BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
|
|
|
- Ratna Sasmita
- 8 tahun lalu
- Tontonan:
Transkripsi
1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bidang perancangan guna tanah dan alam sekitar sering berdepan dengan pelbagai kesukaran terutama di dalam proses pembuatan keputusan. Kesukaran ini adalah akibat daripada kegiatan pembangunan yang pesat yang mencetus berbagai masalah di bandar seperti setinggan, pencemaran air, pencemaran udara dan banjir kilat. Ini sekali gus memerlukan suatu alat yang dapat membantu mewujudkan sistem maklumat bandar termasuk untuk tujuan perancangan, pengurusan dan pengawalan terhadap masalah yang berlaku. Kemajuan dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS) telah mencipta suatu peluang untuk memudahkan penyelesaian terhadap masalahmasalah sedemikian. GIS merupakan satu daripada bidang teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat serta diguna pakai di seluruh dunia. Ini kerana GIS menyediakan berbagai fungsi termasuk menginput, menyimpan, mengurus, mengolah, menganalisis dan memaparkan segala maklumat yang ada rujukan geografi. Keupayaan GIS yang terpenting adalah kebolehannya menangani data spatial (ruangan) dan data atribut (bukan ruangan) yang berkaitan dengan sesuatu objek (Ahris, 1994). Dengan perkataan lain, GIS menyediakan kerangka bagi mengintegrasi jumlah data spatial dan atribut yang banyak daripada berbagai-bagai sumber dan masa tertentu. Ini membantu memudahkan suatu bentuk analisis spatial dilakukan. Kesudahannya, suatu
2 2 proses pembuatan keputusan yang baik dapat diputuskan berdasarkan beberapa senario semasa yang dihasilkan menggunakan fungsi GIS. Sehubungan dengan itu, kajian ini cuba mengenengahkan kepakaran GIS di dalam bidang sains sosial (social science) untuk menjelaskan kesan guna tanah setinggan terhadap pencemaran air sungai di sekitarnya. Masalah pencemaran air sungai akibat guna tanah setinggan sudahpun diketahui umum terutama melalui maklumat yang disebarkan oleh media dan kesannya amat ketara sekali. Mengikut laporan Rancangan Malaysia Ke Lapan (RMK8), guna tanah setinggan dikenalpasti sebagai salah satu punca utama yang menyebabkan berlaku pencemaran sungai melalui pelepasan sisa domestik. Ini termasuk pencemaran Sungai Juru dan Prai di Pulau Pinang; Sungai Air Baloi, Tukang Batu, Segget, Kempas dan Rambah di Johor; Sungai Landas dan Ibai di Terengganu; Sungai Balok dan Cherating di Pahang dan Sungai Klang di Selangor (Jabatan Alam Sekitar, 1999). Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah ini sama ada dari segi mengawal dan memantau perkembangan setinggan serta kesan-kesannya terhadap alam sekitar terutama pencemaran sungai. 1.2 Pernyataan Masalah Keupayaan GIS sebagai alat (tools) untuk membantu menangani masalah yang berhubung dengan guna tanah setinggan dan kualiti air sungai sudahpun terbukti berjaya. Ini dapat dilihat kepada kajian-kajian terdahulu seperti oleh Sen et al. (2003), Musa (1998), Ahris dan Healey (1994) dan Ahris (1991) yang berkaitan dengan guna tanah setinggan, manakala oleh Nyon dan Taher (2000) merupakan satu contoh aplikasi GIS di dalam kajian yang berkenaan dengan kualiti air sungai. Walaupun begitu, setakat ini belum ada lagi suatu kajian yang betul-betul menggunakan fungsi analisis spatial GIS untuk melihat kesan guna tanah setinggan terhadap kualiti air sungai di sekitarnya.
3 3 Sekalipun ada, kajian-kajian berkenaan hanya menggunakan kaedah konvensional atau teknik-teknik kejuruteraan alam sekitar tanpa melibatkan fungsi GIS. Ini termasukan kajian yang dijalankan oleh Mohd Rosli (2001); Ahmad Zamani (2001); Mohamad Hidayat (2002), Ismail (2001), Zaharul (2002) dan Zakaria (2002). Melalui kaedah konvensional, penghasilan kajian hanya terhad kepada bentuk laporan dan jadual. Ini menyukarkan kecapaian terhadap maklumat-maklumat yang dihasilkan sama ada maklumat guna tanah setinggan mahupun maklumat sungai. Kelemahan ini dapat diatasi melalui fungsi GIS kerana menjadi keupayaannya menyediakan kerja-kerja seperti menginput, mengurus, memanipulasi, menganalisis serta memaparkan maklumat guna tanah setinggan (seperti lokasi, taburan, jaraknya dari sungai) dan maklumat sungai (seperti segmen sungai, stesen persampelan, data kualiti air) ke dalam bentuk spatial. Sementara itu, pangkalan data GIS memudahkan integrasi data spatial dan data atribut yang diperlukan untuk menjalankan analisis spatial bagi menjelaskan kesan guna tanah setinggan terhadap kualiti air sungai di sekitarnya. Kerja-kerja mengubahsuai dan menambah data-data baru di dalam pangkalan data juga dapat dilakukan dengan lebih mudah tanpa mengganggu proses keseluruhan sistem. Dalam hal ini, kepakaran mengurus maklumat spatial sangat penting. Ini kerana petempatan setinggan merupakan entiti spatial yang mempunyai tatatur, topografi serta kedudukan yang tertentu dan bukan suatu petempatan yang terasing daripada bandar, malahan ia sebahagian daripada kawasan bandar yang mempunyai rumah, jalan, kedai, masjid, rangkaian air/ sungai dan sebagainya. Suatu kekurangan lain yang tertonjol daripada kajian-kajian berkenaan ialah tidak melibatkan suatu pengkajian yang menyeluruh, tetapi hanya mengkaji berasaskan persampelan kualiti air di tapak. Maka, punca-punca sebenar di kawasan setinggan yang menyebabkan pencemaran air sungai tidak dapat diketahui. Skop dan kaedah yang digunakan di dalam kajian-kajian tersebut serta hasil penemuannya boleh dirumuskan seperti pada Rajah 1.1.
