HHHC9601 KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN LAPORAN AKHIR AKTIVITI TEKA AKSI (CHARADES) SET 3 PENSYARAH : PUAN NORLAILA BINTI ABU BAKAR PELAJAR : A143480 A143380 A143295 A143330 A143294 A143611 MUHD IRFAN BIN ZAINAL ABIDIN AHMAD NAJIB BIN ZAINAL NURLIYANA BINTI SADON NURUL AISYAH ATIKAH BINTI S. SAZALI NURASMAZAWANI BINTI FUZI NUR IZZATI BINTI RADZUAN
ISI KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT 1.0 LATAR BELAKANG KURSUS 2 2.0 OBJEKTIF AKTIVITI 2 3.0 PENGENALAN PERMAINAN 3 4.0 GERAK KERJA KUMPULAN 3 5.0 CARTA ORGANISASI KUMPULAN 4 6.0 BUTIRAN AKTIVITI 4 7.0 TENTATIF AKTIVITI 4 8.0 HASIL PEMBELAJARAN 5 9.0 RUMUSAN 5 10.0 LAMPIRAN: PEMBUKTIAN 6-11 1
1.0 LATAR BELAKANG KURSUS Kursus HHHC 9601 Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan ini dijalankan adalah untuk mendedahkan, mempersiap dan melahirkan graduan yang kompeten dan dapat memenuhi pasaran masa kini. Adalah penting bagi setiap diri mahasiswa untuk dapat bergerak dalam manamana kumpulan yang disertainya atau dengan erti kata lain, dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan bagaikan benih yang baik kalau dicampak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau. Mahasiswa kini perlu memanfaatkan segala peluang yang ada untuk melatih diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Di alam pekerjaan, mahasiswa yang sudah bergraduan ini akan diuji aspek kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain dalam bentuk merancang, mengendali, membuat keputusan, mengawal dan menilai bagi mencapai matlamat organisasi. Di akhir kursus ini pelajar mampu memimpin diri sendiri, kumpulan dan organisasi. Set 3 telah sepakat untuk mengadakan aktiviti permainan dalam bentuk kumpulan. Dua buah kumpulan telah ditubuhkan di mana kumpulan kami ini telah memilih untuk mengadakan permainan teka aksi (Charade). Maka bermulalah lembaran baru kami untuk menjayakan aktiviti ini. 2.0 OBJEKTIF AKTIVITI 2.1 Memupuk jati diri mahasiswa yang berkepimpinan, berkeyakinan dan semangat berpasukan 2.2 Mendedah, mempersiap dan melahirkan graduan yang kompeten dan dapat memenuhi permintaan pasaran pekerjaan pada masa ini. 2.3 Melatih dan menguji tahap kepimpinan dan kerjasama dalam kumpulan bagi mahasiswa 2.4 Memberikan peluang kepada mahasiswa menganjurkan aktiviti di luar daripada kebiasaan pendidikan formal yang sedia ada 2.5 Sebagai satu bentuk pembelajaran yang santai dan terbuka untuk membuka minda mahasiswa 2
3.0 PENGENALAN PERMAINAN Teka aksi (Charade) merupakan satu bentuk permainan meneka perkataan. Secara normal, permainan berjalan apabila seorang pemain melakonkan mana-mana perkataan atau frasa, dengan cara membuat mimik dengan perkataan yang serupa atau berkaitan. Manakala ahli kumpulan yg lain akan meneka perkataan atau frasa tersebut. Konsep utama adalah untuk komunikasi fizikal berbanding komunikasi verbal untuk menyampaikan maksud di sebalik mimic tersebut kepada pihak yang lagi satu. Kerjasama dan komunikasi amat diuji pada ketika ini. Ahli kumpulan yang merupakan si pelaku akan terus melakukan mimik pergerakan sehinggalah ahli kumpulan yang meneka menyebut perkataan atau frasa yang tepat. 4.0 GERAK KERJA KUMPULAN 1) Kami membahagikan jawatankuasa dan tugas-tugas yang akan dilaksanakan pada hari kejadian. Tugas-tugas termasuklah pembaca manual permainan, pengacara permainan, penjaga masa, orang yang membunyikan loceng, yang akan mengambil gambar. 2) Kami membahagikan beberapa kategori bagi tujuan merangka perkataan yang untuk diteka. 3) Kami membuat beberapa perkataan yang perlu diteka terdiri daripada perbahasa, nama tempat, nama permainan, nama cerita, nama lagu, nama haiwan, tempat-tempat di pusanika. Perkataan-perkataan ini diletakkan di 6 sampul surat yang akan dipilih oleh ahli kumpulan. 4) Kami membuat manual permainan dan peraturan permainan yang akan dibaca kepada para pemain sebelum bermain teka aksi. 5) Kami menjalankan beberapa sidang perbincangan di fakulti dan di alam maya melalui Whatsapp untuk gerak kerja kumpulan. 3
