GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA DI UPM

Tarikh Penerimaan : SEKSYEN A : PERMOHONAN DATA. Maklumat Pengguna

DASAR PENGURUSAN REKOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MENGURUSKAN PERMOHONAN SPP DAN PEMBAHARUAN BAHAN DARIPADA UTeM KEPADA PERPUSTAKAAN LUAR

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

1. Permohonan menjalankan kajian hanya menggunakan Borang BPPDP 1.2. (mulai 1 Sep. 2015)

4 i. PK.UiTM.(P).02 PROSEDUR KAWALAN REKOD SALINAN DOKUMEN TIDAK TERKAWAL. PROSEDUR KUALITI PENGURUSAN No. Rujukan : PK.UiTM.(P).

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Nombor Dokumen USIM / PK / 14. Prosedur LATIHAN INDUSTRI PELAJAR

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/OPR/P003

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

BORANG PERMOHONAN INSENTIF DAN YURAN PENGAJIAN STAF PENTADBIRAN Dihantar melalui PTj / Fakulti kepada Unit Kemudahan Pengajian Staf, Pejabat Pendaftar

PELAKSANAAN PROGRAM SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014

,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

PROSEDUR KAWALAN REKOD PK.UiTMPs.(P).02

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI


UKM-SPKP-JP-PK06-BO01 No. Semakan: 01 Tarikh Kuatkuasa: 01/02/2013 PERMOHONAN CUTI BELAJAR / TAJAAN. 1. SENARAI SEMAK Nama: UKM(PER) / Kad Pengenalan:

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2015

PROSEDUR PENGELASAN SEMULA REKOD TERPERINGKAT SEBELUM 1972 BAGI JABATAN YANG MASIH BEROPERASI DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN TESIS PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA PENYELIDIKAN (PENILAIAN 2)

PK. UiTM.FSSR.(P).01. Disediakan oleh Disemak oleh Diluluskan oleh

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

BORANG PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL HALAMAN DIPINDA

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

) DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

Tarikh: 02 MEI 2012 Tarikh: 02 MEI 2012

POLISI PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM MAKLUMAT

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

PTSS-PK-PPP-12 PENDAFTARAN KURSUS

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (KRITERIA PEMERIKSA) (P )

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

PTSS PK PS 08 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA PENGAWAI LATIHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN JAWATAN PENGARAH TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

KANDUNGAN. 1.0 Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Struktur Pengurusan Bank Item dan Peraturan Pemarkahan 4

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

DASAR PERKHIDMATAN SERVER

PTSS PK PS-03 TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK JAWATAN PENGARAH TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016 SALINAN TERKAWAL

BORANG PEMBIAYAAN KOMPUTER DAN TELEFON PINTAR(SMARTPHONES) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

DASAR ISMS V1R1 MS ISO/IEC 27001:2007 PENGURUSAN SISTEM KESELAMATAN MAKLUMAT DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CUTI GAP YEAR UNIVERSITI MALAYA

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P006

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

UTHM/PB/100-6/4Jld 3 ( 9 ) Tarikh: 26 September 2017 PEKELILING BENDAHARI BIL. 6/2017 PENGISIAN TUNTUTAN PERJALANAN DALAM NEGERI SECARA ATAS TALIAN

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P009

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

PERJANJIAN PENYELIDIKAN

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL HALAMAN DIPINDA

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

GARIS PANDUAN PELUPUSAN DOKUMEN PEPERIKSAAN DAN HASIL KERJA AMALI PELAJAR

KANDUNGAN. 1. Objektif Penggunaan Penyimpanan Pematuhan Pemeriksaan Pemeriksaan Mengejut Ke Atas Pengurusan Aset 5

PANDUAN PELAKSANAAN PENYELARASAN SISTEM PENGURUSAN REKOD KENDIRI DI PTJ SELURUH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

BORANG PERMOHONAN BIASISWA AINUDDIN WAHID BAGI PERINGKAT IJAZAH KEDOKTORAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

POLITEKNIK KOTA BHARU

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/OPR/DC/P002

Tarikh: 15 JUN 2014 Tarikh: 15 JUN 2014

PTSS PK PS 10 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA PEGAWAI PENGARAH PENGURUSAN PENYELENGGARAAN JAWATAN TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

