BAB I PENGENALAN. Mendukung Aspirasi Rakyat dan Kedaulatan Negara adalah ungkapan

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Kajian terhadap tahap kepuasan kerja adalah berdasarkan kepada Job

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

FAKTOR-FAKTOR ORGANISASI YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN LATIHAN KELOMPOK: SATU KAJIAN DI REJIMEN ARMOR BAB 1 PENDAHULUAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. Bab ini akan menerangkan objektif kajian. Ianya juga menerangkan langkah yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

S A R A N A. Sekolah. Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Suatu Inisiatif Utama Makmal GTP2.0

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini membincangkan kesimpulan dan cadangan berdasarkan keputusan yang

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2017 PENAMBAHBAIKAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB) DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

BAB 1 PENGENALAN. kegagalan sesebuah organisasi. Masalah yang berkaitan isu kawalan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

TEKS UCAPAN PENGARAH INTAN MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PESERTA KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM BIL.

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Inovasi dan Perubahan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB V KESIMPULAN. Di dalam bab ini pengkaji akan membincangkan tentang kedapatan atau

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Faktor Mempengaruhi Kepuasan Kerja Dikalangan Anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja (Rajd) 3 Divisyen

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KETIDAKHADIRAN PEKERJA DI SME CORPORATION MALAYSIA, KUALA LUMPUR NORAIZAH HASHIM USM13049

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

KERTAS KONSEP. Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia A.S.A.T

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-pertuan Agong. Konsep Raja Berperlembagaan

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PENGAJIAN AM 900. Sukatan Pelajaran

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PELAKSANAAN LIMA HARI BEKERJA SEMINGGU

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

UCMMC SERIAL /2009 INSTITUT PEGAWAI KANAN TENTERA DARAT (INSPEKA)

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN KAJIAN. Tahap kepuasan bekerja di setiap peringkat pegawai dan pekerja/staf sesebuah

BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

BAB I PENDAHULUAN. Menjelang tahun 1990an, satu transformasi telah berlaku dalam Angkatan

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN TIGA 2015

KERTAS CADANGAN KAJIAN PROGRAM SARJANA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SESI Mr. X xx xxxx JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Transkripsi:

BAB I PENGENALAN 1.1 Pengenalan Mendukung Aspirasi Rakyat dan Kedaulatan Negara adalah ungkapan hikmat yang melambangkan keperluan Tentera Darat kepada negara. Benteng atau ketahanan negara boleh ditafsirkan melalui kekukuhan dan kestabilan dalam ekonomi, kestabilan politik dan perpaduan rakyat. Perkembangan serantau memerlukan satu organisasi yang mantap dan mampan dalam menangani sebarang ancaman dan kewujudan tentera menjadi tonggak asas kepada kestabilan, keselamatan dan keamanan sesebuah negara. Tentera Darat adalah satu organisasi dalam Angkatan Tentera Malaysia yang menjadi tulang belakang atau benteng kepada pertahanan negara. Maruah dan kedaulatan negara Malaysia menjadi pertaruhan dan mesti dipertahankan pada sebilang masa tanpa sebarang kompromi. Ianya menjadi kemestian dan memerlukan satu organisasi yang kukuh dalam pembangunan teknologi dan manusia. Profesionalisme dan pembangunan insan, kepimpinan, pengurusan, pembangunan Tentera Darat, perhubungan dan imej serta pemikiran kreatif menjadi enam teras utama yang tidak boleh dipersoalkan. 1

