26/10/2015 KENEGARAAN TOPIK 7 SISTEM PERSEKUTUAN HASIL PEMBELAJARAN

dokumen-dokumen yang mirip
TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN. Konsep asas persekutuan Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri Pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-pertuan Agong. Konsep Raja Berperlembagaan

FUNGSI BADAN EKSEKUTIF

OLEH AZI RAHIMEE BIN MOHAMED

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

Sistem dan Struktur Pentadbiran Negara

TAJUK 6 DEMOKRASI BERPARLIMEN

Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

TAJUK 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

ASPEK PERUNDANGAN BERKAITAN PENGURUSAN WANG KHAIRAT DI MALAYSIA DAN PERANAN AGENSI BERKAITAN. Mohd Zamro bin Muda Noor Lizza Mohamed Said

ABDUL KARIM BIN ABDUL AZIZ HARNANI BINTI SHUMSUDIN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TEL : E-MEL :

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

TAJUK 9 PERUNDANGAN. Parlimen Dewan Rakyat Dewan Negara Penggubalan Undang-Undang

UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA 226 AKTA TAMAN NEGARA 1980

KENAIKAN KADAR BANTUAN SARA HIDUP

Kemerdekaan Negara 31 Ogos Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

D.R. 44/96 RANG UNDANG-UNDANG LAPORAN KEWANGAN 1996

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 1997

D.R. 32/90 RANG UNDANG-UNDANG CUKAI AKTIYITI PERNIAGAAN LUAR PESISIR LABUAN- 1990

Memorandum Pendidikan

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

Kekayaan Ekonomi Sabah Menarik Minat Syarikat Borneo Utara British

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

Parti X. Menyokong idea pembentukan Persekutuan Melayu Mencadangkan pembentukan Melayu Raya

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

NORAFFENDY B. ABD. KHALID JPPN SELANGOR

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

Perlembagaan Malaya dan Malaysia memperuntukkan kedudukan anak watan dalam kalangan Melayu dan bumiputera, Orang Asli dan juga etnik-etnik lain.

D.R. 20/95 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

Akaun Pelaburan Waheed

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1 D.R. 9/2014 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

Undang-Undang Malaysia

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN : Y.B. TUAN GOOI HSIAO-LEUNG (ALOR SETAR) Saya memohon untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat jasin

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

POLISI UMUM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

D.R. 38/98 RANG UNDANG-UNDANG LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA 1998

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BADAK BACHOK KELANTAN

PEMILIKAN DAN PERISYTIHARAN HARTA OLEH PEKERJA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

: NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH. Peta berikut menunjukkan kemaraan kuasa besar di Asia Tenggara.

DASAR ANTI RASUAH RGIS

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

D.R. 11/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

EzLearn2U.my. Tingkatan 3 Sejarah Bab 4 : Kerjasama antara kaum ke Arah Kemerdekaan. Soalan Objektif. Pilih jawapan yang paling tepat

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

TAJUK 6 Demokrasi Berparlimen. Konsep demokrasi berparlimen Pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

B.P.K 6.3 ZON PELANCONGAN REKREASI ANTARABANGSA & KOMERSIAL

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

SENARAI TUGAS GURU BESAR

B.P.K 6.3 ZON PELANCONGAN REKREASI ANTARABANGSA & KOMERSIAL

Penubuhan Persatuan Penduduk Kampung

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN

Koperasi Pengangkutan

Undang-Undang Malaysia

PENGENALAN MENGENAI JABATAN HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA JABATAN HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1999

D.R. 8/94 RANG UNDANG-UNDANG. Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

KERTAS KONSEP. Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia A.S.A.T

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

AKTA [ ] DAN BAWASANYA kekurangan tersebut telah berakar umbi sejak beberapa generasi dan menimbulkan kitaran ketaksamaan turun-temurun;

PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN STAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ( KARiSTA UiTM ) 1.2 PSKK akan mencadangkan jenis-jenis permainan yang dipertandingkan.

