5. Sultan dan Temenggong bersetuju tidak akan membuat perjanjian dengan mana-mana pihak tanpa persetujuan Raffles 6. Singapura secara rasmi diserahkan

dokumen-dokumen yang mirip

Pangkalan tentera Pelabuhan persinggahan X. Senarai di atas menjelaskan faktor-faktor British memerlukan Pulau Pinang. Apakah X?

BAB 1: KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH PERTAPAKAN SHTI DI PULAU PINANG. Kurun ke -18

: NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH. Peta berikut menunjukkan kemaraan kuasa besar di Asia Tenggara.

BAB 1: KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

PANITIA SEJARAH JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

BAB 1: KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

BAB 2 : KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR TANGAN BRITISH

. TINGKATAN 2 BAB 3 NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BERENDAM, MELAKA. Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

BAB 8 KERAJAAN NEGERI-NEGERI MELAYU. 1. Kerajaan Melayu Tua terdiri daripada kerajaan : (ms 122) a. b. c.

TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN. Konsep asas persekutuan Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri Pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan

BAB 2: KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR TANGAN BRITISH. 1. Apakah yang dimaksudkan dasar campur tangan British?

FAKTOR-FAKTOR BRITISH CAMPUR TANGAN DI NNM

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Kemerdekaan Negara 31 Ogos Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

KENEGARAAN: TAJUK 1 28/09/2015 SEJARAH AWAL MALAYSIA HASIL PEMBELAJARAN. Dr. Murni Wan Mohd Nor

1 Gambar rajah berikut menggambarkan suasana yang dapat dilihat semasa pentadbiran Brooke di Sarawak.

KENAIKAN KADAR BANTUAN SARA HIDUP

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

TAJUK 1 SEJARAH AWAL MALAYSIA

Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-pertuan Agong. Konsep Raja Berperlembagaan

Kekayaan Ekonomi Sarawak Mendorong Penjajahan Keluarga Brooke. Abad ke-19

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

NOTA BAB 1 BAB 8 SEJARAH T2

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

No. Keahlian. Gambar. Nama Pemohon. No. KP (baru) Nama Syarikat / Nama Perniagaan. Alamat Pejabat. Poskod. Syarikat. Telefon Bimbit (HP)

SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PARCEL G, PRESINT PUTRAJAYA JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAB 1 SEJARAH TINGKATAN 2

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) No. Pendaftaran 676/88 (Wilayah Persekutuan) UMNO

BAB 7: PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI YAYASAN SAAD, LEMBAH BERINGIN, SELANGOR, MALAYSIA (AKMATYS)

OLEH AZI RAHIMEE BIN MOHAMED

BAB 1 KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 1 KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

BAHAGIAN A. 1. Siapakah yang mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka? 3. Parameswara melarikan diri ke Muar setelah di serang oleh Kerajaan di Temasik.

Apakah persamaan kedua-dua buah parti yang dinyatakan di atas? 2. Apakah sebabnya orang Melayu tidak dapat menerima ideologi komunis?

BAB 6 : KEMEROSOTAN MELAKA

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN STAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ( KARiSTA UiTM ) 1.2 PSKK akan mencadangkan jenis-jenis permainan yang dipertandingkan.

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI SISTEM TORRENS DAN SEJARAHNYA DI MALAYSIA?

GARIS PANDUAN PERMOHONAN KENDERAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

2. MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP MALAYAN UNION. Tujuan Penubuhan UMNO. Perjuangan tokoh UMNO

TAJUK 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Pengajian Am (Kertas 1) SUMBER UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

TAJUK 9 PERUNDANGAN. Parlimen Dewan Rakyat Dewan Negara Penggubalan Undang-Undang

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 1 KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

(1) Alamat dan tempat urusan Pertubuhan ialah. Ibu Pejabat KDCA Hongkod, Jalan Penampang, Peti Surat 907, Penampang, Sabah.

