TAJUK 1 SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA 1.1. Sinopsis Perbincangan berkenaan Sejarah perkembangan persekolahan di Malaysia termasuk Laporan-laporan penting seperti Laporan Cheeseman, Feng-Wu, Razak, Rahman Talib, Kabinet, 1.2. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: i. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan Sejarah Persekolahan di Malaysia (1.1). ii. Menunjukkan ciri-ciri kebolehan bekerja secara berpasukan (3.4) iii. Menginterpretasikan Sejarah Perkembangan Persekolahan kepada penentuan hala tuju persekolahan masa kini (1.3) 1.3. Kerangka konsep tajuk ini Sejarah perkembangan persekolahan di Malaysia Sebelum Merdeka Implikasi sejarah perkembangan persekolahan Selepas Merdeka 1.4. Sejarah perkembangan persekolahan di Malaysia 1.4.1. Sebelum Merdeka Sebelum kedatangan Inggeris, terdapat tiga sistem pendidikan di Malaysia : Sistem Pendidikan Melayu, Sistem Pendidikan Cina dan Sistem Pendidikan India. Ketiga-tiga sistem pendidikan ini berbeza dari segi sukatan pelajaran, isi pelajaran dan cara pengajaran. 1
Sistem pendidikan Melayu pada mulanya lebih tertumpu kepada pendidikan agama Islam dan menghafaz surah-surah Al-Quran. Murid-murid di bawah tunjuk ajar guru-guru agama (ustaz) di pondok-pondok, surau-surau, madrasah-madrasah atau masjid-masjid. Selain mempelajari pelajaran agama, murid-murid lelaki juga diajar pertukangan tangan seperti membina peralatan untuk berkebun, memancing dan mencari hasil hutan. Murid-murid perempuan pula diajar hal-hal berkaitan memasak dan menjahit. Mulai pertengahan abad ke -19, sekolah-sekolah vernakular Melayu ditubuhkan. Pada awalnya, sekolah-sekolah vernakular melayu ini ditentang oleh masyarakat Melayu dan guru-guru agama kerana mereka bimbang pihak Inggeris cuba mengkristiankan anak-anak mereka atau cuba menjadikan anak-anak mereka sekular. Walaubagaimanapun, sekolah-sekolah ini mendapat sambutan yang menggalakkan apabila diperkenalkan pembelajaran akademik pada waktu pagi dan pelajaran Al-Quran pada sebelah petang. Hasilnya, terdapat peningkatan dari segi bilangan pelajar. Namun, terdapat pula masalah kekurangan guru-guru terlatih untuk mengajar di sekolah Melayu. Pihak Inggeris juga telah menubuhkan kelas khas Melayu di sekolah-sekolah rendah dan menengah Inggeris bagi keperluan anak-anak dan keluarga elit Melayu seperti anak-anak raja dan bangsawan Melayu. Ini bertujuan untuk memberi pelajaran kepada anak-anak tersebut supaya mereka dapat menjadi pegawai-pegawai rendah dalam Jabatan Perkhidmatan Awam Melayu. Selain itu, pihak Inggeris juga mendirikan beberapa pusat latihan guru seperti Maktab Perguruan Sultan Idris, untuk mengatasi masalah kekurangan guru terlatih. Pendidikan kaum Cina di Malaya bermula seawal 1829. Sekolah-sekolah ini didirikan dan diurus oleh peniaga-peniaga Cina bertujuan menyediakan pekerja untuk perniagaan mereka. Kurikulum sekolah Cina sebahagian besarnya berkaitan ajaran Kung Fu Tze yang mengutamakan etika, nilai murni dan menghormati orang yang lebih tua. Guru-guru kebanyakannya dari negara Cina. Oleh kerana sekolah-sekolah ini ditubuhkan oleh peniagapeniaga, maka bilangannya bertambah dengan cepat. Pihak Inggeris telah melihat ini sebagai suatu ancaman kepada pemerintahan mereka. 2
Sekolah-sekolah Tamil pula mula dibuka di kawasan ladang-ladang getah dimana mubaligh-mubaligh kristian mendirikan sekolah-sekolah Tamil di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Kerajaan Inggeris telah menyokong penubuhan sekolah-sekolah tersebut dengan memberi bantuan kewangan. Sekolah-sekolah ini berorientasikan negara India dan menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Secara relatif, sekolah Tamil tidak memiliki nilai sosial dan ekonomi yang tinggi. Matlamat utama sekolah Tamil adalah untuk menyediakan murid-murid sebagai buruh murah di estet. Guru-guru tidak terlatih dan merupakan guru sambilan yang terdiri daripada kerani yang mengajar untuk beberapa jam pada sebelah petang. Kehadiran murid bermasalah kerana mereka perlu bantu ibu bapa mereka di rumah dan ladang. Berbanding aliran lain, sekolah