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 1 D.R. 2/2015 RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM 2015

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Transkripsi:

KENEGARAAN TOPIK 7 Dr Murni Wan Mohd Nor SISTEM PERSEKUTUAN Konsep asas persekutuan Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri Pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan konsep persekutuan Menghuraikan pelaksanaan sistem persekutuan di Malaysia Menjelaskan struktur kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Membincangkan isu dan masalah dalam hubungan antara kerajaan persekutuan dan negeri Menyedari kepentingan peranan kerajaan tempatan 1

JENIS SISTEM PEMERINTAHAN 1. Kerajaan Persekutuan satu bentuk pembahagian kuasa di antara dua peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Contoh: Malaysia, Amerika Syarikat, Kanada, Australia 2. Kerajaan Kesatuan(unitary): satu bentuk penyusunan politik dengan segala kuasa tertumpu kepada kerajaan pusat. Kerajaan Pusat berkuasa penuh dalam undang-undang Negeri atau kerajaan tempatan tiada kuasa besar Contoh: UK, New Zealand, Sweden, China, Indonesia, Perancis 3. Kerajaan Gabungan/konfederasi kebanyakan kuasa tertumpu kepada kerajaan-kerajaan negeri/kebanyakan kuasa pada Kerajaan negeri Ikatan yang longgar antara kerajaan. Contoh: Empayar Jerman abad ke 19, Kesatuan Eropah, PBB, OIC KONSEP PERSEKUTUAN (LATIN) Fides : ikatan atau perjanjian sukarela di antara pihak yang terlibat dalam membentuk negara Foedus : perjanjian, persetujuan atau perikatan K.C. Wheare - sistem persekutuan merujuk kepada satu penyusunan politik dalam mana wujudnya dua peringkat kerajaan iaitu sebuah kerajaan pusat dengan dua atau lebih kerajaan negeri. Setiap kerajaan ini dihadkan bidang kuasa masing-masing, dan dalam pada itu mempunyai sifat sedarjat (coequal) serta bebas daripada campur tangan antara satu sama lain. KONSEP PERSEKUTUAN Sistem yang merujuk kepada satu penyusunan politik dengan kewujudan dua peringkat kerajaan sebuah Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kerajaan Negeri mempunyai sebahagian besar kuasa yang bersifat tempatan seperti pengurusan sumber (tanah, air, perparitan) Kerajaan Persekutuan/Pusat mempunyai kuasa untuk perkaraperkara yang berkepentingan luas dan bersifat umum seperti menyediakan kemudahan am dan kebajikan serta menjaga keselamatan; Pertahanan, Pendidikan, Keselamatan, Dasar Luar dll 2

CIRI-CIRI ASAS PERSEKUTUAN Kebiasaannya - pembahagian kuasa berdasarkan perlembagaan bertulis : fungsi kerajaan sekurang-kurangnya satu bidang perkara bagi satu kerajaan perlembagaan rigid bagi memastikan kedua-dua kerajaan pusat dan negeri tidak berpeluang mengambil kuasa antara satu sama lain. Sempadan negeri dan persekutuan ditentukan dengan jelas Sebuah kerajaan mempunyai bidang kuasa yang tinggi ke atas bidang yang diagihkan kepadanya CIRI-CIRI ASAS PERSEKUTUAN Kedua-dua kerajaan mempunyai hubungan terus/langsung dengan rakyatnya Kedua-dua kerajaan mendapat pengesahan kuasanya terus dari rakyat Sebuah kerajaan tidak boleh mengubah hubungan yang ditentukan oleh perlembagaan dengan sendiri Sebuah kerajaan wilayah wujud atas hak dan kuasa sendiri - wilayah persekutuan kawasan pentadbiran atau ibu kota Wujud kecenderungan untuk berlaku ketidakseimbangan pembangunan dan kemajuan antara negeri-negeri KELEBIHAN SISTEM KERAJAAN PERSEKUTUAN Negeri yang kecil boleh bergabung dengan negeri yang besar tanpa kehilangan kebebasan dan hak untuk membuat ketetapan sendiri. Apabila berlaku gabungan negeri, negara persekutuan akan menjadi lebih kuat dari segi kedudukan ekonomi, penduduk dan politik. Corak pemerintahan persekutuan membolehkan kepentingan tempatan disuarakan dan disalurkan kepada peringkat kerajaan pusat untuk penyelesaian. Boleh memudahkan keseragaman dasar bagi seluruh negara Membolehkan kepentingan tempatan diselesaikan. Dapat mengawal kerajaan pusat supaya tidak terlalu kuat dan menjejas kepentingan kerajaan negeri ( check and balance ). 3

