PROSEDUR PEMBELIAN BAHAN ARKIB

dokumen-dokumen yang mirip
PROSEDUR PENGELASAN SEMULA REKOD TERPERINGKAT SEBELUM 1972 BAGI JABATAN YANG MASIH BEROPERASI DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

PANDUAN PEMBANGUNAN KOLEKSI AUDIOVISUAL

PROSEDUR PENYEDIAAN ANGGARAN BELANJAWAN DAN PENGURUSAN PEROLEHAN PK.UiTM.FKM.(PA).09

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PEROLEHAN BAHAN MONOGRAF DAN MEDIA

Arkib Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara Arkib Negara Malaysia PELUPUSAN REKOD AWAM

) DI BAWAH JAGAAN DAN KAWALAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

PENGURUSAN ARKIB Pelupusan Fail

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

PTSS-PK-PS-04 PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN

PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA PMM-PK-PS-04


MENGURUSKAN PERMOHONAN SPP DAN PEMBAHARUAN BAHAN DARIPADA UTeM KEPADA PERPUSTAKAAN LUAR

DASAR BAHAN NADIR 1. LATAR BELAKANG 2. SKOP 3. MISI

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT ISLAM UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/PIU/P002. PROSEDUR PENGENDALIAN MAJLIS ILMU Tarikh: 30/04/2013

SESI 4: PENDAFTARAN JURNAL ILMIAH. Oleh: Maizan Ismail Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia

PEROLEHAN BAHAN KOLEKSI UTeM, HADIAH DAN PERTUKARAN BAHAN KE INSTITUSI LUAR

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

SOKONGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/OPR/IDEC/P004

KELULUSAN CADANGAN PINDAAN/TAMBAHAN DOKUMEN (CPD)

KAWALAN OPERASI. Kod Dokumen: UPM/ISO-EMS/P014 PROSEDUR PENJIMATAN PENGGUNAAN KERTAS

SPESIFIKASI TUGAS JAWATANKUASA MAJLIS KUALITI (MKI) INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PANDUAN PELAKSANAAN PENYELARASAN SISTEM PENGURUSAN REKOD KENDIRI DI PTJ SELURUH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.3 TAHUN 2009

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO9001:2008

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

KERTAS TAKLIMAT KEPADA

Sumasni Sulaiman. Bahagian Pengurusan Perolehan Pejabat Bendahari

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

PROSEDUR PENGURUSAN REKOD

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET Kod Dokumen: OPR/PPPA/GP03

POLITEKNIK KOTA BHARU

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGELASAN SURATAN RASMI

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

DASAR PENGURUSAN REKOD KERAJAAN

KANDUNGAN. 1. Objektif Tempoh Pendaftaran Aset Yang Diterima Tanpa Penempatan Aset Yang Dibekalkan Bersekali Dengan Bangunan 2

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Hidup Ikan (TPI) : Pendaftaran

12. Fungsi: Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO

PENGURUSAN PEROLEHAN BEKALAN/ PERKHIDMATAN

Sumasni Sulaiman. PERANAN URUSETIA MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUT HARGA RASMI / LEMBAGA PEROLEHAN TENDER

PROSEDUR PENGAMBILAN CONTOH MAKANAN

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD Kod Dokumen: UPM/OPR/PSAS/P003 PROSEDUR PEROLEHAN BAHAN TERBITAN BERSIRI

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO9001:2008

1. PENYEDIAAN SURAT SETUJU TERIMA TAWARAN DAN CAGARAN KESELAMATAN

PROSEDUR KAWALAN REKOD PK.UiTMPs.(P).02

SOKONGAN PENYELENGGARAAN PERALATAN & KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BENDAHARI Kod Dokumen : UPM/SOK/KEW-BYR/P009 PROSEDUR PEMBAYARAN TANPA PESANAN BELIAN

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL HALAMAN DIPINDA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN RASIONALISASI LAMAN WEB SEKTOR AWAM

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P006. PROSEDUR TENDER Tarikh: 26/05/2017

