TREN PENGGANASAN MASA KINI: SATU CABARAN BARU BAGI MASYARAKAT ISLAM SINGAPURA - UST H MOHAMED B ALI

dokumen-dokumen yang mirip
PERANGI IDEOLOGI GANAS: APAKAH ADA PENGHUJUNGNYA?

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

BAB 16 SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

Iktibar daripada penahanan Zulfikar

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

FACT SHEET

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

Ali : Mereka juga mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

- Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit

sepenuhnya modeniti, sebaliknya cuba mengubahsuai ciri-ciri modeniti untuk

PERANG SIBER HANYA ILUSI MAYA?

Mungkin sukar untuk dipercayai tanpa a bukti kukuh,

PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS:

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

SEMINAR PENDEKATAN WASATIYYAH PERINGKAT KEBANGSAAN : PEMAHAMAN, PENERAPAN SERTA CABARAN

Detik terbaik henti merokok

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

BAB 2 PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN DEFINISI AGAMA DEFINISI AGAMA. Manusia dan Agama (IDA 102) 1/10/2013. Maruwiah Ahmat 1

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

MEMBENTENGI DIRI HADAPI FAHAM TEGAR - UST H ALI H MOHAMED

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI (Set31) BAGAIMANA PENGGUNAAN JARINGAN SOSIAL MEMBERI KESAN KEPADA KANAK-KANAK.

Ulasan Buku / Book Review Dilema Ummah di Malaysia oleh Muhammad Syukri Salleh Bangi: Penerbit UKM. 66 halaman.

Tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab Terdapat wilayah seperti Syam, Nadz,Yaman, Oman Mekah, Madinah dan Thaif merupakan ibu kota penting

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LMCK2811 SOSIAL & KEBERTANGGUNGJAWABAN

Nag2oO9. Item Objektif. M.S Rajah berikut menunjukkan suasana di Madinah sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)

Bab 2. Bab. Bab 3 Bab 8. Bab 1. Bab. 5 Bab Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab

Kaunseling mampu selamatkan...mahligai bergelora Pasangan akui perlunya komunikasi, bijak sesuai diri hidup bersama dan tahu peranan masing-masing

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN


BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

Belia dan komunikasi digital / Belia sebagai ahli masyarakat komunikasi digital. Abdullah Adnan Mohamed, Haslinda Hashim.

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM) KERTAS KONSEP PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA DI SEKOLAH

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 5

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

M24/7 Bahan doa untuk Ogos 2015

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN

Taklimat untuk Guru BM

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

PJJ Unit 1: Definisi Krisis, Pengurusan Krisis, Pengurusan Krisis Organisasi

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

Kejayaan Umat Dalam Berhijrah. Dr. Tajuddin Pogo, Lc.MH

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pengajaran Dari Surah Maryam Bahagian 1. Muhammad Haniff Hassan /

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 2

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK SET3 SEMESTER TAJUK: LAPORAN AKHIR

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

Model Pengurusan Strategik

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

Melindungi Anak-anak di Alam Siber

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda.

Transkripsi:

TREN PENGGANASAN MASA KINI: SATU CABARAN BARU BAGI MASYARAKAT ISLAM SINGAPURA - UST H MOHAMED B ALI Oleh Ustaz Mohamed bin Ali SEKALI LAGI warga Singapura amnya dan masyarakat Islam khususnya dikejutkan dengan berita penahanan beberapa orang Islam di bawah Akta Keselamatan Negara (ISA) berkaitan dengan penglibatan mereka dalam kegiatan yang menjurus kepada ekstremisme dan pengganasan. Antara yang menjadi kejutan terbesar kali ini ialah penangkapan seorang karyawan muda yang menjadi radikal secara persendirian setelah terpengaruh dengan pembacaannya di lelaman internet. Namun apakah ini benar-benar suatu perkara yang benar-benar mengejutkan atau pun sudah dijangkakan buat sekian lama? Menurut Banci Dunia Gallup 2007 yang melibatkan lebih 9,000 umat Islam di 9 negara, profil seorang radikal masakini berbeza dari profil atau tanggapan bagi seorang radikal di masa lalu. Antaranya, mereka yang menjadi radikal masakini rata-rata lebih berpelajaran tinggi dari mereka yang berpandangan sederhana (moderate), menjawat pekerjaan yang lebih baik serta mempunyai masa depan yang lebih cerah dan cemerlang. Ternyata profil radikal yang dibayangkan oleh Banci Gallup 2007 itu menepati profil Abdul Basheer yang ditangkap ketika sedang membuat persiapan untuk melaksanakan jihad militan di Afghanistan. Mengapakah seseorang yang berpelajaran tinggi serta berjawatan mulia sanggup menggadaikan keselesaan hidup serta mengorbankan masa depan mereka yang cerah dan memilih jalan yang semestinya lebih sukar, penuh ranjau dan berisiko? Bagaimana pula mereka ini boleh terpengaruh dengan apa yang didapati di relaman Internet? Tren Pengganasan Baru Setelah peristiwa 11 September 2001, dunia telah bekerja keras untuk membasmi pengganasan. Taktik utama yang digunakan Amerika Syarikat dan sekutunya adalah dengan menggunakan kekuatan kuasa dan tentera untuk memusnahkan sel-sel pengganasan serta

memincangkan dana-dana pengganasan mereka di serata dunia. Taktik ini telah pun memperlihatkan keberkesanannya dari beberapa sudut, tetapi ternyata para pengganas berkenaan mempunyai daya ketahanan yang utuh. Kini, walaupun lemah dari segi infrastruktur dan kewangan, tren pengganasan masakini telah berubah haluan di mana ideologi yang berteraskan extremisme yang dipelopori kumpulan Al-Qaeda telah berjaya di francaiskan ke umat Islam di serata dunia melalui media massa seperti internet. Kepesatan dan keluasan tersebarnya ideologi extremis inilah cabaran paling sengit yang kita sedang hadapi sekarang iaitu suatu yang tidak mudah untuk dikekang. Faktor-Faktor Yang Mendukung Radikalisme Masakini Ada beberapa perkara yang mencetuskan atau mendokong berlakunya radikalisme masakini. Antara sebab asas adalah arus globalisasi yang melanda masyarakat masakini. Di zaman globalisasi ini, dunia bergerak maju dan ramai yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan pesat yang berlaku di sekeliling mereka. Ini mengakibatkan ramai di antara kita yang merasa tidak berdaya melawan arus globalisasi dari menghakis nilai-nilai yang mereka punyai serta jati diri mereka yang sebenar. Buat umat Islam sejagat, ini mencetuskan fenomena kebangkitan Islam (Islamic Resurgence) atau fenomena di mana mereka semakin sedar dan berminat untuk menjalani kehidupan yang lebih Islami demi untuk mengekalkan nilai-nilai murni dan identiti diri mereka. Malangnya, ramai di kalangan umat Islam yang kurang dilengkapkan dengan ilmu dan kemahiran untuk menyesuaikan pemahaman dan pengamalan Islam mereka dalam konteks dunia yang peast berubah. Ini adalah kerana umat Islam sedang menghadapi krisis intelektual yang semakin meruncing dalam dunia Islam. Buat sekian lamanya, kita ketandusan para ilmuwan dam pemikir Islam yang benar-benar dapat membimbing dan memandu umat Islam melalui cabaran dunia yang pesat berubah. Kegagalan untuk menyesuaikan ajaran Islam di era globalisasi dan di dunia yang sekular bermakna umat Islam tidak dilengkapkan secukupnya untuk mengharungi cabaran-cabaran mendatang di samping dapat berpegang kukuh kepada nilai dan ajaran Islam. Ini mencetuskan pelbagai masalah dalam dunia Islam, termasuk terbentuknya satu kumpulan orang Islam yang mendokong pandangan yang menjurus kepada radikalisme dan ideologi ganas demi untuk membenteng diri dari tekanan sekularisme dan arus kemodenan. Ada juga yang merasakan bahawa arus globalisasi dan dunia sekular menghakis nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian dalam diri seseorang itu. Dalam negara yang pesat

