6.4 HASIL KAJIAN PERUBAHAN GUNA TANAH MENGUNAKAN PETA TOPOGRAFI DAN IMEJ LANDSAT

dokumen-dokumen yang mirip
BAB VI HASIL ANALISIS DAN PERBINCANGAN

BAB I PENGENALAN 1.1 PENGENALAN

BAB IV ULASAN PERPUSTAKAAN

BAB V METODOLOGI DAN KAWASAN KAJIAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Bab 11. JARINGAN KAWALAN UKUR KADASTER (Sumber Rujukan : Pekeliling KPUP 5/2002)

STRATEGI 6 : PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Pilihan : Soalan (5) : Alam Sekitar atau Pembangunan?

6.5 HASIL ANALISIS KAJIAN SOSIAL PENDUDUK KAMPUNG BAGAN TENGKORAK

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

SURVEI DAN PEMETAAN TANAH

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016 GEOGRAFI KERTAS /1

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

B.P.K 6.3 ZON PELANCONGAN REKREASI ANTARABANGSA & KOMERSIAL

BAB 10 KESAN PERUBAHAN PENDUDUK TERHADAP ALAM SEKITAR

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PEMULIHARAAN KAWASAN PENGHIJRAHAN BURUNG DI KAMPUNG SUNGAI SERDANG, KAPAR

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan


SATU KAJIAN MENGENAI PERKEMBANGAN SENI REKA WANG KERTAS MALAYSIA MOHAMAD HISYAM BIN AWALUDIN

Bahagian A [40 markah] Jawab semua soalan

Teks: Ahmad Ali: Fotografi: Ahmad Ali & Nor Azman Zakaria Rekabentuk: Ahmad Ali dan Idealab Adv.& Design 2007 DPPSPM. Semua hakcipta terpelihara

Tahun penyertaan pelan saham kakitangan

PENJELASAN PENETAPAN PETUNJUK PRESTASI KETUA PENGARAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA. Kaedah Pengukuran & Sasaran

KELAS KEGUNAAN TANAH BLOK PERANCANGAN 6 : HULU SEMENYIH

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

1.2 LATAR BELAKANG PERMOHONAN PERANCANGAN DI ATAS LOT 3524, MUKIM TANJUNG DUA BELAS, DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

3.6 REKA BENTUK BANDAR Profil Fizikal dan sosial budaya

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

PENYELIDIKAN INI DILAKSANAKAN DENGAN KERJASAMA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009 GEOGRAFI. Kertas 1 Satu jam lima belas minit. JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INl SEHINGGA DI BERITAHU

ISI KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN BAHAGIAN SATU 1.0 PENDAHULUAN 1


Smart Handle Inovasi 2011 ISI KANDUNGAN. A. PENDAHULUAN PENGENALAN Maklumat Bahagian Unit Pintu Air Jenis-jenis Pintu Air 4

B.P.K 6.3 ZON PELANCONGAN REKREASI ANTARABANGSA & KOMERSIAL

LAPORAN AKTIVITI PENANAMAN POKOK PAYA BAKAU DI HUTAN SIMPAN BANJAR UTARA, BAGAN SUNGAI KAJANG, KUALA SELANGOR

Untuk mengkaji hubungan antara perbezaan bentuk dan jenis awan dengan cuaca

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Februari Julai

ADAKAH KAWASAN TADAHAN AIR EMPANGAN MUDA TELAH BERKURANGAN SEBANYAK 87.3%?

Kriteria Belanjawan Modal

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

GEOGRAFI TINGKATAN III

PANDUAN PEMBANGUNAN KOLEKSI AUDIOVISUAL

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

Arahan : tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

BAB SATU PENDAHULUAN

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

KANDUNGAN DAN KAEDAH PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN 2 (TK2) BAGI PENGAWAS HUTAN GRED G11. Mengukur tahap kemahiran dan kefahaman dalam mengaplikasi

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

PENGUKUHAN TANAH - KAEDAH TAYLOR, KAEDAH CASAGRANDE SERTA PENGIRAAN ENAPAN TANAH

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

1. Berapakah bearing sudutan masjid A (RG ) dari masjid B (RG )? A 110 B 130 C 220 D 310

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

SULIT 2280/1 2280/1 Geografi Kertas 1 September 1¼ jam

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

1.1 Kawasan yang mudah dilanda banjir bagi Negara Malaysia adalah dianggarkan seluas 29,800 km persegi ataupun 9% daripada luas tanah negara.

