SUKATAN PEPERIKSAAN BAHASA MALAYSIA Peperiksaan Bersama (Bahagian Menengah Tinggi) Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia

dokumen-dokumen yang mirip
Peperiksaan Bersama (Bahagian Menengah Rendah) Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

MAKLUMAT TUGASAN KEDUA BBM3402 SISTEM TULISAN JAWI

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

Bahasa Malaysia (910)

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

Powered by TCPDF (


MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit


MODUL PENILAIAN SPM 2012 BAHASA MELAYU Kertas /1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN PRASPM 2013

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3 TAHUN 2013 JABATAN PELAJARAN PERAK

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

GARIS PANDUAN MEMERIKSA KERTAS 012 (PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN TUGASAN KERJA KURSUS TAHUN AKADEMIK: JUN NOV 2016

1103/1 (PP) SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 20XX

Lampiran I ம ணவர வ பரப ப வம 1. : 2. : 3. / 4. : 5. : : 6... (UPSR) : A B C D E 7. : : ( ) 8. :

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 UNIT 6 ( ARAS 1 )

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

KAEDAH ISSAM SATU INOVASI DALAM PENGAJARAN KARANGAN AMIR BIN JUHARI IPG KAMPUS RAJANG


GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

Kandungan surat rasmi

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008

INAMA PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 PMR. Kertas 2. Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

JUL 401 BAHASA MALAYSIA

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

SKEMA UJIAN DIAGNOSTIK SPM TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 1 2 Jam 15 Min

PEPERIKSAAN PENTENGAHAN TAHUN [PKBS2] 1103/1. 2 ¼ jam Dua jam limabelasminit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

PANDUAN PENULISAN JURNAL TEMPAWAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2014

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

LMCK2811 SOSIAL & KEBERTANGGUNGJAWABAN

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA ( ISD )

BAHAGIAN A : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [ 30 markah ] KRITERIA PENSKORAN

Nur Hafiza Osman (Fiza O)

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

Masa: 2 jam JUL 4OI _ BAHASA MALAYSIA IV UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. April2008

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

Manual Kerja Kursus Kerja Kursus Usuluddin Kertas 4 (931/4)

2011

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

RANCANGAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PENGGAL DUA TINGKATAN ENAM 2013

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2012

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BERCERITA MERDEKA BAHASA CINA DAN BAHASA TAMIL SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI 2013

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017

LAMPIRAN H. Nama pelajar. Tajuk Kajian. Guru Pembimbing

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN PENGESANAN MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN (LINUS TEGAR) ARAHAN BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS APRIL 2011

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

SULIT 1103/1 PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1. Tujuan Pengujian : Untuk menguji kebolehan calon dalam;

1.1 Sayembera ini terbuka kepada Rakyat dan Penduduk Tetap Singapura. Had umur tidak ditetapkan.

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN 2017

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS /1

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan)

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

Objektif taklimat ini :

BAB 7 PENYEDIAAN TEKS: KATA ALU-ALUAN, PRAKATA DAN TEKS UCAPAN

more examination papers at :

Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 (910/4): Penulisan Esei Berformat

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

Pihak Penerbit UniMAP sentiasa mengalu-alukan cadangan manuskrip buku dan berbesar hati untuk menilai cadangan-cadangan penerbitan yang dihantar.

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Fasal 2: Pilihan Raya Umum MASAF

Bahagian A ( I ) : Ringkasan ( Masa yang Dicadangkan 40 minit ) ( 20 Markah )

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Transkripsi:

