Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

dokumen-dokumen yang mirip
Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

DASAR ANTI RASUAH RGIS

Program Integriti Premium. Program Pematuhan Antirasuah

Flint Group Dasar Hadiah Dan Hiburan

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

Kod pengendalian perniagaan

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Tatakelakuan. Pembekal

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Kesetiaan kepada Syarikat

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

KOD ETIKA KANDUNGAN 1. PENGENALAN DAN DEFINISI. 2. PRINSIP TERAS Applus+ 3. KOD ETIKA Applus Pengenalan 1.2. Definisi

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

STANDARD AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. 1.1 Tujuan Standard Audit Dalam adalah untuk:

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Tatakelakuan Rakan Kongsi HP Berkuat kuasa 1 November, 2010

Kode Etik. .1 "Yang Harus Dilakukan"

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

SEMAKAN SEMULA KOD ETIKA 2018

BAB 14 AUDIT DALAMAN

TERMA DAN SYARAT. Bermakna individu atau entiti yang telah meohon atau sedang memohon untuk mana-mana Perkhidmatan Perbankan.

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

ROPER TECHNOLOGIES, INC.

DASAR HARTA INTELEK RAKAN SEKUTU UKM (TAMBAHAN)

Jun Kod Etika dan Piawaian Tingkah Laku Perniagaan

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

Dasar Privasi. Data Peribadi anda adalah dikumpul, diguna dan diproses oleh Kumpulan Hunza untuk, di kalangan lain, tujuan-tujuan berikutnya :-

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

Polisi Privasi. Pengenalan

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

D.R. 7/2010 RANG UNDANG-UNDANG PERSAINGAN 2010

TATATERTIB DAN SURCAJ. (Gambar)

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:

TATAKELAKUAN. Pilihan Yang Betul

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

Rakan Sekerja yang Dihormati,

tata kelakuan dan etika Membina Kepercayaan

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

Notis Privasi Dan Perlindungan Data Peribadi Bagi Kumpulan Kobay

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

JADUAL KEENAM AKTA JURUUKUR TANAH BERLESEN 1958 PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN [Subperaturan 13(1)] ARTIKEL

Fasal-fasal yang dipinda

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

1. Data Peribadi mengenai anda yang dikumpul oleh kami atau Laman Web Kumpulan ini termasuk:

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

KOD KELAKUAN. Kami sentiasa bertindak mengikut peraturan-di mana sahaja kami berada.

Kode Etik. .1 "Yang Harus Dilakukan"

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

Di Tune Protect, kita percaya perniagaan kita dijalankan dengan betul apabila kita mematuhi Nilai-nilai dan Tatakelakuan kita.

Dasar Antisogokan & Antirasuah Global Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2017

Transkripsi:

Tatakelakuan

Tatakelakuan Dokumen ini mengandungi "Tatakelakuan" yang mesti dipatuhi oleh semua Pengarah, Pengurus, pekerja Kumpulan Pirelli, dan secara amnya sesiapa yang bekerja di Itali dan di luar negara untuknya dan/atau bagi pihaknya dan/atau demi kepentingan Pirelli, atau pihak yang mempunyai hubungan perniagaan dengannya ("Penerima Tatakelakuan") bagi mengelakkan situasi yang mendorong kelakuan yang menyalahi undang-undang secara amnya, dan jenayah yang ditentukan oleh Undang-undang secara khususnya. Dekri 231/2001 1. Dasar ini mengenal pasti, tetapi bukan secara keseluruhan, kelakuan yang berkenaan dengan "boleh" dan "tidak boleh", merujuk khususnya pada perhubungan dengan Pentadbiran Awam, pihak ketiga, dan terhadap kewajipan dan aktiviti Syarikat, yang menyatakan dasar Kod Etika dari segi operasi..1 "Boleh" Penerima Tatakelakuan berkomitmen untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan di dalam negara tempat Syarikat beroperasi. Penerima Tatakelakuan berkomitmen untuk mematuhi prosedur korporat, dan mematuhi dasar Kod Etika dalam apa-apa keputusan atau tindakan yang berkaitan dengan pengurusan Syarikat. Ketua jabatan mesti memastikan bahawa: selagi boleh diamalkan, semua pekerja tahu akan keperluan kelakuan peraturan dan akibat dan, jika pada bila-bila masa mereka mempunyai keraguan mengenai prosedur yang perlu diikuti, mereka akan dibantu sewajarnya. program yang sesuai berkenaan latihan berterusan dan kesedaran isu berkaitan dengan Kod Etika dilaksanakan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam Apabila menyertai tender yang dipanggil oleh Pentadbiran Awam dan secara amnya apa-apa perundingan dengannya, Penerima Tatakelakuan mesti beroperasi menurut undang-undang, peraturan dan integriti profesional yang dikenakan. Ketua jabatan yang kerap berurusan dengan Pentadbiran Awam mesti: memberikan pekerja mereka arahan berkenaan tatakelakuan operasi yang perlu dipatuhi dalam hubungan rasmi dan secara rasmi mereka dengan pelbagai pegawai/pejabat awam, menurut kewajipan aktiviti mereka, memberikan mereka maklumat mengenai undang-undang dan memastikan mereka sedar akan situasi yang mempunyai risiko jenayah; menyediakan mekanisme secukupnya untuk mengesan aliran komunikasi/maklumat kepada Pentadbiran Awam 1 Atau peruntukan undang-undang dan peraturan yang berbeza dari segi kuatkuasa dalam negara di mana kumpulan beroperasi.

Apabila memohon sumbangan, geran atau pendanaan daripada Negeri, badan awam lain atau daripada Komuniti Eropah, semua Penerima Tatakelakuan yang terlibat dengan prosedur berikut mesti: bertindak secara adil, menggunakan dan memberikan dokumen dan pernyataan yang benar dan lengkap, berkaitan dengan aktiviti yang faedahnya dapat diperoleh secara sah. sebaik sahaja pendanaan yang diperlukan diberikan, penggunaannya mesti selaras dengan tujuan yang diminta dan diberikan. Tatakelakuan berkenaan komunikasi dan perkara korporat kepada pasaran Pengarah Syarikat serta Ketua Pengarah (jika dilantik) dan Pegawai Bertanggungjawab bertanggungjawab menyediakan dokumen perakaunan korporat, mengikut bidang kuasa masing-masing dan orang bawahan mereka, dikehendaki mematuhi peraturan syarikat sepenuhnya; secara khususnya, mereka mesti mematuhi prosedur, arahan dan peraturan operasi terperinci, berkenaan draf pernyataan kewangan dan peraturan proses korporat utama. Ketua jabatan pentadbiran/perakaunan, sebagai sebahagian daripada tugas mereka dan dalam skop bidang kuasa mereka, mesti memastikan bahawa setiap transaksi adalah: sah, adil, dibenarkan dan dapat ditentusahkan direkodkan dengan betul dan secukupnya supaya proses membuat keputusan, memberi kebenaran dan pelaksanaan dapat disahkan; disokong dengan dokumen sewajarnya yang membolehkan, pada bila-bila masa, untuk mengawal ciri dan sebab transaksi tersebut dan mengenal pasti pihak yang telah memberikan kebenaran, melakukan, merekodkan dan memeriksa transaksi tersebut. Penerima Tatakelakuan yang terlibat dengan draf pernyataan kewangan atau dokumen yang seumpama dengannya, mesti berkelakuan sewajarnya, memberikan kerjasama sepenuhnya, memastikan maklumat yang diberikan jelas dan lengkap, data dan kiraan tepat, melaporkan sebarang konflik kepentingan, dll.. Pengarah Syarikat hendaklah memberikan notis kepada Lembaga Pengarah dan Lembaga Juruaudit Statutori berkenaan apa-apa kepentingan mereka, sama ada secara persendirian atau bagi pihak ketiga, dalam transaksi Syarikat, dengan menyatakan sifat, terma, asal dan skopnya; bagi Pengurus Urusan, beliau mesti menahan diri daripada melakukan transaksi tersebut, menyerahkannya kepada pihak Lembaga. Penerima Tatakelakuan dan secara khususnya semua Pengarah: apabila menyediakan pernyataan kewangan, apa-apa komunikasi kepada pasaran atau dokumen yang seumpama dengannya, mesti jelas, benar, dan lengkap menunjukkan situasi kewangan dan ekonomi Syarikat; mesti segera mematuhi sebarang permintaan mendapatkan maklumat yang diminta oleh Lembaga Juruaudit Statutori, dan membantu dalam apa jua cara sekalipun prestasi kawalan mengikut undang-undang yang beratribut kepada pemegang saham, badan korporat lain atau firma audit luar; memberikan maklumat lengkap dan betul mengenai situasi kewangan dan ekonomi Syarikat kepada Lembaga Penyeliaan.

