TAJUK 10 KEHAKIMAN. Kehakiman dan undang-undang Struktur dan fungsi mahkamah Hakim. Perlantikan Hakim Tribunal Kod Etika Hakim

dokumen-dokumen yang mirip
TAJUK 4 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

OLEH AZI RAHIMEE BIN MOHAMED

Undang-Undang Malaysia

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

TAJUK 6 Demokrasi Berparlimen. Konsep demokrasi berparlimen Pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI

TAJUK 6 DEMOKRASI BERPARLIMEN

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

Pasukan Sukarelawan Malaysia 1 D.R. 21/2012 RANG UNDANG-UNDANG PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA 2012

Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia

Sistem dan Struktur Pentadbiran Negara

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

TAJUK 9 PERUNDANGAN. Parlimen Dewan Rakyat Dewan Negara Penggubalan Undang-Undang

AKTA PILIHAN RAYA 1958

OBJEKTIF. 100% Pelajar dapat menyenaraikan 3 Bidang Kuasa Badan Kehakiman

Mahkamah Rendah (Pindaan) 1 D.R. 21/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Mahkamah Rendah 1948.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

ULASAN KES JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & YL LWN BERJAYA BOOKS SDN. BHD. & YL [2015] 3 CLJ 461

Undang-Undang Malaysia

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 1 D.R. 27/2008. Rang Undang-Undang Suruhanjaya pelantikan kehakiman 2008

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

FUNGSI BADAN EKSEKUTIF

JPA(S)TT. 71/3/1 ( 16 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

1 Mac Semua Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Mahkamah Tinggi Malaya. Semua Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

TAJUK 7 SISTEM PERSEKUTUAN. Konsep asas persekutuan Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri Pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan

D.R. 4/96. Naskhah Sahih Bahasa Kebangsaan RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Angkatan Tentera 1972.

D.R. 20/95 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

PERANAN JAKSA PENDAMAI. Oleh. Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711)

PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 / 1 OBJEKTIF. sepatutnya dapat :

Undang-Undang Malaysia

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 15 AKTA HASUTAN Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Undang-Undang Malaysia

RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian,

PENDAKWA SYARIE LWN NOOR WAHIDA BT AHMAD AZRI [2013] 3 SHLR 116

Tribunal Tuntutan Pengguna. Written by Administrator Thursday, 13 August :17 -

AKTA SARAAN HAKIM 1971

Pengajian Am (Kertas 1) SUMBER UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 62 AKTA AUDIT Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

Majlis Keselamatan Negara 1 D.R. 38/2015 RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2015

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

NO. AWARD : 900 TAHUN 2016

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

20hb Jun 2002 P.U. (A) 246. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

Bertempat di. Aras 5, Imperial Grand Ballroom 1 Imperial Hotel, Jalan Datuk Tawi Sli Kuching

Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 1 D.R. 19/2012 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

DASAR ANTI RASUAH RGIS

KAEDAH-KAEDAH PENGANTARAAN KLRCA JADUAL-JADUAL PENGANTARAAN KLRCA

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Pergigian 1 D.R. 46/2017 RANG UNDANG-UNDANG PERGIGIAN 2017

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

AKTA PERSATUAN NELAYAN 1971

(b) apa-apa perkara lain yang berbangkit daripada pengauditan itu sebagaimana yang difikirkannya patut dilaporkan,

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

KURSUS TEKNIKAL UNDANG-UNDANG KADI DAN PENDAKWA NEGERI PULAU PINANG 7 Oktober 1992 hingga 8 Oktober 1992

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

BAHAGIAN III KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI

Undang-Undang Malaysia

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 1 D.R. 28/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

TATATERTIB DAN SURCAJ. (Gambar)

PINDAAN AKTA 355: SOALAN-SOALAN LAZIM. Oleh. Tun Abdul Hamid Mohamad

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

ETIKA MESYUARAT AGUNG

GARIS PANDUAN MENJALANI LATIHAN AMALI/ INDUSTRI/ SANGKUTAN DI MAHKAMAH-MAHKAMAH SELURUH MALAYSIA

UNDANG-UNDANG (PERUNTUKAN KHAS) Akta 202 CETAKAN SEMULA. Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

TAKLIMAT PENGENALAN SUBMODUL PENGURUSAN TATATERTIB. Bahagian Pengurusan Maklumat, JPA