Transkripsi:

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN DATA MIKRO UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA JABATAN MATEMATIK DAN STATISTIK FAKULTI SAINS, TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN INSAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 2015 1

Kandungan Perkara Muka Surat 1. Tujuan 2. Latar Belakang 3. Takrifan 4. Objektif 5. Jenis-Jenis Data 6. Tatacara Penggunaan 7. Kegunaan Data Mikro 8. Pengurus Data 9. Tanggungjawab Pengurus Data 10. Tanggungjawab Pengguna 11. Lokasi Data Mikro Disimpan 12. Format Data Mikro JPM 13. Tatacara Permohonan Data 14. Tatacara Penggunaan Data 15. Penulisan dan Penerbitan 16. Pelupusan Data 17. Khidmat Nasihat 18. Tarikh Kuatkuasa 19. Penutup 20. Senarai Lampiran 2

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGUNAAN DATA MIKRO JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA 1. TUJUAN Garis Panduan ini menerangkan tatacara permohonan dan kaedah standard dalam urusan melaksanakan penggunaan data mikro Jabatan Perangkaan Malaysia. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Data mikro telah dibekalkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) untuk dikongsi bersama para penyelidik dan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Ini merupakan satu pendekatan baru JPM dalam usaha menjadikan masyarakat celik maklumat melalui perkongsian data. 2.2 Pelaksanaan perkongsian data akan dapat meningkatkan ketelusan pihak kerajaan yang diwakili oleh JPM melalui perkongsian data yang tepat dan releven. Tambahan pula, pendekatan ini dijangka dapat meningkatkan usaha penyelidikan oleh para penyelidik dan pendedahan kepada pelajar dalam menggunakan data sebenar. 2.3 Penggunaan data sebenar dalam proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan akan meningkatkan kefahaman ahli akademik dan pelajar dalam mengaplikasikan teori yang telah dipelajari. Usaha ini akan menjadikan pelajar lebih mahir dan bersedia apabila berhadapan dengan dunia pekerjaan kelak. 2.4 Pengurusan data ini amat diperlukan bagi memastikan keselamatan maklumat atau data terjamin. Garis panduan ini diwujudkan bagi menjamin kesahihan, keutuhan dan kebolehsediaan maklumat yang berterusan. 2.5 Penggunaan data mikro dengan cara yang tidak terkawal dan tidak bertanggungjawab adalah dianggap sebagai pelanggaran tatacara yang boleh mengancam keselamatan, keutuhan dan kerahsiaan data atau maklumat. Oleh yang demikian, garis panduan ini disediakan bagi memastikan pelanggaran seumpamanya tidak akan berlaku serta menjamin keutuhan dan integriti pihak JPM dan UTHM. 3

3. TAKRIFAN Takrifan yang digunakan dalam garis panduan ini adalah seperti berikut: (i) (ii) data merujuk kepada fakta yang tidak tersusun/tersusun yang perlu diproses sebelum digunakan. Contoh: bilangan spesifik sesuatu objek, tarikh (hari/bulan/tahun atau bulan/tahun), perkataan dan sebagainya. maklumat merujuk kepada kumpulan data yang diproses dan disusun bagi sesuatu tujuan tertentu. (iii) set data merujuk kepada kumpulan butiran data yang berkaitan. Contoh: Set data bagi jualan mengandungi data berkenaan jenis, bilangan unit dan harga jualan. (iv) metadata merujuk kepada penerangan setiap kandungan butiran atau koleksi data yang merangkumi pelbagai kandungan butiran dan peringkat hierarki. Metadata juga digunakan untuk memudahkan pemahaman, mengenali sifat dan menguruskan penggunaan data. (v) Pengurus data merujuk kepada mana-mana individu yang telah dilantik oleh institusi/fakulti/jabatan bagi tujuan membekal dan mengurus data. (vi) pengguna data merujuk kepada individu atau pihak yang menggunapakai data mikro JPM. 4. OBJEKTIF Objektif garis panduan ini diwujudkan adalah seperti berikut:- 4.1 Pengurusan penggunaan data mikro dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, selamat dan bersistematik. 4.2 Perkongsian data menjadi lebih mudah dan pemantauan penggunaan data dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar bagi mengoptimumkan penggunaan data mikro dalam kalangan pelajar dan ahli akademik di UTHM. 4

