PERJANJIAN BERSAMA KE-7 ANTARA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB) DENGAN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB BERHAD (KPPKTMB)

dokumen-dokumen yang mirip
FASAL III CUTI HARI REHAT Hari Ahad atau hari Jumaat di mana berkenaan dan hari Sabtu akan dianggap sebagai Hari Rehat Mingguan yang biasa.

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

POLISI CUTI JOHOR CORPORATION. Johor Corporation menyediakan kemudahan / faedah cuti seperti berikut :-

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005].

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

Universiti Malaysia PAHANG

PERATURAN-PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN BERSAMA KOPERASI KAKITANGAN UiTM BERHAD

TAFSIRAN. Sebarang tempoh seseorang pegawai tersebut dibenarkan meninggalkan tugasnya (dikira sebagai putus perkhidmatan)

TABUNG KEBAJIKAN KESATUAN KEBANGSAAN WARTAWAN SEMENANJUNG MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

doktor panel ertinya pengamal perubatan yang bertauliah yang bertugas di klinik panel;

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

Bu k u in i k ep u n y a a n : Tandatangan:...

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM PENAMATAN PERKHIDMATAN) Oleh INA MD. YASIN

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

PERLEMBAGAAN Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas... Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Taman Anggerik Emas

PERINTAH AM BAB C: CUTI

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG PEKERJAAN UNTUK PEKERJA

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

Sila pastikan perkara di bawah dipatuhi sebelum permohonan tuntutan perjalanan dikemukakan kepada Jabatan Bendahari untuk diproses.

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AYER HITAM BATCH 84 (ALUMNI SMAH 84)

JABATAN BENDAHARI DOKUMEN/SEMAKAN YANG PERLU DIBUAT

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

(2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1), boleh diamanahkan kepada naib pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK PERSATUAN PESARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR

KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Rekod permohonan, siasatan, tindakan, dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

Garis panduan ini menerangkan kaedah permohonan dan pelantikan Pembantu Penyelidikan di bawah peruntukan geran projek penyelidikan.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Bab A : lantikan dan kenaikan pangkat Bab B : elaun-elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan

Sila pastikan perkara di bawah dipatuhi sebelum permohonan tuntutan perjalanan dikemukakan kepada Jabatan Bendahari untuk diproses.

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

BORANG PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

GARIS PANDUAN HADIAH LATIHAN SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)/SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)

PERLEMBAGAAN BAGI PERSATUAN ALUMNI PELATIH JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA(JPSM) NEGERI SABAH

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

PERMOHONANPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

PENGENALAN LAPOR DIRI

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

JPA(S)NP.134/1/KLT. 15(18) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2007 PERATURAN PENANGGUNGAN KERJA PERKHIDMATAN AWAM

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : UNIMAP/PEND/101/2-6 (9) TARIKH : 3 OGOS 2012 PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 6 TAHUN 2012

JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

Transkripsi:

PERJANJIAN BERSAMA KE-7 ANTARA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB) DENGAN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB BERHAD (KPPKTMB) 1 JANUARI 2013 HINGGA 31 DISEMBER 2015

ISI KANDUNGAN ARTIKEL PERKARA MUKASURAT BAHAGIAN I PERUNTUKAN AM 1 Tajuk 5 2 Pihak-Pihak Dalam Perjanjian 5 3 Prakata 5 4 Tarikh Kuatkuasa, Tempoh Dan Perlaksanaan 6 5 Pengubahsuaian Dan Pindaan 7 6 Perundangan 7 7 Tafsiran Dan Timbangtaraan 7 8 Pemakaian Perjanjian 8 9 Takrif 8 10 Prosedur Rungutan Am 11 BAHAGIAN II PERHUBUNGAN SYARIKAT - KESATUAN 11 Bidang Kuasa Perjanjian 14 12 Pengiktirafan Syarikat 14 13 Pengiktirafan Kesatuan 14 14 Kutipan Yuran Kesatuan 15 15 Cuti Atas Urusan Kesatuan Sekerja 15 BAHAGIAN III TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN 16 Perlantikan 16 17 Tempoh Percubaan 17 18 Tarikh Perlantikan 17 19 Penetapan Gaji Permulaan 18 20 Kenaikan Gaji 18 1

21 Pelarasan Gaji 18 22 Produktiviti 19 23 Kenaikan Pangkat 19 24 Waktu Bekerja 20 25 Kerja Lebih Masa 21 26 Notis Penamatan Perkhidmatan/Notis Berhenti Kerja 22 27 Penamatan Atas Sebab Kesihatan 23 28 Umur Persaraan 24 29 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 24 30 Kelakuan Dan Tatatertib 25 31 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) 29 32 Pertukaran 29 33 Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 29 34 Hari Rehat 30 35 Hari Kelepasan Am 30 36 Cuti Tahunan 31 37 Cuti Bersalin 32 38 Cuti Kecemasan 33 39 Cuti Sakit 33 40 Cuti Tanpa Gaji 35 41 Cuti Belajar 36 42 Cuti Haji 36 43 Cuti Tanpa Rekod 37 44 Cuti Untuk Menduduki Peperiksaan 37 45 Cuti Ehsan 38 46 Cuti Isteri Bersalin 38 2

47 Cuti Kuarantin 38 48 Cuti Tahunan Setengah Hari 39 49 Elaun Semasa Bertugas Di Luar Pejabat 39 50 Elaun Semasa Bertugas Di Luar Negara 42 51 Elaun Pakaian Panas 44 52 Elaun Dan Bayaran Perpindahan 45 53 Elaun Dan Kemudahan Bagi Pekerja Yang Berkhidmat di Singapura 45 54 Bonus Pelansir 46 55 Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal 47 56 Elaun Hitungan Kilometer Perjalanan 47 57 Elaun Memangku 48 58 Elaun Pemandu Lokomotif dan Pemandu Lokomotif Rendah 49 59 Elaun Malam 49 60 Faedah Perubatan 50 61 Ganjaran Persaraan 54 62 Faedah Penamatan Perkhidmatan/Pengurangan Pekerja 55 63 Faedah Kematian 56 64 Faedah Persaraan Kerana Hilang Upaya 56 65 Elaun Gantian Masa Makan 57 66 Faedah Pas Percuma/Pas Bertugas Dan Pesanan Tiket Istimewa 57 67 Rumah Kediaman Syarikat 58 68 Hadiah Perkhidmatan Lama 58 69 Polisi Insurans Hayat Berkelompok 59 70 Pakaian Seragam 59 71 Bonus 59 72 Prestasi Kerja Cemerlang 60 73 Bantuan Guaman 60 3

74 Faedah Mengurus Jenazah 60 75 Insentif Pekerja Wanita 60 76 Pinjaman Perumahan 61 77 Pinjaman Kenderaan 61 78 Pinjaman Pembelian Komputer 61 79 Elaun Pemandu EMU 62 80 Elaun Mengajar 62 81 Tabung Kebajikan Pekerja 62 82 Biasiswa 63 SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN UNTUK PEKERJA TREN KTMB 64 PERATURAN-PERATURAN UNTUK PEKERJA TREN 69 Lampiran I Skala Gaji Baru 77 Lampiran II Kadar Elaun Makan, Panduan Sewa Hotel Dan Elaun Lojing Semasa Bertugas Rasmi Di Luar Negara 78 Lampiran III Borang Rungutan 81 Tandatangan Pihak-Pihak Perjanjian 85 Tandatangan Ahli-Ahli Perunding Perjanjian Bersama 86 4

