BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN. pendidikan melalui wakaf di institusi pendidikan dayah di Aceh. Pihak-pihak yang

dokumen-dokumen yang mirip
BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN. Peruntukan undang-undang wakaf di Indonesia yang kurang dalam pemerkasaan

BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. pemeliharaan public property (harta milik am) termasuk proses peruntukan harta (dana)

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 14 AUDIT DALAMAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Teknologi Pengajaran (2 jam)

BAB 6. pendapatan dan (7) mengenalpasti kesan agihan zakat dari perspektif maqāṣid syarīah.

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB TUJUH RINGKASAN, IMPLIKASI, DAN PENUTUP. untuk menganalisis mekanisme pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam konteks

Sustainable Education 54

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PEMBANGUNAN PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN (PTP) UNTUK PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN FASILITI DI UTM

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Katakunci : pengurusan konflik, peserta program khas pensiswazahan, guru besar

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Keterlibatan Industri

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

UNIT FALAK, JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN: PERANAN DAN SUMBANGANNYA DALAM MENYEBARKAN ILMU FALAK DALAM ALAM MELAYU

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. zakat pendapatan di Aceh maka dapat dirumuskan beberapa isu penting sebagaimana

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NANOTEKNOLOGI (GPNT)

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

Pengupayaan dalam pengurusan moden, merupakan komponen yang memainkan peranan penting ke arah keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi.

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Faktor pergaulan luas digunakan dalam hal ini kerana pengkaji berpendapat

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

BAB I PENDAHULUAN. Mahkamah Syariah di Aceh telah wujud sebelum zaman penjajahan Portugis

MODEL PENAKSIRAN ZAKAT DI BANK-BANK ISLAM DI MALAYSIA. Siti Sarah Binti Mohamad Noor Shofian Bin Haji Ahmad

Pengambilan Tanah untuk Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura Soalan-soalan Lazim (FAQ)

Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?

PANDUAN PENGURUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA FLEKSI BAGI STAF PENTADBIRAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

BAB KEENAM RUMUSAN, SARANAN DAN PENUTUP. kawasan tersebut. Bab ini diakhiri dengan saranan dan cadangan kepada PAS Pusat, PAS

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

I. PENDAHULUAN. Strategik Daerah atau singkatannya RENSTRADA, yakni Rencana 5 (lima) tahunan

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

UKM-SPKP-JP-PK05-BO09 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 52

Ulasan Buku Undang-undang [ULASAN Islam di Malaysia: BUKU] Prinsip dan Amalan 179. Mohd Norhusairi Mat Hussin

HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK

BAB V KESIMPULA DA SARA A. harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut

بسم هللا الرحمن الرحيم

ULASAN BUKU PENGENALAN

FAKTOR-FAKTOR PENGHINDAR PEMERKASAAN MASYARAKAT

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pendahuluan

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

TEKS ALUAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PEWAKAFAN. 1 P a g e

Latar Belakang/Sejarah

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

PJJ Unit 1: Definisi Krisis, Pengurusan Krisis, Pengurusan Krisis Organisasi

Anugerah Keterlibatan Komuniti

Transkripsi:

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan Kajian ini telah dijalankan ke atas pihak-pihak yang ada kaitan dengan pembiayaan pendidikan melalui wakaf di institusi pendidikan dayah di Aceh. Pihak-pihak yang berkaitan iaitu pihak Baitul Mal Aceh, Kementerian Agama Provinsi Aceh, dan pihak dari tiga institusi pendidikan dayah yang ada di Aceh. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah temu bual dengan pihak-pihak yang menjadi sumber data primer. Pengkaji melakukan temu bual untuk mendapatkan data-data utama untuk kajian ini, yang kemudian semua data tersebut disimpulkan dengan menggunakan analisis deskriptif dan analisis kandungan. Daripada hasil analisis tersebut, pengkaji dapat menjawab semua objektif yang telah dibuat. Dalam bab ini pengkaji mencuba untuk menyimpulkan hasil daripada penyelidikan yang telah dilakukan dalam bab-bab sebelumnya.kesimpulan itu meliputi perkmbangan terkini pembangunan wakaf di Aceh, pembiayaan pendidikan melalui wakaf di institusi pendidikan dayah, serta halangan-halangan dalam pembiayaan pendidikan melalui wakaf di Aceh. Selain daripada itu pula, pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang didapat dari hasil temu bual mahupun cadangan dari analisis pengkaji sendiri. 5.2 Kesimpulan Kajian ini bertujuan untuk meneliti perkembangan wakaf terkini secara umum yang berlaku dalam masyarakat Aceh. Perkembangan yang berkaitan pembangunan harta-harta wakaf 163