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

UNDANG-UNDANG PERSATUAN CAPAIAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN (PECAMP) MALAYSIA

Perlembagaan Malaya dan Malaysia memperuntukkan kedudukan anak watan dalam kalangan Melayu dan bumiputera, Orang Asli dan juga etnik-etnik lain.

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

Kekayaan Ekonomi Sabah Menarik Minat Syarikat Borneo Utara British

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

Tindakan PKM (Parti Komunis Malaya) Membakar rumah yang berpenghuni pada waktu tengah malam

BAB 8. Pendidikan dalam masyarakat Melayu tradisional. 1. Rajah di atas menunjukkan sistem pendidikan masyarakat Melayu tradisional.

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

BAB II PROFIL MAHKAMAH SYARIAH SHAH ALAM SELANGOR. A. Sejarah Singkat Mahkamah Syariah Shah Alam Selangor

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

BAB 5 : KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR. PERTUBUHAN PERKUBURAN ORANG RAMAI, KUALA LUMPUR DAN SELANGOR.

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

ASPEK PERUNDANGAN BERKAITAN PENGURUSAN WANG KHAIRAT DI MALAYSIA DAN PERANAN AGENSI BERKAITAN. Mohd Zamro bin Muda Noor Lizza Mohamed Said

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

TINGKATAN 2. b. Sultan Omar Ali Saifuddin (Sultan Brunei)

7.1.1 Penerusan Warisan Melaka. Pengunduran Sultan Mahmud, pembesar dan Orang Laut. Melaka 7.1 PENGASASAN KERAJAAN JOHOR

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

FASAL 1 NAMA FASAL 2 TEMPAT URUSAN FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT FASAL 4 KEAHLIAN FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

SKIM BANTUAN PELAJARAN (SBP) TABUNG PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI PEKEBUN KECIL RISDA

Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.

ALAMAT BAITULMAL SELURUH MALAYSIA

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

Bincangkan Sistem Pembesar di China pada abad ke 16 hingga ke 18. (20M)

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

BAB 4 MALAYAN UNION SEBAB-SEBAB PEMBENTUKAN MALAYAN UNION

PANDUAN MENGISI BORANG PERJANJIAN ASASI IPTA

BAHAGIAN BIASISWA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Transkripsi:

PERJANJIAN-PERJANJIAN DALAM SEJARAH MALAYSIA PERJANJIAN ANTARA FRANCIS LIGHT DENGAN SULTAN KEDAH ( 1 MEI 1791) Syarat-syarat perjanjian 1. Kedah bersetuju menerima bayaran elaun tahunan sebanyak $ 6000 (dolar Sepanyol) selagi EIC menduduki P.Pinang 2. Kedah bersetuju mengakui pendudukan EIC di P.Pinang 3. Pihak British dibenarkan membeli bekalan makanan dari Kedah tanpa dikenakan sebarang sekatan@ cukai 4. Bangsa-bangsa Eropah lain tidak dibenarkan menetap di Kedah 5. Kedua-dua pihak bersetuju mengembalikan hamba abdi, orang berhutang, pembunuh & penipu 6. P.Pinang bersetuju tidak akan melindungi penjenayah dari Kedah PERJANJIAN ANTARA EIC DENGAN SULTAN KEDAH(SULTAN ABDULLAH) 1795 Syarat-syarat perjanjian 1) EIC dibenarkan menduduki Pulau Pinang dengan syarat mereka bersetuju mengawal kawasan perairan Kedah daripada ancaman musuh. 2) EIC bersetuju membayar $ 30000 setiap tahun kepada Sultan Kedah sebagai bayaran ganti rugi kerana Kedah kehilangan perdagangan apabila apabila P.Pinang menggantikan Kedah sebagai pelabuhan 3) EIC hendaklah melindungi Kedah daripada ancaman musuh, sama ada dari darat atau laut. Segala perbelanjaan perang akan ditangggung oleh Kedah 4) Semua kapal yang datang ke Kedah tidak boleh dihalang oleh EIC. Begitu juga EIC tidak boleh melindungi muush-musuh Kedah PERJANJIAN SEMENTARA ANTARA TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN DENGAN STAMFORD RAFFLES (28 JANUARI 1819) 1. Mendapat kebenaran membuka sebuah logi di Singapura,dengan 2. Temenggung diberi bayaran sebanyak $ 3000 sebulan PERJANJIAN ANTARA TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN, TENGKU HUSSEIN & STAMFORD RAFFLES Syarat-syarat perjanjian 1. Tengku Hussein dilantik menjadi Sultan Johor dengan gelaran Sultan Hussein mohamad Shah 2. Sultan mengiktiraf perjanjian awal antara Temenggong Abdul Rahman Dengan Stamford Raffles 3. British diberi hak untuk membina sebuah logi di Singapura 4. Sebagai balasan Sultan Hussein menerima bayaran sebanyak $ 5000 setahun manakala Tememggomg Abdul Rahman menerima $ 3000 setahun 1

