ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haziqah Najian bt Zakeria PISMP Tajuk 1 : Teknologi Pendidikan. Konsep.

dokumen-dokumen yang mirip
Dr Tajularipin Sulaiman

TOPIK 2: REKA BENTUK PENGAJARAN

TOPIK 1: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Pendahuluan Matlamat dan Objektif

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

Teknologi Pengajaran (2 jam)

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KUMPULAN 3 : TUGASAN INDIVIDU NAMA PELAJAR : MASITAH BINTI MD SOM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

Kurikulum Kebangsaan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Unit 5 Pendekatan Tematik

Pendahuluan Kandungan Sukatan Pelajaran

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah Memupuk Pelajar Aktif, Pengguna Cekap

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Model Pengurusan Strategik

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

KERJA KURSUS PROJEK: TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN EDU3105

Perunding Inokreatif Q (2015 v.1)

Pengenalan kepada Teknologi Animasi Digital

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

Padankan. Padankan. Padankan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PEMBELAJARAN MASTERI

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

TOPIK 3: MEDIA PENGAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KEMAHIRAN ASAS INDIVIDU MASALAH PENGLIHATAN

Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN FUNGSIONAL GURU AKADEMIK

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Haziqah Najian bt Zakira @ Zakeria PISMP 4.06 Tajuk 1 : Teknologi Pendidikan Konsep Teknologi : Berasal daripada bahasa Yunani techne yang bermaksud kemahiran. Kemahiran yang dimaksudkan ialah kemahiran menggunakan teknik moden dalam memajukan pendidikan. Saettler (1968), texera beermaksud membangunkan, menyulam dan tidak semestinya berkaitan dengan mesin. Naim (2000), perlakuan seni yang bukan semata-mata fokus kepada peralatan baru yang dicipta tetapi melibatkan hasil kreativiti seseorang dalam penciptaan mereka. Heinich, Molenda, & Russel (1993), teknologi bukan sekadar peralatan dan mesin sahaja tetapi merangkumi idea dan proses. Ab. Rahim Selamat (1992), teknologi sebagai aplikasi atau pemindahan kreatif sains kepada keperluan industry atau apa-apa keperluan teknikal yang lain. Pendidikan : Satu proses mengajar dan menyalurkan ilmu pengetahuan kepada golongan sasaran melalui komunikasi, kaedah, teori, peralatan dan secara latihan yang melibatkan satu proses berterusan. Teknologi Pendidikan : Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan mencakupi cara penyampaian maklumat kepada murid. Ianya juga merupakan satu pendekatan sistematik yang amat sesuai dan boleh diterima,

melibatkan proses merancang, membina, mereka bentuk, melaksana dan menilai aktiviti-aktitivi pembelajaran, serta penggunaan prinsip-prinsip saintifik untuk merancang dan melaksanakan sistem pengajaran. Teknologi pengajaran ialah penekanan kepada keperluan dan proses pengajaran yang berkesan. Teknologi pembelajaran pula merupakan pengetahuan dan kemahiran sistematik seseorang murid yang menggunakan ilmu itu untuk mengeksploitasi apa-apa sahaja bentuk perkakasan, perisian, sumber pembelajaran untuk tujuan peningkatan dan pengembangan pengetahuan, kemahiran, intelek dan afektif mereka. Domain-domain Teknologi Pendidikan Reka Bentuk Pembangunan Domaindomain Teknologi Pendidikan Penggunaan Penilaian Pengurusan a) Domain Reka Bentuk Reka bentuk merupakan satu proses yang sistematik untuk merancang dan menentukan ciri-ciri serta keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Domain reka bentuk menekankan pemahaman terhadap suasana sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran agar

Domain Reka Bentuk semua situasi diambil kira dan diberi perhatian dalam mereka bentuk proses pengajaran. Reka Bentuk Sistem Pengajaran Reka Bentuk Mesej Strategi Pengajaran Ciri-ciri Murid 1) Reka Bentuk Sistem Pengajaran Reka Bentuk Sistem Pengajaran Menganalisis Membina Melaksana Menilai Proses menentukan perkara atau topik yang akan dipelajari. Proses menghasilkan papan cerita dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Proses melaksanakan pengajaran dengan menggunakan bahan dan kaedah pengajaran yang bersesuaian. Proses menilai keberkesanan pengajaran supaya seseorang pendidik dapat membuat refleksi dan penambahbaikan terhadap sistem pengajaran mereka.

2) Reka Bentuk Mesej Penekanan kepada cara seseorang pendidik menyalurkan maklumat melalui mesej berbentuk audio visual yang boleh menarik perhatian murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses mengenal pasti dan merancang cara yang paling berkesan untuk menyampaikan mesej kepada murid. Perhatian, pengamatan dan ingatan murid dikira sebagai keperluan penting. 3) Reka Bentuk Strategi Pengajaran Perancangan yang perlu dilakukan sebelum pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Seels & Richey (1994), strategi pengajaran ialah spesifikasi untuk memilih dan menyusun peristiwa dan aktiviti pembelajaran dalam sesuatu unit pelajaran. Dick & Carey (1991), strategi pengajaran merangkumi komponen suatu set bahan pengajaran dan prosedur untuk menghasilkan pembelajaran. 4) Ciri-ciri Murid Guru perlu mengambil tahu mengenai kebolehan, kemahiran, pengetahuan sedia ada dan sikap murid supaya dapat memenuhi setiap objektif pengajaran yang disasarkan dan menjadi penentu kepada keberkesanan reka bentuk sistem pengajaran yang dirancang. Pengalaman murid seperti pengetahuan sedia ada dan kemahiran amat mempengaruhi keberkesanan proses (P&P). b) Domain Pembangunan Proses pembinaan produk hasil terjemahan spesifikasi reka bentuk. Empat kategori bahan dalam pembinaan bahan pengajaran adalah :-

Teknologi Cetak Teknologi Berasaskan Komputer Domain Pembangunan Teknologi Bahan Pandang Dengar Teknologi Bersepadu Teknologi cetak : cara membina bahan pengajaran seperti buku dan visual static seperti cetakan mekanikal dan fotografi. Teknologi bahan pandang dengar : televisyen, pembinaan slaid, filem, transparensi dan video. Teknologi berasaskan computer : pembinaan perisian computer menggunakan bahan berasaskan mikro pemproses, iaitu maklumat disimpan dalam bentuk digital, bukan bentuk cetak. Teknologi bersepadu : bahan pengajaran seperti bahan persembahan multimedia, hiperteks atau hypermedia yang menggabungkan semua media seperti teks, visual, audio dan animasi. c) Domain Penggunaan Pengaplikasian kaedah dan model pembelajaran, sumber pengajaran dan pembelajaran dan persekitaran pembelajaran. Terdapat empat kategori dalam domain penggunaan iaitu penggunaan media dan proses, penerimaan inovasi, pelaksanaan dan institusionalisasi.

Penggunaan Media dan Proses Intitusionalisasi Domain Penggunaan Penerimaan Inovasi Pelaksanaan Penggunaan media : proses menggunakan bahan dan sumber pengajaran secara sistematik dan bermakna. Penerimaan inovasi : proses yang dilakukan untuk menerima sesuatu perubahan dan pembaharuan yang dibuat dalam sistem supaya masyarakat dapat menerima perubahan dengan baik dan bersama-sama menggunakan inovasi serta menggerakkan perubahan tersebut. Pelaksanaan : proses menggunakan bahan pengajaran dalam proses P&P. Institusionalisasi : proses untuk menerima dan mengekalkan penggunaan bahan pengajaran yang dibina berdasarkan polisi dan peraturan yang ditetapkan oleh masyarakat. Domain ini melibatkan hubungan antara 3 aspek dalam P&P iaitu murid, sistem pendidikan dan sumber pembelajaran. d) Domain Pengurusan Domain yang bertanggungjawab membuat peranangan, penyusunan, penyelarasan dan penyeliaan bagi memastikan proses pengajaran dan

pembelajaran dilaksanakan dengan sistematik. Terdapat empat kategori di bawah domain ini. Domain Pengurusan Pengurusan Projek Pengurusan Sumber Melibatkan Melibatkan perancangan, perancangan, pemantauan pemantauan dan dan pengawalan pengawalan projek reka perkhidmatan bentuk dan bantuan sumber pembinaan dan bahan perkhidmatan pengajaran. media yang lain. Pengurusan Maklumat Melibatkan perancangan, pemantauan dan pengawalan pengumpulan, pemindahan dan pemprosesan maklumat kepada pelajar. cth : My SchoolNet Pengurusan Sistem Penyampaian Melibatkan perancangan, pemantauan dan pengawalan kaedah pemilihan media yang digunakan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. e) Domain Penilaian Proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P mahupun program pendidikan yang dilaksanakan. Domain Penilaian Analisis Masalah Ukuran Kriteria Rujukan Penilaian Formatif dan Sumatif Kajian Proses Cara atau kaedah Dijalankan untuk Penyelidikan yang mengumpulkan yang dipilih untuk melihat hasil dijalankan untuk data dan menguji penguasaan sebenar kerana mengatasi maklumat pelajar atau peserta kedua-dua permasalahan tentang masalah terhadap satu unit penilaian dibuat kelemahan yang yang dikaji. pelajaran atau untuk menguji wujud berdasarkan program yang pelajar atau data dan maklumat

dijalankan. peserta terhadap pengajaran atau program yang berjalan. Penilaian formatif : semasa. Ujian sumatif : selepas. yang telah dikumpul dan diproses supaya penambahbaikan dapat dilakukan. Prinsip Menggunakan Teknologi Pendidikan dalam Proses P&P i. Bahan Bantu Mengajar (BBM) Teknologi Pendidikan merupakan bahan dalam pengajaran dan bukannya pengganti pengajaran. Membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat dengan jelas supaya objektif pembelajaran dapat dicapai. Guru masih lagi medium utama di dalam kelas. ii. Pengajaran dan Pembelajaran TP digunakan oleh guru dan murid. Digunakan sebagai daya penarik dan menimbulkan minat serta keseronokan belajar. Penggunaan TP perlu bertunjangkan pengajaran dan pembelajaran dan bukannya untuk hiburan dan membuang masa. iii. Perancangan Penggunaan TP perlu dirancang dengan sistematik melalui tiga peringkat :- a. Sebelum Penggunaan Guru perlu merancang masa, aktiviti dan TP yang sesuai dengan topic pengajaran.

b. Semasa Penggunaan Guru dapat memberikan komentar terhadap aktiviti yang dijalankan dan memberikan penekanan kepada aspek yang penting. Murid dapat berinteraksi dan terlibat dengan aktif. c. Selepas Penggunaan Guru dapat merancang aktiviti lanjutan, membuat peneguhan dan pengukuhan terhadap kefahaman murid. iv. Kegunaan Memilih TP berdasarkan kesesuaian kegunaan agar penggunaan TP dapat dimanfaatkan sepenuhnya kepada guru dan murid. v. Objektif Pembelajaran Penggunaan TP dapat mencapai sesuatu objektif pembelajaran dan digunakan digunakan mengikut peringkat perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran. vi. Masa Digunakan pada masa yang sesuai. vii. Rujukan TP digunakan sebagai rujukan dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk. viii. Selepas Penggunaan

Selepas penggunaan, TP perlu ditanggalkan, diubah atau ditutup supaya fokus para pelajar tidak terganggu. ix. Pameran TP dipamerkan pada tempat yang bersesuaian seperti di dalam kelas atau papan kenyataan. Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Antara peranan TP ialah :- I. Memartabat profesion keguruan Guru akan lebih dihormati kerana mengaplikasikan penggunaan TP yang canggih di dalam pengajaran. II. Penjana pembaharuan dan inovasi kurikulum Kurikulum dalam bidang pendidikan perlu diselaraskan dengan kemajuan teknologi supaya sentiasa relevan dengan kehidupan masyarakat. III. Penggerak inovasi reka bentuk dan sistem pengajaran Kemajuan teknologi mempengaruhi pembinaan reka bentuk dan sistem pengajaran supaya ianya seiring dengan pergerakan arus teknologi. IV. Sumber penghasilan bahan bantu mengajar Guru boleh menghasilkan bahan bantu mengajar daripada kemajuan teknologi. V. Penyelesai masalah TP dapat membantu menyelesaikan masalah guru dari segi penjimatan masa, tenaga dan kos dalam proses P&P. VI. Pengurusan dan Pentadbiran Pengurusan dan pentadbiran akan menjadi lebih sistematik, efisien dan kerja dapat disiapkan dalam masa yang singkat.

Kepentingan Teknologi Pendidikan Guru 1. Guru akan menjadi lebih kreatif dan inovatif serta dapat memperluas kaedah dan penggunaan bahan bantu mengajar. 2. Membantu guru memperjelaskan maklumat kepada murid serta menjadikan proses P&P licin dan berjalan lancar. 3. Membantu guru menjimatkan masa dan tenaga semasa proses P&P. 4. Membantu menyelesaikan masalah yang sering dihadapi guru di sekolah seperti ketiadaan guru, jumlah murid yang ramai atau kekurangan sumber. Murid 1. Memberikan keseronokan serta motivasi kepada murid ketika belajar. 2. Membantu murid memahami dengan jelas konsep yang disampaikan guru. 3. Menggalakkan murid menggunakan semua deria di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 4. Murid dapat mempelajari, memahami dan menguasai sesuatu topik secara maksimum dalam masa yang minimum. 5. TP membantu murid memperoleh ilmu dan pengalaman. Tajuk 2 : Reka Bentuk Pengajaran KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN 1. Satu proses sistematis menterjemahkan prinsip-prinsip umum P&P kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran. Kategori RP : RP sebagai Satu Proses (Briggs, 1977) RP sebagai Satu Disiplin (Duffy dan Jonassen, 1991) RP sebagai Satu Sains (Richey, 1986)

