BAB KEENAM RUMUSAN, SARANAN DAN PENUTUP. kawasan tersebut. Bab ini diakhiri dengan saranan dan cadangan kepada PAS Pusat, PAS

dokumen-dokumen yang mirip
BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

UNSUR PENILAIAN TERAS UTAMA UNTUK KENAIKAN PANGKAT - KATEGORI I Lampiran 1A-1

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Perunding Inokreatif Q (2015 v.1)

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TAJUK PROJEK: KIT KANAK-KANAK BERPOTENSI PINTAR CERDAS BERUMUR KURANG DARIPADA 4 TAHUN

BUKU LOG LATIHAN TAHUN : NAMA : NO. K.P : GRED JAWATAN : TEMPAT BERTUGAS :

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN FUNGSIONAL PENGAJARAN DAN PENTADBIRAN (PTA)

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

JAWATAN KOSONG. 1.3 Jadual Gaji : RM7, RM20,592.00

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

S A R A N A. Sekolah. Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Suatu Inisiatif Utama Makmal GTP2.0

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

BAB 14 AUDIT DALAMAN

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BORANG SOAL SELIDIK (A) (untuk diisi oleh guru) Sila tandakan ( ) pada pilihan yang anda pilih dan isikan tempat kosong dalam ruangan yang disediakan.

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

blgerkompkipgkblgerkompkipgkbl

PANDUAN PENGURUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA FLEKSI BAGI STAF PENTADBIRAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Model Pengurusan Strategik

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

LAPORAN LAWATAN KE BANK NEGARA MALAYSIA 11 DISEMBER 2014 SASANA KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA NO. 2, JALAN DATO ONN KUALA LUMPUR

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT)

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

PERANCANGAN ORGANISASI PENDAHULUAN TUJUAN LATAR BELAKANG ASAS PERTIMBANGAN (RASIONAL) LANGKAH PERANCANGAN STRATEGIK VISI MISI ISU ISU UTAMA

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)

CHIA CHONG YANG A143398

LAPORAN PENCAPAIAN KURSUS DAN PEMANTAUAN PROGRAM MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN BIL. 19/2017

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

GARIS PANDUAN MENGADAKAN AKTIVITI TAPA

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN LOG LATIHAN BAGI PEGAWAI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

ARAHAN: ( )

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

GARIS PANDUAN LATIHAN AMALI/INDUSTRI FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI SESI 2010/2011

BAB 5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membentangkan kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji hasil

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

Program Menara Impian diadakan pada 20 hingga 22 Disember 2013 di Kolej Matrikulasi. Melaka yang bertemakan merintih keperitan menggapai kejayaan.

GARIS PANDUAN MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

5.0 POST-MORTEM DAN STRATEGI PENAMBAIKAN PRESTASI AKADEMIK

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Transkripsi:

BAB KEENAM RUMUSAN, SARANAN DAN PENUTUP 6.1 Pengenalan Bab ini mengandungi rumusan keseluruhan kajian mengenai aktiviti tarbiyah PAS di Tanjong Malim dan masalah yang dihadapi dalam mengendalikan agenda tarbiyah di kawasan tersebut. Bab ini diakhiri dengan saranan dan cadangan kepada PAS Pusat, PAS Perak dan PAS kawasan Tanjong Malim, khususnya Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan yang secara langsung menguruskan tarbiyah dan aktivitinya di kawasan tersebut bagi mempertingkat dan memperkemaskan lagi perancangan dan pelaksanaan tarbiyah kepada ahli, di samping saranan dan cadangan kepada pengkaji yang akan datang. 6.2 Rumusan Berdasarkan kepada dapatan dan hasil kajian yang telah dijalankan, secara ringkasnya dapat dirumuskan seperti berikut : 235