BAHAGIAN I PERUNTUKAN AM ARTIKEL 1 TAJUK Perjanjian ini disebut sebagai PERJANJIAN BERSAMA ANTARA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB) DENGAN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KPPKTMB) (kemudian daripada ini disebut sebagai ( Perjanjian Bersama ). ARTIKEL 2 PIHAK- PIHAK DALAM PERJANJIAN 2.1 Tarikh perjanjian ditandatangani pada 27 Januari 2014 antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), sebuah Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965, (No. Pendaftaran 225943-T) dengan pejabat berdaftarnya di Ibu Pejabat Korporat, Jalan Sultan Hishamuddin, 50621 Kuala Lumpur (kemudian daripada ini disebut Syarikat ) di satu pihak dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) sebuah Kesatuan Sekerja yang berdaftar di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959, dengan ibu pejabat berdaftarnya di No. 9A, Tingkat Satu, Bangunan Tong Nam, Jalan Travers, 50470 Kuala Lumpur (kemudian daripada ini disebut Kesatuan ) di pihak yang satu lagi. ARTIKEL 3 PRAKATA 3.1 Objektif Perjanjian ini adalah bagi menentukan wujudnya keharmonian perusahaan dengan cara menyediakan hubungan ekonomi dan sosial yang memberi faedah kepada kedua-dua pihak dalam hal-hal yang bersangkutan dengan Syarat-syarat Perkhidmatan 5

pekerja-pekerja yang diwakili oleh Kesatuan, menyatakan hak dan tanggungjawab Syarikat dan pekerja-pekerjanya, Kesatuan dan ahli-ahlinya, dan menyediakan satu cara yang teratur dan berkesan bagi menyelesaikan salah faham atau kemusykilan dalam tempoh Perjanjian ini berkuatkuasa. 3.2 Peruntukan di dalam Perjanjian ini telah diterima sepenuhnya oleh pihak Kesatuan dan Syarikat sebagai penyelesaian yang telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak berkaitan terma dan syarat perkhidmatan. ARTIKEL 4 TARIKH KUATKUASA, TEMPOH DAN PERLAKSANAAN 4.1 Perjanjian ini hendaklah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013 dan akan terus berkuatkuasa untuk tempoh tiga (3) tahun yang tamat pada 31 Disember 2015 dan selepas itu sehingga dibatalkan oleh satu Perjanjian baru. 4.2 Salah satu pihak boleh memberi kepada pihak yang satu lagi notis bertulis tiga (3) bulan untuk merundingkan satu perjanjian baru, tetapi notis tersebut tidak boleh diberi sebelum 1 Oktober 2015. Pihak yang memberi notis hendaklah juga mengemukakan syor-syor mengenai terma-terma dan syarat-syarat bekerja untuk dirundingkan. Terma-terma dan Syarat-syarat Perjanjian ini akan terus berkuatkuasa sehingga digantikan oleh termaterma baru yang dipersetujui di antara kedua-dua pihak atau ditetapkan oleh Mahkamah Perusahaan. 4.3 Tarikh kuatkuasa pelarasan gaji pokok, Elaun Kawasan dan lain-lain elaun adalah pada 1 Januari 2013. Manakala tarikh kuatkuasa kadar baru bayaran kerja lebih masa, elaun dan faedah adalah pada 1 Januari 2013. 6

ARTIKEL 5 PENGUBAHSUAIAN DAN PINDAAN 5.1 Dalam tempoh Perjanjian ini, Syarikat dan Kesatuan tidak boleh mengubah, mengubahsuai, mengganti, atau menambah mana-mana terma dengan apa cara jua, kecuali dengan persetujuan bersama atau dengan kuatkuasa undang-undang. 5.2 Sekiranya kedua-dua pihak bersetuju mengubah mana-mana Terma Perjanjian ini, kedua pihak hendaklah bertemu untuk membincangkan pindaan-pindaan tersebut. 5.3 Sekiranya kedua-dua pihak bersetuju mengubah mana-mana Terma Perjanjian ini, kedua-dua pihak hendaklah secara bersama mengemukakan perubahan Terma-Terma Perjanjian ini kepada Mahkamah Perusahaan untuk maklumannya dalam tempoh sebulan dari tarikh persetujuan dicapai mengenai perubahan tersebut. ARTIKEL 6 PERUNDANGAN 6.1 Sekiranya sebarang perundangan baru mengganti, mengubah, memansuh atau menambah mana-mana peruntukan Perjanjian ini maka peruntukan-peruntukan yang berkenaan di dalam Perjanjian ini adalah dianggap dipinda dengan sewajarnya. Bagaimanapun, jika faedah-faedah yang terkandung di dalam Perjanjian ini lebih baik, maka ianya akan terus dikuatkuasakan jika dibenarkan oleh undang-undang. ARTIKEL 7 TAFSIRAN DAN TIMBANGTARAAN 7.1 Syarikat akan memberi semua pekerja satu salinan Perjanjian ini. 7.2 Sebarang pertikaian berhubung dengan tafsiran atau perlaksanaan Perjanjian ini hendaklah, kecuali diselesaikan melalui rundingan antara Syarikat dengan Kesatuan, 7

dirujukkan kepada Mahkamah Perusahaan menurut peruntukan Akta Perhubungan Perusahaan 1967. ARTIKEL 8 PEMAKAIAN PERJANJIAN 8.1 Perjanjian ini adalah terpakai kepada pekerja yang masih dalam perkhidmatan pada atau selepas tarikh Perjanjian ini dikuatkuasakan. ARTIKEL 9 TAKRIF 9.1 Di dalam Perjanjian ini, kecuali disebut sebaliknya, takrif-takrif berikut adalah diterimapakai :- a) Hari Adalah seperti yang ditakrifkan di dalam Akta Kerja 1955. b) Pekerja Ertinya semua pekerja yang dilantik secara tetap untuk berkhidmat dengan Syarikat di bawah satu Kontrak Perkhidmatan dan yang termasuk di dalam bidang kuasa Perjanjian ini. c) Keluarga Pekerja Ertinya bagi pekerja lelaki, isteri-isteri yang sah dan anak-anaknya dan bagi pekerja perempuan, suami dan anak-anaknya. Di mana ada disebutkan di dalam perjanjian ini tentang tuntutan-tuntutan yang boleh dibuat bagi keluarga seorang pekerja, maka anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pekerja yang berumur di bawah 18 tahun dan juga anak-anak 8

yang masih bersekolah di institusi-institusi pengajian tinggi, tetapi tidak melebihi 23 tahun. Walau bagaimanapun, anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had umur ini tidak akan dipakai. Balu pekerja adalah layak mendapat faedah perubatan untuk tempoh selama 3 tahun daripada tarikh kematian pekerja atau sehingga berkahwin semula, yang mana terdahulu. Istilah anak akan termasuk juga anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-undang. d) Markas Ertinya jarak yang ditetapkan di bawah ini yang dikira dari satu tempat di mana pekerja melaporkan diri untuk bertugas, termasuk pejabat, bengkel, depoh dan stesen. i) Mengikut jalan biasa, sejauh dua puluh lima (25) kilometer. ii) Enam belas (16) kilometer jika boleh dihubungi oleh jalan tanah merah yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor. iii) Lapan (8) kilometer jika boleh dihubungi oleh jalan basikal atau sungai. e) Klinik Panel Ertinya sebuah klinik perubatan yang dilantik oleh Syarikat sebagai Klinik Panel dan nama firma tercatat dalam senarai Klinik Panel Syarikat dan dimaklumkan kepada semua pekerja Syarikat dari masa ke semasa. f) Pesara Ertinya bekas pekerja KTM atau KTM Berhad yang telah bersara. g) Hari Rehat Adalah seperti yang ditakrifkan dalam Akta Kerja 1955. 9

h) Pekerja Syif Ertinya pekerja yang menjalankan kerja yang mana bentuk pengendaliannya memerlukannya dijalankan secara berterusan, mana-mana yang berkenaan dalam dua giliran atau lebih. i) Kerja Syif Ertinya kerja yang mana bentuk pengendaliannya memerlukannya dijalankan secara berterusan, mana-mana yang berkenaan dalam dua giliran atau lebih. j) Gaji Ertinya gaji pokok bulanan tidak termasuk elaun. k) Tempoh Perkhidmatan Ertinya tempoh perkhidmatan dengan syarikat yang dikira mengikut tahun dan bulan bagi tujuan pengiraan Faedah Penamatan Perkhidmatan atau Persaraan. Bagi tempoh sebulan perkhidmatan adalah dikira sebagai satu perduabelas (1/12) dari satu tahun perkhidmatan, bagi perkhidmatan lima belas (15) hari atau lebih adalah dikira sebulan dan bagi perkhidmatan yang kurang daripada lima belas (15) hari tidak akan diambil kira. l) KTMB Ertinya Keretapi Tanah Melayu Berhad m) KTM Ertinya Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu. n) Pekerja Bukan Eksekutif Ertinya Pekerja yang tidak diklasifikasikan dalam kategori Eksekutif. 10

