BAB 5 PENUTUP. Bab ini merupakan kesimpulan dan rumusan terhadap permasalahan Saudara Baru

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 4 PERMASALAHAN SAUDARA BARUDI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN CADANGAN PENYELESAIANNYA

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

LAPORAN LAWATAN KE BANK NEGARA MALAYSIA 11 DISEMBER 2014 SASANA KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA NO. 2, JALAN DATO ONN KUALA LUMPUR

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

ARAHAN: ( )

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN PENYELIDIKAN

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

FACT SHEET

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB KELIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan di sini membawa pengertian kesimpulan kepada semua fakta-fakta

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. Mengenal pasti dan merangka strategi survival Melayu dan Bumiputera Menjelaskan strategi. Bumiputera fokus Malaysia.

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

2.0 PENYATAAN MASALAH

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

ANALISIS KERJAYA DIRI

BAB KEENAM RUMUSAN, SARANAN DAN PENUTUP. kawasan tersebut. Bab ini diakhiri dengan saranan dan cadangan kepada PAS Pusat, PAS

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

perkara-perkara berkaitan pemahaman terhadap hadis kerana beliau merasakan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap hadis masih berada di tahap yang

Polisi Privasi. Pengenalan

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

Borang Soal Selidik. Kurikulum Tirukkuṟaḷ dalam sukatan pelajaran Bahasa Tamil sekolah rendah dan. menengah ke arah Pembentukan insan holistik

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

TAJUK PROJEK: PROGRAM PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN EKONOMI PENTERNAK KAMBING DAN KELUARGA DI MUKIM BATU TALAM RAUB, PAHANG

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

Bab 3 ETIKA DAN POLITIK ORGANISASI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

PENGARAH (GRED 54) Taraf Jawatan : Tetap Gaji : RM6, RM13, (tidak termasuk imbuhan/elaun) Kekosongan : 1

Transkripsi:

BAB 5 PENUTUP 5.0 PENDAHULUAN Bab ini merupakan kesimpulan dan rumusan terhadap permasalahan Saudara Baru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan penyelesaiannya. Rumusan ini dibuat adalah berdasarkan kepada penulisan di setiap bab. 5.1 RUMUSAN DAN KESIMPULAN 5.1.1 Rumusan terhadap Saudara Baru. 1. Badan-badan dakwah yang terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta telah memainkan peranan yang penting dalam membimbing Saudara Baru yang menganut agama Islam ke arah melahirkan Saudara Baru yang mantap pegangan agamanya. Antara badan-badan dakwah yang terdiri daripada agensi kerajaan ialah seperti pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur(JAWI). Manakala agensi-agensi swasta atau NGO terdiri daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Malaysian Chinese Muslim Ummah (MACMA), Persekutuan Persatuan India Muslim Malaysia (PERMIM), Yayasan Dakwah Malaysia (YADIM) dan lain-lain lagi. Badan-badan dakwah ini telah mengadakan pelbagai usaha seperti mengelolakan kelas-kelas bimbingan agama Islam, kursus-kursus berunsur dakwah, menjalankan aktiviti mesra seperti kunjung-mengunjung ke rumah Saudara Baru, hari 191

keluarga dan lain-lain aktiviti lagi. Dengan demikian badan-badan dakwah ini mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai kehidupan Saudara Baru. 2. Terdapat pendekatan yang berbeza yang digunakan oleh badan-badan dakwah ini dalam menerapkan khidmat mereka terhadap Saudara Baru. Perbezaan tersebut adalah dari segi waktu kelas-kelas pengajian bermula, bahasa pengajaran, kebolehan tenaga pengajar, lokasi kelas-kelas bimbingan, penggunaan teks pengajaran dan sebagainya. Perbezaan bahasa adalah seperti di kelas bimbingan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Manakala di Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) lebih cenderung kepada Bahasa Inggeris, Malaysian Chinese Muslim Ummah (MACMA) menggunakan Bahasa Cina dan begitu juga di kelas bimbingan agamapersekutuan Persatuan India Muslim Malaysia (PERMIM) di mana bahasa Tamil digunakan secara keseluruhan. 3. Tiada paksaan digunakan terhadap Saudara Baru untuk memeluk agama Islam. Semua Saudara Baru yang berdaftar di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ( JAWI ) dan di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) memeluk Islam secara sukarela dan bukan paksaan daripada mana-mana pihak. Pelbagai faktor diketengahkan oleh penulis seperti di bab 2. Antaranya ialah kerana kesedaran terhadap benarnya agama Islam, mimpi, kurang atau tidak faham pada agama asal dan lain-lain lagi. 192