4 4 Aliran Kajian Kaedah RUMUSAN KAJIAN LEPAS Mengemukakan Isu Pencemaran Sungai Pembuktian (Kajian di Lapangan) Fenomena semasa, bahanbahan rujukan dsbgnya Pengujian terhadap Parameter (DO, BOD, COD, SS, NH 3N, ph), Pengamatan di Tapak & Borang Soal Selidik Penemuan Perubahan Kualiti Air Sungai Berhampiran Setinggan - Laporan, - Jadual, - Graf. Rajah 1.1: Skop dan kaedah kajian lepas Melihat kepada kekurangan tersebut, maka suatu kajian yang lebih bersifat menyeluruh dan mendalam seperti kajian ini amatlah diperlukan bagi menjelaskan keadaan atau gambaran yang sebenar di tapak. Ini selaras dengan pendekatan yang disyorkan oleh Vesilind et al. (1994) yang menjelaskan bahawa pencemaran air boleh difahami dengan lebih baik, dengan cara menghuraikannya dalam konteks ekosistem dan kemudian mengkaji satu aspek khusus daripada ekosistem tersebut. Sebagai contohnya ialah aspek guna tanah setinggan. Kajian ini memfokus untuk mengkaji kesan guna tanah setinggan terhadap perubahan kualiti air sungai, memandangkan masalah tersebut sangat besar pengaruhnya terhadap keselesaan atau kualiti hidup manusia. Kehidupan di kawasan setinggan yang serba-serbi daif serta kualiti air sungai yang tercemar telah menampakkan ketidakmampanan alam sekitar dan kehidupan sosial. Maka, sekiranya dibiarkan keadaan tersebut berterusan berlaku tanpa sebarang usaha untuk menanganinya, sudah tentu kualiti kehidupan generasi akan datang akan terjejas. Di dalam Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar yang disediakan oleh Ketua- Ketua Kerajaan Komenwel di Langkawi pada 21 Oktober 1989, ada menyatakan bahawa disebabkan masalah alam sekitar semakin meruncing dan mengancam, apa jua kelewatan mengambil tindakan untuk membenteras keadaan yang meruncing itu akan mengakibatkan kerosakan yang kekal. (Salleh, 2002). Sementara itu, mengikut kajian yang dibuat oleh Mohd Rosli (2001) dan Ahmad Zamani (2001), sisa-sisa kumbahan domestik yang dihasilkan oleh penduduk setinggan dialirkan terus ke perparitan dan masuk ke sungai. Sampah sarap juga kerap
5 5 dibuang ke dalam sungai. Musa (1999) mendapati bahawa segmen-segmen sungai yang dikelilingi guna tanah setinggan mengalami pencemaran yang tertinggi berbanding dengan segmen sungai berhampiran guna tanah lain. Pandangan Lee Lam Thye, Kami tidak boleh menjamin seratus peratus bahawa setinggan tidak akan mencemari sungai. Oleh yang demikian, lebih eloklah sekiranya pihak setinggan berkenaan dapat ditempatkan semula. (TV3, Local Highlights). Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Datuk Chua Soi Lek pula, pernah menyatakan bahawa punca utama pencemaran sungai ialah kesan pembuangan sampah dan sisa kumbahan dari kawasan-kawasan perumahan terutamanya setinggan yang terletak di sepanjang sungai (Berita Harian, Sabtu, 28 April 2001). Contoh fenomena di kawasan-kawasan setinggan yang menunjukkan pencemaran sungai yang serius boleh ditunjukkan seperti pada Rajah 1.2. Rajah 1.2: Fenomena pencemaran sungai di kawasan setinggan Di Johor Bahru, beberapa sungai yang dikenalpasti sebagai sederhana tercemar dan tercemar yang antara punca utamanya adalah daripada setinggan adalah seperti pada Jadual 1.1.