6.2.1 Aktiviti Tarbiyah Yang Dilaksanakan Oleh PAS di Tanjong Malim Dari Tahun 2006 Hingga 2010 Hasil kajian yang telah dijalankan mendapati PAS kawasan Tanjong Malim melaksanakan kebanyakannya aktiviti tarbiyah di kawasan mereka. Antara aktiviti yang dijalankan ialah program usrah, qiyāmullail (katībah), latihan kemahiran (daurah tadrībiyyah), berbuka puasa secara berjama ah (ifṭār jamā ī), perhimpunan bulanan (ijtimā tarbawī), solat berjama ah, jambori (mukhayyam tarbawī untuk pemuda), dan kelas pengajian agama. Terdapat juga beberapa aktiviti yang digabungjalinkan menjadi satu program baru yang lebih relevan dan sesuai untuk masyarakat tempatan, seperti program lawatan ( reḥlah tarbawiyyah), program perkaderan (tamrīn tarbawī) dan perkhemahan ( mukhayyam tarbawī). PAS kawasan juga mengambil inisiatif untuk merapatkan ahli PAS di kawasan Tanjong Malim dengan mengadakan Hari Keluarga. Program usrah gabungan pula tidak dilaksanakan secara total, sebaliknya pengisian utama yang sepatutnya dilalui oleh ahli dijadikan sebagai pengisian sampingan dalam aktiviti tarbiyah yang lain. Manakala majlis ilmu (liqā al-fikrī), seminar atau konvensyen ( nadwah tadrībiyyah) dan perhimpunan agung ( mu tamar) pula tidak dilaksanakan oleh PAS kawasan ini kerana hanya sesuai dilaksanakan oleh PAS Perak atau PAS Pusat. Hasil kajian yang diperolehi pengkaji banyak merungkai dan memperjelaskan banyak perkara, khususnya mengenai aktiviti tarbiyah di kawasan ini. 236

6.2.2 Masalah Yang Dihadapi Oleh PAS di Tanjong Malim Dalam Melaksanakan Aktiviti Tarbiyah Kajian ini mendapati bahawa PAS kawasan Tanjong Malim turut menghadapi beberapa masalah dalam mengendalikan agenda tarbiyah di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, permasalahan dalam tarbiyah yang dihadapi oleh PAS kawasan Tanjong Malim tidaklah begitu ketara. Permasalahan yang timbul dan wajar diketengahkan adalah masalah yang berpunca daripada kelemahan sumber manusia. Contohnya, seperti dana dan lokasi program yang terhad, kurangnya penglibatan yang menyeluruh daripada pimpinan dan nuqabā dalam program tarbiyah, agenda tarbiyah kurang dibincangkan dalam mesyuarat, tiada perancangan strategik program tarbiyah, kekurangan murabbī dan tenaga penggerak, kesukaran mengikuti sepenuhnya sukatan tarbiyah PAS Pusat, murabbī bukan daripada kalangan masyarakat tempatan dan kelemahan pimpinan PAS kawasan Tanjong Malim dan Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan. Maka pimpinan PAS kawasan Tanjong Malim dan Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan sewajarnya lebih serius dalam menangani dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan pendekatan yang lebih sesuai dan praktikal. 6.3 Saranan Berdasarkan kepada penemuan kajian ini, maka dicadangkan beberapa saranan dan cadangan kepada pihak tertentu untuk melaksanakan atau mempertimbangkan bagi mengatur strategi dan membuat penambahbaikan pada program yang sedia ada. 237

