BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Baghdadi, iaitu yang diterbitkan oleh Syihab Resources. Keberkesanan kaedah ini dinilai

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab yang terakhir ini akan menyatakan cadangan dan saranan yang boleh

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN Oleh

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

JENIS PENYELIDIKAN DAN PENGENALAN KEPADA PELBAGAI JENIS REKA BENTUK PENYELIDIKAN

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB III METODOLOGI KAJIAN. tertentu yang boleh memberikan data yang sahih dan dikehendaki untuk menyelesaikan

Bahagian A (40 markah) menqambil kira latar belakang sosio-ekonomi mereka. Pernyataan ini lebih tepat merujuk kepada?

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

LAPORAN PENYELIDIKAN

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

LAPORAN PERLAKSANAAN DAN PENCAPAIAN OBJEKTIF KUALITI BAHAGIAN PERKHIDMATAN MAKLUMAT JANUARI-JUN Prosedur Objektif Kualiti Pencapaian Catatan

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB PERTAMA PENDAHULUAN. dan digunakan secara meluas sebagai media dakwah, politik, perdagangan, ilmu

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

UNIT ISIHAN DAN CARIAN. Pengenalan Jenis-jenis Isihan Jenis-jenis Carian

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

MELAKSANA (KUALITATIF) PENELITIAN TINDAKAN KELAS

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH MALAYSIA 2015

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

Transkripsi:

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan Bab ini akan menjelaskan tentang metodologi kajian yang diguna pakai dalam kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting dalam sesebuah kajian untuk memperolehi hasil kajian yang baik dan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Berdasarkan objektif dan tujuan kajian, penulis telah memilih dan menentukan reka bentuk kajian yang sesuai untuk mencapai objektif yang telah ditentukan. 3.2 Reka Bentuk Kajian Kajian ini berbentuk eksperimental benar di mana ia digunakan untuk menilai kesan penggunaan transliterasi kepada penguasaan kemahiran sebutan bahasa Arab. Kajian ini menekankan kepada perbandingan antara dua set data iaitu data dari kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Pengkaji telah mengadakan satu kelas intensif kemahiran membaca dan sebutan bahasa Arab. Kelas intensif ini diadakan khusus melibatkan sekumpulan pelajar yang telah dikenal pasti lemah dalam bacaan dan sebutan bahasa Arab. Pelajar-pelajar ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama merupakan kumpulan kawalan dan kumpulan kedua ialah kumpulan eksperimen. Kelas akan dijalankan secara berasingan mengikut kumpulan. Ia akan diadakan selama tiga minggu berturut-turut di 29

mana setiap minggu akan diadakan sebanyak dua kali kelas selama lebih kurang dua jam setiap sesi pertemuan. Kedua-dua kumpulan responden ini diberikan ujian prestasi membaca pada awalnya iaitu sebelum kelas intensif ini dimulakan. Kemudian, kumpulan eksperimen melalui proses pembelajaran kemahiran sebutan dan membaca secara intensif dengan menggunakan kaedah transliterasi. Manakala kumpulan kawalan akan melalui proses pembelajaran yang sama tetapi tidak melibatkan kaedah transliterasi dalam pembelajaran mereka. Selepas program intensif ini berakhir, kedua-dua kumpulan ini akan menjalani ujian prestasi membaca untuk melihat samada terdapat perbezaan prestasi dalam kemahiran sebutan bahasa Arab antara kedua-dua kumpulan responden ini. Dengan itu, pengkaji akan membuat kesimpulan berdasarkan keputusan ujian prestasi bagi keduadua kumpulan. Chua (2006) menjelaskan bahawa reka bentuk eksperimental benar merupakan reka bentuk perbandingan antara kumpulan-kumpulan yang paling baik. Melalui pengagihan secara rawak dalam kedua-dua kumpulan, ia dikatakan seimbang dan mempunyai ciri-ciri yang sama. Dengan cara ini, pengkaji yakin bahawa kesan atau perubahan pada kumpulan rawatan pada akhir kajian hanyalah disebabkan oleh rawatan yang diberikan dan bukan disebabkan oleh faktor-faktor lain. Dalam kajian ini, hanya rawatan yang mempengaruhi perubahan pada variabel bersandar, tiada faktor lain yang terlibat dalam perubahan variabel bersandar. 30

Berdasarkan rasional inilah, pengkaji telah memilih reka bentuk kajian eksperimental benar untuk menjalankan kajian ini. Ini kerana ia merupakan kaedah terbaik untuk mendapatkan hasil kajian yang bertepatan dengan objektif utama kajian, iaitu: 1. Mengenal pasti adakah penggunaan kaedah transliterasi dapat membantu pelajar menguasai sebutan bahasa Arab. 2. Mengenal pasti masalah yang timbul dalam pembelajaran sebutan bahasa Arab melalui penggunaan kaedah transliterasi. 3. Mengenal pasti langkah-langkah untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul dalam pembelajaran sebutan melalui kaedah transliterasi. 3.3 Pembolehubah Operasional iaitu: Pembolehubah-pembolehubah (variables) dalam kajian ini telah dikenalpasti Pembolehubah bebas : kaedah transliterasi Pembolehubah bersandar : kemahiran sebutan bahasa Arab Dalam kajian reka bentuk eksperimental, perbandingan dilakukan untuk melihat perbezaan setelah eksperimen diberi kepada kumpulan eksperimen. Perhubungan antara pembolehubah bebas (kaedah transliterasi) dan pembolehubah bersandar (kemahiran sebutan) dalam kajian ini merupakan perhubungan sebab-akibat, iaitu akibat pada pembolehubah bersandar disebabkan oleh perubahan kepada pembolehubah bebas. 31