6 6 Jadual 1.1: Status sungai sederhana tercemar dan tercemar di Johor Bahru Lembah Sungai Nama Sungai Jum. Stesen Purata WQI Kelas Sederhana Tercemar Skudai Skudai 8 68 III Tebrau Plentong 54 III 5 Tebrau 72 III Danga Danga 2 60 III Tercemar Air Baloi Air Baloi 3 57 III Segget Segget 5 45 IV Kempas Kempas 2 42 IV Sumber: Laporan Kualiti Alam Sekeliling, 1997 (JAS) Persoalannya, bagaimana untuk menjelaskan secara tepat kedudukan taburan setinggan dan intensiti serta kesannya terhadap pencemaran sungai di sekitarnya supaya langkah-langkah pengawalan dan pemantauan dapat dilaksanakan di samping membantu usaha perancangan dan pembasmian setinggan. Persoalan-persoalan berkenaan akan diambil kira untuk membantu menjayakan kajian ini. 1.3 Tujuan dan Objektif Kajian Menyedari akan keupayaan GIS sebagai alat bantu yang berupaya menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan data ruang dan bukan ruang, maka tujuan kajian ini adalah untuk melihat kesan dan punca-punca perubahan kualiti air sungai di kawasan setinggan berasaskan ciri-ciri sosioekonomi dan fizikalnya dengan bantuan fungsi-fungsi GIS Bagi mencapai matlamat di atas, beberapa objektif kajian telah digariskan sebagaimana berikut: i. Untuk mengkaji ciri-ciri sosioekonomi dan fizikal setinggan bagi mengenalpasti dan menjelaskan punca-punca pencemaran air sungai berasaskan ciri-ciri tersebut,
7 7 ii. iii. Untuk mengumpul maklumat sungai, sosioekonomi setinggan dan fizikal serta data-data sokongan bagi membangun sebuah pangkalan data GIS yang memenuhi keperluan analisis kajian, dan Untuk memperlihatkan keberkesanan pendekatan GIS sebagai alat bantu bagi menjelaskan kesan dan kadar potensi ciri-ciri sosioekonomi dan fizikal di kawasan setinggan menyebabkan pencemaran air sungai di sekitarnya. 1.4 Skop Kajian Skop atau limitasi kajian mencakupi kawasan kajian, model dan kaedah serta tumpuan utama analisis adalah diutarakan sebagaimana berikut: i. Kajian kes adalah taburan guna tanah setinggan yang terletak di sepanjang Sungai Tebrau Johor Bahru seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.3. Walaupun di sana wujud lebih dari 40 petempatan setinggan dengan jumlah penduduk lebih kurang 7000 orang, tetapi kajian ini hanya akan meninjau beberapa petempatan sahaja berasaskan kepada ciri-ciri yang ditetapkan, ii. Soal selidik yang dibuat terhadap ciri-ciri sosioekonomi dan fizikal kawasan setinggan mencakupi keseluruhan aspek termasuk maklumat asas kependudukan (seperti tempoh menetap, ciri-ciri bangunan, kemudahan dan fasiliti, kaedah pembuangan air sisa, kaedah pembuangan sampah sarap dan sebagainya); maklumat penghuni (seperti jantina, warganegara, pendidikan, pekerjaan, ahli isirumah dan sebagainya) serta pandangan-pandangan berkaitan alam sekitar khususnya pencemaran sungai, iii. Kaedah analisis melibatkan fungsi GIS yang digabungkan dengan modelmodel kualiti air sungai termasuk model simulasi Qual2E (keputusan permodelan VisualQual2E) dan model Indeks Kualiti Air (IKA) atau DOE- WQI serta kaedah MCDA,
8 8 Kawasan Kajian Pelan Kunci Rajah 1.3: Pelan kawasan kajian iv. Walaupun terdapat beberapa punca pencemaran sungai seperti aktiviti industri, pembangunan tanah atau kerja tanah, pertanian, aktiviti kumbahan penduduk, tetapi kajian ini hanya akan memberi penumpuan kepada guna tanah setinggan sahaja. 1.5 Metodologi Kajian Untuk mencapai tujuan dan objektif serta skop yang telah ditetapkan, maka suatu pendekatan atau metodologi kajian yang baik dan tepat amat diperlukan. Sehubungan dengan ini, satu bab khusus telah ditetapkan untuk membincangkan secara lebih terperinci mengenai metodologi kajian iaitu pada Bab IV. Bahagian ini hanya mengemukakan aliran perlaksanaan kajian yang mencakupi pemahaman masalah, penetapan halatuju, kajian literatur, metodologi, analisis dan penemuan serta kesimpulan dan penutup yang ditunjukkan seperti pada Rajah 1.4. Pemahaman
9 9 mengenai Rajah 1.4 boleh didapati daripada perbincangan ringkas tentang struktur penulisan tesis di Bahagian 1.7. Pembacaan awalan/ Literatur & tinjauan awal di tapak Pembentukan hala tuju kajian PENEMUAN ISU & MASALAH MATLAMAT & OBJEKTIF KAJIAN Penentuan kawasan kajian 1) Implikasi Guna Tanah Setinggan Terhadap Kualiti Sungai Air Di Kawasan Sekitarnya dan Model Kualiti Air KAJIAN LITERATUR 2) Pendekatan GIS dan Multicriteria Decision Analysis (MCDA) Sebagai Alat Bantu Pembuatan Keputusan Data Guna Tanah Setinggan (spt. Taburan, jumlah unit, jumlah penduduk dan sbgnya) Data Sungai (spt. segmen-segmen sungai, stesen persampelan, data kualiti air dan sbgnya) Data sokongan (spt. sempadan, guna tanah, rangkaian jalan & utiliti, topografi & sbgnya) METODOLOGI KAJIAN Pembangunan Pangkalan Data Penentuan Aplikasi Reka Bentuk Pangkalan Data Kajian di lapangan & pengumpulan data sekunder Data Spatial (Ruang) Kemasukan Data Ruang & Atribut Data Atribut 1) Gabungan GIS dengan a. Model Simulasi Qual2E (keputusan permodelan VisualQual2E), b. Model Kualiti Air DOE-WQI, c. MCDA Kaedah/model PANGKALAN DATA GIS Pembangunan Aplikasi ANALISIS & PENEMUAN 1) Paparan nilai kualiti air sungai di kawasan setinggan kajian menggunakan model simulasi kualiti air VisualQual2E dan Model DOE- WQI yang dihubungkan dengan fungsi GIS dan, 2) kadar potensi kawasan-kawasan setinggan kajian mencemarkan sungai di sekitarnya (punca-punca pencemaran sungai) KESAN DAN PUNCA-PUNCA PENCEMARAN SUNGAI DI KAWASAN SETINGGAN KAJIAN KESIMPULAN & PENUTUP Rajah 1.4: Carta alir perlaksanaan kajian