PEROLEHAN BAHAN SUMBER ELEKTRONIK

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM

PROSEDUR PENYEDIAAN ANGGARAN BELANJAWAN DAN PENGURUSAN PEROLEHAN PK.UiTM.APB.(P).09

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

PENGURUSAN. Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-HSL/P015 PROSEDUR PERLAKSANAAN DAN PENGURUSAN AKTIVITI PENJANAAN PENDAPATAN UNIVERSITI

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT BENDAHARI

PENERBITAN PETA DAERAH SIRI MYS 8201R

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

GARIS PANDUAN PELUPUSAN DOKUMEN PEPERIKSAAN DAN HASIL KERJA AMALI PELAJAR

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

OBJEKTIF KUALITI ANGKASA

BAB 6 PEMBEKALAN, PROSEDUR PENGGANTIAN DAN PEMBELIAN

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001. Prosedur ini menerangkan cara perlaksanaan penyelenggaraan ICT.

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BENDAHARI Kod Dokumen : UPM/SOK/KEW-BYR/P009 PROSEDUR PEMBAYARAN TANPA PESANAN BELIAN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Pelupusan Buku Pusat Sumber Sekolah

PENGENDALIAN KONVOKESYEN

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

PROSEDUR PENYELENGGARAAN BANGUNAN, KEMUDAHAN DAN PERALATAN PK.PPAS(S)06

SOKONGAN KEWANGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/SOK/KEW-BUY/P007. PROSEDUR RUNDINGAN TERUS Tarikh: 26/05/2017

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH UMS/AK/PU/01/01

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

FAIL MEJA NAMA : ALAMAT KOLEJ : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM (S41) JABATAN PENDIDIKAN KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

SENARAI SEMAK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR SEKSYEN 22 AKTA ) Borang PPB 09-2 salinan

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

POLITEKNIK MUADZAM SHAH

Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan permohonan hak harta intelek hasil penyelidikan UPM di dalam dan luar negara.

NADI ILMU AMALAN MEMBACA

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING AM BILANGAN 4 TAHUN 2015 PEMINDAHAN TERBITAN RASMI KE ARKIB NEGARA MALAYSIA

SOKONGAN PENGURUSAN PELANGGAN PEJABAT NAIB CANSELOR UPM/SOK/PEL/P001

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DAN MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA)

PENGURUSAN LATIHAN STAF

Ubahan Muka surat Tarikh Keterangan Diluluskan ANGKASA PROSEDUR UMUM. Peraturan Perolehan. PROIUIJK - 06 Bilangan Semakan : 2 Tarikh :

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM

Skim Perumahan Mampu Milik Swasta

Transkripsi:

PROSEDUR PEMBELIAN BAHAN ARKIB SEKSYEN PEROLEHAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 1

KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Tujuan 3 2. Skop 3 3. Latar Belakang 3 4. Objektif Pembelian Bahan 3 5. Punca Kuasa 4 6. Penubuhan Pasukan Petugas dan Jawatankuasa 4 7. Kaedah Pelaksanaan Pembelian Bahan 5 7.1. Mengesan dan Menerima Tawaran Bahan 7.1.1. Pengesanan Bahan 7.1.2. Tawaran Penjualan Bahan 7.1.3. Program-program Pengembangan 7.2. Pemilihan Bahan 7.3. Menyediakan Deskripsi Bahan 7.4. Penetapan Harga Bahan 7.5. Mendapatkan Kelulusan daripada Jawatankuasa Teknikal Perolehan Bahan Arkib 7.6. Persetujuan dari Pembekal 7.7. Kelulusan Jawatankuasa Sebutharga Jabatan 7.8. Urusan Pembayaran 7.9. Perjanjian Hak Milik 8. Penutup 6 2