(SY02) SUKATAN PEPERIKSAAN BAHASA MALAYSIA Peperiksaan Bersama (Bahagian Menengah Tinggi) Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia Ⅰ Deskripsi Peperiksaan Kertas Bahasa Malaysia Peperiksaan Bersama Peringkat Menengah Tinggi ini merupakan satu pentaksiran tahap pencapaian calon-calon dalam aspek kemahiran dan pengetahuan bahasa. Peperiksaan ini juga merupakan rujukan pihak sekolah untuk meneliti keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Keputusan peperiksaan ini turut digunakan sebagai kayu pengukur untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi atau menceburi bidang kerjaya. Ⅱ Objektif Peperiksaan 1. Menulis 1.1 dapat menghasilkan karangan dan rumusan mengikut format dan kehendak soalan 1.2 dapat mengumpul, memilih, membina, serta menyusun idea-idea atau isi-isi, pendapat, pengalaman, dan sebagainya dengan berkesan 1.3 dapat mengemukakan isi-isi yang bernas, matang dan positif 1.4 dapat menulis ayat yang gramatis 1.5 dapat menterjemahkan bahasa Cina moden dan bahasa Inggeris moden kepada bahasa Melayu moden 2. Membaca dan Memahami 2.1 dapat memperoleh dan mengumpul maklumat daripada petikan 2.2 dapat menghuraikan maksud perkataan, rangkai kata, ungkapan, dan peribahasa yang bersesuaian dengan konteks penggunaannya dalam petikan 2.3 dapat memahami unsur-unsur sastera dalam petikan 2.4 dapat mengemukakan pendapat secara kreatif dan kritis, membuat kesimpulan, telahan, dan penyusunan mengikut kehendak soalan 3. Pengetahuan Bahasa 3.1 dapat memahami makna dan penggunaan perkataan atau rangkai kata 3.2 dapat mengenal pasti dan mengaplikasi penggunaan imbuhan yang tepat 3.3 dapat mengenal pasti dan membetulkan kesalahan umum 3.4 dapat mengenal pasti binaan ayat dan jenis ayat 3.5 dapat memahami dan mengaplikasi cara pembentukan ayat 3.6 dapat memahami dan mengaplikasi cara penukaran ayat 11

Ⅲ Struktur Kertas Peperiksaan Mata pelajaran ini terdiri daripada dua kertas: Kertas 1: Karangan (40%) Masa yang diperuntukkan: 1 jam 30 minit Kertas 2: Ujian Kemahiran Bahasa (60%) Masa yang diperuntukkan: 1 jam 30 minit Kertas 1: Karangan (40%) Calon dikehendaki menulis sebuah karangan daripada lima tajuk yang diberikan. Panjangnya karangan hendaklah lebih daripada 350 patah perkataan. Kertas 2: Ujian Kemahiran Bahasa (60%) Kertas ini terdiri daripada dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Calon wajib menjawab Bahagian A dan mana-mana dua soalan daripada Bahagian B. Bahagian A Rumusan (20%) Calon dikehendaki menulis satu rumusan berdasarkan petikan yang diberikan. Panjangnya petikan kira-kira 500 patah perkataan. Rumusan hendaklah ditulis mengikut urutan dalam empat perenggan, iaitu perenggan pendahuluan, perenggan isi tersurat, perenggan isi tersirat, dan perenggan penutup. Panjangnya rumusan hendaklah antara 100 hingga 120 patah perkataan. Bahagian B Bahagian ini terdiri daripada lima soalan: Soalan 1: Pemahaman Prosa Moden (20%) Soalan 2: Pemahaman Prosa Klasik (20%) Soalan 3: Pemahaman Sajak (20%) Soalan 4: Membina Ayat dan Tatabahasa (20%) Soalan 5: Penterjemahan (20%) Soalan 1: Pemahaman Prosa Moden (20%) Satu petikan antara 350-400 patah perkataan diberikan. Lima soalan pemahaman dikemukakan. Bentuk soalan pemahaman merangkumi maksud perkataan atau rangkai kata, kefahaman petikan dan soalan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK). Semua soalan pemahaman perlu dijawab dalam ayat yang gramatis. Soalan 2: Pemahaman Prosa Klasik (20%) Satu petikan klasik antara 250-300 patah perkataan diberikan. Lima soalan pemahaman dikemukakan. Bentuk soalan pemahaman merangkumi maksud perkataan atau rangkai kata, kefahaman petikan dan soalan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK). Semua soalan pemahaman perlu dijawab dalam bahasa Melayu moden yang gramatis. Soalan 3: Pemahaman Sajak (20%) Sebuah sajak diberikan. Lima soalan pemahaman dikemukakan. Bentuk soalan pemahaman merangkumi maksud perkataan atau rangkai kata, kefahaman sajak dan soalan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK). Semua soalan pemahaman perlu dijawab dalam bahasa Melayu moden yang gramatis. 12

