DAKWAH MASYARAKAT BERJIRAN KEPADA MUALLAF ORANG ASLI : KAJIAN DI FELDA GUGUSAN CHINI PAHANG Oleh Razaleigh Kawangit Badlihisham Mohd Nasir

dokumen-dokumen yang mirip
KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

CABARAN KOPERASI PENGGUNA DALAM AKTIVITI PERUNCITAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA RINGKASAN EKSEKUTIF

LAPORAN PENYELIDIKAN

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

Model Pengurusan Strategik

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

Di dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai kerangka teori, kaedah-kaedah yang digunakan, di mana pengkaji juga turut meninjau kerangka dan

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

Tarikh Tutup Pencalonan : 30 April 2017

1. Berapa lama tuan telah berkhidmat di Bahagian Pendidikan JAIM? 3. Berapakah jumlah kakitangan pengurusan atasan dan sokongan?

BAB III METODOLOGI KAJIAN. tertentu yang boleh memberikan data yang sahih dan dikehendaki untuk menyelesaikan

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAMPIRAN A BORANG SOAL SELIDIK FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN USAHAWAN DAN PENCAPAIAN USAHAWAN MUSLIM DI MALAYSIA

S A R A N A. Sekolah. Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Suatu Inisiatif Utama Makmal GTP2.0

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

Sustainable Education 54

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB SATU PENDAHULUAN

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

BAB 7 Hubungan Etnik Dari Segregasi Ke Integresi

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS. dapatan kajian. Dalam prosedur analisis data, teknik Delphi melalui temu bual dilakukan

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Tarikh Tutup Pencalonan : 30 April 2017

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

PERMASALAHAN DI KALANGAN GURU BERKELUARGA YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

PENGHAYATAN ISLAM SAUDARA BARU ORANG ASLI KG. SG. BERUA TERENGGANU Oleh Razaleigh Kawangit

LAMPIRAN 1 DIPLOMA EKSEKUTIF PENGURUSAN (SUMBER MANUSIA) SOAL SELIDIK KAJIAN: TAHAP KECEKAPAN SISTEM HRMIS

BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

BAB 4. KEBERKESANAN DAN HALANGAN PEMBANGUNAN ETIKA DAN MORAL MENERUSI KURSUS YANG DITAWARKAN DI UTeM

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

CHIA CHONG YANG A143398

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA ( ISD )

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB 5 PENUTUP. Bab ini merupakan kesimpulan dan rumusan terhadap permasalahan Saudara Baru

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

PROGRAM PEMULIHAN AKHLAK WANITA: SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PUSAT PERLINDUNGAN WANITA MEMBANTU PROSES PEMULIHAN?

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

BM1 SET 1 SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

Transkripsi:

1 DAKWAH MASYARAKAT BERJIRAN KEPADA MUALLAF ORANG ASLI : KAJIAN DI FELDA GUGUSAN CHINI PAHANG Oleh Razaleigh Muhamat @ Kawangit Badlihisham Mohd Nasir Pengenalan Masyarakat berjiran khususnya dalam konteks hubungan Orang Melayu dengan masyarakat Orang Asli mempunyai signifikan yang besar dalam perkembangan dakwah Islamiah. Secara teorinya, kefahaman orang Melayu terhadap konsep kejiranan yang berasaskan Islam dan bermotifkan dakwah diyakini berupaya membantu proses pengislaman Orang Asli di Malaysia. Namun demikian, adalah dipercayai bahawa persepsi orang Melayu terhadap komuniti orang Asli dan sikap mereka terhadap dakwah kepada masyarakat berkenaan boleh dipertikaikan. Begitu juga persepsi Orang Asli terhadap orang Melayu dan agama Islam yang sering diwarnai oleh prasangka negatif. Justeru itu ia memberi kesan kepada proses konversi Orang Asli di seluruh negara. Halangan seperti ini pastinya mencabar proses dakwah yang berkesan di kalangan komuniti berkenaan. Justeru itu, bagi mengatasi masalah yang timbul ini, penjelasan tentang konsep kejiranan dan dakwah bagi melahirkan suatu gagasan dakwah masyarakat berjiran boleh dijadikan sebagai panduan dan usaha kepada pendekatan dakwah khususnya di dalam kalangan masyarakat Orang Asli di negara ini. Secara khusus kajian ini berusaha untuk mencapai matlamat iaitu memahami dakwah kepada Orang Asli, mengkaji dakwah kepada Orang Asli di kalangan masyarakat Gugusan Chini, menganalisis kefahaman sikap dan pelaksanaan dakwah kepada mereka. Akhirnya suatu cadangan mengenai pendekatan dakwah kepada penduduk gugusan Chini terhadap Orang Asli dikemukakan. Dakwah Masyarakat Berjiran di Felda Gugusan Chini Dakwah masyarakat berjiran merupakan dua asosiasi istilah yang terdiri dari jiran dan dakwah bagi memberi maksud sebuah masyarakat yang berteraskan atau berorientasikan dakwah Islamiah. Lazimnya masyarakat berjiran merupakan suatu fenomena umum yang terbuka kepada pelbagai interpretasi dan pengertian. Dalam konteks negara berbilang kaum seperti di Malaysia, masyarakat berjiran adalah satu fenomena yang lumrah di mana masyarakat Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa hidup berjiran dalan satu kawasan dalam keadaan aman dan tenteram. Bagi mengimarahkan keamanan tersebut, konsep rukun tetangga telah diwujudkan di kawasan-kawasan tersebut. Namun yang demikian, konsep yang berteraskan Islam menitikberatkan pembelaan minoriti agama seperti yang digariskan oleh Islam perlu diamalkan secara meluas. Masyarakat berjiran khususnya dalam konteks hubungan Orang Melayu dengan Masyarakat Orang Asli mempunyai kaitan yang besar dalam perkembangan dakwah Islamiah. Secara teori, kefahaman Orang Melayu terhadap konsep kejiranan yang berasaskan Islam dan bermotifkan dakwah diyakini berupaya membantu proses