PROSEDUR PEMBELIAN BAHAN ARKIB 1. Tujuan 2. Skop Kertas ini disediakan untuk menetapkan prosedur pembelian bahan oleh Arkib Negara Malaysia. Prosedur ini meliputi pembelian dari orang perseorangan, institusi, pertubuhan dan syarikat swasta dari dalam dan luar negeri. Ia meliputi pelbagai jenis, bentuk dan media seperti dokumen, manuskrip, buku, terbitan, peta, pelan, gambar, poster, poskad, filem, mikrofilem, pita rakaman, cakera padat, memorabilia, artifak dan lain-lain. Prosedur ini digunapakai oleh Seksyen Perolehan, Cawangan Negeri dan Arkib Negarawan. 3. Latar Belakang Arkib Negara Malaysia telah memulakan usaha untuk mendapatkan bahan-bahan berkaitan Malaysia sejak tahun 1970an lagi meliputi bahan dari institusi dalam dan luar negara. Pembelian bahan pada masa itu menggunakan peruntukan mengurus dengan kelulusan khas daripada Kementerian Kewangan. Dalam Rancangan Malaysia Ke-8, dibawah Peruntukan Pembangunan (Butiran 03300) Pembelian Rekod Malaysia, Arkib Negara telah diperuntukkan sebanyak RM 1 juta untuk mendapatkan bahan-bahan bersejarah. Dibawah Rancangan Malaysia Ke-9, peruntukan sebanyak RM 3 juta telah diluluskan untuk tujuan yang sama. 4. Objektif Pembelian Bahan Menambah dan memperkayakan koleksi sedia ada Menyelamatkan bahan arkib dan warisan negara Melengkapkan jurang koleksi bahan di Arkib Negara Mengadakan koleksi bahan sebagai nilai tambah bagi menggalakkan kedatangan penyelidik dan pelawat 3

5. Punca Kuasa Perolehan bahan secara pembelian ini adalah selaras dengan fungsi Ketua Pengarah yang ditetapkan di bawah Seksyen 7(c) Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) iaitu: memperoleh rekod dan bahan yang pada pendapat Ketua Pengarah adalah atau mungkin mempunyai nilai kebangsaan atau sejarah yang kekal dan lama bertahan atau kedua-duanya. Hal ini diperjelaskan lagi menerusi Seksyen 31 Pemerolehan Bukan Rekod Awam, akta yang sama yang menyebutkan: Ketua Pengarah boleh memperoleh apa-apa rekod yang bukan rekod awam yang pada pendapatnya adalah atau mungkin mempunyai nilai kebangsaan atau sejarah yang kekal dan lama bertahan atau kedua-duanya. 6. Penubuhan Pasukan dan Jawatankuasa Terdapat 3 Pasukan Petugas dan 2 Jawatankuasa dalam mengendalikan kerja pembelian bahan iaitu: 6.1. Pasukan Pengesanan dan Pemilihan Bahan 6.1.1. Seksyen Perolehan - Diketuai oleh KS(PL) 6.1.2. Seksyen Perancangan - Di ketuai oleh KS(PP) dan Pemuliharaan 6.1.3. Cawangan Negeri - Diketuai oleh Pengarah Cawangan Negeri 6.2. Jawatankuasa Teknikal Perolehan Bahan Arkib 6.3. Jawatankuasa Sebutharga Arkib Negara Malaysia Bidang Tugas seperti di Lampiran 1. 4

7. Kaedah Pelaksanaan Pembelian Bahan 7.1. Mengesan dan Menerima Tawaran Bahan Melalui: 7.1.1. Pengesanan Bahan Kajian dan pengesanan bahan di institusi kerajaan, institusi bukan kerajaan, pertubuhan, persatuan, orang perseorangan, media cetak dan laman web dalam dan luar negeri. 7.1.2. Tawaran Penjualan Bahan Menerima tawaran dari institusi, pertubuhan, syarikat swasta dan orang perseorangan yang mempunyai bahan untuk dijual. 7.1.3. Program-program Pengembangan 7.2. Pemilihan Bahan Pengesanan bahan juga dibuat melalui program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan seperti Majlis Pengkisahan Sejarah, Sejarah Lisan, Polemik, pameran, ekspo dan lainlain program pengembangan. Bahan-bahan yang dikesan dan tawaran yang diterima akan dibuat penilaian dan pemilihan berdasarkan kriteria yang ditetapkan seperti di Lampiran 2. 7.3. Menyediakan Deskripsi Bahan Setiap bahan yang dicadang beli akan di disediakan deskripsi lengkap yang meliputi keadaan fizikal bahan, usia bahan, kandungan bahan dan kepentingan bahan. 7.4. Penetapan Harga Bahan Penetapan harga bahan bergantung kepada jenis, usia bahan, kandungan bahan, keunikan, keaslian dan keadaan fizikal bahan. Bagi bahan artifak ia juga bergantung kepada saiz, komposisi bahan dan kepentingan bahan. Penetapan harga berdasarkan kriteria seperti di Lampiran 3. 5

