PANDUAN KESERAGAMAN EKSA BIL 2 PKD KOTA TINGGI Tarikh Kemaskini : 11 Ogos 2016 By JK Keseragaman EKSA
PENDAHULUAN Panduan ini disediakan bagi tujuan keseragaman umum di zon-zon EKSA PKD Kota Tinggi. Setiap zon hendaklah memilih 3 warna utama sebagai warna korporat Zon masing-masing. Panduan ini disediakan tanpa warna supaya setiap zon boleh mencetak di atas kertas berwarna mengikut warna korporat zon masing-masing Setiap zon dicadangkan agar melantik sekurang-kurangnya seorang personel untuk memudahkan tugas penyeragaman di zon masing-masing. Penyeragaman bagi Klinik Desa adalah mengikut penetapan KK yang menjaga.
LOGO EKSA
Wallpaper EKSA Hendaklah digunapakai di semua komputer dan komputer riba milik jabatan. Komputer dengan penetapan khusus seperti komputer TPC dan PHIS adalah terkecuali.
AKTIVITI HIJAU / GO GREEN Mengikut kreativiti zon masingmasing. Aktiviti yang dicadangkan (wajib melakukan sekurang-kurangnya 3 perkara seperti contoh dibawah: 1. Aktiviti kitar semula 2. Aktiviti guna semula 3. Langkah penjimatan tenaga (air, elektrik,sumber) 4. Menggunakan peralatan elektrik jimat tenaga 5. Menanam pokok / tumbuhan. 6. Mengadakan hari berkongsi kenderaan.
LABEL PENJIMATAN TENAGA
ETIKA PENGGUNAAN BILIK MESYUARAT/ BILIK PERBINCANGAN Dilarang berada didalam bilik ini tanpa kebenaran. Pastikan peralatan/ dokumen tidak ditinggalkan selepas mesyuarat / perbincangan tamat. Pastikan papan putih / papan hijau dibersihkan selepas digunakan. Kemaskan kerusi dan perabot lain sebelum meninggalkan bilik ini. Tutup suis elektrik jika tidak digunakan. Kebersihan dan keselamatan bilik stor hendaklah sentiasa dijaga.
ETIKA PENGGUNAAN BILIK PELAYAN (SERVER) Hanya pegawai yang dibenarkan sahaja dibenarkan masuk ke dalam bilik ini. Pastikan bilik ini sentiasa berkunci. Dilarang mematikan pelayan (server) dan perkakasan yang telah dipasang tanpa kebenaran supaya operasi tidak terganggu. Pelawat atau petugas luar perlu diiringi oleh penyelaras ICT/ personel yang menjaga. Jangan makan / minum di dalam bilik ini. Kebersihan dan keselamatan bilik server hendaklah sentiasa dijaga.
ETIKA PENGGUNAAN BILIK STOR Hanya pegawai yang dibenarkan sahaja dibenarkan masuk ke dalam bilik stor. Barangan disusun mengikut kategori barang dan di lokasi yang ditetapkan. Sila guna borang pesanan yang disediakan untuk memohon barang. Ambil borang ikut jenis dan kuantiti yang diperlukan sahaja. Rekod / kad bin hendaklah dikemaskini sentiasa. Dilarang makan / minum di dalam bilik ini. Kebersihan dan keselamatan bilik stor hendaklah sentiasa dijaga.
ETIKA PENGGUNAAN TANDAS Paip air ditutup selepas digunakan. Tandas dipam ( flush ) selepas digunakan. Tidak membuang (tisu, sisa makanan, tuala wanita, puntung rokok) ke dalam mangkuk tandas. Kertas tisu digunakan pada kadar yang sepatutnya. Sisa makanan/ sisa klinikal tidak dibuang ke dalam singki. Kebersihan dan keselamatan tandas sentiasa dijaga.
CARTA PERGERAKKAN ANGGOTA Mengikut kreativiti zon, wajib ada maklumat asas nama, jawatan dan pergerakan anggota terbabit. Contoh carta pergerakan anggota:
PELABELAN Pelabelan laci meja pegawai adalah menurut turutan 1.alatulis 2-3 dokumen rasmi, hanya 1 laci untuk simpanan barangan peribadi. Pelabelan laci / compartment hendaklah 2/3 urusan /dokumen rasmi, hanya 1/3 tempat simpanan peribadi Pelabelan mengikut kreativiti zon.
LABEL PEGAWAI YANG MENJAGA Mengikut kreativiti zon, wajib ada maklumat asas iaitu nama pegawai, jawatan dan bilik / ruang yang dijaga. Contoh : Nama : Jawatan: Ruangan diselia:
TATACARA PENGGUNAAN. 1. 2. 3. 4. Nota : cetak tatacara penggunaan ini di atas kertas berwarna terang, tulisan jelas dengan saiz yang mudah dibaca, letakkan pada alat/ mesin mengikut kreativiti
PANDUAN PLAN LANTAI MEJA/ KABINET/ ALMARI / PETI SEJUK KERUSI SOFA SINKI TANDAS
MEJA MAKAN/ BILIK PERBINCANGAN KATIL PINTU MEJA MESYUARAT
CONTOH PLAN LANTAI
Contoh Pelan Suis Nota : Pelan suis disediakan bagi switch port yang lebih dari 1, penggunaan warna dan perincian simbol adalah mengikut kreativiti setiap zon
TANDA ARAH KESELAMATAN KELUAR KELUAR Nota : anak panah warna merah terang, tulisan hitam. Halakan anak panah ke pintu yang terdekat
CONTOH PLAN KESELAMATAN
LANGKAH KESELAMATAN Nota: perlu dicetak diatas kertas dengan orientasi landscape, diletakkan didinding yang tidak terlindung
ALAT PEMADAM API Perlu dicetak mengikut templet seperti diatas saiz mengikut kesuaian tempat