2 pengislaman Orang Asli di Malaysia. Namun yang demikian, adalah dipercayai bahawa persepsi Orang Melayu terhadap komuniti Orang Asli dan sikap mereka terhadap perlaksanaan dakwah kepada masyarakat berkenaan boleh dipertikaikan. Begitu juga dengan persepsi Orang Asli terhadap Orang Melayu dan agama Islam yang sering diwarnai oleh prasangka negatif. Halangan seperti ini pastinya mencabar usaha dakwah yang berkesan kepada komuniti berkenaan. Justeru menyedari hakikat dakwah yang bersifat sebagai sebuah gerakan yang dinamik dan sentiasa berkembang, kajian di perkampungan masyarakat Melayu yang tinggal berjiran dengan Orang Asli dilakukan ketika pelajar Jabatan Dakwah dan Kepimpinan mengikuti Latihan Amali Dakwah (LAD). Gugusan Felda Chini yang berhampiran dengan beberapa perkampungan Orang Asli sekitar Tasik Chini dipilih dalam kajian ini. Kajian ini menjadi lebih signifikan justeru sebelum itu Jabatan Dakwah telah mengadakan LADnya di penempatan Orang di Kampung Gumum di pinggir tasik berkenaan. Gugusan Felda Chini yang merangkumi Felda Chini 1,2, 3, 4 dan 5 terletak di Mukim Penyor dalam daerah Pekan Pahang Darul Makmur. Ia adalah sebahagian dari jumlah keseluruhan Felda di Mukim ini yang terdiri dari 8 buah semuanya iaitu 5 rancangan di Gugusan Felda Chini dan 3 Rancangan di Gugusan Chini Timur). Gugusan ini mula dibuka pada awal 1971 hingga 1977, manakala kemasukan peneroka Felda hanya bermula dari tahun 1977 hingga 1983. Perkampungan terpusat di gugusan ini dihuni oleh seramai 3325 orang di Felda Chini 1, Felda Chini 3 seramai 542 orang, Felda Chini 4 seramai 478 orang dan Felda Chini 5 seramai 4,320 orang. Walaubagaimanapun jumlah penduduk Felda Chini Dua tidak direkodkan, Sumber utama ekonomi masyarakat Felda bergantung kepada hasil Kelapa Sawit. Aktiviti pertanian yang menjadi nadi penduduk di sini diperkuatkan lagi dengan aktiviti seperti pengusahaan lembu feedlot, tanaman sayuran, pisang, tebu, perusahaan keropok, tenunan dan sebagainya. Sebahagian kecil peneroka lain pula terlibat dalam bidang perniagaan seperti kedai runcit, restoran serta terlibat dalam aktiviti koperasi dan perusahaan kecil. Bagi kakitangan kerajaan seperti guru dan pegawai Felda, mereka membentuk sekumpulan kecil dari sektor yang bekerja makan gaji di penempatan berkenaan. Walaupun keseluruhan penduduk kampung ini yang asalnya datang dari berbagai-bagai negeri, suku bangsa tetapi berkat pemuafakatan dan kerjasama yang baik dapat diterapkan dari dulu hingga sekarang. Felda menyediakan ruang yang luas untuk masyarakat saling berkecimpung termasuk berpersatuan, menubuhkan kelab-kelab dan kumpulan-kumpulan kebudayaan yang melibatkan kesemua generasi felda baik yang tua maupun yang muda. Wujudnya program gotong royong dikalangan penduduk felda di dalam melaksanakan sambutan sesuatu majlis, kenduri dan sebagainya. Namun demikian, wujud kegiatan yang tidak bermoral di kalangan muda mudi Felda yang mencacatkan keharmonian selama ini. Timbulnya masalah lepak, racing motor (rempit), minum arak, pergaulan bebas di kalangan muda-mudi, zina, kecurian motorsikal, penyalahgunaan dadah dan merompak. Namun kegiatan ini masih di tahap

3 yang boleh dikawal lagi ekoran tindakan Felda sendiri yang menubuhkan pasukan RELA, JPA 3 selain dari pihak polis sendiri yang memainkan peranan pencegahan. JKKK Felda yang mewakili kepimpinan peringkat Felda menjadi teras kepimpinan sosial dan politik di samping peranan yang turut dilaksanakan oleh Jawatankuasa masjid sendiri dalam membenteras gejala negatif di penempatan berkenaan. Dakwah Masyarakat Felda Chini Terhadap Masyarakat Orang Asli Dakwah dalam konteks Orang Asli bagi masyarakat Felda Gugusan Chini dikaji dari matlamat untuk melihat kefahaman masyarakat terhadap konsep dakwah terhadap Orang Asli dan pelaksanaannya kepada mereka. Berikut adalah huraian terhadap soal selidik yang dikendali dan diedarkan oleh pelajar yang terlibat dalam LAD kepada 82 orang resonden dalam kalangan penduduk Felda gugusan berkenaan. Latar belakang responden, iaitu berhubung dengan maklumat peribadi responden meliputi jantina, umur, pekerjaan, tahap pendidikan, negeri asal responden serta pertanyaan kepada responden tentang hubungan kekeluargaan dengan masyarakat Orang Asli. No graf Graf 1 Graf 2 Graf 3 Graf 4 Graf 5 Graf 6 Graf 7 Kategori Hub.dgn masyarakat asli Jadual 1 Peratus Jantina Lelaki Perempuan 41.5% 58.5% Umur 25-40 40-60 60 keatas Lain-lain 15.9% 54.9% 3.7% 25.6% Pekerjaa Tidak bekerja Kerajaan Swasta Sendiri Suri rumah Lain-lain n 13.4% 2.4% 9.8% 32.9% 29.3% 12.2% Status Bujang Berkahwin Janda/duda 32.9% 63.4% 3.7% Akadem Ijazah Dip.STPM.STA SPM UPSR PMR Tdk ik M sekolah 3.7% 7.3% 42.7% 13.4% 25.6% 7.3 RM2001 RM1501-2000 RM1001- RM501-1000 RM 500 Gaji 1500 4.9% 11.0% 29.3% 15.9% 39.0% asal T ganu Johor Kedah Kelantan Pahang Penang Perak Selangor 4.9 % 1.2% 4.9% 3.7% 58.5% 1.2% 9.8% 15.9% Tiada Secara keseluruhannya rata-rata responden bekerja sendiri untuk menyara kehidupan mereka. Majoriti responden telah berkahwin. Sementara tahap akademik mereka hanya