4.3 Memudahkan pengurus data melaksanakan penyenggaraan dan pemantauan perkongsian data dan melaporkan semua aktiviti kepada JPM. 5. JENIS-JENIS DATA Data mikro dengan wajaran sampel tertentu yang akan dibekalkan kepada pengguna adalah seperti berikut: 5.1 Penyiasatan Tenaga Buruh (PTB): Mulai tahun 1982 (selang 3 tahun); dan 30 peratus (30%) daripada jumlah rekod ahli isi rumah yang berada dalam umur bekerja 15 hingga 64 tahun. 5.2 Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah: Mulai tahun 2007; dan 30 peratus (30%) daripada bilangan isi rumah dengan 22 pemboleh ubahl. 5.3 Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah: Mulai tahun 1998; dan 30 peratus (30%) daripada bilangan isi rumah dengan bilangan pemboleh ubah mengikut tahun penyiasatan. 5.4 Banci Penduduk dan Perumahan: Mulai tahun 1980; dan Dua peratus (2%) daripada keseluruhan data populasi Malaysia. 5.5 Pembuatan Tahunan: Mulai MSIC 2000 (selang 3 tahun); dan 30% daripada jumlah pertubuhan individu tanpa wajaran. * Nota: Untuk maklumat lanjut sila Rujuk Manual Diskripsi Data 6. TATACARA PENGGUNAAN Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro Jabatan Perangkaan Malaysia ini disediakan bagi memenuhi keperluan penggunaan, langkah-langkah perlindungan dan penguatkuasaan, agar penggunaan data yang terkawal dan 5

perlindungan keselamatan yang lebih mantap dapat diwujudkan. Langkah ini akan dapat mengurangkan kesan negatif ke atas maklumat seperti penyelewangan, penyalahgunaan, mengeksploitasi dan pengubahsuaian data. 7. KEGUNAAN DATA MIKRO 7.1 Data Mikro yang dibekalkan hanya boleh digunakan untuk tujuan pembelajaran/kajian ilmiah/penyelidikan statistical and analytical oleh pensyarah dan pelajar UTHM yang dibenarkan sahaja. 7.2 Dalam apa jua keadaan, data tidak boleh digunakan untuk tujuan mendapatkan keuntungan. 8. PENGURUS DATA 8.1 Pihak Universiti/Fakulti hendaklah melantik Pengurus Data dari kalangan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (atas nama dan jawatan) dan hendaklah memaklumkan sebarang perubahan kepada Jabatan. 8.2 Pihak Fakulti boleh melantik Penolong Pengurus Data bagi tujuan membantu tugas Pengurus Data. 9. TANGGUNGJAWAB PENGURUS DATA Peranan Pengurus Data adalah seperti berikut: i. Bertanggungjawab untuk mengawal selia penggunaan data mikro JPM di UTHM. ii. iii. iv. Bertindak sebagai penyelarasan di antara JPM dengan UTHM. Memastikan data yang dibekalkan disimpan dalam keadaan selamat. Memastikan prosedur penggunaan data mikro dipatuhi oleh pengguna. 6