ARTIKEL 10 PROSEDUR RUNGUTAN AM 10.1 Rungutan adalah ditakrif sebagai satu aduan yang dikemukakan oleh pekerja kepada penyelianya yang terdekat tetapi telah gagal mendapat penyelesaian berhubung dengan masalah kerjayanya. 10.2 Apa-apa rungutan yang wujud antara kakitangan dan Syarikat hendaklah diselesaikan dengan secara adil dan secepat mungkin. Setiap rungutan hendaklah diproses mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan di bawah bagi mengekalkan hubungan baik antara kedua pihak. 10.3 Tatacara Mengemukakan Rungutan a) Tatacara bagi pekerja mengemukakan rungutan yang berkaitan dengan kerja adalah seperti berikut:- (i) PERINGKAT PERTAMA: Sekiranya pekerja mempunyai rungutan beliau hendaklah berbincang dengan penyelianya yang terdekat dalam tempoh masa lima (5) hari kerja daripada tarikh rungutan itu timbul. Penyelia hendaklah mengambil segala daya usaha untuk menyelesaikan rungutan tersebut dalam tempoh tiga (3) hari kerja dari tempoh menerima rungutan. (ii) PERINGKAT KEDUA Jika rungutan tersebut tidak juga dapat diselesaikan, pekerja berkenaan hendaklah mengemukakan rungutannya secara bertulis dengan menggunakan BORANG RUNGUTAN kepada Ketua Unit beliau dalam tempoh masa tiga (3) hari kerja selepas tamatnya tempoh peringkat pertama. Untuk tujuan ini beliau boleh, jika ia mahu, diwakili oleh Pihak Kesatuan. Ketua Unit hendaklah mengambil segala daya usaha untuk menyelesaikan rungutan tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari kerja dari tarikh menerima rungutan. 11

(iii) PERINGKAT KETIGA Jika pekerja masih tidak berpuashati dengan keputusan yang diberi oleh Ketua Unit beliau dalam tempoh masa tiga (3) hari kerja dari tamat tempoh peringkat kedua, pekerja boleh mengemukakan kepada pejabat Sumber Manusia Ibu Pejabat. Sumber Manusia Ibu Pejabat hendaklah mengambil daya usaha untuk menyelesaikan rungutan itu dalam tempoh empat belas (14) hari kerja daripada tarikh penerimaan Borang Rungutan berkenaan. Jika rungutan yang dikemukakan oleh pekerja tidak dapat diselesaikan oleh pejabat Sumber Manusia Ibu Pejabat selepas tamat tempoh yang dinyatakan di peringkat ketiga, pertikaian dianggap telah bermula. Notis secara bertulis hendaklah diberi oleh kedua-dua pihak yang terlibat untuk penyelesaian di peringkat Ibu Pejabat. Perbincangan di antara Syarikat dan Kesatuan hendaklah diadakan tidak lewat daripada empat belas (14) hari selepas notis dikeluarkan. Penyelesaian kepada rungutan tersebut hendaklah dicapai dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh mesyuarat berkenaan diadakan. Kedua-dua pihak boleh mengadakan seberapa banyak perbincangan yang difikirkan perlu dan hendaklah menandatangani dan menyimpan minit mesyuarat secara bersama sebaik sahaja mesyuarat selesai. Wakil Hal Ehwal Pekerja Ibu Pejabat/Kawasan berkenaan serta wakil Kesatuan Ibu Pejabat/Kawasan bolehlah dipanggil untuk menghadiri mesyuarat bagi tujuan penyelesaian di peringkat ini. Tanpa mengambil kira peruntukan-peruntukan lain dalam artikel kecil a (iii) ini, sekiranya aduan/rungutan berkenaan memerlukan keputusan segera, rungutan tersebut bolehlah dirujuk terus kepada Standing Committee. 12

(iv) PERINGKAT KEEMPAT Di mana pertikaian tersebut masih tidak dapat diselesaikan diperingkat ketiga, ianya boleh dirujuk secara bertulis oleh salah satu pihak kepada Standing Committee yang diwakili oleh Kesatuan dan Syarikat dalam tempoh masa tiga (3) hari kerja dari tarikh tamat peringkat ketiga. Standing Committee hendaklah mengambil segala daya usaha untuk menyelesaikan rungutan tersebut dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh tamat penerimaan surat. (v) PERINGKAT KELIMA Jika tiada persetujuan dicapai dalam tempoh empat belas (14) hari kerja selepas ia dikemukakan ke Standing Committee pertikaian ini bolehlah dirujuk kepada Kementerian Sumber Manusia (Jabatan Buruh) untuk satu penyelesaian. 10.4 Pekerja tidak boleh mengambil apa-apa tindakan sepanjang tempoh rungutan/pertikaian sedang diproses mengikut prosedur yang telah ditetapkan di atas. 10.5 Pekerja hendaklah terus menjalankan tugas-tugasnya sebagaimana yang diarahkan oleh ketuanya walaupun tugas itu berkaitan dengan rungutan/pertikaian yang telah dikemukakan dan sedang dicari penyelesaian, maka pekerja tersebut dianggap menjalankan tugas dengan protes sehingga rungutan/pertikaian tersebut diselesaikan. 10.6 Sekiranya pada sesuatu masa rungutan/pertikaian itu tidak dirujukkan ke peringkat yang lebih tinggi oleh pekerja atau wakilnya atau sekiranya beliau atau wakilnya gagal menghadiri sebarang perjumpaan yang diaturkan berhubung dengan rungutan/pertikaian tersebut di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan pada setiap peringkat maka rungutan/pertikaian tersebut akan dianggap telah diselesaikan. 13

BAHAGIAN II PERHUBUNGAN SYARIKAT - KESATUAN ARTIKEL 11 BIDANGKUASA PERJANJIAN 11.1 Perjanjian ini akan terikat kepada Syarikat dan semua pekerja dalam jawatan-jawatan yang diwakili oleh Kesatuan dan diiktiraf oleh Syarikat, kecuali pekerja-pekerja yang diambil bekerja dalam kategori berikut : a) Pengurusan b) Eksekutif ARTIKEL 12 PENGIKTIRAFAN SYARIKAT 12.1 Kesatuan mengiktiraf hak Syarikat untuk mengendali dan menguruskan perniagaannya dari semua segi dan memberi jaminan kepada Syarikat bahawa semua ahlinya akan setia bekerjasama dalam usaha mencapai kemajuan di dalam perniagaan Syarikat. Bagaimanapun, Syarikat dalam melaksanakan haknya untuk menguruskan perniagaannya tidak harus melanggar mana-mana tanggungjawabnya di bawah Terma dan Syarat Perjanjian ini dan skim perkhidmatan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa. ARTIKEL 13 PENGIKTIRAFAN KESATUAN 13.1 Syarikat mengiktiraf Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad sebagai badan perundingan tunggal untuk mengemukakan cadangan bagi pihak ahlinya di dalam 14

bidangkuasa representasi Kesatuan. 13.2 Cawangan-cawangan Kesatuan hendaklah diiktiraf sebagai sebuah badan di peringkat cawangan dan boleh mengemukakan cadangan bagi menyelesaikan isu-isu tempatan. ARTIKEL 14 KUTIPAN YURAN KESATUAN 14.1 Syarikat bersedia membantu mengutip yuran keahlian bulanan melalui potongan bulanan daripada gaji ahli, Syarikat tidak boleh menahan potongan yuran keahlian tanpa mendapat makluman daripada Kesatuan. ARTIKEL 15 CUTI ATAS URUSAN KESATUAN SEKERJA 15.1 Cuti atas urusan Kesatuan Sekerja adalah mengikut Akta Perhubungan Perusahaan 1967. 15

BAHAGIAN III TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN ARTIKEL 16 PERLANTIKAN 16.1 Calon untuk lantikan ke dalam perkhidmatan Syarikat mestilah warganegara Malaysia. 16.2 Calon bukan warganegara yang diperlukan oleh Syarikat atau sebab ketiadaan caloncalon warganegara yang berkelayakan dalam tugas-tugas tertentu, atau dalam jawatan tertentu hanya boleh dilantik secara kontrak atau sementara. 16.3 Syarikat akan melantik mana-mana calon yang mempunyai kelayakan sepertimana yang ditetapkan oleh Syarikat dari masa ke semasa dan memenuhi syarat-syarat berikut:- 16.3.1 Lulus ujian kelayakan atau temuduga yang ditetapkan oleh Syarikat. 16.3.2 Lulus sepenuhnya pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Panel atau Doktor Kerajaan. 16.3.3 Mengesahkan dengan bertulis yang beliau faham dan bersetuju mematuhi Terma dan Syarat Perkhidmatan. 16.4 Kekosongan jawatan yang hendak diisi sama ada dari pekerja yang sedang berkhidmat atau tidak hendaklah terlebih dahulu diiklankan oleh Syarikat. 16.5 Terma dan syarat-syarat perkhidmatan untuk perlantikan di artikel ini akan ditetapkan oleh Syarikat. 16