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

STATISTIK KES SIVIL MAHKAMAH MAJISTRET TELOK DATOK BULAN JUN TAHUN 2010 MAJISTRET : TUAN HURMAN BIN HUSSAIN

PERATURAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, MESYUARAT AGUNG KHAS DAN MESYUARAT JAWATANKUASA

TATACARA PENDAFTARAN KES TANGKAPAN SAMAN & WARAN DI MAHKAMAH SYARIAH

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

ABDUL KARIM BIN ABDUL AZIZ HARNANI BINTI SHUMSUDIN PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TEL : E-MEL :

Transkripsi:

TAJUK 10 KEHAKIMAN Kehakiman dan undang-undang Struktur dan fungsi mahkamah Hakim Perlantikan Hakim Tribunal Kod Etika Hakim

KEHAKIMAN DAN UNDANG-UNDANG Tujuan undang-undang diwujudkan : 1. mencapai keadilan dalam masyarakat 2. menggalakkan ahli masyakat melakukan sesuatu yang baik & adil dalam apa jua keadaan Undang-undang : proses interaksi sosial menggambarkan masyarakat itu sendiri dari aspek ekonomi, politik, sosial, nilai-nilai moral

Peranan undang-undang dan kehakiman di Malaysia Undang-undang : keadilan dan kesamarataan dalam masyarakat menggalakkan ahli masyakat melakukan sesuatu yang baik & adil dalam apa jua keadaan berkhidmat untuk masyarakat sebahagian proses interaksi sosial menggambarkan kehidupan masyarakat dari aspek ekonomi, politik, sosial dan nilai-nilai moral masyarakat heterogenous Kehakiman : Memastikan undangundang dilaksanakan dan dihormati keadilan dan kesamarataan dijalankan oleh badan yang bertanggungjawab

FUNGSI DAN PERANAN BADAN KEHAKIMAN 1. Melindungi hak-hak asasi manusia daripada pencerobohan pihak eksekutif, pihak-pihak tertentu, mahupun orang perseorangan 2. Mentafsir plembagaan & undang-undang. 3. Menyemak undang-undang Palimen, DUN dan pertubuhan 4. Mengisytiharkn sesuatu undang-undang atau tindakan tertentu sebagai tidak sah jika diminta 5. Membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan setakat mana ia bercanggah 6. Menjadi pentadbir keadilan dalam kes-kes sivil dan jenayah di Malaysia 7. Menjadi pentadbir keadilan dalam kes-kes yang berlaku dalam kapal atau kapal terbang yang didaftarkan di Malaysia (walaupun kapal terbang itu berada di ruang atau lautan antarabangsa)

Bidang Kuasa Kehakiman Dalam Bidang Perundangan Dan Eksekutif Kuasa mentafsir perlembagaan dan undangundang. Kuasa mengisytiharkan sesuatu undangundang persekutuan dan undang-undang negeri tidak sah dan batal. Kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah dan batal di sisi undangundang.

KUASA KEHAKIMAN Kuasa kehakiman terletak pada: a) 2 buah Mahkamah Tinggi (Malaya & Borneo) yang sama taraf. b) beberapa buah mahkamah rendah. Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1988: Kuasa kehakiman tidak lagi berada secara eksklusif kepada pihak mahkamah tapi tertakluk kepada peruntukan dalam undang-undang persekutuan. Kuasa untuk menetapkan tempat atau mahkamah bagi perbicaraan terletak pada Peguam Negara.

Semenanjung Malaysia Hierarki Mahkamah Awam Mahkamah Persekutuan Mahkamah Rayuan Sabah & Sarawak Mahkamah Tinggi Malaya Mahkamah Tinggi Borneo Mahkamah Sesyen Mahkamah Majistret Kelas 1 Mahkamah Sesyen Mahkamah Majistret Kelas 1 Mahkamah Tuntutan Kecil Mahkamah Tuntutan Kecil Mahkamah Penghulu 7

