TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

dokumen-dokumen yang mirip
DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

TEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST SEPTEMBER 2014, 2.

TEKS PENUTUP YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

TUGASAN 2 (INDIVIDU) SITI AIDA BINTI MUHAMAD A152797

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. HALIM MAN PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA PERSIDANGAN TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

22. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan bangunan Suruhanjaya Sekuriti ini.

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

Assalamualaikum dan selamat petang serta selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN SKIM PERKHIDMATAN MASYARAKAT BAGI PENERIMA-PENERIMA BANTUAN KEBAJIKAN BULANAN

BAB 5 Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Yang Amat Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri,

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS MOTIVASI BERSAMA PUSAT BAHASA DAN PEMBANGUNAN INSAN

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN KPWKM SEMPENA MESYUARAT AGUNG PUSPANITA CAWANGAN KPWKM KE-12 OLEH PUAN CHE AZIZAH BINTI CHE RASHID

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

Yang dihormati, SAC I Dato Haji Ghazali bin Md Amin, Ketua Polis Perlis serta Datin,

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

Pekerja seluruhnya di satu pihak, dan di satu pihak yang lain pula, di antara Kerajaan dengan Kesatuan-kesatuan Sekerja dan Persatuan-persatuan

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

KEMENTERIAN DALAM NEGERI PEKELILING AGENSI PERSENDIRIAN BILANGAN 2 TAHUN 2010

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

DRAF TEKS UCAPAN ALUAN PERASMIAN MAJLIS SAMBUTAN PELANCARAN JUBLI EMAS KE 50 TAHUN PENUBUHAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA

Hadirin sekalian, Kepada semua para pelajar Saya berharap agar:

SOALAN NO. 15 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, DEWAN RAKYAT PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS

TEKS UCAPAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS MENANDATANGANI MOU JALINAN KERJASAMA ANGKASA DAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

YBHG. PROF DATUK DR. SHAHRIN SAHIB

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERUSAHA TUAN HAJI RUSLI ABD. HAMID, PENDAFTAR KUKUM

SISTEM PENGURUSAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

Dasar Pendidikan dan Pelaksanaan Hak Kanakkanak

Peranan Penyokong Kumpulan Advokasi Diri

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN WISMA LEVIDA.MY DAN MENYAKSIKAN

UCAPAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS INDUKSI KOPERASI AHLI BARU ANGKASA 23 Februari 2017 (Khamis) Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

TEKS UCAPAN PNC JIM WAKIL. NAIB CANSELOR UTeM

Menghormati pekerja di seluruh dunia. 1.1 Tiada buruh paksa, terikat atau penjara paksaan.

TEKS UCAPAN PENGARAH INTAN MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PESERTA KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM BIL.

KETEGUHAN NEGARA DAN CABARAN DI HADAPAN KITA

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BENGKEL PENSIJILAN & PROFIL PERSONALITI TAJMA

LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

TEKS UCAPAN YBHG DATUK IDRIS BIN HASHIM PENGERUSI PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS) SEMPENA: SEPETANG MERDEKA PADA: 8 SEPTEMBER 2014 (SELASA) 3 PETANG

LAPORAN LAWATAN KE BANK NEGARA MALAYSIA 11 DISEMBER 2014 SASANA KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA NO. 2, JALAN DATO ONN KUALA LUMPUR

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

TEKS UCAPAN PENGERUSI PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS) SEMPENA: LAWATAN KERJA RASMI Y.B. DATO' SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH KE MENARA PNS PADA:

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

ANALISIS KERJAYA DIRI

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

UCAPAN PERDANA MENTERI DI MAJLIS JAMUAN TAHUNAN PERSATUAN PERKHIDMATAN TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD) DI HOTEL HILTON, KUALA LUMPUR, PADA 9 JUN, 1979.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

TEKS UCAPAN ALUAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Ketua Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan,

Y. Bhg. Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi),

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB. NAIB CANSELOR UTeM

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yg. Berbahagia En. Razli Bin Ahmad, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

Transkripsi:

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya, saya dapat hadir dalam majlis yang penuh bermakna ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Dr Fong Chan Onn atas kesudian menjemput saya memberi ucapan di majlis ini dan seterusnya merasmikan Simposium Kerjaya Orang Kurang Upaya pada hari ini. 2. Tahniah saya ucapkan kepada Kementerian Sumber Manusia kerana menganjurkan symposium yang merupakan satu usaha yang murni dan mencerminkan keprihatinan Kerajaan terhadap golongan rakyat kurang upaya. Ini selaras dengan aspirasi negara untuk memupuk satu masyarakat Malaysia yang penyayang. 3. Sepuluh tahun dahulu, saya telah juga diberi kehormatan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk merasmikan pelancaran kempen Penggalakan Penempatan Orang-orang Kurang Upaya dalam sektor pekerjaan. Saya difahamkan bahawa hasil daripada kempen yang dilancarkan itu hingga kini, seramai 3,870 orang kurang upaya telah berjaya ditempatkan dalam pekerjaan di sektor swasta. Bilangan ini amatlah kecil jika dibandingkan dengan bilangan orang kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu seramai 99,500 orang. Sementara itu adalah dianggarkan pula bilangan orang kurang upaya di negara ini adalah melebihi 220,000 iaitu berdasarkan kepada norma anggaran antarabangsa sekurang-kurangnya 1% dari penduduk dunia terdiri daripada orang kurang upaya. 4. Ini bermakna bahawa sebahagian besar daripada orang kurang upaya di negara ini terpaksa mengharapkan bantuan keluarga sendiri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam penghidupan mereka. Sungguhpun adalah dasar Kerajaan menggalakkan masyarakat Malaysia bertanggungjawab menjaga ahli keluarga sendiri sama ada yang tua ataupun yang kurang upaya, terdapat pula banyak keluarga yang tidak mampu melaksanakannya secara bersendirian. Dengan itu masyarakat mempunyai tanggungjawab sosial untuk membantu mereka ini. Dalam menikmati kehidupan yang selesa daripada kemakmuran negara, kita tidak harus sama sekali melupai mereka yang kurang bernasib baik. 5. Saya pasti bahawa semua orang kurang upaya seboleh-bolehnya tidak mahu bergantung semata-mata kepada bantuan dan belas ehsan di samping menjadi beban kepada orang lain untuk penghidupan mereka. Mereka juga mahu bekerja, berdikari dan merasa bangga dapat bersama menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran negara. Bagi seseorang, pekerjaan bukan sahaja satu hak asasi untuk berdikari dan hidup selesa, tetapi adalah juga maruah diri. Orang kurang upaya juga mahu dianggap sebagai rakyat yang berguna dan produktif. Saya percaya masih ramai lagi orang kurang upaya yang mampu melaksanakan pelbagai jenis pekerjaan jika diberi