ARTIKEL 17 TEMPOH PERCUBAAN 17.1 Calon yang dilantik buat pertama kalinya oleh Syarikat dikehendaki menjalani tempoh percubaan tidak melebihi enam (6) bulan mulai dari tarikh pekerja melapor diri untuk bertugas. Walau bagaimanapun, atas budibicaranya, Syarikat boleh memutuskan untuk melanjutkan tempoh percubaan pekerja dengan syarat tempoh percubaan tersebut bersama dengan tempoh yang dilanjutkan tidak melebihi sembilan (9) bulan. Dalam hal ini, Syarikat akan memberitahu pekerja yang berkenaan akan lanjutan tempoh percubaannya dengan cara bertulis. 17.2 Pekerja yang telah menyempurnakan tempoh percubaan selama enam (6) bulan akan disahkan dalam jawatannya hanya setelah diberitahu secara bertulis oleh Syarikat. 17.3 Dalam tempoh percubaan dan tempoh lanjutan percubaan itu mana-mana pihak boleh menamatkan perkhidmatan dengan memberi empat belas (14) hari notis secara bertulis atau bayaran empat belas (14) hari gaji sebagai ganti notis. 17.4 Hanya pekerja yang telah menamatkan tempoh percubaan dengan memuaskan akan disahkan dalam jawatannya oleh Syarikat. 17.5 Pekerja yang tidak dapat menunjukkan prestasi kerja dan tatakelakuan yang memuaskan dalam tempoh tersebut boleh ditamatkan perkhidmatannya. ARTIKEL 18 TARIKH PERLANTIKAN 18.1 Tarikh perlantikan pekerja baru ialah pada tarikh pekerja itu melapor diri bertugas. Syarat ini dimaksudkan juga bagi pekerja yang sedang berkhidmat yang telah dilantik ke satu jawatan baru yang berlainan. 17

ARTIKEL 19 PENETAPAN GAJI PERMULAAN 19.1 Syarikat atas budi bicaranya berhak menentukan tahap gaji permulaan yang berlainan daripada gaji minima gred jawatannya. ARTIKEL 20 KENAIKAN GAJI 20.1 Syarikat atas budibicaranya berhak menetapkan tempoh yang perlu diambilkira untuk memastikan kenaikan gaji pekerja yang layak menerimanya dengan syarat pekerja itu telah berkhidmat dengan memuaskan sepanjang tempoh yang ditentukan. 20.2 Syarikat atas budibicaranya boleh memberi kenaikan gaji merit kepada pekerja yang menunjukkan kebolehan yang cemerlang. ARTIKEL 21 PELARASAN GAJI 21.1 Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013 setiap pekerja akan diberi pelarasan gaji sebanyak tiga belas peratus (13%) hingga dua puluh satu perpuluhan tiga peratus (21.3%) kepada pekerja dalam gred 9 hingga 12 dan kadar 21.3% hanya bagi pekerja yang bergaji RM742. Pelarasan mengikut kadar diatas adalah secara Across The Board di atas gaji pokok terakhir pada 31 Disember 2012 dan digenapkan kepada ringgit teratas yang terdekat, tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan. Pelarasan gaji ini akan dibuat mengikut formula seperti berikut: Gaji ( pada 31.12.2012 ) x 13% bagi gred 9 hingga 12 Gaji ( pada 31.12.2012 ) x 21.3% bagi pekerja bergaji RM742 18

ARTIKEL 22 PRODUKTIVITI 22.1 Dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti, Syarikat dan Kesatuan akan memelihara kecekapan dan daya pengeluaran yang tinggi serta mengadakan aktiviti-aktiviti kualiti, produktiviti dan kemahiran pekerja ke arah mencapai matlamat tersebut. 22.2 Pihak Kesatuan dan Syarikat hendaklah mengambil langkah positif menyokong programprogram peningkatan kualiti, produktiviti dan pemantapan disiplin di kalangan pekerja ke arah pencapaian matlamat di atas. ARTIKEL 23 KENAIKAN PANGKAT 23.1 Syarikat mengamalkan dasar memberi keutamaan kepada pekerja yang pada pendapat Syarikat adalah sesuai dan sedang berkhidmat di gred yang lebih rendah untuk mengisi kekosongan di gred yang lebih tinggi. Sekiranya didapati tiada pekerja yang bersesuaian, pihak Syarikat boleh mengambil calon-calon dari luar organisasi melalui lantikan. 23.2 Pekerja yang dipilih untuk dinaikkan pangkat ke gred jawatan yang lebih tinggi dikehendaki menjalani satu tempoh percubaan yang tidak melebihi enam (6) bulan dalam gred jawatan yang lebih tinggi itu. 23.3 Pekerja yang telah menjalani tempoh percubaan dalam gred jawatan kenaikan pangkatnya dengan memuaskan akan disahkan ke dalam gred jawatan kenaikan pangkatnya bermula dari tarikh beliau menjalankan tempoh percubaan itu. 23.4 Pekerja yang tidak disahkan kenaikan pangkatnya dalam gred jawatan yang lebih tinggi itu akan ditempatkan kembali ke gred jawatan asal atau mana-mana gred yang setaraf dengan gred jawatan asalnya dan dengan gaji asalnya tanpa menjejaskan peluang kenaikan pangkat di masa hadapan. 19

ARTIKEL 24 WAKTU BEKERJA 24.1 Waktu Bekerja Pejabat 24.1.1 Waktu bekerja biasa bagi pekerja Syarikat adalah seperti berikut :- i) Di negeri-negeri di mana hari Sabtu dan Ahad adalah hari cuti mingguan, waktu bekerja pejabat adalah : Isnin hingga Jumaat 8.30 pagi hingga 5.30 petang Waktu Makan (Kecuali Hari Jumaat) 1.00 tengahari hingga 2.00 petang Waktu Makan pada Hari Jumaat 12.30 tengahari hingga 2.45 petang ii) Di negeri-negeri di mana hari Jumaat dan Sabtu adalah hari cuti mingguan, waktu bekerja pejabat adalah : Ahad hingga Khamis 8.30 pagi hingga 5.20 petang Waktu Makan 1.00 tengahari hingga 2.00 petang 24.2 Waktu Bekerja Bukan Pejabat. 24.2.1 Pekerjaan dalam seminggu hendaklah mengandungi Lima (5) masa bekerja iaitu terdiri dari lima (5) masa bekerja sebanyak sembilan (9) jam sekali. Waktu rehat untuk makan akan diberi sebanyak satu (1) jam semasa dalam waktu bekerja sembilan (9) jam. Pekerja hendaklah diberi dua (2) hari dalam seminggu sebagai hari rehat. Bagi perkhidmatan yang tertakluk kepada waktu bekerja bukan pejabat jumlah masa bekerja ialah empat puluh lima (45) jam seminggu atau empat puluh (40) jam seminggu tidak termasuk waktu makan. 20

24.3 Waktu Bekerja Syif 24.3.1 Adalah seperti yang ditakrifkan dalam Akta Kerja 1955. 24.4 Waktu Perjalanan Dari Markas Ke Tempat Kerja 24.4.1 Pekerja yang dikehendaki oleh Syarikat untuk menjalankan tugas hakikinya di luar markas, maka waktu perjalanan dari markas ke tempat kerja hendaklah dianggap sebagai waktu bermula kerja pada hari tersebut. Sekiranya pekerja itu dikehendaki meneruskan kerjanya melebihi jumlah jam kerja biasa, maka beliau layak menuntut bayaran lebih masa. ARTIKEL 25 KERJA LEBIH MASA 25.1 Kerja lebih masa ditakrifkan sebagai kerja yang diminta oleh Syarikat untuk dijalankan oleh pekerja lebih daripada jumlah masa kerja hariannya yang biasa. Keperluan untuk bekerja lebih masa ini tidak seharusnya ditolak oleh pekerja. 25.2 Pekerja yang diarah bertugas melebihi waktu bekerja biasa pada hari kerja biasa, hari rehat dan Hari Kelepasan Am layak dibayar elaun lebih masa. 25.3 Kelayakan bayaran lebih masa adalah mengikut Akta Kerja 1955 tetapi sekiranya kakitangan diperlukan hadir semula untuk melaksanakan tugas selepas menamatkan waktu kerja biasa, kakitangan hendaklah dibayar kadar tetap RM30.00 untuk setiap kegelinciran/insiden. (i) Hari Bekerja Biasa Masa kerja lebih masa Jumlah jam selepas waktu kerja biasa Kadar bayaran lebih masa Jumlah jam lebih masa x (1.5 x gaji sejam) 21