5.0 CARTA ORGANISASI KUMPULAN PENASIHAT: KETUA PENGARAH: TIMBALAN KETUA PENGARAH: SETIAUSAHA: EXCO PENDOKUMENTASIAN: EXCO CENDERAMATA: EXCO KEBERSIHAN: PUAN NORLAILA BINTI ABU BAKAR MUHD IRFAN BIN ZAINAL ABIDIN NURUL AISYAH ATIKAH BINTI S.SAZALI NURLIYANA BINTI SADON AHMAD NAJIB BIN ZAINAL NUR IZZATI BINTI RADZUAN NURASMAZAWANI BINTI FUZI 6.0 BUTIRAN AKTIVITI MASA: 3.00 PM - 5.00 PM TARIKH: 22 MEI 2015 (JUMAAT) TEMPAT: BILIK SEMINAR 1, FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN, UKM 7.0 TENTATIF AKTIVITI MASA AKTIVITI TEMPAT 2.30 petang Persiapan aktiviti 3.30 petang Kelas bermula Taklimat daripada pensyarah 3.45 petang Aktiviti 1 - Permainan Teka Aksi 4.15 petang Aktiviti 2 - Ujian Minda Bilik seminar 1, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM 4.45 petang Ucapan akhir pensyarah 5.00 petang Bersurai 4
8.0 HASIL PEMBELAJARAN 8.1 Nilai kepimpinan dan kerja berpasukan di dalam kalangan ahli kumpulan 8.2 Kepercayaan antara ahli kumpulan yang terjalin 8.3 Keyakinan dan jati diri 8.4 Komunikasi antara ahli kumpulan 8.5 Pengalaman menganjurkan aktiviti permainan yang menyeronokkan 9.0 RUMUSAN Pertama sekali kami amat bersyukur kerana diberikan peluang sebegini untuk mempelajari HHHC9601 Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan khususnya Puan Norlaila binti Abu Bakar yang telah komited mendidik dan menyampaikan ilmu dengan cara yang sangat baik.kerjasama yang memberansangkan daripada semua ahli set 3 yang menunjukkan semangat dalam menjayakan aktiviti permainan yang dijalankan. Sepanjang tempoh persediaan kursus ini,kami telah didedahkan dan diuji mengenai tatacara pengurusan sesebuah organisasi itu. Bermula dengan sesi perkenalan, pemilihan jawatankuasa kumpulan serta gerak kerja persiapan kepada menjalankan tugas di hari kejadian sebagai sebahagian daripada tulang belakang kumpulan. Kursus ini menberikan input dan manfaat yang berguna kepada kami. 5
10.0 LAMPIRAN ARAHAN CHARADE : 1) Terdapat 6 sampul berisi 6 soalan yang terdiri daripada 10 tema berbeza tema yang akan diselesaikan oleh setiap pelakon dalam masa 5 minit 2) 10 tema tu terdiri daripada tajuk filem, nama penyanyi, tajuk lagu, peribahasa, nama tempat di dalam ukm, nama tempat di Malaysia, permainan tradisional, nama haiwan, nama benda dan jenis tarian di Malaysia. 3) Tiada suara dibenarkan hanya gerak tubuh, anggukan dan gelengan sahaja kecuali bagi tajuk lagu (nada sahaja dibenarkan). 4) Anda akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu tiga orang bagi setiap kumpulan. Pemenang akan dinilai berdasarkan jumlah aksi yang paling banyak berjaya diteka dalam kumpulan. 5) Anda dibenarkan untuk melangkah ke soalan lain jika tidak mampu diteka oleh ahli kumpulan, dan ulang kembali soalan tersebut sekiranya masih terdapat lebihan masa. 6) Jika kedua-dua kumpulan mendapat markah seri, maka pemenang akan diputuskan melalui pusingan bonus. *SEMOGA BERJAYA* 6
ANTARA BEBERAPA SOALAN NAMA TEMPAT BALING SUNGAI PETANI SIMPANG AMPAT PULAU PERHENTIAN NAMA HAIWAN KANGAROO RAMA-RAMA KUDA BELANG ORANG UTAN TARIAN DI MALAYSIA KUDA KEPANG NAGA@SINGA KIPAS IBAN@NGAJAT BENDA SATELIT JENGKAUT/BACKHOE PRINTER PENGHAWA DINGIN NAMA PENYANYI NING BAIZURA DAVID ARUMUGAM ZIANA ZAIN ENCIK MIMPI PERIBAHASA BAGAI MELEPASKAN BATUH DI TANGGA SEPERTI LEMBU DICUCUK HIDUNG TALAM DUA MUKA LIDAH BERCABANG TEMPAT DI UKM DATARAN GEMILANG ALUR ILMU MASJID UKM PTSL PERMAINAN TRADISIONAL DAM HAJI BATU SEREMBAN CEPER CONGKAK NAMA FILEM IRON MAN KINGSMAN HARRY POTTER SUAMI AKU USTAZ NAMA LAGU WANITA TERBAHAGIA POTRET KUN ANTA MANA MUNGKIN 7
GAMBAR SEMASA KEJADIAN Salah seorang peserta sedang mencabut sampul soalan Dua orang lagi ahli kumpulan akan menjawab klu yang diberikan Mereka sedang cuba memberikan jawapan yang tepat Peserta cuba untuk melakonkan klu kepada ahli kumpulannya Pelbagai jenis aksi ditunjukkan untuk memberikan klu Peserta sedang fokus dengan klu yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan mereka 8
Salah seorang ahli kumpulan kami sedang menunjukkan jawapan Peserta sedang memikirkan klu yang akan diberikan Kumpulan 2 sedang berusaha memikirkan jawapan Puan Laila sedang memberikan hadiah kepada pemenang Ketiga-tiga orang ahli kumpulan mendapat hadiah Kumpulan 2 menang dalam pertandingan ini 10
Barisan Ahli Jawatankuasa Charades 10