membangun seperti Singapura, ada yang beranggapan kecemerlangan material yang dikecapi telah menggadaikan kecemerlangan dari segi spiritual atau kerohanian. Jika kita merujuk kepada Kertas Putih yang dikeluarkan pemerintah Singapura berkaitan dengan penangkapan anggota Jemaah Islamiyah (JI), kita akan dapati bahawa ramai di kalangan anggota JI mengutamakan agama mereka iaitu keselamatan kerohanian mereka dari keselesaan dan kemewahan kehidupan. Ini yang membuat mereka mula mencari-cari jalan untuk mendaalmi pengetahuan keagamaan mereka. Sebenarnya, ini sejajar dengan hieraki keperluan manusia seperti yang diutarakan oleh Maslow yang mengatakan bahawa kemuncak dari segala keinginan kita ialah membina identiti atau jati diri kita sebenar. Ini tidak dapat dikecapi dengan pembangunan material sahaja tetapi memerlukan pengisian kerohanian yang kukuh. Oleh itu, mereka yang telah dapat mengukuhkan keperluan asasi mereka seperti makan, minum, tempat tinggal yang selamat akan berusaha pula mencari kasih-sayang, perasaan kebersamaan (sense of belonging) dan seterusnya jati diri mereka. Oleh itu, kita dapat melihat antara alasan yang diberi oleh anggota JI adalah mereka tertarik kepada JI kerana dapat merasakan semangat kebersamaan di dalam sebuah kumpulan. Ada pula yang merasakan mereka merasa selesa dalam kumpulan itu kerana adanya guru yang dapat membasmi dilema yang berkecamuk di sanubari mereka kerana tidak dapat menyesuaikan diri hidup di dalam kesekitaran yang sekular dan pada masa yang sama menjadi orang Islam yang baik.(sila rujuk pada kertas putih yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri) Mencari Huraian Bagi Masalah Menegakkan Pemahaman Islam Sebenar Antara perkara yang harus segera dilakukan ialah mengembalikan kefahaman Islam yang sebenar. Dunia Islam hari ini tandus dengan ulama yang benar-benar dapat memahami dan sekaligus menangani keprihatinan dan dilemma masyarakat Islam sejagat dan ini antara lain telah melahirkan individu-individu yang cetek pengetahuan agamaya tetapi bertindak untuk memberikan terjemahan atau huraian mereka sendiri yang seringkali berpandangan sempit mengenai pengamalan Islam di dunia moden ini. Mereka ini adakalanya dipanggil fundamentalists yang bermaksud untuk mengembalikan kegemilangan Islam seperti zaman Nabi dan para sahabat dan solafussoleh dahulu kala. Tetapi kecetekan ilmu agama mereka telah mengakibatkan mereka untuk membuat terjemahan yang lebih berbentuk literal dan tanpa mengambil kira konteks dan keadaan masakini yang banyak berbeza dari zaman dahulukala.