Elemen-elemen ini membina imej Tentera Darat yang dipandang tinggi di mata masyarakat. 1.2 Implikasi Imej Tentera Darat Tentera Darat menjadi tonggak dalam mengekalkan tahap keselamatan agar negara bebas daripada ancaman-ancaman yang menggugat kestabilan dalam negara. Peranan dan tugas Tentera Darat bertambah dominan dengan perkembangan semasa yang memerlukan komitmen secara menyeluruh dalam menangani isu-isu keselamatan. Era globalisasi memerlukan tahap profesionalisma yang tinggi dan Tentera Darat mestilah berkemampuan mempamerkan keupayaannya supaya dapat bersaing dan memanafaatkan situasi tersebut. Menjadikan Tentera Darat yang berkeupayaan dalam menangani isu-isu serantau samada dalam dan luar negara telah melibatkan proses mengemaskinikan elemen-elemen dalam Tentera Darat. Peringkat asas dalam megemaskini perkhidmatan Tentera Darat adalah melalui proses seperti mengenalpasti, mengemukakan pilihan-pilihan, menilai, perlaksanaan pemantauan dan ianya berterusan. Sasaran Tentera Darat adalah menjurus kepada pembangunan sumber manusia dan teknologi supaya ianya selaras dengan perkembangan semasa. 2

1.3 Latarbelakang Sejak kebelakangan ini sering terpapar berita berkaitan ketidakpuasan hati anggota-angota tentera terhadap perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Di dalam rungutan tersebut mereka telah melahirkan beberapa perkara yang berkaitan pengurusan dalam kenaikan pangkat, gaji, rumah kediaman, persekitaran kerja dan kerja itu sendiri (job nature). Mereka telah menyuarakan kelemahan pihak pengurusan dalam menangani isu-isu berkaitan tidak mengikut saluran-saluran yang telah sedia termaktub dengan mengikut garispanduan yang telah ditentukan oleh perkhidmatan. Luahan rasa telah dikemukakan melalui akhbar dan segelintir daripada mereka mengamalkan budaya surat layang dengan memajukan terus kepada pihak atasan dan juga ahli-ahli politik. Sindrom surat layang dan menyuarakan permasalahan melalui saluran media-massa menjadi satu trend yang begitu berleluasa berlaku dewasa ini. Implikasi daripada fenomena ini telah memberi gambaran negatif oleh masyarakat umum tentang kredibiliti organisasi Tentera Darat secara menyeluruh. Secara tidak langsung memberi kesan kepada profesion ketenteraan sebagai bidang pekerjaan yang tidak menarik untuk diceburi. Kesukaran bagi menampung kekurangan anggota menjadi tajuk hangat bagi mengenalpasti apakah puncanya kurang minat orang awam dalam menceburi profesion ketenteraan. 3

Kewujudan fenomena tersebut tidak boleh dipandang sepi oleh Tentera Darat dan sesuatu tindakan berkesan perlu diambil bagi mengatasinya. Kelemahan dalam pengurusan, komitmen terhadap organisasi dan faktor lain yang menyumbangkan kepada tahap kepuasan kerja telah menurun dan ianya mempunyai hubungkait dengan fenomena tersebut. Sebagai satu organisasi yang mesti memiliki kekuatan dalam aspek fizikal dan mental serta penggunaan teknologi yang canggih perlu dipelihara dan dikekalkan pada tahap yang tinggi dan cemerlang sebilang masa. Akibat langsung ketidakpuashati yang tidak dibendung akan menimbulkan kesan kepada peningkatan kes-kes tatatertib dan disiplin, peningkatan gejala tidak hadir tanpa cuti (THTC) atau Absenteism, menamatkan perkhidmatan awal sebelum berpencen, pembocoran maklumat dan sebagainya. Ketaatan, kesetiaan kepada pemimpin, perkhidmatan dan negara akan menjadi goyah, sememangnya kesempatan ini memberi ruang kepada anasir-anasir dalam atau luar negara mengeksploitasikannya untuk kepentingan mereka. Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja individu di bawah tanggungjawab mereka supaya gejala negatif dapat dibanteras sama sekali. Pihak pengurusan atasan harus menjadikan ianya sebagai agenda utama pihak pengurusan untuk mengadakan kajian terhadap tahap kepuasan kerja serta mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah yang mempengaruhi tahap kepuasan kerja anggota di bawah tanggungjawab mereka. 4