6.3.1 Saranan Kepada PAS Kawasan Tanjong Malim Berikut adalah beberapa saranan dan cadangan kepada PAS dalam memperkasakan lagi tarbiyah, khususnya PAS kawasan Tanjong Malim yang menjadi lokasi kajian. i. Berdasarkan hasil kajian, PAS kawasan Tanjong Malim menghadapi masalah dana yang terhad. Sekiranya dana yang dimiliki mencukupi, PAS kawasan Tanjong Malim tidak menghadapi masalah dalam melaksanakan agenda tarbiyah di kawasan tersebut dengan lebih tersusun. Maka di cadangkan agar Lajnah Ekonomi PAS kawasan Tanjong Malim mempergiatkan lagi usaha mereka dalam meningkatkan dana jama ah dengan melatih usahawan-usahawan muda melalui kursus atau seminar agar berkecimpung dalam bidang perniagaan, penternakan, perikanan dan pertanian. Kejayaan mereka pasti akan memberikan impak yang besar kepada PAS kawasan Tanjong Malim. PAS juga tidak hanya mengharapkan bantuan, derma atau sumbangan wajib ahli sahaja untuk meneruskan survival jama ah tersebut. ii. PAS kawasan Tanjong Malim menghadapi masalah kekurangan lokasi program. Masalah tersebut secara tidak langsung telah membantutkan agenda tarbiyah di kawasan tersebut. Oleh itu, disarankan agar PAS kawasan dapat membina markas tarbiyah di kawasan Tanjong Malim. 238

Kewujudan markas tarbiyah tersebut pasti dapat membantu PAS kawasan mengatasi masalah kekurangan lokasi program sebelum ini. Pelbagai program seperti ceramah, mesyuarat agung, majlis ilmu, permainan, sukaneka, pertandingan dalaman, ihtifāl sekolah Pasti, majlis kecemerlangan, majlis berkhatan dan sebagainya dapat dilaksanakan dengan lebih cemerlang. iii. Kajian mendapati terdapat segelintir pimpinan PAS yang memiliki akhlak yang kurang baik walau pun mereka bergelar pimpinan atau ustaz. Sahsiah diri yang kurang terpuji dan pergaulan yang kurang baik boleh menimbulkan tanggapan yang negatif terhadap PAS kawasan Tanjong Malim. Oleh itu, dicadangkan agar satu program khas untuk pimpinan PAS kawasan dapat diadakan supaya mereka dapat memperbaiki sahsiah diri sesuai dengan kehendak jama ah dan boleh menjadi role model kepada masyarakat. iv. Hasil kajian mendapati kawasan Tanjong Malim kekurangan sekolah aliran agama dan pusat pengajian agama untuk mendalami ilmu agama. Oleh itu, dicadangkan kepada pimpinan PAS kawasan Tanjong Malim agar mencari alternatif untuk memperbanyakkan program pengajian agama yang dipimpin oleh tokoh agama yang berwibawa dan penyampaian yang berkesan. PAS kawasan juga dicadangkan agar 239

menjemput para ustaz dan penceramah dari luar Tanjong Malim supaya pengajian agama yang diadakan sentiasa meriah. v. Kajian mendapati agenda tarbiyah kurang dibincangkan dalam mesyuarat bulanan PAS kawasan Tanjong Malim. Oleh itu, dicadangkan agar PAS kawasan memperuntukkan satu agenda tambahan dalam mesyuarat bulanan yang diadakan, iaitu perbincangan tentang perkembangan tarbiyah di kawasan Tanjong Malim. Jika agenda yang penting ini tidak diperuntukkan sebagai salah satu agenda mesyuarat PAS kawasan, maka ahli mesyuarat akan terlepas pandang untuk membincangkannya. vi. Kajian mendapati terdapat segelintir pimpinan PAS kawasan Tanjong Malim yang lemah dalam kepimpinan dan pengurusan. Kelemahan tersebut boleh menganggu kelancaran pengurusan dan pentadbiran PAS kawasan Tanjong Malim. Maka di cadangkan agar PAS kawasan Tanjong Malim dapat mengadakan kursus atau bengkel berkaitan kepimpinan dan pengurusan organisasi sebagai pendedahan kepada mereka. 6.3.2 Saranan Kepada Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan PAS Kawasan Tanjong Malim i. Berdasarkan hasil kajian, didapati PAS kawasan Tanjong Malim menghadapi masalah kekurangan pendidik ( murabbī) dan tenaga 240

