PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

dokumen-dokumen yang mirip
Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Taklimat untuk Guru BM

Penilaian Holistik Darjah 1 & 2

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

ASPEK SENI BAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah Memupuk Pelajar Aktif, Pengguna Cekap

Abstrak. Penerapan Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Fauziah Muhamad Fadzillah Sekolah Rendah Fengshan

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH YANGZHENG

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Kurikulum Kebangsaan

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

Bahasa Melayu. Cikgu Suriyana Ghapari Ketua Subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zhenghua 20 Januari 2017

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

Nur Hafiza Osman (Fiza O)

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Prauniversiti)

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

ARAHAN: ( )

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

Sekolah semai benih.perpaduan. Pelajar perlu disatukan bagi menzahir semangat toleransi antara kaum

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH PEI TONG

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH CANBERRA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

Penggunaan Kad Permainan dalam Pengajaran Kata Seerti/Seiras

CHIA CHONG YANG A143398

BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

Puan Rosa Daniel, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Seni Kebangsaan. Profesor Madya Hadijah Rahmat, Pengerusi, Jawatankuasa Anugerah Persuratan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Sekolah Menengah)

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

SEKOLAH RENDAH UNITY

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

Pada akhir pelajaran, murid dapat: Tatabahasa: Kosa kata umum mandur, perdu, betah,sabak Istilah -fasik, maniac, knob

PANDUAN GURU BAHASA MALAYSIA

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

BAHASA MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN

KESUSASTERAAN MELAYU

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH BAHASA MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN DUA

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

LAPORAN LAWATAN KE BANK NEGARA MALAYSIA 11 DISEMBER 2014 SASANA KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA NO. 2, JALAN DATO ONN KUALA LUMPUR

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Sukatan Pelajaran BAHASA MELAYU

DUNIA SENI VISUAL (MASALAH PENDENGARAN)

Jamrah Sibin Jeswenny Fresshila John

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3 DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA

DSP Dunia Muzik Tahun 2 5 Januari 2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI DUNIA MUZIK TAHUN 2

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

Transkripsi:

16 PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH Rosnita Hamid Sekolah Rendah East Spring Sarifah Hassan Sekolah Rendah Greendale Abstrak Antara matlamat penerapan sastera ialah untuk mengukuhkan pengajaran bahasa, menyemai sikap minat membaca dan menekankan nilai-nilai murni dan pengajaran yang diperolehi daripada karya-karya sastera yang dibaca. Sebagai guru, kita percaya bahawa bahasa dan sastera tidak dapat dipisahkan dan boleh diintegrasikan ke dalam kurikulum Bahasa Melayu. Untuk memanfaatkan peranan dan pengaruh sastera, kita boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid serta memupuk minat dan bakat mereka terhadap puisi dan juga lagu kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti pengayaan sastera di sekolah rendah boleh dijalankan di dalam dan luar masa kurikulum. Kegiatan-kegiatan yang dijalankan berfokuskan kepada penglibatan murid Darjah 1 hingga Darjah 6 secara aktif dan mengutamakan keupayaan serta keperluan murid. Melalui kegiatan berteraskan sastera, murid lebih teruja, berasa seronok dan mempunyai kecenderungan belajar daripada bahan yang berunsur kreatif dan imaginatif. 226