Inggeris mendapat layanan istimewa daripada pemerintah Inggeris. Sekolah-sekolah Inggeris mula diperkenal di Malaya pada tahun 1816 dengan terdirinya Penang Free School. Singapore Free School dan Malacca Free School. Walaupun sekolah-sekolah tersebut dibuka kepada semua tetapi kebanyakan pelajarnya terdiri daripada kaum Cina. Ini kerana sekolah-sekolah tersebut terletak di kawasan bandar yang mana penduduknya terdiri daripada kaum Cina. Pendidikan di peringkat menengah hanya diadakan di sekolah Inggeris kerajaan, sekolah-sekolah mubaligh dan di sekolah Cina. Pengajian tinggi bermula dengan penubuhan King Edward VII College of Medicine dan Raffles College di Singapura. Kedua-dua institusi tersebut kemudiannya disatukan sebagai University of Malaya di Singapura. Sekolah Melayu yang didirikan dalam tahun 1891 3
Semasa kependudukan Jepun antara 1942 1946, semua jenis sekolah telah dipaksa tutup kecuali beberapa buah sekolah yang mengajar bahasa Jepun. Apabila Malayan Union dibentuk pada 1946, Laporan Cheeseman telah diterima bagi membentuk polisi pendidikan yang baru. Walaubagaimanapun, polisi tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana kerjakerja pembangunan yang perlu selepas kependudukan Jepun. Setelah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1048, Laporan Holgate telah mencadangkan saranan-saranan yang terkandung dalam Laporan Cheeseman diterima dan dilaksanakan. Di sini cadangan untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di semua sekolah telah ditolak. Sebelum kemerdekaan dicapai pada 1957, tidak terdapat sebarang kesamaan dalam aspek peruntukan pendidikan formal di Malaya. Pada 1951, Laporan Barnes telah diterbitkan. Laporan tersebut menyarankan dua jenis sekolah sahaja yang perlu diteruskan iaitu sekolah Melayu dan sekolah Inggeris. Laporan tersebut mendapat bangkangan yang keras daripada komuniti Cina. Ekoran itu, Laporan Fenn-Wu telah mencadangkan bahasa Cina digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah Cina. Namun, murid-murid perlu mempelajari bahasa Melayu dan bahasa Inggeris Hasil percanggahan pendapat dalam cadangan kedua-dua laporan diatas, suatu jawatankuasa khas dibentuk untuk mencari penyelesaian. Saranan-saranan yang dibuat oleh jawatankuasa ini telah diterima dan dilaksanakan dibawah Ordinan Pelajaran pada 1952. Ciri-ciri yang terkandung dalam Ordinan tersebut adalah: Menyokong pembentukan satu sistem persekolahan kebangsaan dimana penggunaan bahasa Inggeris diperkenalkan secara beransuransur di sekolah-sekolah Melayu, manakala di sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil, diperkenalkan penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris. Mengekalkan sekolah jenis kebangsaan aliran bahasa Inggeris Membangunkan sekolah-sekolah menengah aliran vokasional. Malangnya, saranan-saranan di atas tidak dapat dijalankan kerana masalah kewangan. Pada 1956, Laporan Razak telah mengumumkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pada masa yang sama bahasa Cina, Tamil dan Inggeris diterima sebagai bahasa pengantar di sekolah sekolah aliran Cina, Tamil dan Inggeris. Saranan-saranan dalam Laporan Razak adalah: 4
Pengajaran berorientasikan Malaya dengan memperkenalkan kandungan sukatan dan jadual waktu persekolahan yang sama di semua sekolah Bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) menjadi bahasa pengantar utama di semua jenis sekolah Bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran wajib bagi semua sekolah rendah dan menengah Mengubah sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan (aliran bahasa Melayu) dan sekolah jenis kebangsaan (aliran bahasa Inggeris, Cina dan Tamil) Membentuk hanya satu jenis sekolah menengah kebangsaan dan dibuka kepada semua kaum dengan menggunakan kandungan sukatan yang sama berserta kurikulum yang fleksibel. Dapatkan bahan-bahan rujukan tentang Laporan-laporan mengenai Pendidikan dan hasilkan nota ringkas berkenaan rujukan tersebut. Beberapa program latihan guru telah dirangka. Selain Sultan Idris Training College yang dibina bagi melatih guru-guru Melayu, terdapat juga Kota Bahru Training College yang didirikan pada 1954. Kerajaan juga telah menghantar guru-guru pelatih ke Malayan Teachers College di Kirby dan Brinsford Lodge di England. 