KERTAS KERJA PROGRAM JALINAN UKHUWAH PUSAT CITRA UNIVERSITI DENGAN RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN, SG RAMAL TARIKH 10 MEI 2015 TEMPAT RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN, SUNGAI RAMAL BARU, KAJANG, SELANGOR ANJURAN MAHASISWA/I KURSUS HHHC9301 & KRA 3 PERKONGSIAN PINTAR & KETERLIBATAN STRATEGIK PUSAT CITRA UNIVERSITI, SESI 2014/2015 PENSYARAH PENASIHAT DR. SYAIDATUN NAZIRAH BINTI ABU ZAHRIN TEMA Ukhuwah terjalin, persaudaraan terjamin 1
1.0 TUJUAN Kertas kerja ini dirangka bagi mendapatkan kelulusan daripada pihak Pusat Citra UKM dan keizinan daripada Rumah Pengasih Warga Prihatin, Sungai Ramal bagi menjalankan program seperti yang telah dinyatakan diatas. 2.0 PENGENALAN Pusat Citra UKM telah menawarkan kursus HHHC9301 Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat kepada mahasiswa/i UKM. Konsep program yang akan diadakan ini adalah sejajar dengan matlamat UKM, iaitu Mahasiswa Berketerampilan dimana program ini menitik beratkan kesepaduan dan keprihatinan mahasiswa/i terhadap masyarakat. Program Jalinan Ukhuwah ini adalah sebuah program yang berusaha untuk menanam serta menyuburkan semangat cintakan ilmu dalam diri anak-anak RPWP dengan aktiviti-aktiviti permainan yang menyeronokkan dan mengandungi unsur pembelajaran didalamnya. Diharap program Jalinan Ukhuwah ini dapat membantu anak-anak RPWP serta mahasiswa/i dan juga masyarakat melalui beberapa aktiviti yang akan dijalankan. 3.0 MISI Memupuk mahasiswa/i kursus HHHC9301 untuk mengurus maklumat dengan baik serta mempraktikkan objektif program sebagai pembelajaran sepanjang hayat. 4.0 MATLAMAT Matlamat Program Jalinan Ukhwah bersama anak-anak RPWP yang telah kami rancangkan ini adalah untuk meningkatkan semangat anak-anak RPWP agar sentiasa menghargai dan meneruskan perjuangan mereka dalam menuntut ilmu dengan memperlihatkan keseronokkan bidang pengajian yang kami ceburi dalam permainan yang akan kami aplikasikan. Ilmu itu mempunyai kepentingan yang tersendiri bagi setiap individu tetapi membawa kepada tujuan yang sama iaitu membina masa hadapan yang lebih bermakna. 2
5.0 OBJEKTIF Program Jalinan Ukhuwah bersama-sama anak-anak RPWP ini menekankan kepada beberapa objektif, iaitu: 5.1 Meningkatkan kesedaran anak-anak RPWP dan mahasiswa/i terhadap kepentingan pendidikan 5.2 Menerapkan sikap suka akan ilmu pengetahuan dalam diri anak-anak RPWP. 5.3 Memupuk semangat berpasukan dan kerjasama dalam kalangan individu yang terlibat 5.4 Menunjukkan kecaknaan mahasiswa/i terhadap kepentingan masyarakat kepada komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat, dan menjadikan pembelajaran sepanjang hayat. 5.5 Menyuntik semangat daya juang yang tinggi dalam diri anak-anak RPWP 6.0 TEMA Ukhuwah Terjalin, Persaudaraan Terjamin 7.0 ANJURAN Pelajar kursus HHHC9301 Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Pusat Citra Universiti, UKM. 8.0 TARIKH DAN MASA Tarikh: 10 MEI 2015 (Ahad) Masa: 9.00 pagi- 5.00 petang 9.0 TEMPAT PROGRAM Rumah Pengasih Warga Prihatin, 8558 Jalan Pegawai, Sungai Ramal Baru, Kajang, Selangor. 10.0 PUBLISITI Menghasilkan flyers tentang pengumpulan buku baru dan terpakai untuk tujuan aktiviti. 3
11.0 STRUKTUR ORGANISASI Rujuk lampiran A 12.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk lampiran B 13.0 PERINCIAN PROGRAM Rujuk lampiran C 14.0 BELANJAWAN Rujuk lampiran D 15.0 PERTANYAAN Segala maklumat lanjut, penerangan dan urusan sila hubungi: Ketua Program: Nur Amira binti Yusaini (017-7908616) Setiausaha Program: Nurul Syafiqa binti Shuhaimi (012-6034834) 16.0 PENUTUP Kami berharap agar Program Jalinan Ukhuwah bersama anak-anak RPWP yang ingin kami laksanakan ini mampu memberikan impak besar kepada mereka dalam meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu. Sesungguhnya, Program Jalinan Ukhuwah bersama anak-anak RPWP ini merupakan suara hati mahasiswa/i untuk memberikan khidmat bakti agar mereka dapat mengubah masa depan hidup mereka dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna yang penuh di dada. Program Jalinan Ukhuwah ini diharapkan dapat berjalan dengan lancar agar objektif utama program dapat dicapai. Sehubungan dengan itu, pihak AJK Program Jalinan Ukhuwah berharap agar kertas kerja ini mendapat kelulusan bagi melancarkan program yang dapat memberi manfaat kepada ramai orang. 4