Pengenalan Penerapan sastera dalam pengajaran bahasa di sekolah rendah secara tidak langsung diharapkan dapat merealisasikan potensi murid kita sepenuhnya serta mengembangkan minat mereka terhadap pembelajaran sepanjang hayat. Perancangan yang jitu, tekal dan menyeluruh untuk menerapkan pengajaran sastera dalam pengajaran bahasa Melayu secara konsisten merupakan perkara yang harus diambil kira dalam melaksanakan aktiviti pengayaan sastera yang berkesan. Melalui aktiviti-aktiviti sastera, diharapkan murid dapat memantapkan lagi pengetahuan, pemahaman dan penguasaan bahasa Melayu. Menerusi wadah ini juga, minat membaca dapat dipupuk, kefasihan bahasa dapat dibina dan budaya Melayu berjaya dihayati dalam kalangan murid. Guru boleh mengasah bakat murid dalam bidang akademik dan kesenian melalui pembelajaran mengapresiasi puisi yang secara tidak langsung diharapkan dapat merealisasikan potensi mereka sepenuhnya serta mengembangkan minat murid terhadap pembelajaran sepanjang hayat. Melalui puisi juga, diharapkan guru dapat membentuk rakyat muda Singapura yang tahu bagaimana untuk menghargai penulisan kreatif, mencari jawapan serta sanggup berfikir, menyelesaikan masalah dengan cara baharu dan juga menjana peluang baharu untuk masa hadapan. Di samping itu, puisi-puisi dan lagu-lagu Melayu diharapkan dapat membantu murid memiliki nilai-nilai murni supaya mereka berwatak teguh dan mampu menangkis cabaran hidup yang tidak dapat dielakkan. Dalam proses menguasai bahasa, murid akan dilatih agar mempunyai keupayaan untuk menerima informasi, menjana idea dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman. 227

Dengan adanya peluang untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sastera, guru diharapkan dapat menyemai nilai-nilai murni seperti kepercayaan terhadap diri-sendiri, menjalin persahabatan dengan orang lain, menghormati dan menyayangi rakan-rakan serta bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Melalui aktiviti pengayaan sastera seperti ini, penerapan kemahiran berfikir, teknologi maklumat, pembelajaran sosial & emosi (SEL), aspek nilai & budaya serta inovasi & keusahawanan dapat diterapkan. Visi Arif Budiman Mengenali dan memahami bahasa dan budaya Melayu sebagai sebahagian daripada masyarakat majmuk Singapura dapat juga direalisasikan. Tujuan Kajian Tujuan kajian ini adalah seperti yang berikut: 1. menilai keberkesanan penerapan sastera dalam pengajaran bahasa Melayu dalam menyemai nilai-nilai murni dalam diri murid; 2. menilai keberkesanan penerapan sastera dalam memupuk sifat ingin tahu murid menerusi pembacaan buku-buku cerita Melayu; dan 3. menilai keberkesanan penerapan sastera untuk menarik minat murid mempelajari bahasa Melayu. Kajian Lepas Hadijah Rahmat (1998) berpendapat bahawa bahanbahan bacaan termasuk karya sastera adalah alat hiburan dan pendidikan masyarakat yang penting, khususnya kepada golongan kanak-kanak. Malah, sastera kanak-kanak lebih mudah menarik perhatian dan minat kanak-kanak kerana 228

kanak-kanak memang mempunyai kecenderungan semula jadi terhadap sesuatu yang berunsur kreatif dan imaginatif jika dibandingkan dengan bahan-bahan bacaan lain yang biasa dan mendatar. Oleh itu, peranan dan pengaruh sastera kanakkanak dalam masyarakat tidak boleh diperkecilkan dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Menurut Othman Puteh (1996), antara matlamat pengajaran sastera ialah untuk pengukuhan pengajaran bahasa, menanam minat suka membaca bahan-bahan sastera, menekankan aspek-aspek moral dan pengajaran yang diperolehi dari karya-karya sastera yang dibaca dan melatih penghayatan ke atas aspek-aspek seni dan estetika dalam bahasa sastera. Selain itu, pendedahan pada genre-genre lain haruslah dipupuk oleh ibu bapa dan guru-guru sejak kanakkanak ini di bangku sekolah rendah lagi. Perancangan guru yang baik, rapi dan menyeluruh untuk menjayakan pelbagai kegiatan di dalam dan di luar kelas merupakan prasyarat yang penting dalam melaksanakan aktiviti pengayaan sastera yang berkesan. Menurut Hadijah Rahmat (2006) lagi, guru-guru percaya bahawa perkembangan awal kesusasteraan kanak-kanak dalam masyarakat Melayu dapat dikesan daripada tradisi sastera lisannya, maka Peraduan Menyanyi, Peraduan Bercerita dan Peraduan Bersyair, diadakan. Ini akan memberikan peluang kepada murid untuk mengapresiasi sastera rakyat yang kian pupus dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Kaedah Kajian Sebagai persiapan untuk menerapkan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, guru-guru haruslah membuat pemilihan bahan-bahan dengan bijak. Bahan yang dipilih haruslah relevan, sesuai dengan latar, mengikut minat serta kemampuan murid dan wajar 229