Soalan 4: Membina Ayat dan Tatabahasa (20%) Membina Ayat (10%) Lima perkataan atau rangkai kata diberikan. Panjangnya setiap ayat yang dibina hendaklah sekurangkurangnya enam patah perkataan. Tatabahasa (10% ) Lima soalan pengetahuan dan kemahiran tatabahasa diberikan. Soalan 5: Penterjemahan (20%) Dua petikan diberikan. Satu petikan dalam bahasa Cina moden dan satu petikan dalam bahasa Inggeris moden. Semua petikan hendaklah diterjemahkan dalam bahasa Melayu moden. Ⅳ Cakupan Peperiksaan Bahagian Cakupan 1. Karangan 1.1 Jenis karangan: 1.1.1 karangan jenis cerita 1.1.2 karangan jenis gambaran/keperihalan 1.1.3 karangan jenis peribahasa/cogan kata 1.1.4 karangan jenis penerangan/fakta 1.1.5 karangan jenis perbincangan 1.1.6 karangan jenis perbahasan 1.1.7 karangan jenis ucapan/syarahan/ceramah 1.1.8 karangan jenis laporan 1.1.9 karangan jenis wawancara/temu ramah 1.1.10 karangan jenis pendapat/ulasan 1.1.11 karangan jenis rencana 1.1.12 surat kiriman 1.2 Dimensi karangan: 1.2.1 individu 1.2.2 keluarga / sekolah 1.2.3 masyarakat / negara 1.2.4 global * isu yang dibincang hendaklah berkaitan isu semasa 2. Rumusan 2.1 Jenis petikan 2.1.1 pendapat/ulasan 2.1.2 perbincangan 2.1.3 fakta 2.2 Tema petikan 2.2.1 kekeluargaan 2.2.2 sosial 2.2.3 budaya 2.2.4 ekonomi 2.2.5 pendidikan 2.2.6 alam sekitar 2.2.7 bahasa dan sastera 2.2.8 sains dan teknologi 2.2.9 kesihatan 2.2.10 sukan 2.3 Sumber petikan 2.3.1 akhbar tempatan 2.3.2 majalah tempatan 2.3.3 bacaan akademik * isu yang dibincang hendaklah berkaitan isu semasa 13

Bahagian 3. Pemahaman Prosa Moden 4. Pemahaman Prosa Klasik Cakupan 3.1 Jenis petikan 3.1.1 cerpen 3.1.2 novel 3.1.3 drama 3.1.4 keperihalan 3.1.5 pendapat/ulasan 3.1.6 perbincangan 3.1.7 fakta 3.1.8 laporan 3.1.9 berita 3.1.10 surat kiriman 3.2 Tema petikan 3.2.1 kekeluargaan 3.2.2 sosial 3.2.3 budaya 3.2.4 ekonomi 3.2.5 pendidikan 3.2.6 alam sekitar 3.2.7 bahasa dan sastera 3.2.8 sains dan teknologi 3.2.9 kesihatan 3.2.10 sukan 3.3 Sumber petikan 3.3.1 cerpen 3.3.2 novel 3.3.3 drama 3.3.4 akhbar tempatan 3.3.5 majalah tempatan 3.3.6 bacaan akademik 3.3.7 hasil ciptaan sendiri 4.1 Sumber petikan 4.1.1 Sejarah Melayu 4.1.2 Hikayat Hang Tuah 4.1.3 Hikayat Awang Sulung Merah Muda 4.1.4 Hikayat Malim Deman 4.1.5 Hikayat Inderaputra 4.1.6 Cerita-cerita Jenaka 5. Pemahaman Sajak 5.1 Tema sajak 5.1.1 kekeluargaan 5.1.2 sosial 5.1.3 budaya 5.1.4 ekonomi 5.1.5 pendidikan 5.1.6 alam sekitar 5.1.7 bahasa dan sastera 5.1.8 sains dan teknologi 5.1.9 kesihatan 5.1.10 sukan 5.2 Sumber sajak 5.2.1 sajak tempatan 5.2.2 akhbar tempatan 5.2.3 majalah tempatan 14