1.4.2. Selepas Merdeka Pada 1957, semua sekolah rendah di negara ini telah diubah menjadi sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Sekolah rendah Melayu telah ditukar nama kepada sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dewan Bahasa dan Pustaka telah didirikan pada 1956 untuk menerbitkan buku-buku teks sekolah dan bukubuku rujukan dalam bahasa kebangsaan. institut Bahasa telah didirikan pada 1958 untuk melatih guru pakar bahasa Melayu. Pada masa yang sama, sekolah menengah Inggeris dan Cina telah diubah menjadi sekolah menengah jenis kebangsaan. Bahasa pengantar bagi sekolah-sekolah tersebut adalah bahasa Inggeris. Bahasa ibunda diajar sebagai satu mata pelajaran. Bahasa kebangsaan adalah mata pelajaran 5
wajib di sekolah-sekolah berkenaan. Hasilnya, sekolah-sekolah tersebut mendapat status sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Era selepas kemerdekaan telah menyaksikan dua peringkat perkembangan sekolah kebangsaan. Peringkat pertama ialah dengan terlaksananya Laporan Razak.. Peringkat kedua pula ialah dengan terbentuknya Laporan Rahman Talib yang merupakan semakan Laporan Razak. Rujuk Jadual 1. Laporan Razak (1956) Laporan Rahman Talib (1960) Sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah Penubuhan pusat latihan guru Menerbitkan buku teks yang seragam bagi semua sekolah kebangsaan Bahasa kebangsaan dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah Semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan perlu menyediakan tempat untuk belajar kepada semua Umur persekolahan sehingga usia 16 tahun Kenaikan darjah secara automatik hingga tingkatan 3 Penubuhan sekolah menengah lanjutan bagi murid-murid yang gagal Peperiksaan masuk sekolah menengah/mendapat tempat di sekolah menengah akademik Peperiksaan awam hanya menggunakan bahasa rasmi (Melayu dan Inggeris) sahaja Bantuan kewangan diberi kepada sekolah-sekolah aliran Melayu dan Inggeris sahaja Pendidikan secara percuma bagi sekolah kebangsaan (menenga/rendah) Sekolah menengah teknik dan vokasional didirikan bagi melatih murid-murid dalam bidang teknik Jadual 1: Laporan Razak dan Rahman Talib Sistem pendidikan menengah rendah yang menyeluruh dikenali sebagai sistem aneka jurusan telah diperkenalkan pada 1965. Pendidikan teknik dan vokasional pula telah mengalami perkembangan yang pesat dengan penubuhan Bahagia Teknik dan Vokasional pada 1964. Pada 1970, berlaku proses secara berperingkat untuk mengubah semua sekolah jenis kebangsaan aliran Inggeris menjadi sekolah kebangsaan. Sebagai permulaan, lima mata pelajaran di darjah satu hingga tiga diajar dengan menggunakan bahasa Melayu. Rujuk Jadual 2. 1963 1965 Sekolah Lanjutan untuk murid yang gagal peperiksaan persekolahan biasa didirikan. Penekanan diberi terhadap penggunaan Bahasa Kebangsaan pada semua tahap persekolahan. Sistem Pendidikan Aneka Jurusan diperkenalkan pada tahun 1965. 6
Kenaikan secara automatik dari sekolah rendah ke sekolah menengah. 1966 1970 Usaha memupuk integrasi kaum. Memperbaiki ketidakseimbangan pendidikan antara kawasan luar bandar dan bandar. Meningkatkan lagi kemudahan latihan pendidikan. Menghasilkan guru-guru terlatih yang mencukupi. Sekolah menengah teknik dan vokasional didirikan untuk menyediakan peluang kepada murid-murid yang berpotensi dan berbakat dalam bidang vokasional. 1971 1975 Menyemai perpaduan nasional selepas tragedi 13 Mei Reformasi Pendidikan diperkenalkan bagi tujuan menyemai perpaduan antara kaum. Keperluan terhadap pekerja mahir di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) Membanteras kemiskinan Mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi di kalangan pelbagai kaum Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan bagi kaum bumiputera. o o o o o o Menghormati dan mengamalkan Rukun Negara: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan Reformasi latihan Perguruan di Malaysia Jadual 2: Sistem Pendidikan Malaysia Selepas Merdeka