diperkenalkan dari peringkat yang mudah hinggalah yang agak kompleks. Walau bagaimanapun, guru bahasa Melayu harus membuat pertimbangan untuk memilih bahan dari pelbagai genre, kandungan, nilai dan perspektif agar dapat memberikan pengalaman bahasa dan sastera yang baik dan mencukupi. Selain itu, aktiviti-aktiviti sampingan yang dijalankan di dalam dan di luar kelas untuk membantu murid hayati sastera haruslah mudah difahami dan boleh diaplikasikan oleh mereka. Bahan-bahan dan tugasan yang disediakan oleh guru semasa mengendalikan pengajaran haruslah menarik dan ada kaitan dengan jiwa murid-murid sekolah rendah. Jangka masa yang diperuntukkan sepatutnya memadai, sehinggakan murid-murid berjaya menguasai kandungan dan menghasilkan produk berdasarkan daya fikir mereka tanpa mengabaikan kriteriakriteria yang perlu dipenuhi. Selain daripada perancangan yang baik, perencanaan seperti meningkatkan motivasi murid agar memberikan tumpuan yang lebih terhadap pelajaran dengan mengambil bahagian secara aktif merupakan salah satu cabaran bagi guru. Subjek Kajian Subjek kajian terdiri daripada murid-murid Darjah 1 hingga 6. Pengembangan kemahiran mendengar dan bertutur pelajar perlu dipertingkatkan sejak dari peringkat awal sekolah rendah. Kemahiran-kemahiran ini penting supaya dapat menyokong kemahiran membaca dan menulis. Apabila pelajar punya asas teguh dan kukuh bagi kemahiran mendengar dan bertutur, mereka akan dapat memperluaskan kosa kata, memahami dan menggunakan struktur bahasa yang baik untuk digunakan dalam kemahiran menulis. Pemerolehan kemahiran mendengar dan bertutur diberikan penekanan khususnya pada peringkal awal sekolah rendah untuk membolehkan murid bertutur dengan fasih dan yakin. Hal ini dapat diterapkan 230

melalui penglibatan murid-murid dalam acara kegiatan menyanyi, bercerita, bersyair, teater cilik dan lakonan kreatif. Instrumen Kajian Pemerhatian guru terhadap sikap dan penerimaan pelajar penting dalam kajian ini. Beberapa komponen diukur dalam penyampaian dan persembahan bagi pelbagai aktiviti yang dijalankan. Murid-murid akan dinilai dari segi penampilan, gaya, rentak, nada, sebutan, intonasi, persembahan, penggunaan prop, latar muzik, pemilihan isi cerita dan genre serta penghayatan watak. Ini bertujuan untuk memantau dan mengenal pasti kelakonan dan keperluan murid secara berterusan. Untuk melaksanakan tujuan ini, rubrik-rubrik penilaian digunakan. Bagi memperbaik mutu persembahan tahun berikutnya, maklum balas daripada para penonton, khususnya ibu bapa, telah dikumpulkan menerusi borang maklum balas yang diedarkan. Maklum balas yang telah dikumpulkan digunakan sebagai bahan rujukan untuk mengubah suai perancangan. Prosedur Kajian Kajian ini dijalankan secara berperingkat-peringkat. Keupayaan dan kemahiran murid semasa menyertai Peraduan Bernyanyi, Peraduan Bercerita, Peraduan Bersyair, Peraduan Teater Cilik dan Peraduan Bacaan Kreatif dinilai. Penilaian yang dijalankan ini memberikan gambaran tentang kebolehan murid menggunakan Bahasa Melayu baku secara berkesan dalam pelbagai konteks, tujuan dan khalayak. Penilaian ini juga dapat mencerminkan kebolehan murid berfikir secara kritis dan kreatif serta keupayaan murid memperoleh dan menyampaikan maklumat, idea dan perasaan secara berkesan melalui penggunaan bahasa Melayu baku. Kegiatan-kegiatan ini juga merupakan wadah untuk menyediakan mmurid peluang 231