10 Kepentingan Kajian Kajian ini pada asasnya adalah untuk melihat keberkesanan pendekatan dan fungsi GIS sebagai alat bantuan bagi menjelaskan mengenai fenomena pencemaran sungai di kawasan setinggan. Implikasinya adalah ke arah mencari langkah-langkah jangka pendek yang lebih berkesan bagi mengawal pencemaran tersebut. Oleh itu, beberapa agensi kerajaan yang turut mendapat faedah daripada kajian ini termasuk PBT, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Kajian ini turut menyumbang kepada pengembangan ilmu akademik dan memberi manfaat kepada penduduk-penduduk setempat. a) Agensi kerajaan PBT dan agensi-agensi kerajaan yang lain boleh mengguna pakai hasil kajian ini di dalam membantu pembuatan keputusan berhubung dengan masalah pencemaran sungai di kawasan setinggan dan memanfaatkan pangkalan data serta model analisis yang dibangunkan. Pangkalan data GIS menyediakan ruang untuk melihat, mengambil dan memanipulasi serta mengguna pakai segala maklumat yang dihasilkan dengan lebih mudah. Ini membantu mengelakkan pembaziran masa untuk melakukan kerja-kerja teknikal seperti menyusun dan mengemaskini data, malahan mempercepatkan proses pembuatan keputusan. Model analisis pula boleh dijadikan sebagai rujukan bagi membangunkan fungsi GIS untuk lain-lain tujuan penyelidikan/ penelitian yang berkaitan. Oleh itu, pada asasnya kajian ini banyak membantu ke arah memperkasakan PBT dan agensiagensi berkaitan terutama di dalam proses membuat keputusan perancangan dan mencari jalan untuk melibatkan masyarakat setempat di dalam menangani masalah yang dihadapi.
11 11 b) Bidang akademik Kajian ini memberi sumbangan terhadap penerokaan kepakaran baru teknologi GIS termasuk mempertingkatkan kegunaan GIS di dalam bidang penyelidikan sains sosial terutama berhubung guna tanah setinggan dan kualiti air sungai, memperkenalkan pendekatan GIS bersama MCDA dan analisis spatial GIS bersama model-model kualiti air. Hasil kajian ini sekali gus boleh dijadikan rujukan penting terutama oleh pelajar-pelajar yang ingin mengembangkan kepakaran di dalam bidang GIS. c) Penduduk setempat Penduduk setempat turut mendapat manfaat daripada kajian ini. Ini termasuk langkah-langkah pengawalan punca-punca pencemaran sungai di kawasan kediaman mereka dan bantuan-bantuan lain yang berupa khidmat nasihat penjagaan alam sekitar, bantuan fasiliti dan kemudahan dan sebagainya. Ini secara tidak langsung menghasilkan sebuah persekitaran hidup yang lebih selesa di samping kegiatan sosial dan alam sekitar yang mampan. Kepentingan lainnya, kajian ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan dalam RMK-8 untuk menggalakkan pengukuran prestasi alam sekitar dan memperkukuhkan pangkalan data bagi membuat keputusan mengenai alam sekitar (Malaysia, 2001). 1.7 Struktur Penulisan Tesis Penulisan kajian ini dibahagikan kepada enam bab. Kandungan perbincangan bab-bab boleh diringkaskan sebagaimana berikut: a) Bab pertama Bab ini mengenai pengenalan kajian yang menghuraikan tentang permasalahan kajian, tujuan dan objektif kajian, skop kajian dan kepentingan kajian. Selain itu, metodologi dan gambaran hasil akhir kajian turut dinyatakan secara umum.
12 12 b) Bab dua dan bab tiga Bab dua adalah penemuan kajian literatur mengenai fenomena guna tanah setinggan dan kesannya terhadap kualiti air sungai yang dilihat kepada ciri-ciri sosioekonomi dan fizikalnya. Ini termasuk faktor kewujudan/ pertumbuhan setinggan, isu kualiti air di Malaysia dan punca-punca pencemaran air sungai di dalam dan di luar negara, kaedah pengukuran kualiti air di Malaysia menggunakan model DOE- WQI dan hasil permodelan kualiti air Sungai Tebrau menggunakan model kualiti air VisualQual2E. Bab tiga pula menerangkan penemuan kajian literatur mengenai pendekatan GIS dan kaedah analisis keputusan multikriteria (Multicriteria Decision Analysis- MCDA) sebagai alat bantu pembuatan keputusan terutama di dalam permasalahan yang berhubungan dengan pencemaran sungai di kawasan setinggan. Ini termasuk kefungsian GIS, konsep asas MCDA dan pendekatan GIS bersama MCDA di dalam menjelaskan kadar potensi setinggan terhadap pencemaran sungai berasaskan penelitian terhadap ciri-ciri sosioekonomi dan fizikalnya. c) Bab empat Bab ini menjelaskan mengenai metodologi kajian secara keseluruhannya. Ini termasuk kaedah pemilihan kawasan kajian, pembangunan pangkalan data dan pembangunan aplikasi. Ini telah ditunjukkan secara rangka kasar pada Rajah 1.4 (di halaman 9). Metodologi kajian sebahagian besarnya adalah berasaskan penemuan literatur daripada perbincangan pada Bab II dan Bab III. Fungsi analisis spatial GIS merupakan alat analisis utama kajian yang dihubungkan dengan model-model kualiti air iaitu Qual2E (keputusan permodelan VisualQual2E) dan DOE-WQI serta dengan pendekatan MCDA. Teknik-teknik pengiraan statistik mudah seperti perisian Microsoft EXCEL dan SPSS turut digunakan untuk membantu memperkemaskan lagi hasil analisis secara keseluruhan.
