Sempena Konvensyen Pemerkasaan Jalinan Rakyat PDM Wanita UMNO Negeri Johor. 28 Oktober 2016 (Jumaat) BERJAYA HOTEL WATERFRONT JOHOR BAHRU

dokumen-dokumen yang mirip
Soal Jawab: UMNO PERLU PEMUGARAN UNTUK JADI PARTI RELEVAN

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI MENGENAI EKONOMI, KOS SARA HIDUP DAN INFLASI

Teks Ucapan Menteri Besar Johor Pada Pelancaran Pertubuhan Ihsan Johor Pada 17 Ogos 2017 Di Hotel KSL Resort Johor Bahru, Johor.

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

PENGARAHAN PERJUANGAN

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

UCAPAN YAB DATOʼ MOHAMED KHALED BIN NORDIN MENTERI BESAR JOHOR DI

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA


Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

UMNO BAHAGIAN PASIR GUDANG 5 OGOS 2017 UNIKL MITEC BANDAR SERI ALAM, PASIR GUDANG

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

Fasal 2: Pilihan Raya Umum MASAF

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5. Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

4.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-

CHIA CHONG YANG A143398

KETIDAKHADIRAN PEKERJA DI SME CORPORATION MALAYSIA, KUALA LUMPUR NORAIZAH HASHIM USM13049

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

Model Pengurusan Strategik

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI DAN ISU-ISU UTAMA PILIHANRAYA UMUM KE-14

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

Timbalan Pendaftar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMP;

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. HALIM MAN PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA PERSIDANGAN TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

- Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN. Oleh: Najwa Ahmad Zawawi Unit Perkhidmatan, BSM.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

FACT SHEET

PAKATAN MURNI. Maksud Pakatan Murni

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

BAB KEENAM RUMUSAN, SARANAN DAN PENUTUP. kawasan tersebut. Bab ini diakhiri dengan saranan dan cadangan kepada PAS Pusat, PAS

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

1. Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus. Sekolah Cina Malaysia, atau nama singkatannya Dong Zong,

Dewan Resital 29 Julai 2008, jam 8.00 pagi. Yang Berbahagia Datuk Hajjah Rosnani Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia,

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

Jawapan Terhadap Pembohongan-pembohongan SPR Mengenai Isu Persempadanan Semula

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian,

Laman Graduan, Dewan Canselor 27 Julai 2008, jam 8.00 malam.

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGENALAN YAYASAN PASIR GUDANG. 3 Oktober 2013 di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Selamat Pagi. Good Morning, Cao Shang Hao, Kaalai Vanakkam Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama ber

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESSIONAL TAJUK: LAPORAN PROGRAM SEGENGGAM BUDI, SEGUNUNG HARAPAN (INSTITUTE-HEARS, UKM)

TUGASAN 2 (INDIVIDU) SITI AIDA BINTI MUHAMAD A152797

CABARAN PROGRAM BLITZ SELAMA 6 MINGGU

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH BIN HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PROGRAM SPRING FESTIVAL SEMPENA TAHUN BARU CINA 2007

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

Transkripsi:

UCAPAN PERASMIAN YAB DATO MOHAMED KHALED NORDIN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI JOHOR Sempena Konvensyen Pemerkasaan Jalinan Rakyat PDM Wanita UMNO Negeri Johor 28 Oktober 2016 (Jumaat) BERJAYA HOTEL WATERFRONT JOHOR BAHRU