Telah banyak kajian telah dilaksanakan berkaitan kepuasan kerja di dalam negara mahupun di luar negara tetapi ruang kajian hanyalah di sektor awam atau swasta sahaja. Tidak ada kajian seumpamanya telah dilaksanakan di dalam Tentera Darat atau rejimen atau kor. Hasil kajian yang lepas mungkin tidak dapat digeneralisasikan kepada semua. Ini kerana bidang tugas yang dikaji adalah berbeza. Sudah tentu bidang ketenteraan ini jauh perbezaannya dari segi kerja, syarat-syarat perkhidmatan, disiplin dan sebagainya. Diharapkan kajian ini nanti dapat memberi input kepada kajian seumpama ini di masa hadapan. 1.4 Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD) Rejimen Askar Jurutera Diraja atau ringkasnya RAJD adalah salah satu Kor dalam Tentera Darat Malaysia. RAJD merupakan pasukan bantuan tempur yang bertanggungjawab membantu Tentera Darat mencapai kemenangan dalam peperangan. Semasa aman, RAJD juga terlibat dalam pembangunan negara dengan penglibatan pasukannya melaksanakan projek-projek pembinaan infrastruktur asas kepada rakyat terutamanya di kawasan pedalaman atau satu ketika dahulu ditakrifkan sebagai kawasan keselamatan. Disamping itu, RAJD juga membantu kepada keamanan sejagat dengan penglibatannya dalam misimisi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai kumpulan bantuan tempur kepada Kontinjen Malaysia. 5

Sebagai sebuah Kor yang bertunjangkan kejuruteraan, RAJD mempunyai keunikan yang tersendiri dalam menjayakan misinya. RAJD dilengkapi dengan peralatan khas disamping sumber manusia yang terlatih dan mahir khusus untuk kejuruteraan medan. Dari sudut sejarah, RAJD telah ditubuhkan dengan rasminya pada 22 April 1953. Pada masa itu, unit pertama RAJD dikenali sebagai Skuadron Medan Persekutuan ke-76 Jurutera Persekutuan. Pasukan terawal ini ditubuhkan di Balaclava Lines, Kluang, Johor. Ianya dianggotai oleh pelbagai bangsa rakyat Malaya kecuali semua pegawai dan enam anggota yang terdiri daripada Tentera British. Apabila Malaya hampir merdeka, kerajaan British telah membubarkan Rejimen Jurutera Medan Diraja dan memindahkan semua anggota tersebut ke dalam pasukan Jurutera Persekutuan. Pasukan ini kemudian ditukar nama kepada Skuadron Jurutera Pertama, Jurutera Persekutuan pada 15 Julai 1957. Dalam pada itu, pasukan Skuadron Medan Persekutuan ke-75, Jurutera Diraja yang ditubuhkan lebih awal lagi, iaitu pada 30 September 1952 turut ditukar menjadi Skuadron Jurutera Kedua, Jurutera Persekutuan dengan keanggotaan seramai 201 orang. Semasa penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, nama Jurutera Persekutuan telah ditukarkan kepada Jurutera Malaysia. Nama tersebut kemudiannya ditukar menjadi Rejimen Askar Jurutera pada tahun 1977 sejajar dengan proses penyusunan semula semua Kor dan Rejimen di dalam Tentera Darat. Pada tanggal 6 Jun 1992, Rejimen Askar Jurutera telah dianugerahkan gelaran Diraja oleh Yang Dipertuan Agong. Sejak dari itu, Kor ini telah dikenali sebagai Rejimen Askar 6

