PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

dokumen-dokumen yang mirip
Akaun Pelaburan Waheed

Koperasi Pengangkutan

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

Utusan Ketua Pegawai Eksekutif

Akaun Pelaburan Wafiyah

Akaun Semasa Mudarabah

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD (KOTA RAJA)

LONPAC INSURANCE BHD Tinjauan Insurans Euromoney 2010 Syarikat Insurans Ketiga Terbaik Keseluruhan Mengikut Rantau - Asia

Oleh : Y. BHG. DATO MANGSOR BIN SAAD PENGERUSI EKSEKUTIF SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac 2018

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

Akaun Pelaburan Wafiyah

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN [ PADANG BESAR ] minta

Kami mempunyai sebuah set Prosedur bagi melantik Pengurus-pengurus Dana. Langkah-langkah itu adalah seperti berikut:

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

BAHAGIAN TUJUAN. makna. yang lain. kredit;

Akaun Pelaburan Waheed

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Penyata Pengerusi PERSEKITARAN OPERASI TINJAUAN PRESTASI

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Disember 2017

RISIKO-RISIKO ORGANISASI

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

Akaun Pelaburan Bertempoh

DIMENSIKOOP. melibatkan aktiviti perekodan, pengkelasan, menganalisis dan mentafsir kegiatan urus niaga.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

Suruhanjaya Sekuriti TELUS ADIL TERJAMIN CEKAP. Suruhanjaya Sekuriti Securities Commission

PNB MENERBITKAN LAPORAN TAHUNAN AWAM JULUNG KALI BAGI TAHUN KEWANGAN 2017 POSITIF TERHADAP PROSPEK 2018

KANDUNGAN II. KE ARAH 2020: LIMA BELAS TAHUN PERTAMA, Modal Insan: Pendidikan, Inovasi dan Nilai 7. Kesaksamaan Sosioekonomi 10

TAKAFULINK DANA SIMPANAN PROFIL DANA 2015

INDEKS & PENEMUAN TADBIR URUS KORPORAT MSWG -ASEAN 2014 UNTUK MALAYSIA PENGIKTIRAFAN DALAM TADBIR URUS KORPORAT

Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT)

ekonomi tinjauan Tinjauan dan Prospek Ekonomi Malaysia PERKEMBANGAN DALAM TAHUN 2007 Tinjauan Keseluruhan Keadaan Permintaan

Polisi Privasi. Pengenalan

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Perutusan Pengerusi. Tan Sri Dato Seri Ranjit Ajit Singh

PENGURUSAN STRATEGIK KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD

Tahukah anda? DIMENSIKOOP

Daya Saing Koperasi. Meningkatkan. Melalui Kerjasama Strategik DIMENSIKOOP

Model Pengurusan Strategik

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

SIARAN AKHBAR PRESS STATEMENT

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SPP1M) LAMPIRAN FAKTA A) SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

CABARAN KOPERASI DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI PERNIAGAAN

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

Akaun Semasa Mudarabah

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

MESEJ KEPADA PARA PEMEGANG SAHAM

Seminar Unit Amanah. Siti Uraidah Udin

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

THE GAME CHANGER STRATEGI DAN PAKEJ PERUBAHAN BERSKALA BESAR DALAM KEWANGAN ISLAM

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

OBJEKTIF KUALITI ANGKASA

SEKTOR PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN PERBANKAN

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

Akaun Pelaburan Waheed

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

Bahagian Tiga. Mempengaruhi Ekosistem Pelaporan Kewangan Dan Memanfaatkan Sokongan Pihak Berkepentingan

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

BAB 14 AUDIT DALAMAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

PENYATA KEWANGAN KENYATAAN AHLI SURUHANJAYA SEKURITI

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

Amanah Saham Panduan Pelabur

Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia. 1 Pengenalan 2 Komitmen 3 Penyampaian 4 Pengurusan

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

MALAYSIA RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KETIGA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

DIMENSIKOOP PENGAUDITAN: TANDA ARAS KEJAYAAN KOPERASI. Norhazilina Abdul Halim Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Penukaran Akaun Deposit Bertempoh Soalan-Soalan Lazim

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL [ JELEBU ] minta MENTERI

BAB 1 Dasar Pengurusan ICT

LEMBAGA TABUNG HAJI PENGUMUMAN HIBAH KEPADA PENDEPOSIT TABUNG HAJI Oleh

Pendahuluan 3. Latar Belakang KOOP MKM 7 VISI & MISI 7. ISU dan Cabaran 8. Prestasi KOOP MKM Peta Strategi 10.

Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2012 BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN 1 RINGKASAN EKSEKUTIF

Transkripsi:

PRESTASI DAN SOROTON KEWANGAN Prestasi KT Tetap Kukuh Walaupun Dalam Keadaan Ketidaktentuan Pasaran Global dan Kelembapan Ekonomi Domestik, Kejatuhan Nilai Ringgit dan Perbelanjaan Domestik yang Lebih Ketat Dengan cabaran ekonomi dan keadaan pasaran yang sukar, KT masih mampu menunjukkan prestasi yang memberansangkan. Kestabilan prestasi ini terhasil daripada peralihan yang mantap dan pelaburan yang telah dilakukan oleh KT untuk membina masa hadapan. Jumlah pendapatan meningkat menjadi RM289.6 juta, peningkatan sebanyak 16% daripada RM249.2 juta dalam tahun sebelumnya. Keuntungan sebelum pembahagian kekal stabil dengan mencatatkan keuntungan berjumlah RM172.4 juta, peningkatan sebanyak 4% daripada RM165.1 juta dalam tahun 2014. Aktiviti pembiayaan juga kekal stabil dengan aset pembiayaan kekal pada RM2.2 bilion. Namun begitu, pendapatan daripada aktiviti kredit menyaksikan penurunan sebanyak 3% menjadi RM222.9 juta berbanding RM230.5 juta pada tahun lalu. Perbelanjaan Operasi meningkat sebanyak 62% daripada RM52.6 juta(2014) menjadi RM85.0 juta, sebahagian besarnya disebabkan oleh peruntukan khas pembiayaan berjumlah RM23 juta. Ini merupakan tahun pertama KT membuat peruntukan tersebut sebagai sebahagian daripada pendekatan yang dirancang dalam pengurusan risiko yang berhemat dan persediaan untuk mematuhi Piawaian Laporan Kewangan Malaysia. Peningkatan kos ini turut berlaku kerana KT perlu membuat pelaburan untuk membangunkan kompetensi dalaman, infrastruktur operasi dan tadbir urus korporat bagi memastikan KT mempunyai kekuatan untuk bersaing dalam persekitaran industri perkhidmatan kewangan yang sangat kompetitif apabila menjadi bank koperasi kelak. KT terus mengamalkan pendekatan secara pragmatik dalam menguruskan modal, pendanaan dan kecairan bagi memastikan lembaran imbangnya sentiasa sihat supaya terus mampu bersaing dalam pasaran serta menghadapi cabaran ekonomi yang tidak menentu kini. Jumlah aset terus berkembang kukuh menjadi RM2.97 bilion, peningkatan sebanyak 2% daripada tahun sebelumnya. Jumlah pinjaman luar menurun kepada RM520.3 juta daripada RM661.9 juta dalam tahun 2014. KT mencatatkan pertumbuhan yang sihat, iaitu sebanyak 6% dalam jumlah deposit anggota yang meningkat menjadi RM271.5 juta daripada RM256.1 juta pada tahun kewangan sebelumnya. 40 Koperasi Tentera

KT terus mencatatkan peningkatan secara berterusan dalam sumbangan daripada anggota di mana Kumpulan Wang Anggota KT berkembang menjadi RM1.55 bilion dalam tahun 2015 daripada RM1.45 bilion dalam tahun 2014, dan mencatatkan pertumbuhan secara kompaun pada kadar 8.77% setahun dari 2011 ke 2015. Dalam tahun 2014, KT telah menerima penyelesaian awal daripada anggota sebanyak RM222 juta dengan purata bulanan sebanyak RM18.5 juta dan trend ini telah meningkat dengan drastiknya dalam tahun 2015 di mana KT telah menerima penyelesaian awal sebanyak RM400 juta dengan purata bulanan penyelesaian awal ini telah meningkat menjadi RM33.3 juta. Oleh itu, saya memohon kepada semua anggota agar terus menyokong dan melanggani produk KT bagi memastikan Koperasi Tentera kekal cemerlang dan relevan kepada anggotanya. Laporan Tahunan 2015 41