Mahkamah Persekutuan Mahkamah tertinggi dan mahkamah rayuan yang muktamad di Malaysia. Sebelum 24 Jun 1994, dikenali sebagai Mahkamah Agong Ditubuh mengikut peruntukan Perkara 121, Perlembagaan Persekutuan. Dianggotai oleh Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Borneo serta 7 orang hakim lain. Bersidang dalam panel yg mengandungi 3 orang hakim yang dipilih oleh Ketua Hakim Negara. Kes yg melibatkan kepentingan awam, mahkamah akan bersidang dalam panel yg terdiri daripada 5 orang hakim. Keputusan prosiding perbicaraan dibuat berdasarkan pendapat majoriti hakim yg menganggotai panel itu. Semua keputusan mahkamah ini yang berkaitan sivil mahupun jenayah perlu dipatuhi oleh mahkamah lain. 8

Bidang Kuasa Mahkamah Persekutuan Mendengar & menentukan rayuan kes-kes jenayah dan sivil terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. Menentukan rayuan perkara undang-undang yg mempunyai kepentingan umum dlm kes-kes jenayah daripada Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi. Menentukan hujah undang-undang yang dirujuk oleh Mahkamah Tinggi bagi menjalankan kuasa pengadilan jenayah asalnya. Menentukan kesahan undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Memutuskan pertikaian antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat atau pertikaian antara kerajaan negeri. Menasihati YDPA dalam menguatkuasakan mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. 9

MAHKAMAH RAYUAN Ditubuh pada 24 Jun 1994 utk mengendalikan kes rayuan yg dibuat selepas keputusan perbicaraan di Mahkamah Tinggi. Mahkamah ini memberi satu lagi peluang pihak tertuduh untuk membuat rayuan bagi kes jenayah selain rayuan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan. Terdiri daripada Presiden/ Yang Dipertua serta 10 orang hakim lain yang dilantik oleh YDPA. Presiden bertanggungjawab menentukan prosiding serta jumlah hakim bagi mendengar dan memutuskan sesuatu kes. Jumlah panel mestilah sekurang-kurangnya 3 orang hakim atau lebih. Prosiding Mahkamah Rayuan diputuskan mengikut keputusan pendapat majoriti hakim yg menganggotai panel itu. Seseorang hakim mahkamah terbabit juga turut bersidang sebagai hakim Mahkamah Persekutuan atas arahan Ketua Hakim Negara. 10

Bidang Kuasa Mahkamah Rayuan Menjadi perantaraan antara Mahkamah Persekutuan dengan Mahkamah Tinggi. Memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bagi kes sivil dan jenayah. Bagi rayuan kes sivil, jumlah atau nilai perkara yang terlibat mestilah tidak kurang daripada RM250 000.00. Mahkamah Rayuan tidak mempunyai sebarang bidang kuasa asal. 11

Mahkamah Tinggi Mahkamah Tinggi Malaya Mahkamah Tinggi Borneo 1 orang Hakim Besar 47 orang hakim 1 orang Hakim Besar 10 orang hakim Bidang Kuasa Mahkamah Tinggi Ada bidang kuasa asal yang tidak terhad bagi kes sivil dan jenayah. Mendengar & menetukan rayuan bagi kes-kes jenayah dan sivil daripada Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen. Mengawasi & menyemak keputusan semua kes sivil dan jenayah Mahkamah Rendah. 12

Mahkamah Sesyen Bidang Kuasa Mahkamah Sesyen Bidang kuasa meliputi pengadilan jenayah bagi semua kesalahan kecuali kesalahan yang membawa hukuman mati. Mempunyai kuasa untuk menjatuhkan apa-apa hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang selain hukuman mati. Kes sivil: Jumlah nilai wang atau nilai pokok yang dituntut tidak melebihi RM250 000.00. Mempunyai kuasa menjalankan siasatan permulaan bagi kes-kes yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi. 13

Mahkamah Sesyen Bidang kuasa mahkamah ini tidak terhad utk mendengar & memutuskan sebarang tindakan atau tuntutan untuk: a) Mendapatkan semula harta tak alih. b) Mengeluarkan perintah kepada pegawai mahkamah untuk mengembali atau merampas harta daripada pemilik. c) Membicarakan kemalangan kenderaan bermotor. d) Tuan tanah dan penyewa tanah. e) Mengeluarkan writ atau waran dan saman. Mahkamah ini tidak berkuasa untuk mendengar dan membicarakan sebarang kes rayuan. 14