Jurutera Diraja. Peranan dan tugas utama RAJD adalah memberi bantuan kejuruteraan kepada Tentera Darat adalah seperti berikut: a. Semasa Perang - Membantu Tentera Darat untuk berperang, bergerak dan hidup. Antara tugas-tugas yang dilaksanakan semasa di dalam peperangan adalah: Memperbaiki mobiliti pasukan sahabat. Mematahkan mobiliti pasukan musuh. Membantu kemandirian (Survivability) pasukan sahabat. Melakukan kerja kejuruteraan am. b. Semasa Aman - Berlatih untuk berperang dan membantu dalam pembangunan negara. c. Semasa Darurat atau Bencana Alam - Membantu pihak berkuasa awam atau tempatan seperti semasa banjir, tanah runtuh dan sebagainya. RAJD sejak ditubuhkan telah berkembang selaras dengan pembangunan Tentera Darat Malaysia. Berlandaskan tema `Berusaha Berfaedah', RAJD telah berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan cemerlang. Pengetahuan dan kemahiran kejuruteraan serta peralatan khas yang dimiliki RAJD membolehkan rejimen ini dikerah untuk melaksanakan projek 7

pembangunan. RAJD merupakan perintis pembangunan negara terutamanya di kawasan luar bandar dan terpencil. RAJD telah menempatkan unit-unitnya di lokasi-lokasi seperti berikut: a. 1 Divisyen meliputi kawasan negeri Sabah dan Sarawak. b. 2 Divisyen meliputi kawasan negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. c. 3 Divisyen meliputi kawasan Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang d. 4 Divisyen meliputi kawasan negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. 1.5 Pernyataan Masalah Seperti yang dinyatakan di atas, fokus kajian adalah bertumpu kepada anggota-anggota RAJD yang bekerja di unit-unit di bawah pemerintahan 3 Divisyen. Kekuatan anggota di pasukan mengikut pegangan adalah seramai 42 orang Pegawai dan 868 orang anggota lain-lain pangkat. Anggota-anggota RAJD juga tidak terlepas dari aktiviti-aktiviti yang negatif seperti yang dialami oleh Tentera Darat. Peningkatan kes-kes disiplin, tidak hadir tanpa cuti (THTC) serta 8

bilangan anggota yang menamatkan perkhidmatan awal meningkat dari tahun ke tahun. Tinjauan awal menyatakan bahawa anggota-anggota RAJD ini merasa tidak puas hati terhadap layanan, tahap disiplin yang tinggi, tugas yang sukar antara faktor-faktor penyebab kepada masalah mereka ini. Fenomena ini telah berterusan dan tersiar rungutan di dalam keratan akhbar tempatan yang sering menyuarakan ketidakpuasan begitu berleluasa. Keratan akhbar tersebut menyenaraikan faktor-faktor yang menyebabkan ketidakpuasan terhadap gaji, peluang kenaikkan pangkat dan pelbagai lagi. Maklumat yang dikeluarkan oleh akhbar lebih berbentuk andaian dan tidak disokong oleh sebarang kajian yang kukuh dan ianya akan menimbulkan manipulasi yang tidak sihat serta menjejaskan imej Tentera Darat khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya. Data yang diperolehi untuk tiga tahun kebelakangan ini ditunjukkan seperti jadual di bawah: 9

Jadual 1.1: Kes-kes Disiplin RAJD 3 Divisyen 2006 2007 2008 Jumlah Catatan Berhenti Awal 6 10 15 31 Kes Disiplin 30 38 41 109 THTC 57 59 58 174 Jumlah 93 107 114 314 Sumber Data: dari Jabatanarah RAJD Berdasarkan data di atas ianya boleh dianggap satu perkara yang serius dan jika ianya berterusan akan menjatuhkan imej RAJD khasnya dan Tentera Darat amnya. Jabatanarah RAJD telah berusaha membendung gejala ini namun ianya masih tetap terjadi. Mereka berpendapat dan membuat rumusan bahawa ianya mempunyai hubungkait dengan masalah ketidakpuasan terhadap kerja menjadi isu utama. Tetapi mereka masih tidak dapat membuktikan kesahihannya. Oleh yang demikian kajian ini dilaksanakan untuk membuktikan samada ketidakpuasan anggota terhadap tugas mereka dipengaruhi oleh faktorfaktor yang tertentu. Hasil kajian ini kelak mungkin dapat membantu Jabatanarah RAJD mencari idea atau penyelesaian bagi mengatasi masalah ini dari terus berlaku. 10

