Dasar Antisogokan & Antirasuah Global Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2017

dokumen-dokumen yang mirip
DASAR ANTI RASUAH RGIS

Tatakelakuan. Pembekal

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin

Cognizant Technology Solutions Kenyataan Pemberi Maklumat dan Tiada Serangan Balas

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

Tatakelakuan Rakan Kongsi HP Berkuat kuasa 1 November, 2010

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

Kebijakan Antisuap & Antikorupsi Global, Berlaku Sejak: 1 Juli 2017

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

Standard Tanggungjawab untuk Pembekal

Kesetiaan kepada Syarikat

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Polisi Privasi. Pengenalan

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

Flint Group Dasar Hadiah Dan Hiburan

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Piawaian Tatalaku Pembekal Accenture Piawaian Tatalaku Pembekal

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

Kod pengendalian perniagaan

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

Tata Kelakuan Perniagaan

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Laporan borang; buku-buku; rekod-rekod dan perakaunan dalaman; arahan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

Tatakelakuan Pekerja. Perniagaan dijalankan dengan cara yang betul. Orang & Budaya

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

Berurusan dengan Pengantara Takaful

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

Pematuhan dan Perlakuan Perniagaan. Sebagai 3M. Buku Panduan Global Kod Etika

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

tata kelakuan dan etika Membina Kepercayaan

SEMAKAN SEMULA KOD ETIKA 2018

Tatakelakuan Perniagaan dan Etika

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

Tatakelakuan JABIL. Integriti Di mana-mana, Setiap hari. AWAM Jabil Inc Hak Cipta Terpelihara.

Tatalaku BT - tataetika kita. Mei 2018

Mesej dari CEO. Rakan-Rakan Sekerja Yang Dihormati,

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

KOD ETIKA KANDUNGAN 1. PENGENALAN DAN DEFINISI. 2. PRINSIP TERAS Applus+ 3. KOD ETIKA Applus Pengenalan 1.2. Definisi

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Program Integriti Premium. Program Pematuhan Antirasuah

KELAKUAN TERHADAP PENJUAL LANGSUNG

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

PEMATUHAN DENGAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN

Tarikh : 21/01/2015. Jumlah Dilindungi. 1. Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal Bagi setiap RM10, Perbelanjaan Pengkebumian RM1,000.

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

a) Kempen Let s Go E Rezeki Draw ini dibuka kepada semua pelanggan yang berdaftar dengan PruBSN Touch.

Di Tune Protect, kita percaya perniagaan kita dijalankan dengan betul apabila kita mematuhi Nilai-nilai dan Tatakelakuan kita.

AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Menghormati pekerja di seluruh dunia. 1.1 Tiada buruh paksa, terikat atau penjara paksaan.

ROPER TECHNOLOGIES, INC.

Tataniaga dan Tataetika Sedunia

Promosi Jualan Capture the Culture. Peraturan Rasmi

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711)

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

DASAR PRIVASI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Transkripsi:

Dasar Antisogokan & Antirasuah Global Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2017 Pengenalan 21st Century Fox ( Syarikat ) komited untuk menjalankan perniagaan di seluruh dunia dengan integriti dan ketelusan, dan dengan mematuhi sepenuhnya undang-undang antirasuah bagi negara yang kita menjalankan perniagaan. Selain sejajar dengan prinsip dan falsafah perniagaan kita, banyak bidang kuasa di tempat kita menjalankan perniagaan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pendakwaan pelanggaran undang-undang sogokan dan rasuah. Butiran undang-undang antirasuah mungkin berbeza-beza dari bidang kuasa ke bidang kuasa. Dasar ini bukan semata-mata berdasarkan undang-undang mana-mana bidang kuasa yang tertentu. Sebaliknya, ia berusaha menyediakan panduan dan contoh yang jelas untuk membantu semua pekerja dan ejen Syarikat bagi memastikan aktiviti peniagaan mereka selaras dengan prinsip asas kita, yang konsisten dengan matlamat semua undang-undang tersebut: kita tidak membayar sogokan, kita tidak terlibat dalam rasuah, dan kita bertindak dengan integriti dalam semua urusan kewangan dan perniagaan kita. Sudah tentu, para pekerja kami juga mesti sentiasa mematuhi manamana keperluan undang-undang atau sekatan tambahan yang dikenakan oleh undang-undang bagi bidang kuasa yang mereka beroperasi. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang undang-undang yang dapat dikenakan, anda harus mendapatkan panduan daripada Jabatan Undang-Undang bagi unit perniagaan anda atau Jabatan Undang- Undang 21CF. Syarikat mengharapkan dan menghendaki pematuhan terhadap undang-undang dan prinsip ini seperti yang digariskan dalam Dasar ini, yang melengkapkan garis panduan undang-undang dan etika yang terkandung dalam Standard Perlakuan Perniagaan kita. Kepada siapakah Dasar ini diguna pakai? Dasar ini diguna pakai secara global, kepada setiap pengarah, pegawai dan pekerja Syarikat dan subsidiari dan bahagian milik majoritinya, serta kepada pihak ketiga yang bertindak bagi pihak Syarikat dan subsidiari milik majoritinya. (Sila lihat seksyen di bawah mengenai risiko yang ditimbulkan oleh pihak ketiga.) Selain itu, unit perniagaan khusus anda mungkin mempunyai sekatan atau garis panduan tambahan yang anda juga wajib baca dan patuhinya. Apakah itu Dasar? Syarikat melarang keras sogokan dan rasuah dalam semua bentuknya. Secara khususnya, anda tidak boleh secara langsung atau tidak langsung menawarkan, berjanji untuk memberi atau memberi apa-apa sahaja yang berharga untuk mempengaruhi, secara tidak wajar, penerima untuk mengambil atau gagal mengamnil tindakan yang akan memberi manfaat atau kelebihan komersial kepada Syarikat, ahli gabungannya atau mana-mana pihak yang lain. Anda tidak boleh melibatkan diri dalam sama ada sogokan am kepada Pegawai Kerajaan atau sogokan komersial daripada pihak persendirian. (Sila lihat takrifan yang ditetapkan di bawah untuk (i) barangan yang bernilai; (ii) sogokan am; (iii) siapakah itu Pegawai Kerajaan; dan (iv) sogokan komersial.) Tiada sesiapa dalam Syarikat mempunyai kuasa untuk mengarahkan anda untuk melanggar Dasar ini. Apakah itu barangan yang bernilai? Sogokan tidak semestinya wujud dalam bentuk wang atau objek fizikal. Sogokan boleh juga wujud dalam bentuk, sebagai contoh, pertolongan, seperti pekerjaan untuk seseorang ahli keluarga bagi penerima yang dimaksudkan, atau sumbangan kepada badan kebajikan pilihan mereka. Sogokan boleh juga wujud dalam bentuk layanan mewah yang berlebih-lebihan atau terlalu kerap yang tidak wajar. Jika anda diminta atau merancang untuk memberi sesuatu yang bernilai, bertanya kepada diri anda sama ada pendedahan hadiah tersebut akan menyebabkan rasa malu atau menimbulkan kesusahan kepada anda atau Syarikat. Apakah itu Sogokan Awam? Sogokan awam untuk tujuan Dasar ini ialah sogokan kepada sebarang Pegawai Kerajaan. Anda mesti berhati-hati untuk mematuhi panduan Dasar berhubung dengan sebarang interaksi dengan Pegawai Kerajaan. Undang-undang dan peraturan biasanya adalah lebih ketat apabila pihak yang satu lagi ialah seorang Pegawai Kerajaan; hadiah dan Halaman 1 daripada 5

