan utama wilayah ini. Pasir Puteh, Machang dan Tanah Merah harus dapat bersaing dengan pusat-pusat ini pada masa akan datang, bagi mengelakkan jurang pembangunan yang besar. Rajah 3.2(a): Pusat-Pusat Pembangunan Utama Wilayah Utara Negeri Kelantan Arah Pembangunan Strategik 3-8

Machang harus meninggikan densiti dan intensiti pembangunan di sekitar pusatnya dan menggalakkan pembangunan di pusat-pusat berdaya maju seperti Pulai Condong-Labok, Banggol Judah, Batu 30- Temangan bagi menyokong sub-wilayah nya. Machang juga harus dapat bersaing dengan Tanah Merah dan sub-wilayah Pasir Puteh (Rajah 3.2(b). Rajah 3.2(b): Prinsip Pasaran: Machang dan Pusat-Pusat Pasaran Sekitarnya Dalam masa panjang, Machang harus menjadi wilayah setara dengan wilayah-wilayah sekeliling seperti Kota Bharu, Pasir Puteh dan Tanah Merah bagi mengelakkan jurang pembangunan wilayah (Rajah 3.2(c). Rajah 3.2(c): Prinsip Pasaran: Machang sebagai Wilayah Setara.. Arah Pembangunan Strategik 3-9

Machang dihubungkan dengan sistem jalanraya wilayah yang baik pada masa ini. Walaubagaimana pun hubungan dengan pusat-pusat tempatan seperti Temangan dan Kg. Joh adalah melalui sistem jalan hierarki rendah (Rajah 3.2(d). Rajah 3.2(d): Prinsip Perhubungan Machang dan Pusat-Pusat Pasaran Sekitarnya Peningkatan sistem perhubungan antara Machang- Kota Bharu, Machang-Tanah Merah dan Machang- Pasir Puteh adalah penting bagi memastikan wilayah Machang menarik untuk pembangunan. Sistem perhubungan tempatan dengan Temangan dan kawasan sekelilingnya harus juga diperbaiki bagi memastikan sub-wilayah Machang mempunyai kemudahsampaian yang tinggi (Rajah 3.2(e). Rajah 3.2(e): Prinsip Perhubungan: Cadangan Peningkatan Jaringan Perhubungan Wilayah Machang dan Pusat-Pusat Sekitarnya. Arah Pembangunan Strategik 3-10

Peningkatan intensiti dan densiti pembangunan, serta peningkatan sistem perhubungan wilayah adalah penting bagi memastikan wilayah Machang dapat bersaing dengan wilayah-wilayah sekitarnya. Peningkatan ini harus disokong dengan strategi pembangunan guna tanah yang baik dan pengurusan pembangunan yang mampan. Konsep pembangunan secara berpusat dapat memastikan peningkatan intensiti dan densiti pembangunan dipusat-pusat berdaya maju. Penyediaan Infrastruktur juga dapat difokuskan di pusatpusat pembangunan terpilih bagi memastikan penggunaan yang efektif dan berkesan. Pembangunan projek-projek komited, terutamanya di kawasan Banggol Judah dan Labok dijangka dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan sub-wilayah Machang. Rajah 3.2(f): Prinsip Pengurusan: Matlamat menjadikan Wilayah Machang sebagai Pusat Setara dan Menyokong Pembangunan di Wilayah Utara Negeri Kelantan. Rajah 3.2(d): Prinsip Perhubungan Machang dan Pusat-Pusat Pasaran sekitarnya Arah Pembangunan Strategik 3-11