penggerak. Oleh itu, dicadangkan kepada Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan agar memilih individu daripada kalangan warga tempatan yang berketrampilan dan berkelayakan untuk dilatih dan dididik sebagai pendidik ( murabbī) dan tenaga penggerak. Pengkaji juga mencadangkan supaya anak-anak pimpinan dan ahli PAS yang berbakat dan memiliki potensi sebagai murabbī dapat diketengahkan untuk dikaderkan. Kursus khas kepimpinan pula dicadangkan agar dapat diadakan secara berkala dan terancang bagi melatih anak-anak pimpinan dan ahli PAS tentang tarbiyah. 1 ii. Kajian mendapati terdapat sebahagian program dan aktiviti tarbiyah di kawasan Tanjong Malim berjalan tanpa ada pemantauan khusus daripada pihak Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan. Oleh itu, Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan dicadangkan agar melakukan pemantauan secara kerap dan berkala terhadap perkembangan tarbiyah di Tanjong Malim, khususnya berkaitan aktiviti dan program tarbiyah. Pengkaji juga mencadangkan agar satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada pimpinan tarbiyah perlu dibentuk bagi meninjau pelaksanaan dan keberkesanan aktiviti tarbiyah yang dijalankan serta mengenal pasti kelemahan yang berlaku. 1 Kursus khas kepimpinan diadakan bertujuan untuk memilih pelapis dan bakal kepimpinan bagi mewakili persatuan mahasiswa di universiti atau kolej. Ia juga dinamakan dengan pelbagai nama yang berbeza, seperti Tamrīn Kepimpinan, Tamrīn Panjang (TAMPAN) dan sebagainya. 241

iii. Kajian juga turut mendapati Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan lemah dalam mengurus dan mengendalikan tarbiyah di kawasan Tanjong Malim. Kelemahan ini didapati berpunca daripada kegagalan sebahagian pimpinan untuk membezakan antara tugas kawasan yang berbentuk kemasyarakatan (ijtimā ī) dengan tugas Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan yang berbentuk jama ah ( jamā ī). Oleh itu, dicadangkan agar Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan mengadakan kursus pemantapan tarbiyah agar mereka dapat menguruskan tarbiyah dengan baik dan tidak lagi mencampur adukkan antara tugas kawasan dan tugas tarbiyah. iv. Daripada kajian yang telah dijalankan, Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan didapati tidak mengadakan mesyuarat atau perjumpaan secara berkala dan terancang. Maka, dicadangkan agar Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan dapat mengadakan mesyuarat atau perjumpaan secara kerap dari masa ke semasa atau secara berkala. PAS cawangan dikehendaki membuat laporan tentang perkembangan tarbiyah di cawangan masing-masing setiap kali mesyuarat atau perjumpaan diadakan. Pengkaji juga turut mencadangkan agar sesi muhasabah atau post mortem diadakan setiap kali selesainya program tarbiyah agar penambahbaikan dapat dilakukan terhadap program tarbiyah sedia ada. v. Kajian mendapati kawasan Tanjong Malim bukan zon ilmu dan tahap pengetahuan agama masyarakatnya pula agak rendah. Oleh itu, 242

dicadangkan agar Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan dapat mempertingkatkan ruh ilmu di kawasan Tanjong Malim melalui pelaksanaan program-program keagamaan, seperti kuliah, ceramah, syarahan, majlis sambutan hari kebesaran Islam dan seumpamanya. Kuliah-kuliah yang dihentikan sebelum ini perlu diteruskan agar masyarakat tidak ketinggalan menimba ilmu agama. Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan juga dicadangkan agar mewujudkan kerjasama dengan Pejabat Agama Daerah Slim River, Majlis Daerah Tanjong Malim, Politeknik Sultan Azlan Shah (POLISAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), jabatan-jabatan atau agensi-agensi kerajaan dan swasta, sekolah-sekolah, hospital, klinik dan badan bukan kerajaan bagi mengadakan program berbentuk keagamaan. vi. Kajian mendapati Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan tidak menyediakan taqwim tahunan tarbiyah sebagai perancangan awal aktiviti dan program tarbiyah di kawasan Tanjong Malim. Ini menyebabkan banyak program dijalankan pada secara ad-hoc dan hasil yang diperolehi adalah kurang memuaskan. Maka dicadangkan kepada Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan agar dapat menyediakan satu perancangan strategik program tarbiyah untuk kawasan Tanjong Malim. Perancangan tersebut penting bagi merealisasikan visi dan misi tarbiyah PAS kawasan Tanjong Malim. 243