Perwakilan Wanita UMNO yang sangat saya hormati; Saya harus menyatakan terima kasih dan penghargaan yang sangat mendalam pada Wanita UMNO Johor. Bukan sekadar kerana mengundang saya. Tetapi kerana senantiasa memikirkan kepentingan parti. Senantiasa mendahului pelbagai sayap lain, dalam membuat persediaan untuk pilihanraya akan datang. Tanpa menunggu untuk disuruh-suruh. Tanpa berlengah-lengah. Ketika mereka yang lain masih lagi belum berada dalam election mode, Wanita UMNO sudah pun mula menggerakkan jenteranya. Sudah pun mula melakukan pelbagai usaha dan perancangan. Sudah mula menjalankan tugas dengan tekun, untuk memastikan UMNO terus memenangi pilihanraya akan datang. Sikap dan tindakan Wanita UMNO ini sangat wajar diteladani. Kerana jelas, Wanita UMNO sedar bahawa kehadiran mereka dalam parti, bukannya tanpa peranan dan fungsi yang besar. Bukan sekadar pelengkap dan tukang sorak. Sebaliknya, tergalas di bahu Wanita tugas dan tanggungjawab yang penting. Wanita hadir untuk bersama-sama memastikan kelangsungan perjuangan UMNO. Dan kelangsungan itu, bermakna UMNO mesti terus memerintah dan memimpin Johor dan Malaysia. Maka pada malam yang bermakna ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Wanita UMNO Johor, pemimpin-pemimpin wanita, semua barisan ahli jawatankuasa wanita, malah, semua ahli pergerakan Wanita UMNO Johor. Terima kasih kerana setia bersama parti. Terima kasih kerana sentiasa memberikan yang terbaik kepada UMNO. Malah, terima kasih atas penganjuran kursus pengukuhan program Jalinan Rakyat, yang sangat sinonim dengan Pergerakan Wanita ini. InsyaAllah, saya sangat yakin, usaha-usaha sebegini, akan pasti memberikan hasil dan nama yang baik kepada pencapaian UMNO. 1

Perwakilan Wanita yang saya hormati; Pada malam ini, izinkan saya menyentuh beberapa perkara yang penting, yang saya rasa sangat mustahak untuk diberi perhatian dan dipertimbangkan oleh Pergerakan Wanita UMNO Johor. Pertamanya, saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan betapa saya dan parti sangat menghargai sumbangan besar Wanita UMNO Johor. Kepada parti, kepada masyarakat dan kepada negeri Johor. Tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran, semua ahli wanita, walau di mana jua, senantiasa fokus kepada agenda parti. Senantiasa bersetia pada perjuangan. Senantiasa mendukung UMNO, walau apapun gelora yang melanda parti. Malah, Wanita tidak pernah terlalu berpolitik. Fokus wanita ialah khidmat pada parti. UMNO tidak akan dapat berkelangsungan, hingga ke tahap ini, jika tidak kerana dukungan luar biasa pergerakan Wanita. Bagi pihak Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, saya sangat berterima kasih. Sangat terhutang budi atas keikhlasan ibu-ibu, adik-adik, kakak-kakak sekalian. Dalam membantu saya dan UMNO selama ini. Semoga jasa yang baik ini, akan diangkat oleh Allah SWT sebagai amal soleh yang besar ganjarannya. Kedua, kita kini seharusnya sudah berada dalam election mode. Benar, kita belum mengetahui secara rasmi bilakah sebenarnya PRU yang akan datang. Tetapi kita boleh sahaja melihat dan mengira sendiri. Mandat lima tahun untuk kita mentadbir sudah semakin pendek. Dan secara peruntukan dan teknikalnya, PRU-14 itu boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. Namun, perkara yang lebih penting adalah persediaan menuju ke tarikh tersebut. Ia bukan perkara yang mudah. Ia memerlukan kita semua untuk fokus. Ia menuntut strategi yang kritikal dan yang lebih penting, ia menuntut kerja keras semua pihak. Tidak ada dalam kamus parti yang ingin berjaya dalam mana-mana pilihanraya, persediaan saat akhir. Persediaan saat akhir hanyalah nama lain bagi fomula yang akan menjerumuskan kita ke kancah kekalahan. Sebab itulah, mulai malam ini, saya mengistiharkan UMNO Johor berada dalam election mode! Ertinya, segala tumpuan dan keutamaan parti mulai saat ini, ialah untuk menghadapi pilihanraya! Kita mesti berfikir tentang pilihanraya. Bertindak ke arah pilihanraya. Dan menjiwai pilihanraya. Tiada keutamaan lain. Tiada tumpuan lain. Mulai sekarang, misi kita ialah untuk memenangi pilihanraya akan datang. Memenangi semua kerusi yang dipertandingkan. Ini bermakna, kita mesti mempertahankan kemenangan semua kerusi yang kita miliki dengan majoroti lebih baik. Dan menawan semula semua kerusi yang terlepas sebelum ini. 2

