UNIT 1 PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL

dokumen-dokumen yang mirip
BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

2. PRINSIP-PRINSIP PENTAKSIRAN

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

GARIS PANDUAN SEMAKAN KURIKULUM

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

SOALSELIDIK MENGENAI PENGUASAAN HASIL PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN INSANIAH DAN TAHAP KEPUASAN PELAJAR UTHM

SPK ISO 9001:2000 FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PENGUKURAN, ANALISIS DAN PEMBAIKAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO 9001:2000

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

STANDARD AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. 1.1 Tujuan Standard Audit Dalam adalah untuk:

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Padankan. Padankan. Padankan

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

GARIS PANDUAN PENGURUSAN AKADEMIK UUM

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

GARIS PANDUAN MODERASI PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KAPS-08 Kod Amalan e-pembelajaran Pasca Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA Kod Dokumen: UPM/OPR/CALC/P001 PROSEDUR PENGENDALIAN KURSUS TANPA KREDIT (CEL)

DASAR LATIHAN INDUSTRI Universiti Malaysia Sabah

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

DASAR DAN PRINSIP JAMINAN KUALITI PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

DASAR E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. (Telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat Bil. 336 bertarikh 21 Mei 2008)

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

TAKLIMAT SISTEM PENILAIAN PRESTASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2004

PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PPKK

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

Cabutan Minit Senat: 1 Disember 2009

GARIS PANDUAN PROSEDUR, KRITERIA DAN STANDARD KUALITI KURSUS PENGAJIAN YANG DIKENDALIKAN SECARA PENDIDIKAN JARAK JAUH BAGI IPTS

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2005

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan IPTS yang menawarkan mata pelajaran ODL ataupun pembelajaran secara jarak jauh

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

Aplikasi Taksonomi Blooms dalam Merekabentuk Program Pembangunan Pelajar

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)

GARIS PANDUAN E-PEMBELAJARAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/AK026

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KANDUNGAN. 1.0 Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Skop Tafsiran Penyelarasan Moderasi Tugas Dan Tanggungjawab 4

INSTRUMEN PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) DAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI)

POLISI PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM MAKLUMAT

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

STANDARD KURSUS ASAS (FOUNDATION) 2014

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

POLISI LATIHAN DAN PEMBANGUNAN STAF UNIMAS

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA CADANGAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 1)

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SOALAN DAN MAKLUMBALAS BERKAITAN PELAKSANAAN MPU

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

GARIS PANDUAN PROGRAM KERJASAMA IPTA / IPTS DI DALAM NEGARA

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PROSES PERMOHONAN PROGRAM AKADEMIK BAHARU, SEMAKAN KURIKULUM, PENUBUHAN DAN PENSTRUKTURAN SEMULA FAKULTI/PUSAT/SEKOLAH/ KULLIYYAH/ KOLEJ/ INSTITUT

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

Transkripsi:

1

UNIT 1 PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL 1.1 KONSEP PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL (OBE) Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome-Based Education OBE) merupakan proses yang melibatkan penstrukturan semula kurikulum, penilaian dan laporan dalam pendidikan. Ini bagi membolehkan para pelajar memperolehi pencapaian dan menguasai pembelajaran tahap tertinggi setiap semester tanpa menunggu sehingga memenuhi kredit program dan tamat pengajian di Universiti. Konsep OBE selalunya akan fokus kepada hasil pelaksanaan sesuatu program yang ditawarkan di Universiti. OBE lebih menjurus kepada perancangan dan hasil yang bakal diperolehi oleh setiap pelajar dalam setiap program yang diikuti. Hasil pembelajaran lebih menitikberatkan terhadap persoalan apakah jangkaan yang perlu para pelajar capai dari segi pengetahuan, kefahaman atau kebolehan untuk membuat sesuatu ataupun kualiti yang perlu dibangunkan oleh mereka sendiri semasa pengajian di Universiti. Pendidikan berasaskan hasil (OBE) menekankan kepada pembelajaran pelajar dengan: a. Menggunakan pernyataan hasil pembelajaran yang jelas untuk memudahkan para pelajar mengetahui dan memahami tentang jangkaan hasil yang perlu mereka capai. b. Menyediakan aktiviti pembelajaran tertentu dengan tujuan untuk membolehkan para pelajar mencapai semua hasil yang dirancangkan. 2