v. Mengemukakan dokumen rekod penggunaan data mikro bersama dengan Surat Aku Janji, Surat Pelupusan Data dan hasil penggunaan data mikro setiap pengguna data pada akhir tempoh penggunaan kepada JPM. vi. Meluluskan permohonan untuk menggunakan data mikro JPM. 10. TANGGUNGJAWAB PENGGUNA Pengguna hendaklah mematuhi tatacara penggunaan data mikro yang telah ditetapkan agar keselamatan ke atas penggunaannya akan terus terjamin. Peranan dan tanggungjawab pengguna adalah seperti berikut: Tanggungjawab pengguna data di UTHM adalah seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Data mikro yang telah diluluskan hendaklah digunakan bagi tujuan seperti yang dinyatakan dalam Surat Aku Janji sahaja. Data mikro tidak dibenarkan untuk diedarkan kepada pihak-pihak lain selain daripada pengguna data yang dibenarkan di 7.1 seperti yang telah dinyatakan dalam Surat Aku Janji. Tidak dibenarkan membuat sebarang pindaan kepada kandungan data mikro yang dibekalkan untuk mengekalkan integriti data. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya ke atas analisis dan tafsiran yang dihasilkan daripada penggunaan data mikro yang dibekalkan. JPM tidak bertanggungjawab ke atas impak bagi sebarang tafsiran atau analisis yang dibuat oleh pengguna data. Menandatangani Surat Aku Janji bagi memastikan kerahsiaan data yang dibekalkan. Pengguna perlu menyatakan sumber data di dalam kajian (Contoh: Rekod Fail Penyiasatan Tenaga Buruh, 2012 Jabatan Perangkaan Malaysia). 7

(vii) Satu salinan laporan hasil kajian/penyelidikan/tesis hendaklah dikemukakan secara hardcopy dan softcopy kepada Pengurus Data untuk dipanjangkan kepada Jabatan Perangkaan Malaysia. Jabatan Perangkaan Malaysia Bahagian Korporat dan Khidmat Pengguna Aras 7, Blok C6, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62514 Putrajaya. 11. LOKASI DATA MIKRO DISIMPAN 11.1 Data mikro akan disimpan di Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan dibawah pengawasan Pengurus Data bagi menjamin keselamatan data. 11.2 Data tersebut hanya boleh diserahkan kepada pemohon/pengguna data apabila telah mendapat kelulusan oleh pengurus data. 12. FORMAT DATA MIKRO JPM Data mikro disediakan di dalam format text file bersama metadata dan struktur data mikro. Nota: Untuk maklumat lanjut sila Rujuk Manual Diskripsi Data 13. TATACARA PERMOHONAN DATA MIKRO 13.1 Permohonan menggunakan data mikro ini adalah terbuka kepada staf dan pelajar yang berdaftar di UTHM. 13.2 Staf yang berdaftar bermaksud staf tetap, kontrak, sementara, post doktoral atau status yang ditetapkan oleh Pejabat Pendaftar sebagai staf universiti. 8

13.3 Pelajar yang berdaftar pula bermaksud pelajar yang berdaftar di UTHM sama ada diperingkat diploma, ijazah sarjana muda, sarjana atau doktor falsafah. 13.4 Permohonan oleh Staf Akademik Staf akademik bermaksud staf akademik yang berdaftar dan bekerja di UTHM. (i) Membuat permohonan menggunakan Borang Permohonan Penggunaan Data Mikro (Borang A). (ii) Disertakan dengan kertas kerja cadangan penyelidikan (Borang B). (iii) Perlu mendapat pengesahan dan sokongan daripada Ketua Jabatan pemohon. (iv) Semakan akan dilakukan oleh Pengurus Data/Penolong Pengurus Data. (v) Kelulusan oleh Pengurus Data. (vi) Pengurus Data akan mengeluarkan surat keputusan permohonan kepada pemohon. (vii) Pemohon menerima atau tidak menerima kelulusan penggunaan data (Borang C). (viii) Pemohon menandatangani Surat Aku Janji (Borang D). (ix) Penyerahan data oleh Pengurus Data/Penolong Pengurus Data kepada pengguna data (Borang E). (x) Pemohon menghantar laporan penyelidikan (Borang F). (xi) Permohonan penyambungan penggunaan data, jika berkenaan (Borang G) (xii) Jika pengguna memerlukan penambahan pemboleh ubah mereka boleh membuat permohonan (Borang H). (xiii) Pemohon menandatangani Surat Aku Janji Pelupusan Data (Borang I). 13.5 Permohonan oleh Pelajar Pelajar bermaksud pelajar yang berdaftar dan mengikuti pengajian sama ada diperingkat diploma, ijazah sarjana muda, sarjana atau doktor falsafah di UTHM. (i) (ii) (iii) Membuat permohonan menggunakan Borang Permohonan Penggunaan Data Mikro (Borang A). Disertakan dengan kertas kerja cadangan penyelidikan (Borang B). Perlu mendapat pengesahan dan sokongan daripada Penyelia pemohon. 9

