BAB 1 PENGENALAN PROJEK

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

Cabutan Minit Senat: 1 Disember 2009

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA CADANGAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 1)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

SPK ISO 9001:2000 FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PENGUKURAN, ANALISIS DAN PEMBAIKAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO 9001:2000

PTSS-PK-PPP-12 PENDAFTARAN KURSUS

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

SISTEM PENILAIAN AKTIVITI PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN CD

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PINDAHAN KREDIT PROGRAM PENGAJIAN

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SENARAI TUGAS DEKAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

blgerkompkipgkblgerkompkipgkbl

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

KAPS-04 Kod Amalan Sumber Pembelajaran dan Pengajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN TESIS PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA PENYELIDIKAN (PENILAIAN 2)

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

TAJUK PROJEK: MEMPERKASAKAN ILMU METODOLOGI KEJURULATIHAN TAHAP ASAS DAN TAHAP PERTENGAHAN BAGI JURULATIH DAN GURU SUKAN DI MAJLIS AMANAH RAKYAT

DASAR INOVASI DAN DAYA KEUSAHAWANAN DALAM PENGALAMAN PEMBELAJARAN MENYELURUH PELAJAR UKM

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. (Telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat Bil. 336 bertarikh 21 Mei 2008)

PROSEDUR PEMBENTUKAN DAN PENYEMAKAN SEMULA KURIKULUM PK.UiTM.FKM.(OA).01

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

KANDUNGAN. 1.0 Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Skop Tafsiran Penyelarasan Moderasi Tugas Dan Tanggungjawab 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

GARIS PANDUAN PENCALONAN

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

GARIS PANDUAN PINDAHAN KREDIT & PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

EzzyKan: Aplikasi Pengiklanan Sepusat Untuk Warga UTM

SISTEM PENDAFTARAN CITRA

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

KANDUNGAN. 1.0 Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Struktur Pengurusan Bank Item dan Peraturan Pemarkahan 4

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

Nombor Dokumen USIM / PK / 14. Prosedur LATIHAN INDUSTRI PELAJAR

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

DASAR DAN PRINSIP JAMINAN KUALITI PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

DASAR LATIHAN INDUSTRI Universiti Malaysia Sabah

DASAR PENERBITAN JURNAL

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

Transkripsi:

BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pendahuluan Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979)... Kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan. Oleh itu kurikulum dibahagikan kepada dua bahagian besar iaitu:- i. Bahagian yang meliputi sukatan pelajaran dan kandungan matapelajaran serta segala kegiatan pengajaran dan pembelajaran, ii. Bahagian yang meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah (kokurikulum) seperti kegiatan-kegiatan sukan, pasukan pakaian seragam dan lain-lain. Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) lagi Kurikulum ialah suatu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahliahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai,

2 menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum itu juga melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara. Oleh yang demikian pembentukan kurikulum yang selari dengan matlamat pendidikan adalah amat diperlukan. Menurut Hilda Taba (1962) pembentukan kurikulum biasanya mengandungi unsur-unsur di bawah :- i. Mendiagnosis keperluan ii. Membina objektif iii. Memilih kandungan yang boleh memenuhi objektif dan selari dengan matlamat pendidikan iv. Menyusun kandungan v. Memilih pembelajaran yang baik vi. Menyusun pengajaran yang baik vii. Menentukan apa yang akan dinilai dan bagaimana cara menilainya 1.2 Latar Belakang Masalah Kurikulum adalah teras perniagaan atau aset yang penting bagi menghasilkan keuntungan serta memenuhi matlamat penubuhan bagi sesebuah Institusi Pengajian Tinggi. Kurikulum yang mantap dan pengajaran yang berkesan dapat menghasilkan graduan yang berkualiti serta memenuhi pasaran pekerjaan semasa di samping mempunyai kemahiran (generic skill ), nilai-nilai norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan seperti yang dinyatakan di dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979).