Umpamanya dalam permasalahan jihad, mereka sering menggunakan ayat-ayat yang dinamakan ayat-ayat pedang. Umpamanya ayat 5 Surah At-Taubah: Apabila sudah habis bulan-bulan haram itu, maka bunuhlah orang Musyrikin itu di mana saja kamu jumpai mereka, dan tangkaplah mereka Ayat ini telah disalah ertikan oleh golongan extremis yang menganggapnya sebagai ayat yang memansuhkan ayat lain berkenaan peperangan dan sekaligus merupakan satu keizinan mutlak untuk membunuh orang Musyrik di mana saja mereka berada. Tetapi jika kita lihat ayat ini dari konteks sebenarnya, ia merupakan perintah Allah untuk memerangi atau menghalau orang Musyrik yang telah berkali-kali membatalkan perjanjian damai mereka dengan kaum Muslim dan yang dengan jelas mempunyai niat jahat terhadap kaum Muslim. Namun, dalam keadaan itu sekalipun pihak musuh tetap diberi amaran yang mencukupi iaitu masa sepanjang empat bulan haram sebelum kaum Muslim dibenarkan untuk melancarkan perang di atas mereka. Pihak ekstremis juga telah memesongkan beberapa ayat al-quran demi untuk kepentingan mereka. Ketika Osama bin Laden ditanya wartawan mengapa beliau membenarkan pembunuhan orang awam ketika peristiwa 11 September 2001, dia menjawab bahawa tindakan itu wajar kerana ia adalah demi membela pembunuhan orang awam di Palestine, Iraq dan di mana sahaja oleh tentera Amerika Syarikat. Walaupun dia mengaku bahawa ada hadis sahih yang melarang pembunuhan kanak-kanak dan wanita, dia berkata ada pula ayat Quran yang membenarkan seperti ayat 126 Surah An-Nahl: Dan jika kamu memberi balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu Dalam penafisiran ayat ini, Abdullah Yusuf Ali menjelaskan bahawa ayat ini sebenarnya adalah ayat yang melarang kita dari sikap melampaui batas sekalipun di dalam membalas tindakan musuh. Dan yang terpenting, Osama bin Laden tidak melihat kepada penghujung ayat ini yang berbunyi, Akan tetapi jika kamu bersabar sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. Oleh itu, jika kita melihat secara keseluruhannya, ayat ini sebenarnya menggalakkan kita untuk bersabar daripada melakukan pembalasan atas perbuatan salah orang lain. Pentingnya Pembimbing Dalam Mencari Ilmu Permasalahan individu-individu yang dipesongkan oleh pembacaan di lelaman internet lantas menjadi radikal, jelas menunjukkan kesukaran-kesukaran yuang ditempuh oleh mereka yang menuntut ilmu tanpa kehadiran pembimbing yang sahih. Kepentingan berguru

di dalam menuntut ilmu ini jelas apabila kita menghayati bahawa Rasulullah s.a.w sendiri tidak menerima wahyu yang terus-menerus dari Allah tetapi dengan perantaraan Jibril a.s. sebagai guru. Adab menuntut ilmu ini ditekan apabila kita merenung hadis di mana Rasulullah s.a.w. dan Jibril a.s duduk saling berhadapan dengan lutut mereka bertemu sempena Rasulullah s.a.w. diberi penerangan berkenaan Islam. Cara ini juga yang diamalkan oleh para sahabat Nabi, di mana guru bukan saja merupakan sumber ilmu tetapi merupakan contoh ikutan dari segi akhlaq dan keperibadian mereka. Malah kumpulan sahabat Nabi yang ditugaskan mengumpulkan hadis-hadis nabi (Ahl-Hadis) bukan saja memastikan bahawa ia adalah kata-kata dan perbuatan nabi tetapi cara penyampaian beliau juga dirakamkan sebagai sunnah Nabi s.a.w. Kembali ke Tradisi Islam Intelektual Seperti yang telah dijelaskan di atas tadi, punca segala permasalahan umat Islam hari ini adalah kepupusan tradisi Islam intelektual yang dahulunya melahirkan cendiakawan dan pemimpin Islam yang berwibawa dan yang dapat membawa umat Islam keluar dari setiap masalah yang mereka hadapi di zaman mereka. Malah, mereka telah berjaya menjadi pelopor dan penyelesai bagi permasalahan umat sejagat. Oleh itu, kita seharusnya kembali kepada tradisi intelektual Islam yang bukan saja menekankan kepentingan ilmu tetapi juga tugas membersihkan hati bagi menjana akhlaq sempurna yang dapat menjamin kesejahteraan dan keberkatan ilmu yang dikecapi. Para ulama dan pemikir Islam masakini mempunyai peranan besar lagi kritikal untuk menggandakan usaha untuk mencari jalan-jalan keluar yang dapat diterima masyarakat umum. Cabaran ini harus disahut terutama sekali oleh badan-badan dan pemimpinpemimpin masyarakat Islam yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin umat Islam yang merupakan golongan minoriti dalam negara yang mengamalkan sistem sekular. Mereka seharusnya peka dengan keprihatinan yang disuarakan oleh umat Islam setempat yang mengharapkan penjelasan bernas terhadap masalah-masalah atau dilema yang mereka hadapi dalam kehidupan seharian mereka untuk menjadi rakyat yang baik yang sekaligus tidak menggadaikan nilai-nilai Islam. Mereka harus dengan hati terbuka menerima pandangan berbeza dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian kepada suara-suara pembangkang di kalangan umat Islam itu sendiri. Dialog harus dijalankan bukan sahaja untuk antara gama tetapi juga dengan suara-suara dari kalangan orang Islam yang