layanan yang mungkin boleh terima baik dalam kalangan pihak persendirian boleh jadi dilarang sepenuhnya apabila pihak yang satu lagi ialah Pegawai Kerajaan. Bahkan hadiah yang kecil sekalipun bagi orang yang sedemikian boleh melanggar undang-undang, bergantung kepada bidang kuasa. Beberapa contoh yang mungkin bagi sogokan awam adalah memberi hadiah, wang atau barangan lain yang bernilai untuk memujuk seseorang Pegawai Kerajaan untuk melaksanakan budi bicaranya untuk memberikan lesen, permit atau kebenaran; pengesahan; untuk memberikan layanan cukai atau tarif yang menyenangkan; atau untuk menamatkan audit cukai yang dijadualkan. Dengan Pegawai Kerajaan, ketahuilah dengan jelas akan bahaya pembayaran serah semua, apabila pihak ketiga menerima barangan yang bernilai tetapi sebenarnya dimaksudkan untuk pegawai tersebut dan bertindak sebagai saluran untuk menyampaikan barangan itu kepada pegawai yang dimaksudkan. Risiko umum yang berkaitan dengan pihak ketiga dibincangkan dengan lebih lanjut di bawah; walau bagaimanapun, dalam situasi apabila Syarikat tersebut sedang teragak-agak untuk mengekalkan pihak ketiga untuk bertindak sebagai ejen bagi mewakili Syarikat berhubung dengan apa-apa jua keputusan kerajaan (sebagai contoh, mendapatkan lesen atau permit) boleh mewujudkan risiko yang sedia ada. Dalam situasi ini anda hendaklah memberitahu dan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu untuk mengekalkan pihak ketiga daripada Jabatan Undang-Undang bagi unit perniagaan anda atau daripada 21st Century Fox. Siapakah itu Pegawai Kerajaan? Untuk tujuan Dasar ini, mana-mana daripada yang berikut hendaklah dianggap sebagai Pegawai Kerajaan: pegawai atau pekerja organisasi kerajaan atau antarabangsa awam (termasuk sebarang jabatan atau agensi); seseorang yang bertindak dalam kapasiti rasmi bagi pihak organisasi kerajaan atau antarabangsa awam termasuk sebarang jabatan atau agensi); seseorang pegawai, pengarah atau pekerja perusahaan milik negeri atau entiti lain yang dimiliki atau dikawal oleh sesebuah kerajaan; ahli keluarga kerabat di raja; ahli badan perundangan; kakitangan ketenteraan; seseorang pegawai atau pekerja parti politik; dan seseorang calon untuk jawatan politik. Perlu diingat bahawa entiti yang kerajaan mempunyai kurang daripada kepentingan pemilikan majoriti, atau tidak mempunyai kawalan pengurusan, masih boleh dianggap kawalan kerajaan. Jika sesebuah kerajaan memiliki kawalan pengurusan atau kepentinga pemilikan dalam entiti yang sedang anda kendalikan, rujuk Jabatan Undang- Undang untuk mendapatkan panduan lanjut. Perlu diingat juga bahawa seseorang yang biasanya bukan Pegawai Kerajaan di sesebuah negara mungkin memiliki status tersebut di negara lain. Sebagai contoh, juruterbang penerbangan, doktor perubatan dan bahkan wartawan berita boleh dianggap Pegawai Kerajaan bagi tujuan undang-undang antirasuah, jika syarikat penerbangan, hospital atau akhbar tempat mereka bekerja ialah milik atau kawalan kerajaan. Jika terdapat apa-apa keraguan mengenai sama ada seseorang itu adalah Pegawai Kerajaan, rujuk Jabatan Undang-Undang untuk mendapatkan panduan lanjut. Apakah itu Sogokan Komersial? Sogokan komersial ialah sogokan daripada pihak persendirian dan bukan Pegawai Kerajaan, biasanya sogokan daripada pekerja atau ejen bagi orang atau syarikat lain untuk mendapatkan atau mengekalkan kelebihan perniagaan daripada majikan atau orang atasan mereka. Ingatlah bahawa syarikat lain bergantung pada pekerja mereka untuk bertindak demi kepentingan mereka, dan sogokan merosakan tanggungjawab itu. Jika tindakan anda menyebabkan ejen atau pekerja lain untuk berkelakuan tanpa suci hati, atau memecah amanah majikan atau ketua mereka, ini boleh dianggap sebagai sogokan komersial. Oleh itu anda tidak boleh menawarkan, menjanjikan atau memberi barangan yang bernilai kepada orang lain untuk mencetuskan atau mengganjarkan orang tersebut agar menjalankan fungsi mereka secara tidak wajar yang berhubung dengan majikan atau ketua mereka. Begitu juga, merupakan suatu larangan untuk memberikan sesuatu yang bernilai jika anda tahu bahawa penerima adalah tidak dilarang untuk menerimanya atau adalah tidak wajar untuk diterima penerimanya. Satu contoh sogokan komersial yang mungkin berlaku adalah memberikan hadiah atau sogokan rahsia untuk memujuk pengurus pemerolehan untuk membeli, bagi pihak syarikatnya, barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat orang yang memberi sogokan. Tetapi perlu diingat bahawa sogokan komersial adalah tidak terhad kepada individu dalam golongan berpangkat rendah. Sogokan kadangkala dibayar kepada eksekutif berpangkat tinggi untuk memujuk mereka agar membuatkan syarikat mereka melakukan tindakan tertentu yang boleh dimanfaatkan oleh pemberi sogokan itu. Perkara utama untuk memahami makna sogokan komersial ialah untuk melemahkan kewajipan seseorang terhadap syarikat mereka. Mengapakah kita perlu bimbang mengenai risiko yang ditimbulkan oleh pihak ketiga? Syarikat, subsidiari dan bahagian milik majoriti serta pegawai, pengarah dan pekerja, boleh dipertanggungjawabkan Halaman 2 daripada 5

