PERLAKSANAAN PROGRAM DAKWAH DI SEKOLAH SEBAGAI SUATU TUNTUTAN TERHADAP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

dokumen-dokumen yang mirip
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Disediakan Oleh: Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

GARIS PANDUAN PENTAKSIRAN BERASASKAN INTEGRATED HOLISTIC ASSESSMENT BOARD ( IHAB ) SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA NEGERI SELANGOR ( SAN )

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 MASALAH PEMBELAJARAN

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

KEFAHAMAN DAN AMALAN DALAM BERAGAMA: KAJIAN TERHADAP PELAJAR BARU UiTM PAHANG DAN PELAJAR BARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 MASALAH PEMBELAJARAN

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

Borang Penyertaan Pertandingan Marhaban Piala Y.A.B Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN ISLAM

Disediakan Oleh: Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PEMBELAJARAN)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

BAB 5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 1 / 2015

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

DSP Dunia Muzik Tahun 2 5 Januari 2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI DUNIA MUZIK TAHUN 2

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM) KERTAS KONSEP PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA DI SEKOLAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMAHIRAN BERDIALOG TIGA BAHASA MENERUSI PEMBANGUNAN APLIKASI DIALOGUE TRILOGY GAME

Kurikulum Kebangsaan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KAUNSELING BIMBINGAN KERJAYA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

BORANG PENYERTAAN Pertandingan Marhaban Piala Ahmad Zahid Hamidi

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BORANG SOALSELIDIK Keperluan dan penerimaan dakwah

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN ISLAM TAHUN DUA

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

SMK TAMAN TUN DR ISMAIL RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 / 2013

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Transkripsi:

PERLAKSANAAN PROGRAM DAKWAH DI SEKOLAH SEBAGAI SUATU TUNTUTAN TERHADAP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN. Mohd Azam Bin Mahat, Fakhrul Adabi Bin Abd. Kadir Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur. azam_nbr@yahoo.com.my ABSTRAK Kajian ini memfokuskan tentang perlaksanaan program dakwah di sekolah sebagai suatu tuntutan terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat untuk melahirkan individu yang seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi, dan jasmani tidak akan dapat dicapai sekiranya tidak diisikan dengan programprogram yang mampu untuk membentuk akhlak dan peribadi mereka. Oleh itu, pelaksanaan program-program dakwah oleh Sektor Pendidikan Islam dan Moral dilihat dapat membantu merangka dan melaksanakan program-program dakwah kepada para pelajar dengan cara yang lebih bersistematik dan berkesan. Pelaksanaan program ini juga merupakan suatu langkah untuk mewujudkan kefahaman dan penghayatan terhadap ajaran Islam yang sebenar. Kejayaan pelaksanaan program ini juga amat bergantung kepada kemahiran guru dalam memahami ilmu yang berkaitan dengan kemahiran berdakwah. Guru bertindak sebagai agen pelaksana atau para pendakwah yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala aktiviti dakwah di sekolah, agar hasrat pembentukan modal insan yang cemerlang dan seimbang seperti yang tercatat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi kenyataan. Pendahuluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang diumumkan secara rasmi pada tahun 1988 adalah penyataan matlamat atau arah tuju pendidikan kebangsaan yang terhasil daripada pertimbangan-pertimbangan laporan, akta pendidikan, rukun negara dan ciri-ciri ideologi serta kebudayaan masyarakat Malaysia (Mok Song Sang, 34: 2004). Matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan disamping melahirkan rakyat yang memiliki ilmu pengetahuan, keterampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, serta mampu memberi sumbangan untuk kesejahteraan dan kemakmuran negara. Oleh yang demikian, 1 International Conference on Humanities 2011