5. Sultan dan Temenggong bersetuju tidak akan membuat perjanjian dengan mana-mana pihak tanpa persetujuan Raffles 6. Singapura secara rasmi diserahkan kepada SHTI PERJANJIAN INGGERIS- BELANDA @ PERJANJIAN LONDON ( 17 MAC 1824 ) Britain diwakili oleh George Canning Belanda diwakili oleh Charles Watkin Wynn Tujuan perjanjian adalah untuk menamatkan perbalahan & hubungan tegang antara 2 kuasa ini. Kesannya, Gugusan Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua iaitu kawasan pengaruh British dan kawasan pengaruh Belanda Selat Melaka sebagai sempadan antara wilayah Syarat-Syarat Perjanjian. 1. Butir-Butir Wilayah. (a) Belanda bersetuju menyerahkan semua loji-lojinya di India, Melaka dan semua jajahan takhluk Melaka kepada pihak Britain. (b) Belanda bersetuju menarik balik bantahannya keatas pendudukan British di Singapura dan mengiktiraf kedudukan Singapura sebagai pelabuhan Britain. (c) British bersetuju berundur dari Sumatera dengan menyerahkan Bangkahulu dan semua kawasan milik SHTI (EIC)di Sumetera kepada Belanda. (d) Belanda berjanji tidak membuka sebarang tempat atau membuat sebarang perjanjian dengan mana-mana pemerintah negeri-negeri Melayu. (e) British bersetuju tidak akan membuka sebarang petempatan atau membuat sebarang perjanjian dengan mana-mana pemerintah di Sumatera atau kawasankawasan selatan dari Selat Singapura, termasuk Pulau-Pulau Karimon dan Kepulauan Riau-Lingga. 2. Butir-Butir Perdagangan. (a) Kapal-kapal perdagangan dari kedua-dua buah negara dibenarkan saling memasuki wilayah masing-masing dengan syarat dikenakan bayaran yang ditetapkan oleh kedua-dua pihak. (b) Belanda tidak dibenarkan mengamalkan dasar monopoli perdagangan di kawasan Kepulauan Melayu.Kuasa monopoli Belanda hanya dihadkan dalam monopoli rempah di Pulau Muluku. (c) Kedua-dua pihak hendaklah memberi layanan istimewa kepada pihak yang satu lagi semasa berurusan di India, Kepulauan Ceylon (Sri Lanka) dan Kepulauan Melayu.Peraturan-peraturan am tentang cukai kastam yang harus dibayar akan dirangka. 3. Butir-butir kewangan. a) Belanda bersetuju membayar sebanyak 100 000 pound untuk menjelaskan hutangnya kepada British. 2