7.5. Mendapatkan Kelulusan Daripada Jawatankuasa Teknikal Perolehan Bahan Arkib Cadangan pembelian bahan daripada Pasukan Pengesanan dan Pemilihan Bahan perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perolehan Bahan Arkib untuk persetujuan sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga Jabatan. 7.6. Persetujuan Dari Pembekal Keputusan tawaran harga oleh Jawatankuasa Teknikal Perolehan Bahan Arkib dimaklumkan kepada pembekal secara bertulis bagi mendapatkan persetujuan. 7.7. Kelulusan Jawatankuasa Sebutharga Jabatan Setelah mendapat persetujuan dari pembekal, cadangan pembelian bahan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga Jabatan untuk kelulusan. Bagi pembelian bahan yang melebihi RM 200,000.00 perlu mendapatkan kelulusan dari Kementerian Kewangan. 7.8. Urusan Pembayaran Setelah mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Sebutharga Jabatan, pembayaran dibuat mengikut prosedur kewangan. Carta Aliran Pembelian Bahan Dalam dan Luar Negara adalah seperti di Lampiran 4 dan Lampiran 5. 7.9. Perjanjian Hak Milik 8. Penutup Surat perjanjian hak milik dihantar untuk ditandatangani oleh pembekal bagi memaklumkan tentang status bahan. Prosedur Pembelian Bahan Arkib ini disediakan sebagai panduan bagi urusan pembelian bahan oleh Arkib Negara Malaysia. Prosedur ini dapat memantapkan lagi proses pembelian bahan yang seragam dan lebih objektif bagi meningkatkan jumlah dan kualiti bahan yang diperolehi. 6

LAMPIRAN 1 BIDANG TUGAS PASUKAN PENGESANAN DAN PEMILIHAN BAHAN Ketua : KS(PL) - Seksyen Perolehan KS(PP) - Seksyen Perancangan dan Pemuliharaan Pengarah Cawangan Negeri Urusetia : Seksyen Perolehan Bidang Tugas: Membuat lawatan bagi melihat keadaan bahan yang dicadang beli. Menyemak bahan dalam koleksi ANM dan lain-lain sumber. Memilih bahan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan seperti menarik, unik, bernilai sejarah dan tiada dalam koleksi ANM. Menyediakan deskripsi bagi bahan yang dicadang beli. Menentukan harga bahan yang dicadang beli mengikut Garis Panduan Penetapan Harga Bahan. Membuat kajian ketulinan dan kesahihan bahan (bila perlu). Memajukan semua cadangan pembelian bahan kepada Jawatankuasa Teknikal Perolehan Bahan Arkib. 7

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA TEKNIKAL PEROLEHAN BAHAN ARKIB Pengerusi : P(BPA) Setiausaha : PA(PL) Ahli : Jabatan Warisan Negara Pakar/pensyarah yang berkaitan dengan bahan yang diperoleh KS(PL) KS(R) KS(D) KS(RA) KS(PP) KS(PKN) KS(PRG) Bidang Tugas: Menyemak cadangan pembelian yang dikemukakan oleh Pasukan Pengesanan dan Pemilihan Bahan. Membantu menilai kepentingan bahan-bahan yang perlu dibeli. Menimbang dan memberi persetujuan ke atas cadangan pembelian bahan. Membuat perakuan ke atas bahan-bahan yang dicadang untuk pembelian. 8

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA SEBUTHARGA JABATAN Pengerusi : KP / TKP Setiausaha : KS(SM) Ahli : P(BPA) P(BAN) P(BRK) P(BPP) P(BPPD) KS(PL) PA(PL) Bidang Tugas: Meluluskan pembelian bahan di bawah RM 200,000.00. Untuk pembelian melebihi RM 200,000.00 perlu mendapatkan kelulusan dari Kementerian Kewangan. 9

