KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT, KELAB SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN (KESAMAP) KOD KURSUS LMCK2811 SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN TARIKH 1hb DISEMBER 2015 TEMPAT PUSAT PEMULIHAN DALAM MASYARAKAT (PDK) PENYAYANG BUKIT CHANGGANG, BATU 36, KAMPUNG BUKIT CHANGGANG 42700 BANTING, SELANGOR ANJURAN MAHASISWA/I KELAB SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN (KESAMAP) FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TEMA MASYARAKAT PENYAYANG LAHIR BERSAMA TANGGUNGJAWAB 1
KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT MASYARAKAT PENYAYANG LAHIR BERSAMA TANGGUNGJAWAB KELAB SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN (KESAMAP) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Bagi mencapai KRA1, KRA3 dan KRA4, kertas kerja ini dirangka adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari pihak Fakulti, Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni (PPMPA) bagi mengadakan sebuah Program Khidmat Masyarakat yang dianjurkan oleh Mahasiswa/i Kelab Sains Makanan dan Pemakanan (KESAMAP), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini akan dijalankan pada 1 Disember 2015 di Pusat Pemulihan dalam Masyarakat (PDK), Penyayang Bukit Changgang, Batu 36, Kampung Bukit Changgang 42700 Banting, Selangor. 2.0 PENGENALAN 2.1 Kelab Sains Makanan dan Pemakanan (KESAMAP) merupakan satu kelab di Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Tujuan kelab ini adalah memberi peluang kepada pelajar-pelajar sains makanan untuk mempelajari dan menjalankan aktiviti yang mampu memberikan kelebihan dan manfaat kepada ahli, pelajarpelajar dan masyarakat sekeliling. 2.2 Lahirnya idea bagi menjalankan Program Khidmat Sukarelawan adalah untuk bagi memenuhi modul kursus Citra LMCK2811 Sosial dan Kebertanggungjawaban di samping meningkatkan pengetahuan dalam pembangunan insaniah. 2.3 Program ini akan mendedahkan mahasiswa/i tentang tanggungjawab diri mahasiswa/i terhadap masyarakat sekeliling, memberi pendedahan untuk mereka belajar bersosial dengan masyarakat serta memberi peluang kepada mahasiswa/i melakukan kerja sukarelawan. Mahasiswa/i juga dapat menanam sikap penyayang. Kami memilih Pusat Pemulihan dalam Masyarakat (PDK), Penyayang Bukit Changgang sebagai tempat khidmat masyarakat kami kerana amat sesuai untuk melaksanakan modul kursus Citra LMCK2811 Sosial dan 2
Kebertanggungjawaban kerana pusat tersebut mempunyai masyakarat yang terdiri daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU). 2.4 Semangat kerjasama dalam pasukan juga dapat dipupuk melalui program ini dengan adanya tenaga kerja setiap peserta dalam melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat yang telah diaturkan. Semangat ini merupakan elemen penting bagi melahirkan mahasiswa/i yang mempunyai jati diri serta mampu melahirkan sifat tanggungjawab dalam setiap diri mahasiswa/i kerana setiap ahli kelab akan berkerjasama untuk merealisasikan program ini. 2.5 Selain memenuhi keperluan modul Citra, mahasiswa/i juga dapat mengaplikasikan pembelajaran di luar kelas dalam kehidupan mereka seharian serta mendapatkan ajaran daripada pihak PDK supaya dapat mengamalkan sikap kasih sayang pada masa yang akan datang. 3.0 MISI Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan kelancaran program ini dengan 3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya dapat membentuk mahasiswa/i yang berketrampilan dan berdisiplin. 