KELEMAHAN CORAK PEMERINTAHAN PERSEKUTUAN Mudah wujud masalah persaingan kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, misalnya isu sumbangan kewangan kepada kerajaan pusat. Kemungkinan negeri-negeri berkenaan akan mengamalkan dasar tertentu untuk melindungi kepentingan negerinya. Pemerintahan persekutuan dianggap sebagai satu corak pemerintahan yang mahal dan rumit untuk dikendalikan, kerana institusi pentadbiran yang sama/cawangan perlu diwujudkan di setiap negeri persekutuan. Sering wujud rasa kurang berpuas hati dalam kalangan anggota negeri menyertai persekutuan. SEJARAH SISTEM PERSEKUTUAN DI MALAYSIA 1. Fasa konfederasi (sebelum 1895) Pulau Pinang, Melaka dan Singapura Gabenor Inggeris Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang sistem Residen 2. Fasa persekutuan (1895 1946) NNMB NNMTB Fasa kesatuan NNS Kesatuan Malaya (Januari 1946 Julai 1946) 4. Fasa persekutuan PTM 1948 Persekutuan Malaya 1957 Persekutuan Malaysia 1963 hingga kini SEJARAH SISTEM PERSEKUTUAN Malaysia mempunyai kecondongan pusat (central bias) kepada Kerajaan Pusat Suruhanjaya Reid (sebelum Merdeka) berpendapat bahawa Persekutuan Malaya (pada masa itu) memerlukan kerajaan pusat yang kuat Penting untuk menyatupadukan negeri-negeri Megatasi masalah perebutan kuasa Mengatasi masalah pentadbiran Meningkatkan dan menyelaraskan sistem pertahanan (Jepun dapat menyusup masuk ke Tanah Melayu kerana sistem pertahanan yang lemah) 4

PELAKSANAAN SISTEM PERSEKUTUAN DI MALAYSIA TIGA ASPEK UTAMA: Pengagihan bidang kuasa : Kuasa perundangan dan kuasa eksekutif Bidang kuasa kewangan (kuasa kerajaan pusat) Kedudukan perlembagaan kerajaan persekutuan PELAKSANAAN SISTEM PERSEKUTUAN DI MALAYSIA Wujud pembahagian kuasa di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Pembahagian kuasa kerajaan berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan seperti yang dinyatakan dalam Perkara 73 : Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Parlimen untuk menggubal undang-undang bagi seluruh Persekutuan dan mana-mana bahagiannya, manakala Dewan Undangan Negeri boleh membuat undang-undang bagi seluruh atau sebahagian negeri itu sahaja. Kuasa dan pentadbiran kerajaan negeri berdasarkan peruntukan perlembagaan PEMBAHAGIAN KUASA 1. KUASA PERUNDANGAN (kuasa Parlimen dan DUN : Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan; Senarai Pertama (Persekutuan), Kedua (Negeri) dan Ketiga (Bersama) Senarai Tambahan : Kuasa kerajaan Sabah & Sarawak diberi kuasa kuasa tambahan meliputi undang-undang dan adat Bumiputera, Mahkamah Bumiputera dan kereta api Sabah di Sabah. Dibawah Akta Imigresen 1963 kerajaan negeri Sabah dan Sarawak diberi kuasa untuk mengekalkan kuasa kawalan, kemasukan dan kediaman di negeri-negeri itu. Kuasa baki perundangan/residual (Perkara 77) : Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri untuk meluluskan undang-undang bagi perkara-perkara yang tidak disebut dalam Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama dikenali sebagai Kuasa-kuasa Baki. 5