4 memiliki taraf akademik sehingga SPM sahaja. Daripada data yang dianalisis telah mencatatkan majoriti responden memperolehi jumlah pendapatan bawah RM500. Kebanyakan responden berasal daripada negeri Pahang itu sendiri. Daripada jadual di atas juga, didapati bahawa daripada 82 orang responden yang telah disoal selidik semuanya tidak mempunyai hubungan kekeluargaan langsung dengan masyarakat Orang Asli. Kefahaman Responden Terhadap Konsep Dakwah Kepada Orang Asli Bahagian ini cuba merungkai persoalan tentang kefahaman terhadap konsep dakwah kepada Orang Asli di kalangan masyarakat Felda Gugusan Chini. Sebanyak 10 soalan telah dikemukakan. Item salah, tidak pasti dan betul diberikan kepada responden untuk membuat pilihan. Graf 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 Kefahaman Responden Terhadap Konsep Dakwah Kepada Orang Asli Dakwah ialah menyeru manusia ke arah agama Allah. Dakwah merupakan kewajipan bagi setiap orang Islam Dakwah perlu difahami oleh setiap muslim agar ia dapat dijalankan dengan sempurna Dakwah menyemai konsep perpaduan di antara masyarakat muslim dengan nonmuslim Dakwah lebih khusus kepada masyarakat non-muslim berbanding muslim Masyarakat Orang Asli merupakan salah satu golongan sasaran dakwah bagi orang Islam. Dakwah masyarakat berjiran adalah salah satu konsep yang sesuai bagi masyarakat Orang Asli Orang Islam perlu menjaga batasan akhlak dalam berdakwah. Dakwah memberikan sumbangan kepada kefahaman Islam pada Orang Asli Kejayaan dakwah kepada Orang Asli bergantung kepada kesungguhan dan kesabaran Orang Islam dalam berdakwah Tidak Pasti 1.2% 98.8% Betul Missing Salah 6.1% 91.5% 2.4% 9.8% 89.0% 1.2% 20.7% 73.2% 4.9% 1.2% 39.0% 17.1% 1.2% 42.7% 25.6% 69.5% 1.2% 3.7% 36.6% 58.5% 2.4% 2.4% 3.7% 95.1% 1.2% 17.1% 80.5% 1.2% 1.2% 6.1% 92.7% 1.2% Jadual 2