3.2 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan. 3.3 Menjaga nama baik Universiti sepanjang dan selepas pelaksanaan program 4.0 MATLAMAT Kertas kerja ini disediakan untuk menjadi garis panduan dan rujukan bagi memastikan kelicinan perjalanan program sepanjang Program Sukarelawan ini berlangsung. 5.0 OBJEKTIF 5.1 Melatih mahasiswa/i dalam kemahiran sosial dan kerbertanggungjawaban seperti menguruskan program di luar kampus, dan berhubung dengan pengurusan pihak Pusat Pemulihan dalam Masyarakat (PDK), serta bertanggungjawab dengan setiap tugasan yang telah diagihkan. 3
5.2 Melatih mahasiswa/i dengan pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan komunikasi yang betul serta melatih mereka untuk bersosial dengan masyarakat. 5.3 Menyuntik semangat kepimpinan dan berpasukan yang ada pada mahasiswa seperti menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus, memberi arahan dan mengagihkan tugas serta menyelesaikan aktiviti khidmat masyarakat yang telah diagihkan dan ditugaskan. 5.4 Menanam sikap hormat dan sayang kepada golongan masyarakat Orang Kurang Upaya (OKU). 6.0 TEMA MASYARAKAT PENYAYANG LAHIR BERSAMA TANGGUNGJAWAB 7.0 ANJURAN Program ini dianjurkan oleh Mahasiswa/i Kelab Sains Makanan dan Pemakanan (KESAMAP), Fakulti Sains dan Teknologi (FST). 8.0 TARIKH & MASA Program ini dicadangkan untuk diadakan pada: Tarikh : Masa : 8.00 am - 12.00 pm 9.0 TEMPAT Pusat Pemulihan dalam Masyarakat (PDK) Penyayang Bukit Changgang, Batu 36, Kampung Bukit Changgang 42700 Banting, Selangor. No tel: 0331491354 10.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM 11.1. Peserta: 8 orang mahasiswa/i Kelab Sains Makanan dan Pemakanan 4
11.0 STRUKTUR ORGANISASI Rujuk Lampiran A 12.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran B 13.0 PERINCIAN PROGRAM 13.1 Senamrobik a. Objektif slot ini diadakan adalah untuk: Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama mahasiswa/i serta masyarakat Orang Kurang Upaya (OKU) Mempertingkatkan jasmani mahasiswa/i. b. Kaedah pelaksanaannya adalah seperti berikut: Setiap ahli jawatankuasa akan berkumpul di hadapan sebagai demostrator untuk senamrobik Senamrobik akan dimulakan dengan muzik yang akan disediakan terlebih dahulu Aktiviti tamat apabila semua aktiviti dijalankan 13.2 Aktiviti Pra-tulisan, membaca, mengira serta melukis a. Objektif slot ini diadakan adalah untuk: Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama mahasiswa/i serta masyarakat Orang Kurang Upaya (OKU) Menjadikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) lebih proaktif a. Kaedah pelaksanaannya adalah seperti berikut: Setiap ahli jawatankuasa akan menyediakan alatan menulis dan mewarna serta buku Setiap ahli jawatankuasa akan membuat kumpulan seramai 2-3 orang bersama penghuni PDK iaitu masyarakat Orang Kurang Upaya (OKU) Aktiviti tamat apabila semua aktiviti dijalankan 13.3 Pertandingan membuat kraf-tangan a. Objektif slot ini diadakan adalah untuk: Menjadikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) lebih kreatif 5
