GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CUTI GAP YEAR UNIVERSITI MALAYA

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN GAP YEAR

PROGRAM GAP YEAR. UiTM dan Angkatan Tentera Malaysia 1 Tahun. UiTM dan Angkatan Pertahanan Malaysia 1 Tahun. UKM dan Polis DiRaja Malaysia 1 Tahun

PROGRAM GAP YEAR KESUKARELAWANAN KHIDMAT NEGARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA & ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

PROGRAM GAP YEAR KESUKARELAWANAN KHIDMAT NEGARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA & ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN CUTI SABATIKAL / CUTI SANGKUTAN INDUSTRI SECARA INBOUND

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

DASAR PASCA DOKTORAL UKM-SPKP-CRIM-PK04-GP05

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM DAN DANA MOBILITI PELAJAR (KE LUAR NEGARA)

GARIS PANDUAN PELANTIKAN FELO KOLEJ KEDIAMAN. (1) Kakitangan Pengurusan dan Profesional Universiti Malaya yang berjawatan tetap atau kontrak; atau

Nombor Dokumen USIM / PK / 14. Prosedur LATIHAN INDUSTRI PELAJAR

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BAGI PROGRAM PELAJAR ANTARABANGSA DI DALAM NEGARA

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM


BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

DASAR PELETAKAN JAWATAN

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

GARIS PANDUAN ELAUN KEMUDAHAN KOMPUTER/NOTEBOOK KEPADA PENSYARAH DAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 / 2003 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR. KUiTTHO.(PB) 10.12/04 (14) 15 Oktober 2003

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF BUKAN AKADEMIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KANDUNGAN. 1.0 Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi Definisi Latihan Industri Objektif Khusus. 4

BAHAGIAN A DASAR PENGAMBILAN PELAJAR

1.1 Sebagai garis panduan pengurusan cuti kepada semua kakitangan tetap dan sementara di UPSI.

KRITERIA ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (KATEGORI KEPIMPINAN)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

PANDUAN ANUGERAH BIASISWA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA. Malaysia (SSM) menyediakann. negara. Panduan anugerah biasiswa SSM adalah seperti berikut:

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI. UTHM.PB/100-6/4/ 1( 19 ) 06 Oktober 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 13 /2008

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/ KELAB: 1.1 Nama pertubuhan ini ialah *Persatuan/Kelab. 1.2 Nama ringkas persatuan/kelab ini ialah UPM

21030 Kuala Terengganu Terengganu, Malaysia

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA GARIS PANDUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SECARA SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA

UTHM.PB/100-6/4( 20) 11 November 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 14/2008 GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM / AKTIVITI PELAJAR

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

IKLAN JAWATAN KOSONG KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK KUMPULAN PERKHIDMATAN PELAKSANA

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

PANDUAN PERMOHONAN PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DI LUAR NEGARA BAGI SEMINAR PERINGKAT ANTARABANGSA

Kumpulan Pelaksana Pengawal Keselamatan KP11 10

JADUAL KERJA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR DAN PERMOHONAN PENGANUGERAHAN SEMESTER III 2016/2017 1/6

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

KEANGGOTAAN DAN PANGKAT

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 Tahun 2014 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KAD KORPORAT

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM UPSI

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

1/6 RASMI (MASA) 2 hari September 2016 Fakulti / Bendahari / PPS / PTM / Pelajar

POLISI PENGANUGERAHAN IJAZAH, DIPLOMA, SIJIL DAN KEPUJIAN AKADEMIK LAIN SECARA AEGROTAT DAN ANUMERTA

TAKLIMAT PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN KEPADA PELAJAR BAHARU IPT

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

PROSEDUR. PK.UiTM.CNS(P).08

2.1 Penuntut Baru ( Freshies ) Yuran Pendaftaran Yuran Berulang (Setiap Semester)

(MASA) Hari terakhir bekerja sebelum semester bermula

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

PERATURAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR SISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR. (pindaan 2013)

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

KANDUNGAN. 1.0 Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Skop Tafsiran Penyelarasan Moderasi Tugas Dan Tanggungjawab 4

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011

LAMPIRAN A. A. Kaedah Lapor Diri bagi Staf dalam Pengajian: Di Bahagian Kemajuan Kerjaya (BKK):

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

PANDUAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI KOLEJ KOMUNITI

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) Kod Dokumen:UPM/OPR/HEPA/P007

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PERATURAN PENGGUNAAN DAN PEMINJAMAN KENDERAAN UMT

BUKU LOG LATIHAN. Tahun : Kementerian Kesihatan Malaysia. No. K.P. Gred Jawatan :. Tempat Bertugas :