Konsep abstrak pembelajaran sebutan bahasa Arab dioperasionalkan sebelum ia dijadikan panduan untuk membina item-item instrumen pengukuran bagi konsep ini. Di dalam kajian ini, pembelajaran sebutan bahasa Arab boleh dioperasionalkan kepada: i. Sebutan yang betul mengikut makhraj iaitu tempat artikulasi ii. Dapat membezakan antara huruf-huruf yang hampir sama dari segi bentuk dan makhrajnya. iii. Kelancaran; iaitu keupayaan untuk menyebut sesuatu perkataan dengan lancar. 3.4 Lokasi Kajian UiTM Terengganu Kampus Dungun akan dipilih sebagai lokasi kajian ini. Justeru, dapatan dari kajian ini hanya sesuai dibuat generalisasi ke atas kampus cawangan yang mempunyai kriteria seperti UiTM Terengganu Kampus Dungun ataupun institusi pendidikan yang mempunyai ciri-ciri serupa. Secara khususnya, ujian membaca akan dijalankan di sebuah bilik khas yang bebas dari gangguan yang boleh mengganggu bacaan responden dan juga rakaman yang dibuat. 3.5 Persampelan dan Responden Kajian Kajian ini melibatkan responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengambil subjek bahasa Arab tahap pertama peringkat diploma. Para responden telah 32

dipilih dengan menggunakan prosedur persampelan bertujuan (purposive sampling) di mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden kajian. Ciri-ciri tersebut ialah tidak mempunyai asas dalam bahasa Arab serta lemah dalam kemahiran sebutan bahasa Arab. Rasional pemilihan dua ciri tersebut ialah untuk memastikan hasil kajian ini mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Ini kerana, jika pengkaji tidak mengambil kira latar belakang responden dalam pembelajaran bahasa Arab serta kemahiran sebutan yang telah sedia ada, mungkin akan terdapat perbezaan yang tidak disengajakan dalam rawatan yang diberikan dan seterusnya akan memberi kesan kepada dapatan kajian. Pengkaji telah menentukan jumlah seramai sepuluh orang responden dipilih untuk menjalani kelas intensif serta ujian kemahiran membaca. Jumlah responden ini ditambah dengan empat orang sebagai responden simpanan. Maka jumlah sebenar yang terlibat dengan kajian ini ialah 14 orang pelajar. 3.6 Instrumen Kajian 3.6.1 Teks Ujian Membaca Untuk menjalankan ujian membaca, pengkaji menyediakan dua teks ujian membaca yang digunakan dalam penilaian akhir bagi subjek bahasa Arab 1 peringkat diploma. Teks-teks ini disediakan dalam tulisan asal bahasa Arab seperti mana teks yang digunakan dalam ujian membaca di UiTM. Di dalam teks- 33

teks tersebut, tanda baris di hujung setiap perkataan tidak disediakan seperti mana kaedah yang digunakan dalam buku teks. Teks-teks ini mengandungi item-item pengujian sebutan di mana ia digunakan untuk menguji sebutan dari segi makhraj dan sifat huruf-huruf konsonan dan juga vokal dalam bahasa Arab. Instrumen ini digunakan untuk mengukur kesanan pembolehubah bebas (transliterasi), dan pembolehubah bersandar (skor peningkatan dalam ujian bacaan dan sebutan antara ujian pra dan ujian pos terhadap kaedah transliterasi). Kedua-dua ujian pra dan pos diadakan dengan menggunakan teks yang sama untuk membandingkan kualiti bacaan dan sebutan para responden sebelum dan selepas pembelajaran secara intensif bagi kedua-dua kumpulan. 3.7 Prosedur Kajian dan Pengumpulan Data 3.7.1 Kelas intensif kemahiran membaca Pada permulaan kajian, kedua-dua kumpulan telah diberi ujian pra dan merekan dikehendaki menduduki satu ujian pos pada akhir kajian.peningkatan pencapaian dalam kemahiran sebutan dan membaca diukur berdasarkan perbezaan pencapaian mereka dalam ujian pra dan pos. Kelas intensif kemahiran membaca telah diadakan sebanyak empat sesi, di mana setiap sesi mengambil masa selama dua jam. Pengkaji terlebih dahulu menetapkan modul yang digunakan pada sesi tersebut. Modul yang digunakan 34