3 Bagi setiap institusi, pembentukan kurikulum yang mempunyai kelainan daripada institusi pengajian lain serta mempunyai matlamat tersendiri dan memenuhi pasaran dan juga kehendak semasa adalah perkara yang paling penting bagi menarik minat pelajar untuk memilih kursus atau jurusan di institusi tersebut serta memenuhi daya saing di antara institusi pengajian tinggi. Dalam menuju matlamat tersebut banyak perkara yang perlu dititik beratkan iaitu bermulanya proses pelantikan jawatankuasa pelaksana pembentukan kurikulum sehinggalah pembentukan kurikulum, pengawalan kualiti kurikulum dan penilaian ke atas kurikulum yang telah dijalankan. Perkara-perkara yang disebutkan di atas amatlah rumit dilaksanakan. Walau bagaimana pun kajian yang dijalankan akan merangkumi proses pembentukan kurikulum baru sahaja. Ini kerana pembentukan kurikulum baru adalah perlu untuk memenuhi kehendakan pasaran pekerjaan semasa dan proses pembentukan kurikulum baru ini adalah satu bidang tugas yang kritikal. Dalam menyediakan laporan ketua jabatan dan ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pensyarahpensyarah kanan yang berpengalaman akan menjalankan tugas-tugas tertentu yang digariskan untuk menghasilkan kurikulum baru yang mantap dan unik dari kurikulum yang sedia ada. Kerjasama yang tinggi dari ahli jawatankuasa perlu ada bagi menyiapkan laporan tersebut. Penyelidikan dan kajian yang mendalam perlulah dilakukan bagi menghasilkan kurikulum yang memenuhi kehendak dan matlamat serta objektif. Unsur-unsur yang dinyatakan oleh Hilda Taba (1962) amatlah perlu di dalam pembentukan kurikulum ini. Oleh yang demikian alat bantu bagi pembentukan kurikulum di Institusi Pengajian Tinggi ini adalah perlu dibangunkan bagi membantu Ahli Jawatankuasa Pembentukan Kurikulum Baru. Dengan adanya alat bantu ini dapat memudahkan kerja penyediaan laporan bagi memperolehi kelulusan pembentukan kurikulum baru di Institusi Pengajian Tinggi. Penyusunan (codification) pengetahuan dan maklumat akan dilakukan bagi menyediakan garis panduan untuk menghasilkan kurikulum baru

4 yang selari dengan matlamat, objektif dan isi kandungan pembelajaran yang akan dipelajari oleh pelajar. Dengan adanya alat bantu ini akan memantapkan serta memudahkan interaksi ahli jawatankuasa yang terdiri daripada ketua jabatan dan pensyarah-pensyarah kanan yang berpengalaman. 1.3 Penyataan Masalah Permasalahan yang akan diambil kira di dalam kajian ini adalah :- Bagaimanakah strategi penyusunan (codification) dapat digunakan di dalam pembentukan kurikulum di IPT? Di samping persoalan ini juga, persoalan mengenai :- i. Apakah garis panduan yang sesuai untuk membentuk kurikulum? ii. Bagaimanakah pemetaan dan mengkaitkan matlamat, tujuan, objektif, isi kandungan, kaedah dan penilaian dapat dijalankan? 1.4 Objektif Projek yang dijalankan ini mempunyai beberapa objektif utama yang perlu dicapai iaitu :- i. Mengkaji dan mengenal pasti proses pembangunan kurikulum. ii. Mencadangkan proses kerja bagi menyediakan laporan bagi memperolehi kelulusan dari pihak yang bertanggungjawab seperti Lembaga Pengarah Universiti dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