13 13 d) Bab lima Bab ini merupakan bahagian analisis dan penemuan. Tiga peringkat analisis utama kajian yang terlibat. Pertama, analisis tahap kualiti air/ kesan guna tanah setinggan terhadap pencemaran sungai di sekitarnya melalui hasil permodelan daripada VisualQual2E dan analisis spatial GIS bersama model DOE-WQI. Kedua, analisis kadar potensi kawasan setinggan menyebabkan pencemaran sungai di sekitarnya melalui pendekatan GIS dan MCDA. Daripada hasil analisis ini, punca-punca utama pencemaran sungai di kawasan setinggan dapat dikenalpasti. Peringkat analisis terakhir ialah perbandingan keputusan di antara hasil/ penemuan analisis pertama dan kedua. Perbincangan akhir bab ini adalah menjelaskan mengenai kepakaran GIS sebagai alat yang berupaya membantu menjayakan perlaksanaan analisis kajian yang selari dengan tujuan dan objektif di samping merumuskan segala penemuan yang dihasilkan. e) Bab enam Bab ini membincangkan mengenai cadangan dan penutup. Ini termasuk mengenai cadangan-cadangan tindakan pengawalan masalah pencemaran sungai di kawasan setinggan, sumbangan kajian kepada bidang sains sosial dan sains GIS, dan pembatasan kajian serta cadangan kajian-kajian lanjutan untuk mempertingkatkan atau memperluaskan lagi kefungsian GIS di dalam penyelidikan khususnya bidang sains sosial. Selain itu, untuk memperkemaskan kaedah dan hasil kajian secara keseluruhannya dengan cara mengaplikasi model/ kaedah kajian. Bahagian selanjutnya dalam penulisan ini ialah bahagian senarai bahan-bahan rujukan dan lampiran atau fakta-fakta atau maklumat-maklumat yang menyokong hasil kajian secara keseluruhannnya.
14 Kesimpulan Bab ini telah membincangkan secara terperinci mengenai pengenalan kajian secara keseluruhan yang mencakupi pernyataan masalah kajian, tujuan dan objektif, skop, metodologi secara umum, kepentingan kajian dan rumusan kandungan bab-bab penulisan. Berdasarkan perbincangan tersebut, telah jelas bahawa kajian ini memang wajar dilaksanakan terutama untuk menjelaskan fenomena sebenar mengenai permasalahan guna tanah setinggan terhadap kualiti air sungai di sekitarnya di samping mencari beberapa alternatif yang lebih berkesan untuk mengatasi masalah tersebut bagi membantu pihak-pihak terbabit di dalam pembuatan keputusan dan tindakan yang berkenaan dengannya.
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perancangan Bandar yang berkualiti mampu memantapkan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan terutamanya di dalam zaman pembangunan teknologi yang pesat kini. Kemunculan bandar-bandar
BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan
BAB I PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Sistem pengurusan mampan alam sekitar menjadi lebih kompleks dengan pembangunan yang berkait di antara ekologi semulajadi, ekonomi, manusia, dan subsistem. Seluruh dunia
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Perindustrian merupakan salah satu sektor penting dalam pembangunan harta tanah di Malaysia pada masa kini. Satu sistem perancangan yang baik untuk sektor perindustrian
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Proses perbandaran yang semakin pesat dalam pelbagai sektor utama seperti ekonomi, politik, teknologi dan sosial mengubah kepada corak kehidupan manusia seharian. Selain
BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sektor perumahan merupakan salah satu sektor yang utama di dalam program pembangunan negara ini yang bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti hidup penduduk, sekaligus
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Rumah merupakan suatu keperluan wajib bagi sesebuah keluarga dan individu. Sesebuah rumah boleh ditakrifkan sebagai pembangunan fizikal yang memberi tempat berlindung
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan FELDA iaitu singkatan kepada Lembaga Kemajuan dan Tanah Persekutuan dimana ia ditubuhkan melalui Akta Pembangunan Tanah 1956 telah dipertanggungjwab untuk memajukan tanah-tanah
PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Tanah merupakan salah satu sumber yang terhad penawarannya. Akan tetapi permintaan terhadap penggunaannya adalah terlalu tinggi. Hal ini dapat dilihat di dalam sektor pembangunan
BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT
BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT 1.0 Latarbelakang Kajian Tempat kerja dan pekerja merupakan dua entiti yang saling berkait rapat di antara satu sama lain. Perkaitan ini wujud kerana pekerja
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Bahagian III Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Pindaan 2001 (Akta A1129) telah memperuntukkan keperluan kepada penyediaan sistem rancangan pemajuan sebagai
BAB SATU PENDAHULUAN
1 BAB SATU PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Di bawah Ordinan (Undang-undang) Kemajuan Tanah (Akta No. 20, 1956), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan yang dikenali dengan singkatan FELDA adalah sebuah Badan Berkanun
BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA
BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA 1.1 Pendahuluan Para pekerja adalah antara aset penting negara dan menjadi tulang belakang proses pembangunan dimana tanpa sumbangan
BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Merujuk kepada Amy Nutt (2009), dalam artikel Ezine kedudukan restoran harus berada dikawasan mudah dilihat oleh orang ramai atau anda akan dapati langsung tiada pelanggan,
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Luar bandar merupakan satu kawasan yang dikenalpasti sebagai satu kawasan yang mundur dan kurang mendapat kemajuan seiring dengan kawasan bandar. Luar bandar juga dikenali
BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN
15 BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN 1.0 Pengenalan Manusia dan rumah tidak dapat dipisahkan kerana rumah merupakan tempat manusia berlindung dan berteduh dari segala bahaya dan ancaman. Rumah merupakan keperluan
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Masalah projek perumahan terbengkalai merupakan salah satu masalah perumahan yang masih wujud sehingga kini. Ia merupakan projek perumahan di mana kerja pembinaan atau
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Di antara keistimewaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) ialah kemampuannya untuk melakukan analisis spatial terhadap entiti seperti poligon, garisan dan juga titik (polygon/line/point
BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Industri pembinaan hari ini terdedah kepada cabaran dari dalam dan luar industri yang membawa kepada keperluan pengurusan dan pengawalan risiko pembinaan. Salah satu kaedah
BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN
BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan adalah merupakan salah satu bidang yang sangat mencabar. Berbanding dengan industri lain, industri pembinaan terdedah
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Seringkali kedengaran berita tentang tanah-tanah milik persendirian diambil oleh kerajaan di mana sejumlah pampasan akan diberikan kepada tuan tanah untuk menggantikan
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan industri yang amat penting dalam menggerakkan pembangunan di Malaysia dan seterusnya menjana perkembangan ekonomi di negara ini. Industri ini
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Tanpa kita sedari, kita banyak menghabiskan masa seharian kita di dalam bangunan dengan melakukan pelbagai aktiviti harian seperti bekerja, belajar dan juga untuk beristirehat.