Bahagian 6. Membina Ayat dan Tatabahasa Cakupan 6.1 Membina ayat 6.1.1 Kata Nama 6.1.2 Kata Kerja 6.1.3 Kata Adjektif 6.1.4 Kata Berimbuhan 6.1.5 Kata Ganda 6.1.6 Kata Majmuk 6.1.7 Kata Banyak Makna 6.1.8 Kata Hampir Sama Makna 6.1.9 Kata Hampir Sama Bunyi 6.1.10 Hukum D-M 6.1.11 Simpulan Bahasa 6.1.12 Penjodoh Bilangan 6.1.13 Rangkai Kata 6.2 Tatabahasa 6.2.1 Menentukan Imbuhan 6.2.2 Membaiki Kesalahan Imbuhan 6.2.3 Membaiki Kesalahan Umum 6.2.4 Menyambung Ayat 6.2.5 Memisahkan Ayat 6.2.6 Menganalisis Ayat 6.2.7 Mengenal pasti Ayat 6.2.7.1 Pola Ayat 6.2.7.2 Jenis Ayat 6.2.8 Menukarkan Ayat 6.2.8.1 Ayat Biasa dan Ayat Songsang 6.2.8.2 Ayat Aktif dan Ayat Pasif 6.2.8.3 Cakap Ajuk dan Cakap Pindah 7. Penterjemahan 7.1 Tema 7.1.1 kekeluargaan 7.1.2 sosial 7.1.3 budaya 7.1.4 ekonomi 7.1.5 pendidikan 7.1.6 alam sekitar 7.1.7 bahasa dan sastera 7.1.8 sains dan teknologi 7.1.9 kesihatan 7.1.10 sukan 7.2 Sumber petikan 7.2.1 akhbar tempatan 7.2.2 majalah tempatan 7.2.3 bacaan akademik 7.2.4 cerpen 7.2.5 novel 15

LAMPIRAN: FORMAT UNTUK SURAT KIRIMAN SURAT KIRIMAN RASMI 1. Pengenalan (a) Format surat kiriman rasmi ini dibuat untuk tujuan peperiksaan. (b) Guru-guru dinasihati supaya mematuhi format ini. Walau bagaimanapun guru-guru boleh mendedahkan format yang lain untuk tujuan pengajaran. (c) Contoh surat kiriman rasmi ini boleh dirujuk pada Lampiran A. (d) Setiap baris dalam surat kiriman rasmi hendaklah bermula dari tepi bahagian lipatan di sebelah kiri surat. 2. Ciri-ciri yang perlu ada dalam format surat kiriman rasmi (ⅰ) Alamat pengirim ditulis di tepi iaitu pada bahagian lipatan di sudut atas sebelah kiri surat. (ⅱ) Garisan panjang melintang satu garisan melintang dibuat selepas alamat pengirim. Atas dan bawah garisan melintang diselang satu baris. (ⅲ) Nama dan alamat penerima ditulis di bawah garisan melintang iaitu di sudut sebelah kiri surat dan sejajar dengan alamat pengirim. baris akhir alamat penerima hendaklah digarisi. Kemudian selang satu baris di antara alamat penerima dan perkataan menghadapkan surat. (ⅳ) Tarikh ditulis di sudut sebelah kanan surat iaitu selepas garisan melintang dan sebaris dengan baris terakhir alamat penerima. Nama bulan hendaklah ditulis dengan huruf besar sepenuhnya dan diakhiri tanda noktah(.). (ⅴ) Perkataan menghadapkan surat perkataan seperti Tuan, Puan, Datuk, Tan Sri, Yang Berbahagia dan lain-lain hendaklah digunakan. ditulis di sudut sebelah kiri surat pada bahagian lipatan di bawah alamat penerima selepas diselang satu baris, iaitu sejajar dengan alamat pengirim dan penerima surat. 16

(ⅵ) Tajuk surat / Perkara ditulis pada bahagian lipatan sejajar dengan alamat pengirim, nama dan alamat penerima serta perkataan menghadapkan surat. ditulis selepas perkataan menghadapkan surat dan diselang satu baris. setiap awal kata ditulis dengan huruf besar kecuali kata sandang, kata hubung dan kata sendi. tajuk/perkara yang lengkap mestilah digarisi (tanpa tanda noktah). selangkan satu baris sebelum memulakan perenggan pertama. (ⅶ) Pemerengganan perenggan pertama (pendahuluan) dan perenggan akhir (penutup) tidak perlu dinomborkan dan dimulakan dari tepi sebelah kiri surat iaitu pada bahagian lipatan. perenggan kedua dan seterusnya hendaklah bernombor. Nombor-nombor itu hendaklah ditulis di tepi iaitu pada bahagian lipatan surat. Tanda noktah hendaklah dibubuh selepas setiap nombor. Permulaan ayat hendaklah ditulis ke dalam sedikit dari nombor. jarak di antara satu perenggan dengan perenggan yang lain hendaklah diselang satu baris. (ⅷ) Pecahan bagi perenggan Perenggan yang mempunyai pecahan hendaklah menggunakan huruf abjad (a), (b), (c), (d), dan sebagainya untuk mewakilinya. (ix) Pengakuan dan tandatangan pengirim sebelum menurunkan tandatangan, hendaklah membuat pengakuan seperti Yang benar, Yang bertugas atau seumpamanya. huruf pertama pada perkataan pertama rangkai kata ini mestilah ditulis dengan huruf besar. rangkai kata ini hendaklah ditulis di tepi pada bahagian lipatan di sudut kiri bahagian bawah surat selepas melangkau dua hingga tiga baris. tanda koma hendaklah dibubuh di akhir rangkai kata berkenaan. tandatangan hendaklah diturunkan di bawah rangkai kata berkenaan. nama penuh pengirim hendaklah ditulis di dalam kurungan dengan huruf besar di bawah tandatangan pengirim. jika mempunyai jawatan tertentu hendaklah disertakan di bawah namanya. (x) Nombor telefon Tidak diperlukan dalam peperiksaan tetapi untuk pengetahuan, nombor telefon harus ditulis di sudut sebelah kanan surat iaitu sebelum garisan melintang dan sebaris dengan baris akhir alamat pengirim. (xi) Nombor rujukan (1) Rujukan Tuan (2) Rujukan Kami Kedua-dua nombor rujukan ini tidak diperlukan dalam peperiksaan tetapi untuk pengetahuan, nombor rujukan harus ditulis di sudut sebelah kanan surat selepas garisan melintang dan sebelum tarikh. 17