Senarai (I) Persekutuan Senarai (II) Negeri Senarai (III) Bersama) Hal-Ehwal Luar Negara Keselamatan Dalam Negeri Pertahanan Kewangan Kewarganegaraan Buruh dan Keselamatan Sosial Pelajaran Pengangkutan dan Perkapalan Kerja Raya Persekutuan dan Tenaga Penerbitan dan Penapisan Hal-Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Pertanian dan Perhutanan Tanah Kerajaan Tempatan Perkhidmatan Tempatan Kerja Raya Negeri dan Bekalan Air Hari Kelepasan Negeri Jentera Pentadbiran Kerajaan Negeri Biasiswa Kebajikan Masyarakat Kesihatan Awam Perancangan Bandar dan Kampung Perparitan dan Pengairan Pengembaraan Pemulihan Tanah Lombong Kebudayaan dan Sukan Ternakan Haiwan Kutu Rayau dan Penjaja Ukur Undang-undang Jenayah dan Sivil Perdagangan dan Perusahaan Ubat dan Kesihatan Pilihanraya Persekutuan Hari Kelepasan Persekutuan Panggung Wayang dan Tempat Hiburan Kebajikan Orang Asli Perumahan Persekutuan Syarikat Kerjasama Penyiasatan untuk maksud Negeri Penyu dan Penangkapan Ikan di Sungai Perlindungan Binatang Negeri dan Burung Liar Pengurusan Air PENGAGIHAN KUASA 2. KUASA EKSEKUTIF Kuasa kerajaan Persekutuan tertumpu kepada Senarai Persekutuan. Kuasa kerajaan negeri terkandung dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Perkara 94 memperuntukkan kerajaan persekutuan mempunyai kuasa eksekutif meliputi perkara-perkara dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Ini boleh dilakukan bagi maksud-maksud tertentu iaitu: mengumpulkan perangkaan menjalankan penyiasatan dan kajian menyediakan kemudahan pendidikan, bantuan teknikal dan nasihat menjalankan pemeriksaan ke atas kegiatan mana-mana jabatan kerajaan negeri dengan tujuan untuk membuat laporan kepada kerajaan persekutuan PENGAGIHAN KUASA Perkara 94. Kuasa Persekutuan berkenaan dengan rakyat Negeri. (1) Kuasa eksekutif Persekutuan meliputi kuasa menjalankan penyelidikan, mengadakan dan menyenggarakan stesen percubaan dan stesen tunjuk cara, memberikan nasihat dan bantuan teknikal kepada Kerajaan mana-mana Negeri, dan mengadakan pendidikan, publisiti dan tunjuk cara bagi penduduk mana-mana Negeri, berkenaan dengan mana-mana perkara yang mengenainya Badan Perundangan sesuatu Negeri boleh membuat undang-undang; dan pegawai pertanian dan pegawai perhutanan mana-mana Negeri hendaklah menerima apa-apa nasihat profesional yang diberikan kepada Kerajaan Negeri itu di bawah Fasal ini. (3) Tiada apa-apa jua dalam Perlembangan ini boleh menghalang Kerajaan Persekutuan daripada menubuhkan Kementerian atau Jabatan Kerajaan untuk menjalankan fungsi Kerajaan Persekutuan di bawah Perkara 93 dan Perkara ini berhubung dengan perkara yang termasuk dalam kuasa perundangan sesuatu Negeri, dan perkara yang sedemikian bolehlah termasuk pemuliharaan tanah, kerajaan tempatan dan perancangan bandar dan desa. 6

PENGAGIHAN KUASA KUASA KEWANGAN Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa semua sumber hasil yang utama terletak di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan kerajaan negeri bergantung pada sumber kewangan daripada kerajaan persekutuan Satu perempat daripada hasil kerajaan negeri diperoleh daripada pemberian kerajaan persekutuan 2 jenis pemberian wajib persekutuan kepada negeri Perkara 109 (1a) pemberian mengikut bilangan orang di sesebuah negeri Perkara 109 (1b) pemberian jalan negeri - berasaskan kepanjangan jalan negeri yang berkenaan PENGAGIHAN KUASA KUASA KEWANGAN Segala wang dan hasil kerajaan negeri hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Yang Disatukan Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri tidak dibenarkan mengenakan sebarang cukai, kecuali mengikut kuasa undangundang Negeri Sabah dan Sarawak diberi pemberian khas tambahan yang tertentu. Kerajaan negeri tidak boleh membuat apa-apa pinjaman, kecuali kerajaan persekutuan atau daripada sesebuah bank yang diluluskan oleh kerajaan persekutuan tempoh pinjaman adalah tidak melebihi lima tahun. Kuasa Kerajaan Persekutuan Mengatasi Kerajaan Negeri Peruntukan berikut menunjukkan bahawa kuasa kerajaan Persekutuan mengatasi kuasa kerajaan negeri i. mengubah undang-undang sempadan negeri (Per. 2b) ii. perlembagaan persekutuan undang-undang utama (Per. 4 fasal 1) iii. undang-undang negeri akan terbatal jika didapati bercanggah dengan undang-undang persekutuan (Per. 75) iv. kuasa persekutuan membuat undang-undang (Per. 73) v. kuasa persekutuan ke atas Senarai Negeri (Per. 76) 7

Kuasa Kerajaan Persekutuan Mengatasi Kerajaan Negeri Perkara 111. Sekatan untuk meminjam. (1) Persekutuan tidak boleh meminjam kecuali di bawah kuasa undang-undang persekutuan. (2) Sesuatu Negeri tidak boleh meminjam kecuali di bawah kuasa undang-undang Negeri, dan undang-undang Negeri tidak boleh memberi kuasa sesuatu Negeri untuk meminjam kecuali daripada Persekutuan atau, bagi suatu tempoh yang tidak melebihi lima tahun, daripada suatu bank atau sumber kewangan lain yang diluluskan bagi maksud itu oleh Kerajaan Persekutuan, dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan. 3) Sesuatu Negeri tidak boleh memberikan apa-apa jaminan kecuali di bawah kuasa undang-undang Negeri, dan jaminan itu tidak boleh diberikan kecuali dengan kelulusan Kerajaan Persekutuan dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan olehnya. Kuasa Kerajaan Persekutuan Mengatasi Kerajaan Negeri Kes-kes mahkamah untuk diteliti dan dibincangkan:- The Government of State of Kelantan v The Government of the Federation of Malaya And Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj [1963] MLJ 355 :- mahkamah memutuskan bahawa persetujuan negeri tidak diperlukan untuk membolehkan negeri lain memasuki Persekutuan. Government of Malaysia v Government of the State of Kelantan [1968] 1 MLJ 129 :-Kerajaan Negeri membuat persetujuan kewangan dengan Timbermine Industrial Corp. Co. Ltd. Kerajaan Pusat tidak bersetuju dan mendakwa persetujuan Kerajaan Pusat diperlukan sebelum Kerajaan Negeri membuat pinjaman kewangan. Mahkamah Persekutuan memutuskan persetujuan kewangan antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Timbermine untuk menjana dana sbyk rm2.5milion bukan pinjaman, maka tidak bertentangan dgn Perkara 111(2). PENTADBIRAN NEGERI Sejarah pentadbiran negeri Sistem dan struktur pentadbiran negeri Kuasa Pemerintahan Badan Eksekutif Negeri Badan Perundangan Negeri Penyelarasan Pentadbiran Jentera pentadbiran negeri a. Perkhidmatan Awam Negeri b. Jabatan Kerajaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pejabat Kewangan Negeri Penasihat Undang-Undang Negeri Unit Perancangan Ekonomi Negeri Peringkat Pentadbiran Negeri Pentadbiran Daerah Pentadbiran Mukim Pentadbiran Kampung Kerajaan Tempatan / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 8

PELAKSANAAN PERSEKUTUAN DI MALAYSIA Kuasa diagihkan mengikut bidang kuasa PERLEMBAGAAN Kerajaan persekutuan /pusat Kerajaan negeri Kerajaan tempatan SEJARAH PENTADBIRAN NEGERI: Pentadbiran Inggeris Negerinegeri Selat 1826 Perjanjian Pangkor 1874 NNMB 1895 NNMTB 1909 Inggeris menguasai pentadbiran negeri kecuali hal ehwal agama Islam dan adat Melayu Rakyat tempatan tiada peluang untuk mentadbir PTM 1948 Bentuk pemerintahan setiap negeri sama kecuali Singapura - Setiap negeri ada perlembagaan sendiri - Kuasa pemerintahan pada sultan negeri masing-masing dan dibantu Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Mesyuarat Negeri - Struktur pentadbiran di N9 berbeza PENTADBIRAN NEGERI -Senarai Negeri -Senarai Bersama -Kuasa Residual Kuasa pemerintahan negeri (berdasarkan perlembagaan) 9