untuk menonjolkan bakat yang terpendam di hadapan khalayak ramai. Dapatan Kajian Berdasarkan pemantauan dan pemerhatian yang dilakukan, beberapa dapatan dapat disimpulkan. Pertama, daripada penyemaian nilai yang diterapkan melalui sastera klasik, didapati bahwa cerita-cerita Melayu klasik yang diperkenalkan ini dapat menyemaikan nilai-nilai murni yang dapat membina keyakinan diri seorang murid. Keyakinan ini dibina secara bertahap-tahap. Pada keseluruhannya, murid-murid juga dapat menerapkan nilai-nilai murni semasa bekerja secara berkumpulan dan memahami keadaan rakan-rakan mereka terutama sekali rakan yang sedang menghadapi masalah keluarga mahupun rakan-rakan yang mempunyai struktur keluarga yang berbeza-beza. Kedua, pemantauan kajian juga mendapati melalui aktivitiaktiviti yang dijalankan, murid-murid yang melakukan serta mengikuti aktiviti ini berasa seronok membaca buku-buku cerita Melayu. Aktiviti mencipta penanda buku dan sesi bercerita dapat mengukuhkan lagi minat murid terhadap bahan-bahan bacaan Melayu. Ketiga, kajian juga mendapati minat murid-murid terhadap bahasa Melayu menampakkan perubahan yang positif. Ini disebabkan kepelbagaian aktiviti yang digunakan dalam pembelajaran seperti contoh, pemikiran murid dapat dimaksimumkan melalui pergerakan suara dan perlakuan serta teknik persembahan. Murid juga dapat merancang teknik persembahan yang terbaik untuk dipersembahkan di hadapan khalayak. Selain itu, suasana pembelajaran yang tidak mengancam dapat menggiatkan lagi pelibatan murid dalam pembelajaran. 232

Hal ini disebabkan murid tidak belajar dengan cara sehala sahaja. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dalam suasana yang santai dan tidak tertekan. Kesimpulan Kegiatan-kegiatan penerapan sastera dalam pengajaran bahasa Melayu sebaik-baiknya dijalankan secara konsisten setiap tahun. Melalui wadah ini, pendidikan yang mengembangkan kreativiti dalam kalangan guru dapat dicapai. Pada masa yang sama, Jabatan Bahasa Ibunda, Unit Bahasa Melayu harus membuat perubahan dan memperhalus pengajaran dan pembelajaran bagi memperkaya aktiviti bahasa Melayu supaya tidak ketinggalan zaman. Sejajar dengan matlamat Kementerian Pendidikan untuk memupuk fleksibiliti dan kepelbagaian dalam pembelajaran murid-murid di sekolah rendah, guru harus membantu memperluaskan kemahiran-kemahiran hidup yang kritikal dari usia yang muda, memupuk dalam diri murid-murid tabiat menyoal sambil belajar, dan kerelaan belajar secara berdikari dan berfikir dalam kaedah yang baru dan asli. Rujukan Hadijah Rahmat (2006). Peranan dan Perkembangan Sastera Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka Hadijah Rahmat (1998). Sastera & Manusia Melayu Baru Kumpulan Esei & Wawancara, Persatuan Wartawan Melayu Singapura 233

Laporan Jawatankuasa Semakan Kurikulum dan Pedagogi Bahasa Melayu (2005). Kementerian Pendidikan (MOE) Othman Puteh (2000). Pengajaran Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Molina S.Nijhar (1990). Apakah Sastera Kanak-kanak khasnya Buku Bergambar, dalam Sekitar Sastera Kanak-kanak dan Remaja, diselenggarakan oleh Othman Puteh dan Abdul Ahmad (K.L:DBP) Nurturing Every Child (2006). Flexibility & Diversity in Singapore Schools. Ministry of Education. Singapore. 234