(i) Alamat Pengirim (ii) Garisan panjang melintang (iii) Nama dan alamat penerima (v) Perkataan menghadapkan surat (vi) Tajuk surat/ perkara (vii) Pemerengganan (isi) (viii) Pecahan bagi perenggan Lampiran A 132, Jalan Tanping 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Tel: 03-39832790 Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang, Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor. 20 JANUARI 2017 Tuan, Aduan tentang Pembakaran Sampah Sarap Secara Terbuka Berhubung dengan perkara di atas, saya sebagai seorang penduduk Bandar Baru Bangi yang prihatin, ingin menyuarakan rasa tidak puas hati saya terhadap sikap beberapa orang penduduk di tempat saya yang sering membakar sampah sarap secara terbuka. 2. Segelintir penduduk yang tidak bertanggungjawab ini membakar sampah sarap secara terbuka di halaman rumah mereka sehingga asap tebal berkepul-kepul di udara dan perlakuan yang melampau ini berlanjutan hingga kini. 3. Wujud juga senario di mana sikap mereka yang mencerminkan ketandusan nilai cinta terhadap alam sekeliling dalam sanubari mereka menjadi semakin keterlaluan apabila mereka dengan berani melonggokkan sampah sarap dan membakarnya di tepi jalan yang berhampiran dengan rumah mereka. Aktiviti ini secara tidak langsung menyebabkan semak-samun di tepi jalan terbakar dan asap tebal juga mengganggu penglihatan pemandu kereta dan pembonceng motosikal. Ini kemungkinan besar akan menyebabkan kemalangan jalan raya. 4. Asap tebal hasil pembakaran sampah sarap secara terbuka ini turut menyebabkan kesihatan penduduk terjejas. Saya sendiri turut menjadi mangsa penyakit mata merah dan sakit kerongkong. Ada juga jiran yang lebih menderita akibat menghidapi penyakit asma, batuk-batuk dan sesak nafas. Selain itu, banyak haiwan peliharaan kami turut mati akibat terhidu asap berlebihan. 5. Oleh itu, saya mencadangkan agar pihak tuan menghantar pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mengambil tindakan-tindakan berikut: (a) membuat rondaan, (b) melakukan pemeriksaan secara kejut, (c) mengenakan saman terhadap penduduk yang membakar sampah sarap secara terbuka. Akhir sekali, saya berharap agar pihak tuan akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membanteras kegiatan pembakaran sampah sarap ini. Segala tindakan yang diambil oleh tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. (x) Nombor telefon (xi) Nombor rujukan (iv) Tarikh (ix) Pengakuan dan tandatangan pengirim Yang benar, TanPingSiong (TAN PING SIONG) Wakil Penduduk, Bandar Baru Bangi. 18