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal

BUKU PANDUAN PENGAJARAN EKOSISTEM HUTAN PAYA BAKAU

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Model Pengurusan Strategik

MANUAL PENGGUNAAN SISTEM PERMOHONAN ATAS TALIAN MODUL HONORARIUM UNTUK PENGGUNA KOPERASI VERSI 2.0

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

ANALISA KEWANGAN TABUNG HAJI

t- JIB EKOLOGI SUMBER ALAM. {pril2009 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

GEOGRAFI TINGKATAN 5

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

PEKELILING KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL. 5 TAHUN 2002 PEMBANGUNAN JARINGAN KAWALAN UKUR KADASTER MENGGUNAKAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pengeluaran Negara PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Tidak dibenarkan mengambil sesuatu kecuali gambar dan jangan meninggalkan apa jua melainkan kesan tapak kaki anda.

DEWAN RAKYAT MALAYSIA PERTANYAAN LISAN LISAN 24 MAC 2015

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

EMPANGAN. dan KESAN- KESANNYA JANGAN RAMPAS HAK KAMI! KEBERSATUAN ADALAH KEKUATAN

JABATAN PELAJARAN MELAKA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011 TINGKATAN 2. GEOGRAFI Satu jam lima belas minit

BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN

Transkripsi:

168 6.4 HASIL KAJIAN PERUBAHAN GUNA TANAH MENGUNAKAN PETA TOPOGRAFI DAN IMEJ LANDSAT Perubahan guna tanah di kawasan kajian sebelum dan selepas penerokaan dan pembangunan aktiviti akuakultur dilaksanakan dengan analisis perbandingan antara peta topografi Lembar 84 (Siri L7010) tahun 1966 Kuala Selangor dengan peta topografi lembar 3558 (Siri L7030) tahun 1984 kawasan Tanjung Karang untuk mengesan perubahan dan kehilangan hutan bakau di pesisir pantai akibat pembangunan aktiviti akuakultur. Kajian turut menggunakan imej satelit Landsat ETM+ (Enhanced Thematic Mapper Plus) 2001 127/58 dan jalur 4:5:3 untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status hutan bakau di Bagan Tengkorak. Kawasan kajian ialah sepanjang 5 km pesisir pantai antara Sungai Tengi ke utara hingga ke Sungai Mandor Wahid, iaitu pada kedudukan latitud 101 o 05 2 E, 3 o 29 57 N hingga 101 o 11 31 E, 3 o 39 57 N (Rajah 6.9). Imej telah disubset kepada saiz kecil pada kedudukan latitud 101 o 06 45 E, 3 o 28 15 N hingga 101 o 10 30 E, 3 o 23 40 N iaitu merujuk khusus kepada kawasan kajian. Selang masa antara peta-peta dan imej ini ialah 17-18 tahun, iaitu 1966, 1984 dan 2001. Julat tahun ini dipilih untuk melihat pola perubahan guna tanah di kawasan kajian daripada hutan bakau kepada kegiatan akuakultur. Peta topografi cetakan tahun 1966 dipilih ia merupakan peta topografi kawasan Kuala Selangor yang paling mutakhir sebelum berlaku proses perubahan guna tanah hutan kepada kawasan pertanian atau akuakultur di samping peta topografi tidak dikeluarkan setiap tahun. Hasil analisis terhadap peta topografi Lembar 84 (Siri L7010) kawasan Kuala Selangor bagi tahun 1966 mendapati bahawa kawasan kajian iaitu pesisir pantai Bagan Tengkorak diliputi oleh hutan bakau tidak sahaja di luar ban tetapi juga meliputi dua kilometer persegi ke dalam kawasan ban, iaitu pada grid 180 817 hingga 157 830 (Rajah 6.10). Seluruh pesisir pantai Bagan Tengkorak merupakan kawasan hutan paya bakau, iaitu dari Sungai Tengi hingga ke Sungai Mandor Wahid. Hasil analisis menunjukkan jumlah keluasan kawasan hutan bakau di pesisir Bagan Tengkorak pada tahun 1966 ialah sebanyak 704 hektar atau 1740 ekar (Jadual 6.11).