Disediakan oleh, Disemak oleh, Nurul Syafiqa Binti Shuhaimi Setiausaha, Program Jalinan Ukhuwah dengan Rakyat Penyayang Warga Prihatin, HHHC9301, Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia. Nur Amira binti Yusaini, Ketua Pengarah, Program Jalinan Ukhuwah dengan Rakyat Penyayang Warga Prihatin, HHHC9301, Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia. Disahkan dan diluluskan oleh, Dr Syaidatun Nazirah binti Abu Zahrin, Penasihat Program, Program Jalinan Ukhuwah dengan Rakyat Penyayang Warga Prihatin, Ketua KRA 3, & KRA 3 Perkongsian Pintar & Keterlibatan Strategik, Pusat Citra Universiti UKM. 5
LAMPIRAN A JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM JALINAN UKHUWAH Penaung Prof. Dr. Khaidzir Ismail, Pusat Citra Universiti UKM Penasihat Dr Syaidatun Nazirah binti Abu Zahrin Pensyarah HHHC9301, Pusat Citra Universiti, UKM Pensyarah Pengiring Prof Madya Dr Fazilah binti Idris Pensyarah Pusat Citra Universiti, UKM Ketua Pengarah Nur Amira binti Yusaini FST/2 A146036 Setiausaha Nurul Syafiqa binti Shuhaimi FST/2 A145682 Bendahari Nurul Hafizah binti Mohd Shukur FST/2 A146154 Pengarah Program Ibrahim bin Abdullah FST/2 A145890 Pengarah Makanan Nurul Hafiza binti Mohd Ali FST/2 A146769 Pengarah Teknikal &Pengangkutan Nor Fadilah binti Ismail FT/2 A145628 PengarahTugas-tugas Khas & Keselamatan Sivagami A/P Jayaveloo FST/2 A145884 6
LAMPIRAN B TENTATIF PROGRAM Masa Program 8.00 am 9.00 am Bertolak 9.00 am 10.00 am Ice Breaking 10.00 am 12.00 pm Slot Pecah Minda 12.00 pm 2.00 pm Makan Tengah Hari 2.00 pm 4.00 pm Slot Kreatif 4.00 pm 5.00 pm Majlis Perasmian dan Penutupan 5.00 pm 5.30 pm Minum Petang & Bersurai 7
LAMPIRAN C PERINCIAN PROGRAM 1. ICE BREAKING: Slot ini dimana setiap pelajar akan dimasukkan dalam kumpulan dengan cara yang kreatif dan seronok. Di dalam kumpulan mereka akan berkenalan sesama mereka dan juga bersama fasilitator. Slot ini dapat mengenali dari sudut berbeza dan mengeratkan hubgungan sesama ahli kumpulan. 2. SLOT PECAH MINDA: Slot ini adalah dimana permainan dan aktiviti yang dijalankan berkonsep pecah minda. Mereka akan diberikan beberapa permainan berbeza yang memerlukan kemahiran berfikir secara saintifik dan logik serta menguji tahap pemahaman mereka. Antara permainannya adalah Match, Apungapung, Square Mind, dan Kertas Terbang. Setiap permainan akan diberikan peraturan dan syaratsyarat dan di uruskan oleh seorang fasilitator. 3. SLOT KREATIF: Slot ini berbeza daripada slot Pecah Minda kerana slot ini lebih ringan dan santai sesuai untuk memguji daya kreativiti mereka. Didalam slot ini beberapa permainan dan aktiviti dijalankan untuk melihat tahap pemikiran dan kreativiti mereka disamping menjana daya kreativi. Malah, aktiviti ini lebih seronok dan santai. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah Origami, Memory Boast, Straw, dan Nine-dot Challenge. Slot ini juga akan diberikan syarat dan peraturan tertentu. 4. MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUPAN: Majlis perasmian dan penutupan akan dilakukan di akhir program sebelum program bersurai. Di dalam majlis ini dapat mendengar ucapan daripada Pengetua Rakyat Pengasih Warga Penyayang, ketua program, serta ucapan daripada penyarah penasihat. Di samping itu, penyampaian derma buku baru dan terpakai akan disampaikan untuk perpustakaan Rakyat Pengasih Warga Penyayang. 8
LAMPIRAN D BELANJAWAN: BIL PERKARA CATATAN 1. Makan Tengah Hari: RM5.00 X 50 Minum Petang: RM2.00 X 50 RM250.00 RM100.00 2. Barang Tugas- Tugas Khas: a) Kertas A4 RM12.80 X 1 b) Cawan Polystrene RM3.00 X 1 c) Kertas Mahjong RM0.80 X 4 d) Kertas Warna RM0.10 X 40 e) Kertas origami RM 5.00 X 4 f) Pensil Warna RM3.00 X 7 g) Straw RM2.00X 3 RM12.80 RM3.00 RM3.20 RM4.00 RM 20.00 RM21.00 RM6.00 3. Lain- lain: a) Cenderahati b) Hadiah peserta RM 10.00 x 7 c) Plastik sampah RM5.00 X 1 RM20.00 RM70.00 RM5.00 TOTAL RM515.00 9
ANGGARAN PENDAPATAN: BIL PERKARA CATATAN 1. a) Peruntukkan daripada Pusat Citra Universiti b) Derma dari Ahli Jawatan Kuasa: RM150.00 RM140.00 RM20.00 X 7 c) Sumbangan Luar RM225.00 TOTAL RM515.00 10