PERJANJIAN ANTARA SIAM (RAJA LIGOR ) DENGAN BRITISH ( JULAI 1825 ) Syarat-syarat perjanjian 1. Raja Ligor bersetuju memberi peluang kepada Perak gengan Selangor membuat keputusan, sama ada ingin menghantar bunga emas @ tidak 2. Raja Ligor berjanji tidak akan menyerang Perak atau Selangor. Pihak British pula bersetuju pertikaian antara Perak dan Selangor 3. Sultan Kedah dibenarkan kembali ke Kedah. Baginda mesti menghantar bunga emas setiap tiga tahun dan membayar $ 4000 setiap tahun sebagai jajahan takluk Kerajan Siam 4. Raja Ligor berjanji jika Siam bersetuju dengan perjanjian tersebut, beliau tidak akan menyerang Kedah PERJANJIAN ANDERSON THN(1825)(SULTAN SELANGOR) Antara syaratnya a) Perak bersetuju menetapkan sempadan di antara negeri Perak dengan Selangor yang terletak di Sungai Bernam dan kedua-dua pihak bersetuju tidak akan melakukan pencerobohan. b) Sultan Perak berjanji tidak akan campur tangan dalam hal ehwal Selangor, tetapi rakyat Perak dibenarkan ke Selangor untuk tujuan perdagangan. c) Sultan Perak berjanji tidak akan memberi monopoli atau menyerahkan pengutipan cukai kepada orang lain. PERJANJIAN BURNEY ATAU PERJANJIAN BANGKOK( JUN 1826) Syarat perjanjian atau isi kandungan. a) Kedah kekal sebagai jajahan takluk siam. British bersetuju tidak akan campur tangan dalam hal ehwal negeri Kedah atau membantu sultan Kedah mendapatkan semula takhta kerajaan. b) Sultan Kedah tidak dibenarkan tinggal di Pulau Pinang, seberang Perai, Perak, Selangor atau meminta perlindungan di mana-mana wilayah Burma. c) British tidak membenarkan Sultan Kedah atau penyokongnya menyerang Kedah atau lain-lain jajahan Siam. d) Siam mengakui dan mengitiraf hak da kedaulatan Sultan Perak dan Selangor. Sultan di kedua-dua bua negeri itu dibenarkan menjalankan pemerintahan negeri secara bersendirian. e) British tidak akan menyekat Sultan Perak daripada menghantar ufti bunga emas ke Bangkok, jika baginda bersetuju berbuat demikian. f) British dan Siam dibenarkan menghantar perwakilan ke Perak atau Selangor, tetapi tidak boleh mengganggu kebebasan kedua-dua buah negeri itu. g) Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang da seberang Perai. h) Siam tidak akan mengganggu atau menyekat kegiatan perdagangan di Kelantan dan Terengganu, manakala British dibenarkan berdagang dan mengadakan hubungan di kedua-dua buah negeri itu dengan bebas, tetapi tidak akan campur 3

tangan atau menyerang kedua-dua negri tersebut. Kelantan dan Terengganu juga akan terus menghantar bunga emas ke Bangkok. i) British bebas menjalankan perniagaan dengan Siam dan kedua-dua negeri bersetuju menurunkan kadar cukai. PERJANJIAN LOW ( ANTARA SULTAN ABDULLAH DENGAN JAMES LOW 18 OKT 1826 ) Antara syarat perjanjian. a)sultan Perak tidak akan menghantar bunga emas ke Siam atau mmengadakan sebarang perhubungan dengan Siam, Ligor atau mana-mana negeri. b) Sultan Perak tidak dibenarkan menerima mana-mana perwakilan yang datang ke negeri Perak, jika perwakilan tersebut bertujuan untuk campur tangan dalam hal ehwal negeri Perak. c) British akan memberi bantuan tentera kepada Sultan Perak untuk menentang ancaman, sama ada daripada siam atau musuh-musuh lain. d) Sultan Perak bersetuju menyerahkan wilayah Dinding, Pulau Pangkor dan Pulau-pulau lain di sebelah pantai kepada British. PERJANJIAN ANTARA RAJA LIGOR(SIAM) DENGAN BRITISH (JULAI 1852) Antara syarat perjanjian a) Raja ligor bersetuju memberi peluang kepada Perak dengan Selangor membuat keputusan samada ingin menghantar bunga emas atau tidak. b) Raja Ligor berjanji tidak akan menyerang Perak atau Selangor. Pihak British pula bersetuju menyelesaikan pertikaian antara Perak dan Selangor. c) sultan Kedah dibenarkan kembali ke Kedah. Baginda mesti menghantar bunga emas setiap tiga tahun dan membayar sebanyak RM4000 setiap tahun sebagai jajahan takluk kerajaan siam. d) Raja Ligor berjanji jika siam bersetuju dengan perjanjian tersebut, beliau tidak akan menyerang Kedah. PERJANJIAN ANTARA TEMENGGONG IBRAHIM, TENGKU ALI DAN PIHAK BRITISH.(TENGKU ALI MENUNTUT SUPAYA DIIKTIRAF SEBAGAI SULTAN JOHOR YANG SAH )( BULAN MAC 1855 ) Antara syarat dan isi kandungan. a) Kerajaan British memberi kebenara kepada Tengku Ali untuk menggunakan gelaran Sultan. b) Tengku Ali memakai gelaran Sultan Ali Iskandar Shah dan di beri pencen sebanyak RM500 sebulan untuk seumur hidup serta kuasa mentadbir daerah Kesang ( Muar ) di Johor. 4