1.6 Tumpuan Kajian Untuk kajian ini anggota-anggota RAJD yang sedang berkhidmat di unitunit bawah pemerintahan 3 Divisyen iaitu di unit-unit yang di Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang telah diambil sebagai responden tumpuan bagi kajian ini. Unit-unit yang khusus adalah seperti berikut: a. Skuadron ke-9 dan ke-10 RAJD di Kem Trendak, Melaka. b. Skuadron ke- 8 RAJD di Kem Mahkota Kluang, Johor. c. Skuadron ke-4 RAJD di Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan. 1.7 Persoalan Kajian berikut: Persoalan-persoalan yang perlu dijawab di dalam kajian ini adalah seperti a. Adakah terdapat perkaitan diantara Pekerjaan Sekarang dengan Kepuasan Kerja dikalangan anggota-anggota RAJD? 11

b. Adakah terdapat perkaitan diantara Rakan Sekerja dengan Kepuasan Kerja dikalangan anggota-anggota RAJD? c. Adakah terdapat perkaitan diantara Gaji dengan Kepuasan Kerja dikalangan anggota-anggota RAJD? d. Adakah terdapat perkaitan diantara Peluang Kenaikan Pangkat dengan Kepuasan Kerja dikalangan anggota-anggota RAJD? e. Adakah terdapat perkaitan diantara Penyeliaan dengan Kepuasan Kerja dikalangan anggota-anggota RAJD f. Adakah terdapat pengaruh yang berkaitan diantara Pekerjaan Sekarang, Rakan Sekerja, Gaji, Peluang Kenaikan Pangkat dan Penyeliaan dengan Kepuasan Kerja dikalangan anggota-anggota RAJD. 1.8 Objektif Kajian Objektif kajian yang hendaki dicapai diakhir kajian ini adalah berikut: a. Mengenalpasti perkaitan yang signifikan diantara Pekerjaan Sekarang dengan Kepuasan Kerja dikalangan anggota-anggota RAJD. 12

b. Mengenalpasti perkaitan yang signifikan diantara Rakan Sekerja dengan Kepuasan Kerja dikalangan anggota-anggota RAJD. c. Mengenalpasti perkaitan yang signifikan diantara Gaji dengan Kepuasan Kerja dikalangan anggota-anggota RAJD. d. Mengenalpasti perkaitan yang signifikan diantara Peluang Kenaikan Pangkat dengan Kepuasan Kerja dikalangan anggota-anggota RAJD. e. Mengenalpasti perkaitan yang signifikan di antara Penyeliaan dengan Kepuasan Kerja dikalangan anggota-anggota RAJD. f. Mengenalpasti pengaruh yang signifikan diantara Pekerjaan Sekarang, Rakan Sekerja, Gaji, Peluang Kenaikan Pangkat dan Penyeliaan dengan Kepuasan Kerja dikalangan anggota-anggota RAJD. 1.10 Kepentingan Kajian Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan maklumat-maklumat penting kepada pihak pengurusan atasan iaitu Jabatanarah RAJD khususnya dan Tentera Darat amnya perkara-perkara berikut: 13

a. Faktor penyebab tahap kepuasan rendah atau sebaliknya dan kumpulan anggota yang menunjukan signifikan dalam tahap kepuasannya. b. Faktor atau pembolehubah bebas ini menunjukkan hubungkait yang signifikan ke atas tahap kepuasan kerja. c. Mengenalpasti jika ada penyebab yang lain seperti disenaraikan yang mempunyai hubungkait dalam tahap kepuasan kerja. Melalui kajian ini, pihak pengurusan dapat mengenalpasti apakah permasalahan yang sebenarnya yang mempengaruhi tahap kepuasan kerja dan di samping itu dapat mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam menangani permasalahan tersebut melalui saranan yang akan dicadangkan dalam kajian. 1.11 Organisasi Kajian Bagi membentangkan keselurahan kajian yang dilaksanakan dengan teratur dan mempastikan kesinambungan dari mula hingga akhir, kajian ini akan disusun mengikut bab-bab seperti berikut: 14