6.3.3 Saranan Kepada PAS Pusat dan PAS Perak i. Berdasarkan hasil kajian, PAS kawasan Tanjong Malim tidak mengikut sepenuhnya sukatan tarbiyah yang disediakan oleh PAS Pusat atau PAS Perak. Keadaan ini didapati berpunca daripada tahap pendidikan masyarakat yang rendah, di mana tarbiyah hanya dapat dijalankan secara sederhana sahaja. Tambahan pula, bilangan para pendidik ( murabbī) di kawasan ini adalah tidak ramai berbanding kawasan-kawasan lain. Maka dicadangkan kepada PAS Pusat agar dapat memantau perkembangan tarbiyah di kawasan-kawasan yang menghadapi masalah dan membantu mereka melaksanakan tarbiyah di kawasan-kawasan tersebut. ii. Kajian mendapati PAS kawasan Tanjong Malim menghadapi masalah kekurangan dana yang mencukupi dan lokasi program yang sesuai. Oleh itu, dicadangkan kepada PAS Pusat agar dapat membantu kawasankawasan yang menghadapi masalah seumpama itu dengan menyalurkan bantuan kewangan dan sebagainya kepada mereka. PAS Pusat juga boleh membantu PAS kawasan membangunkan markas tarbiyah bagi kawasankawasan yang berhadapan dengan masalah tersebut. 244

6.3.4 Saranan Kepada Pengkaji Yang Akan Datang i. Kajian yang dijalankan adalah terbatas kepada PAS kawasan Tanjong Malim, Perak. Maka hasil kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada PAS kawasan lain di Perak atau Malaysia amnya. Oleh itu, adalah dicadangkan agar kajian yang serupa dilakukan di kawasan-kawasan lain untuk mengetahui perbezaan atau persamaan hasil kajian yang diperolehi. ii. Kajian ini merupakan kajian yang dilakukan secara umum. Pengkaji melakukan kajian untuk mengenal pasti beberapa aktiviti dan masalah tarbiyah yang terdapat di Tanjong Malim. Maka dicadangkan agar kajian secara khusus dilakukan bagi memperhalusi lagi maklumat yang telah diperolehi untuk kajian yang akan datang. iii. Kajian ini merupakan kajian tinjauan melalui kaedah temu bual dengan beberapa pihak tertentu dan tidak mengedarkan borang soal selidik. Maka dicadangkan agar kajian yang berbentuk lain, seperti kajian deskriptif, causal comparative, kajian korelasi dan kajian eksperimental dapat dilakukan untuk kajian selanjutnya. Dengan itu, aspek-aspek tertentu dapat diperhalusi lagi maklumat mengenainya. iv. Kajian yang dijalankan di Tanjong Malim adalah berbentuk kualitatif, di mana data yang diperolehi adalah berbentuk perkataan atau ayat yang 245

dikumpul melalui temu bual, dokumentasi atau yang direkod dalam bentuk gambar atau video. Maka untuk masa akan datang dicadangkan agar kajian berbentuk kuantitatif yang mempunyai data berbentuk angka yang boleh diukur dapat dijalankan. 6.4 Penutup Sebagai kesimpulan, hasil kajian yang diperolehi dapat dirumuskan kepada tiga bahagian, iaitu kajian yang dijalankan membolehkan pengkaji mengenal pasti aktiviti tarbiyah yang dilaksanakan oleh PAS di Tanjong Malim dari tahun 2006 hingga 2010. Kajian juga membolehkan masalah yang dihadapi oleh PAS kawasan Tanjong Malim dapat dikenal pasti, dan seterusnya saranan dapat dikemukakan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan yang sewajarnya. 246