Melihat kemampuan dan bakat golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam hasil seni b. Kaedah pelaksanaannya adalah seperti berikut: Setiap ahli jawatankuasa akan menyediakan alatan untuk membuat kraf tangan Masyarakat Orang Kurang Upaya (OKU) akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan mempunyai ketua iaitu seorang ahli jawatankuasa Ketua akan memberi demo akan kraf tangan yang akan dihasilkan Peserta akan mula menghasilkan kraf tangan mereka sendiri dengan bantuan ketua kumpulan Aktiviti tamat apabila semua aktiviti dijalankan 14.0 BELANJAWAN Rujuk Lampiran C 15.0 PEJABAT URUSAN Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat sila hubungi: Pengarah program Lee Wan Xuan Fakulti Sains dan Teknologi/Tahun 2 A149797 Tel: 017-3200378 16.0 PENUTUP Jesteru itu, kami berharap agar cadangan kertas kerja ini serta bantuan kewangan dapat diluluskan. Kami juga berharap semoga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan. Ucapan terima kasih kami dahulukan atas segala sokongan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. 6
Disahkan oleh,... (LEE WAN XUAN) Pengarah Program, Program Khidmat Masyarakat, Fakulti Sains Dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Disemak oleh,... (DR. SHARINA BINTI ABU HANIFAH) Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Disahkan oleh, (PROF. DR.KHAIDZIR HJ. ISMAIL) Ketua Pengarah, Pusat Citra, Universiti Kebnagsaan Malaysia. Diluluskan oleh, (DR. SAIFUL IRWAN ZUBAIRI) Ketua, Hal Ehwal Siswa dan Alumni (HESA), Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebaangsaan Malaysia. 7
LAMPIRAN A STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT Penaung Ybhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor, UKM Pengerusi Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UKM Penyelaras Lt. Kol. (Bersekutu) PA Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, UKM Penasihat Program Dr. Sharina Binti Abu Habifah Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi, FST Pengarah Lee Wan Xuan (FST/2) (A149797) 017 3200378 Timbalan Pengarah Chan Yu Zhi (FST/2) (A149891) 0169299596 Setiausaha Fatin Inshira binti Shahman (FST/2) (A150254) 012 6809495 Timbalan Setiausaha Nuralia Afiza binti Abd Wahab (FST/2) (A150173) 017 2678977 Bendahari Fong Wing Leng (FST/2) (A149653) 016 9739580 8
Pengarah Pengangkutan : Tan Jian Din (FST/2) (A151797) 017 7318378 Pengarah Teknikal : Zur Ain Aqilla binti Zaki (FST/2) (A149174) 014 5080358 Pengarah Logistik : Siti Nurnajwa binti Abddul Rahman (FST/2) (A150360) 019 3757216 SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM KHIDMAT SUKARELAWAN BIL. NAMA NO MATRIK 1. LEE WAN XUAN A 149797 2. TAN JIAN DIN A 151797 3. SITI NURNAJWA BINTI ABDUL RAHMAN A 150360 4. FATIN INSHIRA BINTI SHAHMAN A 150254 5. ZUR AIN AQILLA BINTI ZAKI A 149174 6. CHAN YU ZHI A 149891 7. NURALIA AFIZA BINTI ABD WAHAB A 150173 8. FONG WING LENG A 149653 9
LAMPIRAN B TENTATIF PROGRAM PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT Tarikh: Hari: Selasa MASA 8.00 AM Berkumpul di FST AKTIVITI Bertolak dari UKM 9:00 AM Ketibaan di Pusat Pemulihan Dalam Masyarakat (PDK) 9:00-9:30 AM Senamrobik 9:30-10:00 AM Berinteraksi dengan budak-budak di PDK 10:00-11:00 AM Aktiviti Pra-tulisan, membaca, mengira serta melukis 11:00-12:00 PM Pertandingan membuat kraf-tangan 12.00 PM Pulang ke UKM 10
LAMPIRAN C BELANJAWAN Anggaran Pendapatan BIL PERKARA RM 1. Sumbangan Fakulti Sains dan Teknologi Pusat Pembangunan Mahasiswa & Perhubungan Alumni (PPMPA) RM 200 RM 200 RM 100 Lain- lain JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 500 Anggaran Perbelanjaan BIL PERKARA RM 1. Jamuan (Sarapan)/Cenderamata Peserta ( RM5 x 8 orang ) RM 40 Cenderamata RM 100 Hadiah-Hadiah RM 120 2. Pengangkutan Peserta ( RM10 x 8 orang ) RM 80 3. Baju Peserta ( RM20 x 8 orang ) RM 160 JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 500 11