Mahkamah Majistret Kelas 1 Mahkamah ini diadili oleh Majistret Kelas 1 yg dilantik oleh: a. YDPA : Wilayah Persekutuan. b. Sultan/ Yang Dipertua Negeri bagi negeri tempat majistret itu berkhidmat : Negeri2 lain. Seorang Majistret Kelas 1 mempunyai bidang kuasa mendengar dan memutuskan rayuan daripada Mahkamah Penghulu tapi segala rayuan dari Mahkamah Majistret Kelas 1 dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi. Majistret Kelas 1 (Semenanjung M sia) Mahkamah Penghulu sudah tiada Mahkamah Tinggi 15

Bidang Kuasa Mahkamah Majistret Kelas 1 Membicarakan kesalahan yang hukumannnya tidak melebihi 10 tahun penjara serta kesalahan2 di bawah Seksyen 392 dan 457, Kanun Keseksaan. Hukuman maksimum yg boleh dikenakan oleh mahkamah ini ialah 5 tahun penjara, sebatan rotan 12 kali, denda RM 10 000.00 atau gabungan ketiga-tiganya. Kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya, 1952, Akta Keseksaan 1953 dan Akta Kastam, 1967, majistret boleh mengenakan denda yang tinggi daripada RM10 000.00. Diberi kuasa untuk menyelenggarakan siasatan permulaan bagi tuduhan2 yang berat dari Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen sebelum dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan. (Jika mahkamah ini mendapati tedapat bukti yang cukup, tertuduh akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Jika tidak, tertuduh akan dibebaskan) Kes-kes sivil, nilai jumlah pertikaian tidak melebihi RM 25 000.00 SETAHUN. 16

Mahkamah Tuntutan Kecil Turut dikenali sebagai Mahkamah Majistret Kelas 2. Bidang kuasa kurang daripada Mahkamah Majistret Kelas 1. Diketuai oleh Majistret Kelas 2 dan diadili oleh para pegawai kehakiman yang berpengalaman. Mahkamah ini bertujuan untuk memblehkan seseorang memperoleh kembali hutang atau tuntutan yang tidak melebihi RM 3000.00. Segala rayuan dari mahkamah ini dibicarakan di Mahkamah Tinggi 17

Mahkamah-Mahkamah Khas Ditubuhkan untuk membicarakan kesalahan2 oleh pihak tertentu sahaja. Biasanya mahkamah tertutup tidak di buka kepada semua orang kecuali mahkamah syariah. 18

Mahkamah-Mahkamah Khas Jenis-Jenis Mahkamah Kes Perbicaraan Mahkamah Khas Raja-Raja Mahkamah Kanak-kanak Mahkamah Syariah Mahkamah Tentera Mahkamah Bumiputera Mahkamah Perusahaan Kesalahan yang dilakukan oleh YDPA dan sultan-sultan atas sifat peribadi Kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang berumur antara 10 hingga 18 tahun Kesalahan yang dilakukan oleh orang yang beragama Islam dari segi undang-undang Islam Kesalahan yang dilakukan oleh anggota tentera Kesalahan yang dilakukan dari segi adat resam kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak Perkara yang melibatkan pertelingkahan pihak majikan, para pekerja dan kesatuan sekerja 19

Mahkamah Khas Raja-Raja Ditubuhkan pada 29 Mac 1993 Tujuan ditubuhkan untuk membicarakan kesalahankesalahan yang di lakukan oleh Yang dipertuan Agong atau Sultan/RaJa mana-mana negeri Dipengerusikaan oleh Ketua Hakim Negara Mempunyai bidang kuasa yang sama dengan mahkamah awam yang lain dan segala keputusan adalah muktamad. Perkara 183,Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa tiada sebarang tindakan sivil atau jenayah boleh dimulakan ke atas YDPA atau sultan tanpa persetujuan Peguam Negara. 20

Mahkamah Kanak-kanak Mahkamah yang membicarakan individu yang berusia 10 hingga 18 tahun yang melakukan kesalahan jenayah. Mahkamah ini diberikan kuasa untuk membicarakan semua kesalahan,kecuali yang boleh dijatuhkan hukuman mati. Ditubuhkan di bawah Akta Mahkamah Juvenil,1947. Diketuai oleh Majisterit Kelas 1 dan dibantu oleh dua orang penasihat awam. Diadakan secara tertutup, orang yang di benarkan hadir ialah pegawai mahkamah dan orang-orang yang berkaitan dengan kes seperti ibu bapa,penjaga, peguam, saksi-saksi dan pihak-pihak lain yang dibenarkan secara khusus oleh mahkamah. 21