mempunyai pandangan berbeza di dalam Islam. Sekiranaya ini tidak dapat dilakukan dengan baik, maka tidak hairanlah jika gejala ekstremise ini akan berterusan. Malah, kita juga sedang berhadapan dengan satu lagi permasalahan dalam masyarakat kita yang bertentangan dengan masalah ekstremisme iaitu golongan yang mempunyai pandangan yang mirip kepada pandangan liberalisme di mana mereka melepaskan segala nilai-nilai Islam yang tidak dapat mereka sesuaikan dengan kehidupan dan cabaran hidup di dunia sekular. Sebagai contoh yang mudah, di mana pihak extremis melihat bahwa kita seharusnya makan hanya makanan yang dimakan Rasulullah, pihak liberal pula melepaskan segala adab dan peraturan makan secara Islam, termasuk halal dan haramnya. Di sini, jelas kita perlu ambil jalan pertengahan yang sememangnya digalakkan Islam, iaitu makan dan minum apa yang ada di zaman kita tetapi mengikut adab dan cara makannya Rasulullah, termasuk mengikut syarat halal dan haram. Menghadapi Pengganasan Siber Kecenderungan para belia kepada bersimpati atau menyokong gerakan militan dan kumpulan pengganasan datangnya dari pelbagai sebab. Selain rasa marah ke atas layanan yang dikatakan tidak adil kepada kepentingan Islam dan Muslim, misalnya dalam isu Palestin dan kesan penaklukan Iraq, ia juga akibat tekanan dalaman terhadap salahkuasa rejim di negara-negara Islam sendiri, juga rasa terpinggir dan kemiskinan. Dengan kepelbagaian sebab itu, penghuraian kepada isu ini perlu menggunakan kepelbagaian pendekatan. Ini termasuk memenangi hati dan jiwa para belia Muslim itu sendiri melalui usaha menghuraikan secara jujur hal-hal yang menyebabkan tumbuh rasa kurang selesa terhadap kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat. Kita juga bukan saja harus menyediakan laman web alternatif untuk belia, tetapi harus bekerja keras menggagalkan laman web yang bertemakan ekstremisme dan pengganasan. Iaitu kita seharusnya menyiapkan hujjah-hujjah yang bernas dan yang dapat diterima oleh orang ramai menegenai mengapa propaganda yang diwar-warkan oleh setiap satu lawan web jihadi itu tidak menepati ajaran Islam dan mengajak kepada kehancuran. Cabaran ekstrimisme dan pengganasan di kalangan masyarakat Islam kelihatannya berterusan, walaupun berbagai usaha telah dilakukan oleh semua pihak. Berjaya atau tidak dalam menangainya, terletak di tangan semua, pemerintah, masyarakat dan juga setiap

individu. Kes radikalisme atau self-radicalisation yang ternyata berlaku di negara kita ini, menunjukkan bahawa ia adalah satu lagi cabaran besar yang memerlukan perhatian dan usaha kita semua. Artikel pandangan: Ustaz Mohamed Bin Ali Penyelidik Pengganasan di Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam, Universiti Teknologi Nanyang dan Anggota Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG)