PANDUAN PENGGUNAAN. Kandungan

dokumen-dokumen yang mirip
PANDUAN PENGGUNA. Modul 1

iperkeso Portal Majikan

JADUAL PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SESI JUN 2017

JADUAL PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2016

PANDUAN SISTEM i-wira LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA MANUAL PENGGUNA. APLIKASI e-data PCB

Manual Pengguna Portal E-Payment Pembayaran Yuran Pengajian

PEROLEHAN - MANUAL PENGGUNA PENDAFTARAN PEMBEKAL

MANUAL PENGGUNA SISTEM eclaim (PEMOHON)

POLISI PEMBELIAN. Pembelian Produk Samak. Produk Pesanan SAMAK SERTU SERVICES SDN BHD POLISI PEMBELIAN

PEROLEHAN PERKHIDMATAN LUAR TALIAN DENGAN NOTA PELARASAN DEBIT

PEROLEHAN PRODUK LUAR TALIAN

Rajah 1: Halaman Utama DBP Sah Bahasa

Panduan Penggunaan Peniaga

Sistem e-transit Modul Pergerakan

4 Eatery Eatery Lihat... 26

PEROLEHAN PERKHIDMATAN LUAR TALIAN

MANUAL PENGGUNA (PEMOHON)

MANUAL PENGGUNA SISTEM TEMPAHAN ONLINE UKM

MANUAL PENGGUNA SISTEM PENGURUSAN KEHADIRAN STAF (BIOMETRIK)

VENDOR MANUAL FGV edaftar

BAGAIMANA UNTUK MEMPERBAHARUI INSURANS KERETA (1/8) LANGKAH 1: Lancarkan Aplikasi Rezekee

JADUAL PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2017

VENDOR MANUAL FGV edaftar

PANDUAN PENGGUNAAN PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA PELAJARAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI / PONDOK MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

PANDUAN PENGGUNA UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI

Panduan Pengguna PayBillsMalaysia

PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM SERVISDESK

RMR1M Online. Sistem Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia. Versi 1.0. Manual Pengguna

/7720/7805.

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

Modul e-daftar. (Sesi 2014/2015)

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

Pembelajaran Pada Bila-Bila Masa Dimana Jua JPA. Manual Pengguna EPSA

M A N U A L PENGGUNA SISTEM PENGURUSAN KONTRAK 3K (SPK3K) KONTRAK KEBERSIHAN KONTRAK KESELAMATAN KONTRAK BEKALAN MAKANAN ASRAMA

Hak Cipta Pusat Zakat, Sedekah &Wakaf UiTM Pulau Pinang Tel : H/P :

Tatacara Permohonan Majlis Konvokesyen Ke 5, 2018 Politeknik Jeli

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

MANUAL PENGGUNA Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu

Selamat Datang PENGENALAN KEPADA PORTAL PELAJAR ASWARA

PANDUAN PENGGUNA SISTEM VENDOR MANAGEMENT BERNAS (MODUL VENDOR)

1.1 MELULUSKAN PERMOHONAN FASILITI

SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN

PEROLEHAN PRODUK LUAR TALIAN DENGAN NOTA PELARASAN KREDIT

MANUAL PENGGUNA. espeks

STPM e-submission (Sastera) e-submission STPM (SASTERA) Manual Pengguna. Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page 1

MyBR1M. 1. MENU MyBR1M

SISTEM ISAC TERAGIH CARA-CARA PENGGUNAAN SISTEM BAGI MODUL PERMOHONAN (INDIVIDU)

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) JABATAN TENAGA KERJA (JTK) & PEJABAT TENAGA KERJA (PTK)

MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI AWAM PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM SETARAF SESI AKADEMIK 2017/2018

TATACARA PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN & ASRAMA SERTA BAYARAN PENDAFTARAN

MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN KURSUS DALAMAN. Kerjasama Unit Teknologi Maklumat & Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan

Versi SISTEM PENGURUSAN SURAT (SPS) - Surat Keluar - Buku Alamat - Cetakan - Nilai Setem dan Serahan. Panduan Pengguna

Suruhanjaya Koperasi Malaysia MODUL DKOOP. Maklumat Am-Ahli Lembaga Koperasi dan Jawatankuasa Audit Dalam. Bahagian Penyeliaan OffSite

MANUAL PENGGUNA. MYGOVXCHANGE (ekl) Dengan kerjasama : Jabatan Perdana Menteri

Pangkalan Informasi modul-modul ep 2012 PEMBELIAN TERUS. 1.Bagaimanakah untuk mencipta nota pelarasan kredit? Jawapan :

1.1 MELULUSKAN PERMOHONAN ASRAMA

SOALAN LAZIM BERKENAAN BIL BARU TM. (M1R2 Drop 2)

[PANDUAN PENGGUNA 1.0] MODUL PENDAFTARAN PEMBAWA DOKUMEN

MODUL PERMOHONAN PENGAJARAN SAMBILAN, KATEGORI PENTADBIR SISTEM

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

LAMAN WEB PERIBADI UPM

LAMAN WEB PERIBADI UPM

TATACARA PEMBAYARAN BAYARAN PENGAJIAN DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) Jadual 1 : Bayaran Yuran Pengajian. Bil Perkara RM Cara Bayaran

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH MANUAL PENGGUNA PENDAFTARAN ONLINE

PANDUAN PENGGUNAAN APLIKASI

Manual Operasi: SPKLM MANUAL OPERASI SISTEM SPKLM 1 P U S A T T E K N O L O G I M A K L U M A T ( P T M )

Kemasukan Maklumat GRA oleh Urusetia CRIM

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

Gold Accumulation Program (GAP) ialah kaedah pembelian emas Public Gold melalui Akaun Emas yang dibackup 100% dengan emas fizikal.

ADT e-kemasukan Ijazah Pertama

HUMAN RESOURCE MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM PENTADBIR HRMIS

MANUAL PENGGUNAAN SISTEM PERMOHONAN ATAS TALIAN MODUL HONORARIUM UNTUK PENGGUNA KOPERASI VERSI 2.0

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

MANUAL PENGGUNA (PTJ)

Sistem ehousemanship

2.1 Langkah-langkah untuk pendaftaran sebagai pelajar diploma atau pelajar ijazah 4

Universiti Teknologi Malaysia

PANDUAN PENGGUNA HRMIS ATM

Permohonan On-line & Pengambilan Tingkatan 4

MANUAL PENGGUNA Sistem myaccount Pelajar (Pemohon)

1. Terbuka kepada semua pendeposit individu Bank Rakyat yang baru dan sedia. 2. Warga kerja Bank Rakyat adalah tidak layak untuk menyertai kempen ini

MANUAL PENGGUNA SISTEM MYEDMS MODUL BINA, IMBAS & MUAT NAIK DOKUMEN

MANUAL PENGGUNA BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

TATACARA PERMOHONAN IBUBAPA/PENJAGA

URL : Manual penggunaan sistem Pro-Ads: 1. Memulakan sistem

Tutorial MyBizCart Tetapan Produk Pesanan Q&A

Makluman. Kandungan manual ini mungkin akan berubah, dari masa ke semasa agar selaras. dengan polisi kehadiran KPTM. Tarikh manual: 30 Jun 2016

HONG LEONG BANK BERHAD AKAUN JUNIOR 3 DALAM 1

BIL 1 KETERANGAN SKRIN. teruskan. Untuk Muat. / Sijil, dimasukkan

MANUAL PENGGUNA. Manual Pendaftaran Vendor Baharu. Versi 1.0. Pejabat Bendahari,

Pegawai Padanan 1. Laporan Permintaan

Senarai Kandungan. Bil. Modul & Menu Muka surat

PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENULISAN KES

ZULKIFLI ALANG MAHAT. 1 P a g e

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Kaedah Capaian Sistem

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN REKOD PERIBADI

MANUAL PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT GURU MODUL e-prestasi

Transkripsi:

PANDUAN PENGGUNAAN Kandungan 1. Penggunaan Kali Pertama 1.1 Muat Turun Aplikasi 1.2 Mendaftar Dengan Ijual 1.3 Butang Navigasi 1.3.1 Laman Utama 1.3.2 Laman Inventori 1.3.3 Laman Muat Naik 1.3.4 Laman Analisis 1.3.5 Laman Tetapan 1.4 Tetapan 1.4.1 Penetapan: Pilihan Pembayaran 1.4.2 Penetapan: Pilihan Penghantaran 2. Fungsi-Fungsi Asas Untuk Penjual 2.1 Muat Naik Produk 2.1.1 Menambah lebih banyak foto 2.1.2 Memadam foto 2.2 Menjual Produk 2.2.1 Kongsi Produk 2.3 Mengurus Pesanan Baru 2.3.1 Pesanan Aktif: Menunggu Pembayaran 2.3.2 Pesanan CDM 2.3.3 Pesanan COD 2.3.4 Pesanan Perbankan Online 2.4 Memenuhi pesanan 3. Proses Untuk Pembeli 3.1 Halaman Produk & Kedai 3.2 Proses Checkout 4. Maklumat Tambahan 4.1 Berkenaan GST

