peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran.

dokumen-dokumen yang mirip
BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

PENGUASAAN KEMAHIRAN PENTERJEMAHAN PERKATAAN ARAB BERIMBUHAN DI KALANGAN PELAJAR IPTA MOHD HARIS BIN SULAIMAN

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini menghuraikan kaedah pengumpulan data serta cara penganalisisan data yang

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

LAPORAN PENYELIDIKAN

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

KAJIAN KESESUAIAN WAJARAN PENTAKSIRAN DI PERINGKAT SEKOLAH DAN BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

BAB III KERTAS KERJA PROGRAM AKADEMIK BAHARU

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB IV KERTAS KERJA SEMAKAN KURIKULUM

ABSTRAK. persampelan tersebut yang melibatkan persampelan rawak mudah dan sistematik.

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN TAJUK TESIS DEKLARASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL 1 PENDAHULUAN 1

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SOALSELIDIK MENGENAI PENGUASAAN HASIL PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN INSANIAH DAN TAHAP KEPUASAN PELAJAR UTHM

Gaya Pembelajaran Guru Pelatih Kursus Pengajian Lepasan Ijazah Maktab Perguruan Batu Lintang. oleh. Nazamud-din Bin Alias Jabatan Penyelidikan ABSTRAK

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN. Bab ini membincangkan tentang metodologi yang digunakan oleh penyelidik dalam

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUANTITATIF

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN BAHAGIAN SATU

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KENYATAAN AKHBAR. oleh Y. BHG. PROF. TAN SRI DATO DZULKIFLI BIN ABDUL RAZAK PENGERUSI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. tentang

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Lampiran I ம ணவர வ பரப ப வம 1. : 2. : 3. / 4. : 5. : : 6... (UPSR) : A B C D E 7. : : ( ) 8. :

BAB SATU PENDAHULUAN

BORANG SOALSELIDIK Keperluan dan penerimaan dakwah

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB SATU PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN: Bab ini mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian yang

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

METODOLOGI KAJIAN TINDAKAN KUANTITATIF

BAB III METODOLOGI KAJIAN. tertentu yang boleh memberikan data yang sahih dan dikehendaki untuk menyelesaikan

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

OREIENTASI PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM DI PENCAPAIAN DALAM AKADEMIK

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Model Pengurusan Strategik

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

KOLEKSI BAHAN BACAAN BUKU FIKSYEN

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Transkripsi:

peranan, prinsip, teknik, masalah pengajaran terjemahan disamping analisis kesalahan dan ketepatan terjemahan. Lantaran itu kajian ini mengetengahkan secara terperinci tahap penguasaan kemahiran terjemahan perkataan Arab berimbuhan yang terbentuk dari pola tiga huruf, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan dan akhiran. Juga mengetengahkan pola-pola yang terbentuk dari perkataan berimbuhan tersebut yang mana menghasilkan konotasi baharu dari segi kaedah dan makna serta maksud terjemahannya. Di samping itu penekanan juga diberikan terhadap perubahan makna dan maksud bagi setiap perkataan berimbuhan tersebut. BAB 3 60

KAEDAH PENYELIDIKAN 3.0 Pendahuluan Bab ini membincangkan kaedah penyelidikan yang diguna pakai bagi menjayakan penyelidikan ini. Antara aspek yang disentuh ialah reka bentuk kajian yang digunakan, sampel kajian, sampel responden, instrumen kajian, kesahan dan kebolehpercayaan. Di samping itu kaedah prosedur pengumpulan data dan kaedah analisis data juga digunakan bagi tujuan ini. 3.1 Prosedur Penyelidikan Bagi menjayakan penyelidikan ini, penulis telah mengumpul data daripada sekumpulan pelajar yang terdiri daripada 50 sampel pelajar tahun dua dan tiga yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi, Universiti Sains Islam Malaysia. Penulis telah pun melakukan tinjauan awal terhadap sampel dengan mengadakan kajian rintis (pilot study) bagi mengenal pasti tahap kesukaran kandungan borang soal selidik. Sampel kajian rintis (pilot study) ini, tidak menghadapi kesukaran dalam memahami kandungan borang soal selidik. Seramai 50 pelajar yang terdiri dari pelajar tahun dua dan tiga Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi dipilih sebagai sampel kajian. Mereka dikehendaki menjawab kesemua soalan dalam borang soal selidik. Mereka juga diberi taklimat ringkas berkenaan dengan tujuan penyelidikan dan cara menjawab soalan. 61