Penyelesai termasuk penyelesai de facto syarikat Kumpulan, mesti berkelakuan jujur dan adil sepenuhnya dalam proses penyelesaian. Hanya individu yang diberikan kebenaran sewajarnya boleh berhubung dengan pihak media, dan dikehendaki memberikan maklumat benar mengenai Syarikat, menurut undang-undang dan peraturan yang dikenakan. Tatakelakuan berkenaan hubungan dengan subjek dalaman dan pihak ketiga Penerima Tatakelakuan, menurut Kod Etika Kumpulan, berkomitmen untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan di dalam negara tempat Syarikat beroperasi. Tiada hubungan akan dimulakan atau diteruskan dengan sesiapa yang tidak berniat untuk menghormati dasar ini. Pelantikan subjek yang beroperasi untuk dan/atau bagi pihak dan/atau demi kepentingan Syarikat mesti dilakukan secara bertulis dan mesti mempunyai klausa tertentu yang memerlukan pematuhan dasar kelakuan beretika yang menjadi amalan Syarikat. Kegagalan mematuhi klausa tertentu ini memberikan hak kepada Syarikat untuk menamatkan hubungan kontraktual tersebut. Semua perunding, pembekal dan secara amnya, mana-mana pihak ketiga yang bertindak untuk dan/atau bagi pihak dan/atau demi kepentingan Syarikat, dikenal pasti dan dipilih dengan penuh adil, autonomi dan penilaian bebas. Semasa proses pemilihan, Syarikat akan menyiasat kecekapan, reputasi, kebebasan, kemahiran dan keupayaan organisasi untuk menjalankan kewajipan kontraktual dan tugasan yang diberikan padanya dengan sempurna dan dalam masa yang ditetapkan. Semua perunding dan orang lain yang berkhidmat untuk Syarikat mesti sentiasa, tanpa apaapa pengecualian, bertindak penuh integriti dan kerajinan, mematuhi sepenuhnya semua dasar keadilan dan kewajaran yang dinyatakan dalam mana-mana kod etika yang diamalkan oleh mereka sendiri..2 "Tidak Boleh" Penerima Tatakelakuan tidak boleh melakukan, walaupun sebagai sekutu, sebarang tindakan yang atau mungkin disifatkan bertentangan dengan undang-undang dan/atau peraturan yang dikenakan, walaupun tindakan tersebut memberikan atau mungkin, walaupun sekiranya secara abstrak, memberikan sebarang faedah atau kepentingan kepada Syarikat. Penerima Tatakelakuan dijangka mengelakkan apa-apa konflik kepentingan dengan Syarikat. Walau bagaimanapun sekiranya timbul juga konflik kepentingan, mereka dikehendaki melaporkannya kepada Syarikat dengan segera. - Penerima Tatakelakuan mesti menahan diri daripada melakukan apa-apa tindakan yang menjejaskan imej Syarikat.

Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam Apabila berurusan dengan wakil Pentadbiran Awam, sama ada Itali atau negara luar, dilarang: berjanji atau menawarkan mereka (atau ahli keluarga, saudara-mara, pasangan sekedudukan...) wang, hadiah, faedah lain kecuali dalam kes hadiah atau item yang bernilai sederhana 2, membuat perbelanjaan hiburan tidak wajar untuk tujuan selain daripada mempromosikan imej Syarikat; berjanji atau menyediakan, termasuk melalui "pihak ketiga", kerja/perkhidmatan utiliti persendirian (cth. pembersihan bangunan yang mereka miliki atau gunakan - atau yang dimiliki atau digunakan oleh saudara-mara, ipar/mertua, pasangan sekedudukan, rakan, dll.); memberikan atau berjanji untuk memberikan, mendapatkan atau memperoleh maklumat dan/atau dokumen sulit, atau mana-mana dokumen atau maklumat sepertinya yang mungkin menjejaskan integriti atau reputasi salah satu pihak atau kedua-dua pihak; mengutamakan, dalam proses pemerolehan, pembekal dan subkontraktor yang dinyatakan oleh wakil Pentadbiran Awam sebagai syarat untuk kejayaan prestasi aktiviti (cth. peruntukan kerja, geran pendanaan dengan terma khas, geran lesen). Tindakan dan kelakuan ini kedua-duanya dilarang jika dilakukan secara langsung oleh Syarikat melalui pekerjanya dan jika dilakukan melalui bukan pekerja yang bertindak untuk dan/atau bagi pihak dan/atau demi kepentingannya. Selain itu, apabila berurusan dengan Pentadbiran Awam, dilarang: menghasilkan dokumen/data yang salah atau diubah; mengeluarkan atau tidak memasukkan dokumen betul; bertindak dengan cara yang memperdayakan Pentadbiran Awam dalam penilaian ekonomi dan teknikal produk dan perkhidmatan yang ditawarkan/dibekalkan; tidak memasukkan maklumat yang sepatutnya diberikan, mendorong keputusan Pentadbiran Awam agar cenderung kepadanya; berkelakuan dengan cara yang boleh mempengaruhi keputusan Pentadbiran Awam; menyalahgunakan kedudukan penjawat awam bagi mendapatkan faedah persendirian atau faedah kepada Syarikat. Secara amnya, dilarang sama sekali menggaji atau memberikan tugas penasihat bergaji kepada bekas penjawat awam yang secara aktif dan sendirinya terlibat dalam perundingan perniagaan, atau telah menyokong sebarang permintaan yang dibuat kepada Pentadbiran Awam oleh Syarikat atau subsidiarinya, sekutunya, atau syarikat yang terlibat dalam kawalan bersama. Dalam prosiding pentadbiran, jenayah atau sivil, dilarang sama sekali melibatkan diri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam sebarang tindakan tidak sah yang boleh mengutamakan atau menjejaskan salah satu pihak. Dilarang sama sekali, dalam apa-apa bentuk atau pada apa-apa syarat, bertindak demi kepentingan Syarikat yang salah, untuk memaksa Penerima memberikan respons kepada 2 Nilai sederhana difahamkan sebagai kurang daripada 250 euro setiap penerima dan transaksi.