169 RAJAH 6.9 Imej Landsat ETM+ 2001 menggunakan jalur 4:3:2 menunjukkan kawasan kajian antara Sungai Tengi ke Sungai Mandur Wahid

170 PETA5.1 Kawasan kajian 1966 Sumber: Peta topografi Kuala Selangor lembar 84 1966

171 Hasil analisis pola perubahan guna tanah peta topografi Lembar 3558 (Siri L7030) kawasan Tanjung Karang tahun 1984 pula mendapati pesisir pantai Bagan Tengkorak telah mengalami proses tranformasi guna tanah (Rajah 6.11). Aktiviti akuakultur mula bertapak di pesisir Bagan Tengkorak. Keluasan kawasan hutan paya bakau telah merosot dengan mendadak selepas 18 tahun. Hasil analisis mendapati keluasan kawasan bakau yang tinggal selepas 18 tahun hanya 207 hektar atau 512 ekar (29.4 peratus). Berbanding tahun 1966, keluasan kawasan bakau telah mengalami kemerosotan sebanyak 497 hektar atau 1228 ekar (Jadual 6.11). Hasil analisis imej satelit Landsat ETM+ (Enhanced Thematic Mapper Plus) 2001 127/58 dan jalur 4:5:3 pula mendapati keluasan baki kawasan hutan bakau yang masih wujud di pesisir pantai Bagan Tengkorak dari Sungai Tengi hingga ke Sungai Mandor Wahid hanya tinggal 66 hektar atau 163 ekar sahaja atau 9.4 peratus (Rajah 6.12). Hasil analisis menunjukkan keluasan kawasan akuakultur udang harimau pula ialah sebanyak 129 hektar atau 319 ekar atau 18.3 peratus (Jadual 6.11). JADUAL 6.11 Hasil analisis pola perubahan guna tanah di Bagan Tengkorak Peta/Imej Hutan bakau Akuakultur Pertanian udang Peta topografi 1966 704 hektar - - (1740 ekar) Peta topografi 1984 207 hektar (29.4 %) - 497 hektar (70.6 %) Imej ETM+ 2001 66 hektar (9.4 %) 129 hektar (18.3 %) 509 hektar (72.3 % )

172 RAJAH 6.11 Peta topografi kawasan kajian pada tahun 1984 menunjukkan kawasan bakau menjadi semakin kecil dan perubahan guna tanah daripada bakau kepada pertanian Sumber: Peta topografi Tanjung Karang lembar 3558 1984

173 RAJAH 6.12 Kawasan akuakultur dan hutan bakau di pesisir Bagan Tengkorak menggunakan imej Landsat ETM+ 2001 rujukan 127/58 jalur 4:3:2

174 Selain aktiviti akuakultur, analisis kajian juga mendapati bahawa kawasan hutan bakau di Bagan Tengkorak telah mengalami kemusnahan akibat aktiviti pertanian seperti tanaman kelapa dan pisang. Perbandingan peta topografi 1966 dan peta topografi 1984 menunjukkan perubahan keluasan kawasan bakau yang semakin mengecil dan diganti dengan pertambahan kawasan pertanian, iaitu seluas 497 hektar. Oleh itu, kesimpulan kajian boleh dibuat bahawa antara tahun 1966 hingga 1984 kawasan hutan bakau telah ditebusguna untuk pembangunan pertanian. Perubahan pola guna tanah dapat dikesan pada lewat 1980an ketika udang harimau mendapat tempat di pasaran dunia, kehilangan hutan bakau berlangsung sejajar dengan kepesatan perkembangan industri akuakultur. Hasil analisis mendapati antara tahun 1984 hingga 2001 sebanyak 129 hektar kawasan bakau telah diteroka menjadi kawasan akuakultur. Manakala hanya 12 hektar sahaja kawasan bakau ditebusguna menjadi kawasan pertanian dalam tempoh masa tersebut. Rajah 6.13 menunjukkan perkembangan dan perbezaan keluasan kawasan bakau dan akuakultur yang dapat dilihat pada imej TM 1989, TM 1995 dan TM 1999. Kawasan berwarna biru di kawasan pesisir pantai merupakan badan air iaitu kawasan akuakultur. Manakala kawasan berwarna oren tua di pesisir pantai merupakan kawasan hutan bakau. Pola aliran perubahan guna tanah kawasan bakau ke aktiviti lain dapat dilihat sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa. Tahun 1966-1984 kawasan hutan bakau dibuka secara besar-besaran untuk pembangunan kawasan pertanian, iaitu untuk tanaman kelapa dan kelapa sawit. Manakala antara tahun 1984-2001 pula, kawasan bakau dibuka secara meluas untuk pembangunan aktiviti akuakultur udang harimau pula sesuai dengan perkembangan ekonomi semasa. Perbandingan dibuat antara peta topografi Lembar 84 (Siri L7010) tahun 1966 Kuala Selangor dengan peta topografi lembar 3558 (Siri L7030) tahun 1984 kawasan Tanjung Karang mendapati guna tanah di pesisir pantai Bagan Tengkorak telah berubah. Analisis mendapati kawasan hutan paya bakau yang berada di dalam kawasan ban telah bertukar menjadi kawasan pertanian, iaitu tanaman kelapa (3 o 27 U, 101 o 08 T) (Rajah 6.10 dan 6.11).