secara sah ke atas perbuatan rakan niaga, pembekal, ejen, vendor atau pihak ketiga yang lain. Meskipun Syarikat tidak mengesahkan sebarang salah laku, Syarikat masih boleh menanggung pendedahan undang-undang dan reputasi. Sentiasa ingat bahawa pihak ketiga mungkin tidak boleh membuat bayaran bagi pihak Syarikat yang tidak boleh dibuat oleh Syarikat itu sendiri secara terus dan bahawa sogokan yang dibayar oleh pihak ketiga bagi pihak Syarikat boleh dilihat sebagai sogokan yang dibayar oleh Syarikat. Seterusnya, pekerja perlu menyedari risiko yang berkemungkinan berlaku yang berkaitan dengan penggunaan pihak ketiga dan hendaklah melaksanakan usaha wajar yang bersesuaian sebelum mengambil khidmat mereka. Terdapat banyak jenis usaha wajar yang boleh dijalankan, bergantung kepada risiko yang berlaku akibat keadaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada: pemeriksaan latar belakang atau rujukan daripada pelanggan lain; caraian di web dan dalam pangkalan data komersial; memperoleh perakuan daripada pihak ketiga bahawa mereka akan mematuhi dengan standard antisogokan Syarikat; memasukkan bahasa undang-undang ke dalam kontrak bertulis bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang, serta klausa penamatan bagi Syarikat sekiranya pihak ketiga mendedahkan kelakuan yang tidak mematuhi; menghendaki ejen untuk mengambil latihan antisogokan; menjalankan audit; dan memastikan bahawa sebarang jumlah pampasan yang diusulkan dan termanya adalah berpatutan dan wajar untuk perkhidmatan yang akan diberikan. Jenis usaha wajar yang perlu anda jalankan akan berbeza-beza, bergantung pada situasinya. Negara-negara yang tertentu diketahui adalah lebih banyak melakukan amalan-amalan yang salah, dan oleh itu menimbulkan risiko yang lebih hebat ke atas sogokan. Tambahan pula, perhubungan yang tertentu akan menjadi lebih berisiko daripada yang lain. Sebagai contoh, pihak ketiga yang diupah untuk bertindak bagi pihak Syarikat mungkin menimbulkan risiko yang besar, sementara pihak ketiga yang menjual kepada kita produk yang telah siap secara setaraf mungkin tidak menimbulkan risiko. Anda hendaklah sentiasa menjalankan usaha wajar selaras dengan tahap risiko yang wujud dalam keadaan yang tertentu. Beberapa contoh perhubungan pihak ketiga yang berisiko tinggi: Ejen diupah untuk bertindak bagi pihak Syarikat. Ejen diupah untuk berinteraksi dengan Pegawai Kerajaan. Ejen diupah dalam negara yang berisiko tinggi. Ejen ialah hubungan baharu, tiada sejarah bekerja dengan Syarikat. Beberapa contoh perkara yang perlu diperhatikan dengan pihak ketiga: Permintaan, tuntutan atau cadangan oleh atau bagi pihak Pegawai Kerajaan bahawa ejen setempat yang tertentu ditahan atas sebarang sebab, terutama sekali jika wakil tersebut tidak mempunyai kepakaran dalam kawasan atau profesi tersebut. Pihak ketiga yang berkait rapat dengan, atau mempunyai hubungan signifikan dengan, Pegawai Kerajaan, terutama sekali pegawai yang kewajipan atau kuasanya termasuk membuat keputusan terhadap perniagaan Syarikat. Pihak ketiga yang berkait rapat dengan, atau mempunyai hubungan ketara dengan sesebuah syarikat atau seseorang, terutama sekali sesebuah syarikat atau seseorang yang dapat memperoleh perniagaan atau memperoleh atau mengekalkan kelebihan perniagaan untuk Syarikat. Kaedah atau terma pembayaran yang luar biasa seperti dalam bentuk tunai dalam situasi pembayaran melalui cek atau pindahan kawat adalah amalan yang biasa dijangkakan; pembayaran melalui akaun perantara atau pihak ketiga; pembayaran di luar negara bagi perkhidmatan yang telah dijalankan; komisen yang berlebih-lebihan dan/atau komisen yang tidak berkaitan secara munasabah untuk mengenal pasti dengan jelas perkhidmatan yang telah diberikan. Penolakan oleh ejen yang dicadangkan untuk memberikan jaminan bertulis bahawa beliau tidak akan membuat sebarang pembayaran yang tidak wajar. Bagaimanakah pula dengan hadiah dan layanan perniagaan? Anda juga tidak boleh meminta hadiah, dan anda tidak boleh menerima sebarang hadiah, meskipun hadiah yang kecil, yang kelihatan diberikan diberikan dengan harapan menerima ganjaran atau pengaruh. Hadiah, keraian dan layanan tidak boleh diberikan oleh anda kepada pihak yang lain dalam apa-apa keadaan sekalipun dengan niat untuk mempengaruhi seseorang secara tidak wajar agar memberi layanan istimewa kepada Syarikat. Halaman 3 daripada 5