peluang dan kesempatan. Sudah ternyata bahawa terdapat ramai pekerja orang kurang upaya yang bukan sahaja setanding tetapi juga dapat menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi daripada pekerja-pekerja lain. Tidak dinafikan usaha untuk menempatkan orang kurang upaya dalam pekerjaan sentiasa menghadapi pelbagai rintangan, halangan dan sekatan-sekatan. Kita tidak sepatutnya merasa kecewa apabila menemui kegagalan dan seharusnya meneruskan usaha dan mencari pendekatan baru dan terus membantu mereka. 6. Rintangan yang paling sukar mereka atasi ialah persepsi negatif masyarakat terhadap kemampuan mereka dan stigma yang dirasai oleh majikan-majikan untuk mengambil mereka bekerja. Unsur-unsur negatif ini hendaklah dikikis dan dihapuskan. Dengan itu simposium yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia pada hari ini dengan objektif-objekif sebagaimana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Fong Chan Onn amatlah releven sekali. Saya amatlah berharap agar simposium pada hari ini akan dapat menghasilkan satu rancangan yang berkesan ke arah mengintegrasikan orang kurang upaya ke dalam masyarakat melalui penglibatan mereka dalam pekerjaan. 7. Memandangkan terdapat pelbagai kategori Orang Kurang Upaya dengan tahap keupayaan yang berlainan adalah wajar bagi kita meneliti cara-cara menempatkan mereka dalam pekerjaan yang paling bersesuaian. Ketidakupayaan yang dilihat secara fizikal tidak bermakna golongan ini tidak berupaya untuk bekerja. Dengan bantuan, persekitaran dan peralatan yang sesuai, mereka ini mampu untuk menjalankan kerjakerja dengan baik. 8. Bagi memastikan ketidakupayaan berkembang kepada satu keupayaan, tindakan perlu bermula dari peringkat awal lagi. Mereka perlu dikesan dari peringkat kanakkanak dan satu program pemulihan dan pembangunan minda dan fizikal perlu dirancang untuk membantu mereka menghadapi penghidupan dan cabaran masa depan. 9. Sambil mengucapkan syabas kepada Kementerian Sumber Manusia atas usahausaha yang telah dijalankan, saya juga menyeru semua pihak terutamanya agensiagensi Kerajaan yang ada kaitan, badan-badan berkanun, persatuan-persatuan Orang Kurang Upaya, para majikan supaya dapat bekerjasama dan meningkatkan lagi usaha mereka dalam melaksanakan tanggungjawab sosial mereka dalam perkara ini. 10. Salah satu lagi rintangan yang dihadapi oleh Orang Kurang Upaya dalam usaha mereka mendapatkan pekerjaan ialah tahap pembelajaran dan tahap kemahiran yang diperlukan. Oleh itu Institusi pembelajaran, institusi-institusi latihan vokasional dan latihan kemahiran hendaklah menyediakan peluang yang sama dengan mengadakan kemudahan dan program yang sesuai untuk golongan ini berpeluang meningkatkan keupayaan mereka. Pembangunan teknologi terutamanya di bidang IT, sepatutnya meningkatkan lagi peluang-peluang Orang Kurang Upaya untuk diberi pekerjaan dan bukan sebaliknya. Kita seharusnya bersikap lebih inovatif dengan mengambil kesempatan pembangunan IT untuk membantu Orang Kurang Upaya mendapat pekerjaan. Pembangunan IT dapat meringankan kerja yang berat dan juga

mengurangkan keperluan pergerakan. Pertubuhan-pertubuhan Orang Kurang Upaya seharusnya mengambil peluang ini untuk membantu Orang-Orang Kurang Upaya di bawah jagaan mereka mendapat pekerjaan secara berkumpulan seperti `home working' dan `teleworking'. 11. Persekitaran, merupakan satu lagi faktor penting untuk membolehkan Orang Kurang Upaya menceburkan diri dalam bidang pekerjaan. Persepsi negatif terhadap orang kurang upaya perlu berubah. Majikan mestilah bersedia menyesuaikan tempat kerja, prosedur kerja, aliran kerja, peralatan dan persekitaran kerja yang membolehkan mereka menggaji orang kurang upaya. Penyusunan semula tugas mungkin diperlukan bagi tujuan ini. Pekerjaan Orang Kurang Upaya tidak harus dihadkan kepada kerjakerja tertentu sahaja, tetapi peluang-peluang pekerjaan yang baru setanding dengan kebolehan dan keupayaan mereka haruslah dikenalpasti. Iklan-iklan yang menawarkan peluang pekerjaan mestilahmengambilkira calon-calon kurang upaya. 12. Melalui pemerhatian saya, didapati pengangkutan awam kita masih belum mengamalkan dan mengadakan kemudahan dan struktur yang mesra Orang Kurang Upaya. Dengan demikian golongan ini sukar untuk menggunakan kemudahan ini dan mereka terpaksa meminta bantuan orang ramai. Mereka gagal untuk berdikari.saya menyeru agensi berkaitan untuk mengambil kira faktor ini semasa membuat perancangan pengangkutan awam. 13. Masyarakat umum hendaklah faham bahawa Orang Kurang Upaya tidaklah kekurangan dalam semua aspek. Sekiranya persekitaran yang sesuai disediakan untuk mereka, mereka juga akan mampu untuk menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat. Bangunan dan infrastruktur serta kemudahan awam hendaklah mesra Orang Kurang Upaya supaya golongan ini mendapat akses yang mudah kepada perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Saya sangat sukacita melihat bagaimana bangunanbangunan dan kemudahan komuniti yang baru dibina mengambil kira keperluan Orang Kurang Upaya. Orang kurang upaya mempunyai hak yang sama untuk menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang ada. 14. Orang Kurang Upaya sendiri mestilah pula bersedia untuk mengambil peluang ke atas kemudahan dan bantuan yang disediakan dan hendaklah tidak terlalu memilih pekerjaan yang berupaya dilakukan oleh mereka. Mereka tidak perlu mempunyai perasaan inferiority. Masyarakat tidak mungkin dapat membantu mereka jika mereka sendiri tidak mahu berubah dan tampil ke hadapan untuk memajukan diri mereka sendiri. Setiap keluarga yang mempunyai anak-anak istimewa ini hendaklah sentiasa memberikan segala dorongan dan bantuan agar mereka mempunyai kekuatan bagi menghadapi rintangan dan cabaran hidup yang sedang dan bakal mereka alami. Ibubapa dan keluarga hendaklah sanggup menerima realiti dan bersedia mengubah sikap serta mengikis perasaan malu untuk mendedahkan anak-anak mereka kepada dunia luar supaya mereka mendapat bantuan professional dan menikmati kemudahankemudahan dan bantuan yang sedia ditawarkan oleh pelbagai pihak khususnya di bawah naungan Kerajaan.