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI 1. Pengenalan (a) Format surat kiriman tidak rasmi ini dibuat untuk tujuan peperiksaan. (b) Guru-guru dinasihati supaya mematuhi format ini. (c) Contoh surat kiriman tidak rasmi ini boleh dirujuk pada Lampiran B. 2. Ciri-ciri yang perlu terkandung dalam format surat kiriman tidak rasmi (ⅰ) Alamat pengirim ditulis di sudut atas sebelah kanan surat. (ⅱ) Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim dan diakhiri dengan tanda noktah. Nama bulan tidak perlu ditulis dengan huruf besar sepenuhnya. (ⅲ) Pembuka kata ditulis ke dalam sedikit selepas selang satu atau dua baris. (ⅳ) Perkataan menghadapkan surat ditulis di tepi sudut sebelah kiri surat iaitu pada bahagian lipatan. (ⅴ) Pemerengganan semua perenggan hendaklah ditulis ke dalam sedikit daripada bahagian lipatan. jarak di antara satu perenggan dengan satu perenggan yang lain hendaklah diselang satu baris. (ⅵ) Tandatangan pengirim sebelum menurunkan tandatangan, hendaklah ditulis 'Yang ikhlas' atau seumpamanya. huruf pertama pada perkataan pertama rangkai kata ini mestilah ditulis dengan huruf besar. rangkai kata ini hendaklah ditulis di sudut kanan bahagian bawah surat selepas melangkau dua hingga tiga baris setelah menulis penutup surat. tanda koma hendaklah dibubuh selepas rangkai kata berkenaan. hanya tandatangan sahaja yang diperlukan di bahagian bawah rangkai kata berkenaan. 19

Lampiran B (i) Alamat pengirim (ii) Tarikh 2105, Jalan 2/10, Taman Angsana, 52100 Kuala Lumpur. 20 Jun 2017 (iii) Pembuka kata (iv) Perkataan menghadapkan surat (v) Pemerengganan (isi) Menemui sahabatku Christina yang berada di Keningau, Sabah. Semoga saudari sekeluarga sentiasa sihat walafiat. Saudari, Apa khabar sekarang? Saya sekeluarga di sini sihat-sihat saja. Dalam lembaran yang lepas, dinyatakan bahawa saudari ingin mengumpul maklumat berkenaan peranan wanita pada abad ke-21 ini untuk membuat persediaan pertandingan forum. Oleh itu, saya akan membincangkan pelbagai peranan yang dimainkan oleh kaum wanita pada masa kini secara terperinci dalam surat ini. Moga-moga maklumat ini sedikit sebanyak bermanfaat kepada saudari. Sesungguhnya, sejak langsir abad ke-21 dilabuhkan, rakyat yang celik ilmu di negara kita telah semakin meningkat, terutamanya bilangan kaum wanita. Kaum wanita kini sudah melepaskan diri mereka daripada genggaman fikiran kolot dan tradisi yang ketinggalan. Kini, lingkungan pengaruh mereka bukan sahaja terserlah dalam keluarga, malahan kebanyakan daripada mereka kini mendominasi pelbagai arena pembangunan negara, yakni bidang sosial, ekonomi dan tidak kurang juga dalam lapangan politik. Seseorang wanita dalam keluarganya memainkan peranan perdana sebagai pengelola bagi segala urusan yang berlaku dalam keluarganya. Mereka berusaha mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia dan nescaya ini menjadi prasyarat yang paling asas dalam pembentukan generasi pelapis yang berwawasan. Di samping itu, kita dapat lihat bahawa kebanyakan golongan wanita menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pelbagai aktiviti sosial dan amal di negara kita. Contoh yang paling ketara tidak lain tidak bukan, isteri Perdana Menteri kita, Doktor Siti Hasmah acap kali membawa rombongan melawat rumah-rumah kebajikan. Hal ini jelas membuktikan bahawa wanita menyumbangkan jasa yang bermakna terhadap pembentukan masyarakat penyayang. Dalam pada itu, ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan UMNO yang diadakan baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Doktor Mahathir Mohamad sendiri telah mengaku jasa dan sumbangan golongan wanita dalam arena politik. Beliau juga menyatakan bahawa kaum wanita dan kaum lelaki adalah umpama aur dengan tebing. Tanpa usaha wanita yang sanggup berjalan dari rumah ke rumah, kejayaan sesebuah parti politik itu adalah tidak terjamin. Perdana Menteri sendiri juga akur dengan keprihatinan golongan wanita ketika melaksanakan urusan negara. Jelasnya, kita dapat membuat satu kepastian bahawa kaum wanita juga memegang peranan yang amat penting dalam pembangunan negara. Setakat ini sahaja maklumat yang dapat saya sumbangkan. Harap saudari akan berjaya dalam pertandingan forum. Terimalah salam saya sekeluarga untuk saudari sekeluarga di sana. (vi) Tandatangan pengirim Sekian, terima kasih. Yang mengingatimu, JoanneFoo 20