175 RAJAH 6.13 Perbandingan imej Landsat TM 1989, TM 1995 dan TM 1999 menggunakan jalur 4:5:3

176 Kawasan di luar ban pula telah bertukar menjadi kawasan belukar, rumput dan semak pada 101 o 08 38 E, 03 o 26 00 N, terutamanya apabila didapati ban telah disesarkan mendekati laut. Ini bermakna keluasan kawasan zon penampan telah dikurangkan atau diperkecilkan. Pemeriksaan peta ini membuktikan bahawa kawasan hutan bakau di pesisir Bagan Tengkorak yang pada satu masa lalu merupakan hutan bakau yang subur kini telah mengalami perubahan guna tanah. Kawasan bakau di dalam kawasan ban telah ditebusguna sebagai kawasan pertanian, iaitu tanaman kelapa dan pisang (Rajah 6.11). Pengesanan perubahan guna tanah telah dilakukan melalui pengecaman di peta serta imej dan pemeriksaan serta pemerhatian di lapangan. Sebanyak 20 titik persampelan telah diambil diantara Sungai Tengi hingga ke Sungai Mandur Wahid untuk memeriksa perubahan guna tanah yang berlaku (Rajah 6.14). Melalui kaedah ini maka kajian dapat dibuktikan berlakunya perubahan guna tanah dan kelihatan pola perubahan tersebut. Jadual 6.12 menunjukkan lokasi persampelan dan jenis guna tanah di sepanjang pesisir pantai Bagan Tengkorak dan Rajah 6.14 menunjukkan kawasan titik persampelan diambil. Hasil analisis pengesanan perubahan guna tanah melalui pemeriksaan titik persampelan dapat dilihat bahawa wujud pola perubahan jenis guna tanah di kawasan kajian. Peta topografi 1984 dibandingkan dengan tahun 1966 mendapati bahawa hutan bakau telah mengalami tranformasi kepada guna tanah kebun kelapa. Analisis menunjukkan 4 daripada 20 kawasan yang diperiksa telah mengalami proses perubahan guna tanah di mana hutan bakau telah ditebusguna untuk penanaman kelapa dan 3 daripada 20 kawasan hutan bakau telah bertukar menjadi belukar. Pemeriksaan seterusnya pada tahun 2001 mendapati 2 daripada kawasan belukar telah menjadi kawasan kebun kelapa dan 1 kawasan belukar telah ditebusguna sebagai kawasan akuakultur.