Mahkamah Kanak-kanak Perkataan sabitan dan hukuman tidak digunakan Di bawah Seksyen 97,Akta Kanak-Kanak 2002,pihak mahkamah tidak dibenarkan untuk menjatuhkan hukuman mati ke atas kanak-kanak atau juvenil. Pesalah pada kebiasaannya dihantar ke pusat pemulihan akhlak sehingga mencapai umur 21 tahun. Jika kesalahan yang dilakukan tidak melibatkan pembunuhan,mahkamah boleh membebaskan pesalah dengan ikat jamin supaya berkelakuan baik. 22

Mahkamah Syariah Ditubuhkan di bawah Enekmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri di Malaysia. Hanya mengadili kesalahan-kesalahan sivil dan jenayah yang dilakukan oleh mereka yang beragam islam. Membicarakan kes-kes yang melibatkan pentadbiran dan undang-undang keluarga islam seperti nikah kahwin,nafkah,perceraian,fitrah,zakat dan warisan harta. Bagi kes jenayah,kesalahannya meliputi khalwat,berzina,minum minuman keras,mengamalkan ajaran sesat,berjudi,tidak sembahyang,tidak berpuasa dan seumpamanya. 23

Mahkamah Syariah Mahkamah Kadi/ Mahkamah Rendah Syariah -Membicarakan kes-kes kecil Mahkamah Lembaga Rayuan / Mahkamah Rayuan Syariah Mahkamah Kadi Besar / Mahkamah Tinggi Syariah -Kes-kes berat di peringkat negeri -dengar segala rayuan dari Mahkamah Syariah. 24

Mahkamah Tentera Ditubuhkan di bawah Akta Angkatan Tentera, 1972 utk mengendalikan masalah disiplin dalam Angkatan Tentera Malaysia. Mahkamah ini tidak berkuasa mengendalikan kes sivil dan jenayah yang membabitkan para pegawai dan anggota tentera Antaranya: mengingkari perintah pihak atasan, tidak hadir bekerja tanpa cuti dan meninggalkan perkhidmatan tanpa kebenaran. Mahkamah tentera boleh menjatuhkan sebarang hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang kecuali hukuman mati. Hukuman mati hanya boleh dijatuhkan setelah mendapat pengesahan daripada YDPA. 25

HIERARKI MAHKAMAH TENTERA Mahkamah Tinggi Tentera Membicarakan kes para pegawai yang berpangkat Staf Sarjan ke atas. Diadili seorang Yang Dipertua berpangkat Leftenan Kolonel ke atas dengan dibantu oleh sekurang-kurangnya dua orang ahli lain berpangkat Kapten atau Mejar Mahkamah Rendah Tentera Membicarakan kes anggota yang berpangkat lebih rendah daripada Staf Sarjan. Diadili seorang Yang Dipertua berpangkat Mejar dan dibantu oleh sekurang-kurangnya dua orang ahli lain berpangkat Kapten. 26

Mahkamah Bumiputera Juga dikenali sebagai Mahkamah Anak Negeri yg ditubuh di bawah Ordinan Mahkamah Bumiputera Sabah, 1954 dan Ordinan Mahkamah Bumiputera Sarawak,1955. Mentadbir undang-undang adat di Sabah & Sarawak merangkumi pelanggaran adat suku kaum di sana seperti adat perkahwinan, adat keagamaan, tidak mematuhi undangundang adat, adat pemilikan tanah dan amalan adat suku kaum. 27