(ii) Hari Rehat Masa kerja lebih masa Jumlah jam bekerja kurang daripada separuh jumlah jam kerja biasa ½ x gaji sehari Kadar bayaran lebih masa Jumlah jam bekerja melebihi separuh, tetapi kurang daripada jumlah jam kerja hari biasa Jumlah jam bekerja melebihi daripada jumlah jam kerja hari biasa 1 x gaji sehari Jumlah jam lebih masa x (2 x gaji sejam) (iii) Hari Kelepasan Am Masa kerja lebih masa Kerja yang dilakukan tidak melebihi jumlah jam kerja biasa Kerja yang dilakukan melebihi jam kerja biasa 2 x gaji sehari Kadar bayaran lebih masa Jumlah jam lebih masa x (3 x gaji sejam) ARTIKEL 26 NOTIS PENAMATAN PERKHIDMATAN / NOTIS BERHENTI KERJA 26.1 Bagi pekerja yang telah disahkan dalam jawatan, mana-mana pihak boleh menamatkan perkhidmatan dengan memberi satu (1) bulan notis atau sebagai ganti membayar satu (1) bulan gaji pokok. 26.2 Syarikat boleh menamatkan perkhidmatan dengan serta merta mana-mana pekerja yang telah dilantik didapati menyembunyikan apa-apa maklumat mengenai kesihatannya dalam borang pemeriksaan doktor atau memberi maklumat palsu semasa memohon pekerjaan. Pekerja ini juga adalah tidak layak dibayar apa-apa faedah pemberhentian atau penamatan perkhidmatan. 22

ARTIKEL 27 PENAMATAN ATAS SEBAB KESIHATAN 27.1 Syarikat boleh merujuk pekerja kepada Lembaga Perubatan Kerajaan untuk pemeriksaan kesihatan bagi menentukan sama ada pekerja berkenaan boleh terus berkhidmat dengan Syarikat atau ditamatkan perkhidmatannya atas sebab-sebab kesihatan dalam keadaan seperti berikut :- (i) Tiada harapan menjadi sihat untuk bertugas semula dalam jawatan hakiki dan lain-lain jawatan dalam Syarikat. (ii) Tiada sihat setelah menghabiskan ke semua cuti sakit biasanya sepertimana peruntukan di dalam Artikel 39 Perjanjian ini. (iii) Kesiuman otak atau kesihatan pekerja diragukan oleh Syarikat. (iv) Mendapat kemalangan semasa bertugas dan diberikan cuti bergaji penuh melebihi enam (6) bulan dengan perakuan Doktor Syarikat atau Pegawai Perubatan yang dilantik oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). 27.2 Di mana pekerja telah ditamatkan perkhidmatan atas sebab-sebab kesihatan, perkhidmatannya akan dianggap seperti telah ditamatkan atas sebab-sebab hilang upaya dan ia adalah layak mendapat faedah-faedah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah faedah persaraan kerana hilang upaya. 23

ARTIKEL 28 UMUR PERSARAAN 28.1 Umur persaraan pilihan dan wajib bagi pekerja Syarikat adalah seperti berikut:- Pekerja Persaraan pilihan Persaraan wajib Lelaki 50 tahun 60 tahun Perempuan 45 tahun 60 tahun 28.2 Walau apa jua syarat yang disebutkan di dalam artikel ini, Syarikat mempunyai hak mutlak untuk menawarkan kepada mana-mana pekerja yang sedang berkhidmat dengannya untuk terus berkhidmat melebihi had umur persaraan. ARTIKEL 29 KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 29.1 Syarikat akan mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menurut kadar yang ditetapkan oleh Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991. 29.1.1 Pekerja lantikan sebelum 31 Julai 1997 adalah menurut kadar yang ditetapkan oleh Akta KWSP 1991. 29.2 Kadar sumbangan syarikat bagi Pekerja yang dilantik selepas 31 Julai 1997 adalah seperti berikut: Kurang 5 tahun perkhidmatan: Mengikut Akta KWSP 5 hingga 10 tahun perkhidmatan: Tambahan 1% potongan majikan Lebih 10 tahun perkhidmatan: Tambahan 2% potongan majikan 24

ARTIKEL 30 KELAKUAN DAN TATATERTIB 30.1 Tatakelakuan Pekerja boleh diambil tindakan tatatertib sekiranya didapati melakukan perkara-perkara berikut: 30.1.1 Membelakangkan kewajipannya kepada Syarikat kerana kepentingan persendirian ; 30.1.2 Berkelakuan dengan apa jua cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendirian bercanggah dengan kewajipannya dengan Syarikat ; 30.1.3 Berkelakuan dengan apa jua cara yang menjatuhkan reputasi atau kepercayaan terhadap Syarikat ; 30.1.4 Kurang cekap atau keusahaan ; 30.1.5 Tidak jujur ; 30.1.6 Tidak bertanggungjawab ; 30.1.7 Ingkar perintah ; 30.1.8 Kesusahan berat kerana hutang ; 30.1.9 Melanggar peraturan-peraturan keselamatan dan operasi tren ; 30.1.10 Lain-lain salahlaku. 30.2 Pekerjaan Luar 30.2.1 Pekerja tidak dibenarkan mengambil bahagian secara langsung dalam apa-apa pengurusan atau perjalanan mana-mana institusi, syarikat, firma, koperasi, politik, 25

orang perseorangan atau persendirian bagi tujuan untuk mendapat upah atau komisyen atau memberi apa-apa laporan atau keterangan dengan percuma atau diberi upah atau komisyen kecuali setakat mana pekerja itu dikehendaki dalam menjalankan tugasnya atau telah diberi kuasa dengan nyata dan bertulis untuk berbuat demikian oleh Syarikat. 30.2.2 Pekerja yang ada kepentingan dalam mana-mana syarikat, firma atau perniagaan samada secara langsung atau tidak langsung hendaklah melaporkan kepada Syarikat akan kepentingannya itu. 30.2.3 Apa-apa kebenaran yang telah diberikan di bawah Artikel 30.2 ini boleh ditarik balik oleh Syarikat pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa alasan. 30.3 Penerbitan Buku 30.3.1 Pekerja tidak boleh menerbit atau menulis apa-apa buku, majalah atau lain-lain karya yang berdasarkan maklumat rasmi terperingkat Syarikat melainkan dengan kebenaran bertulis Syarikat. 30.4 Penyataan Awam 30.4.1 Pekerja tidak boleh samada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain membuat apa-apa pernyataan awam mengenai dasar atau keputusan Syarikat melainkan dengan kebenaran bertulis Syarikat. 30.5 Rahsia 30.5.1 Pekerja hendaklah merahsiakan segala transaksi, akaun, maklumat atau manamana aktiviti mengenai Syarikat dan pelanggannya atau mana-mana orang atau syarikat, firma atau organisasi yang ada hubungan dengan pihak Syarikat. 30.5.2 Pekerja hendaklah sepanjang perkhidmatannya dengan Syarikat dan selepasnya menyimpan segala maklumat mengenai semua aktiviti Syarikat dan mereka boleh didakwa sekiranya didapati melanggar peraturan dalam artikel ini. 26

30.5.3 Tindakan tatatertib boleh diambil ke atas pekerja yang didapati telah membocorkan apa-apa rahsia, maklumat, transaksi, akaun atau mana-mana aktiviti mengenai Syarikat kepada sesiapa jua yang tidak berkuasa menerimanya. 30.6 Tanggongjawab Melaporkan Kelakuan Atau Kerja Yang Tidak Memuaskan 30.6.1 Pekerja adalah dipertanggongjawab untuk mengawal dan menyelia semua pekerja di bawahnya. Adalah menjadi kewajipan pekerja untuk melaporkan kepada pegawai atasannya apa jua kes yang pekerja bawahnya lakukan, melanggar mana-mana Terma dan Syarat Perkhidmatan atau mana-mana peraturan Syarikat yang sedang berkuatkuasa. Kegagalan untuk berbuat demikian adalah disifatkan sebagai ia telah melakukan kesalahan kerana tidak cekap dan tindakan tatatertib boleh diambil terhadapnya. 30.7 Tindakan Tatatertib 30.7.1 Pekerja yang tidak mematuhi mana-mana arahan atau peraturan Syarikat yang dikeluarkan dari masa ke semasa atau yang disebutkan di dalam Perjanjian ini boleh dikenakan oleh Syarikat, mana-mana satu atau lebih tindakan tatatertib seperti berikut: 30.7.1.1 Amaran secara bertulis ; 30.7.1.2 Denda 30.7.1.3 Gantung kerja tanpa gaji sehingga tempoh 14 hari ; 30.7.1.4 Berhenti kenaikan gaji ; 30.7.1.5 Turun gaji ; 30.7.1.6 Turun pangkat ; 30.7.1.7 Buang kerja tanpa notis dengan serta-merta. 30.7.2 Untuk tujuan tindakan tatatertib, Syarikat akan mengadakan penyiasatan tatatertib di mana pekerja yang terlibat akan diberitahu secara bertulis mengenai perkara berikut: 30.7.2.1 Tuduhan yang dikenakan ke atasnya ; 30.7.2.2 Masa, tarikh dan tempat siasatan tatatertib di adakan ; 27

30.7.2.3 Wakil bagi pihak diri pekerja yang terlibat (samada pekerja lain dalam Syarikat atau dari Kesatuan). 30.7.3 Untuk tujuan siasatan tatatertib, Syarikat boleh menggantung pekerjaan pekerja untuk satu tempoh yang tidak melebihi empat belas (14) hari di mana pekerja tersebut akan dibayar separuh gaji. 30.7.4 Syarikat akan membayar balik separuh gaji yang ditahan itu sekiranya siasatan tatatertib dalaman tidak menunjukkan pekerja itu melakukan tidak bertatatertib dan tidak dikenakan sebarang hukuman tatatertib. 30.7.5 Dalam tempoh penggantungan kerja, pekerja boleh diarah untuk melaporkan diri di tempat kerjanya bagi membolehkan Syarikat menjalankan siasatan tatatertib. 30.7.6 Sekiranya siasatan tatatertib dalaman tidak dapat diselesaikan dalam masa empat belas (14) hari daripada masa penggantungan jawatan itu, maka pekerja berkenaan tidak perlu melapurkan untuk bertugas sehingga siasatan tatatertib itu selesai. Dalam keadaan ini, tempoh penggantungan selepas empat belas (14) hari pertama itu adalah dengan bergaji penuh sehingga keputusan dibuat. 30.7.7 Tarikh pembuangan kerja pekerja yang dibuang kerja selepas penyiasatan tatatertib yang tidak melebihi tempoh empat belas (14) hari adalah berkuatkuasa pada tarikh pemberitahuan tentang pembuangan itu. 30.7.8 Walau apa jua dinyatakan di atas, sebelum apa-apa siasatan tatatertib diambil terhadap pekerja berkenaan, peluang untuk didengar hendaklah diberi kepada pekerja itu dan keputusan Syarikat selepas peluang tersebut diberi adalah muktamad. 30.8 Siasatan Tatatertib 30.8.1 Bagi tujuan membela diri, pekerja yang dituduh boleh diwakili oleh seorang wakil Kesatuan atau pekerja lain dalam Syarikat atas pilihan sendiri. Wakil tersebut adalah layak mendapat pelepasan. 30.8.2 Pekerja yang dituduh boleh membawa saksi, samada dari dalam Syarikat atau 28

dari luar Syarikat bagi memberi keterangan. 30.9 Kod Amalan Untuk Mencegah Dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja 30.9.1 Syarikat berusaha mencegah dan membasmi gangguan seksual bagi mewujudkan satu suasana kerja yang positif dan harmoni. ARTIKEL 31 PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO) 31.1 Syarikat akan mencarum kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menurut kadar yang ditetapkan oleh Akta Pertubuhan Keselamatan Sosial 1969. ARTIKEL 32 PERTUKARAN 32.1 Pekerja adalah tertakluk kepada pertukaran dan ianya adalah atas budibicara mutlak syarikat. ARTIKEL 33 JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 33.1 Syarikat hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan tujuan memberi perlindungan keselamatan industri di tempat kerja mengikut Akta Keselamatan Kesihatan Pekerjaan 1994. 29

ARTIKEL 34 HARI REHAT 34.1 Hari Rehat adalah seperti yang ditakrifkan di dalam Akta Kerja 1955. 34.2 Bagi pekerja syif, hari rehat hendaklah merangkumi satu jangka masa yang tidak kurang dari tiga puluh (30) jam. Dalam keadaan di mana pekerja diberi lebih dari satu hari rehat dalam seminggu, hari kedua dari Hari Rehat berkenaan hendaklah dianggap sebagai hari rehat rasmi mingguan. ARTIKEL 35 HARI KELEPASAN AM 35.1 Semua pekerja akan diberi cuti bergaji penuh pada semua Hari Kelepasan Am dan Hari Kelepasan Am Khas yang diwartakan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri di mana pekerja itu bekerja. 35.2 Jika sesuatu Hari Kelepasan Am itu jatuh pada Hari Rehat pekerja itu, hari kerja berikutnya adalah Hari Kelepasan Am / Khas bergaji sebagai menggantinya. 35.3 Sekiranya sesuatu Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari pekerja itu sedang dalam Cuti Tahunan, maka cuti beliau pada hari berkenaan tidak diambilkira. 35.4 Pekerja yang tidak hadir bertugas pada hari kerja sebelum atau selepas satu hari atau lebih Hari Kelepasan Am atau mana-mana hari penggantinya tanpa kebenaran Syarikat terlebih dahulu atau tanpa alasan yang munasabah, tidak akan diberi cuti bergaji untuk satu atau lebih hari cuti itu dan boleh dikenakan tindakan tatatertib. 30

ARTIKEL 36 CUTI TAHUNAN 36.1 Pekerja yang dilantik sebelum 1 Ogos 1992 (tarikh KTM diperbadankan) secara Khas Untuk Penyandang (KUP) akan diberi Cuti Tahunan (tidak termasuk hari rehat dan cuti am yang diwartakan) secara Khas Untuk Penyandang seperti berikut : Tempoh perkhidmatan Gred 9 10, 11, 12 Kurang 10 tahun (KTM dan KTMB) 25 hari 20 hari 10 tahun ke atas (KTM dan KTMB) 30 hari 25 hari 36.2 Bagi pekerja yang dilantik pada dan selepas tarikh 1 Ogos 1992 (tarikh KTM diperbadankan) akan diberi Cuti Tahunan (tidak termasuk Hari Rehat dan cuti am yang diwartakan) seperti berikut :- Tempoh perkhidmatan Gred 9 hingga 12 Kurang 5 tahun 14 hari 5 tahun ke atas tetapi kurang 15 tahun 18 hari 15 tahun ke atas 20 hari 36.3 Pekerja yang berkhidmat kurang dari satu (1) tahun akan diberi Cuti Tahunan mengikut bahagian tempoh perkhidmatannya yang telah selesai pada tahun itu dan dikira seperti berikut :- Jumlah cuti tahunan = 1/12 x Kelayakan cuti tahunan x Jumlah bulan perkhidmatan 36.4 Sekiranya terdapat pecahan cuti yang lebih daripada setengah (1/2) hari hendaklah dikira sebagai satu (1) hari. Pecahan yang kurang daripada setengah (1/2) tidak akan diambilkira. 31

36.5 Pekerja dikehendaki menjadual, memohon dan menghabiskan semua Cuti Tahunannya dalam tahun berkenaan. Pekerja yang tidak dapat mengambil Cuti Tahunan setelah memohon bercuti oleh kerana kepentingan perkhidmatan boleh dibenarkan membawa baki cuti ke tahun hadapan. Cuti yang sedemikian apabila tidak dihabiskan dalam tahun yang dibawa ke hadapan itu akan luput. 36.6 Syarikat berhak memanggil balik pekerja yang bercuti atau membatal / menunda cuti yang telah diluluskan pada bila-bila masa jika tugas pekerja berkenaan diperlukan atas kepentingan perkhidmatan Syarikat. 36.7 Pekerja dikehendaki memohon Cuti Tahunannya dan memastikan ianya mendapat kelulusan syarikat terlebih dahulu sebelum bercuti. 36.8 Bagi pekerja yang belum genap setahun perkhidmatan, jumlah Cuti Tahunan yang boleh diambil adalah mengikut kelayakan bulan ke bulan. ARTIKEL 37 CUTI BERSALIN 37.1 Pekerja wanita akan diberi tempoh Cuti Bersalin bergaji penuh yang terhad kepada 300 hari sepanjang perkhidmatan untuk lima (5) orang anak yang hidup. Gaji penuh ini adalah dikira sebagai elaun bersalin. Pekerja wanita tidak berhak mendapat elaun bersalin ini sekiranya pada masa mengandung ianya mempunyai lima (5) orang anak kandungan yang hidup. 37.2 Tidak hadir bertugas kerana keguguran sebelum minggu ke dua puluh lapan (28) tidak akan dianggap Cuti Bersalin tetapi dikira sebagai cuti sakit biasa. 37.3 Permohonan untuk Cuti Bersalin hendaklah disertakan dengan surat daripada doktor Klinik Panel Syarikat atau doktor Kerajaan atau mana-mana doktor yang berdaftar. 32

ARTIKEL 38 CUTI KECEMASAN 38.1 Atas budibicaranya, Syarikat boleh memberi Cuti Kecemasan atas sebab-sebab yang tidak dijangkakan. Cuti ini akan ditolak dari Cuti Tahunan pekerja tersebut. ARTIKEL 39 CUTI SAKIT 39.1 Cuti Sakit bermakna aggregate cuti dalam jangka masa setahun atas sebab perubatan sama ada diambil sehari, setengah hari ataupun tempoh berpanjangan. 39.2 Pekerja dibenarkan mendapat Cuti Sakit bergaji penuh yang tidak dimasukkan ke hospital untuk jumlah maksimum seperti berikut kecuali cuti sakit yang berpanjangan seperti di para 39.8. Kurang 5 tahun perkhidmatan 5 tahun perkhidmatan ke atas 20 hari 28 hari 39.3 Cuti sakit yang melebihi had yang dibenarkan tidak akan dibayar gaji. 39.4 Pekerja yang perlu dimasukkan ke hospital kelayakan Cuti Sakit ialah sembilan puluh (90) hari bagi tiap-tiap tahun kalendar, dengan syarat jumlah Cuti Sakit yang telah diambil di artikel 39.2 akan ditolak dari jumlah Cuti Sakit di artikel ini. 39.5 Cuti Sakit hanya akan diberi atas sijil perakuan doktor Klinik Panel atau pihak berkuasa hospital kerajaan atau sijil perakuan daripada Pegawai Perubatan yang berdaftar, sekiranya tiada terdapat Klinik Panel. 39.6 Pekerja yang tidak hadir bekerja kerana sakit tetapi ia tidak memberitahu, atau tidak cuba memberitahu syarikat dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam akan ketidakhadirannya, maka ia adalah dianggap sebagai tidak hadir kerja tanpa alasan yang 33

munasabah dan telah melanggar kontrak perkhidmatan serta boleh ditamatkan perkhidmatannya dengan Syarikat. 39.7 Syarikat atas budibicaranya boleh memberi pekerja yang dimasukkan ke hospital, Cuti Sakit melebihi sembilan puluh (90) hari atas perakuan doktor Klinik Panel atau pihak berkuasa hospital kerajaan dengan syarat bahawa pekerja yang sakit itu dijangka ada harapan untuk sembuh kembali untuk meneruskan perkhidmatannya. 39.8 Atas perakuan doktor Klinik Panel atau pihak berkuasa hospital kerajaan, pekerja yang menghidapi penyakit batuk kering, barah, leukimia atau apa-apa kecederaan/penyakit berpanjangan yang lain yang menyebabkan ia tidak dapat melaksanakan tugasnya, akan diberi cuti sakit tambahan seperti berikut:- a) Cuti Sakit bergaji penuh sehingga had maksima enam (6) bulan kalendar berturut-turut. b) Diikuti dengan enam (6) bulan kalendar berturut-turut separuh gaji. c) Diikuti dengan enam (6) bulan kalendar berturut-turut tanpa gaji. d) Pekerja akan ditamatkan perkhidmatannya atas sebab kesihatan apabila habis tempoh cuti sakit tanpa gaji selama enam (6) bulan kalendar seperti tersebut di atas dengan syarat Syarikat meminta nasihat dari Klinik Panel sebelum berbuat demikian. e) Cuti Sakit tidak akan diberi kepada pekerja yang menjadi sakit disebabkan kecederaan, kesakitan atau penyakit yang dialami akibat penyertaan pekerja dalam aktiviti haram atau bertentangan dengan undang-undang sama ada di dalam atau di luar Syarikat. 39.9 Pekerja yang dilantik pada atau selepas 1.1.2001 dibenarkan mendapat cuti sakit bergaji penuh yang tidak dimasukkan ke hospital untuk jumplah maksima seperti berikut: Kurang 5 tahun perkhidmatan 5 tahun perkhidmatan ke atas 18 hari 24 hari 34

ARTIKEL 40 CUTI TANPA GAJI 40.1 Pekerja berjawatan tetap yang telah disahkan dalam jawatan dan telah menggunakan sepenuhnya kelayakan Cuti Tahunannya pada masa itu boleh memohon Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan persendirian di dalam dan luar negara seperti berikut:- a) Mengikut isteri atau suami yang bekerja atau berkursus di luar negara untuk tempoh tidak melebihi setahun. b) Atas sebab yang difikirkan munasabah oleh Syarikat dengan syarat boleh dilepaskan dan had maksima tidak melebihi 180 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya. 40.2 Kelulusan dan jumlah Cuti Tanpa Gaji yang boleh diluluskan adalah atas budi bicara mutlak Syarikat. 40.3 Syarikat berhak menolak mana-mana permohonan Cuti Tanpa Gaji pekerja atas sebabsebab kepentingan perkhidmatan. 40.4 Tempoh masa yang diambil bagi Cuti Tanpa Gaji tidak akan diambil kira bagi tujuan perkiraan bagi menentukan tempoh perkhidmatan untuk faedah-faedah perkhidmatan. 40.5 Pekerja yang mengambil Cuti Tanpa Gaji adalah tidak layak untuk dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat dalam tempoh Cuti Tanpa Gaji tersebut. 40.6 Cuti Tanpa Gaji berikutnya hanya layak dipohon sekali lagi selepas enam (6) bulan berikutnya. 35

ARTIKEL 41 CUTI BELAJAR 41.1 Syarikat atas budibicara mutlaknya boleh membenarkan pekerja yang telah disahkan dalam jawatan mengambil Cuti Belajar bergaji penuh atau tanpa gaji bagi tempoh masa yang tidak melebihi tiga (3) tahun dengan syarat pekerja mengambil kursus berkaitan dengan kerjayanya dan juga memberi faedah kepada Syarikat. 41.2 Pekerja yang hendak mengambil Cuti Belajar bergaji penuh dikehendaki mengikat perjanjian dengan Syarikat menurut syarat-syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa. 41.3 Pekerja yang diluluskan Cuti Belajar tidak layak mendapat kemudahan Cuti Tahunan bagi tempoh Cuti Belajar berkenaan. Cuti terkumpul dan belum diambil akan luput. 41.4 Pekerja dan keluarganya yang mengambil Cuti Belajar Tanpa Gaji atas pembiayaan sendiri tidak layak menikmati apa-apa faedah perubatan/perumahan yang diperuntukkan oleh Syarikat. 41.5 Tempoh Cuti Belajar Tanpa Gaji tidak akan diambil kira bagi tujuan pengiraan tempoh perkhidmatan bagi tujuan mengira faedah-faedah perkhidmatan dan persaraan. ARTIKEL 42 CUTI HAJI 42.1 Syarikat boleh memberikan kelulusan Cuti Haji bergaji penuh tidak melebihi empat puluh (40) hari termasuk cuti hari minggu dan juga cuti am, untuk menunaikan haji di Mekah sekali dalam tempoh perkhidmatannya dengan KTM/KTMB dengan syarat pekerja tersebut berjawatan tetap dan telah berkhidmat tidak kurang dari tiga (3) tahun. 36