4. Metodologi dakwah yang digunakan oleh badan-badan dakwah yang terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta harus ditingkatkan untuk merealisasikan segala aktiviti dakwah mereka terhadap Saudara Baru lebih berkesan. Buat masa ini metodologi dakwah yang kerap kali digunakan adalah seperti dakwah Islamiah, dakwah melalui penerbitan dan dakwah melalui kebajikan. Oleh yang demikian dicadangkan metodologi dakwah terhadap Saudara Baru ditambah dalam pelbagai cara untuk melahirkan Saudara Baru yang mantap, berilmu tinggi dalam bidang agama Islam, beriman dan bertaqwa. Penulis juga ingin menyedarkan pihak yang bertanggungjawab mendidik dan membimbing Saudara Baru ke arah kebaikan dunia dan akhirat, agar mengkaji strategi dam metode dakwah yang digunakan oleh Baginda Rasullulah Nabi Muhammad S.A.W dalam konteks dakwah baginda terhadap sahabat semasa di Mekah dan Madinah. Fenomena ini adalah penting agar usaha dakwah pihak-pihak tertentu terhadap Saudara Baru lebih berkesan dan menghasilkan kejayaan yang tinggi dalam usaha dan matlamat mereka. 5. Dalam bab 3, penulis juga telah menulis pelbagai masalah yang dihadapi oleh Saudara Baru sebelum dan selepas memeluk agama Islam. Masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh Saudara Baru ini ialah seperti dimarahi keluarga asal, dipulau oleh keluarga dan kawan-kawan, menghadapi masalah kewangan, tiada pekerjaan, masalah dengan penduduk tempatan, masalah di tempat kerja dan pelbagai masalah lagi. Oleh yang demikian usaha yang gigih dan mantap adalah dicadangkan diambil oleh semua lapisan individu Islam, badan-badan dakwah dan pihak kerajaan untuk membantu Saudara Baru agar masalah mereka tersebut dapat dibendung dengan mudah. Perkara ini 193

penting supaya imej Saudara Baru dan agama Islam sendiri tidak tercemar. Malah andaian dan tohmahan yang mengatakan seseorang bukan Islam yang memeluk agama Islam akan atau sentiasa menghadapi masalah dapat dibendung. 5.1.2 Rumusan kefahaman Saudara Baru terhadap pengajian Islam 1. Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tumpuan utama Saudara Baru untuk mendapat pendidikan atau pengajian Islam adalah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (ABIM) dan Malaysian Chinese Muslim Ummah (MACMA). Di tempat-tempat pengajian yang disebutkan di atas bilangan pelajar dari kalangan Saudara Baru adalah terlalu ramai dan terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan pelbagai peringkat umur. 2. Dari segi kehadiran dalam kelas pengajian Islam adalah dalam tahap yang sederhana kerana ramai pelajar sering tidak hadir kelas dan ada juga berhenti pengajian dalam pertengahan pengajian berjalan serta ada yang berhenti tiba-tiba tanpa memberi sebarang notis. Keadaan ini menyebabkan proses pengendalian kelas untuk Saudara Baru terganggu dan seterusnya ditangguhkan atau ditamatkan. 3. Pemahaman dan penerimaan subjek-subjek agama oleh Saudara Barudi kelaskelas bimbingan agama Islam seperti subjek al-qur an, fiqh, tauhid dan berkaitan fardu 194