dapatlah diketahui bahawa pendidikan di Malaysia bukan sahaja berhasrat untuk melahirkan generasi yang memiliki ilmu pengetahuan tetapi turut memiliki akhlak dan jati diri yang berteraskan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Perlaksanaan Program Dakwah Melalui Mata Pelajaran Pendidikan Islam. Kesan daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pihak kerajaan telah menyelaras kurikulum pendidikan kebangsaan agar setiap mata pelajaran yang diajar menerapkan nilai-nilai murni sejagat bahkan hasrat ini telah diterjemahkan dengan perlaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran wajib bagi pelajar beragama Islam (Ahmad Kilani Mohamed, 34:2005). Falsafah pendidikan Islam menjelaskan bahawa Pendidikan Islam ialah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan terhadap Islam berdasarkan al-quran dan as-sunnah bagi membentuk sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat, alam sekitar dan negara demi mencapai kebahagian di dunia dan akhirat. Pendidikan Islam tidak boleh dilihat dalam konteks sebagai mata pelajaran semata-mata, sebaliknya mata pelajaran ini berperanan penting untuk memberikan pengisian terhadap terlaksananya Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri, 24: 2007). Oleh itu, ruang ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin melalui pelaksanaan programprogram dakwah di sekolah sebagai langkah untuk membentuk generasi yang memiliki ketinggian ilmu pengetahuan dan keunggulan akhlak dan budi pekerti. Bagi memastikan program dakwah kepada pelajar sekolah dapat dilaksanakan dengan jayanya, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menubuhkan Bahagian Dakwah, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) atau sebelumnya lebih dikenali sebagai Unit Dakwah, Bahagian Pelajaran Agama pada bulan Jun 1978. Unit ini berperanan untuk merancang dan menyelaraskan semua aktiviti agama di sekolah bantuan penuh kerajaan (Mohd Yusuf Ahmad, 109: 2002). Manakala pada tahun 1979, Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) atau juga dikenali sebagai MAKUS (Majlis Kegiatan Agama Sekolah-Sekolah) telah ditubuhkan oleh Bahagian Pelajaran Dakwah, Kementerian Pendidikan dengan pekeliling Bil, KP.5206/133 (44) bertarikh 21 Mac 1979 yang ditandatangani oleh Pengarah Bahagian 2 International Conference on Humanities 2011

Pelajaran Agama, Ustaz Haji Nik Mohyideen Musa (Buku Panduan Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah, 2: 2006). Oleh itu, perlaksanaan program dakwah merupakan suatu perkara yang diberikan perhatian oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam usaha untuk memastikan wujudnya keseimbangan di antara penguasaan terhadap ilmu pengetahuan dan pembangunan akhlak pelajar sebagai aset penting kepada negara. Dakwah Islamiah Pembentukan generasi berakhlak seperti yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan menuntut kepada perlaksanaan program dakwah. Ini keranda dakwah merupakan satu proses mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran. Kamus Dewan mendefinisikan dakwah sebagai kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan (Hajah Noresah, 305: 2007). Manakala menurut Abu Bakar Abd. Majid, dakwah ialah suatu usaha untuk menyampaikan, mengajak atau menyeru manusia untuk mengenali Islam, menerima dan menghayati kandungan serta dilaksanakan menerusi kaedah, cara dan pendekatan tertentu (Abu Bakar Abd. Majid, 121: 1999). Terdapat juga yang mendefinisikan dakwah sebagai suatu misi, propaganda atau proses penyebaran agama Islam (Badlisham Mohd Nasir, 1: 2003). Matlamat dakwah juga seiring dengan matlamat yang tercatat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Said Hawwa, dakwah bermatlamat untuk memperbaiki diri sendiri, membentuk keluarga yang murni, membimbing masyarakat, membebaskan tanah air dari dijajah dan memperbaiki pemerintahan sehingga menjadi pemerintahan Islam (Said Hawwa, 31: 1980). Manakala Ab. Aziz Mohd Zain menjelaskan dakwah mempunyai lima matlamat, matlamat yang pertama ialah untuk membawa mereka yang belum menganut agama Islam kembali kepada agama fitrah ini. Kedua, dakwah bermatlamat untuk mempertingkatkan mutu kefahaman dan penghayatan Islam terhadap orang Islam sehingga melahirkan kekuatan dan keyakinan kepada mereka terhadap Islam. Selain itu, dakwah juga bermatlamat untuk mendirikan sebuah negara Islam yang diredhai oleh Allah s.w.t. Matlamat yang keempat pula ialah, untuk mempersiapkan diri umat manusia kepada keselamatan dan kebahagiaan hidup. Manakala matlamat yang kelima ialah untuk memperolehi keredhaan daripada Allah dan mengecapi nikmat syurganya (Ab. Aziz Mohd. Zain, 37: 1997). 3 International Conference on Humanities 2011