(iv) Semakan akan dilakukan oleh Pengurus Data/Penolong Pengurus Data. (v) Kelulusan oleh Pengurus Data. (vi) Pengurus Data akan mengeluarkan surat keputusan permohonan kepada pemohon. (vii) Pemohon menerima atau tidak menerima kelulusan penggunaan data (Borang C). (viii) Pemohon menandatangani Surat Aku Janji (Borang D). (ix) Penyerahan data oleh Pengurus Data/Penolong Pengurus Data kepada pengguna data (Borang E). (x) Pemohon menghantar laporan penyelidikan (Borang F). (xi) Permohonan penyambungan penggunaan data, jika berkenaan (Borang G) (xii) Jika pengguna memerlukan penambahan pemboleh ubah mereka boleh membuat permohonan (Borang H). (xiii) Pemohon menandatangani Surat Aku Janji Pelupusan Data (Lampiran I). 14. TATACARA PENGGUNAAN DATA 14.1 Pengguna data yang dibekalkan dengan data mikro perlu bertanggungjawab dan patuh kepada kaedah dan tatacara penggunaan data mikro. Sebarang ketidakpatuhan atau keingkaran kepada prosedur penggunaan/pelepasan data mikro akan menyebabkan tindakan ketidakpatuhan akan diambil. 14.2 Di antara tindakan yang akan diambil akibat ketidakpatuhan adalah seperti berikut; 14.2.1 Amaran kepada pengguna data; dan 14.2.2 Diberhentikan pembekalan data. 15. PENULISAN DAN PENERBITAN 15.1 Penyelidik adalah bebas untuk menerbitkan hasil penyelidikan mereka di dalam prosiding, jurnal, buku atau yang seumpamanya. 10

15.2 Bagi penerbitan yang dilakukan secara bersama dengan pegawai di JPM, nama pegawai dan institusi mereka perlu dinyatakan dalam hasil penerbitan tersebut. 15.3 Laporan hasil penyelidikan yang mengguna pakai data mikro daripada JPM perlu menyatakan penghargaan kepada Ketua Perangkawaan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia. 15.4 Artikel-artikel yang dihasilkan daripada analisis data mikro Jabatan Perangkaan Malaysia, perlu menyatakan penghargaan kepada Ketua Perangkawaan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia. 15.5 Data mentah adalah dilarang untuk dipaparkan dalam mana-mana laporan atau penerbitan. 16. PELUPUSAN DATA 16.1 Setelah kerja-kerja yang berkaitan dengan data tersebut selesai, pihak pengguna data perlu menyerahkan kembali data-data tersebut kepada Pengurus Data. 16.2 Jika pengguna data masih lagi memerlukan data tersebut bagi melanjutkan tempoh kajian, pihak pengguna data perlu membuat permohonan bagi tujuan penyambungan penggunaan data dengan menggunakan Borang G. 16.3 Jika pemohon ingin menjalankan kajian baharu dengan menggunakan data yang sama, pemohon perlu mengemukakan kertas cadangan baharu. 16.4 Jika pemohon memerlukan penambahan bilangan pemboleh ubah, mereka boleh berbuat demikian dengan mengemukakan permohonan penembahan pemboleh ubah menggunakan Borang H. 16.4 Pengguna data perlu mengisi borang pelupusan data bagi tujuan pengesahan data tersebut telah dilupuskan (Borang I). 11

17. KHIDMAT NASIHAT Sebarang kemusykilan berkaitan dengan Garis Panduan Pelaksanaan Penggunaan Data Mikro bolehlah dirujuk Pengurus Data. Permohonan untuk keterangan lanjut mengenai kandungan dokumen ini boleh ditujukan kepada: Pengurus Data Jabatan Matematik dan Statistik Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, MALAYSIA Tel : 07-4537300/7302 Faks : 07-4536339 Emel : azme@uthm.edu.my 18. TARIKH KUATKUASA Garis Panduan ini berkuatkuasa mulai tarikh ia diluluskan. 19. PENUTUP Garis Panduan ini mengandungi prosedur dan tatacara penggunaan data mikro yang patut diikuti oleh semua pelajar, penyelidik dan ahli akademik dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa selaras dengan arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta perundangan. 20. SENARAI LAMPIRAN Borang A: Borang Permohonan Penggunaan Data Borang B: Kertas Kerja Cadangan Penyelidikan Borang C: Borang Menerima/Menolak Kelulusan Penggunaan Data. Borang D: Surat Aku Janji oleh Pengguna. Borang E: Borang Penyerahan CD Data Borang F: Borang Penghantaran Laporan Penyelidikan 12