Kecuali dilarang di bawah undang-undang bertulis setempat, dasar Syarikat tidak membenarkan perkongsian berian perniagaan bersama, tertakluk kepada keperluan 21st Century Fox yang berikut: Hadiah, keraian atau layanan yang diberikan kepada Pegawai Kerajaan mestilah diluluskan terlebih dahulu oleh Pejabat Hubungan Kerajaan jika Pegawai Kerajannya ialah pegawai A.S., atau oleh Jabatan Undang- Undang unit perniagaan nada jika Pegawai Kerajaannya bukan pegawai A.S. Hadiah, keraian dan layanan secara umumnya, sama ada dalam sektor awam atau swasta, mestilah mempunyai nilai yang berpatutan, jenis atau di tempat yang dihormati, mempunyai tujuan perniagaan yang sah dan sebaliknya secocok dengan sebarang garis panduan khusus yang berkenaan dengan unit perniagaan anda tentang hadiah, keraian dan layanan perniagaan. Selain itu, hadiah yang tidak diminta dan kecil nilainya mungkin diberikan sama ada secara musiman (sebagai contoh, semasa Tahun Baru atau musim cuti yang lain), atau pada peristiwa istimewa (perkahwinan, bayi baharu, persaraan, perkebumian), apabila kegagalan untuk memberikan atau menerima hadiah akan kelihatan tidak sopan atau bermasalah dari segi kebudayaan. Hadiah-hadiah tersebut mestilah mematuhi sebarang garis panduan khusus yang ditetapkan oleh unit perniagaan anda. Syarikat dibenarkan untuk menanggung perbelanjaan perjalanan dan penginapan berpatutan yang berkaitan dengan menjemput Pegawai Kerajaan untuk menyertai aktiviti-aktiviti berkaitan dengan perniagaan di luar dari pejabat mereka. Dapatkan kebenaran dari Jabatan Undang-Undang unit perniagaan anda sebelum bersetuju untuk membayar atau membayar balik perbelanjaan perjalanan Pegawai Kerajaan atau perbelanjaan yang berkaitan. Adakah terdapat pengecualian terhadap larangan ini? Pemerasan atau dures Kesihatan dan keselamatan pekerja, pegawai dan pengarah kita adalah perkara yang amat diutamakan oleh Syarikat, dan kami tidak akan sekali-kali menghendaki anda melakukan apa-apa yang akan membahayakan kesejahteraan anda. Oleh itu, pengecualian terhadap sekatan daripada Dasar ini mungkin dibuat jika anda dipaksa untuk membayar sogokan kerana anda telah diancam atau dipaksa, atau jika keadaan memerlukan anda membuat bayaran sogokan bagi memastikan kesihatan fizikal atau kesejahteraan anda. Anda dikehendaki untuk menolak percubaan untuk memeras wang daripada anda, tetapi tidak sekali-kali sehingga membahayakan kesihatan atau keselamatan anda dalam apa-apa cara sekalipun. Tetapi jika keadaan seperti ini berlaku, dan anda dipaksa untuk membuat pembayaran tersebut, maklumkan Jabatan