BUKU PANDUAN KEWANGAN PROGRAM DIPLOMA SEPENUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transkripsi:

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CUTI GAP YEAR UNIVERSITI MALAYA 1. LATAR BELAKANG Program Gap Year telah diumumkan semasa Majlis Amanat Menteri Pendidikan Tinggi 2017 bagi memenuhi Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 2025 (Pendidikan Tinggi) PPPM(PT) iaitu melahirkan graduan holistik, seimbang dan bercirikan keusahawanan. Program Gap Year akan dilaksanakan dalam jangka masa setahun untuk pelajar membuat refleksi dan penerokaan diri menerusi program kesukarelawanan, keusahawanan, bersukan dan sebagainya. Terdapat tiga bentuk program Gap Year yang ditawarkan iaitu : (1) Gap Year - Kesukarelawanan Khidmat Negara, (2) Gap Year - Kesukarelawanan; dan (3) Gap Year - Umum. 2. TUJUAN Garis panduan ini disediakan adalah untuk memberi penerangan berkenaan urusan pelaksanaan dan tatacara permohonan Cuti Gap Year di Universiti Malaya yang akan berkuatkuasa mulai Sesi Akademik 2017/2018. 3. OBJEKTIF GAP YEAR Program Gap Year dilaksanakan bagi mencapai objektif berikut: (1) Memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk menangguhkan pengajian dalam sesuatu tempoh tertentu bagi mengenali potensi diri dengan menyertai aktiviti kesukarelawanan, keusahawanan, sukan dan sebagainya. (2) Meningkatkan kemahiran insaniah bagi tujuan mempertingkatkan kebolehpasaran graduan; dan (3) Mendapat manfaat hasil pelaksanaan program kesukarelawanan yang dijalankan oleh pelajar menerusi program pembangunan komuniti dan kesejahteraan rakyat. 4. KATEGORI GAP YEAR (1) Gap Year - Kesukarelawanan Khidmat Negara Program ini akan menempatkan pelajar yang berminat ke agensi-agensi badan beruniform seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Pelajar akan berkhidmat sebagai sukarelawan di tiga agensi tersebut selama 1 tahun. 1

(2) Gap Year - Kesukarelawanan Program Gap Year Kesukarelawanan merujuk kepada aktiviti kesukarelawanan yang memberi impak kepada komuniti/masyarakat/universiti anjuran agensi yang diluluskan oleh Universiti. Selain daripada aktiviti Kesukarelawan yang telah dirancang, pelajar juga boleh memohon untuk mengikuti program kesukarelawanan dengan kerjasama antara universiti peneraju yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama agensi yang terlibat seperti berikut: BIL UNIVERSITI PENERAJU AGENSI 1 Universiti Utara Malaysia (UUM) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 2 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Jabatan Kebajikan Masyarakat (UTHM) (JKM) 3 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Islamic Relief Malaysia (IRM) 4 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA 5 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 6 Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) 7 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak(JPNP) (3) Gap Year - Umum Program Gap Year Umum terbuka kepada pelajar yang ingin menangguhkan pengajian bagi melibatkan diri di dalam aktiviti sukan, keusahawanan, meningkatkan kemahiran, melancong dan sebagainya. Program ini tidak mempunyai struktur spesifik seperti program Gap Year - Kesukarelawanan Khidmat Negara atau Gap Year - Kesukarelawanan. Pelajar bebas memilih program yang bermanfaat dan menambah nilai kemahiran mereka. 5. SYARAT KELAYAKAN Pelajar yang layak menyertai program Gap Year mestilah memenuhi kriteria seperti berikut : (1) Warganegara Malaysia; (2) Bukan Warganegara (Hanya Gap Year Umum sahaja) (2) Berstatus AKTIF; (3) Memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Universiti; (4) Pelajar tahun kedua dan ke atas yang belajar secara sepenuh masa di peringkat Ijazah Sarjana Muda; (5) Tempoh program Gap Year yang ingin disertai tidak melebihi satu tahun pengajian akademik; dan (6) Pelajar hanya dibenarkan untuk menyertai SATU kali sahaja program Gap Year sepanjang pengajian. 2