Dengan sokongan semua anggota, KT masih mampu untuk mengekalkan pembayaran dividen dua digit walaupun terpaksa mengimbangi di antara pulangan yang menarik kepada anggota dan mengekalkan keutuhan kewangan serta daya saing KT. Untuk tahun kewangan 2015, KT masih lagi mampu membayar dividen sebanyak 10% kepada anggotanya dan peratusan pembayaran dividen kekal 65% daripada keuntungan sejak 2 dekad yang lalu. Sesungguhnya, organisasi ini adalah kepunyaan anggota dan pengurusan KT akan terus berusaha untuk menjana pulangan terbaik demi anggota KT. Kami sedar bahawa banyak pihak berkepentingan terutamanya anggota bergantung kepada KT terutamanya dalam menghadapi pasaran yang semakin mencabar ini. Oleh itu, KT akan sentiasa berhati-hati dan berusaha gigih untuk mewujudkan nilai tambah kepada anggota dan mencapai matlamat untuk menjadi bank koperasi untuk semua. PROGRES DAN PENCAPAIAN KT mempunyai azam dan tekad yang kuat dalam menuju matlamat dan memacu inisiatif untuk membina masa depan baru. Rangkaian KT Kini Lebih Meluas Dengan Lebih 20 Buah Cawangan Perjalanan transformasi ini telah membawa KT ke satu dimensi baru. 2015 merupakan tahun yang penuh dengan aktiviti. Dengan tujuan mewujudkan kawasan strategik untuk KT mengembangkan lagi rangkaiannya dan mengukuhkan kedudukannya, KT telah membuka cawangan di Kem Desa Pahlawan (Kelantan), Temerloh (Pahang), dan Labuan. Tahun ini juga telah menyaksikan pembukaan cawangan ke-5 Ar Rahnu di Subang Perdana, menandakan satu pencapaian penting bagi KT dalam usaha untuk mengukuhkan lagi kedudukan KT dalam perkhidmatan Ar Rahnu (pajak gadai Islam) yang diceburi sejak Julai 2012. Pelanggan Ar Rahnu KT kini sudah melepasi 5,000 orang. Meningkatkan Strategi Pemasaran dan Penjenamaan Warga KT terus berusaha keras dalam merealisasikan potensi pasaran. Dalam tahun 2015, KT dengan lebih agresif memperkenalkan strategi dan inisiatif yang mempunyai jangkauan yang lebih luas dan berkesan kepada anggota, termasuk lawatan-lawatan ke kem- kem tentera, kaunter promosi mudah alih, dan hebahan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada anggota. KT juga telah melantik sebuah agensi penjenamaan yang berpengalaman untuk memacu dan membentuk inisiatif penjenamaan dan pemasaran baru KT. Anda akan mula melihat KT lebih kerap di media- media dalam usaha mempromosikan produk dan perkhidmatan KT apabila menghampiri tarikh pelancaran penuh bank koperasi. Kami amat teruja dan berharap dapat berkongsi identiti baru dan strategi penjenamaan dengan anda tidak lama lagi. 42 Koperasi Tentera

Koperasi Kredit Terbaik Di Malaysia Saya amat bangga kerana pencapaian dan kecemerlangan KT terus diiktiraf dalam sektor koperasi. KT kekal berada di antara empat koperasi terbaik di dalam senarai 100 Koperasi Terbaik Malaysia yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Selain itu, KT telah dianugerahkan Koperator Terbaik Malaysia 2015 oleh Jabatan Perhubungan Angkasa Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan. Membina dan Mengembangkan Kompetensi Modal Insan Kakitangan KT merupakan aset yang paling penting dalam pembangunan KT. KT memberi penekanan dalam membina dan mengembangkan kompetensi, pengetahuan dan bakat mereka dalam mendukung aspirasi KT. KT telah memperkenalkan pelbagai inisiatif dan fokus dalam menjayakan matlamat ini dan menyediakan kakitangan KT untuk menempuh era sebelumnya yang tidak pernah dilalui. Ini termasuk menyediakan program latihan dalaman dan latihan siswazah, mewujudkan pelan pembangunan individu sebagai sebahagian daripada sistem pengurusan prestasi dan menambah baik dasar dan prosedur KT untuk mengukuhkan pengurusan dan kakitangan KT ke arah kecemerlangan operasi. Kakitangan KT kini telah berkembang menjadi 370 kakitangan. Menaik Taraf Sistem ICT KT telah mula menunjukkan kemajuan yang nyata dalam meletakkan asas transformasi. KT telah mula untuk menaik taraf keseluruhan platform teknologi maklumat untuk memenuhi keperluan dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik, pengurusan risiko, komunikasi dan maklumat, kecekapan operasi dan mendukung pelan perniagaan bank koperasi kelak. Projek ini merangkumi penyediaan Sistem Perbankan Teras ('Core Banking System') yang mana KT telah bekerjasama dengan sebuah pembekal perkhidmatan ICT antarabangsa yang sangat berpengalaman dalam melaksanakan projek berskala besar di industri perbankan dan koperasi di rantau ini. Laporan Tahunan 2015 43