177 RAJAH 6.14 Imej Landsat ETM+ 2001 menggunakan jalur 3:5:4 menunjukkan lokasi stesen pengesahan guna tanah

178 JADUAL 6.12 Pengesanan perubahan guna tanah melalui peta dan imej No Latitud longtitud 1 03 o 28 00 101 o 07 00 2 03 o 27 30 101 o 07 15 3 03 o 27 15 101 o 07 30 4 03 o 27 07 101 o 07 37 5 03 o 26 50 101 o 08 00 6 03 o 27 24 101 o 07 45 7 03 o 27 07 101 o 08 00 8 03 o 26 31 101 o 08 10 9 03 o 26 31 101 o 08 00 10 03 o 26 39 101 o 08 15 11 03 o 26 45 101 o 08 30 12 03 o 26 30 101 o 08 38 13 03 o 26 28 101 o 08 40 14 03 o 26 13 101 o 08 26 15 03 o 26 00 101 o 08 38 16 03 o 25 30 101 o 09 00 17 03 o 25 22 101 o 09 05 18 03 o 25 10 101 o 09 14 19 03 o 24 58 101 o 09 20 20 03 o 25 37 101 o 09 33 Peta topografi 1966 Peta topografi 1984 Imej ETM+ 2001 Di Lapangan Hutan bakau Hutan bakau Hutan bakau Hutan bakau Hutan bakau Hutan bakau Hutan bakau Hutan bakau Hutan bakau Kelapa Kelapa Kelapa Hutan bakau Kelapa Kelapa Kelapa Hutan bakau Hutan bakau Hutan bakau Hutan bakau Hutan bakau Belukar Kelapa Kelapa Hutan bakau Kelapa Kelapa Kelapa Hutan bakau Kelapa Kelapa Kelapa Hutan bakau Belukar Kelapa Kelapa Hutan bakau Belukar Akuakultur Akuakultur Hutan bakau Hutan bakau Hutan bakau Hutan bakau Hutan bakau Hutan bakau Kelapa Kelapa

179 Jadual 6.13 Rumusan pengesahan perubahan guna tanah di kawasan kajian Perubahan guna tanah Peta topografi Imej ETM+ Di lapangan 1984 2001 Bakau Bakau 13 4 4 Bakau Kelapa 4 7 7 Bakau Belukar 3 - - Bakau akuakultur - 9 9 Pemeriksan Imej ETM+ 2001 dibandingkan dengan peta topografi 1984 pula menunjukkan bahawa hanya 4 kawasan bakau masih kekal sebagai hutan bakau. Sebanyak 8 daripada 13 kawasan bakau telah ditebusguna sebagai kolam penternakan udang harimau. Kawasan penanaman kelapa telah bertambah daripada 4 kepada 7 antara tahun 1984 hingga 2001. Kawasan belukar telah ditebusguna menjadi kebun kelapa (2) dan kolam penternakan (1). Pemeriksaan di lapangan mendapati kesemua kawasan persampelan masih mempunyai guna tanah sama seperti di tahun 2001. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kawasan hutan bakau pesisir pantai Bagan Tengkorak telah diteroka sejak 1970an. Tujuan awal penerokaan hutan bakau ialah untuk pembangunan aktiviti pertanian seperti penanaman kelapa. Namun, pola tranformasi guna tanah telah berubah pada 1980an sejajar dengan perkembangan ekonomi di mana aktiviti akuakultur mula dibangunkan secara giat. Kajian mendapati faktor penebusgunaan kawasan hutan bakau di kawasan kajian mempunyai persamaan dengan kajian yang telah dilakukan di luar negara. Kegiatan penternakan udang harimau menjadi punca utama pembukaan hutan bakau pada tahuan 1980an di kawasan Bagan Tengkorak. Hasil kajian yang diperolehi mempunyai persamaan dengan kajian yang telah dilakukan oleh Krishnamoorthy et al. (2002) di India dan Shahidul (2001) di Bangladesh. Kajian menggunakan GIS dan penderiaan jauh oleh Krishnamoorthy et al. (2002) mendapati penternakan udang harimau merupakan ancaman paling utama habitat hutan bakau di pesisir pantai timur India. Aktiviti akuakultur telah memusnahkan kawasan sensitif seperti hutan bakau dan mengganggu sistem saliran. Kehadiran kolam penternakan udang menjejaskan pengeluaran ikan akibat hilangnya tempat pembiakan anak-anak ikan di pesisiran pantai.