ARTIKEL 43 CUTI TANPA REKOD 43.1 Syarikat atas budibicara mutlaknya dan tertakluk kepada kepentingan operasi syarikat boleh membenarkan Cuti Tanpa Rekod untuk tempoh tidak melebihi dua puluh satu (21) hari dalam satu tahun kalender bagi tujuan-tujuan berikut:- a) dipilih mengambil bahagian dalam sebarang sukan diperingkat Syarikat, Negeri, Kebangsaan atau Antarabangsa, b) menghadiri latihan atau khemah kerja tahunan pertubuhan/kesatuan yang diluluskan oleh Syarikat, Kementerian; dan c) menghadiri mesyuarat persatuan profesional yang diiktirafkan oleh Syarikat. 43.2 Pekerja yang dikehendaki menjalani latihan atau khemah Pasukan Simpanan Tentera boleh diberi Cuti Tanpa Rekod maksima tidak melebihi tiga puluh (30) hari dalam satu (1) tahun kalender dengan syarat jumlah Cuti Tanpa Rekod yang telah diambil seperti di Artikel 43.1 akan ditolak dari jumlah Cuti Tanpa Rekod di artikel ini. ARTIKEL 44 CUTI UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN 44.1 Syarikat boleh meluluskan Cuti Tanpa Rekod atas budibicaranya untuk membolehkan pekerja menduduki sebarang peperiksaan yang dianggap boleh memperbaiki kerjaya pekerja berkenaan. Cuti ini hendaklah dihadkan kepada hari yang diperlukan bagi peperiksaan itu sahaja. 37

ARTIKEL 45 CUTI EHSAN 45.1 Syarikat atas budibicaranya boleh meluluskan Cuti Ehsan bergaji penuh kepada pekerja tertakluk kepada had maksima tiga (3) hari dalam satu (1) tahun kalendar untuk tujuan kematian keluarga terdekat. 45.2 Untuk tujuan artikel ini, Keluarga terdekat bermaksud isteri / suami, anak-anak, ibubapa dan mertua pekerja. 45.3 Sekiranya berlaku bencana, cuti bergaji boleh diberi sebanyak tiga (3) hari mengikut budi bicara Syarikat. 45.4 Pekerja boleh diberi cuti kahwin sebanyak dua (2) hari bagi perkahwinan pekerja itu sendiri untuk kali pertama dan yang sah sahaja. ARTIKEL 46 CUTI ISTERI BERSALIN 46.1 Syarikat boleh meluluskan cuti sebanyak tujuh (7) hari untuk suami yang isterinya bersalin tertakluk kepada lima (5) orang anak yang hidup. 46.2 Cuti ini tidak boleh dikumpulkan dan dibawa ke tahun hadapan. ARTIKEL 47 CUTI KUARANTIN 47.1 Apabila pekerja yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negara ditahan di mana-mana stesen kuarantin oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan, stesen keretapi atau lapangan terbang kerana disebabkan oleh perjalanannya melalui sesebuah pelabuhan, stesen keretapi atau lapangan terbang atau di dalam sebuah kapal, 38

keretapi atau kapal terbang yang ada berlaku wabak penyakit merebak, maka tempoh penahanan sedemikian akan dianggap sebagai Cuti Kuarantin bergaji penuh yang tidak boleh ditolak dari cuti rehat yang ia berkelayakan. 47.2 Sekiranya penahanan adalah disebabkan oleh pekerja itu disyaki atau didapati sakit, maka tempoh itu hendaklah dikira sebagai Cuti Sakit bergaji penuh. ARTIKEL 48 CUTI TAHUNAN SETENGAH HARI 48.1 Pekerja boleh dipertimbangkan mengambil Cuti Tahunan Setengah Hari (petang sahaja) daripada Cuti Tahunannya di atas sebab tertentu dengan kelulusan pegawai atasannya. ARTIKEL 49 ELAUN SEMASA BERTUGAS DI LUAR PEJABAT 49.1 Pekerja yang terpaksa bermalam di luar pejabatnya semasa menjalankan tugas-tugas rasmi akan berkelayakan menuntut elaun-elaun berikut apabila syarat-syarat pemberian elaun-elaun itu dipenuhi. 49.2 Elaun Makan 49.2.1 Pekerja yang diarah menjalankan tugas rasmi yang melebihi jarak 25 kilometer dari markasnya bagi tempoh 24 jam atau lebih secara terus menerus dikira daripada waktu bertolak, adalah layak menuntut Elaun Makan seperti berikut :- 39

Gred Semenanjung Malaysia/ Kalimantan/ Selatan Thailand Sabah (termasuk Labuan) / Sarawak Singapura/ Brunei Darussalam 9 RM 44 RM 52 RM 67 10 RM 42 RM 50 RM 64 11 RM 37 RM 45 RM 58 12 RM 34 RM 43 RM 55 49.2.2 Tugas rasmi bagi tempoh melebihi jumlah jam kerja biasa tetapi kurang dari 24 jam termasuk waktu dalam perjalanan layak separuh (1/2) dari kadar yang tersebut di artikel 49.2.1 di atas. Elaun ini disebut sebagai Elaun Harian. 49.2.3 Elaun Makan tidak layak dituntut jika kemudahan makan disediakan oleh syarikat, Penganjur atau Pengangkut. Sekiranya sebahagian kemudahan makan disediakan, pekerja hanya layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan itu tertakluk kepada kadar seperti berikut :- i. Sarapan pagi 20% daripada Elaun Makan ii. Makan tengahari 40% daripada Elaun Makan iii. Makan Malam 40% daripada Elaun Makan 49.2.4 Sekiranya penganjur menyediakan kemudahan dalam bentuk wang bagi menampung perbelanjaan makan tersebut maka pekerja layak menuntut perbezaannya. 49.3 Bayaran Sewa Hotel Dan Lojing 49.3.1 Bayaran Sewa Hotel dan Lojing yang layak dituntut oleh pekerja adalah seperti berikut:- 40

49.3.1.1 Semenanjung Malaysia / Kalimantan / Selatan Thailand Gred Bayaran maksima (Hotel) Elaun Lojing (Tanpa resit) 9 RM 99 RM 34 10 RM 94 RM 32 11 RM 85 RM 28 12 RM 80 RM 27 49.3.1.2 Sabah (termasuk Labuan) / Sarawak Gred Bayaran maksima (Hotel) Elaun Lojing (Tanpa resit) 9 RM 118 RM 39 10 RM 103 RM 35 11 RM 89 RM 32 12 RM 83 RM 28 49.3.1.3 Singapura / Brunei Darussalam Gred Bayaran maksima (Hotel) Elaun Lojing (Tanpa resit) 9 RM 152 RM 51 10 RM 143 RM 48 11 RM 131 RM 44 12 RM 121 RM 40 49.4 Bayaran Sewa Hotel, Elaun Lojing dan Elaun Makan tidak boleh dibayar sekiranya pekerja itu disediakan kemudahan makan atau tempat tinggal. 41

49.5 Belanja Pelbagai - Bertugas di Luar Pejabat 49.5.1 Pekerja yang bertugas di luar pejabatnya layak menuntut belanja pelbagai seperti berikut:- i) Tambang pengangkutan awam. ii) Bayaran telefon, telegram, fax dan bayaran pos atas urusan rasmi yang disokong dengan resit. iii) Bayaran dobi yang disokong dengan resit jika menginap tidak kurang dari 3 malam. iv) Bayaran excess baggage untuk barang-barang rasmi yang disokong dengan resit. v) Bayaran tempat letak kereta, tol dan bayaran feri yang disokong dengan resit. vi) Tiga peratus (3%) daripada jumlah tuntutan elaun perjalanan berkaitan dengan penukaran kepada mata wang asing. 49.6 Bagi maksud pengiraan tuntutan, Selatan Thailand adalah meliputi dari bandar Phuket ke Selatan sehingga ke sempadan Malaysia Thailand. ARTIKEL 50 ELAUN SEMASA BERTUGAS DI LUAR NEGARA 50.1 Elaun Makan 50.1.1 Pekerja yang diarah menjalankan tugas rasmi di luar negara layak menuntut Elaun Makan tiap-tiap 24 jam ia berada di luar negara mulai jam ianya bertolak 42