Jaminan Persekutuan ke atas perlembagaan negeri Perkara 71 - Parlimen mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan peruntukan perlu di negeri jika negeri tidak melaksanakan atau mempunyai peruntukan yang berlawanan Jadual Kelapan Perkara 71 (peruntukan perlu) Bahagian I: Peruntukan tetap dan peruntukan kewangan Bahagian II: Peruntukan sementara Bahagian II: Berkaitan dengan Melaka dan Pulau Pinang Contoh Peruntukan tetap: Raja atau Yang Di Pertua Negeri (YDN) Pemerintahan YDN dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Perundangan YDN dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kewangan Berdasarkan peraturan persekutuan PENTADBIRAN NEGERI Badan Eksekutif/Pemerintahan: Diketuai oleh Raja/YDPN Kuasa dilaksanakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau MMK (peranan hampir sama kabinet di peringkat pusat) yang di ketuai oleh MB/KM Ahli MMK MB/KM sebagai ketua Empat hingga 12 orang yang dilantik dari kalangan ahli DUN 3 orang pegawai kerajaan (SUK, Penasihat Undang-undang Negeri dab Penasihat Kewangan) PENTADBIRAN NEGERI: Sistem badan eksekutif/kabinet negeri Sistem Pentadbiran Berjawatankuasa MMK terdiri daripada jawatankuasa-jawatankuasa tertentu Jawatankuasa diketuai/dipengerusikan oleh ahli MMK/Exco dan setiausaha adalah pegawai kerajaan (dari SUK) Setiap jawatankuasa akan mengawasi pelaksanaan dasar oleh agensi di negeri Sistem Pentadbiran Bermenteri MMK berbentuk kementerian dan menyerupai sistem kabinet pusat Sabah-kabinet negeri Sarawak-Majlis Tertinggi Seorang menteri bertanggungjawab ke atas satu kementerian dibantu oleh menteri muda 10

PENTADBIRAN NEGERI: Badan perundangan negeri Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang negeri bidang tugas, kuasa & keanggotaan ditentukan oleh perlembagaan negeri satu dewan sahaja ahli dari pilihanraya DUN 3 orang ahli dari kerajaan negeri(ex-officio): Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri Jabatan Kerajaan Negeri Pej. SUK Pej. Kewangan Negeri Penasihat Undang-undang Negeri Unit Perancang Ekonomi Negeri Perkhidmatan Awam Negeri/Personel Awam Negeri PENYELARASAN PENTADBIRAN KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI Hubungan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri disalurkan melalui: Majlis Raja-raja Majlis Kewangan Kebangsaan Majlis Tanah Kebangsaan Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan Dewan Negara Mesyuarat Menteri-menteri/Ketua-ketua Menteri 11

Struktur Jentera Pentadbiran Negeri (ringkas) Pejabat MB/KM Pejabat SUK Pejabat Daerah Pentadbiran Bahagian (Sarawak) Pentadbiran Mukim Pentadbiran Kampung Pentadbiran Daerah cara pentadbiran kawasan / wilayah yang jauh dari pusat bandar sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa (disentralisasi kuasa) Devolusi (penurunan kuasa) kuasa membuat keputusan dalam daerah/wilayah diserahkan kepada badan yang mentadbir wilayah tersebut spt pihak berkuasa tempatan Dikonsentrasi (perkongsian kuasa) Kuasa membuat keputusan pentadbiran diberikan kepada suatu unit atau organisasi dengan izin pentadbiran pusat spt pentadbiran daerah Kerajaan Tempatan Pentadbiran Daerah KERAJAAN TEMPATAN Tujuan penubuhan kerajaan tempatan - Memberi autonomi/peluang kepada penduduk tempatan untuk mentadbir wilayah sendiri Membantu peningkatkan kualiti hidup masyarakat tempatan Memberi peluang penyertaan rakyat tempatan dalam pengurusan hal ehwal dan kepentingan mereka Berfungsi - Memberikan kemudahan sosial dan perkhidmatan perbandaran seperti; penjagaan kebersihan awam, memungut sampah, kesihatan am, menyediakan sistem pembentungan dll. Badan yang menyediakan perkhidmatan ini PENGUASA TEMPATAN/PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) Bidang kuasa kecil: punyai kuasa untuk membuat undang-undang (by laws), mendakwa, memiliki harta, membuat kontrak, mengutip sewa dan cukai dll Kawalan kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 12