PERJANJIAN PANGKOR 1874 Ditandatangani antara Sir Andrew Clark, dengan puak Gee Hin, Hai San dan Raja Abdullah ( Sultan Perak ) ( 20 Jan 1874 ) mengandungi dua dokumen. Bahagian pertama : Untuk menyelesaikan perbalahan antara kongsi gelap Cina Larut Bahagian kedua : Menyentuh kesultanan Perak. Antara syarat-syarat perjanjian a) British mengiktiraf Raja Abdullah sebagai Sultan Perak yang sah bagi menggantikan sultan Ismail. Manakala, sultan Ismail akan diberi satu gelaran lain( sultan Muda) dan diberi pencen sebanyak $1000 sebulan serta sebuah jajahan kecil untuk ditadbirkan. b) sultan bersedia menerima seorang residen British sebagai penasihat.nasihat residen mesti diminta dan dipatuhi dalam semua perkara, kecuali hal yang bersangkutan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. c) Pungutan semua hasil negeri dan perlantikan di buat atas nama sultan, tetapi menerusi nasihat residen. Gaji residen akan dibayar oleh Sultan dan bukannya oleh kerajaan British. d) semua perlantikan yang dibuat semasa pemerintahan Sultan Ismail dahulu diiktiraf. e) Kuasa yang diberi kepada Menteri Laut, Ngah Ibrahim oleh Almarhum Sultan Jaafar Muazzam Syah disahkan, tetapi beliau tidak lagi diiktiraf sebagai pemerintah yang merdeka.sebaliknya, beliau mesti menerima seorang Penolong Residen untuk membantunya dalam urusan pentadbiran Larut. f) Sempadan-sempadan Pulau Dinding dan Pangkor yang diserahkan kepada British mengikut Perjanjian Low dipindahkan semula. Tindakan yang sama juga akan diambil keatas sempadan di Sungai Kerian. PERJANJIAN ANTARA MAHARAJA ABU BAKAR (SULTAN JOHOR DENGAN DATO HJ SAHIL (UNDANG REMBAU )MAC 1877 Isi perjanjian a) Dato Hj Sahil berikrar tidak akan menimbulkan sebarang huru-hara dengan jiran-jirannya, iaitu Sungai Ujong, Jelebu, Seri Menanti, Jempol, Johol dan tempat-tempat lain yang bergabung dengan Seri Menanti dan di bawah pemerintahan Yamtuan Antah. b) Beliau bersetuju memberi kebenaran kepada para pedagang berniaga secara bebas dalam wilayah di bawah jagaannya. c) Beliau berjanji akan merujuk terlebih dahulu dengan meminta nasihat dan arahan daripada Maharaja Abu Bakar sebelum sesuatu tindakan diambil, jika timbul sebarang pertikaian dalam wilayah yang ditadbirnya. 5