Borang soal selidik yang telah dijawab, dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan sistem SPSS versi /version 10.0. Analisis ini mengambil kira skala kekerapan dan nilai min. Hasil kajian dibentangkan mengikut kekerapan dan nilai min bagi setiap soalan. Ia mengambil kira latar belakang sampel, pandangan terhadap bahasa Arab, persepsi pelajar terhadap penguasaan bahasa Arab dan tahap penguasaan terjemahan. 3.2 Reka Bentuk Kajian Kajian ini bertujuan bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai tahap penguasaan kemahiran penterjemahan perkataan Arab berimbuhan dalam kalangan pelajar IPTA, khususnya pelajar tahun dua dan tiga program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi, Fakulti Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia. Ia dirangka menggunakan reka bentuk gabungan yang merangkumi pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan kuantitatif menggunakan reka bentuk deskriptif tinjauan. Penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menggambar dan menerangkan sesuatu fenomena yang berlaku. Ia memberi gambaran bagi pemboleh ubah yang ingin dicerap dengan menggunakan petunjuk statistik bagi melihat taburan dan bentuk pola serta kecenderungan data. Satu set instrumen digunakan bagi mengenal pasti permasalahan tersebut. Ia dibahagikan kepada lima bahagian utama yang terdiri daripada latar belakang responden, persepsi, penguasaan bahasa Arab, pengukuran tahap terjemahan perkataan berimbuhan dalam bentuk frasa dan rangkap ayat. 62

Reka bentuk kualitatif pula digunakan untuk mencerap data daripada soalan terbuka. Ia dapat memberi maklumat mendalam berhubung fenomena yang dikaji dan bersesuaian untuk mendapatkan gambaran sebenar berhubung pemboleh ubah yang telah ditetapkan. Penggunaannya juga membolehkan pembinaan konsep dan pemahaman yang diperlukan untuk membuat penilaian dan memberi cadangan berhubung permasalahan yang dikaji. Kaji selidik (survey) dan temubual dengan tokoh-tokoh tertentu dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang mendalam berhubung tahap kemahiran terjemahan pelajar. 3.3 Latar Belakang Subjek Kajian Seramai 50 pelajar atau 40.32 % daripada populasi 124 pelajar tahun dua dan tahun tiga dipilih sebagai sampel kajian. Mereka terdiri dari pelajar tahun dua dan tiga program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi di Universiti Sains Islam Malaysia. Rasional pemilihan mereka ialah kerana mereka telah pun mengikuti kursus-kursus bahasa Arab untuk tujuan khusus dan bahan pengajarannya terdiri daripada bahan-bahan bacaan moden. Begitu juga mereka mempelajari beberapa subjek yang berbentuk amali. Antara subjek-subjek tersebut ialah ( Fakulti Pengajian Bahasa Utama 2006:111); UBA 2032 Al-Arabiyyah al-ittisoliyyah. BAA 3013 Bahasa Arab Komunikasi dan Kebudayaan. BAA 3033Bahasa Arab Kemasyarakatan dan Kesihatan. BAA 4063 Bahasa Arab Professional dan Teknologi. BAA 4073 Maharat Tarjamah. 63

