Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

dokumen-dokumen yang mirip
Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Penggunaan Kad Permainan dalam Pengajaran Kata Seerti/Seiras

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

MEMBINA AYAT KOHESI LEKSIKAL REPETISI DENGAN KAEDAH PEMBARIS OATAK ARdiKOOS AJAIB

Suriana Mohamed Bakri Sekolah Rendah Kranji Pusat Bahasa Melayu Singapura ABSTRAK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

JUL 401 BAHASA MALAYSIA

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

Pengajaran Kata Nama dengan Menggunakan Konsep MBBT. Abstrak

Nur Fazalina Hussin Suriana Mohamed Bakri Sekolah Rendah Kranji ABSTRAK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

PROGRAM PPISMP GWP 1092 WACANA PENULISAN Topik 1: Pengenalan kepada Wacana

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

PAKEJ IMBUHAN: MENINGKATKAN PENGUASAAN IMBUHAN PELAJAR

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

2.0 PENYATAAN MASALAH

Penggunaan PetaK dalam Memperkasakan Imbuhan Pelajar. Abstrak

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF MELALUI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGALAMAN

Bab 2: Memahami Proses Penulisan dan Cara Menilai Karangan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAHAGIAN A 30 markah. Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan.

PGT Pengantar Penyelidikan dan Kajian Tindakan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH PEI TONG

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

Jamrah Sibin Jeswenny Fresshila John

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

BAB 5 KESIMPULAN. sosial dan mesej segera dalam kalangan mahasiswa Cina di Universiti Malaya, Kuala

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

Abstrak. Penerapan Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Fauziah Muhamad Fadzillah Sekolah Rendah Fengshan

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Siti Nor Azzila Amit

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

CHIA CHONG YANG A143398

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN

Abstrak. Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Karangan Naratif

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

BAB 1 PENDAHULUAN. Sesungguhnya, pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa al-quran semestinya mempunyai

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Pentaksiran Kerja Kursus Projek (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)

PENGAJARAN BERPASANGAN

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

Kemahiran Menulis KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

Transkripsi:

23 Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis Muhammad Faizrin Hashim muhammad_faizrin_hashim@moe.edu.sg Muliana Mohammad muliana_mohammad@moe.edu.sg Sekolah Rendah Jiemin Abstrak Kemahiran menulis merangkumi aspek isi dan bahasa. Salah satu faktor yang dapat meningkatkan kemahiran menulis ialah berdasarkan kohesifnya sesebuah penulisan atau karangan. Oleh sebab itu, penanda wacana penghubung merupakan dasar kajian ini dengan bertujuan untuk meneliti keupayaan murid menggunakan penanda wacana dengan betul, mengenal pasti kekerapan penggunaan penanda wacana dalam karangan naratif dan membantu murid menulis secara koheren. Kaedah pengajaran secara eksplisit telah digunakan bagi tujuan kajian ini. Pengajaran dibantu dengan penerapan ICT menggunakan portal 10 M. Subjek kajian terdiri daripada 36 orang murid Darjah 4 kelas Bahasa Melayu yang merangkumi pelbagai aras keupayaan. Analisis data praujian dan pascaujian secara kuantitatif menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dari segi penggunaan penanda wacana dalam kalangan murid. Data kualitatif pula menunjukkan bahawa murid berupaya mengaplikasi penanda wacana dalam karangan mereka Kata Kunci: penanda wacana, kemahiran menulis, Portal 10 M, eksplisit 301

PENGENALAN Setiap ayat mengandungi idea terhadap sesuatu topik. Namun, idea-idea ini dianggap tiada kesatuan jika ia tidak digandingkan dengan penanda wacana yang betul. Hal ini disebabkan penanda wacana bersifat kohesif (tautan) dan koheren (runtutan). Unsur penanda wacana disertakan untuk menjadikan penggunaan bahasa lebih jelas dan berkesan. Tanpa penggunaan penanda wacana yang betul, mesej yang ingin disampaikan tidak jelas dan sukar difahami. Dari segi hierarki tatabahasa, wacana terletak pada hierarki yang tertinggi selepas ayat. Ia berfungsi sebagai perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain dalam satu perenggan koheren. Ia boleh disifatkan umpama jambatan yang menghubungkan satu kawasan dengan kawasan yang lain. Penanda wacana ada banyak jenisnya. Bagi menyesuaikan dengan tahap kumpulan subjek kajian ini, pengkaji memilih jenis penanda penghubung yang terdiri daripada penghubung tambahan, tentangan, sebab-musabab dan waktu. Penggunaan penanda wacana dalam penulisan merupakan sesuatu yang jarang ditekankan mahupun diajarkan secara eksplisit. Hal ini berlaku disebabkan keraguan tentang kesediaan guru dan juga murid-murid sekolah rendah dalam pengajaran penanda wacana. Tambahan pula, pengajaran penanda wacana merupakan aspek tatabahasa yang memerlukan banyak perancah dan latihan. Pengkaji telah menggunakan Portal 10 M Aksara untuk menyokong pembelajaran dan pengajaran penanda wacana kerana ia memiliki alat anotasi yang sesuai digunakan bagi pelaksanaan kajian ini. Kajian ini juga sejajar dengan sukatan pelajaran 2015 yang memerlukan murid-murid daripada Darjah 4 hingga Darjah 6 untuk menulis secara kohesif. TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk: 1. meneliti keupayaan murid menggunakan penanda wacana yang betul; 302 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

2. mengenal pasti kekerapan penggunaan penanda wacana dalam karangan naratif; dan 3. membantu murid-murid menulis secara koheren. Pernyataan Masalah Dalam pengajaran karangan, guru sering kali menekankan dan memberi fokus kepada pengajaran teknik penulisan sama ada strategi menulis permulaan atau penyelesaian dan cara mencungkil idea bagi menulis karangan yang menarik. Kaedah-kaedah tersebut memang dapat membantu murid meningkatkan kualiti karangan kerana dianggap sebagai faktor penting yang merangkumi aspek isi karangan. Walau bagaimanapun, terdapat permasalahan lain, iaitu ramai pelajar tidak tahu atau lemah dalam menghubungkan idea-idea mereka di antara dua ayat. Masalah ini dapat menjejas mutu karangan dari segi kohesifnya penulisan murid dalam menyampaikan idea atau isi yang baik. Kadang kala, murid ingin menyampaikan idea-idea yang berkaitan atau bertentangan tetapi tidak dapat melakukannya dengan baik kerana penguasaan tatabahasa yang lemah. Akibatnya, kelemahan ini menjejas keseluruhan karangan murid. Oleh sebab itu, isu yang ingin dikaji ialah mencari teknik pengajaran yang mampu membuat murid menulis karangan naratif secara kohesi. Pernyataan ini dikenal pasti melalui pemantauan guru semasa menyemak karangan murid. Dapatan ini menunjukkan bahawa murid tidak dapat menghubungkan idea antara ayat dengan baik. Dengan itu, guru mengukuhkan lagi permasalahan ini dengan perlaksanaan praujian karangan naratif untuk membantu dalam pengumpulan data dan mengenal pasti kaitan kohesi penulisan dengan mutu karangan yang dihasilkan. Masalah ini juga penting kerana murid kurang didedahkan kepada cara menghubungkan idea-idea mereka. Justeru, pengkaji telah mencuba untuk memperkenalkan dan menerapkan pengajaran penanda wacana dalam karangan naratif. Dengan menerapkan ICT dan penggunaan alat anotasi dalam portal 10 M, ia bukan sahaja membuat murid-murid terlibat malah diharap dapat meningkatkan mutu penulisan mereka dari segi pertautan idea. 303

Kajian Lepas Pentingnya penanda wacana dalam penulisan dapat dilihat kepentingannya melalui kajian-kajian lepas. Za ba (1934) menyebut bahawa mengarang itu ertinya membuat beberapa ayat yang berhubung-hubung dengan betul menceritakan darihal satu-satu perkara. Menurut Halliday dan Hasan (1976), pautan dimaksudkan sebagai ciriciri linguistik yang membantu menyambungkan atau mengikatkan ayat-ayat dengan menggunakan kata penghubung, kata ganti dan artikel. Halliday dan Hassan (1976) juga menambah bahawa kohesi berlaku apabila elemenelemen dalam wacana itu bergantung antara satu sama lain. Istilah keteraturan fikiran atau koherensi diperkenalkan pula oleh Asmah Hj. Omar (1987) untuk merujuk kepada susunan fikiran secara logis. Beliau berpendapat bahawa dalam menyusun isi karangan itu, hendaklah diperhatikan supaya perubahan dari butir ke butir berjalan dengan licin agar karangan yang dihasilkan nanti merupakan satu keseluruhan yang bahagianbahagiannya berjalinan dengan eratnya. Pemilihan penanda wacana juga penting seperti yang disebut oleh Harimurti Kridalaksana (1982), sekiranya sesuatu wacana berkenaan tidak memilih penanda wacana yang tepat, kesannya pada seluruh kandungan wacana ialah tiada kesatuan dan pautan yang lengkap. Menurut Nik Safiah et.al., (2011) dalam Bahasa Melayu, terdapat sekurang-kurangnya lima jenis penanda wacana, iaitu: 1. Penanda penghubung 2. Penanda rujukan 3. Penanda penggantian 4. Penanda leksikal 5. Penanda elipsis atau pengguguran 304 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

Kajian ini hanya menumpukan kepada jenis penanda penghubung iaitu Penghubung Tambahan, Penghubung Tentangan, Penghubung Musabab dan Penghubung Tempoh. Berdasarkan konsep-konsep yang ditimbulkan oleh para sarjana, maka benarlah bahawa tautan berfungsi untuk menghubungkan ayat-ayat menjadi satu teks yang utuh dan nampak kesinambungannya. Ia penting dalam membentuk sesebuah karangan yang lebih utuh lagi jelas pengalirannya. Kaedah Kajian Bagi menerapkan penanda wacana ke dalam pengajaran karangan, guru terlebih dahulu memilih jenis penanda wacana yang ingin diajar berdasarkan tahap keupayaan murid. Penanda wacana jenis penghubung sahaja telah dikenal pasti untuk diterapkan dalam kajian. Dalam penanda wacana penghubung, terdapat empat lagi kategori iaitu Tambahan, Tentangan, Sebab Musabab dan Waktu. Untuk setiap kategori, guru mengehadkan kepada 4 penanda wacana. Hal ini dilakukan bagi memudahkan pemahaman murid serta memastikan penggunaannya dalam karangan. Bagi mencapai objektif pengajaran, kaedah pengajaran eksplisit yang merangkumi peringkat pengenalan, penerangan, modeling, latihan dan penutup diterapkan. Tambahan pula, pengajaran tersebut dibantu oleh bahan ICT iaitu portal 10 M. Latihan yang diberikan dimuatnaikkan ke dalam portal tersebut. Selain itu, murid menaipkan karangan mereka ke dalam portal dan juga menggunakan portal tersebut untuk menilai dan meneliti hasil kerja rakan mereka. Subjek Kajian Kumpulan sasaran terdiri daripada kohort murid Darjah 4. Seramai 37 murid yang terlibat dalam kajian ini. Kohort ini mempunyai pelbagai aras keupayaan. Peringkat ini dipilih kerana fokus kepada karangan lebih dititikberatkan di peringkat Darjah 4 dan juga guru yakin bahawa di peringkat tersebut murid sudah boleh memahami penggunaan penanda wacana. 305

Instrumen Kajian Bagi pengumpulan data, dapatan akan diambil daripada hasil kerja penulisan murid dalam praujian, peperiksaan SA1, pascaujian dan karangan SBB. Data karangan bagi beberapa peringkat ujian boleh didapati melalui Portal 10 M. Data akan menganalisis hubungan penggunaan penanda wacana dalam peningkatan kualiti karangan dari segi pemarkahan isi. Murid dinilai berdasarkan penggunaan penanda wacana dalam penulisan karangan mereka. Bagi setiap pengajaran penanda wacana penghubung, rubrik akan diterapkan melalui Portal 10 M yang mana murid akan menilai kerja mereka serta rakan sama ada mereka menggunakan penanda wacana penghubung dalam karangan dan penggunaan tersebut betul. Kuiz juga dilaksanakan melalui Portal 10 M sebelum setiap pengajaran untuk menilai pemahaman murid. Senarai semak disediakan juga agar murid tidak keliru dengan langkah-langkah untuk setiap pengajaran penanda wacana penghubung. Prosedur Kajian 1. Tahap Tinjauan Guru mendapati pada tahap praujian karangan bahawa markah untuk komponen karangan lemah. Setelah membaca karangan murid, guru mengenal pasti pernyataan masalahnya. Masalahnya bukan dari aspek kekurangan idea tetapi lebih kepada pertautan idea-idea tersebut. Dengan itu, guru bercadang untuk menerapkan pengajaran penanda wacana dalam penulisan menggunakan Portal 10 M. 2. Tahap Perancangan dan Pelaksanaan Guru-guru yang terlibat melakarkan bahan-bahan bagi pengajaran penanda wacana. Setelah berbincang, hanya penanda wacana penghubung akan diajar kerana didapati yang paling sesuai bagi peringkat sekolah rendah. Slaid-slaid dan juga tugasan disiapkan dan dimuat naikkan ke dalam Portal 10 M. Lima pengajaran dan empat jenis penanda wacana penghubung (Tambahan, Tentangan, Sebab-musabab dan Waktu) akan dilaksanakan dalam masa lima minggu. Untuk pengajaran terakhir, pascaujian penulisan akan dihasilkan dalam Portal 10 M. 306 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

3. Tahap Pemantauan Dua sesi pemantauan dilakukan. Pemantauan pertama merupakan pengajaran penanda wacana Penghubung jenis tentangan. Pengajaran dimulakan dengan kuiz yang dibina melalui Portal 10 M. Kuiz tersebut bukan sahaja merupakan aktiviti yang menyeronokkan tetapi dapat memberi maklum balas mengenai pemahaman murid mengenai penanda wacana. Soalan-soalan yang dikemukakan berbentuk umum. Pengajaran pada pemantauan pertama merupakan penanda wacana penghubung jenis tentangan. Hanya 4 jenis diajar berdasarkan keupayaan murid dan juga lebih mudah untuk membezakan penggunaan keempat-empat penanda wacana yang dipilih itu. Pengajaran secara eksplisit dilaksanakan dalam pengajaran tersebut. Dua tugasan diberikan melalui Portal 10 M. Yang pertama memerlukan murid mengenal pasti penanda wacana yang diajar. Bahagian kedua tugasan dibezakan mengikut keupayaan murid. Murid tahap melebihi tahap kebolehan perlu membina ayat, tahap kebolehan pula menyambung ayat yang telah diberikan dan praaras kebolehan mengisi tempat kosong dengan penanda wacana yang betul. Pemantauan ini dapat dijadikan maklum balas dan penilaian guru mengenai pemahaman murid terhadap tujuan dan juga penggunaan Penanda Wacana. Pemantauan kedua dilaksanakan pada sesi yang terakhir yang mana murid perlu menaipkan karangan naratif berdasarkan gambar ke dalam portal. Setelah itu, rakan akan menilai hasil kerja dan menggunakan alat anotasi untuk sama ada mengenal pasti penggunaan penanda wacana atau membetulkan penggunaan yang salah. Dapatan Kajian dan Perbincangan Setelah melalui pelbagai pengajaran penanda wacana, secara keseluruhan didapati kelakonan murid-murid bertambah baik. Jumlah murid yang menggunakan penanda wacana dalam penulisan karangan pada peringkat pascaintervensi adalah lebih tinggi berbanding markah Ujian Diagnostik. Analisis keputusan Ujian Diagnostik menunjukkan bahawa kesemua 307

murid tidak menggunakan penanda wacana dalam penulisan mereka. Analisis pascaintervensi pula menunjukkan peningkatan dalam penggunaan penanda wacana (rujuk Rajah 1). 58% murid menggunakan penanda wacana di dalam karangan mereka. Semua murid ini dapat menggunakan penanda wacana dengan betul. Hal ini rata-rata menunjukkan bahawa kebanyakan murid di peringkat ini sudah bersedia mempelajari dan mengaplikasikan penanda wacana. Berdasarkan Rajah 2, murid dapat sekurang-kurangnya menggunakan satu penanda wacana dalam karangan mereka. 5 orang murid menggunakan dua penanda wacana manakala 3 orang murid dapat menggunakan tiga penanda wacana. Jenis penanda wacana yang sering kali digunakan oleh murid ialah penanda penghubung tambahan (rujuk Jadual 1). Tinjauan ringkas juga dijalankan untuk mengetahui kesan pembelajaran murid untuk pengajaran penanda wacana. Dapatan daripada tinjauan yang diberikan kepada murid-murid menunjukkan bahawa mereka dapat meraih manfaat dan berasa seronok menjalani pembelajaran penanda wacana. Lebih-lebih lagi dengan penggunaan ICT seperti portal 10 M Aksara. Kebanyakan murid gemar dengan program ini kerana ia menarik dan dapat membantu mereka menulis karangan dengan lebih baik. Secara keseluruhannya, 95% murid menyatakan bahawa mereka akan terus menggunakan penanda wacana di dalam karangan mereka. 5% murid yang menyatakan bahawa mereka tidak akan menggunakan penanda wacana kerana mereka masih ingin menumpukan kepada binaan ayat yang baik. Justeru, penggunaan penanda wacana dalam penulisan dianggap terlalu sukar buat mereka. Walau bagaimanapun, 100% murid tetap dapat mengenal pasti penanda wacana di dalam latihan-latihan mengenal pasti. 308 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

Rajah 1: Pencapaian Murid bagi Penggunaan Penanda Wacana Ya Tidak Rajah 2: Rajah Jumlah Penanda Wacana dalam Karangan 13 5 3 SATU DUA TIGA Pra Pos Rajah 3: Peratusan Penggunaan Jenis Penanda Wacana Tambahan Tentangan Sebab musabab Waktu 309

Berikut adalah beberapa contoh penanda wacana yang murid gunakan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru. Jadual 2: Penanda Wacana Hasil Kerja Murid Malah Selain itu Lebih-lebih lagi Contohnya Bukan sahaja Sebaliknya Namun Walau bagaimanapun Oleh sebab itu Maka itu Akhirnya Berikut pula merupakan beberapa contoh ayat yang dihasilkan murid menggunakan penanda wacana. 1. Azman dan Fariz tidak sepatutnya bertengkar semasa menyelesaikan projek lebih-lebih lagi mereka kawan baik. 2. Untuk Hari Raya, ibu membuat kuih suji. Selain itu, ibu pun membuat kuih tat nanas. 3. Budak itu sangat degil. Contohnya, dia tidak mendengar arahan gurunya. 4. Siti bukan sahaja mengangkat pinggannya selepas makan malah, dia juga membersihkan meja. 5. Pada hari peperiksaan, Diana jatuh sakit. Namun, dia tetap pergi ke sekolah. Kesimpulan Setelah mengambil kira dapatan daripada pemerhatian bilik darjah, analisis karangan dan maklum balas guru, pengajaran penanda wacana perlu dijalankan dalam penulisan karangan. Penggunaan penanda wacana yang berkesan dalam penulisan harus dikuasai oleh murid. Mengajar penanda wacana kepada murid adalah mudah. Akan tetapi, cabarannya adalah melatih murid-murid untuk memilih penanda wacana yang bersesuaian dengan idea-idea mereka. Melalui kajian ini, didapati bahawa guru berperanan penting bagi memastikan pengajaran penanda wacana dalam penulisan dilaksanakan secara bertahap-tahap. Diharapkan pengajaran elemen penanda wacana dapat disertakan dalam bahan-bahan pengajaran Pakej CEKAP agar penggunaannya dalam penulisan murid lebih terserlah. 310 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

Rujukan Asmah Hj Omar (1987). Bahasa Malaysia saintifik, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Halliday M A K & Hassan R (1976). Cohesion in English, London: Longman. Harimurti Kridalaksana (1982). Pengantar sosiolinguistik. Baandung:Angkasa. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood (2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 311