Borang G: Borang Perlanjutan Tempoh Penggunaan Data Borang H: Borang Penambahan Pemboleh Ubah Borang I: Surat Aku Janji Pelupusan Data dan Pemulangan CD Data 13

Borang A Jabatan Matematik dan Statistik Fakulti Sains, Tenologi dan Pembangunan Insan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Sila isi maklumat dengan betul dan tepat NAMA PEMOHON : BORANG PERMOHONAN PENGGUNAAN DATA KATEGORI (tandakan /): Pelajar Pensyarah Lain-lain (sila nyatakan) NO. MATRIKS / NO. PEKERJA : Jika kategori pelajar, sila isi maklumat di bawah : *Nama Penyelia/Pensyarah Kursus : *E-Mel Penyelia/Pensyarah Kursus : (*potong mana yang tidak berkenaan) E-MEL : NO. TEL. PEJABAT : NO. TEL. BIMBIT : Perincian data yang diambil : DATA (Tandakan/ pada kotak berkenaan) HIS HES PEMBUATAN PTB BANCI TAHUN PEMBOLEH UBAH SAIZ DATA (n) 14

TEMPOH PENGGUNAAN DATA : Tarikh Mula : / / ( Tarikh/ Bulan/ Tahun) Tarikh Tamat : / / ( Tarikh/ Bulan/ Tahun) Tempoh : bulan/ tahun (Sarjana Muda/Sarjana Mod Kerja Kursus: Maksimum 6 Bulan) (Sarjana Mod Penyelidikan/PhD: Maksimum 1 tahun) TUJUAN PENGGUNAAN DATA : Sila sertakan kertas kerja cadangan penyelidikan (Sila gunakan lampiran) Cadangan Tajuk Penyelidikan: Tandatangan Pemohon: Tarikh: UNTUK KEGUNAAN PEJABAT DISEMAK : Disokong Tidak disokong TANDATANGAN : NAMA : COP RASMI : TARIKH : PERMOHONAN : Diluluskan Tidak diluluskan TANDATANGAN : NAMA : COP RASMI : TARIKH : 15

BORANG B Jabatan Matematik dan Statistik Fakulti Sains, Tenologi dan Pembangunan Insan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia KERTAS KERJA CADANGAN PENYELIDIKAN Kandungan kertas cadangan penyelidikan mestilah mengandungi perkara-perkara berikut: 1. Tajuk Kajian 2. Pengenalan 3. Objektif Kajian 4. Latar belakang kajian 5. Metodologi 6. Jangkaan hasil kajian 7. Rujukan * Jumlah maksimum muka surat kertas kerja adalah 3 sahaja. 16

BORANG C Jabatan Matematik dan Statistik Fakulti Sains, Tenologi dan Pembangunan Insan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia BORANG MENERIMA/MENOLAK KELULUSAN PENGGUNAAN DATA NAMA PEMOHON : KATEGORI (tandakan / ) : Pelajar Pensyarah Lain-lain (sila nyatakan) NO. MATRIKS / NO. PEKERJA : Jika kategori pelajar, sila isi maklumat di bawah : *Nama Penyelia/Pensyarah Kursus : *E-Mel Penyelia/Pensyarah Kursus : (*potong mana yang tidak berkenaan) E-MEL : NO. TEL. PEJABAT : NO. TEL. BIMBIT : JENIS DATA YANG DILULUSKAN: Adalah dengan ini saya bersetuju untuk *menerima/menolak kelulusan penggunaan data seperti yang dinyatakan di atas. Tandatangan Pemohon : Tarikh : 17