180 Perubahan guna tanah di dalam kawasan ban dari hutan bakau kepada tanaman komersial kelapa disebabkan tuntutan pembangunan ekonomi. Namun sesaran ban mendekati ke arah laut dan pembukaan lebih banyak tanah bakau meningkatkan risiko ancaman hakisan pantai. Malah hutan bakau di luar ban juga telah musnah diteroka untuk pembangunan akuakultur udang harimau. Pembukaan hutan penampan boleh mengundang berbagai bahaya dan bencana alam sekitar seperti banjir, angin ribut dan sebagainya. Beberapa syarikat penternakan udang di Bagan Tengkorak adalah milik bersama antara ahli politik tempatan dan usahawan luar. Persoalan timbul bagaimanakah kawasan hutan bakau di pesisir pantai yang telah diwarta sebagai sebahagian daripada kawasan Hutan Simpan Banjar Utara boleh diteroka untuk pembangunan aktiviti yang bersifat kurang mesra alam sekitar dan pertentangan dengan konsep pemuliharaan hutan. Kegiatan akuakultur merupakan penyebab utama pembukaan hutan paya bakau di pesisir pantai di Bagan Tengkorak sejak 1985. Kajian oleh Uma (1998) mendapat hasil yang sama bahawa kegiatan akuakultur merupakan satu ancaman kepada hutan paya bakau di kawasan Hutan Simpan Banjar Utara di Kuala Selangor. Ini menunjukkan walaupun telah diwartakan sebagai hutan simpan kawasan ini masih tidak selamat daripada gangguan manusia dan kuasa politik sering melebihi peraturan dan panduan (Barraclough & Finger-Stich 2000). Berbeza dengan kajian oleh Masdahila (2002) yang mengkaji perubahan kawasan bakau menggunakan imej landsat TM 1989 dan TM 1999 di muara Sungai Tengi, Selangor yang mendapati bahawa kawasan hutan bakau di muara dan pesisir Sungai Tengi mengalami perubahan guna tanah akibat pembangunan kawasan penempatan penduduk dan pertanian iaitu, tanaman kelapa dan kelapa sawit. Kajian yang dilakukan oleh Alfonso-Perez et al. (2003) di Sinaloa, Mexico dengan menggunakan imej landsat 1984 dan 1999 mendapati guna tanah hutan bakau di Lagon Ceuta mengalami transformasi kepada kegiatan pertanian yang menyebabkan masalah kehilangan hutan bakau dan wujud kawasan belukar. Beliau mendapati bahawa aktiviti akuakultur bukan menjadi faktor utama kemusnahan kawasan hutan bakau di Sinaloa, Mexico seperti yang dilaporkan oleh banyak kajian. Kegiatan akuakultur di kawasan itu merupakan guna tanah seterusnya selepas kawasan tersebut menjadi tidak makmur lagi untuk aktiviti pertanian. Ini bermakna kawasan hutan bakau ditebusguna sebagai kawasan

181 pertanian dan selepas kawasan tersebut tidak maju maka aktiviti akuakultur pula mengambilalih kawasan tersebut. Hasil kajian ini yang dilakukan di kawasan Bagan Tengkorak pula mendapat kesimpulan yang berbeza daripada kajian oleh Alfonso-Perez et al. (2003). Di Bagan Tengkorak, kawasan hutan bakau dibuka untuk dijadikan kawasan kolam penternakan udang harimau manakala kawasan hutan bakau yang telah diteroka sebagai kebun kelapa tetap beroperasi sebagai kawasan kebun sehingga kini (Rajah 6.11). Perubahan yang mungkin berlaku ialah perubahan jenis tanaman, iaitu kelapa kepada kelapa sawit. Faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku mungkin kerana kebun kelapa adalah dimiliki oleh penduduk kampung dan golongan ini tidak mempunyai keinginan, kemahiran dan kemampuan untuk meneroka industri penternakan udang harimau yang memerlukan modal yang besar dan berisiko tinggi. Kegiatan akuakultur pula bermula hasil kehadiran pelabur luar dengan modal dan kemahiran yang mengakibatkan banyak kawasan hutan bakau dibuka untuk kegiatan akuakultur. Berbeza dengan kajian oleh Csavas (1993) yang mendapati bahawa aktiviti akuakultur udang harimau hanya menebusguna kawasan bakau yang telah dimusnahkan untuk pembalakan atau pengambilan kayu untuk pembuatan arang. Beliau mendapati bahawa penternakan udang harimau dilakukan di kawasan bakau yang telah diteroka dan meningkatkan produktiviti kawasan paya yang tidak berguna.