LAMPIRAN 2 KRITERIA PEMILIHAN BAHAN Pemilihan bahan melibatkan kriteria berikut: 1. Nilai Kandungan (peristiwa) Bahan yang diperolehi mempunyai nilai rujukan sejarah, peristiwa, budaya, pentadbiran, agama, sosial, politik dan lain-lain. 2. Ketulenan dan Keaslian Bahan Bahan perlu dalam bentuk asal atau salinan asal dalam media yang kekal (ch: mikrofilem). 3. Usia Bahan Bahan yang lama usianya mempunyai nilai yang tinggi. 4. Keunikan Bahan Bahan sukar diperolehi dan unik dari segi bentuk. 5. Keadaan Fizikal Bahan Bahan dalam keadaan baik, tulisan boleh dibaca, terang dan jelas serta tahap kerosakan yang minima. 10

LAMPIRAN 3 KRITERIA PENETAPAN HARGA BAHAN 1. GAMBAR 1.1. Gambar yang hendak diperolehi perlu mempunyai kapsyen yang lengkap seperti tajuk, tarikh, nama tokoh dan tempat. 1.2. Gambar yang berkualiti (terang atau tidak pudar), bernilai sejarah, bentuk / jenis yang unik dan dapat menggambarkan perubahan persekitaran. 1.3. Gambar boleh membantu dalam kerja-kerja penyelidikan. 1.4. Gambar juga ditentukan berdasarkan usianya. 2. POSKAD 2.1. Poskad mempunyai maklumat yang lengkap seperti peristiwa, tajuk, nama tokoh, setem dan cop setem. 2.2. Bagi poskad yang telah digunakan dan mempunyai setem adalah lebih bernilai daripada poskad yang masih belum digunakan. 2.3. Keadaan fizikal poskad yang baik, unik dan signifikan kepada perubahan semasa. 2.4. Poskad yang lama lebih bernilai. 3. MAJALAH 3.1. Majalah perlu mempunyai nilai sejarah, budaya, ekonomi, politik dan sebagainya. 3.2. Tulisannya jelas dan boleh dibaca. 3.3. Isi kandungan lengkap. 3.4. Menceritakan situasi / peristiwa yang benar berlaku. 3.5. Mengandungi artikel-artikel yang menarik dan bersejarah yang menggambarkan sosio budaya, ekonomi dan penempatan masyarakat ketika itu. 3.6. Penilaian harga ditetapkan mengikut usia penerbitan. 3.7. Ketebalan dan saiz majalah juga mempengaruhi penilaian harga. 11

4. MANUSKRIP 4.1. Manuskrip yang bertulisan tangan dalam tulisan jawi (klasik/lama) atau tulisan rumi mengenai sejarah atau pentadbiran Tanah Melayu, Malaya atau Malaysia. 4.2. Mudah dibaca, menunjukkan tarikh dan peristiwa sejarah. 4.3. Mempunyai nilai estetika, intelektual dan penyelidikan. 4.4. Ketetapan harga manuskrip ditentukan mengikut keadaan fizikal, usia dan kandungan manuskrip sama ada lengkap atau tidak lengkap. 5. FILEM 5.1. Filem yang mempunyai nilai sejarah dan penyelidikan. (dihasilkan dalam dan luar negara oleh warganegara / bukan warganegara / institusi ) 5.2. Dalam bentuk salinan digital (DVD) dan harga ditetapkan mengikut institusi. 5.3. Bagi koleksi persendirian (private collection), harga ditetapkan mengikut usia, kandungan maklumat dan format (16mm, 35mm atau salinan). 6. MIKROFILEM 6.1. Salinan mikrofilem diperoleh selepas kerja-kerja pengesanan, kajian dan pemilihan dijalankan. 6.2. Pemilihan bahan untuk salinan mikrofilem adalah berdasarkan nilai sejarah, rujukan dan penyelidikan. 6.3. Penetapan harga ditentukan oleh institusi / syarikat pembekal. (Harga tetap mengikut institusi / syarikat pembekal). 12