a. Bab 1 Pengenalan kepada kajian yang merangkumi organisasi yang terlibat, tumpuan, penyataan masalah, persoalan, objektif dan kepentingan kajian ini dilaksanakan. b. Bab 2 Sorotan kajian yang lepas berkaitan kepuasan kerja dan faktor yang mempengaruhi dan beberapa teori yang berkaitan dengan kepuasan kerja. c. Bab 3 Methodologi kajian yang menerangkan bagaimana proses pengambilan data, persampelan dan kaedah soal selidik dilaksanakan. d. Bab 4 Penemuan dan hasil kajian yang diperolehi melalui program SPSS. e. Bab 5 Rumusan dan cadangan terhadap kajian yang telah dilakukan. 1.12 Batasan Kajian Di dalam melaksanakan kajian ini, terdapat beberapa batasan atau limitasi yang perlu diambilkira iaitu: 15

a. Penyelidikan ini terbatas kepada pegawai dan anggota-anggota RAJD yang sedang berkhidmat di pasukan-pasukan sahaja. Walaupun responden-responden dari kalangan pesara-pesara RAJD masih boleh dianggap relevan namun kemungkinan mereka ini tidak mempunyai maklumat terkini berkaitan isu-isu semasa atau keadaan dalaman mereka yang sedang berkhidmat. b. Oleh kerana faktor masa yang terhad diperuntukkan untuk kajian ini, maka penyelidikan atau soal selidik ditumpukan kepada anggotaanggota yang sedang bertugas di kawasan 3 Divisyen sahaja iaitu kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sahaja. c. Penyelidikan ini tidak meliputi pegawai dan anggota yang ditumpangkan ke pasukan RAJD untuk sesuatu maksud tertentu dalam jangka waktu yang khusus. d. Tumpuan kajian ini adalah untuk mengetahui faktor yang berkaitan dengan kepuasan kerja dan sejauh manakah tahap kepuasan kerja pegawai dan anggota di pasukan tersebut. Hasil kajian ini adalah tertakluk kepada kefahaman dan keikhlasan responden menjawab soalselidik yang telah disediakan. 16

e. Limitasi atau batasan mungkin berlaku dalam memperolehi maklumat sekunder dimana kebenaran khusus atau sekatan dalam mendapatkannya daripada pasukan tersebut atas faktor keselamatan dan sebagainya. 1.13 Kesimpulan Tugas dan tanggungjawab anggota tentera amnya, anggota RAJD khasnya semakin mencabar dengan bertambahnya asset-aset terkini yang memerlukan kepakaran tertentu. Disamping itu cabaran atau ancaman pada masa kini tidak menentu atau sukar diramal. Dengan menjaga moral dan kebajikan serta memastikan mereka dapat menjalankan tugas debgan cekap dan berkesan maka kepuasan kerja mereka perlu dipandang dengan lebih serius lagi. Berdasarkan pernyataan di atas, kajian ini dirasakan amat perlu untuk dilakukan bagi menentukan sejauh manakah tahap kepuasan kerja anggota RAJD. Diharapkan hasil kajian ini nanti, sedikit sebanyak dapat membantu pihak pengurusan atasan RAJD untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja mereka. Ini amat perlu kerana dengan kepuasan kerja mereka bukan sahaja mampu menghasilkan mutu kerja yang produktif dan berkualiti tinggi, tetapi juga mampu meningkatkan prestasi dan seterusnya memartabatkan imej Angkatan Tentera, Tentera Darat dan RAJD. 17

Secara kesimpulannya, kepuasan kerja menjadi dorongan atau motivasi kepada anggota untuk bertugas dengan jujur dan ikhlas dan secara tidak langsungnya juga dapat menghasilkan produktiviti dan mutu kerja yang terbaik. Bab 2 yang seterusnya akan membincangkan sorotan literatur kajian yang telah dilaksanakan. 18