5 iii. iv. Mengkaji kurikulum yang baik yang dapat memetakan (mapping) matlamat kurikulum serta kaitannya dengan objektif dan subjek yang terdapat di dalam kursus. Membangunkan alat bantu yang dapat membantu dan menyokong kerjasama di kalangan ahli jawatankuasa (collaboration). 1.5 Skop Skop merupakan had dan limitasi atau ruang lingkup yang merangkumi kajian yang dijalankan. Di dalam menjalankan kajian ini maka skop-skop berikut dikenal pasti iaitu :- i. Kajian pembentukan kurikulum adalah berdasarkan amalan pembentukan kurikulum di Universiti Teknologi Malaysia. ii. Kajian akan dilakukan terhadap pembentukan kurikulum bagi pengajian Sarjana Muda di Fakulti Sains Komputer, Universiti Teknologi Malaysia. iii. Alat bantu tidak akan menilai kualiti kandungan kursus yang akan dibangunkan ini kerana kandungan kursus adalah subjektif dan bergantung kepada kursus yang dibangunkan. iv. Garis panduan yang terdapat di dalam alat bantu memenuhi spesifikasi minimum Kementerian Pendidikan Malaysia. v. Alat bantu yang akan dibangunkan adalah menggunakan teknologi pelayan-pelanggan di mana ia boleh dicapai di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa yang akan menyokong kerjasama antara ahli jawatankuasa pembentukan kurikulum ini.(collaboration) vi. Alat bantu ini akan dibangunkan mengunakan ASP (Active Server Page) sebagai antaramuka pengguna dan Access 2000 sebagai pangkalan data.

6 vii. viii. Metodologi yang akan digunakan untuk membangunkan alat bantu ini ialah prototaip. Manakala teknik perolehan pengetahuan dan maklumat berkaitan pembentukan kurikulum adalah secara temu-bual dengan pakar-pakar pembentukan kurikulum yang terdapat di UTM serta mengedarkan borang kaji selidik kepada pakar dan pensyarah-pensyarah yang terlibat dalam pembentukan kurikulum. 1.6 Kepentingan Projek Projek yang akan dilakukan ini mempunyai beberapa kepentingan iaitu :- i. Memantau pembentukan kurikulum baru dari segi proses dan komponen (tujuan, objektif, kandungan kursus, strategi pengajaran dan penilaian) agar memenuhi matlamat utama pembentukan kurikulum tersebut. Ini mewujudkan persaingan yang baik di antara institusi pengajian tinggi yang lain dalam menghasilkan output yang baik daripada pembentukan kurikulum. ii. Memudahkan aktiviti kerjasama secara berkomputer di atas talian di kalangan ahli jawatankuasa. Dengan cara ini dapat menjadikan kerja lebih efektif dan menyingkatkan masa pertemuan atau perjumpaan. Melalui alat bantu yang akan dibangunkan ini juga dapat mempercepatkan maklum balas di kalangan ahli jawatankuasa. Ahli jawatankuasa dapat memberi komen, mengedit, mengetahui proses atau maklumat yang masih belum mencukupi dengan bantuan alat bantu PKIPT.

7 1.7 Kesimpulan Kesimpulanya alat bantu ini dibangunkan untuk membantu ahli jawatankuasa pembentukan kurikulum membentuk kurikulum yang baik di samping menyediakan laporan atau kertas kerja permohonan pembentukan kurikulum baru. Alat bantu yang akan dibangunkan ini akan menyediakan garis panduan, standard pembentukan kurikulum dan format laporan bagi membantu menyediakan laporan. Alat bantu ini juga akan melakukan pemetaan terhadap komponen kursus supaya memenuhi matlamat pembentukan kurikulum. Analisa masalah dan objektif utama serta kepentingan projek ditentukan supaya projek yang bakal dibangunkan akan mencapai suatu sasaran yang diharapkan. Seterusnya skop projek ditentukan bagi memastikan projek akan dibangunkan tidak terkeluar dari sempadan yang ditetapkan dan bersesuaian dengan tempoh pembangunan yang telah ditetapkan. Bab II akan membincangkan tentang beberapa kajian literatur yang melibatkan pembangunan sistem ini.