c. Menilai tahap pencapaian pelajar berbanding kriteria penilaian yang telah ditetapkan secara jelas dan berkesan. Secara keseluruhannya, OBE akan memfokuskan kepada empat (4) elemen yang utama dalam pelaksanaan sepanjang program akademik iaitu (i) Perancangan (planning), (ii) Pelaksanaan (implementation), (iii) Pemantauan (monitoring), dan (iv) Penilaian (assessment) sepertimana digambarkan dalam Rajah 1.1. Rajah 1.1: Pelaksanaan OBE secara menyeluruh Segala penilaian yang dibuat akan dianalisis bagi membandingkan perancangan dan kejayaan yang dicapai. Perancangan yang dirancang haruslah menjurus kepada objektif dan hasil pembelajaran program yang telah direkabentuk. Analisa hasil yang dicapai samada tercapai atau tidak bergantung kepada indeks pencapaian utama (KPI) yang telah ditetapkan. Kaedah penilaian juga menjadi alat yang penting dalam mengenalpasti pencapaian setiap pelajar. Daripada penilaian ini, jika pencapaian berada di bawah sasaran yang ditetapkan, proses Penambahbaikan Kualiti Berterusan (Continuous Quality Improvement CQI) perlu dijalankan dalam usaha meningkatkan pencapaian hasil program yang dirancang secara berterusan. Pelaksanaan ini juga menggunakan konsep PDCA 3

(Plan, Do, Check dan Action) iaitu Rancang, Laksana, Periksa dan Tindakan seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.2. Rajah 1.2: Proses Perancangan Pelaksanaan OBE 1.2 OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO) Perlaksanaan pendidikan berasaskan hasil (OBE) mewajibkan setiap program akademik perlu mempunyai Objektif Pendidikan Program (Programme Educational Objectives) atau PEO. PEO perlu dibuat penambahbaikan secara bersepadu dengan penglibatan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) agar menepati keperluan dan kehendak mereka. PEO yang disemak semula juga perlu dihubungkaitkan dengan visi dan misi UTHM umumnya dan Fakulti/Pusat khasnya. Setiap program disemak semula perlu mempunyai beberapa pernyataan PEO. Pernyataan tersebut mestilah merangkumi domain Pengetahuan dan Kemahiran Praktikal dan merangkumi gabungan tujuh (7) domain Kemahiran Insaniah (KI). Analisa pencapaian PEO samada tercapai atau tidak bergantung kepada KPI yang telah ditetapkan. Lazimnya pencapaian PEO terhadap graduan bagi sesuatu program dinilai atau diukur selepas 4 hingga 5 tahun setelah pelajar bergraduat. 4

1.3 HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO) Setelah PEO disediakan, hasil pembelajaran program (Programme Learning Outcomes) atau PLO perlu disemak semula dengan menghubungkaitkannya dengan PEO. PLO mestilah dinyatakan secara jelas dan nyata tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu dicapai oleh graduan. Secara umumnya, setiap program perlu mempunyai sembilan (9) pernyataan PLO yang setiap satunya melibatkan domain berikut: a. Pengetahuan b. Kemahiran Praktikal c. Kemahiran Insaniah I: Kemahiran berkomunikasi (communication skill) d. Kemahiran Insaniah II: Pemikiran kritis (critical thinking) dan Penyelesaian Masalah (problem solving) e. Kemahiran Insaniah III: Kemahiran kerja berpasukan (team working skill) f. Kemahiran Insaniah IV: Pembelajaran sepanjang hayat (life-long learning) dan Pengurusan maklumat (information management) g. Kemahiran Insaniah V: Kemahiran keusahawanan (entrepreneurship skill) h. Kemahiran Insaniah VI: Moral dan etika profesional (moral and professional ethics) dan tanggungjawab sosial (social accountability) i. Kemahiran Insaniah VII: Kemahiran kepimpinan (leadership skill). Penyelarasan domain PLO antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Badan Profesional perlu dilakukan semasa pembangunan PLO. 5