1. Penggunaan Kali Pertama 1.1 Muat Turun Aplikasi ijual boleh dimuat turun dari Google Play dan App Store. Layari https://www.ijual.my/ untuk pautan muat turun serta pengenalan ringkas. 1.2 Mendaftar Dengan Ijual 1) Tekan Daftar Sekarang 2) Pilih jenis perniagaan anda 3) Isi maklumat anda dan tekan butang pengesahan 4) Anda akan menerima SMS mengandungi kod pengesahan 4-digit. Masukkan kod tersebut ke aplikasi anda untuk mengesahkan pendaftaran akaun. 1.3 Butang Navigasi Navigasi untuk aplikasi ini boleh dilakukan is dengan menekan ikon atau butang yang tersedia di bar paling bawah pada paparan aplikasi. 1.3.1 Laman Utama Laman utama akan dipaparkan apabila anda mula mengakses aplikasi ini. Ia boleh diakses dengan menekan ikon/butang paling kiri pada bar navigasi. Laman ini memaparkan rumusan aktiviti dan status terkini untuk akaun anda. Pesanan aktif memaparkan jumlah pesanan yang memerlukan perhatian anda. Tekan pada ruangan ini untuk pergi ke laman pengurusan pesanan. Paparan Hari Ini dan Jualan Hari Ini Sales memberi anda rumusan ringkas mengenai jumlah keseluruhan aktiviti daripada pelanggan.

1.3.2 Laman Inventori Ikon/butang kedua pada bar navigasi akan memaparkan laman inventori anda. Laman ini menunjukkan senarai produk yang telah anda muat naik dan jumlah stok yang masih ada. Anda boleh mencari item tertentu menggunakan fungsi carian pada laman ini. Anda juga boleh melakukan perkongsian terus produk melalui laman ini. (Sila rujuk pada bahagian jualan untuk maklumat lanjut bagi perkongsian produk) 1.3.3 Laman Muat Naik Ikon/butang pada bahagian tengah bar navigasi akan membawa anda ke laman untuk memuat naik produk. Untuk maklumat lanjut mengenai muat naik produk, sila ke bahagian Muat Naik Produk.

1.3.4 Laman Analisis Ikon/butang seterusnya akan memaparkan kesemua analisis berkaitan aktiviti jualan anda. Anda boleh melihat produk Paling Laris dan Paling Banyak Dilihat pada menu drop-down. Untuk menukar jangka masa paparan data, tekan ikon/butang 6 bulan pada paparan laman. Lihat Jumlah Jualan, Purata Jualan serta jumlah transaksi di sini. 1.3.5 Laman Tetapan Ikon/butang terakhir akan memaparkan laman tetapan. Anda boleh membuat tetapan tambahan (profil, penghantaran, bayaran) berkaitan aplikasi ini di sini. Anda juga boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan ijual di sini. Kesemua menu serta item dalam laman ini akan dihuraikan di bahagian seterusnya. 1.4 Tetapan Sebelum memulakan jualan, anda perlu menetapkan pilihan pembayaran dan penghantaran. Anda juga perlu menetapkan profil anda.

1.4.1 Penetapan: Pilihan Pembayaran Untuk membuat penetapan pilihan pembayaran, sila ke Tetapan Pilihan Pembayaran pada menu. iijual membenarkan anda menerima pembayaran dalam pelbagai cara termasuk CDM, COD, serta perbankan online (FPX). Penetapan CDM 1) Pergi ke pilihan pembayaran dan tekan Tambah Yang Baru di bawah pilihan Cash Deposit Payments (CDM). 2) Pilih bank yang anda mahu untuk menerima bayaran 3) Masukkan butiran akaun bank anda. 4) Simpan dan aktifkan Anda boleh mencipta lebih dari satu profil pembayaran CDM untuk memberi pilihan bank yang berbeza kepada pelanggan anda (contohnya, anda menerima pembayaran ke akaun Maybank serta CIMB milik anda). Penetapan pembayaran melalui perbankan online Perbankan online dilakukan melalui BillPlz. Semasa membuat tetapan ini untuk kali pertama, anda juga akan diberikan akaun BillPlz anda. Selepas mengisi butiran pada tetapan ini, status Perbankan Online anda akan ditanda sebagai menunggu kelulusan. Proses kelulusan biasanya akan mengambil 3 hari bekerja. Jika ia mengambil masa lebih daripada tempoh ini, sila hubungi tim ijual. Setelah lulus, anda boleh menerima bayaran FPX (perbankan online) melalui bank-bank yang sah. 1.4.2 Penetapan: Pilihan Penghantaran Untuk versi ini, penghantaran perlu dilaksanakan dan diuruskan oleh penjual. Ini bermakna, sebagai penjual, anda sendiri yang memilih kaedah penghantaran produk jualan. Penetapan pilihan penghantaran bermaksud anda menetapkan senarai pilihan penghantaran kepada pembeli.