Bermula dari 1970, bahasa pengantar di sekolah-sekolah telah diubah secara berperingkat-peringkat. Sehingga 1983 bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar pada semua peringkat pengajian. Sekarang, bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar bagi semua sekolah kebangsaan dan menjadi mata pelajaran wajib di sekolah aliran Cina dan Tamil. Bahasa Inggeris diajar sebagai bahasa kedua. Pada 1980, Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dikendalikan dalam bahasa Melayu sahaja. Mulai tahun 1970, bahasa Inggeris semakin kurang digunakan sebagai bahasa pengantar dalam program latihan guru sekolah rendah. Pentadbiran sistem Pendidikan telah dikembangkan dan dikemas kini bagi membolehkan kerajaan melaksanakan strategi serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru di mana bidang pendidikan menjadi wahananya. Pusat 7
Perkembangan Kurikulum telah didirikan pada 1973 berperanan untuk menilai, mengkaji dan membentuk kurikulum sekolah agar selari dengan matlamat negara. Pada tahun 1975, Jawatankuasa Kabinet telah dibentuk bagi mengkaji sistem pendidikan negara agar ia selari dengan objektif negara iaitu untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan berketrampilan. Cadangan-cadangan utama Jawatankuasa tersebut: Penekanan terhadap penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira Penekanan terhadap pendidikan kerohanian dan unsur-unsur disiplin lain yang diperlukan Penekanan terhadap kurikulum mengikut acuan Malaysia Menyediakan dua peringkat pendidikan menengah iaitu bersifat akademik, dan vokasional Peluang belajar ditingkatkan daripada 9 tahun ke 11 tahun Pengurusan pendidikan yang dirangka khusus bagi memajukan tahap kualiti keseluruhan pendidikan Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan pelaksanaan program Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada 1983 dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada 1989. Pada tahun-tahun 1990-an, Pendidikan Prasekolah telah dilaksanakan. Kebanyakan kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun memasuki tadika sebelum mereka memasuki sekolah rendah. Selepas tahun 1988, KBSR telah disemak.didapati terdapat beberapa kelemahan yang perlu dikemaskini agar dapat menghadapi cabaran-cabaran Wawasan 2020 yang dilancarkan pada awal tahun 90-an. Hasilnya kurikulum ini telah diubah menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang mencerminkan matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Perubahan yang ketara dalam KBSR adalah mengintegrasi nilai-nilai murni semasa proses pengajaran dan pembelajaran, penguasaan dan pengaplikasi kemahiran-kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, menyusun semula kemahiran-kemahiran belajar bermula daripada yang 8
asas kepada yang lebih kompleks mengikut tajuk pelajaran, menyemak semula sukatan setiap mata pelajaran, mengintegrasi penyelesaian masalah matematik dan perniagaan ke dalam pelbagai topik, dan memisahkan mata pelajaran Alam dan Manusia menjadi dua mata pelajaran berasingan iaitu Sains dan Kajian Tempatan. Buat penulisan reflektif tentang mengapa Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan menjadi mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Mulai tahun 1990, sistem Pendidikan Malaysia dapat dirumuskan kepada dua peringkat, peringkat sekolah (rendah dan menengah) dan peringkat pengajian tinggi (Universiti, institut dan kolej). Kanak-kanak mula bersekolah pada umur 7 tahun (Tahun 1) selama enam tahun sehingga mereka berumur 12 tahun. Bahasa pengantarnya boleh jadi dalam bahasa Melayu atau bahasa Cina atau bahasa Tamil berdasarkan jenis sekolah. Semua sekolah tersebut menggunakan kurikulum yang sama. Murid-murid akan dinilai pencapaian mereka melalui ujian penilaian sekolah rendah (UPSR) sebelum dinaikkan ke peringkat pendidikan menengah. Bagi murid-murid dari sekolah Cina dan Tamil, mereka dikehendaki memasuki Kelas Peralihan selama setahun untuk menguasai bahasa Melayu sebelum memasuki tingkatan 1. Murid-murid tersebut akan dinaikkan ke tingkatan 1 secara automatik sekiranya mereka lulus