PERJANJIAN ANTARA DATO SYAHBANDAR SERUN BIN SIDIN ( UNDANG REMBAU) DAN PARA PEMBESARNYA DENGAN SIR FREDERICK WELD ( MAC 1883 ) Lanjutan daripada permusuhan antara dato Hj Sahil ( Undang Rembau ) dengan para pembesarnya. Kemudian 8 orang pembesar yang memusuhi Dato Hj Sahil telah bersetuju menyerahkan pertikaian yang berlaku di Rembau kepada Gabenor Negeri-negeri Selat ( Sir Frederick Weld ) dan menerima apa-apa keputusan yang di buat. Mereka juga memecat Dato Haji Sahil daripada jawatannya dan melantik Dato Syah BandarSerun Bin Sidin sebagai undang Rembau yang baru. Isi Perjanjian a) Undang Rembau dan para pembesarnya bersetuju bahawa sistem pungutan hasil di Rembau di susun semula oleh pihak British dengan melantik seorang Pemungut Hasil bagi setiap daerah. b) Mereka bersetuju menerima sebahagian dari undang-undang mahkamah di Rembau ditadbir oleh seorang pegawai British yang dilantik oleh gabenor. c) Perjanjian itu menetapkan bahawa satu pertiga daipada hasil pendapatan di Rembau akan diagih-agihkan antara Undang Rembau dan para pembesarnya. d) Perjanjian ini secara langsung meletakkan Rembau di bawah penguasaan British. PERJANJIAN ANTARA SULTAN AHMAD( PIHAK KERAJAAN PAHANG ) DENGAN GABENOR WELD( BRITISH ) 8 OKT 1887. Isi perjanjian a) Kedua-dua buah kerajaan ( Pahang dan Johor ) berikrar untuk bekerjasama menjaga keamanan rakyat dan negeri yang berjiran dan menentang serangan musuh dari luar. b) Pahang akan memenuhui permintaan kerajaan negeri-negeri Selat untuk berusaha bagi memudahkan urusan perniagaan antara kedua-dua buah negeri dan mengadakan jalan perhubungan darat yang dapat menghubungkan Pahang dengan negeri-negeri lain yang berjiran. c) British akan meletakkan seorang wakil yang mempunyai kuasa seperti pegawai konsul di Pahang. d) Mata wang kerajaan negeri-negeri Selat boleh digunakan di negeri Pahang dengan nilai yang sama seperti negeri-negeri Melayu yang lain yang berada di bawah perlindungan British. e) Gabenor negeri-negeri Selat bertanggungjawab menjaga keamanan Pahang dari sebarang serangan daripada luar. Bagi menjalankan tugas itu, Pegawai British di benarkan dengan bebas menggunakan perairan negeri Pahang sejauh 3 Batu dari pantai. f) Semua perkara berhubung hal ehwal luar Pahang diletakkan di bawah tanggungjawab british. Sultan Pahang tidak benarkan membuat sebarang perjanjian, campur tangan dalam urusan politik dan pentadbiran negeri Melayu yang lain, memberi konsesi kepada orang lain, kecuali rakyat dan syarikatt 6