7. POSTER 7.1. Poster perlu mempunyai gambar dan maklumat yang jelas, terang dan mudah dibaca. 7.2. Mempunyai nilai sejarah dan penyelidikan, nilai estetika, bentuk / jenis yang unik dan menggambarkan perubahan sosio-ekonomi dan budaya semasa. 7.3. Penetapan harga poster bergantung kepada saiz dan usia. 8. PETA 8.1. Maklumat peta mesti jelas, terang, mudah dibaca, mempunyai kepentingan sejarah dan menggambarkan perubahan dari segi topografi semasa. 8.2. Penetapan harga peta ditentukan juga berdasarkan kepada usia dan saiz nya. 8.3. Pemilihan peta juga membantu dalam melengkapkan kajian persempadanan. 9. BUKU 9.1. Mempunyai nilai sejarah, nilai estetika, nilai rujukan dan penyelidikan. 9.2. Kandungannya menggambarkan peristiwa, keadaan sosio budaya, sosio ekonomi dan cara hidup masyarakat semasa 9.3. Mengandungi fakta atau pandangan penulis mengenai sesuatu isu. 9.4. Berkeadaan baik, mempunyai isi kandungan yang lengkap, boleh dibaca. 9.5. Penetapan harga ditentukan juga mengikut ketebalan dan usia bahan. 13

10. MEMORABILIA 10.1. Semua memorabilia mesti mempunyai kaitan langsung dengan tokoh. 10.2. Memorabilia mempunyai maklumat seperti tarikh, tempat dan peristiwa. 10.3. Dapat menggambarkan sesuatu keadaan yang dikaitkan dengan tokoh dan peristiwa sejarah. 10.4. Merupakan bahan asal/asli. 10.5. Penilaian harga berdasarkan saiz, bentuk dan keadaan fizikal bahan, keunikan bahan, kandungan dan komposisi bahan seperti diperbuat daripada emas, tembaga dan sebagainya, kepentingan bahan dengan sesuatu peristiwa dan usia bahan. 11. ARTIFAK 11.1. Semua artifak mesti mempunyai kaitan langsung dengan tokoh atau sesuatu peristiwa. 11.2. Artifak mempunyai maklumat seperti tarikh, tempat dan peristiwa. 11.3. Dapat menggambarkan sesuatu keadaan yang dikaitkan dengan tokoh atau sesuatu peristiwa sejarah. 11.4. Merupakan bahan asal dan asli. 11.5. Penilaian harga berdasarkan saiz, bentuk dan keadaan fizikal bahan, keunikan bahan, kandungan dan komposisi bahan seperti diperbuat daripada emas, tembaga dan sebagainya, kepentingan bahan dengan sesuatu peristiwa dan usia bahan. 14

SENARAI PENETAPAN HARGA BAHAN (CONTOH MENGIKUT JENIS DAN HARGA PEMBELIAN TERDAHULU ) 2000-2009 A. GAMBAR 1. Signifikan, tokoh, peristiwa, tempat/bangunan bersejarah, mempunyai kapsyen. Bil Tahun Baik Kurang Baik i. Sebelum 1900 (-) RM300 RM120 ii. 1900 (+) 1940 (-) RM250 RM100 iii. 1940 (+) 1960 (-) RM200 RM90 iv. 1960 (+) 1980 (-) RM150 RM70 v. 1980 (+) 2000 (+) RM100 RM50 2. Menggambarkan sosio budaya, sosio ekonomi masyarakat, persekitaran semasa dan maklumat lengkap. Bil Tahun Baik Kurang Baik i. Sebelum 1900 (-) RM150 RM80 ii. 1900 (+) 1940 (-) RM120 RM60 iii. 1940 (+) 1960 (-) RM100 RM40 iv. 1960 (+) 1980 (-) RM80 RM20 v. 1980 (+) 2000 (+) RM50 RM10 15