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan salah satu cabang kejuruteraan yang mengalami perkembangan yang pesat. Walaupun masih wujud jurang yang ketara jika dibandingkan dengan industri
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian
1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Kampus merupakan suatu persekitaran yang menempatkan ribuan pelajar untuk menjalankan aktiviti akademik. Di samping pelajar, sebuah kampus turut menempatkan
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Secara umumnya, kuari merupakan suatu tempat untuk mendapatkan batu, batu loh dan lain-lain jenis batuan dengan cara menggerudi, menembak, meletupkan dan sebagainya (DBP,
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, proses urbanisasi yang pesat telah berlaku terutamanya di bandar-bandar besar, semakin banyak bangunan yang didirikan
BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan komponen penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara kita seiring degan sektor pertanian, perlombongan, pembuatan dan perkhidmatan. Krisis
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Kepelbagaian biologi atau biodiversiti merupakan suatu unsur penting di dalam sistem pengurusan air sungai. Interaksi di antara pelbagai jenis organisma di dalam sungai
BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN
1 BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1.1 Pengenalan Sejak hampir dua dekad yang lalu, beberapa kajian berkaitan penilaian selepas-dihuni (post-occupancy
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) perlu berusaha lebih gigih untuk mendapatkan kelulusan peruntukan daripada kerajaan bagi membolehkan pembinaan bangunan-bangunan baru yang
Model Pengurusan Strategik
Topik 2 Model Pengurusan Strategik HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan komponen utama bagi pengurusan strategik; 2. Menghuraikan model pengurusan strategik; dan
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang meningkat pada kadar 4 hingga 5 peratus pada tahun 2012 berdasarkan pertumbuhan penggunaan dan pelaburan swasta di Malaysia telah menjadi
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pelancongan merupakan salah satu Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) utama di Malaysia yang mana ianya menyumbang terbesar yang berada ditangga ke 7
BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan dalam bidang komputer pada masa kini telah memberi banyak faedah kepada semua bidang termasuk bidang pentadbiran tanah. Hari ini, kita telah melihat kebanyakan
BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pengurusan kualiti memainkan peranan penting dalam organisasi perkhidmatam awam. Ia akan dapat memastikan organisasi berkenaan sentiasa relevan dengan keperluan semasa
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sebagai salah sebuah negara pesisir pantai, ekonomi Malaysia banyak disumbang oleh aktiviti yang berkisar pada kawasan pesisir pantai seperti perikanan, pelancongan dan
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pencapaian negara pada hari ini telah membawa banyak perubahan kepada corak pembangunan negara. Kesan ini turut dirasai terutamanya dalam industri pembinaan di mana pelbagai
BAB 1 PEMBANGUNAN PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN (PTP) UNTUK PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN FASILITI DI UTM
BAB 1 PEMBANGUNAN PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN (PTP) UNTUK PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN FASILITI DI UTM 1.1 Pengenalan Perkhidmatan penyenggaraan fasiliti adalah satu aktiviti sokongan yang penting bagi
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Senario desakan pembangunan, acapkali dihubungkaitkan dengan aktiviti-aktiviti pencerobohan di kawasan-kawasan tanah tinggi dan lereng-lereng bukit yang mempunyai kecerunan
BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian
BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN 6.0 Pengenalan Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian lanjutan dan kesimpulan. Ringkasan kajian berfokus tentang konsep penerapan
BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Pertumbuhan penduduk yang pesat khasnya di kawasan-kawasan yang pesat membangun sedikit sebanyak telah memperkembangkan lagi industri perumahan di Malaysia khususnya. Didapati
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pembangunan ekonomi yang terus meningkat menuntut adanya pembangunan infrastruktur yang lebih baik dan berkesan. Hal ini mengakibatkan peningkatan permintaan ke atas keluaran
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Setinggan telah wujud sejak lama dahulu. Istilah setinggan mengikut akta darurat merupakan apa-apa rumah, pondok, bangsal, gerai, tempat perteduhan (sengkuap), kurungan
BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pendahuluan
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pendahuluan Perkembangan industri pelancongan masa ini telahpun menunjukkan petanda positif. Ini dibuktikan dengan meningkatnya jumlah bilangan pelancong yang berkunjung di seluruh
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Setiap organisasi sama ada awam atau swasta perlu mempunyai premis kerja yang sesuai bagi mereka menjalankan aktiviti atau operasi sesebuah organisasi untuk mencapai objektifnya.
