GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN TERIMAAN BAGI HASIL KEWANGAN PRODUK INOVASI, PERTANDINGAN PRODUK INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN DAN PEMBERIAN SAGUHATI POLITEKNIK MELAKA PENGURUSAN AKAUN AMANAH POLITEKNIK MELAKA Versi April 2016 Berkuatkuasa Mei 2016
KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 TUJUAN 1 2.0 LATAR BELAKANG 1 3.0 SKOP 2 4.0 PANDUAN PERKONGSIAN KEUNTUNGAN 4 5.0 PENGURUSAN TERIMAAN BAGI HASIL KEWANGAN 5 i P a g e
GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN TERIMAAN BAGI HASIL KEWANGAN PRODUK INOVASI, PERTANDINGAN PRODUK INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN DAN PEMBERIAN SAGUHATI POLITEKNIK MELAKA 1.0 TUJUAN Garis panduan ini bertujuan memberikan panduan kepada Jawatankuasa Pengurusan Akaun Amanah Politeknik Melaka mengenai pelaksanaan terimaan bagi hasil kewangan produk inovasi, pertandingan produk inovasi dan pengkomersialan dan pemberian saguhati Politeknik Melaka dalam skop berikut: a) Pengurusan Produk Inovasi Politeknik Melaka b) Penyertaan Pameran dan Pertandingan Politeknik Melaka c) Perancangan Pengkomersialan dan Pertandingan Usahawan Politeknik Melaka. 2.0 LATAR BELAKANG Garis panduan pengurusan produk inovasi, penyertaan pameran dan pengurusan pengkomersialan produk inovasi Politeknik Melaka dilaksanakan berasingan berlandaskan kepada Buku Panduan Perancangan Dan Pengurusan Inovasi, Harta Intelek (IP) Dan Pengkomesialan Politeknik Malaysia terbitan Pusat Penyelidikan dan Inovasi Politeknik (PPIP), Jabatan Pengajian Politeknik pada tahun 2014. Page 1 of 9
Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi Politeknik Melaka (KUPIK) bertanggungjawab mengemukakan pengurusan produk inovasi, penyertaan pameran dan pengurusan pengkomersialan produk inovasi Politeknik Melaka tahunan kepada PPIP. Laporan pelaksanaan pula hendaklah dihantar secara berkala setiap sukuan tahun. 3.0 SKOP Skop pelaksanaan pengurusan produk inovasi Politeknik Melaka adalah seperti berikut: 1. Pengurusan Produk Inovasi Politeknik 2. Penyertaan Pameran dan Pertandingan 3. Pengurusan Pengkomersial Produk Inovasi SKOP 1 : Pengurusan Produk Inovasi Politeknik Melaka Pengurusan produk inovasi Politeknik Melaka. Peranan KUPIK adalah seperti berikut: a) Menggalakkan penjanaan idea inovasi dalam kalangan staf/pelajar politeknik dan membantu dari segi pengurusan produk inovasi Politeknik Melaka. b) Menyelaraskan pelaksanaan pertandingan projek akhir pelajar di Politeknik Melaka. c) Memastikan inovasi yang disenarai pendek dibuat perlindungan harta intelek terlebih dahulu sebelum diketengahkan untuk 2 P a g e
pameran dan pertandingan di peringkat yang lebih tinggi (rujuk panduan perancangan dan pengurusan IP). SKOP 2 : Penyertaan Pameran Dan Pertandingan Penyertaan Pameran Dan Pertandingan produk Inovasi dilibatkan bersama-sama KUPIK dalam proses penyertaan pameran dan pertandingan. Peranan KUPIK adalah seperti berikut: a) Menggalakkan penyertaan politeknik dalam pameran/pertandingan Produk Inovasi Politeknik Melaka. b) Memastikan inovasi tersebut telah diiktiraf di peringkat politeknik dan kebangsaan untuk layak ke peringkat antarabangsa. SKOP 3 Perancangan Pengkomersialan/ Pertandingan Usahawan KUPIK dan Ketua Unit Usahawan melaksanakan proses perancangan pengkomersialan tahunan politeknik dengan penglibatan PPIP. Peranan KUPIK adalah seperti berikut: a) Mengenalpasti keperluan dan membuat perancangan pengkomersialan termasuk anggaran belanjawan pengkomersialan. b) Menghantar salinan perancangan pengkomersialan berkenaan kepada PPIP. 3 P a g e
4.0 PANDUAN PERKONGSIAN KEUNTUNGAN Sebarang hasil kewangan yang diperoleh daripada produk inovasi, pertandingan inovasi dan pengkomersialan/ eksploitasi inovasi/ IP politeknik hendaklah dibahagikan di antara politeknik dengan pereka cipta setelah mengambil kira potongan ke atas semua perbelanjaan yang munasabah. Politeknik Melaka boleh mengagihkan pendapatan bersih tersebut berdasarkan surat perjanjian yang telah dimeterai di antara politeknik, pereka cipta dan pihak yang berkenaan (pembeli/ syarikat usahasama/ pemegang lesen). Surat perjanjian tersebut (MOA) dengan jelas memperuntukkan persetujuan pengagihan keuntungan dan ditandatangani bersamasama oleh politeknik, pereka cipta dan pihak berkenaan. Terdapat pelbagai model perkongsian keuntungan yang boleh digunapakai oleh politeknik. Contoh model perkongsian keuntungan yang boleh dirujuk adalah seperti di bawah: Model Perkongsian Keuntungan Jumlah Pereka Cipta Politeknik 1. RM 250,000.00 pertama 80% 20% 2. RM 250,001.00 RM 1,000,000.00 70% 30% 3. RM 1,000,001.00 RM 2,000,000.00 60% 40% 4. RM 2,000,001.00 ke atas 50% 50% (rujukan: Buku Panduan Perancangan Dan Pengurusan Inovasi, Harta Intelek (IP) Dan Pengkomersialan Politeknik Malaysia terbitan Pusat Penyelidikan dan Inovasi Politeknik (PPIP), Jabatan Pengajian Politeknik, 2014) 4 P a g e
Sekiranya terdapat dua atau lebih pereka cipta menghasilkan inovasi/ip, pengagihan pendapatan pereka cipta adalah mengikut perjanjian bertulis yang telah dibuat di antara mereka. Jika tiada sebarang perjanjian bertulis, setiap pereka cipta berhak untuk mendapat bahagian pendapatan bersih yang sama. Jika terdapat perubahan dalam keahlian pasukan pereka cipta, terma perjanjian perlu dirunding semula dalam kalangan pasukan lama dan baharu. Terma baharu hendaklah didokumenkan. 5.0 PENGURUSAN TERIMAAN BAGI HASIL KEWANGAN PRODUK INOVASI, PERTANDINGAN PRODUK INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN DAN PEMBERIAN SAGUHATI Pengurusan terimaan bagi hasil kewangan pengkomersialan dan pemberian saguhati hendaklah dilaksanakan melalui Akaun Amanah, Unit kewangan Politeknik Melaka, yang telah diluluskan oleh Pengarah Politeknik Melaka. Segala pendapatan hasil pengkomersialan inovasi/ip dan apa-apa jenis sumbangan yang berkaitan hendaklah disampaikan kepada Pengarah Politeknik Melaka untuk dikreditkan ke dalam Akaun Amanah,Unit Kewangan Politeknik Melaka. 5 P a g e
Berikut adalah pembahagian hasil terimaan: Item Pereka Cipta Politeknik 1. Produk Inovasi 20% 80% Peserta + Penyelia Akaun Amanah PMK 75% 25% Item Pereka Cipta Politeknik 2. Pertandingan Inovasi 20% 80% Peserta Akaun Amanah PMK 75% 25% Item Pereka Cipta Politeknik 3. Pengkomersialan/ Pertandingan Usahawan 70% 30% Peserta Akaun Amanah PMK 75% 25% Pertandingan 0% 80% 20% Keuntungan Keusahawanan 0% 80% 20% (Fasilitator/ mentor/coach) 20% dari peruntukan peserta 4. Nota: Pensyarah pengiring tidak layak mendapat pembahagian hasil terimaan 6 P a g e
Garis Panduan Garis Panduan Pelaksanaan Terimaan Bagi Hasil Kewangan Produk Inovasi, Pertandingan Produk Inovasi Dan Pengkomersialan, Dan Pemberian Saguhati Politeknik Melaka versi April 2016 ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun Bil.4/2015 Politeknik Melaka pada 08 Januari 2016. Garis panduan ini diluluskan untuk diguna pakai oleh Politeknik Melaka dan berkuatkuasa mulai Mei 2016. 7 P a g e
8 P a g e