Penetapan pengambilan sendiri Untuk memberi pilihan pengambilan sendiri kepada pembeli: 1) Pergi ke Pilihan Penghantaran dan tekan Tambah Yang Baru pada Ambil Dari Penjual 2) Masukkan nama profil penghantaran ini untuk rujukan anda sendiri. (Contohnya:pungut sendiri atau self pickup) Pembeli akan diberi alamat anda selepas menyempurnakan pesanan mereka. Penetapan penghantaran kadar rata Penghantaran Kadar Rata adalah pilihan untuk menetapkan caj yang tetap untuk zon-zon tertentu. Anda boleh mencipta profil-profil penghantaran untuk setiap zon yang berbeza. Langkah: 1) Tekan Tambah Yang Baru pada pilihan Kadar Rata 2) Pilih zon yang anda hantar dan tetapkan caj atau harga yang anda tawarkan 3) Berikan nama profil penghantaran untuk dilihat oleh pembeli 4) Taip harga 5) Simpan dan aktifkan *Nota: Jika anda menawarkan penghantaran percuma, masukkan RM 0 sebagai harga penghantaran. Penetapan penghantaran kadar tersuai Penghantaran Kadar Tersuai digunakan apabila kos penghantaran anda berubah mengikut berat produk. Langkah: 1) Tekan Tambah Yang Baru pada Kadar Tersuai 2) Pilih zon penghantaran 3) Berikan nama profil penghantaran untuk dilihat oleh pembeli 4) Taip berat asas dan harga 5) Masukkan variasi berat yang seterusnya dan harga yang sepadan dengan berat tersebut 6) Taip berat maksimum untuk penghantaran

2. Fungsi-Fungsi Asas Untuk Penjual 2.1 Muat Naik Produk Untuk mula memuat naik produk, tekan ikon/butang + berwarna cyan (biru/hijau) pada bahagian tengah bar navigasi. 1) Tekan Tambah Foto Produk untuk memuat naik gambar. Anda mempunyai pilihan untuk menangkap gambar menggunakan kamera telefon anda atau muat naik dari galeri simpanan telefon anda. 2) Masukkan butiran produk anda. 3) Tandakan pilihan GST jika anda dibenarkan untuk menyertakan cukai ini* 4) Simpan item anda. Selepas menyimpan item tersebut, anda akan dibawa ke laman inventori di mana anda boleh mula kongsi produk anda. *Untuk maklumat lanjut mengenai cara GST berfungsi melalui ijual, sila ke bahagian GST.

2.1.1 Menambah lebih banyak foto Untuk menambah lebih banyak foto: 1) Pada inventori anda, pilih produk yang anda mahukan. 2) Tekan butang Tambah Lebih Foto. 3) Muat naik gambar dari kamera atau galeri. 4) Kemaskini produk anda. Untuk mengubah foto paparan utama produk (digunakan sebagai gambar thumbnail, alamat pautan dan gambar pertama yang dipaparkan): 1) Pilih gambar yang dimahukan 2) Tekan ikon/butang bintang 3) Tekan butang Kemaskini di bahagian bawah paparan skrin. Bingkai empat segi pada thumbnail menunjukkan pilihan foto paparan utama. 2.1.2 Memadam foto Untuk memadam foto, pilih foto yang dimahukan dan tekan butang Padam 2.2 Menjual Produk Ijual tidak menawarkan platform jualan atau marketplace. Untuk menjual produk, anda perlu kongsi di platform-platform sedia ada yang lain. Bagi membantu anda, kami beri pilihan kepada anda untuk berkongsi di media sosial (dengan hanya satu link). Pembeli akan dibawa ke proses pembelian apabila menekan link tersebut.