British, orang Melayu dan Cina sertta berhubung dengan sebarang kerajaan asing, tanpa mendapat kebenaran pihak British terlebih dahulu. g) British membenar dan mengiktiraf Sultan Ahmad, waris dan penggantinya yang sah untuk memakai gelaran Sultan. PERJANJIAN PERSEKUTUAN (1895) Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1896. Ditandatangani oleh Britain dan Sultan di keempat buah negeri pada 1895.Persetujuan ini berkuatkuasa pada Julai 1896. Syarat-Syarat Perjanjian : (a)raja-raja Perak,Selangor Negeri Sembilandan Pahang bersetuju untuk meletakkan diri dan negeri-negeru mereka diba2wah naungan kerajaan British. (b)mereka bersetuju untuk membentuk negeri0negeri mereka kedalam sebuah Persekutuan yang akan dikea\nal sebagai Negeri0negeri Naungan British.Negeri-negeri ini akan ditadbir mengikut nasihat kerajaan British.Mulai ndari tarikh perjanjian, Negeri-negeri Melayu akan dikenal sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu. (c)sultan-sultan Melayu, raja-raja dan pembesar-pembesar hanya akan menjalankan kuatkuasa dineger mereka masing-masing. d)raja-raja Melayu bersetujukan menerima seorang pegawai British yang akan digelar Residen Jeneral.Pegawai ini merupakan ejen dan wakil kerajaan British.Beliau bertangjawab kepada Gabenor Negeri-negeri Selat yang digelar Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-negeri Melayu Naungan British. Raja-raja bersetujuuntuk mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal pentadbiran kecuali perkara-perkara yang menyentuh agama islam dan adat istiadat melayu e)negeri-negeri berkenaan berseytuju memebberi bantuan kepada negeri-negeri yang memerlukan menurut nasihat yang diberikan oleh kerajaan British.mereka juga bersetuju untuk mengaakan satu pasuakan askar India yang lengkap dengan senjata untuk berkhidmat di negerinegeri Selat jika berlaku peperangan. f)kewibawan dn hak istimewa serta kuasa raja-raja Melayu tidak akan terjejas melalui perjanjian ini.hubungan yang sedia wujud diantara negeri-negeri dibawah persekutuan ini dengan empayar British dikekalkan. PERJANJIAN ANTARA WILLIAM CLARKE COWIE DENGAN MAT SALLEH PADA 19 APRIL 1898 Syarat syarat perjanjian : a) 1.Mat Salleh dan pengikutnya yang bangkit menentang Pentadbiran Kompeni diberi pengampunan b) Penduduk di Sungai Inanam yang dikeluarkan dari tempat itu oleh pihak kerajaan dibenarkan kembali s4emula, setalah kekacauan di tempat itu dapat diberhentikan. c) Mat salleh dibenarkan menetap di Tambunan atau lain-lain daerah di pedalaman, kecuali di Sungai Sugut dan Sungai Labuk. Beliau juga diminta memberi kerjasama dan mengarahkan pengikti- pengikutnya mematuhi peraturan kerajaan. 7

d) Mat Salleh diminta membantu kerajaan menangkap sesiapa sahaja yang melakukan dan melaporkan kepada pihak kerajaan segala pergerakan yang dijalankan olehnya. Jika Mat Salleh datang ke sebelah pantai laut, beliau diminta melaporkan kepada Pegawai Daerah di situ. PERJANJIAN BRITISH-SIAM (6 OKT 1902) Syarat-Syarat Perjanjian :. (a) Siam akan menguasai hubungan luanegeri Kelantan dan terengganu. (b) Penasihat-penasihat bangsa British akan dilantik oleh Siam untuk membantu Sultan dalam menguruskan hal-hal pentadbiran kecualiperkara tentang agama dan adat istiadat orang Melayu. (c) Kelantan dan Terengganu tidak dibenarkan memberi konsesi-konsesi kepada orang asing tanpa kebenaran dari kerajaan Siam terlebih dahulu. (d) Siam akan mendapat 10 % daripada pendapatan Negeri-Negeri Melayu Utara yang berada dibawah naungan Siam jika pendapatan mereka melebihi $100 ribu. PERJANJIAN BANGKOK ( ANTARA PIHAK BRITISH DENGAN KERAJAAN SIAM ) PADA 9 JULAI 1909 Syarat syarat perjanjian : a) Siam bersetuju menyerahkan negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada British. b) Siam menamsuhkan hak hak istimewa wilayah British dan Britain terpaksa melepaskan hak bagi mengadili rakyat British di Siam. c) Siam bersetuju tidak akan menyewa mana mana wilayahnya kepada kuasa kuasa lain, tanpa mendapat kebenaran daripada British. d) Kerajaan Negeri negeri Melayu Bersekutu bersetuju untuk menanggung segala hutang keempat empat buah negeri yang diperolehinya dan meminjamkam wang sebanyak 4 juta pound kepada Siam untuk membina jalan kereta api dari sempadan Tanah Melayu ke Bangkok. e) Perjanjian Sulit Inggeris Bangkok 1897 dimansuhkan.. PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (1948) Kerajaan British telah menerima perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Jan 1948.Raja-raja Melayu dan UMNO juga telah menerima perlembagaan tersebut.persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi pada 1 Feb 1948. Syarat-Syarat Perjanjian: Fasal utama Perjanjian Persekutuan 1948 ialah: (1) Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada negeri-negeri Melayu, Melaka, dan Pulau Pinang.Singapura menjadi tanah jajahan yang berasingan. 8