Berdakwah juga merupakan suatu kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu muslim, hukum dakwah boleh menjadi fardhu ain dan juga fardhu kifayah mengikut keadaan dan suasana setempat. Sekiranya jumlah para pendakwah semakin sedikit sedangkan perlakuan maksiat semakin banyak, pada ketika itu ia menjadi fardhu ain kepada setiap umat Islam. Dalam masa yang sama ia juga boleh menjadi fardhu kifayah sekiranya di sesuatu tempat itu telah ada individu atau pihak yang melaksanakan tugas tersebut dengan baik (Jum`ah Amin Abdul Aziz, 36: 2008). Manakala pandangan sebahagian besar para ulama` (ijma` ulama`) ialah hukum berdakwah itu adalah fardhu atau wajib, iaitu wajib kifa`i (fardhu kifayah) dan wajib ayni (fardhu ain). Sekiranya telah ada segolongan umat Islam yang melaksanakan tugas dakwah, maka gugurlah kewajipan itu kepada orang lain. Namun sekiranya ia mendapati bahawa dirinya sahaja yang berpegang kepada ajaran Islam di tempat tinggalnya maka pada waktu itu hukumnya adalah wajib ayni (fardhu ain) ke atas dirinya (Ghazali Darussalam, 20: 1996). Peranan Guru Sebagai Pendakwah Pendakwah merupakan individu sama ada lelaki atau perempuan muslim yang menyeru manusia kepada Islam, mereka juga turut dikenali sebagai da`i atau juru dakwah. Menurut Ab. Aziz Mohd Zin, pendakwah ialah orang yang berusaha mengajak orang lain kepada Islam dengan cara-cara tertentu (Ab. Aziz Mohd Zin, 136: 1997). Guru merupakan individu yang mempunyai tanggungjawab sebagai pendakwah, ia disebabkan mereka ialah golongan yang memiliki ilmu pengetahuan dan bertanggungjawab untuk menyampaikannya (Ghazali Darusalam, 155: 1996). Para guru perlu sedar bahawa, tugas dan peranan tidak hanya untuk menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, bahkan menurut Islam guru juga mempunyai tanggungjawab sebagai Mu`alim iaitu penyampai ilmu, Mudarris iaitu pengajar pelajaran dan kemahiran, Murabbi iaitu sebagai pengerak proses tarbiah, Mu`addib iaitu sebagai pembentuk akhlak dan Mursyid iaitu sebagai pembentuk kepimpinan insane (Mohd Azam Mahat, 16: 2009). Oleh itu, dapat difahami bahawa guru mempunyai tanggungjawab yang sangat penting selain daripada menyampikan ilmu pengetahuan, mereka turut bertanggungjawab bertindak sebagai pendakwah yang berperanan untuk membentuk dan mendidik akhlak pelajar. 4 International Conference on Humanities 2011