Perkara ketiga yang ingin saya tekankan malam ini adalah peringatan bahawa pilihanraya akan datang, adalah pilihanraya paling sengit yang pernah kita lalui. Suka atau tidak, kita terpaksa menerima hakikat ini. Tidak ada dalam sejarah UMNO dan BN, selama 13 piliharaya umum, kita akan menyaksikan pilihanraya yang serumit pilihanraya akan datang. Kita mesti sedar, Malaysia telah berubah dan berubah dengan radikal sekali. UMNO bukan lagi satu-satunya pilihan. Pengundi Malaysia, dalam dua pilihanraya lepas, telah menghantar isyarat yang sangat jelas. Mereka mahukan kelainan. Kita bukan sekadar kehilangan majoriti dua pertiga. Kita kehilangan undi popular. Penolakan orang muda dan penduduk bandar agak ketara. Malah, penolakan dari orang Melayu sendiri kepada UMNO juga besar. Sedangkan ini semua berlaku ketika tiada pun krisis yang besar melanda parti dan negara. Maka, kita mesti bersedia. Bersedia dari awal, bersedia secukupnya. Kerana kali ini, kita akan berhadapan dengan hampir 4 juta pengundi baru. Mereka ini boleh mengubah pelbagai perkara. Dan mereka ini bukanlah kelompok yang mudah dipengaruhi. Mereka adalah generasi muda Malaysia yang moden, yang bermaklumat, yang menuntut dan mahukan pelbagai perkara, dan sangat sukar untuk dimengertikan apakah kemahuan mereka. Jadi, parti harus mencari sifir baharu untuk berhadapan dengan mereka. Kita mesti mula merumus formula terbaik agar 4 juta pengundi baharu ini kenal dan mahukan UMNO dan BN. Dan ia mesti bermula dari sekarang. 3

Keempat, pilihanraya umum ini adalah tentang hidup dan mati UMNO. Pengamatan ini saya kongsikan bukan untuk menimbulkan kerisauan. Atau sengaja mahu menakut-nakutkan. Ini adalah pengamatan yang benar-benar jujur dan berpaksikan realiti. Dan realiti itu ada kalanya pahit. Kita tahu, jika kita hanya menang dengan majoriti mudah, kita tidak akan menjadi parti yang berwibawa. Benar kita akan masih menjadi kerajaan. Namun, kita akan jadi pemerintah yang lemah. Semakin sukar untuk kita mentadbir dan memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan Islam jika kita hanya menang dengan majoriti mudah. Maka, kita tidak boleh sama sekali menang dengan hanya majoriti mudah. Kerana ini adalah Johor. Ini bukan sebarangan negeri. Dari rahim Johor inilah, UMNO dilahirkan. Dan UMNO Johorlah yang membidani kelahiran Malaysia. Jadi, tiada pilihan lain. UMNO mesti kuat di negeri kelahirannya. Johor adalah benteng UMNO paling penting. Dan bayangkan dampaknya jika kita hanya menang kecil, menang sipi-sipi. Kita akan dilihat sebagai menang nasib. Dan kita akan hilang wibawa sebagai pemerintah jika kita dilihat hanya menang kerana nasib. Bagaimana kita akan menghadapi rakyat, bila kita hanya diterima oleh sebahagian mereka dan ditolak sebahagian lain? Perwakilan Wanita sekalian, Keempat-empat perkara yang kongsikan ini menjurus hanya kepada satu kesimpulan. Yakni jalan ke hadapan untuk kita semua ialah bekerja keras, dan bekerja keras mulai sekarang. Kita tidak punya banyak masa. Malah masa yang tinggal sangat tidak mencukupi. Setiap saat sangat berharga. Setiap hari, jangan biar ia berlalu tanpa kerja keras untuk kemenangan parti. Tetapi kerja keras tanpa strategi juga adalah tidak bijak. Kerja keras tanpa perancangan adalah sia-sia. Kerana, jika kira gagal merancang, kita merancang kegagalan. Justeru itu, malam ini saya mengajak Wanita UMNO Johor untuk memikirkan semula secara serius strategi pilihanyara kita. Adakah perancangan kita sudah cukup baik, sudah cukup rapi. Untuk memenangi pilihanraya ini, kita sangat perlukan pendekatan yang lebih strategik, moden dan bersandarkan data. Kalau kita hanya menggunakan kaedah dahulu, hanya mahu bergantung pada permainan emosi dan sentimen, kita akan mengundang kekalahan. Oleh itu, kita mesti menghadapi pilihanraya akan datang dengan pemikiran, pendekatan dan strategi termaju. Bagaimana? 4