B. POSKAD 1. Signifikan, tokoh, peristiwa, tempat/bangunan bersejarah, mempunyai kapsyen Bil. Tahun Poskad Ada setem, cop (tarikh) dan kepada siapa dituju Tiada setem/tiada cop (tarikh) dan Tiada Catatan Keadaan fizikal baik Keadaan fizikal tidak baik Keadaan fizikal baik Keadaan fizikal tidak baik 1. Sebelum 1900 (-) RM250 RM100 RM150 RM60 2. 1940 (+) 1940 (-) RM200 RM80 RM100 RM45 3. 1940 (+) 1960 (-) RM150 RM50 RM80 RM30 4. 1960 (+) 1980 (-) RM100 RM30 RM50 RM15 5. 1980 (+) 2000 (+) RM50 RM15 RM25 RM7 2. Menggambarkan sosio budaya ekonomi, perundangan, persekitaran semasa dan mempunyai maklumat lengkap. Bil. Tahun Poskad Ada setem, cop (tarikh) dan kepada siapa dituju Tiada setem/tiada cop (tarikh) dan Tiada Catatan Keadaan fizikal baik Keadaan fizikal tidak memuaskan Keadaan fizikal baik Keadaan fizikal tidak memuaskan 1. Sebelum 1900 (-) RM200 RM60 RM100 RM30 2. 1940 (+) 1940 (-) RM150 RM45 RM75 RM22 3. 1940 (+) 1960 (-) RM100 RM30 RM50 RM15 4. 1960 (+) 1980 (-) RM50 RM15 RM25 RM7 5. 1980 (+) 2000 (+) RM25 RM5 RM10 RM3 16

C. MAJALAH BIL. TAHUN ILMIAH/AKADEMIK HIBURAN 1. 1940 RM 60.00 RM 50.00 2. 1950 RM 50.00 RM 45.00 3. 1960 RM 45.00 RM 40.00 4. 1970 RM 40.00 RM 35.00 5. 1980 RM 35.00 RM 30.00 6. 1990 RM 30.00 RM 25.00 7. 2000 RM 25.00 RM 20.00 D. MAJALAH TAHUNAN (DITERBITKAN SEKALI SETAHUN) BIL. TAHUN HARGA 1. 1940-1949 RM 250.00 2. 1950-1959 RM 200.00 3. 1960-1969 RM 150.00 4. 1970-1979 RM 120.00 5. 1980-1989 RM 100.00 6. 1990-1999 RM 80.00 7. 2000 RM 50.00 17

E. PIRING HITAM BIL. TAHUN HARGA 1. 1950-1959 RM 55.00 2. 1960-1969 RM 50.00 3. 1970-1979 RM 45.00 4. 1980-1989 RM 40.00 5. 1990-1999 RM 35.00 6. 2000 RM 30.00 F. POSTER BIL. TAHUN HARGA 1. 1940-1949 RM 400.00 2. 1950-1959 RM 350.00 3. 1960-1969 RM 300.00 4. 1970-1979 RM 250.00 5. 1980-1989 RM 200.00 6. 1990-1999 RM 150.00 7. 2000 RM 100.00 18

G. BUKU PROGRAM BIL. TAHUN SAIZ BESAR (A4) HARGA SAIZ KECIL HARGA 1. 1940-1949 RM 300.00 RM 220.00 2. 1950-1959 RM 250.00 RM 200.00 3. 1960-1969 RM 200.00 RM 180.00 4. 1970-1979 RM 150.00 RM 120.00 5. 1980-1989 RM 100.00 RM 80.00 6. 1990-1999 RM 50.00 RM 30.00 H. SURATKHABAR BIL. TAHUN HARGA 1. 1930-1939 RM 300.00 2. 1940-1949 RM 250.00 3. 1950-1959 RM 200.00 4. 1960-1969 RM 150.00 5. 1970-1979 RM 100.00 6. 1980-1989 RM 50.00 19