BORANG D Jabatan Matematik dan Statistik Fakulti Sains, Tenologi dan Pembangunan Insan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia SURAT AKU JANJI OLEH PENGGUNA 1. Surat aku janji ini adalah dokumen yang ditandatangani berhubung dengan kelulusan penggunaan data mikro dan data terperinci yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia ( JP ) selaras dengan keperluan Seksyen 4. (2) Akta Perangkaan 1965 (Disemak- 1989). 2. Surat Aku Janji ini adalah berdasarkan keperluan dalam Dasar Penyebaran Data Mikro dan Data Terperinci JP perenggan 8.b) 3. Kami/saya, ( Pengguna ) dengan ini bersetuju dan beraku janji bahawa: a. Data mikro dan data terperinci yang diperoleh akan digunakan hanya bagi tujuan penyelidikan atau kajian berkenaan yang berlangsung selama tempoh bulan/tahun. (Tarikh mula: / / ) ; (Tarikh akhir: / / ). Tarikh perlanjutan tempoh (jika berkenaan sahaja- Rujuk Borang G) : (Tarikh mula: / / ) ; (Tarikh akhir : / / ). b. Mematuhi peruntukan yang dinyatakan dalam Dasar Penyebaran Data Mikro dan data terperinci berkenaan kerahsiaan maklumat responden dengan: i. Menjaga keselamatan dan kerahsiaan data mikro dan data terperinci yang diperoleh dengan mengambil langkah-langkah yang wajar dan munasabah untuk melindungi data daripada hilang, disalahgunakan, diubah, diakses tanpa kebenaran, dimusnahkan atau didedahkan kepada mana-mana individu; ii. Tidak menyebarkan, menyiarkan, mengumumkan, mencetak dan mempamerkan data individu atau mana-mana bahagian data tersebut kepada mana-mana pihak bagi apa-apa tujuan sekalipun; dan 18

iii. iv. Menggunakan data hanya untuk tujuan yang disebutkan dalam perenggan (a) sahaja. Menghantar kepada Pengurus Data Mikro UTHM, Surat Perakuan Pengesahan Hapus Data Mikro dan Data Terperinci (Borang I) dan memulangkan kembali CD data setelah selesai kajian. c. Akan mengemukakan satu salinan hasil penyelidikan atau kajian tersebut kepada Pengurus Data Mikro UTHM. d. Akan menggunakan data tersebut dan menerbitkan hasil kajian menggunakan data tersebut (sekiranya ada) dalam tempoh seperti yang dijanjikan dalam 3(a). e. Akan dikenakan tindakan undang-undang dan disenaraihitamkan daripada mendapat atau menggunakan sebarang bentuk data yang diperoleh sekiranya melanggar kontrak Surat Aku Janji. Tandatangan Pengguna : Tandatangan Pengurus/Penyelaras Data: Nama : Nama & Cop : No. Matriks/ Pekerja : No. Pekerja : Fakulti/Jabatan : Tarikh : Tarikh : Tandatangan Penyelia/Pensyarah Kursus : Nama & Cop Jawatan : No. Pekerja : Tarikh : 19

BORANG E Jabatan Matematik dan Statistik Fakulti Sains, Tenologi dan Pembangunan Insan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia BORANG PENYERAHAN CD DATA 1. Saya/ Kami dengan ini mengesahkan telah menerima CD yang mengandungi data 2. Saya/ Kami berjanji akan memulangkan kembali CD ini dan melupuskan data tersebut setelah selesai kajian ini. Tandatangan Pengguna : Tandatangan Pengurus/ Penyelaras Data: Nama : Nama & Cop : No. Matriks /Pekerja: No. Pekerja : Fakulti/Jabatan : Tarikh : Tarikh : 20