3. Yusup Hashim (1998) - RP mengandungi 4 bidang: i. Reka bentuk sistem pengajaran ii. Reka bentuk strategi iii. Reka bentuk mesej iv. Ciri-ciri pelajar MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN 1. Richey (1986) menggariskan 6 elemen asas, iaitu : i. Menentukan keperluan pelajar ii. Menentukan matlamat dan objektif iii. Membina prosedur penilaian iv. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian v. Mencuba sistem pengajaran vi. Menilai keseluruhan sistem 2. Gustalfon (1991) membahagikan RP kepada 3 model berorientasikan : i. Bilik Darjah (tugas guru sebagai pelaksana sistem) ii. Produk iii. Sistem MODEL ADDIE Merupakan proses generik yg perlu diubah suai sebelum dapat digunakan, menjadi asas kepada semua model RP. A (Analysis) D (Design) D (Development) - Analisis - Bentuk - Perkembangan

I (Implementation) E (Evaluation) - Pelaksanaan - Penilaian MODEL ASSURE Heinech et al (1982) - Model RP berasaskan bilik darjah. Dapat membantu guru merancang P&P dengan baik dan berkesan. A- Analyse learner (analisis pelajar)- (1) Ciri umum; umur, tahap, latar belakang sosioekonomi (2) kompetensi khusus peringkat masuk; kemahiran sedia ada (3) Stail Pembelajaran ; sama ada auditori, visual, atau kinestatik S- State Objective (nyatakan objektif)- (1) tahap minimum sepatutnya dipelajari murid daripada P&P (2) fokus kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. S- Select Method, media & materials (kaedah, media, bahan)- Kaedah; simulasi, demonstrasi, latih tubi. Media; kriteria- (1)sepadan dengan kuri (2) maklumat tepat/terkini (3) bahasa jelas (4) menarik minat/cetus motivasi (5)menggalakkan penglibatan pelajar (6)kualiti teknikal (7) terbukti keberkesanan (8) terdapat panduan kegunaan. Reka bentuk Bahan; ambil kira; (1) objektif (2) pelajar (3) kos (4) kepakaran teknikal (5)peralatan (6)fasiliti (7)masa U- Utilise Media & materials (guna media, bahan); langkah (1)melihat bahan (2) sediakan bahan (3) sediakan persekitaran (4)sediakan pelajar (5)sediakan pengalaman pembelajaran. R-Require Learner Participation (dorong penglibatan pelajar); latihan, kuiz, projek E-Evaluate and revise (nilai dan semak)- (1)nilai pencapaian pelajar (2)pembelajaran yang terhasil (3)media/kaedah (4)penggunaan guru (5) penggunaan murid.

MODEL GAGNE, BRIGGS DAN WAGER (1992) Tentukan matlamat pengajaran Laksanakan analisis pengajaran Kenal pasti ciri-ciri pelajar Bentuk objektif pengajaran pembelajaran Pilih kaedah pengajaran Sediakan bahan pengajaran Rancang dan laksanakan penilaian formatif Rancang dan laksanakan penilaian sumatif PERANAN DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARAN 1. Meningkatkan pencapaian pelajar. 2. Menjadikan P&P bilik darjah lebih teratur 3. Memungkinkan objektif P&P dan hasil pembelajaran mudah tercapai. 4. Membantu dalam proses membuat keputusan. 5. Menjadikan penyampaian P&P selaras bagi kumpulan yangg pelbagai. 6. Menjimatkan masa dan peruntukan yangg besar, cth: Pendidikan Jarak Jauh REKA BENTUK MESEJ 1. Heinech et al (2002) media sebagai alat yang membantu proses komunikasi. 2. Reiser dan Gagne (1983) media sebagai sebarang cara fizikal yang memungkinkan mesej disampaikan. 3. Torkelson (1972) membahagikan media kepada 3 komponen : Mesej isi kandungan atau maklumat yang hendak disampaikan.

Bentuk mesej merujuk kepada cara maklumat disimpan; dalam bentuk yang sebenar, dalam bentuk abstrak, simbol, visual, gambaran dan bentuk bahasa. Saluran mesej alat fizikal yang digunakan dalam penyampaian mesej, dalam bentuk elektrikal, mekanikal dan digital. 4. Gagne dan Briggs (1974) 6 kategori media berdasarkan rangsangan fizikal media : Perkataan / struktur bahasa Bentuk bunyi bukan bahasa Perkataan bercetak Gambar statik Gambar bergerak Sampel sebenar