I. PETA HARGA BIL. TAHUN SAIZ 10.5 x 12.5 SAIZ 12.5 x 17.5 SAIZ 15.5 x 19.5 SAIZ 16.5 x 22.5 1. 1600 1650 RM 2,790.00 RM 4,650.00 RM 6,420.00 RM 7,880.00 2. 1650 1700 RM 2,550.00 RM 4,260.00 RM 5,890.00 RM 7,230.00 3. 1700 1750 RM 2,320.00 RM 3,870.00 RM 5,350.00 RM 6,570.00 4. 1750 1800 RM 2,090.00 RM 3,480.00 RM 4,810.00 RM 5,910.00 5. 1800 1850 RM 1,860.00 RM 3,090.00 RM 4,280.00 RM 5,260.00 6. 1850 1900 RM 1,630.00 RM 2,710.00 RM 3,750.00 RM 4,600.00 7. 1900 1950 RM 1,390.00 RM 2,320.00 RM 3,210.00 RM 3,950.00 8. 1950-2000 RM 1,160.00 RM 1,940.00 RM 2,680.00 RM 3,290.00 20

J. BUKU BIL. TAHUN MUKA SURAT 1-100 MUKA SURAT 101-200 MUKA SURAT 201-300 MUKA SURAT 300-400 1. Sebelum 1900 RM 200 RM 250 RM 230 RM 280 RM 250 RM 300 RM 850 RM 1,000 2. 1900 1939 RM 180 RM 200 RM 200 RM 230 RM 230 RM 250 RM 700 RM 800 3. 1940 1949 RM 150 RM 180 RM 180 RM 200 RM 200 RM 230 RM 400 RM 500 4. 1950 1959 RM 120 RM 150 RM 150 RM 180 RM 180 RM 200 RM 300 RM 350 5. 1960 1969 RM 80 RM 120 RM 120 RM 150 RM 150 RM 180 RM 250 RM 300 6. 1970-1979 RM 50 RM 80 RM 80 RM 120 RM 120 RM 150 RM 180 RM 250 7. 1980-1989 RM 20 RM 50 RM 50 RM 80 RM 80 RM 120 RM 120 RM 180 21

CARTA ALIRAN PEMBELIAN BAHAN DARI DALAM NEGARA LAMPIRAN 4 Menerima arahan Kenalpasti bahan Lawatan penilaian bahan Penyediaan deskripsi bahan Pasukan Pengesanan dan Pemilihan Bahan Tidak setuju Pulang Kepada Pembekal/ Pengumpul Tidak setuju Maklumkan Kepada Pembekal/ Pengumpul Tidak lulus Setuju Mesyuarat J/K Teknikal Perolehan Bahan Arkib Setuju Bahan di bawa kepada Mesyuarat J/K Teknikal Perolehan Bahan Arkib Maklumkan kepada pembekal/pengumpul harga yang dipersetujui oleh J/K Teknikal. Mesyuarat J/K Sebutharga ANM untuk kelulusan Lulus (Pohon kelulusan Kem. Kewangan jika melebihi RM 200,000.00) Majukan borang permintaan (termasuk invois) kepada SPPA Urusan pembayaran Perjanjian Hak Milik Bahan diperolehi/diproses Tersedia untuk dirujuk. * Nota : SPPA Seksyen Pembangunan dan Pengurusan Aset ANM SPK Seksyen Pentadbiran dan Kewangan ANM

LAMPIRAN 5 CARTA ALIRAN PEMBELIAN BAHAN DARI LUAR NEGARA Menerima arahan Kenalpasti bahan (kajian, laman web) Hubungi Institusi (bentuk/format bahan/kos) Penyediaan deskripsi bahan Pasukan Pengesanan dan Pemilihan Bahan Tidak setuju Setuju Bahan dibawa Kepada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mesyuarat J/K Teknikal Perolehan Bahan Arkib Tidak setuju Setuju Maklumkan Kepada Pembekal/ Pengumpul Maklumkan kepada pembekal/pengumpul harga yang dipersetujui oleh J/K Teknikal. Mesyuarat J/K Sebutharga ANM untuk kelulusan Tidak lulus Lulus (Pohon kelulusan Kem. Kewangan jika melebihi RM 200,000.00) Majukan borang permintaan (termasuk invois) kepada SPPA Urusan pembayaran Perjanjian Hak Milik Bahan diperolehi/diproses Tersedia untuk dirujuk * Nota : SPPA Seksyen Pembangunan dan Pengurusan Aset ANM SPK Seksyen Pentadbiran dan Kewangan ANM 23