kertas Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan pada peringkat UPSR. Pada peringkat sekolah menengah, semua mata pelajaran akan diajar dalam bahasa Melayu kecuali bagi mata pelajaran bahasa Inggeris dan bahasa Ibunda. Pada penghujung Tingkatan 3, mereka akan menduduki peperiksaan menengah rendah (PMR). Jika mereka gagal, mereka ini perlu mengulang semula Tingkatan 3. Jika lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran, mereka meneruskan pengajian ke Tingkatan 4 selama 2 tahun. Pada akhir tempoh ini, mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Murid-murid yang menunjukkan prestasi baik dibenarkan menyambung pelajaran mereka ke Tingkatan 6 rendah atau ke institusi pengajian tinggi lain.pada akhir tingkatan 6 atas, mereka akan menduduki peperiksaan Sijil 9
Tinggi Persekolahan Malaysia. Bagi yang layak, mereka boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran ke universiti, kolej atau institut pengajian tinggi tertentu. Kini terdapat banyak institisi seperti ini, sama ada awam atau swasta. Bincangkan hala tuju murid-murid yang tamat persekolahan mereka pada masa kini. Pada masa sekarang, perkembangan pendidikan sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi telah berlaku dengan intensif. Dalam perkembangan pendidikan rendah, sains diajar dalam Tahun 1. Pada peringkat menengah, kenaikan secara automatik ke tingkatan 4 dari tingkatan 3 telah berlaku. Pembelajaran Terbuka telah mula diperkenalkan bagi membolehkan para pelajar belajar mengikut masa, tempat dan kadar yang sesuai serta bersesuaian dengan kelayakan mereka. Penekanan dibuat kearas ini bagi memberi peluang kepada mereka yabg mempunyai masalah dari segi geografi, masalah peribadi atau kerja, atau masalah mengikuti struktur kursus yang konservatif. Pada masa yang sama, Pendidikan Jarak Jauh juga diperkenalkan dimana penggunaan teknologi dimanfaatkan. Sila layari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang bagaimana guru boleh menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan TMK. 1.4.3. Implikasi sejarah perkembangan persekolahan kepada penentuan hala tuju persekolahan masa kini Sebagai rumusan, perkembangan persekolahan di Malaysia telah membawa kita kepada situasi sekarang: Pada era sebelum merdeka, setiap kumpulan etnik mempunyai tujuan, model, kurikulum, buku teks, dan guru serta sistem pendidikan tersendiri. Kebanyakan sekolah Melayu terletak di kawasan luar bandar, sekolah Cina di bandar dan sekolah Tamil di ladang getah. 10
Pihak Inggeris memberi bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah Cina dan Inggeris sahaja. Selepas mencapai kemerdekaan, beberapa jawatankuasa telah dibentuk untuk membina dan menyelaras pendidikan formal di Malaya. Penyata Razak menjadi tonggak dan dasar pendidikan kebangsaan. Laporan Rahman Talib menyemak dan mengemaskini Penyata Razak. Berdasarkan Penyata Rahman Talib, semua sekolah umum diubah menjadi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Sekolah umum menjadi Sekolah Kebangsaan dengan bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan untuk menyemak semula sistem pendidikan negara agar bersesuaian dengan matlamat negara untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan berketrampilan tinggi. Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan Menengah telah diperkenalkan Akta Pendidikan 1961 telah diganti dengan Akta Pendidikan 1996. Untuk menghadapi era globalisasi, Pendidikan Terbuka, Pendidikan Jarak Jauh, TMK dan Sekolah Bestari diperkenalkan. TUGASAN TERARAH Dengan merujuk daripada bahan buku dan internet, jelaskan bagaimana laporan-laporan pendidikan telah mempengaruhi sistem pendidikan masa kini di Malaysia. 11
PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy. RUJUKAN Amir Hassan Dawi, 1999. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tg. Malim. Quantum Books. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1999. Perangkaqan Pendidikan/ Educational Statistics. Bahagian Penyelidikan Dasar Pendidikan. K.L. LAMAN WEB www.en.wikipedia.org/wiki/education 12
Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat 13