Undang-Undang bagi unit perniagaan anda atau 21st Century Fox secepat yang mungkin, dan jelaskan duduk perkara dengan sepenuhnya dan sejujur-jujurnya kepada mereka. Anda tidak seharusnya, dalam apa-apa keadaan sekalipun, mencuba untuk menyembunyikan kejadian tersebut, dan anda tidak seharusnya, dalam apa-apa keadaan sekalipun, memalsukan entri kewangan bagi menyamarkan wang yang dibayar. Selain itu, anda juga hendaklah melaporkan kepada Jabatan Undang-Undang mengenai sebarang percubaan untuk memeras wang daripada anda, meskipun jika tidak berjaya. Pembayaran pemudahan Di bawah keadaan yang amat kecil, undang-undang A.S. membenarkan pembayaran pemudahan, yang merupakan pemberian barangan yang bernilai sederhana kepada kefungsian pangkat rendah yang bertujuan untuk mempercepatkan tindakan rutin kerajaan yang bukan bersifat mengikut budi bicara, seperti memproses visa atau perintah kerja atau menyediakan perkhidmatan telefon. Walau bagaimanapun, apa yang melayakan pembayaran pemudahan seringkali adalah tidak jelas, dan undang-undang negara lain yang bidang kuasa di mana Syarikat adalah tertakluk kepadanya, termasuk U.K., selalunya melarang pembayaran yang sedemikian, dan dasar Syarikat ialah untuk mematuhi sepenuhnya semua undang-undang yang berkuat kuasa. Sentiasa rujuk Jabatan Undang-Undang unit perniagaan anda atau 21st Century Fox sebelum anda membuat sebarang pembayaran yang sedemikian. Jika anda berkemungkinan berhadapan dengan situasi yang menghendaki anda membuat pembayaran pemudahan, cth., anda membuat perjalanan ke bahagian dunia yang mengamalkan pembayaran pemudahan ini secara meluas, dapatkan panduan terlebih dahulu daripada Jabatan Undang-Undang, agar anda akan dipersiapkan untuk memberi tindak balas terhadap sebarang permintaan yang sedemikian. Apakah penyimpanan rekod diperlukan? Syarikat komited untuk mempunyai kawalan dan perakaunan kewangan yang wajar. Semua buku kira-kira dan rekod Syarikat mestilah mencerminkan dengan tepat semua transaksi dan pembayaran, dan mesti mematuhi semua prosedur dan kawalan kewangan biasa Syarikat. Seperti yang dimaklumkan di atas dalam seksyen pemerasan, pembayaran yang bahkan tidak wajar juga mesti direkod dengan tepat. Entri yang palsu, tidak lengkap atau tidak tepat yang bertujuan untuk menyembunyikan sifat sebenarnya bagi sesuatu transaksi adalah dilarang. Begitu juga keadaannya dengan transaksi "di luar catatan buku kira-kira". Apakah penaltinya kerana melanggar Dasar ini? Pelanggaran terhadap Dasar ini boleh menyebabkan tindakan disiplin sehingga dan termasuk pemecatan bagi Halaman 4 daripada 5