UTA 2051 Muhadathah Hurrah. BAA 2023 Tadhawwuq Adabiy. UBA 1022 Maharat Muhadathah wa Khatabah. UBA 2022 Maharat Istima wa Fahm. UBA 1012 Maharat Qira ah. Kursus Arabiyyah Mihniyyah Wa Tiknulujiyyah memberi penekanan kepada istilah, frasa dan laras bahasa yang berkaitan seperti penterjemahan, penyampaian berita, kewartawanan, teknologi maklumat (ICT), saintifik pemakanan, sumber tenaga, alam sekitar dan kesihatan melalui teks pilihan. Kursus Arabiyyah Ijtima iyyah wa Siyahiyyah pula mengkaji penggunaan kosa kata dan istilah semasa dalam bidang kemasyarakatan dan politik. Penekanan tertumpu kepada istilah, frasa dan laras bahasa yang berkaitan seperti kekeluargaan, kejiranan, persatuan, kehidupan sosial dan politik melalui teks-teks pilihan. Kursus Arabiyyah Idariyyah wa Iqtisadiyyah mengkaji penggunaan kosa kata dan istilah semasa dalam bidang pengurusan, pentadbiran dan ekonomi. Penekanan tertumpu kepada istilah, frasa dan laras bahasa yang berkaitan seperti pejabat kerajaan dan swasta, jabatan, nama jawatan, isitlah-istilah perniagaan, pemasaran, perdagangan, tempat-tempat pelancongan, kemudahan, perkhidmatan dan agensi pelancongan melalui teks-teks pilihan. Kursus Arabiyyah Ittisaliyyah Wa Thaqafiyyah mengkaji penggunaan kosa kata dan istilah semasa dalam bidang komunikasi dan kebudayaan. Penekanan tertumpu kepada istilah, frasa dan laras bahasa yang berkaitan dengan 64

bidang komunikasi, kebudayaan, keagamaan dan pemikiran melalui teks-teks pilihan. Kursus-kursus di atas mendedahkan pelajar kepada kosa kata dan gaya bahasa dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Dengan mempelajari kursuskursus tersebut, pelajar dapat menguasai kemahiran dan menterjemah perkataan dengan baik. Bagi memastikan mereka dapat menterjemah dengan baik, subjek kemahiran terjemahan diperkenalkan. Ia bertujuan memperkenalkan kepada pelajar seni terjemahan dari sudut teori dan amali. Perbincangannya tertumpu kepada aspek amali dengan melatih pelajar cara-cara dan teknik menterjemah pelbagai bentuk teks. Dengan mempelajari kursus-kursus tersebut sudah tentu mereka dapat menguasai bahasa Arab dalam pelbagai laras bahasa khususnya bahasa akhbar. Begitu juga mereka mempunyai kemahiran yang diajar melalui kursus terjemahan. Kajian ini bertujuan untuk melihat kemampuan pelajar bahasa Arab di peringkat IPTA dalam menterjemah perkataan-perkataan berfokuskan laras akhbar. 65

Seramai 30 pelajar dari tahun tiga dan 20 orang pelajar dari tahun dua dipilih sebagai sampel kajian. Item Perkara Kekerapan Peratus (%) 1 Tahun Pengajian Tahun 3 30 60 Tahun 2 20 40 Jumlah 50 100 (Jadual 3.1 : Menunjukkan Tahun Pengajian dengan Jumlah Bilangan Pelajar) Seramai 30 orang berada di tahun tiga semester dua, 17 orang pelajar berada di tahun dua semester dua sementara 3 orang berada di tahun dua semester satu. Item Perkara Kekerapan Peratus (%) Tahun 3 Semester 2 30 60 2 Tahun Pengajian Tahun 2 Semester 2 17 34 Tahun 2 Semester 1 3 6 Jumlah 50 100 (Jadual 3.2 : Menunjukkan Semester Pengajian dengan Jumlah Bilangan Pelajar ) 66

Mereka terdiri dari 12 pelajar lelaki, 38 orang pelajar perempuan Item Perkara Kekerapan Peratus (%) 3 Jantina Lelaki 12 24 Perempuan 38 76 Jumlah 50 100 (Jadual 3.3 : Menunjukkan Jantina dengan Bilangan Pelajar) Tahap akademik tertinggi sampel kajian sebelum memasuki USIM ialah kelulusan diploma seramai 6 orang pelajar, kelulusan STPM 21 orang pelajar dan kelulusan STAM 23 orang pelajar. Item Perkara Kekerapan Peratus (%) Diploma 6 12 4 Tahap Pengajian Tertinggi STPM 21 42 STAM 23 46 Jumlah 50 100 (Jadual 3.4 : Menunjukkan Tahap Pengajian Tertinggi dengan Bilangan Pelajar) Mereka ialah pelajar kolej seramai empat orang, Sekolah Menengah Berasrama Penuh seorang, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama 15 orang dan Sekolah Menengah Agama Negeri/ Rakyat dan lain-lain seramai 30 orang. 67