Isi Kandungan Dakwah Kepada Para Pelajar Isi kandungan atau maudhu` dakwah merujuk kepada isi atau bahan yang akan disampaikan oleh para pendakwah kepada sasaran mereka. Secara dasarnya isi kandungan dakwah adalah segala bentuk ajaran yang terdapat di dalam agama Islam, ini kerana pengertian dakwah itu sendiri adalah untuk menarik manusia kepada seruan Islam sebagai satu cara hidup dan agama yang diredhai oleh Allah (Ideris Endot, 1: 1988). Isi kandungan dakwah bagi para pelajar sekolah hendaklah diambil daripada sukatan pelajaran pendidikan Islam. Sukatan pelajaran merupakan satu dokumen rasmi atau garis panduan berkenaan sesuatu mata pelajaran yang dikeluarkan oleh Pusat Pekembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (Shahabuddin Hashim, 181: 2005). Melalui mata pelajaran pendidikan Islam, ia dapat dibahagikan kepada empat bidang pengajaran untuk sekolah rendah, iaitu bidang asuhan tilawah al-quran, bidang asas ulum syar iyah, bidang asas adab dan akhlak Islamiah dan bidang pelajaran jawi (Ahmad Mohd. Salleh, 87: 2003). Manakala untuk sekolah menengah hanya terdapat tiga bidang sahaja iaitu Bidang Tilawah al-quran dan Hadis, bidang ulum syar iyah, bidang adab dan akhlak Islamiah. Bidang asuhan tilawah al-quran mengandungi ayat-ayat pilihan daripada al-quran mengikut tema-tema tertentu yang berkaitan kehidupan seharian. Bidang ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu sebahagian ayat untuk tilawah, sebahagian untuk kefahaman dan sebahagian lagi untuk hafazan. Bagi sekolah menengah, bidang ini ditambah dengan pembelajaran berkaitan pengenalan tentang hadis, konsep hadis sebagai sumber hukum serta kefahaman terhadap hadis-hadis pilihan mengikut tema yang telah ditetapkan. Bidang yang kedua ialah bidang asas Ulum Syar iyah. Di bawah bidang ini terdapat tiga teras utama iaitu aqidah, ibadah dan sirah. Melalui teras aqidah, para pelajar akan mempelajari asas-asas aqidah menerusi pemantapan iman, memupuk sikap tanggungjawab murid terhadap Allah dan rasul, diri sendiri, keluarga, masyarakat, alam sekitar dan negara. Manakala di dalam teras ibadah pula, para pelajar akan mempelajari kaedah perlaksanaan ibadah yang meliputi perkara fardhu ain dan fardhu kifayah. Melalui teras ini juga, para pelajar akan diberikan penekanan terhadap perlakuan amali ibadah seperti perlakuan berwudhuk, bertayamum, solat dan lain-lain lagi. Manakala teras yang terakhir ialah sirah, iaitu para pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dan mengambil pengajaran daripada sirah-sirah 5 International Conference on Humanities 2011

yang dilalui oleh nabi Muhammad s.a.w, bermula dari peristiwa sebelum kelahiran sehingga ke peristiwa kewafatan baginda. Manakala di peringkat sekolah menengah, teras ini dilanjutkan sehingga ke zaman tamadun Islam. Melalui bidang ini juga, pelajar akan diperjelaskan mengenai implikasi akidah, ibadah dan sirah dari segi tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara (Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam: 2004) Bidang yang ketiga ialah bidang asas adab dan akhlak Islamiah. Bidang ini bertujuan untuk melahirkan murid yang bertaqwa, bertanggungjawab dan berakhlak mulia dalam kehidupan seharian. Pengajaran adab dan akhlak Islamiah meliputi hubungan manusia dengan Allah, dan hubungan sesama manusia yang diajar melalui tema-tema tertentu seperti adab terhadap rakan, guru, ibu bapa, alam sekitar dan negara. Melalui bidang ini juga para murid akan diberikan panduan terhadap amalan yang perlu dilakukan dan juga amalan yang perlu dihindari oleh mereka. Bidang keempat ialah bidang jawi yang diajar di sekolah rendah sahaja. Bidang ini telah menjadi salah satu elemen di dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam semenjak kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR) diperkenalkan. Melalui bidang ini diharapkan agar para pelajar mampu menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis jawi (3M jawi) dengan sempurna (Buku Panduan Kursus Pemantapan Guru-Guru j-qaf, 1: 2007). Guru pendidikan Islam bertanggungjawab untuk mengajar kesemua tajuk-tajuk tersebut mengikut rancangan tahunan yang telah ditetapkan. Bagi menambahkan kefahaman murid terhadap tajuk-tajuk yang telah diajar di dalam kelas, ia memerlukan kepada programprogram pemahaman yang dilaksanakan melalui program dakwah di sekolah-sekolah seperti perlaksanaan program Kem Bestari Solat untuk meningkatkan kefahaman murid kepada amali solat dan program sambutan Maulidur Rasul bagi memberikan penjelasan kepada pelajar akan perjalanan sirah nabi Muhammad s.a.w. Uslub Dakwah Kepada Para Pelajar Di antara perkara yang perlu diberikan perhatian semasa melaksanakan program dakwah kepada para pelajar ialah pemilihan uslub dakwah yang sesuai. Uslub merujuk kepada suatu teknik atau metode yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu, manakala uslub dakwah bolehlah diertikan sebagai teknik atau pendekatan yang digunakan untuk berdakwah. Penggunaan uslub yang sesuai dapat menarik minat sasaran dakwah terhadap isi kandungan 6 International Conference on Humanities 2011