Pertama, kita memerlukan data, data dan data. Tanpa data, kita tidak boleh memahami tren pengundian. Tanpa data, kita tidak tahu persepsi pengundi terhadap kita. Tanpa data, kita tidak tahu keberkesanan dasar dan program kita. Malah tanpa data, kita tidak akan dapat memahami sentimen sebenar pengundi kita. Fikirkan bagaimana untuk kita mendapatkan semua data terbaik ini. Dan bagaimana jentera wanita boleh membantu mendapatkan data. Tetapi ini tidak bermakna, kita boleh mengabaikan pendekatan dan kaedah sedia ada yang kita lakukan selama ini. Bukan kesemuanya tidak berkesan. Bukan kesemuanya mesti diubah. Mekanisme jalinan rakyat ini misalnya. Boleh terus digunakan untuk kita mengumpul data yang sangat strategik dan berguna pada parti. Kerana ia sangat mendasar dan benar-benar berhadapan dengan realiti di peringkat akar umbi. Melalui kunjungan rumah ke rumah, kita tahu dengan jelas, berapa ramai ahli UMNO yang bersimpati dan memilih untuk mengikut parti baru seperti Bersatu. Kerana Bersatu ini, fokusnya tidak ada yang lain. Mereka hanya mahu mengalih sokongan ahli akar umbi UMNO. Maka, kunjungan rumah ke rumah yang dilakukan oleh Wanita UMNO ini adalah mekanisme terbaik untuk kita mengukur sejauh mana pengaruh mereka di kawasan akar umbi UMNO. Oleh itu, untuk memaksimumkan keberkesanan dan manfaat daripada program ini. UMNO Johor bercadang untuk menyediakan satu set soal selidik bagi memahami 10 isu paling penting di pelbagai kawasan di mana jalinan rakyat ini dilaksanakan. Dan memohon jasa baik pergerakan wanita untuk membantu kita melakukan kaji selidik ini. Hasil kaji selidik atau survey ini nanti akan dianalisis oleh saintis data kita, dan dapatannya akan kita gunakan untuk kita merancang persediaan pilihanraya kita yang seterusnya. 5

Kedua, kita perlu menyampaikan pelbagai maklumat, maklumat, maklumat. Pilihanraya akan datang, bukan lagi tentang nilai nostalgia kepada mana-mana parti. Pengundi kita hanya mahukan satu perkara, iaitu malumat. Segala-galanya adalah adalah tentang maklumat, bukan sentimen. Rakyat akan membuat keputusan secara bermaklumat. Bila mereka yakin dengan pencapaian kita, mereka akan mengundi kita. Tetapi, bila mereka tidak tahu tentang apa yang telah kita lakukan, apa pencapaian kita, mereka akan berpandangan kita gagal melaksanakan mandat kita. Mereka akan berfikir kita tidak berbuat apa-apa. Jadi, kemungkinan besar mereka akan menolak kita. Khususnya generasi muda. Maka saya berasa amat perlu sekali mekanisme jalinan rakyat ini dimanfaatkan dengan lenbih optimum untuk menyampaikan sebanyak mungkin maklumat pada setiap keluarga yang kita kunjungi. Manfaatkan setiap pertemuan, dengan menjelaskan, dalam bahasa yang mudah dan ringkas, dalam kefahaman yang tersendiri, segala pencapaian UMNO Johor dan kerajaan pimpinannya. Untuk itu, UMNO Johor bersedia untuk membantu menyediakan pek maklumat atau information kit bagi semua ahli wanita. Untuk mereka jadikan panduan semasa melaksanakan program jalinan rakyat ini. Inilah bekalan kita, inilah senjata kita. Dan UMNO Johor juga bersedia untuk menganjurkan sesi khas untuk menjelaskan pelbagai dasar Kerajaan Negeri. Dari Gagasan Johor Berkemajuan sehinggalah penerangan tentang segala macam pencapaian ekonomi kita sehinggalah Pelan Pertumbuhan Strategik Johor. Atau apa sahaja bentuk penerangan yang diperlukan oleh Wanita UMNO. Kita sangat bersedia untuk menjelaskannya. Agar melaluinya, wanita akan mempunyai maklumat yang lengkap dan kefahaman tentang apa yang telah kita lakukan, dalam melaksanakan mandat kita. 6