Item Perkara Kekerapan Peratus (%) Kolej 4 8 5 Sekolah Terdahulu Sekolah Berasrama Penuh 1 2 SMKA 15 30 SMAN/R dan lainlain 30 60 Jumlah 50 100 (Jadual 3.5 : Menunjukkan Sekolah Terdahulu dengan Bilangan Pelajar) Dari sudut latar belakang kehidupan pula didapati seramai 15 orang pelajar dari kawasan bandar, 35 orang pelajar dari luar bandar. Item Perkara Kekerapan Peratus (%) 6 Latar Belakang Kehidupan Bandar 15 30 Luar Bandar 35 70 Jumlah 50 100 (Jadual 3.6 : Menunjukkan Latar Belakang Kehidupan dengan Bilangan Pelajar) 68

3.4 Kaedah Pengumpulan Data Bagi menjayakan kajian ini, penulis menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Data yang diperolehi untuk kajian ini adalah hasil daripada pengumpulan data dari sumber primer iaitu borang soal selidik dan sumber sekunder seperti bahan rujukan bertulis yang diperolehi melalui kajian perpustakaan. Berdasarkan kaedah ini, membolehkan penulis merujuk dengan lebih mendalam pendekatan yang sesuai untuk menguasai kemahiran menterjemah melalui bahan-bahan ilmiah bercetak seperti buku, jurnal, tesis, majalah, kertas kerja dan konvensyen yang berkaitan secara langsung dengan bidang kajian. Melalui kaedah ini juga membolehkan penulis memahami cara dan juga kaedah menterjemah dan menghuraikannya dengan lebih terperinci dan jelas. Melalui bahan-bahan cetak ini penulis dapat membentangkan beberapa pendekatan terjemahan kosa kata berimbuhan dalam bab dua. 3.5 Instrumen Kajian Bagi mendapatkan data, kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Ia diedarkan kepada sampel di atas. Satu set borang soal selidik telah disediakan bagi mendapatkan jawapan untuk permasalahan kajian. Ia dibahagikan kepada lima bahagian utama seperti di bawah: 1. Maklumat Peribadi 2. Persepsi Pelajar Terhadap Penguasaan Bacaan dan Tulisan Arab 3. Persepsi Pelajar Terhadap bahasa Arab 69

4. Terjemahan Pelajar Berdasarkan Frasa 5. Terjemahan Pelajar Berdasarkan Rangkap A - Maklumat Peribadi Mengandungi Maklumat Seperti di bawah: 1. Tahun pengajian 2. Semester pengajian 3. Jantina 4. Kelulusan akademik tertinggi 5. Sekolah menengah atau kolej terakhir yang anda hadiri 6. Kawasan tempat tinggal B- Maklumat Tentang Penguasaan Bacaan dan Tulisan Arab. Pelajar diminta menjawab soalan dengan menggunakan skala yang diberikan seperti di bawah: 1. Sangat Tidak Setuju (STS) 2. Tidak Setuju (TS) 3. Tidak Pasti (TP) 4. Setuju (S) 5. Sangat Setuju (SS) 70

Terdapat 12 soalan tentang maklumat ini yang perlu dijawab oleh pelajar seperti di bawah: 1. Saya dapat menyebut sebutan perkataan Arab satu persatu dengan baik mengikut urutannya 2. Saya dapat menulis perkataan Arab dengan baik dalam penulisan. 3. Saya dapat membaca petikan Arab dengan betul dan sempurna 4. Saya dapat menulis suku kata perkataan Arab dengan baik dan sempurna 5. Saya dapat membina ayat-ayat pendek dengan baik melalui bacaan 6. Saya dapat membina ayat-ayat pendek dengan baik melalui penulisan 7. Saya dapat memahami petikan Arab dengan baik melalui bacaaan saya 8. Saya mampu menulis petikan Arab dengan baik 9. Saya mengetahui kaedah penulisan tulisan Arab dengan baik 10. Saya belajar bahasa Arab semenjak di bangku sekolah rendah lagi 11. Keluarga sebagai pembimbing dalam menguasai bacaan dan tulisan Arab 12. Saya dapat menguasai bahasa Arab melalui mata pelajaran bahasa Arab yang diajar di sekolah. 71

C- Persepsi Pelajar Terhadap Bahasa Arab. Mereka diminta menjawab dengan menggunakan skala seperti di atas. Terdapat tujuh soalan yang dikemukakan seperti di bawah: 1. Saya berminat untuk mempelajari bahasa Arab 2. Pensyarah dapat mempertingkatkan minat dan penguasaan terhadap bahasa Arab 3. Saya akan meneruskan kursus bahasa Arab sekiranya ditawarkan ke peringkat yang lebih tinggi. 4. Saya selalu membaca bahan bacaan dalam bahasa Arab semasa waktu lapang 5. Saya sentiasa merujuk kepada kamus jika terdapat perkataan sukar untuk diterjemahkan 6. Saya merasakan mempelajari bahasa Arab dapat membantu masa hadapan saya. 7. Saya merasakan sudah tiba masanya bahasa Arab dimartabatkan setanding dengan bahasa Inggeris di negara ini. D- Terjemahan Pelajar Berdasarkan Frasa/Ayat Pelajar dikehendaki menterjemah kosa kata perkataan berimbuhan melalui frasa/ayat. Frasa dibekalkan kepada pelajar, dipetik daripada akhabar al Ahram yang diterbitkan di Mesir pada hari Ahad 8 Mac 2009 bersamaan 11 Rabiulawal 1430 bilangan 44652 tahun 133. Sebanyak 25 kosa kata dipilih untuk diterjemahkan mengikut makna yang sesuai dalam frasa/ayat. Terjemahan mereka dinilai dalam tiga tahap, iaitu tepat, sederhana tepat dan tidak tepat. Kosa kata yang dipilih adalah seperti di lampiran 1. 72

E- Terjemahan Pelajar Berdasarkan Rangkap Ayat Pelajar dikehendaki menterjemah kosa kata berimbuhan berdasarkan rangkap ayat dipilih daripada petikan surat khabar al-ahram diterbitkan di Mesir Ahad 8 Mac 2009 bersamaan 11 Rabiulawal 1430 bilangan 44652 tahun 133 daripada pelbagai bidang pengetahuan. Sebanyak 25 kosa kata berimbuhan dipilih daripada rangkap ayat tersebut untuk diterjemahkan oleh pelajar mengikut kehendak makna ayat. Kosa kata perkataan berimbuhan tersebut seperti di lampiran 1. 3.6 Kajian Rintis Kajian rintis telah dijalankan sejajar dengan prosedur piawai dalam penyediaan soalan dan borang soal selidik. Kajian tersebut telah diadakan pada 16 Mac 2009 bertempat di Dewan Kuliah Sederhana (DKS) di bangunan Fakulti Syariah dan Undang-Undang kepada 15 orang pelajar tahun dua dan tahun tiga Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia. Berdasarkan maklum balas dan hasil daripada kajian rintis ini, tidak terdapat masalah dalam instrumen kajian. Semua soalan dapat difahami dengan baik oleh responden. 3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian Bagi mendapatkan kesahan muka dan kesahan kandungan instrumen beberapa siri bengkel pembinaan dan pemurnian instrumen telah diadakan yang melibatkan guru-guru bahasa Arab terlibat secara langsung dengan pengajaran bahasa Arab. Instrumen yang dibina itu diukur kesahan kandungannya melalui 73