seseorang pekerja dan penamatan hubung perniagaan bagi pihak ketiga. Syarikat boleh memaklumkan pihak pelaksana undang-undang jika situasi mewajarkannya; sememangnya, di sesetengah negara, Syarikat wajib untuk membuat laporan terhadap perbuatan memberi rasuah yang disyaki kepada pihak pelaksana undang-undang yang berkenaan. Pelanggaran terhadap undang-undang antisogokan boleh menyebabkan individu yang terlibat dikenakan penalti sivil dan jenayah, termasuk denda dan pemenjaraan. Rakan sejawat anda dan Syarikat itu juga boleh tertakluk kepada penalti tersebut, meskipun mereka tidak membenarkan atau membiarkan perbuatan salah laku. Apakah yang harus anda lakukan jika anda mengesyaki atau menyedari akan salah laku tersebut? Kegagalan untuk melaporkan dengan wajar pelanggaran yang disyaki terhadap Dasar ini akan diambil serius pada tahap tertinggi oleh Syarikat. Para pekerja yang disyakit atau mengetahui akan pelanggaran terhadap Dasar ini hendaklah melaporkannya ke Jabatan Undang-Undang unit perniagaannya atau 21st Century Fox atau kepada 21st Century Fox Alertline. Jika anda membuat aduan yang jujur secara suci hati, meskipun jika anda telah tersilap mengenai perkara yang anda adukan, Syarikat akan melindungi anda daripada tindakan balas. Alertline ialah nombor telefon bebas tol domestik/antarabangsa khusus yang boleh dihubungi pada bila-bila masa, siang atau malam, kerana ia disediakan 24 jam sehari, 365 hari setahun. Perkhidmatan penterjemahan disediakan melalui Alertline atas permintaan. Aduan tanpa nama boleh dilakukan melalui Alertline, tetapi ingat, aduan yang dibuat secara tanpa nama adalah lebih sukar untuk disiasat. Walau bagaimanapun, Syarikat akan mencuba untuk merahsiakan identiti anda sehingga ke tahap yang boleh dilakukan. Nombor telefon Alertline global ialah 855-306-7925 1 Untuk Brazil, nombor telefon Alertline ialah 0800-892-0760 Untuk Argentina (dan Amerika Selatan dan Tengah), nombor telefon Alertline ialah 0800-444-1532 Laman Web Alertline boleh dicapai di: https://21cf.alertline.com 1 Pemanggil luar dari Amerika Syarikat perlu terlebih dahulu mengakses rangkaian AT&T sebelum mendail nombor bebas tol. Untuk mendapatkan kod akses setempat antarabangsa AT&T, lawati http://www.business.att.com/bt/international_dialing.jsp Halaman 5 daripada 5