(2) Seorang Pesuruhjaya Tinggi menjadi Ketua Kerajaan Persekutuan.Beliau bertanggungjawab memelihara hak istimewa Melayu dan melindungi kepentingan orang bikan Melayu. (3) Pesuruhjaya Tinggi akan dibantu oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerja terdiri daripada 7 orng ahli rasmi 7 orng ahli bukan rasmi.majlis Perundangan Persekutuan pula dinggotai oleh 75 orang ahli iaitu 25 orang ahli rasmi dan 50 orang ahli tidak rasmi.ahli tidak rasmi dilantikoleh Pesuruhjaya tinggi British mewakili negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. (4) Pesuruhjaya Tinggi menjadi Presiden Majlis Perundangan dan mempunyai kuasa untuk membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh Majlis tersebut. (5) Di negeri-negeri Melayu, kuasa Raja-raja Melayu sebagai pemerintah dikembalikan.mereka dibantu oleh Majlis Kerja Kerajaan dan Majlis Perundangn Negeri. (6) Sebuah majlis Raja-raja Melayu ditubuhkan untuk menasihati pesuruhjaya Tinggi. (7) Undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Negeri mesti disahkan oleh Sultan. Sultan juga boleh meluluskan undang-undang yang tidak dapat diluluskan oleh Majlis Perundangan Negeri. (8) Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab dalam soal pertahanan, hal ehwal luar negara, peraturan awam, kehakiman, perhubungan dan kewangan. Kerajaan Negeri pula bertanggungjawab tentang kerajaan Tempatan, agama, pelajaran, pertanian dan tanah. (9) Persidangan Raja-raja akan diadakan bila-bila masa sahaja apabila dianggap perlu dan Pesuruhjaya Tinggi akan hadir sekurang-kurangnya tiga kali setahun. (10) Fasal fasal kewarnegaraan menyebutkan bahawa mereka menjadi warganegara secara terus adalah : (a) Rakyat Sultan di seberang negeri. (b) Rakyat British yang dilahirkan di Pulau Pinang atau mereka yang bermastautin dimana-mana sahaja di Persekutuuan selama 15 tahun. (c) Rakyat British yang dilahirkan di mana-mana sahaja di Persekutuan yang mana bapanya sendiri telah dilahirkan disitu atau telah bermastautin disitu selama 15 tahun. (d) Sesiapa sahaja yang dilahirkan di Persekutuan yang mana kedua-dua ibubapanya telah dilahirkan dan telah bermastautin situ selama sekurang-kurangnya selama 15 tahun (11) Mereka yang berhak memohon kewarganegaraan (melalui masukan) adalah : (a) Mereka yang dilahirkan di Persekutuan dan telah Bermastautin disitu sekurang-kurangnya selama 8 tahun terlebih dahulu daripada permohonan tersebut dibuat. (b) Merekayang telah tinggal di Persekutuan sekurang-kurangnya 15 tahun daripada 20 tahun terdahulu daripada permohonan tersebut dibuat. 9

10