3.0 ARAH PEMBANGUNAN STRATEGIK
3.0 ARAH PEMBANGUNAN STRATEGIK 3.1 POTENSI PELAKSANAAN DASAR DAN STRATEGI PEMBANGUNAN NASIONAL, WILAYAH DAN NEGERI Arah tuju pembangunan Jajahan Machang berteraskan kepada dasar-dasar pembangunan negara,
Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013
Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013 UNIT PERANCANG EKONOMI JABATAN PERDANA MENTERI PUTRAJAYA 1 Untuk maklumat selanjutnya sila hubungi: KETUA PENGARAH Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri
BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan
BAB I PENGENALAN 1.1 Pengenalan Keteguhan ekonomi Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran negara telah menyaksikan pelbagai konsep pembangunan dilaksanakan dengan bangunan pencakar langit mewarnai Pusat
SKW 101 Pengantar Perancangan dan Pengurusan Pembangunan
Angka Giliran UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2012/2012 Januari 2013 SKW 101 Pengantar Perancangan dan Pengurusan Pembangunan Masa: [3 jam] Sila pastikan bahawa kertas
Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH
PEMARKAHAN PROJEK TAHUN AKHIR PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA Penyelia Buku log 0 Laporan 0 60 Supervision 0 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 0 Laporan 0 0 JUMLAH 00 00 PENILAIAN LAPORAN PENYELIA (0%) No Aspek
Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa
KERTAS KERJA 2 : Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa 1. TUJUAN 1.1 Kertas Cadangan ini dikemukakan bagi tujuan untuk
1.1 Latar Belakang Penyelidikan
1 BAB 1 PENGENALAN Hospital adalah sebuah institusi penjagaan kesihatan yang menyediakan perkhidmatan dan rawatan kepada pesakit. Kaki tangan khusus, peralatan dan sistem pengurusan rawatan pesakit adalah
BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan
BAB V KESIMPULAN 5.1 PENDAHULUAN Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan mengemukakan suatu rumusan ringkas mengenai hasil kajian, implikasi, memberi cadangan, limitasi
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Industri hotel adalah berkait rapat dengan industri pelancongan dan perdagangan dalam negeri atau antarabangsa sesebuah negara kerana fungsi utamanya ialah untuk membekalkan
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Keperluan asas dalam kehidupan manusia boleh dihasilkan melalui tanah seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Semua keperluan ini dapat diperolehi melalui usaha-usaha
Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN
Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Keperluan sistem maklumat geografi (Geography Information System-GIS) dalam sistem pentadbiran kadaran pihak berkuasa tempatan (PBT) di Malaysia adalah untuk mengatasi
BAB 1 PENGENALAN PROJEK
BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pengenalan Pengurusan kokurikulum yang baik dan cekap amat diharapkan oleh setiap pentadbir di pelbagai peringkat tidak kira di sekolah, daerah mahupun di peringkat kebangsaan.
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan
16 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Dalam bidang pembangunan hartanah terdapat beberapa siri aktiviti yang menjuruskan kepada pembentukkan struktur atau bangunan yang mana fungsinya untuk meningkatkan taraf
BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 telah menyarankan agar Malaysia dapat mencapai taraf negara maju yang berasaskan perindustrian menjelang abad ke-21 dan hasrat
BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Secara asasnya, aktiviti perniagaan tidak formal berskala kecil adalah merupakan salah satu cabang daripada sistem ekonomi penting dan menjadi faktor ekonomi yang membantu
BAB 1 PENGENALAN PROJEK
BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pengenalan Pada zaman era globalisasi yang menuju ke arah pemodenan teknologi, komunikasi, dan rangkaian pengkomputeran, negara kita telah melalui suatu titik penting dalam
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kawasan tanah tinggi merupakan aset kepada negara Malaysia. Ia mempunyai panorama yang cantik dan berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan atau tempat
BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Dalam abad ke-21, persaingan antara organisasi menjadi semakin sengit. Oleh sebab itu, program latihan dianggap sebagai nadi kecemerlangan kepada kelangsungan sesebuah
Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Prosiding Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM2012 Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM2012 15 18 Disember 2012 http://www.ukm.my/kongres Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti
PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, 43400 Selangor, Malaysia Tel : 603-8946 6003 Faks : 603-8948 7273 TUJUAN PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. Komunikasi
BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Malaysia mempunyai sejarah pemerintahan bermula dengan pemerintahan raja-raja Melayu seawal abad ke-14 lagi. Telah ada bentuk pentadbiran tanah yang diasaskan kepada hukum
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sistem Penilaian Kenaikan Pangkat Pensyarah Secara Sistematik Berasaskan Sistem Bantuan Keputusan (SBK) Berkumpulan dibangunkan berdasarkan proses penilaian kenaikan pangkat
ISI KANDUNGAN BAB TAJUK MUKA SURAT
ISI KANDUNGAN BAB TAJUK MUKA SURAT I PENGENALAN 1.1 Pengenalan 1.2 Pernyataan Masalah 1.3 Persoalan Kajian 1.4 Objektif Kajian 1.5 Skop Kajian 1.6 Rangka Kerja Penyelidikan 1.6.1 Peringkat 1- Penyediaan
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Hakmilik strata menurut kuatkuasa Akta Hakmilik Strata (AHS) 1985 (Akta 318) adalah manifestasi pecah bahagi bangunan berbilang tingkat kepada petak-petak strata dalam
BAB 1 PENDAHULUAN KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU)
BAB 1 PENDAHULUAN KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Proses pembandaran telah menimbulkan pelbagai
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pembangunan komuniti berpagar merupakan tren pembangunan semasa yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam pasaran hartanah. Konsep ini menjadi popular kerana ia menyediakan
BAB 1 PEYEMAKAN SEMULA SENARAI NILAIAN DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