Jangan ada yang terlalu berkira dengan masa dan tenaga. Dan jangan pula ada yang mahu mengawal dan melakukan semua perkara sendiri. Kita mesti boleh membahagikan tugas dan peranan dengan baik. Ketiga, kita memerlukan kesefahaman dalam parti. Kepimpinan Pusat, Perhubungan Negeri, Wanita, Puteri, Pemuda, Putra, Veteran, backbenchers. Semua entiti dalam UMNO mesti bergerak sebagai satu pasukan. Mesti sehaluan dan sefahaman. Kerana kita tidak akan berjaya tanpa kesefahaman. Lalu saya menyeru agar usaha yang segera dilakukan untuk memperhalusi kerangka persefahaman dalaman parti. Perlu wujud kesefahaman dan pembahagian yang jelas tentang peranan dan tugas masing-masing. Kita tidak boleh melakukan segala-galanya sendirian. Kita mesti bermuafakat dan berkerjasama. Kita memerlukan strategi lautan biru. Ini adalah ujian dan pertimbangan pertama rakyat. Mereka akan melihat dan menilai tingkah laku kita. Jika kesefahaman dalam parti pun gagal kita uruskan, bagaimana mereka akan meyakini kita? Wanita selaku golongan vateran dalam parti, boleh memfokuskan kepada pengundi dan penyokong tegar kita. Puteri dan Pemuda, boleh mengambil tanggungjawab meyakinkan pengundi baru, golongan muda, mahasiswa, profesional dan kelas menengah. Putra dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan yang pro UMNO seperti BNYV pula, boleh membantu mobilisasi persediaan logistik, penyediaan bahan kempen, menguruskan sukarelawan dan pelbagai lagi aspek penting perjalanan pilihanraya. Malah, carilah jalan bagaimana untuk melibatkan lebih ramai rakan-rakan dari parti komponen kita. Ajak dan bawalah mereka bersama. Ingat, walaupun UMNO yang mengemudi semua ini, kita mesti turun sebagai Barisan Nasional. Semuanya untuk memastikan kita terarah dan kemas dalam setiap gerak kerja kita. Semua tahu apa yang harus mereka lakukan. Tidak ada pertindihan peranan dan tanggungjawab. Tidak ada percanggahan tugas dan skop kerja. 7

Para perwakilan wanita yang saya hormati, Saya yakin, sekiranya ketiga-tiga perkara ini dapat kita mantapkan, pergerakan kita menuju PRU-14 akan lebih baik dan berkesan. Dapatkan sebanyak mungkin data. Sebarkan sebanyak mungkin maklumat. Dan dalam melakukannya, susun dan perkemaskan pergerakan kita. Insya-Allah, saya amat yakin kita mampu melakukannya. Saya amat yakin, dengan semangat, peranan dan kebijaksanaan semua, kita akan kekal berjaya menawan hati rakyat. Sekaligus mengekalkan UMNO di bumi kelahirannya ini. Semoga Allah SWT merahmati semua usaha murni ini. Dan memberikan kita kejayaan dan keberkatan yang selayaknya. Sekali lagi, terima kasih atas segala sumbangan besar Wanita UMNO kepada BN, kepada Johor, kepada Malaysia. Dan terima kasih atas undangan ini. Sekian, terima kasih. 8