BORANG F Jabatan Matematik dan Statistik Fakulti Sains, Tenologi dan Pembangunan Insan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia BORANG PENGHANTARAN LAPORAN PENYELIDIKAN NAMA PEMOHON : KATEGORI (tandakan / ) : Pelajar Pensyarah Lain-lain (sila nyatakan) Jika kategori pelajar, sila isi maklumat di bawah : *Nama Penyelia/Pensyarah Kursus : *E-Mel Penyelia/Pensyarah Kursus : (*potong mana yang tidak berkenaan) NO. MATRIKS / NO. PEKERJA : E-MEL : NO. TEL. PEJABAT : NO. TEL. BIMBIT : TEMPOH PENGGUNAAN DATA : Tarikh Mula : / / ( Tarikh/ Bulan/ Tahun) Tarikh Tamat : / / ( Tarikh/ Bulan/ Tahun) Tempoh : bulan/ tahun (Sarjana Muda/Sarjana Mod Kerja Kursus: Maksimum 6 Bulan) (Sarjana Mod Penyelidikan/PhD: Maksimum 1 tahun) TAJUK LAPORAN PENYELIDIKAN: (Sila lampirkan laporan penyelidikan sebanyak 2 naskhah salinan laporan penyelidikan) 21

Adalah dengan ini saya/kami mengakui telah menghantar sebanyak naskhah salinan laporan penyelidikan yang telah menggunakan data mikro UTHM. TANDATANGAN : NAMA : COP RASMI : TARIKH : UNTUK KEGUNAAN PEJABAT Adalah dengan ini saya mengakui telah menerima sebanyak naskhah salinan laporan penyelidikan yang telah menggunakan data mikro UTHM. TANDATANGAN : NAMA : COP RASMI : TARIKH : 22

BORANG G Jabatan Matematik dan Statistik Fakulti Sains, Tenologi dan Pembangunan Insan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia NAMA PEMOHON: BORANG PERLANJUTAN TEMPOH PENGGUNAAN DATA TEMPOH BARU PENGGUNAAN DATA : Tarikh Mula : / / ( Tarikh/Bulan/Tahun) Tarikh Tamat : / / ( Tarikh/Bulan/Tahun) Tempoh : bulan/tahun (Sarjana Muda/Sarjana Mod Kerja Kursus: Maksimum 6 Bulan) (Sarjana Mod Penyelidikan/PhD: Maksimum 1 tahun) SEBAB PERLANJUTAN : * Pihak Pengurus Data perlu mengemaskini Borang A (pelanjutan tempoh) dan serahkan salinan tersebut kepada pengguna) 23

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT DISEMAK : Disokong Tidak disokong TANDATANGAN : NAMA : COP RASMI : TARIKH : PERMOHONAN : Diluluskan Tidak diluluskan TANDATANGAN : NAMA : COP RASMI : TARIKH : 24

BORANG H Jabatan Matematik dan Statistik Fakulti Sains, Tenologi dan Pembangunan Insan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia NAMA PEMOHON : NO. MATRIKS/PEKERJA: BORANG PENAMBAHAN PEMBOLEH UBAH PENAMBAHAN PEMBOLEH UBAH : DATA TAHUN PEMBOLEH UBAH SAIZ DATA (n) (Tandakan/ pada kotak berkenaan) HIS HES PEMBUATAN PTB BANCI UNTUK KEGUNAAN PEJABAT DISEMAK : Disokong Tidak disokong TANDATANGAN : NAMA : COP RASMI : TARIKH : PERMOHONAN : Diluluskan Tidak diluluskan TANDATANGAN : NAMA : COP RASMI : TARIKH : 25

BORANG I Jabatan Matematik dan Statistik Fakulti Sains, Tenologi dan Pembangunan Insan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia SURAT AKU JANJI PELUPUSAN DATA & PEMULANGAN CD DATA 1. Saya / Kami dengan ini mengesahkan bahawa data telah dihapuskan dan tiada lagi dalam capaian pihak saya/kami. 2. Saya/ Kami juga dengan ini mengesahkan telah memulangkan kembali CD yang mengandungi data sebagaimana yang dinyatakan dalam (1). 3. Bersama ini disertakan salinan hasil penyelidikan/ kajian saya/ kami. Tandatangan Pengguna : Tandatangan Penyelia/Pensyarah Kursus: Nama : Nama & Cop : No. Matriks /Pekerja: No. Pekerja : Fakulti/Jabatan : Tarikh : Tarikh : Tandatangan Pengurus/Penyelaras Data : Nama & Cop Jawatan : No. Pekerja : Tarikh : 26