yang ingin disampaikan. Uslub berdakwah kepada para pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah adalah berbeza, sekiranya pendakwah menggunakan uslub yang sama ia akan menyebabkan para pelajar yang dianggap sebagai sasaran dakwah menjadi bosan dan akan menolak dakwah tersebut. Secara asasnya uslub dakwah berkisar terhadap firman Allah : Serulah (manusia) kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang baik. (Surah an-nahl: 125) Tafsiran ayat ini menurut Said Qutb ialah dakwah hendaklah dilaksanakan dengan penuh berhikmah iaitu dengan penggunaan uslub penyampaian yang bersesuaian dan mengikut batasan kemampuan sasaran dakwah agar tidak sampai kepada peringkat menyulitkan atau menyukarkan mereka. Bahkan menurut beliau, para pendakwah tidak boleh berlebih-lebihan ketika menyampaikan dakwah, sehingga sasaran dakwah berasa terbeban sebelum mereka benar-benar bersedia. Disamping itu juga, para pendakwah perlu menggunakan uslub dakwah dengan memberi nasihat dan berdebat dengan cara yang baik (Said Qutb, 223-224: 2003). Ab. Aziz Mohd Zin pula menjelaskan, uslub dakwah juga boleh dilaksanakan dengan cara memberikan penjelasan yang nyata, berperingkat-peringkat mengikut kemampuan sasaran, memudahkan, menjinakkan iaitu tidak menggunakan pendekatan yang boleh menyebabkan sasaran dakwah menjauhkan diri dari pendakwah, menjelaskan sebab disebalik suruhan dan larangan Islam dan memberikan penjelasan terhadap Islam mengikut kesesuaian keadaan sasaran (Ab. Aziz Mohd Zin, 41: 1999). Sebagai panduan untuk menentukan uslub dakwah yang sesuai, ia boleh dikenal pasti melalui jawapan daripadan soalan-soalan ini iaitu siapa sasaran dakwah kita?, di mana tempat kita sedang berdakwah?, dan ke arah mana kita hendak memberikan penjelasan kepada sasaran dakwah kita? (Ali Jarisyah, 31-33: 1987). Setelah mendapatkan jawapan terhadap persoalan tersebut, barulah boleh dipastikan uslub dakwah yang sesuai mengikut keadaaan dan kemampuan sasaran. Adakalanya uslub dakwah ini perlu kepada cara yang lemah lembut dan berjenaka. Ada adakalanya ia juga perlu kepada ketegasan dan ancaman mengikut kepada persoalan yang telah dijelaskan tadi. 7 International Conference on Humanities 2011