Analisa pencapaian PLO samada tercapai atau tidak bergantung kepada KPI yang telah ditetapkan. Lazimnya pencapaian PLO terhadap graduan bagi sesuatu program dinilai atau diukur sebaik sahaja pelajar bergraduat. 1.4 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO) Setelah PLO disediakan, hasil pembelajaran kursus (Course Learning Outcomes) atau CLO bagi setiap kursus perlu disemak semula dengan menghubungkaitkannya dengan PLO. Pernyataan CLO perlu jelas dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang perlu dicapai oleh para pelajar diakhir kursus. Secara umumnya, setiap kursus dalam mana-mana program akademik mesti mempunyai tiga (3) hingga lima (5) pernyataan CLO dan tiga (3) hingga empat (4) PLO. Walaubagaimanapun, adalah digalakkan supaya mempunyai tiga (3) pernyataan CLO dan PLO sahaja. Setiap pernyataan CLO mestilah boleh diukur dan dinyatakan dengan jelas serta mengandungi elemen-elemen SMARTO iaitu: a. spesifik (specific), b. boleh di ukur (measurable), c. boleh dicapai (achievable), d. realistik (realistic), e. mempunyai tempoh masa (time frame), dan f. boleh ditinjau atau dipantau (observable). Secara umumnya, pembinaan pernyataan CLO bagi setiap kursus perlu mengambilkira perkara-perkara berikut: a. CLO perlu dipastikan mengikut kursus yang ditawarkan oleh Fakulti/Pusat dan Pengkhususan; b. CLO mempunyai unsur Kata kerja (Verb), Syarat (Condition) dan Piawai (Standard) (V, C & S); 6

c. CLO mestilah dapat diukur dan dicapai serta bersesuaian dengan topik-topik yang terkandung dalam kursus yang diajar. CLO ini juga perlu berpandukan kepada domain Kognitif iaitu merujuk kepada tahap pemikiran tertinggi yang bakal dicapai. Domain Afektif & Psikomotor pula lebih berpandukan kepada kaedah penyampaian (delivery method) yang digunakan. 1.5 KEMAHIRAN INSANIAH (KI) KI merangkumi kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi, berfikiran kritis dan penyelesaian masalah, kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, moral dan etika profesional, tanggungjawab sosial, keusahawanan dan kepimpinan. Kemahiran tersebut perlu dikuasai oleh para graduan untuk memenuhi tuntutan keperluan pekerjaan di pelbagai sektor sama ada di dalam dan luar negara. Graduan yang memiliki KI tersebut akan lebih berketerampilan dan berdaya saing dalam sektor pekerjaan dan seterusnya menjadi modal insan kelas pertama yang dapat menyumbang kepada kemajuan organisasi dan pembangunan negara. Kesemua elemen KI boleh dimurnikan dan diperincikan kepada dua kumpulan utama, iaitu Kemahiran lnsaniah Mesti - KIM (must have) dan Kemahiran lnsaniah Tambahan - KIT (good to have). KIM adalah kemahiran insaniah yang perlu dimiliki oleh setiap pelajar. Jika kemahiran ini tidak dimiliki, pelajar dianggap tidak kompeten dalam aspek berkaitan. KIT dianggap sebagai nilai tambah kepada pelajar. Jika kemahiran ini dimiliki oleh pelajar di samping KIM, kompetensi pelajar dalam aspek berkaitan dianggap cemerlang. Walaupun perhatian perlu diberi kepada usaha membekalkan modal insan dengan KIM, penerapan KIT perlu digalakkan. Semua elemen KI yang dicadangkan mesti dikuasai oleh setiap pelajar dan perlu dinilai secara komprehensif dan berkesan. Maklumat lanjut boleh merujuk kepada Modul Pembangunan 7

Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (2006). Keseluruhan KI ini mesti disepadukan dalam pengajaran dan pembelajaran di IPTA. KI ini tidak harus lagi dianggap kurikulum tersembunyi tetapi perlu dilaksanakan secara nyata dan ditaksir mengikut sistem penaksiran dan penilaian yang ditetapkan dengan berkesan. Bagi memudahkan penaksiran, penggunaan rubrik penilaian KI perlu disediakan. 1.6 PENAMBAHBAIKAN KUALITI BERTERUSAN (CQI) Proses CQI merupakan satu keadaan yang perlu diwujudkan dalam setiap program akademik yang ditawarkan. CQI boleh dilaksana dan dibuktikan dengan memberikan satu laporan yang lengkap dengan data yang sah hasil daripada analisa pencapaian yang dilakukan. Dalam melaksanakan OBE, penambahbaikan atau semakan semula program akademik yang sedang dijalankan akan melibatkan semua elemen yang meliputi PEO, PLO, dan CLO. Ia berdasarkan kepada analisis pencapaian yang dinilai dan dianalisa menurut KPI yang telah ditetapkan untuk setiap elemen yang dinyatakan serta input daripada pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) seperti digambarkan dalam Rajah 1.3. 8

Rajah 1.3: Model CQI bagi penambahbaikan program/kursus Di dalam pelaksanaan proses CQI, terdapat beberapa aspek yang perlu ditekankan oleh semua ahli akademik. Aspek ini amat penting dalam usaha untuk mempertingkatkan dan memperkukuhkan kualiti dan mutu program yang ditawarkan. Aspek yang dimaksudkan adalah: a. Cara pelaksanaan OBE itu sendiri; b. Kaedah pengukuran, keputusan dan penilaian; c. Pendekatan yang diambil dalam pelaksanaan CQI selepas keputusan penilaian dianalisa; d. Pencapaian analisa berbanding objektif atau sasaran; e. Menilai keputusan yang dicapai (meningkat atau menurun). f. Sistem pengrekodan 9

1.7 TAKSONOMI PEMBELAJARAN Taksonomi pembelajaran terbahagi kepada kepada tiga domain iaitu Kognitif, Psikomotor dan Afektif. a. Domain Kognitif Domain kognitif mencakupi pengetahuan dan perkembangan keterampilan intelektual. Domain ini meliputi: ingatan atau pengetahuan tentang fakta-fakta, konsep-konsep yang menjadi dasar untuk mengembangkan kemampuan dan keterampilan intelektual. Aras kognitif melibatkan Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian. b. Domain Afektif Domain afektif mencakupi perasaan (feelings), nilai-nilai (values), apresiasi (appreciation), antusiasme (enthusiasms), motivasi (motivations), dan sikap (attitude). Aras afektif melibatkan menerima, memberi maklum balas, menilai, mengorganisasi dan menghayati nilai. c. Domain Psikomotor Domain Psikomotor mencakupi gerakan fizikal (physical movement), koordinasi (coordination), dan kemahiran motorik (motor skils). Perkembangan kemahiran ini memerlukan latihan dan pengukurannya mencakupi kecepatan, ketepatan, prosedur atau teknik. Aras psikomotor melibatkan persepsi, set, respons berpandu, mekanisma, respons ketara kompleks, adaptasi dan lakuan tulen. 10

1.8 PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR (SCL) Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara pelajar dan pensyarah. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan pensyarah. Bagi pembelajaran berpusatkan pensyarah, pensyarah bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan pelajar, pelajar adalah autonomous dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran. Dalam era pendidikan semasa, pembelajaran berpusatkan pelajar menjadi keutamaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kaedah paedah berpusatkan pelajar ialah: a. Tutorial b. Amali c. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) d. PoPBL e. Kajian Kes f. Pembelajaran Kooperatif g. Modular 1.8.1 Strategi ke arah pembelajaran berpusatkan pelajar Strategi ke arah pembelajaran berpusatkan pelajar adalah bertujuan untuk; a. Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. b. Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas. 11

c. Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar. d. Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran. e. Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari. f. Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar. g. Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif. 12

UNIT 2 MODUL PEMBELAJARAN & PENGAJARAN (P&P) 2.1 PENGENALAN Bahan pembelajaran memainkan peranan yang begitu penting dalam memastikan mutu pembelajaran pelajar dapat ditingkatkan. Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL) pula memerlukan pensyarah menggunakan pelbagai kaedah penyampaian dalam aktiviti P&P; perjumpaan bersemuka, tidak bersemuka atau kombinasi kedua-duanya. Penggunaan modul pembelajaran dan pengajaran adalah satu kaedah yang dapat membantu para pelajar menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah digariskan dalam sesuatu kursus. Unit ini akan menjelaskan secara sepintas lalu kaedah pembangunan modul P&P yang berkesan dan menepati keperluan pembelajaran berpusatkan pelajar dan juga pembelajaran berasaskan hasil (OBE). Antara yang akan dibincangkan adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam membangunkan modul, bagaimana modul P&P membantu pelajar dan pensyarah dalam proses P&P yang berkesan serta keperluan proses penambahbaikan berterusan (CQI). 2.2 PEMBANGUNAN MODUL P&P Modul P&P adalah bahan rujukan pembelajaran yang digunakan bagi sesuatu kursus dan dibangunkan berdasarkan silabus yang telah ditetapkan di peringkat jabatan dan fakulti. Bagi kebanyakan kursus, modul yang dibangunkan menjadi sumber rujukan utama dalam aktiviti P&P dan ianya digunakan secara kaedah bersemuka di bilik kelas. Terdapat juga modul yang bersifat pembelajaran kendiri di mana dengan 13

mengikuti modul tersebut, pelajar mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran tertentu tanpa atau dengan bantuan minima pensyarah. Biasanya, modul ini digunakan dalam mod pembelajaran jarak jauh (PJJ). Perkara yang perlu diberi penekanan semasa membangunkan modul P&P adalah berkaitan dengan proses penjajaran a. hasil pembelajaran yang ingin dicapai, b. isi kandungan yang disampaikan dan aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang akan diikuti oleh pelajar dan pensyarah, serta c. kaedah penilaian yang mengukur sejauh mana hasil pembelajaran yang ingin dicapai telah dipenuhi. Rajah 2.1 dan Jadual 2.1 di bawah menjelaskan bagaimana proses penjajaran ini dilakukan. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran (Direka bagi mencapai hasil pembelajaran) HASIL PEMBELAJARAN Kaedah Penilaian (Direka untuk menilai hasil pembelajaran) Rajah 2.1: Proses Penjajaran Jadual 2.1: Contoh Penjajaran Hasil Pembelajaran, Aktiviti P&P dan Kaedah Penilaian HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI P&P KAEDAH PENILAIAN Aras Taksonomi Kognitif: Aras 4 Psikomotor: Aras 4 Afektif: Aras 3 Aras Taksonomi Kognitif: Aras 4 Psikomotor: Aras 4 Afektif: Aras 3 14 Aras Taksonomi Kognitif: Aras 4 Psikomotor: Aras 4 Afektif: Aras 3

Bagi memastikan modul yang dibangunkan terjamin kualitinya, penulis perlu mengambil kira perkara-perkara berikut: a. Hasil Pembelajaran Hasil pembelajaran bagi keseluruhan modul mestilah dinyatakan secara ekspilisit di awal modul. Hasil pembelajaran ini adalah berdasarkan kepada hasil pembelajaran yang telah tetapkan di dalam silabus kursus. Hasil pembelajaran bagi setiap topik juga perlu dinyatakan dan hendaklah menyokong kepada pencapaian hasil pembelajaran keseluruhan modul. Dalam membina hasil pembelajaran yang memenuhi ciri pembelajaran berpusatkan pelajar dan konsep OBE, taksonomi yang merangkumi kognitif, psikomotor dan afektif perlu difahami dan dihayati oleh penulis. b. Isi Kandungan Isi kandungan yang disampaikan mestilah merangkumi perkaraperkara yang telah ditetapkan di dalam silabus kursus. Bahan-bahan pembelajaran yang dimuatkan mestilah mengambil kira keperluan pelajar mencapai hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Untuk itu, penulis modul perlu memastikan maklumat seperti teori, contoh, pengiraan dan formula yang dikemukakan adalah tepat dari segi faktanya dan disusun secara sistematis. Lampiran serta bahan bacaan tambahan yang berkaitan bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam sesuatu topik juga boleh dimuatkan ke dalam modul. Penulis juga mungkin boleh mengepilkan bahan-bahan mulimedia dari pelbagai sumber sebagai rujukan dan panduan pelajar. c. Aktiviti Aktiviti atau latihan yang dapat mengukuhkan kemahiran dan penguasaan pembelajaran pelajar perlu dirancang bersesuaian dengan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan oleh pelajar sama ada secara individu atau koloborasi berkumpulan. Refleksi, tugasan berbentuk projek dan perbincangan kumpulan adalah antara aktiviti 15

yang boleh dipertimbangkan dalam memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan secara aktif dan dua hala. d. Kaedah Penilaian Penilaian kursus perlu dinyatakan dengan jelas supaya pelajar mengetahui bagaimana mereka akan dinilai. Kaedah penilaian dan pemberatan penilaian perlu dinyatakan di dalam modul. Skema dan rubrik permarkahan juga boleh dimuatkan ke dalam modul agar proses penilaian dapat berjalan dengan adil. Penilaian perlu merangkumi domain kognitif, psikomotor dan afektif bagi setiap kursus. e. Laras Bahasa Bahasa yang digunakan, sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris (ataupun lain-lain bahasa) mestilah mudah difahami dan diikuti. Namun begitu, ketepatan tatabahasa juga perlu diambil kira dalam membangunkan sesebuah modul P&P. Bagi mewujudkan suasana komunikasi dua hala, gantinama anda adalah lebih baik berbanding dengan perkataan pelajar. f. Ilustrasi, Jadual, Rajah, Carta Ilustrasi, jadual, rajah, carta serta bahan-bahan grafik yang dimuatkan mestilah relevan dan mampu meningkatkan penguasaan pelajar. Kualiti bahan-bahan ini, apabila dicetak, hendaklah jelas dapat dilihat dan/atau dibaca oleh pelajar. g. Sumber Rujukan Penulis mestilah menyatakan semua sumber rujukan yang digunakan dalam menghasilkan modul tersebut. Kegagalan untuk mematuhi peraturan ini akan menyebabkan akauntabiliti dan kredibiliti penulis terjejas. h. Susun Atur dan Persembahan Modul Susun atur keseluruhan meningkatkan lagi surface validity dan kredibiliti modul yang dibangunkan. Kepatuhan format yang konsisten mampu meningkatkan minat pelajar untuk mengikuti modul P&P ini. 16

2.3 KELEBIHAN PENGGUNAAN MODUL P&P Bagi pelajar, penggunaan modul membantu mereka dalam perkaraperkara berikut: a. Mengukuhkan penguasaan dan kemahiran mereka berkenaan kandungan kursus yang dipersembahkan melalui modul P&P. b. Merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran sama ada secara individu atau berkumpulan. c. Mengetahui bagaimana proses penilaian dan pengukuran dijalankan. Bagi pensyarah pula, penggunaan modul P&P mampu membantu mereka untuk: a. Menjalankan aktiviti P&P secara terancang dan sistematis. b. Menyelaraskan isi kandungan yang disampaikan terutamanya bagi kursus yang melibatkan ramai pelajar dan pensyarah. 2.4 PENAMBAHBAIKAN MODUL Bagi menjamin kualiti dan ketepatan maklumat yang disampaikan, modul P&P perlu ditambahbaik dari semasa ke semasa. Unit 3 akan menjelaskan dengan terperinci prosedur semakan modul P&P yang diamalkan di UTHM. Sesuatu modul perlu ditambahbaik apabila perkaraperkara berikut berlaku: a. Terdapat perubahan silabus atau struktur kursus yang ditawarkan. b. Terdapat perubahan fakta disebabkan oleh perkembangan ilmu atau dapatan baru dalam sesuatu bidang yang perlu disampaikan kepada pelajar. c. Terdapat kesilapan dari segi maklumat, fakta, pengiraan, formula, contoh, ilustrasi, gambar dan sebagainya. 17

Bagi memastikan sesuatu modul yang dibangunkan dan diguna pakai oleh pelajar sebagai sumber pembelajaran sentiasa relevan dan menepati keperluan kursus, borang maklumbalas modul perlulah disediakan di akhir bahagian modul. Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh para pelajar apabila mereka telah selesai mengikuti modul tersebut. Unit 4 akan menerangkan bentuk dan contoh maklumbalas modul yang dinyatakan di sini. Satu lagi kaedah yang boleh dipraktikkan adalah dengan menggunakan ulasan atau penilaian keserakanan (peer review). Melalui kaedah penilaian pelajar serta penilaian keserakanan, penulis bukan sahaja mengenalpasti kesilapan dan kelemahan yang ada pada modul tersebut, malah ianya juga mampu menjamin tahap mutu modul serta memastikan isi kandungan modul adalah relevan dan sesuai dengan keperluan kursus. 2.5 PENUTUP Unit ini telah menjelaskan secara sepintas lalu kaedah pembangunan modul P&P yang berkesan dan menepati keperluan pembelajaran berpusatkan pelajar dan juga pembelajaran berasaskan hasil (OBE). Antara yang telah dibincangkan adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam membangunkan modul, bagaimana modul P&P membantu pelajar dan pensyarah dalam proses P&P yang berkesan serta keperluan proses penambahbaikan berterusan (CQI). Unit 3 dan Unit 4 akan menjelaskan secara terperinci kaedah dan garis panduan pembangunan modul P&P yang diamalkan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 18