adalah sama bagi kedu-dua kumpulan kawalan dan eksperimen. Perbezaan pada kumpulan eksperimen hanyalah pada teks yang digunakan, di mana ia telah dimasukkan transliterasi bagi setiap perkataan di dalam teks. Satu modul ringkas dibuat untuk digunakan sepanjang kelas intensif tersebut diadakan. Modul ini disediakan dengan mengambil item-item asas yang terdapat dalam sukatan pelajaran subjek bahasa Arab 1 bagi peringkat diploma. Setiap sesi dijalankan mengikut modul secara berperingkat. Pada perjumpaan sesi pertama, pengkaji memberi sedikit penerangan tentang kelas intensif kemahiran membaca dan kajian yang akan dijalankan. Apabila mendapat persetujuan daripada para responden, pengkaji menjalankan ujian pra. Modul khusus bagi sesi pertama ialah pengenalan kepada abjad bahasa Arab serta sebutan yang betul. Bagi kumpulan kawalan, pengkaji menumpukan kepada sebutan dan bentuk-bentuk huruf bahasa Arab yang asal sahaja, manakal bagi kumpulan eksperimen, pengkaji menambah penerangan berkaitan sistem transliterasi serta sebutannya. Bagi sesi kedua, modul tertumpu kepada latihan mengenal serta menyebut huruf-huruf yang hampir sama. Latihan ini menumpukan sebutan huruf-huruf bahasa Arab yang hampir sama yang sering menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar-pelajar Melayu. Pengkaji banyak menggunakan kaedah pengajaran secara pemadanan minimum (minimal pairs) iaitu dengan menyebut perkataan yang mempunyai dua huruf yang hampir sama. Dengan ini, pelajarpelajar dilatih supaya sensitif dengan bunyi-bunyi yang didengari seterusnya dapat membezakan bunyi-bunyi tersebut. 35

Pada sesi ketiga, modul diteruskan dengan latihan menyebut dan membaca dalam unit yang kecil. Ia dimulakan dengan latihan menyebut perkataan dan kemudian diikuti oleh latihan membaca dan menyebut unit yang lebih besar iaitu frasa. Perjalanan sesi pembelajaran telah dirancang dengan teliti. Ia dimulakan dengan mengedar kertas modul yang mengandungi perkataanperkataan yang akan dipelajari. Pada mulanya pelajar diberikan masa untuk memerhati serta membaca teks tersebut secara senyap. Kemudian latihan menyebut ini dimulakan dengan sebutan oleh pengajar secara jelas. Di mana pada peringkat awal pelajar hanya mendengar bacaan dan sebutan oleh pengajar. Kemudian, barulah sebutan itu diikuti oleh para pelajar secara beramai-ramai. Proses ikutan sebutan ini diteruskan dengan latihan secara berkumpulan kemudian akhir sekali secara individu. Seterusnya, pada sesi terakhir, modul ditumpukan kepada latihan menyebut dan membaca ayat-ayat pendek serta diikuti dengan latihan membaca perbualan. Perjalanan sesi ini juga adalah sama seperti sesi lepas, di mana ia dimulakan dengan mendengar sebutan, mengikut secara berkumpulan dan akhirnya secara individu. Bagi proses pengumpulan data yang diambil dari ujian membaca pra dan pos, pengkaji akan mendengar sendiri sebutan dan bacaan oleh pelajar dan akan mencatat pemerhatian semasa ujian tersebut diadakan. Pada masa yang sama, penulis merakam bacaan untuk dianalisis. Pemerhatian berstruktur terhadap sebutan dan bacaan akan dilakukan semasa proses ujian ini berlangsung. 36

Setelah rakaman dilakukan, pengkaji mendengar semua rakaman secara sepintas lalu untuk memastikan rakaman yang dilakukan tidak mempunyai sebarang kecacatan supaya setiap sebutan pelajar dapat diperolehi dengan sebaik mungkin. Apabila kesemua rakaman telah dirakam dengan sempurna, pengkaji akan mula mendengar setiap rakaman dengan teliti. Pengkaji akan mendengar rakaman secara berulang kali untuk memastikan pengkaji yakin bahawa sebutan yang telah direkod dan dianalisis adalah tepat dan asli. 3.8 Analisis Data Dalam kajian ini, pengkaji memilih pendekatan deskrip untuk menganalisis datadata yang dikumpulkan. Penilaian dibuat dengan meneliti kualiti bacaan para pelajar. Kualiti ini akan dinilai dengan melihat kepada jumlah kesalahan serta jenis-jenisnya. Pengkaji meneliti dan membuat perbandingan antara keputusan dari ujian pra dan pos bagi setiap responden dalam kumpulan. Kemudian, hasil keputusan daripada dua kumpulan tersebut akan dibandingkan. Dengan itu, pengkaji akan membuat penilaian tentang penguasaan kemahiran sebutan bahasa Arab dengan menggunakan kaedah transliterasi. 37

3.9 Penutup Melalui penentuan reka bentuk dan kaedah yang tepat, kajian ini pastinya akan menghasilkan dapatan yang baik serta berjaya mencapai objektifnya. Penulis telah membuat justifikasi dalam penentuan reka bentuk kajian, penentuan pemboleh ubah operasional, persampelan dan responden kajian, prosedur kajian dan pengumpulan data serta analisis data. 38