Wasilah Dakwah Kepada Para Pelajar Menurut Kamus Dewan edisi keempat, wasilah bermaksud; ikatan, perhubungan, atau pertalian (Hajah Noresah, 1803: 2007). Ia boleh diertikan sebagai suatu perkara yang menjadi penghubung atau penyampai kepada perkara yang lain. Justeru itu, wasilah dakwah di sini bolehlah didefinisikan sebagai saluran atau media yang digunakan untuk menyampai isi kandungan dakwah kepada sasaran dakwah. Abd. Karim Zaidan pula menjelaskan bahawa wasilah atau saluran dakwah itu secara umumnya terdapat tiga bentuk. Wasilah yang pertama ialah melalui bahasa, seperti ceramah, nasihat dan penulisan buku, makalah dan sebagainya, manakala wasilah yang kedua pula ialah melalui perbuatan atau tingkah laku dan yang ketiga ialah melalui contoh akhlak yang baik (Abd. Karim Zaidan, 266: 1980). Selain itu, hiburan seperti nyanyian lagu nasyid juga boleh dijadikan wasilah untuk berdakwah dengan penyediaan hiburan alternatif khususnya kepada golongan remaja yang sangat suka kepada hiburan. Penggunaan nasyid mampu untuk mendidik peribadi golongan remaja yang gemar kepada hiburan (Nurul Aini K. Azhari, 111: 2006). Wasilah atau saluran dakwah akan berubah mengikut perkembangan semasa, ia juga bergantung kepada daya kreativiti seseorang guru yang bertindak sebagai pendakwah di dalam menggunakan pelbagai saluran yang ada dengan sebaik mungkin sebagai medium untuk penyebaran ajaran Islam. Kemajuan masa kini menyebabkan ada beberapa wasilah yang belum pernah digunakan oleh para pendakwah masa lalu, tetapi telah digunakan dengan sebaik mungkin oleh para pendakwah masa kini seperti penggunaan ICT, Tayangan Video, Animasi, nyanyian, perkhemahan, pertandingan dan sebagainya yang boleh dimanfaatkan untuk penyebaran dakwah kepada para pelajar. Penutup Perlaksanaan program dakwah di sekolah merupakan satu langkah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan hasrat yang tercacat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi kenyataan. Usaha ini amat memerlukan perancangan dan strategi yang rapi oleh pihak kementerian disamping bantuan yang diberikan oleh para guru yang bertindak sebagai pendakwah dan agen perubah masyarakat. Bagi memastikan hasrat ini tercapai, pihak kementerian perlu memberikan tumpuan terhadap isi kandungan yang sesuai, uslub atau 8 International Conference on Humanities 2011

pendekatan dan juga wasilah atau saluran untuk penyampaian proses dakwah tersebut. Kesemua elemen ini perlu diperhalusi dan diterjemahkan melalui perlaksanaan pelbagai program dakwah kepada para pelajar di sekolah rendah dan menengah, agar usaha pembentukan akhlak yang menjadi asas kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi realiti. Rujukan Ab. Aziz Mohd Zain (1997), Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Ab. Aziz Mohd Zain (1999), Psikologi Dakwah. Kuala Lumpur: JAKIM Abdul Karim Zaidan (1980), Dasar-Dasar Ilmu Dakwah. Kuala Lumpur: Media Dakwah Abu Bakar Abd. Majid (1999), Multimedia Dan Islam. Kuala Lumpur: IKIM Ahmad Kilani Mohamed (2005), Pengurusan Pendidikan Di Sekolah, Huraian Menurut Perspektif Islam. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia Ahmad Mohd. Salleh (2003), Pendidikan Islam, Falsafah, Sejarah Dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd Ali Jarisyah (1987), Pendakwah Bukan Pelampau.(terj.) Selangor: Penerbitan Hizbi Badlisham Mohd Nasir (2003), Da`wah And The Malaysia Islamic Moverments. Selangor: Synergymate Sdn. Bhd Ghazali Darussalam (1996), Dinamika Ilmu Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd Hajah Noresah (2007), Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ideris Endot (1988), Tasawwur Dakwah Islamiah Di Malaysia. Kuala Lumpur: Ar- Rahmaniah Jum`ah Amin Abdul Aziz (2008), Fiqih Dakwah, Prinsip Dan Kaidah Asasi Dakwah Islam. (terj.)solo: Era Intermedia Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri (2007), Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia Mohd Azam Mahat (2009), Guru Pendidik, Pengajar Atau Pendakwah. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd Mohd Yusuf Ahmad (2002), Falsafah Dan Sejarah Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Mok Song Sang (2004), Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepas Ijazah) Sekolah Menengah Semester 1 & 2. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd 9 International Conference on Humanities 2011

Nurul Aini K. Azhari (2006), Mengurus Diri & Masa. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd Said Hawwa (1980), Fi Afaq al-ta`alim. Qaherah: Maktabah Wahbah Said Qutb (2003), Fi Zhilalil Qur`an. (terj.) Jakarta: Gema Insani Press Shaharuddin Hashim (2005), Pedagogi, Strategi Dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd (2006), Buku Panduan Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah. Selangor: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia (2004), Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tahun 3.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 10 International Conference on Humanities 2011