Mahkamah atau membuatkan mereka menggunakan hak untuk berdiam diri. Apabila berurusan dengan Mahkamah, semua bentuk pengaruh yang membuatkan Penerima membuat pernyataan palsu, dilarang sama sekali; berkenaan sebarang pernyataan yang akan dibuat, Penerima tidak boleh menerima wang atau faedah lain, walaupun daripada pihak ketiga. Tatakelakuan berkenaan komunikasi dan perkara korporat kepada pasaran Pengarah Syarikat serta Ketua Pengarah (jika dilantik) dan Pegawai Bertanggungjawab bertanggungjawab menyediakan dokumen korporat, mengikut bidang kuasa masing-masing dan orang bawahan mereka, mesti menahan diri daripada kelakuan yang membawa kepada perlakuan jenayah menurut Kanun Sivil dan Akta Gabungan Kewangan (Dekri Perundangan no. 98, 1998-TUF-) berkaitan dengan "jenayah korporat" menurut Artikel 25-ter Dekri Perundangan no. 231/2001. Pengarah tidak dibenarkan: semasa melaksanakan aktiviti dalam bidang kuasa mereka, melakukan atau membiarkan berikutan hadiah atau dijanjikan hadiah tindakan atau fakta yang melanggar kewajipan yang ditetapkan oleh undang-undang, termasuk pelupusan aset korporat demi kepentingan persendirian atau pihak ketiga; memulangkan sumbangan kepada pemegang saham, atau melepaskan mereka daripada kewajipan mereka, kecuali sekiranya ada pengurangan modal sah, dan hendaklah tidak mengurangkan modal Syarikat atau melaksanakan penggabungan atau pemecahan yang melanggar undang-undang yang melindungi kreditor; memperuntukkan untung atau pendahuluan untung yang tidak diperoleh secara berkesan atau digunakan menurut undang-undang sebagai rizab, atau memperuntukkan rizab tidak boleh diagih; membuatkan Syarikat memperoleh atau melanggan saham atau unit yang dikeluarkan oleh Syarikat atau syarikat induknya, kecuali jika dibenarkan oleh undang-undang; menetapkan atau salah menambahkan modal Syarikat melalui transaksi yang tidak dibenarkan oleh undang-undang. Dalam hubungannya dengan wakil syarikat Itali dan syarikat bukan Itali, Penerima Tatakelakuan ini dilarang memberikan atau menjanjikan, sama ada secara langsung atau melalui orang tengah, apa-apa wang, barangan atau faedah lain kepada wakil-wakil tersebut (atau kepada ahli keluarga, saudara mara, pasangannya) di luar hubungan komersial atau keinstitusian yang biasa, sekiranya amaun wang, barangan atau faedah lain itu bertujuan untuk memperoleh kelebihan tidak wajar, atau sehingga memberikan gambaran ketidakjujuran atau ketidakadilan. Dalam apa-apa keadaan sekalipun, dilarang memberikan atau menjanjikan wang, barangan atau faedah lain kepada individu yang dinyatakan di atas dengan tujuan agar mereka melaksanakan atau gagal melaksanakan tindakan yang melanggar tugas rasmi mereka atau obligasi kesetiaan mereka, sekali gus menyebabkan mudarat kepada entiti tempat mereka bekerja. Secara amnya, dilarang: Apabila menyediakan pernyataan kewangan, memformalkan laporan atau komunikasi korporat lain yang ditujukan kepada pemegang saham atau orang awam, untuk

menunjukkan fakta yang tidak benar dengan tujuan menipu pemegang saham atau orang awam, atau tidak memasukkan maklumat yang perlu didedahkan menurut undangundang, berkaitan dengan situasi kewangan dan ekonomi Syarikat atau Kumpulan miliknya; mengelakkan atau menghalang fungsi audit dan kawalan yang diberikan secara sah kepada pemegang saham, badan korporat lain, firma audit luaran, Lembaga Penyeliaan/Struktur Pengawasan dan Audit Dalaman Kumpulan yang bertanggungjawab untuk kawalan luaran; tidak memasukkan mendedahkan sebarang konflik kepentingan berpotensi yang Pengarah dan/atau Juruaudit Statutori, sama ada bertindak sendiri atau untuk pihak ketiga, mungkin ada dalam penentuan transaksi Syarikat; apabila menyediakan komunikasi yang, menurut undang-undang, mesti diberikan kepada pihak berkuasa penyeliaan awam, untuk menunjukkan dengan tujuan menghalang fungsi penyeliaan fakta tidak benar berkaitan situasi kewangan dan ekonomi pihak yang tertakluk pada penyeliaan, atau menyembunyikan, dengan cara penipuan lain, seluruh atau sebahagian, fakta yang harus didedahkan berkenaan situasi yang sama; menjejaskan integriti aset Syarikat dan melakukan transaksi yang menjejaskan kreditor; mempengaruhi Himpunan Pemegang Saham dan menghebahkan maklumat salah berkenaan Syarikat. Pengarah, Juruaudit Statutori dan pekerja tidak dibenarkan: membeli, menjual atau melakukan transaksi lain menggunakan alat kewangan termasuk yang dikeluarkan oleh Syarikat, subsidiarinya, syarikat induknya atau subsidiari syarikat induk secara langsung atau tidak langsung, untuk diri sendiri atau bagi pihak ketiga, dengan menggunakan maklumat dalaman (misalnya maklumat khusus yang belum didedahkan secara umum, berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan satu atau lebih pengeluar alat kewangan atau dengan satu atau lebih alat kewangan dan yang, jika didedahkan secara umum, mungkin jelas menjejaskan harga alat kewangan tersebut; menyarankan atau menggalakkan orang lain melakukan transaksi tersebut berdasarkan maklumat dalaman; mendedahkan maklumat dalaman di luar aktiviti kerja biasa. Secara amnya, dilarang menghebahkan maklumat salah mengelirukan, atau terlibat dalam transaksi penipuan atau peranti lain yang berupaya menyebabkan perubahan ketara harga alat kewangan, atau memberikan maklumat salah dan mengelirukan berkenaannya. Penyelesai dilarang mengagihkan aset korporat kepada pemegang saham sebelum memenuhi permintaan kreditor atau mengetepikan sumber yang diperlukan untuk tujuan ini. KEPERLUAN PELAPORAN

Penerima Tatakelakuan mempunyai kewajipan untuk melaporkan 3 kepada Pengarah Audit Dalaman Kumpulan: apa-apa pelanggaran atau penyangsian pelanggaran Tatakelakuan laporan tidak boleh tanpa nama. Syarikat dan Audit Dalaman Kumpulan melindungi pekerja dan rakan usaha sama pihak ketiga daripada akibat yang timbul kerana pelaporan tersebut, memastikan kerahsiaan pemberi maklumat, tertakluk pada keperluan undang-undang. Contohnya, ketua jabatan hendaklah melaporkan kepada Pengarah Audit Dalaman Kumpulan: apa-apa perlakuan yang meninggikan risiko jenayah menurut Dekri Perundangan 231/2001, berkenaan proses operasi dalam bidang kuasa mereka yang mereka sedar akannya, termasuk melalui rakan usaha sama; apa-apa langkah dan/atau berita daripada polis atau mana-mana pihak berkuasa lain, yang mereka secara rasminya sedar, berkenaan tindakan yang menyalahi undangundang dan/atau kesalahan berpotensi menurut Dekri Perundangan no. 231/2001 yang mungkin memberi kesan kepada Syarikat. Alat pelaporan disediakan di intranet Kumpulan, bersama-sama arahan prosedur operasi yang perlu dipatuhi. 4.3 Sekatan Sebarang perlakuan yang tidak mematuhi peruntukan yang dinyatakan dalam Tatakelakuan ini, secara berasingan dan membiarkan apa-apa tindakan jenayah terhadap pelanggar, penggunaan sekatan disiplin menurut perundangan dan/atau perjanjian kolektif sedia ada. 3 Keperluan pelaporan yang dikuatkuasakan pada tahap Kumpulan ini adalah penambahan kepada perkara yang diperlukan dalam Prosedur Pelaporan: "Pemberi maklumat" pelanggaran, penyangsian pelanggaran dan pendorong untuk melanggar berkenaan: - undang-undang dan peraturan; - dasar yang disemadikan dalam Kod Etika; - dasar audit dalaman; - peraturan dan prosedur korporat; - dan/atau sebarang tindakan atau ketinggalan yang mungkin menyebabkan, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa kerosakan harta ekonomi kepada Syarikat dan/atau Subsidiarinya, serta imej mereka. 4 Lihat nota n.3 Prosedur Dedah Penyelewengan