2.2.1 Kongsi Produk Untuk mengongsi produk: 1) Pergi ke laman inventori. 2) Tekan butang share pada produk yang anda mahu kongsi. 3) Tekan ikon/butang berwarna cyan di sebelah link untuk menyalin link tersebut. 4) Untuk membuat perkongsian pantas terus ke media sosial, tekan butang yang disediakan di bawah. 2.3 Mengurus Pesanan Baru Untuk mengakses pesanan anda, tekan ruangan Pesanan Aktif di laman utama. Apabila anda menerima pembayaran untuk pesanan baru, anda akan mendapat notifikasi pada telefon anda. 2.3.1 Pesanan Aktif: Menunggu Pembayaran Apabila pembeli membuat pesanan untuk sesebuah item, pesanan tersebut akan dipaparkan pada Menunggu Bayaran sehingga mereka telah melakukan pembayaran. Anda boleh tukar status ini sendiri (jika perlu) dengan menekan butang Telah Dibayar. Anda juga boleh memeriksa setiap pesanan yang anda terima. Pada paparan pesanan, anda boleh melihat butiran berkaitan pelanggan anda (alamat, nombor telefon, nama) dan juga menhubungi mereka secara terus melalui panggilan telefon atau menghantar

mesej. Anda juga boleh melihat butiran pesanan serta memadam pesanan tersebut jika perlu. 2.3.2 Pesanan CDM Untuk pesanan CDM, pelanggan sepatutnya perlu memasukkan wang melalui mesin CDM ke akaun bank anda. Selepas itu, pelanggan perlu memuat naik slip pembayaran. Anda boleh melihat slip pembayaran tersebut pada pesanan (tekan Lihat Pautan pada bahagian bawah paparan pesanan). 2.3.3 Pesanan COD Untuk COD, pelanggan perlu membayar kepada anda semasa mengambil barang yang dibeli. Selepas itu, anda perlu menanda pesanan sebagai telah dibayar. 2.3.4 Pesanan Perbankan Online Untuk pesanan melalui Perbankan Online, ia akan dikemaskini secara automatik setelah pembayaran dibuat. Pesanan tersebut akan dimasukkan ke bahagian Telah Dibayar pada menu pesanan. 2.4 Memenuhi pesanan Selepas menerima bayaran, pesanan akan dimasukkan ke bahagian Telah Dibayar. Melalui bahagian ini, anda boleh pergi ke pesanan dan memasukkan nombor tracking penghantaran. Pelanggan anda akan dimaklumkan secara automatik apabila nombor tracking telah dimasukkan. Untuk pesanan tanpa nombor tracing, anda boleh menandakan pesanan tersebut sebagai telah dihantar. Pelanggan akan menerima notifikasi secara automatik apabila anda telah mengesahkan pembayaran atau apabila anda menanda pesanan sebagai telah dihantar.

3. Proses Untuk Pembeli Proses pembelian melalui ijual tidak memerlukan pelanggan untuk menggunakan aplikasi tertentu. Apabila menekan link yang anda berikan atau paparkan, mereka akan dibawa ke sebuah laman khas. 3.1 Halaman Produk & Kedai Laman produk akan dipaparkan apabila pembeli menekan link yang anda kongsikan. Pada laman ini, mereka juga akan dapat melihat maklumat seperti pilihan penghantaran dan pembayaran -- maklumat tambahan selain daripada butiran produk. Pembeli juga boleh menghubungi anda melalui panggilan telefon atau WhatsApp. Mereka juga boleh melihat kesemua produk anda yang lain. Apabila menekan Lihat Semua, pembeli akan dibawa ke halaman kedai anda. Halaman ini dicipta secara automatik oleh aplikasi ijual.

3.2 Proses Checkout Apabila menekan butang Beli Sekarang, pembeli akan dibawa melalui proses pembelian e-commerce yang mudah. Jika mereka memilih kaedah pembayaran CDM, mereka akan dibawa ke laman untuk memuat naik slip pembayaran. Jika pelanggan anda memilih perbankan online, mereka akan dibawa ke portal perbankan online. Pembeli akan menerima SMS berserta link ke pesanan mereka. Mereka boleh memeriksa pesanan dan memuat naik kemaskini melalui link tersebut. 4. Maklumat Tambahan 4.1 Berkenaan GST Bagaimana kiraan GST berfungsi dalam ijual? 1) Apabila pilihan GST ditandakan: GST 6% akan dikira ke atas harga barang dan ditambah kepada jumlah keseluruhan. Contoh: Harga barang: RM 10.00 GST (6%): RM 0.60 Jumlah: RM 10.60 GST adalah 6% daripada RM 10.00, iaitu RM 0.60 2) Apabila pilihan GST tidak ditandakan: Harga yang dipaparkan adalah harga asal. Tiada caj tambahan dikenakan. Contoh: Harga barang: RM 10.00 GST (6%): RM 0.00 Jumlah: RM 10.00

Note: Apabila GST ditandakan, pengiraan GST ke atas caj penghantaran juga akan dikira dan ditambahkan kepada jumlah keseluruhan.