maklum balas daripada kajian rintis bagi memastikan kesesuaian makna dan maksud setiap soalan bagi setiap item dalam mengukur pemboleh ubah yang ditetapkan. Kesahan konstruk instrumen ditentukan dalam kajian sebenar melalui analisis faktor. Bil. Pembahagian Item Bil. Item Soalan Alpha Cronbach Terlaras 1 A 6 0.32 2 B 12 0.80 3 C 7 0.79 4 D 25 0.84 5 E 25 0.87 (Jadual 3.7 : Menunjukkan Kesahan Konstruk Instrumen Kajian ). 3.8 Prosedur Analisis Data Kajian Analisis data kajian ini dilakukan secara analisis kekerapan. Ia digunakan bagi mengetahui dan menentukan kekerapan ketetapan terjemahan kosa kata berimbuhan. Tahap kemahiran menterjemah dikira berdasarkan kepada kekerapan bilangan perkataan yang diterjemah. Bagi mendapatkan kesimpulan atau hasil kajian, penulis menganalisa data-data yang telah terkumpul. Data yang diperolehi dianalisa berasaskan dua sumber iaitu primer dan sekunder. 74

Sumber primer ialah sumber yang ada kaitan langsung dengan keadaan dikaji seperti laporan, autobiografi, temubual, tesis, dan karya asal penulis. Sumber sekunder pula ialah sumber yang ada perantaraan di antara keadaan atau pengalaman yang dikaji seperti ulasan, makalah dan juga buku-buku ilmiah (Idris Awang. 2001:75). Dalam menganalisa data kajian, penulis telah menggunakan tiga metod seperti di bawah: 3.8.1 Metod Induktif Metod Induktif digunakan oleh penulis dengan cara mengumpulkan maklumat secara berterusan bagi menjelaskan masalah yang dikaji. Seterusnya penulis mencari hubungan antara fakta-fakta atau keterangan yang terkumpul untuk membentuk satu gagasan pemikiran. Di dalam kajian ini penulis telah menggunakan metod ini dalam menjelaskan tentang segala maklumat yang berkaitan dengan kemahiran menterjemah perkataan berimbuhan. Segala keterangan ini kemudiannya dirangkum menjadi satu rumusan penting tentang kemahiran menterjemah perkataan berimbuhan. 3.8.2 Metod Deduktif Metod Deduktif digunakan oleh penulis dalam menghuraikan segala kemahiran dan pendekatan terjemahan perkataan berimbuhan. Perkara ini dihuraikan secara menyeluruh dengan berlandaskan kepada kemahiran yang diperolehi melalui borang soal selidik. Penulis mengharapkan kajian ini menjadi 75

perintis dan pembuka jalan kepada pengkaji seterusnya dalam melebar dan memperincikan kajian ini di peringkat yang lebih tinggi lagi. 3.8.3 Metod Komparatif Melalui metod ini, penulis membuat kesimpulan dengan melakukan perbandingan terhadap segala data dan fakta yang diperolehi. Segala data yang diperolehi akan dikaji dan dibuat perbandingan bagi mendapatkan kesimpulan dan hasil kajian. Penulis menggunakan metod ini ketika membandingkan pencapaian pelajar dalam kemahiran menterjemah perkataan. 3.9. Penutup Bab ini membincangkan kaedah penyelidikan yang diguna pakai oleh penulis bagi mengumpul dan menganalisis data. Sampel kajian dipilih terdiri dari 50 pelajar dari tahun 2 dan tahun 3, Ijazah Bahasa Arab dan Komunikasi, Fakulti Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia. Kajian ini merangkumi pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif. Data kajian ini dikumpul dengan menggunakan instrumen borang soal selidik yang dibahagi kepada maklumat peribadi, persepsi terhadap bacaan dan tulisan, persepsi terhadap bahasa Arab, pengukuran tahap terjemahan perkataan berdasarkan frasa dan rangkap ayat. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian juga diukur. Data kajian diansalisis berasaskan dua sumber iaitu sumber prima dan sekunder. Dalam menganalisis data kajian, tiga metod digunakan iaitu metod induktif, metod deduktif dan metod komperatif. Borang soal selidik yang telah dikumpul, dianalisis dengan menggunakan sistem SPSS versi 10.0. Analisa yang diperolehi 76

menggunakan metod-metod tersebut akan dikaji dan dibuat perbandingan bagi mendapatkan kesimpulan dan hasil kajian. Hasil kajian dibentang mengikut kekerapan dan nilai min bagi setiap soalan. 77