ain adalah kurang memberangsangkan jika berbanding dengan kelas-kelas di pondok. walaupun ramai Saudara Baru yang telah memeluk agama Islam lebih dari 3 tahun, namun masih tidak dapat membaca atau memahami subjek-subjek yang diajar seperti subjek al-qur an. Contoh daripada soal selidik terhadap pelajar di kelas pengajian Islam yang dikendalikan oleh pihak JAWI, bagi soalan mengenai jumlah juz yang ada dalan al- Qur an, hanya 77% yang menjawab dengan betul iaitu 30 juz manakala yang lain mengatakan salah. Begitu juga soalan yang berkaitan surah mana yang terpanjang di antara surah-surah yang ada dalam al-qur an hanya 70.3% yang mengatakan dengan betul iaitu surah al-baqarah, manakala yang lain mengatakan salah. Kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak semua Saudara Baru mengetahui perkara-perkara asas tentang Rukun Islam, Rukun Iman, Rukun Sembahyang, perihal malaikat, kisah nabi-nabi dan Sifat 20. Bagi soalan yang berkaitan dengan Sifat 20 pelajar telah ditanya dengan soalan berikut iaitu adakah orang alim dan baik hati boleh bermimpikan Allah? Pelajar yang menjawah ya adalah seramai 48.6%, manakala yang mengatakan tidak ialah 51.4%. Mungkin pelajar yang mengatakan ya iaitu seramai 38 orang ini mungkin masih terikutikut kepercayaan agama lama seperti Hindu, Buddha dan Kristian kerana dalam agamaagama ini memang pengikutnya diberitahu bahawa orang baik boleh bertemu tuhan dalam pelbagai cara. Perkara ini mungkin berlaku kerana tiada kesedaran di kalangan beberapa Saudara Baru tentang pentingnya mempelajari dan mengamalkan pengetahuan tentang Sifat 20 dalam hidup seorang Islam. Malah perkara ini juga timbul kerana tenaga pengajar kurang mahir dengan pengajian mengenai Sifat 20. Dari tinjauan dan pengalaman penulis sendiri mendapati pelajaran mengenai Sifat 20 tidak pernah diajar di 195

kelas-kelas pengajian agama Islam untuk Saudara Baru walaupun pernah menuntut di kelas-kelas bimbingan Islam selama lebih kurang 15 tahun di JAWI. 4 Daripada akhlak dan sikap Saudara Baru juga sangat menyedihkan. Ini kerana dari tinjauan dan pemahaman penulis walaupun sudah bergelar muallaf atau Saudara Baru setelah memeluk agama Islam masih ada segelintir Saudara Baru yang mengamalkan sikap negatif seperti tidak menghormati orang lain, suka mengumpat, malas, tidak mahu mempelajari Islam atau enggan hadir ke kelas-kelas pengajian Islam, suka berjudi dan sebagainya. Amalan ini adalah bertentangan dengan nilai-nilai murni Islam atau etika dalam Islam. Sepatutnya amalan negatif yang diwarisi atau dipraktikkan sebelum memeluk agama Islam ini hendaklah dihentikan serta merta untuk memelihara nama baik dalam Islam. Perubahan dalam sikap ini adalah penting kerana amalan-amalan negatif ini boleh menggugat, dan melemahkan keimanan Saudara Baru itu sendiri. Perbuatan dan amalan yang negatif ini juga dianggap berdosa dalam agama Islam. 5.1.3 Kesimpulan kefahaman Saudara Baru terhadap pelajaran Islam Kesimpulannya kefahaman Saudara Baru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini terhadap pelajaran dan pengetahuan mengenai asas-asas agama Islam adalah tidak menyeluruh. Kajian ini menunjukkan bukan semua Saudara Baru faham mengenai pelajaran asas al-qur an, Rukun Islam, Rukun Iman, perkara-perkara berkaitan Malaikat, Sifat 20 dan berkaiatan nabi dan rasul. Soalan-soalan yang ditanya adalah terlalu asas 196

dan ada dalam kalangan Saudara Baru yang telah lama mengikuti kelas-kelas pengajian tetapi tidak dapat menjawab keseluruhan soalan dengan betul. 5.3 CADANGAN DAN SARANAN 5.3.1 Umat Islam 1. Seluruh umat Islam tidak kira bangsa diminta agar memberi kerjasama dan melayan dengan baik Saudara Baru seperti kawan atau ahli keluarga mereka sendiri. Disarankan juga semua umat Islam memberi gambaran dan pendedahan yang sebenar mengenai keindahan dan kemurniaan agama Islam untuk memantapkan lagi kepercayaan Saudara Baru terhadap Islam. Saudara Baru hendaklah sentiasa dibantu jika mereka menghadapi masalah dari segi fizikal dan rohaniah memandangkan ramai Saudara Baru menghadapi pelbagai masalah semasa memeluk agama Islam. Sekurang-kurangnya bantuan yang dihulurkan ini dapat mengurangkan masalah yang di hadapi oleh Saudara Baru dalam mengharungi kehidupan dalam dunia Islam. 2. Umat Islam juga disarankan memberi kerjasama dalam membimbing Saudara Baru mengenai pengajian Islam dan pengetahuan Islam memandangkan bukan semua Saudara Baru yang mampu menghadiri kelas-kelas bimbingan agama Islam yang biasanya diadakan di kawasan bandar dan pekan. Perkara ini timbul kerana Saudara Baru 197

menghadapi masalah dari segi masa dan kewangan untuk menghadiri kelas-kelas pengajian agama Islam. 3. Disarankan ramai umat Islam menyertai pertubuhan-pertubuhan dakwah yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta berkaitan dengan Saudara Baru supaya dapat menyumbangkan idea, harta, kepakaran agama, tenaga, menjadi keluarga angkat dan lain-lain untuk memantapkan lagi pegangan agama Islam dalam kalangan Saudara Baru. Penyertaan ramai orang Islam dalam pertubuhan-pertubuhan dakwah ini boleh menyebabkan pertubuhan-pertubuhan tersebut menjadi lebih mantap, kukuh dan teguh, 5.3.2 Saudara Baru 1. Saudara Baru disarankan agar mendaftar dan terus melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan-pertubuhan dakwah yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti pihak JAKIM, JAWI, ABIM, MAGMA dan lain-lain lagi untuk menimba ilmu Islam dan supaya kebajikan mereka terjamin. Saudara Baru juga disarankan supaya mengambil usaha bersungguh-sungguh menghadiri kelas-kelas bimbingan agama Islam secara sistematik dan berterusan yang dianjurkan oleh JAWI dan pertubuhan-pertubuhan dakwah yang lain untuk memantapkan lagi pegangan agama Islam mereka. Menghadiri kelas-kelas bimbingan ini adalah amat penting kerana kerana selain daripada menimba ilmu Islam, mereka juga boleh 198

berkenalan dengan Saudara Baru yang lain, berkenalan dengan tenaga pengajar dan berkongsi pendapat mengenai kehidupan mereka baru dalam dunia Islam. 2. Saudara Baru juga dinasihatkan supaya sentiasa ikhlas dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang penganut Islam kerana hanya yang bersikap ikhlas sahaja yang akan berjaya sebagai seorang Islam di dunia dan akhirat. Walaupun ada fenomena yang mengaitkan beberapa Saudara Baru tidak ikhlas semasa memeluk agama Islam, perkara ini tidaklah begitu serius kerana jumlah yang terlibat adalah amat sedikit.saudara Baru juga dinasihatkan supaya kekal dalam agama Islam dan hindari perbuatan murtad. Perbuatan murtad adalah amat keji di sisi Allah S.W.T. dan amat dasyat balasannya di ahirat kelak. Semua Saudara Baru dinasihatkan supaya kekal dalam Islam walaupun menghadapi pelbagai masalah dan haruslah menganggap setiap masalah itu adalah dugaan dan ujian dari Allah S.W.T. semata-mata untuk menguji keimanan dan ketaqwaan hambanya. 5.3.3 Badan-badan Dakwah 1. Badan-badan dakwah disyorkan supaya mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh Saudara Baru dalam semua aspek. Dan segala masalah yang dikenalpasti hendaklah didaftarkan atau direkodkan serta bijak mengatasi masalah-masalah berkaitan dengan Saudara Baru. Setiap saudara yang datang untuk mengadu masalah mereka hendaklah dilayan dengan baik dan tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut. Perbuatan enggan melayan dan menjawab setiap aduan 199

yang diutarakan oleh Saudara Baru hendaklah dihentikan. Untuk menyelesaikan masalah yang dibawa oleh Saudara Baru badan-badan dakwah mestilah mengujudkan unit kaunseling dengan pegawai kaunseling yang boleh menyelesaikan masalah Saudara Baru. 2. Badan-badan dakwah juga haruslah memilih tenaga pengajar yang berkelayakan dan mudah ramah mesra untuk menjadi tenaga pengajar dalam kelas-kelas bimbingan yang berkaitan dengan Saudara Baru. Ini adalah penting supaya Saudara Baru didedahkan atau diajar berkaitan tentang pengetahuan Islam secara betul dan berpandukan kepada ajaran Islam yang benar dan murni. Perlantikan tenaga pelajar dari kalangan yang kurang berpengetahuan tentang subjek-subjek pelajaran Islam hendaklah dielakkan. Disaran tenaga pengajar ini dipilih juga dari kalangan Saudara Baru yang telah matang atau memiliki pengetahuan agama Islam yang tinggi kerana mereka ini mudah beramah mesra dengan Saudara Baru dan pernah mengharungi hidup sebagai Saudara Baru yang mula-mula memeluk agama Islam. 3. Disyorkan juga tenaga pelajar dipilih dari pelbagai bangsa yang memiliki kesamaan bahasa dan budaya hidup dengan Saudara Baru. Misalnya bagi Saudara Baru dari kalangan orang-orang Cina yang menghadiri kelas hendaklah dibimbing oleh penganut Islam dari kalangan orang-orang Cina atau bangsa lain yang faham bahasa Cina. Perkara ini perlu untuk mengatasi masalah kurang faham bahasa lain di kalangan Saudara Baru dari kalangan orang-orang Cina. Begitu juga disyorkan kepada Saudara Baru dari bangsa dan etnik yang berlainan. 200

4. Di era zaman moden ini adalah difikirkan supaya badan-badan dakwah yang berkaitan dengan Saudara Baru untuk menyediakan laman web khas berkaitan dengan Saudara Baru. Pelbagai maklumat berkaitan dengan agama Islam boleh dimuatkan dalam laman web untuk tatapan dan pemahaman Saudara Baru. Selain pendidikan berkaitan Islam Saudara Baru juga harus diberi pendedahan atau pengajian berkaitan komputer supaya mereka dapat berinteraksi dengan komputer atau memuat turun apa-apa maklumat berkaitan Islam. Pangkalan data harus direka untuk merekodkan pelbagai maklumat berkaitan Saudara Baru pada masa sekarang dan akan datang. Pendidikan komputer ini juga penting supaya Saudara Baru tidak ketinggalan dalam dunia komunikasi berbanding dengan penduduk Islam yang lain. 5.3.4 Kerajaan 1. Kerajaan disyorkan untuk menyediakan satu peruntukan duit yang besar atau geran pembayaran untuk aktiviti-aktiviti Saudara Baru yang dikelolakan oleh pertubuhan pertubuahn agama Islam dari agensi kerajaan dan swasta. Kerajaan boleh menyalurkan berjuta-juta ringgit kepada pertubuhan pertubuahn agama Islam dari agensi kerajaan dan swasta supaya segala aktiviti berkaitan Saudara Baru dapat dijalankan dengan mudah dan tanpa sebarang masalah. Penyaluran duit yang banyak ini juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah Saudara Baru yang sentiasa hidup dalam kemiskinan. 201

2. Kerajaan disyorkan agar lebih menumpukan perhatian terhadap pendidikan agama Islam Saudara Baru. Kerajaan mestilah menyediakan tempat-tempat pengajian agama Islam yang lebih bersistematik seperti Institut Islam. Institut ini boleh dibina di kawasan dalam kota Kuala Lumpur di atas tanah yang diwakafkan untuk pembangunan Islam. Pembinaan Institut ini adalah sangat penting untuk Saudara Baruserta kerajaan harus menyediakan tenaga pengajar yang berjawatan tetap dan berkemahiran di semua pertubuhan-pertubuhan agama Islam yang berkaitan dengan Saudara Baru. Dengan adanya jawatan tetap, tenaga pengajar boleh menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam mendidik Saudara Baru dan tidak memikirkan jawatan atau tempat berkerja yang lain kerana secara tak langsung jawatan tetap ini dapat menjamin kerjaya dan masa depan pengajar. 3. Kerajaan haruslah melantik pasukan-pasukan pemantau kelas-kelas pendidikan agama Islam yang dikelolakan pertubuhan-pertubuhan dakwah yang berkaitan dengan Saudara Baru serta lain-lain aktiviti yang dikelolakan untuk Saudara Baru. Pasukan pemantau ini hendaklah sentiasa menyediakan laporan untuk pihak berkuasa bagi mengkaji tahap kemajuan dan pencapaian pertubuhan-pertubuhan dakwah yang mengelolakan pelbagai aktiviti terhadap Saudara Baru. 4. Memberikan bantuan dari segi kewangan kepada Saudara Baru yang memeluk agama Islam, menghadiri aktiviti-aktiviti agama Islam serta elaun kehadiran ke kelaskelas pendidikan agama Islam bagi Saudara Baru. Kerajaan juga dicadangkan memberikan elaun atau bantuan biasiswa kepada pelajar dari kalangan Saudara Baru 202

yang mampu untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi lagi seperti di peringkat menara gading. Pemberian elaun atau biasiswa ini dapat mengurangkan beban kewangan Saudara Baru serta menggalakkan Saudara Baru menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pengajian mereka. 5. Disyorkan juga kerajaan membuka satu perkampungan atau penempatan baru untuk Saudara Baru. Perkampungan yang dimaksudkan hendaklah siap dengan dengan rumah-rumah bagi Saudara Baru atau keluarga mereka untuk tinggal. Pusat pendidikan agama Islam, pusat-pusat perniagaan, bengkel-bengkel kemahiran seperti bengkel kenderaan, bengkel jahit menjahit, bengkel pertukangan dan lain-lain lagi juga hendaklah disediakan oleh pihak kerajaan supaya Saudara Baru dapat bekerja atau memulakan perniagaan untuk menjamin masa depan mereka serta keluarga mereka. Disyorkan juga bentuk perkampungan ini hendaklah seperti perkampungan FELDA yang telah ditubuhkan serta dimajukan oleh pihak kerajaan. Pembukaan perkampungan tersebut adalah penting untuk melahirkan satu masyarakat Islam dari kalangan Saudara Baruyang mantap, berpengetahuan agama Islam yang tinggi, berdisplin, dapat saling bantu membantu, beriman dan bertaqwa serta bertanggungjawab kepada agama Islam dan negara dan keluarga. 5.3.5 Pengkaji Akan Datang Diharapkan penulis disertasi akan datang yang memilih tajuk mengenai Saudara Baru dapat mengenal pasti banyak lagi masalah yang dihadapi oleh Saudara baru yang 203

tidak sempat ditulis oleh penulis. Bilangan tempat kajian hendaklah ditambah dan begitu juga jumlah responden, jumlah badan-badan dakwah yang dikaji dapat ditambah untuk kajian mengenai Saudara Baru. 5.4 PENUTUP Kesimpulannya bukan semua Saudara Baru yang memeluk agama Islam hidup dalam keselesaan dan kesenangan. Ada juga Saudara Baru yang hidup dalam serba kekurangan serta menghadapi pelbagai masalah. Untuk mengelakkan masalah-masalah tersebut pelbagai usaha hendaklah diambil oleh pelbagai pihak seperti kerajaan, pertubuhan-pertubuhah dakwah Islam, umat Islam serta Saudara Baru sendiri. Ini adalah penting supaya kegiatan dakwah Islamiyah di negara ini terus berkembang serta dapat menghapuskan perbuatan murtad dalam kalangan Saudara Baru. Dan akhirnya diharapkan penulisan disertasi ini dapat mencapai objektif kajian ini seperti yang tercatat dalam bab 1. 204