Projek tersebut dimulakan sejak September 2015 dan dijangka akan selesai sekitar akhir 2016 atau awal 2017 bagi Fasa 1 (meliputi kira- kira 15 aplikasi) dan diikuti oleh Fasa 2 beberapa bulan selepas itu. KT bakal memiliki sebuah sistem yang mampu meningkatkan produktiviti, ketelusan, meningkatkan aliran maklumat, kecekapan operasi, tahap perkhidmatan yang lebih baik, pengurusan risiko dan kawalan dalaman. Inisiatif lain termasuk Terminal Layan Diri yang akan menjadi platform untuk KT berkhidmat kepada anggotanya dengan lebih baik. Walaupun pelaburannya agak besar, namun ianya tidak dapat dielakkan kerana KT perlu meningkatkan keupayaan supaya setanding dengan pesaingnya. TADBIR URUS KORPORAT DAN KAWALAN DALAMAN KT Meletakkan Kepentingan Dalam Tadbir Urus Korporat Yang Kukuh KT menyedari bahawa pengurusan kewangan yang berdisiplin, tadbir urus korporat yang baik serta pematuhan kepada prinsip- prinsip dan piawaian sejagat adalah amat penting dalam memastikan organisasi ini beroperasi di atas landasan yang betul dan efektif. Sehubungan itu, KT telah melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk pengukuhan unit pengurusan risiko dan audit dalaman supaya peranan mereka menjadi lebih efektif dan kekal bebas. Unit-unit ini dikehendaki membuat laporan terus kepada Jawatankuasa Lembaga Pengarah dari semasa ke semasa. KT turut membangunkan polisi pengoperasian sebagai pemangkin kepada sistem perniagaannya. Antara polisi yang telah dibangunkan ialah polisi dan rangka kerja pengurusan modal, polisi pengurusan risiko, polisi operasi kredit dan polisi pematuhan Syariah. KT juga telah mengguna pakai Polisi Pihak Berkepentingan (Connected Party Policy) yang menggariskan kod dan perilaku untuk melakukan urusan dan transaksi dengan pihak yang berkaitan. Rangka kerja ini bertujuan memastikan tadbir urus yang berkesan, ketelusan dan mengelakkan risiko konflik kepentingan. 44 Koperasi Tentera

Pengurusan Risiko Pendekatan Tiga Peringkat Pertahanan KT telah memulakan program pengurusan risiko dalam usaha memupuk budaya kesedaran risiko di seluruh KT dengan memberikan penekanan kepada Pendekatan Tiga Peringkat Pertahanan. Di Peringkat Pertahanan Pertama, Unit Perniagaan bertanggungjawab ke atas risiko yang diambil dalam mencapai objektif perniagaan; di Peringkat Pertahanan Kedua, Bahagian Pengurusan Risiko dan Pematuhan akan menyelia risiko dan kawalan yang diambil; dan di Peringkat Pertahanan Ketiga, Bahagian Audit Dalaman menyediakan jaminan bebas melalui audit dan semakan yang akan dilaksanakan. Budaya risiko yang baik akan memastikan semua amalan perniagaan mempunyai unsur pemahaman risiko, kesedaran risiko, asas- asas pengurusan risiko dan pelaksanaan rangka kerja pengurusan risiko yang betul. Operasi Perniagaan Fungsi Risiko dan Kawalan Kawalan Dalaman Peringkat Pertahanan Pertama: Pengurusan risiko oleh Unit Perniagaan Peringkat Pertahanan Kedua: Kawalan risiko dan pematuhan yang bebas Peringkat Pertahanan Ketiga: Audit Dalaman Operasi Perniagaan Pematuhan Kepada Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) Mulai 1 Januari 2016, rangka kerja Piawaian Laporan Entiti Persendirian (PERS) yang sedia ada akan diganti. Semua koperasi di Malaysia sama ada perlu mematuhi Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) atau Piawaian Laporan Entiti Persendirian Malaysia (MPERS) yang mana kedua- dua rangka kerja ini mematuhi piawaian perakaunan yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Antarabangsa (IASB). KT telah memutuskan untuk mengguna pakai rangka kerja MFRS dan KT akan menyediakan penyata kewangan pertamanya menurut MFRS bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. Oleh itu, penyata kewangan KT akan lebih setara dengan institusi kewangan yang lain dan meletakkan dirinya sebaris dengan pesaingnya. KT telah menubuhkan satu pasukan khusus untuk menguruskan proses peralihan ini yang dipantau oleh jawatankuasa pemandu dan Lembaga Pengarah. MENUJU MASA DEPAN KT akan terus berusaha untuk membina sebuah organisasi yang mampan dan berdaya saing apabila menjadi bank koperasi kelak. KT sedar bahawa cabaran yang lebih besar menanti di hadapan. Namun begitu, KT akan berusaha dengan gigih untuk menjadikan impian ini satu realiti. Aspirasi KT ialah untuk menjadi contoh dan memajukan lagi landskap koperasi kredit di Malaysia. Dalam memacu usaha bagi memastikan semua elemen inisiatif strategik berjalan lancar, KT amat teruja menyaksikan setiap yang dirancang telah mula direalisasikan. Tahun 2016 akan menyaksikan KT akan lebih memberi penekanan kepada anggota, pemasaran, penjenamaan dan mengukuhkan kedudukan KT dalam pasaran. Laporan Tahunan 2015 45