(7) Mengemukakan surat sokongan/kelulusan daripada pihak penaja pengajian seperti MARA, JPA dan sebagainya. (8) Permohonan perlu dikemukakan 2 bulan sebelum semester biasa bermula 4. PROSEDUR PERMOHONAN Pelajar yang berminat menyertai program Gap Year hendaklah melalui prosedur berikut:- (1) Menghantar borang permohonan rasmi Gap Year (Lampiran 1); (2) Menyediakan kertas kerja dengan disertakan dokumen sokongan (Format seperti di Lampiran 2); (3) Mengemukakan permohonan lengkap sebelum tarikh tutup permohonan; (4) Permohonan yang lengkap sahaja akan diproses; (5) Memohon kepada pihak agensi dan universiti secara bertulis sekiranya pelajar ingin memendekkan tempoh atau menarik diri daripada pelaksanaan program Gap Year. (6) Aktiviti yang ingin diikuti oleh pelajar perlu mendapat kelulusan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) dan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh universiti. 5. TEMPOH GAP YEAR Tempoh minimum program adalah selama satu semester biasa dan tempoh maksimum adalah selama dua semester biasa yang diambil secara berturut-turut. Tempoh yang diluluskan untuk menjalani Cuti Gap Year tidak akan diambilkira sebagai sebahagian daripada tempoh minimum pengajian. 6. YURAN PENGAJIAN Pelajar yang diluluskan untuk mengikuti Cuti Gap Year tidak akan dikenakan caj yuran pengajian bagi tempoh tersebut. 7. TANGGUNGJAWAB (1) PELAJAR Pelajar yang menyertai program Gap Year mestilah:- Melaksanakan pemeriksaan kesihatan bagi tujuan permohonan Gap Year Kesukarelawanan dan Gap Year Kesukarelawanan Khidmat Negara; Mematuhi undang-undang yang sedang berkuatkuasa; Menjaga nama baik kementerian, universiti dan agensi; Mematuhi etika dan peraturan agensi sepanjang melaksanakan program Gap Year; dan 3

(e ) Mengemukakan laporan setelah tamat program Gap Year. Sekiranya tiada laporan diterima, status akan dikemaskini sebagai Cuti Semester Peribadi dan tempoh pengajian diambilkira. (2) FAKULTI/PUSAT Menyemak permohonan pelajar berdasarkan syarat yang ditetapkan; Memperakukan permohonan pelajar; dan (c ) Mengemukakan permohonan pelajar kepada HEPA (3) BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI Membuat hebahan kepada pelajar berdasarkan hebahan Universiti peneraju; Menyaring permohonan pelajar mengikut kriteria yang ditetapkan; Mengemukakan permohonan kepada Universiti Peneraju yang melibatkan program Kesukarelawanan; Memastikan pelajar dilindungi dengan insurans yang berkaitan; Mengemukakan permohonan yang telah diluluskan kepada Seksyen Kemasukan & Rekod; Memantau dan memastikan pelajar mengemukakan laporan yang telah tamat; (g) Memberi markah Merit kepada pelajar berdasarkan tahap penglibatan yang bersesuaian; dan (h) Mengeluarkan surat kelulusan Cuti Gap Year (4) SEKSYEN KEMASUKAN & REKOD Mengemaskini status pelajar kepada CUTI GAP YEAR (CGY) (5) UNIVERSITI PENERAJU Membuat hebahan kepada pelajar universiti masing-masing; Memilih permohonan pelajar yang lengkap mengikut kriteria universiti peneraju; Mengadakan perbincangan dengan agensi berkenaan penempatan; Mengeluarkan surat penawaran kepada pelajar yang layak sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh program diadakan; Menjalankan sesi latihan yang bersesuaian mengikut keperluan agensi; Memastikan pelajar mendapat penempatan yang bersesuaian; 4

(g) (h) (i) Memantau aktiviti kesukarelawanan pelajar; Menilai aktiviti kesukarelawanan pelajar (jika berkaitan);dan Universiti peneraju boleh memberhentikan pelajar yang tidak mematuhi syarat Gap Year dengan persetujuan agensi dan memaklumkan kepada universiti pemohon. (6) AGENSI (g) Memastikan pelajar tertakluk kepada syarat yang telah dipersetujui antara agensi dan universiti awam; Mengadakan perbincangan dengan universiti peneraju berkenaan penempatan; Menerima pelajar yang telah dipilih oleh universiti peneraju; Memantau aktiviti kesukarelawanan pelajar; Menilai aktiviti kesukarelawanan pelajar (jika berkaitan); Menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar; dan Mencadangkan untuk memberhentikan pelajar yang tidak mematuhi syarat Gap Year dengan memaklumkan secara bertulis kepada pihak universiti peneraju. 7. PENUTUP Adalah diharapkan program Gap Year dapat membantu pelajar khususnya untuk mencapai objektif program Gap Year iaitu menyemai semangat kesukarelawanan, patriotism, perpaduan dan penyayang. 5