5 Jadual 2 di atas menerangkan bahawa responden secara umumnya memahami kepentingan dakwah kepada masyarakat non muslim terutamanya terhadap masyarakat Orang Asli. Ini dapat dilihat dari soal selidik dalam graf 8 10. Sementara untuk graf 11 pula iaitu dakwah boleh memupuk semangat perpaduan di kalangan muslim dan non muslim pula mereka menyatakan betul bahawa dakwah boleh menyemai perpaduan di antara masyarakat muslim dan non-muslim. Untuk graff 12 pula responden tidak setuju bahawa dakwah lebih khusus kepada masyarakat non-muslim berbanding muslim, ini dapat dilihat dari peratus kajian 42% mengatakan salah. Keseluruhannya, majoriti responden menyatakan betul bahawa masyarakat Orang Asli juga salah satu golongan sasaran dakwah bagi orang Islam dan dakwah dalam masyarakat berjiran adalah salah satu konsep yang sesuai bagi masyarakat Orang Asli. Ini dapat dirujuk dalam graf 13 dan 14. Bagi graf 15 pula, responden setuju bahawa muslim itu sendiri perlu menjaga batasan akhlak ketika berdakwah. Begitu juga untuk soal selidik dalam graf 16 17 purata responden menyatakan betul bahawa dakwah sememangnya memberi kefahaman Islam kepada masyarakat Orang Asli dan hasilnya bergantung kepada kesungguhan dan kesabaran orang Islam dalam berdakwah. Pelaksanaan Dakwah Kepada Orang Asli Bahagian ini pula bertujuan untuk meneliti sejauh mana tahap pelaksanaan dakwah yang dilakukan oleh masyarakat Felda Gugusan Chini kepada Orang Asli yang berdekatan penempatan mereka. Graf Pelaksanaan Dakwah Kepada Orang Sangat X Kurang Sangat Setuju Asli x setuju setuju setuju setuju 18 Saya sanggup menziarahi masyarakat Orang Asli ketika mereka ditimpa 6.2% 12.2% 67% 13.4% kesusahan 19 Saya sanggup menghulurkan bantuan kepada Orang Asli 1.2% 8.2% 70.7% 19.5 20 Saya selalu bergaul dengan masyarakat Orang Asli 9.8% 20.7% 26.8% 32.9% 7.3% 21 Saya berasa selesa apabila bergaul dengan Orang Asli 1.2% 24.2% 30.5% 37.8% 4.9% Saya sentiasa mengambil tahu 22 keadaan dan situasi masyarakat 4.9% 23.2% 31.7% 35.4% 3.7% Orang Asli Saya membenarkan anak-anak 23 bergaul dengan anak-anak Orang 1.2% 24.4% 34.1% 35.4% 4.9% Asli 24 Saya mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat Orang Asli 14.6% 30.5% 30.5% 19.5% 3.7% Saya menjemput masyarakat Orang 25 Asli ketika mengadakan majlis 6.1%. 25.6% 24.4% 35.4% 7.3% keramaian 26 Saya pernah menyertai majlis yang 11% 26.8% 19.5% 34.1% 7.3%