27 BAB 1 PEYEMAKAN SEMULA SENARAI NILAIAN DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) 1.1 Pengenalan Struktur pentadbiran negara terbahagi kepada tiga iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER NAMA KUMPULAN: BUBPK ISI KANDUNGAN 1. Pengenalan. 1 1.1 Latar
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Laut merupakan 71 peratus daripada keseluruhan permukaan bumi. Fenomena ini sangat penting untuk di fikirkan supaya laut dapat memberi manfaat kepada manusia di permukaan
PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF
PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Huraian tentang latar belakang / konteks hendaklah memberikan maklumat berkaitan senario kajian Ciri-ciri sekolah iaitu latar belakang
BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perancangan bandar yang terancang adalah penting dalam setiap pembangunan hari ini yang memberi kesan drastik kepada perkembangan pada masa hadapan. Pembangunan yang
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Perkembangan teknologi yang semakin pesat memainkan peranan penting kepada keupayaan sesebuah negara untuk diuruskan dengan cemerlang. Pengangkutan juga terlibat sama
BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
14 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Semenjak penubuhan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada tahun 1933 semua keperluan senggaraan kem-kem dan fasilitas infrastrukturnya telah diuruskan oleh Public Works
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Tingkap adalah salah satu elemen pembukaan pada bangunan yang memberikan sumber pencahayaan siang. Ia juga berfungsi bagi memenuhi kepentingan dan keperluan cahaya siang
6.2 APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI
6.2 APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI Sistem Maklumat Geografi dapat menggambarkan dengan lebih tepat apa yang berlaku ke atas kawasan kajian Rancangan Tempatan. Melalui kombinasi data di antara sektoral,
PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH
PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH 1.0 PENGENALAN Sudah diketahui bahawa hal ehwal berkenaan tanah di dalam Perlembagaan Persekutuan dijelaskan di bawah Senarai Negeri, dan
BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek
BAB 1 PENGENALAN 1.8 Pengenalan Projek Kes kecemasan terutamanya kes kebakaran boleh menyebabkan bencana kepada manusia dan harta benda. Bencana yang berlaku adalah seperti kecederaan fizikal dan mental,
BAB I PENGENALAN 1.1 LATARBELAKANG KAJIAN
BAB I PENGENALAN 1.1 LATARBELAKANG KAJIAN Umumnya diketahui negara Malaysia mempunyai bentuk muka bumi semulajadi yang bercerun dan berbukit di samping menerima keamatan hujan yang tinggi sepanjang tahun.
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Islam amat mengambil berat tentang persoalan harta dalam kehidupan manusia. Harta dianggap sebagai satu amanah oleh Allah yang mesti diuruskan dengan baik dan sesempurna
Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri
Masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar Perdana Jabatan Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan (JPTK) Fakulti Pendidikan, UTM Dalam Menjalani Latihan Industri Ahmad Johari Sihes & Mariati Muda Fakulti Pendidikan,
BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB I PENDAHULUAN BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pelaburan di dalam sektor harta tanah mempunyai perbezaan yang ketara dengan pelaburan di dalam sektor lain. Ini adalah kerana pelaburan harta tanah adalah
PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA
PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA NAJMAH BINTI NAWAWI MOHD. NUSI BIN ABD. RAHMAN NOOR SHAFEEZA BINTI ZAINUDDIN NUR SYAZWANI BINTI ZAINUL ABIDIN RINGKASAN EKSEKUTIF Penyelidikan
BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Latar Belakang
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Kebiasaannya arkitek merekabentuk litupan bangunan. Hasil rekabentuk ini kemudian dihantarkan kepada jurutera penyaman udara (HVAC). Para jurutera ini kemudian melaksanakan
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Perkembangan teknologi dan kemajuan komputer telah mencetuskan perubahan drastik secara global dan membawa satu revolusi baru kepada hampir kesemua bidang yang melibatkan
LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...
LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... PERINGATAN Pegawai Penilai (PP) iaitu Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai
Bab 11. JARINGAN KAWALAN UKUR KADASTER (Sumber Rujukan : Pekeliling KPUP 5/2002)
J Bab 11 JARINGAN KAWALAN UKUR KADASTER (Sumber Rujukan : Pekeliling KPUP 5/2002) aringan kawalan adalah sangat penting kepada kerja-kerja ukur, khasnya kerja ukur kadaster. Ini terbukti apabila di antara
ISI KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN BAHAGIAN SATU 1.0 PENDAHULUAN 1
vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI PELAN ABSTRAK ABSTRACT i ii
BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Isu kualiti telah hangat diperbincangkan ekoran daripada beberapa kejadian kegagalan dan keruntuhan beberapa bangunan yang berlaku seperti tragedi Highland Tower yang telah
2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian
Penggunaan Sistem Trek Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Lima F (Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua) Md.Arman @Jamaludin Ag.Damit Abstrak Kajian ini dijalankan
BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN
BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN 5.1 PENDAHULUAN Bab ini memaparkan ringkasan kajian secara menyeluruh yang merangkumi tujuan, kerangka teoretikal kajian, reka bentuk kajian, sampel kajian, instrument
BAB 1 PENGENALAN Latar belakang kajian
BAB 1 PENGENALAN 1.1. Latar belakang kajian Dalam usaha Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, industri pembinaan menurut Sistem Binaan Terbuka (OBS) adalah merupakan satu syarat asas yang
BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan salah satu industri yang berkembang pesat di negara ini dan merupakan salah satu komponen penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara.