KERAJAAN TEMPATAN Selepas Akta 1976 / Diluluskan Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-60 pada 3 Jun 2008 PBT Lokasi Ketua Eksekutif Kriteria 1.Majlis Bandar Raya Bandar Datuk Bandar Penduduk: raya lebih 500 ribu orang Hasil tahunan: lebih RM100 juta 2.Majlis Perbandaran Bandar Yang di Pertua Majlis Perbandaran Penduduk: lebih 150 ribu orang Hasil tahunan: lebih RM20 juta 3.Majlis Daerah Luar bandar Yang di- Pertua Majlis Daerah Penduduk: Kurang 150 ribu orang Hasil tahunan: Kurang RM20 juta PENGUASA TEMPATAN/PBT Fungsi penguasa tempatan berdasarkan prinsip 1. ultra-vires penguasa tempatan hanya berfungsi mengikut tugas dan tanggungjawab yang ditetapka undang-undang 2. general competence memberi kuasa kepada penguasa tempatan menjalankan sebarang kegiatan dengan syarat mampu untuk membiayai kegiatan tersebut. FUNGSI UTAMA PBT DI MALAYSIA Mengawal pembangunan tanah dan bangunan dalam kawasan pentadbirannya Memberikan perkhidmatan sanitari dan pembersihan seperti mengutip sampah Menjaga dan mengawal kesihatan awam, mengurus pasar dan gerai serta mengutip cukai seperti cukai pintu Membina dan menyelenggarakan kemudahan awam dan rekreasi seperti taman awam Membina, menyelenggarakan dan membaiki jalan-jalan awam, pembentungan, parit dan saluran air PENGUASA TEMPATAN/PBT Sumber pendapatan PBT Sumber utama cukai taksiran yang dikenakan atas harta dalam kawasan pentadbiran masing-masing Punca lain : Sewa dan bayaran lesen serta lain-lain caj yang dibayar kepada PBT Contoh: lesen perniagaan. Caj atau keuntungan daripada apa-apa perdagangan, perkhidmatan atau perusahaan yang dikendalikan oleh PBT Bunga terhadap wang yang dilaburkan oleh PBT dan semua pendapatan yang dikutip daripada harta tak alih dan harta alih PBT Semua hasil PBT daripada kerajaan persekutuan 13

Contoh undang-undang Kecil yang digubal mengikut Akta Kerajaan Tempatan Undang-undang Kecil : Pasar Penjaja Kedai Gunting Rambut Iklan Kolam Pembuangan pemungutan, pembuangan dan pelupusan sampah Tandas awam Pelesenan dan tempat letak kereta Anjing Kolam renang Contoh Pihak Berkuasa Tempatan Selangor Majlis Bandaraya Shah Alam MP Ampang Jaya MP Kajang MP Klang MP Petaling Jaya MP Selayang MP Subang Jaya MD Hulu Selangor MD Kuala Langat MD Kuala Selangor MD Sabak Bernam MD Sepang Isu Dalam Pentadbiran Negeri Isu penyelarasan Maklumat tidak sampai/sistematik Kelemahan perancangan ekonomi negeri Tenaga kerja berkemahiran Penyelarasan projek pembangunan Masalah pentadbiran tanah Prosedur dan peraturan/birokrasi yang lemah Kerjasama MASALAH/ISU UTAMA DALAM HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI a. Isu keluar dari persekutuan b. Isu darurat c. Perbezaan ideologi politik- Kerajaan negeri dipimpin parti pembangkang d. Isu kewangan e. Kemajuan yang tidak seimbang? 14

FIKIRKAN Bagaimanakah sistem Persekutuan dilaksanakan di Malaysia? Adakah Malaysia mengamalkan satu sistem persekutuan yang baik? Sejauhmanakah sistem persekutuan di Malaysia memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak (kerajaan pusat dan negeri)? Apakah isu-isu semasa mengenai sistem persekutuan Malaysia masa kini? 15