6 27 28 29 30 31 32 diadakan oleh Orang Asli yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam Saya menunjukkan contoh dan teladan yang baik sepertimana yang dianjurkan oleh Islam ketika berurusan dengan Orang Asli. Saya pernah menerangkan tentang kebaikan agama Islam kepada Orang Asli Saya pernah memberikan buku-buku agama kepada Orang Asli. Saya pernah mengajak Orang Asli memeluk Islam. Saya membenarkan ahli keluarga saya berkahwin dengan masyarakat Orang Asli Saya sanggup menjadikan sebuah keluarga Orang Asli sebagai keluarga angkat demi kepentingan dakwah 1.2% 6.1% 8.5% 65.9% 18.3% 4.9% 25.6% 13.4% 41.5% 13/4% 14.6% 28.0% 26.8% 25.6% 1.2% 9.8% 25.6% 18.3% 29.3% 14.6% 15.9% 31.7% 25.6% 24.4% 1.2% 6.1% 13.4% 18.3% 51.2% 9.8% Jadual 3 Jadual 3 di atas mengambarkan kebanyakan warga Felda Chini bersetuju dalam banyak perkara yang diajukan. Ini memberi gambaran positif tentang hubungan sosial di antara kedua-dua masyarakat ini. Pelaksanaan dakwah bi al-hal dapat dilihat dalam aktiviti ziarah, pergaulan sesama mereka mahupun anak-anak, mengambil berat tentang keadaan dan situasi masyarakat orang asli, menjemput orang-orang asli memeriahkan majlis keramaian yang di adakan dan juga menghadiri majlis keramaian yang di adakan selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Ini menunjukkan bahawa warga Felda Chini tiada masalah dalam pergaulan bahkan mempunyai sikap prihatin dan suka membantu masyarakat yang berada di sekelilingnya walaupun berbeza agama kepercayaan. Tiada jurang perkauman dan agama yang timbul antara mereka sekaligus menunjukkan keduadua belah pihak bersedia membina ikatan sosial masyarakat.. Dalam konteks dakwah pada masyarakat Orang Asli, mereka bersetuju bahawa pernah menerangkan tentang kebaikan agama Islam kepada masyarakat Orang Asli, selesa menyampaikan dakwah secara lisan, mengajak Orang Asli memeluk agama Islam dan memberikan contoh tauladan yang baik sepertimana yang dianjurkan oleh Islam. Bahkan kesanggupan mereka untuk menjadikan keluarga Orang Asli sebagai keluarga angkat memberikan gambaran jelas kesediaan mereka untuk melaksanakan dakwah kepada masyarakat Orang Asli. Ini juga menunjukkan bahawa mereka tahu akan tanggungjawab sebagai seorang Muslim untuk menyampaikan dakwah kepada orang bukan Muslim. Walaupun begitu, bagi item mewujudkan hubungan yang erat dengan Orang Asli, memberikan buku-buku agama kepada Orang Asli, membenarkan ahli keluarga mereka berkahwin dengan masyarakat Orang Asli majoriti warga Felda Chini menjawab tidak

7 bersetuju dan kurang bersetuju. Hal ini berkemungkinan warga Felda Chini menganggap masyarakat Orang Asli kurang memberikan respon dan kurang mesra dengan warga Felda Chini, tidak tahu membaca dan kurang berminat dengan bahan bacaan, dan warga Felda Chini mungkin hanya bersedia untuk menjalinkan hubungan persahabatan dan bukannya hubungan pertalian darah dengan masyarakat Orang Asli. Penutup Berdasarkan kajian di atas dapat disimpulkan bahawa kefahaman Orang Melayu terhadap konsep dakwah kepada Orang Asli adalah baik. Ini memberi gambaran bahawa konsep kejiranan yang berasaskan Islam dan bermotifkan dakwah juga adalah baik. Item-item berkaitan kefahaman konsep dakwah kepada non-muslim khususnya Orang Asli mendapat peratusan persetujuan yang tinggi. Namun kefahaman yang tinggi terhadap konsep dakwah ini mungkin hanya akan sia-sia jika ia tidak dapat dilaksanakan dengan baik di medan dakwah yang sebenar. Pelaksanaan dakwah yang dari sudut konsepsualnya juga mendapat persetujuan yang tinggi dari responden atau potential da i di Felda Gugusan Chini tidak bererti jika ia belum mampu dipastikan terlaksana dengan jayanya. Semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan kefahaman dakwah terhadap Orang Asli ini berkembang subur dengan idea baru yang boleh menjana strategi pendekatan yang lebih praktikal dan berkesan. Semua pihak samada penduduk dan pengurusan Felda, agensi agama dan kerajaan yang lain harus berganding bahu melaksanakan dakwah kepada Orang Asli dalam bentuk yang lebih praktikal sesuai dengan konsep dakwah kepada Orang Asli yang memberatkan pendekatan sosial dan kebajikan. Beberapa halangan khususnya seperti perasaan yang negatif dalam menjalinkan hubungan sosial dan kekeluargaan dengan Orang Asli harus dihapuskan. Aspek kemanusiaan yang kurang idberikan perhatian akan menyebabkan Orang Asli merasa jauh hati dan terpinggir. Persepsi negatif yang sedia ada pada Orang Asli terhadap sikap dan layanan masyarakat Islam pastinya akan bertambah tebal dan menyukarkan lagi proses dakwah yang berterusan kepada mereka.