yang wujud di Aceh yang selama ini ditadbir oleh dua institusi pentadbiran wakaf di Aceh. Pengkaji juga akan menganalisis sejauhmana wakaf mempunyai peranan dalam pembiayaan pendidikan di institusi pendidikan dayah di Aceh, seterusnya ia juga cuba mengenalpasti halangan-halangan yang wujud dalam pembangunan wakaf ke arah yang lebih berkesan dan memberikan impak kepada kesejahteraan masyarakat dan kemajuan pendidikan di Aceh. 5.2.1 Pembangunan Wakaf di Aceh Pengkaji membahagi kajian pembangunan wakaf di Aceh kepada dua aspek iaitu aspek potensi pembangunan harta wakaf di Aceh dan aspek perundang-undangan wakaf yang ada serta institusi pentadbiran wakaf. Dalam aspek potensi pembangunan harta wakaf di Aceh, pengkaji telah mendapati bahawa potensi wakaf di Aceh sangat besar. Apabila potensi harta wakaf yang ada di Aceh mampu diberdayakan secara maksimum dan profesional maka wakaf akan memberikan impak yang besar dalam mensejahterakan masyarakat dalam pelbagai aspek termasuklah aspek pendidikan. Berdasarkan data daripada Kanwil Departemen Agama Provinsi Aceh Bahagian Pengembangan Pensijilan Tanah Wakaf pada tahun 2012, tanah wakaf di 23 Kabupaten di Aceh berjumlah 24,898 lokasi dengan luas 767,825,948,094 m 2. Dari Jumlah tersebut, yang sudah bersijil sebagai tanah wakaf sebanyak 13,730 lokasi dengan luas 429,681,557,247 m 2, dan yang belum mempunyai sijil sebanyak 11,168 lokasi dengan luas 338,144,390,847 m 2. Ini bermakna, baru 55.14 peratus daripada tanah wakaf di Aceh telah memiliki sijil 164

tanah wakaf dari Badan Pertanahan Nasional Republik Indonesia (BPN RI) 1, sedangkan selebihnya belum mempunyai sijil sebagai tanah wakaf sehingga ini akan mendedahkan kepada pertikaian terhadap tanah-tanah wakaf tersebut. Pemanfaatan tanah wakaf yang dilakukan oleh nazir masih bersifat tradisional, dari jumlah potensi yang sangat besar itu terdapat sedikit sahaja nazir yang melakukan pemberdayaan tanah wakaf secara profesional. Berdasarkan temu bual pengkaji dengan pengerusi wakaf di Departemen Agama, mendapati bahawa tahapan-tahapan nyata dilakukan untuk menyelamatkan tanah wakaf dengan cara mencadangkan nazir untuk menguruskan sijil wakaf kepada tanah-tanah wakaf yang ada. Dalam hal ini, pihak kerajaan juga ikut memberikan bantuan kepada nazir untuk proses pengurusan sijil dari tahap awal sampai kepada Badan Pertanahan Nasional. Sehinggga dapat disimpulkan bahawa pada masa sekarang ini, harta wakaf belum sampai lagi kepada tahapan pembangunan dan pemberdayaan, tahapan yang tengah berlangsung ialah proses menyelamatkan aset wakaf dengan pensijilan. Namun usaha-usaha ke arah membangunkan wakaf juga telah dilakukan oleh pelbagai pihak di Aceh. Aspek seterusnya yang menjadi perhatian pengkaji iaitu aspek perundang-undangan wakaf yang ada serta institusi pentadbiran wakaf di Aceh. Undang-undang wakaf kerajaan pusat Indonesia berlaku di Aceh, meskipun Aceh juga mempunyai wewenang untuk membuat qanun tersendiri termasuk qanun wakaf. Sehingga ada dua institusi yang melakukan pentadbiran wakaf di Aceh, iaitu Kementerian Agama Wilayah Aceh dan Baitul Mal Aceh. 1 Data Pengembangan Pensijilan Tanah Wakaf Provinsi Aceh, Departemen Agama Wilayah Aceh, 2013. 165

Berdasarkan Peraturan Menteri Agama No. 20 Tahun 2012 tentang Organisasi dan Tata Kerja Instansi Vertikal Kementerian Agama, maka salah satu Susunan Organisasi Kantor Wilayah Kementerian Agama Provinsi yaitu Bidang Penerangan Agama Islam, Zakat, dan Wakaf atau disingkat Penais ZAWA. Diantara undang-undang wakaf dari kerajaan pusat Indonesia ialah Lahirnya Peraturan Pemerintah No. 28 Tahun 1977 tentang Perwakafan tanah milik,undang-undang No. 41 tahun 2004 tentang Wakaf dan Peraturan Pemerintah No. 42 Tahun 2006 tentang pelaksanaannya termasuk memberikan sosialisasi tentang keberadaan Undang-undang (UU) dan Peraturan Pemerintah (PP) tersebut. Perundangan itu semua memeberikan ruang yang lebih terbuka untuk mengembangkan dan mengembangkan wakaf ke arah yang lebih berkesan oleh pihak-pihak yang berkait. Baitul Mal Aceh berdasarkan kepada qanun No. 10 tahun 2007 tentang Baitul Mal Aceh. Qanun tersebut menyebut bahawa Badan Baitulmal berkuasa mentadbir harta agama yang bersumber daripada zakat, infaq, sedekah, meusara, 2 wakaf, wasiat, warisan, imarah, hibah dan lain-lain. Namun berdasarkan temu bual yang dilakukan pengkaji terhadap ke dua-dua pengerusi institusi ini mendapati bahawa Kementerian Agama Wilayah Aceh telah melakukan langkah yang nyata dalam pembangunan wakaf di Aceh seperti pensijilan dan melakukan training nazir supaya nazir dapat meningkatkan kualiti dalam menguruskan wakaf. Sedangkan Baitul Mal Aceh, selama ini lebih tampak peranannya dalam pemberdayaan zakat, sedangkan perihal wakaf, institusi ini lebih banyak bekerjasama dengan Kementerian Agama Wilayah Aceh dalam membuat program-program yang berhubungkait dengan wakaf seperti seminar dan pelatihan-pelatihan nazir. 2 Armiadi, Zakat Produktif, 186. 166

5.2.2 Pembiayaan Pendidikan melalui Wakaf Seperti yang telah dihuraikan dalam bab 4, kajian ini dijalankan di tiga institusi dayah yang berbeza tempat dan peringkatnya. Tiga dayah tersebut ialah Dayah Darul Ihsan Tgk haji Hasan Krueng Kalee di Siem Aceh besar, Dayah Mahyal Ulum al-aziziyah di si Sibreh Aceh Besar dan Dayah Uswatun Hasanah di Blang Nibong Aceh Utara. Dalam kajian pembiayaan pendidikan melalui wakaf di tiga institusi dayah, pengkaji mengalisis tiga aspek pembiayaan iaitu aspek wakaf tanah sebagai tapak pembinaan sebuah institusi dayah, aspek wakaf bangunan institusi dayah, dan aspek wakaf produktif yang dapat membiayai kos operasi aktiviti-aktiviti pendidikan di dayah. Aspek pertama iaitu aspek wakaf tanah sebagai tapak pembinaan sebuah dayah. Dari hasil temu bual pengkaji dengan pengerusi setiap dayah, maka pengkaji mendapati bahawa dari tiga dayah tersebut semua mendapatkan pembiayaan berupa tanah wakaf sebagai tempat berdiri dayah tersebut. Tanah wakaf itu adakalanya bersumber dari wakaf dari masyarakat, wakaf pengerusi/pimpinan dayah ketika dayah hendak dibina. Dari tiga dayah tersebut, Dayah Darul Ihsan merupakan dayah yang 2/3 kompleks dayah adalah tanah wakaf. Diantara tanah wakaf yang dimiliki oleh dayah ini telah berlaku kaedah istibdal. Sedangkan Dayah Mahyal Ulum al-aziziyah pula berdiri di atas empat ekar tanah wakaf, diatas tanah wakaf itulah semua aktiviti-aktiviti pendidikan dijalankan, bahkan aktiviti ekonomi produktif pun dijalan di dayah wakaf ini. Dayah Uswatun Hasanah juga didirikan diatas tanah wakaf, meskipun keluasan tanah wakaf di dayah ini lebih kecil dibandingkan dengan Dayah Darul Ihsan dan Mahyal Ulum. 167

Aspek kedua yang menjadi perhatian pengkaji ialah aspek wakaf bangunan dayah. Daripada tiga dayah yang menjadi objek kajian, semuanya memiliki bangunan infrastruktur dayah yang bersumber dari wakaf. Bangunan insfrastruktur Dayah Darul Ihsan bersumber dari kerajaan, NGO, yayasan dan wakaf. Sedangkan Mahyal Ulum merupakan dayah yang infrastuktur bangunannya lebih banyak yang bersumber dari wakaf, selain itu juga ada bantuan dari kerajaan Aceh. Dayah Uswatun Hasanah pula, kebanyakannya infrastruktur bangunannya bersumber dari bantuan kerajaan, NGO yang akadnya bukan akad wakaf, hanya sebahagian kecil dari bangunan di dayah ini yang bersumber dari wakaf. Selain dua aspek wakaf tanah dan bangunan, pengkaji juga menganalisis aspek wakaf produktif yang dimiliki oleh dayah untuk membiayai kos operasi aktiviti-aktiviti pendidikan yang ada di dayah. Berdasarkan kajian, aspek yang ini merupakan yang paling lemah diantara kedua aspek yang pertama. Dari tiga dayah yang dikaji, hanya satu dayah sahaja yang ada memiliki aset wakaf produktif berupa usaha kedai furniture, koperasi, penternakan, perikanan dan perkebunan, iaitu Dayah Mahyal Ulum al-aziziyah yang berusaha untuk menjadi dayah yang mandiri secara kewangan melalui wakaf. Semua jenis aktiviti tersebut dilaksanakan dalam kawasan persekitaran Dayah dan di atas tanah wakaf yang dimiliki oleh dayah yang berkanaan. Pulangan dari aset wakaf produktif tersebut dimanfaatkan untuk membiayai kos operasi dayah. Sedangkan Dayah Darul Ihsan Abu Krueng Kalee dan Dayah Uswatun Hasanah tidak mempunyai aset wakaf produktif. Dayah Uswatun Hasanah mempunyai usaha produktif tapi itu bukan aset wakaf, itu semua aset yayasan. 168

5.2.3 Halangan dan Solusi dalam Pembiayaan Pendidikan melalui Wakaf di Aceh Halangan dan kekangan dalam mengembangkan pembiayaan pendidikan melalui wakaf sama dengan halangan dalam mengembangkan wakaf pada umumnya. Halangan-halangan itu datang dari pihak-pihak yang terlibat dalam pentadbiran wakaf. Pengkaji akan menganalisis tiga faktor halangan dalam pembiayaan pendidikan melalui wakaf, iaitu Nazir, kerajaan dan juga masyarakat. Halangan dari pihak nazir, diantaranya nazir tidak memiliki ilmu yang memadai tentang wakaf serta cara mengembangkannya. Banyak nazir yang tidak mampu berbuat apa-apa terhadap harta wakaf yang telah diserahkan oleh wakif sehingga harta wakaf tidak berfungsi secara maksimum. Nazir yang profesional memiliki kualifikasi tertentu baik moral, pengurusan, bisnis. Inilah sumber halangan nazir. Namun demikian, sekarang telah banyak latihan-latihan nazir yang diberikan oleh Forum Nazir dan pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk mendidik nazir ke arah yang lebih baik, seperti Baitul Mal dan Kementerian Agama Provinsi Aceh. Kerajaan menjadi halangan dalam pengembangan wakaf produkti termasuk wakaf pendidikan. Kerajaan bertugas membuat perundang-undangan wakaf yang dapat diterapkan ke arah memajukan wakaf dan memartabatkan wakaf. Aceh telah mengeluarkan qanun Baitul Mal yang di dalamnya diatur tentang zakat dan wakaf. Namun dalam realitinya qanun wakaf tidak dapat dijalankan secara maksimum oleh Baitul Mal sebagai institusi yang dibentuk oleh pemerintah Aceh untuk menguruskan perihal zakat dan wakaf. Sehingga menurut pengkaji perlu adanya qanun khas wakaf yang tidak bertentangan perundang-undangan Indonesia, kerana Aceh merupakan daerah autonomi maka ia boleh 169

membuat qanun tersendiri, tapi yang berlaku sekarang seakan berlakunya percanggahan antara qanun Aceh UU Wakaf Indonesia. 5.3 Cadangan Kajian tentang wakaf di Aceh masih sangat jarang dilakukan, berbanding dengan kajiankajian zakat yang telah ramai pengkaji melakukan kajian dalam hal ini. Kajian-kajian tentang wakaf sememangnya sangat diperlukan di Aceh. Sudah sepatutnya wujud pengkaji yang lebih ramai dalam bidang ini, sehingga para pengkaji dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan wakaf di Aceh dengan idea-idea dan cadangan-cadangan yang bermanfaat. Berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan, maka pengkaji mencadangkan beberapa hal kepada beberapa pihak yang berkait dalam pembangunan wakaf di Aceh secara amnya, dan dalam pembiayaan pendidikan melalui wakaf secara khas. Diantaranya ialah: 1. Kepada pihak pentadbiran hendaklah melakukan pendataan yang lebih lengkap tentang harta wakaf yang wujud di Aceh. Hendaklah dibuat secara detail yang manakah wakaf dan dan wakaf khas sehingga hal ini akan memudahkan dalam pembangunan wakaf. Selain daripada itu, pihak pentadbiran perlu mempertingkatkan lagi usaha-usaha untuk mengembangkan wakaf. 2. Hendaklah institusi pendidikan dayah mempunyai sebuah badan wakaf yang bertugas mencari aset-aset wakaf produktif dan mengembangkannya sebaik-baiknya sehingga institusi dayah mendapatkan pulangan yang signifikan dari aset wakaf. 3. Kepada pengkaji berikutnya, hendaklah membuat kajian-kajian yang berkaitan dengan sejarah wakaf di Aceh pada masa kerajaan Islam dahulu, dan kajian-kajian 170

dalam hal pembangunan wakaf yang ada, serta kajian-kajian yang berkaitan dengan pengaruh nazir dan masyarakat dalam pembangunan wakaf di Aceh. 4. Kepada kerajaan, hendaklah segera membentuk sebuah badan wakaf khas yang profesional dan berwibawa dalam menjalankan tugasan pentadbiran wakaf. Pada masa sekarang ini, Baitul Mal Aceh dan Panais ZAWA Kementerian Agama Provinsi masih kurang peranannya dalam pentadbiran wakaf kerana mengingat dua institusi ini bukan institusi khas dalam pengurusan wakaf. 5. Institusi pendidikan dayah selain tempat mempelajari ilmu-ilmu syariat, hendaklah mengamalkan konsep pembiayaan pendidikan melalui wakaf sepertimana al-azhar Mesir yang mampu bertahan dengan aset wakaf yang sangat banyak. 171