15. Bagi mendorong sektor swasta mengambil orang kurang upaya sebagai pekerja, agensi-agensi awam sama ada Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, syarikat milik Kerajaan hendaklah terlebih dahulu menunjukkan teladan dengan memperuntukkan sebahagian dari pekerja mereka kepada orang kurang upaya. Sektor awam sendiri masih belum mencapai sasaran peruntukan 1 % dari pekerjaan yang ada bagi golongan ini. Saya sekali lagi menyeru pihak-pihak yang bertanggungjawab agar memastikan sasaran ini dicapai. Sektor swasta pula tidak memberi sambutan yang diharapkan walaupun kerjasama mereka sentiasa diminta. 16. Sekiranya insentif yang telah diadakan oleh Kerajaan, dan seruan-seruan dari pelbagai pihak masih belum dapat mendorong para majikan untuk mengambil orang kurang upaya bekerja, kita perlulah mencari jalan jalan penyelesaian yang baru. Saya percaya, atas keperihatinan Yang Berhormat Datuk Dr. Fong Chan Onn terhadap orang kurang upaya dan dengan pengalaman yang ada padanya beliau akan dapat mengubah senario ini. Memandangkan bilangan orang kurang upaya yang kebajikan mereka menjadi tanggungjawab negara adalah begitu besar, saya berharap Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan langkah-langkah yang lebih berkesan termasuklah jika perlu, peruntukkan undang-undang. 17. Walau bagaimanapun, tidak saya nafikan bahawa terdapat sebilangan syarikat yang sangat prihatin dan peka dengan keperluan menggajikan Orang Kurang Upaya ini. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada syarikat-syarikat ini kerana telah menyerapkan sebilangan besar orang kurang upaya. Saya berharap syarikat-syarikat lain akan dapat menurut jejak langkah mereka dan menyediakan peluang yang sama kepada Orang Kurang Upaya di dalam syarikat masing- masing. Setengah dari mereka juga telah menyediakan kemudahan tempat tinggal dan pengangkutan bagi memudahkan mereka. 18. Saya berharap agar Simposium hari ini akan dapat memikirkan ide-ide baru dan menghasilkan peluang-peluang kerjaya yang baru bagi Orang Kurang Upaya. Tumpuan juga perlu diberikan kepada mereka yang menjadi kurang upaya akibat kemalangan untuk terus bekerja sama ada di tempat yang sama atau baru. Keperluan mereka mungkin berbeza dari mereka yang kurang upaya sejak kelahiran.saya menyeru para majikan agar tidak mengambil tindakan membuang pekerja-pekerja mereka yang telah kurang upaya akibat kemalangan semasa bekerja dengan sebaliknya memberikan mereka pekerjaan yang sesuai di dalam syarikat yang sama. 19. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para peserta Simposium ini yang melalui sumbangan mereka diharap akan menghasilkan satu Plan Tindakan yang akan dapat mengintegrasikan orang kurang upaya dalam masyarakat. Diharap wakil majikan yang hadir pada hari ini dapat memberi sumbangan yang positif dalam merealisasikan hasrat kita supaya lebih ramai orang kurang upaya diberi peluang pekerjaan dan berupaya menyumbang kepada pembangunan negara. 20. Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada semua

yang terlibat di dalam menjayakan Simposium ini dan dengan amat sukacitanya Merasmikan Simposium Kerjaya Orang Kurang Upaya ini.