Mahkamah Bumiputera Sabah Mahkamah Rayuan Bumiputera Sabah (diketuai oleh Hakim Mahkamah Tinggi) Mahkamah Pegawai Daerah (diketuai oleh Pegawai Daerah) Mahkamah Bumiputera (diketuai oelh Ketua Bumiputera / Ketua Kampung) Dikendalikan oleh Ketua Bumiputera dan Ketua Kampung yang mempunyai kuasa menghukum. Dibantu oleh dua orang atau lebih ahli. (Sekiranya kes dibicarakan kesalahan melanggar undang2 adat, salah seorang ahli itu mestilah terdiri daripada anggota masyarakat Bumiputera yg terlibat. Ketua Daerah ada kuasa utk meneliti, membatal atau mengubah keputusan sesuatu perbicaraan dan mengarahkan perbicaraan semula, jika perbicaraan didapati tidak dilaksanakan dgn betul dan munasabah. 28

Mahkamah Bumiputera Sarawak Mahkamah Rayuan Bumiputera Sarawak (diketuai Oleh Hakim Mahkamah Tinggi) Mahkamah Bumiputera Residen (diketuai oleh Residen) Mahkamah Daerah Bumiputera (diketuai oleh Majistret Kelas 1) Mahkamah Pegawai atau Ketua Bumiputera (diketua oleh Pegawai atau Ketua Bumiputera) Mahkamah Ketua Kampung (diketuai oleh Ketua Kampung) 29

Mahkamah Daerah Bumiputera dianggotai Majistret Kelas 1, seorang pegawai Bumiputera dan dua orang pengapit boleh jatuhkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun dan denda tidak melebihi RM200.00. Mahkamah Pegawai & Ketua Bumiputera dibantu dua orang pengapit boleh jatuhkan hukuman penjara tidak melebihi 6 bulan dan denda tidak melebihi RM100.00. Mahkamah Ketua Kampung dibantu dua orang pengapit berkuasa mengenakan denda tidak melebihi RM50.00. Mahkamah Rayuan Bumiputera dianggotai 3,5 atau 7 orang termasuk seorang Hakim Mahkamah Tinggi. 30

Mahkamah Perusahaan Ditubuhkan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan, 1967- menjaga kepentingan majikan, pekerja dan kesatuan sekerja. Ditubuh untuk menyelesaikan pertikaian perusahaan antara majikan dan pekerja. Pertikaian perusahaan : sebarang pertikaian antara dua pihak tersebut yang berkaitan dgn pekerjaan atau bukan pekerjaan, syarat-syarat pekerjaan atau keadaan pekerjaan para pekerja itu. (Pertikaian tersebut tidak boleh dirujuk mahkamah ini tetapi perlu melalui Menteri Sumber Manusia terlebih dahulu) 31

Bidang Kuasa Mahkamah Perusahaan Bidang kuasa terhad kepada pertikaian perusahaan antara pihak majikan dengan pekerja yg melibatkan syarat2 pekerjaan, keadaan pekerjaandan pembuangan pekerja. Dianggotai oleh seorang Presiden (dilantik oleh YDPA) + sebuah panel (dilantik oleh Menteri Sumber Manusia) Keputusan perbicaraan dibuat berdasarkan suara majoriti dan dianggap sebagai muktamad. Rayuan hanya boleh dibuat kepada MahkamahTinggi jika : pihak2 yg terlibat ingkar mematuhi keputusan itu ATAU Perkara yang diputuskan itu didapati berada di luar bidang kuasanya. 32

Badan Pengadilan Yang Lain Lembaga Disiplin perkhidmatan Awam Tribunal Timbang Tara (Mahkamah Tuntutan kecil) Persatuan perubatan Malaysia Pesuruhjaya Khas Cukai pendapatan Majlis Peguam Tribunal Tuntutan Pengguna Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

HAKIM TANGGUNGJAWAB Menjadi pengadil dalam kes-kes yang dibicarakanmenentukan kaedah, acara dan isu yang ditumbulkan oleh pihak yang terbabit menentukan makna peruntukan undang-undang itu dalam hubungannya dengan keadaan-keadaan tertentu menerima undang-undang itu ke dalam badan undang-undang yang sedia ada, iaitu common law dan statut 34

HAK KEISTIMEWAAN HAKIM Mempunyai hak keistimewaan supaya dapat melaksanakan tugas kehakiman dengan adil tanpa berat sebelah. Buktinya Kelakuan Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen kecuali disokong ¼ ahli Dewan Parlimen. tidak boleh dibincangkan sama sekali dalam Dewan Undangan Negeri. Hakim mahkamah tidak boleh dilucutkan jawatannya oleh YDA sebelum 66 thn kecuali atas syor tribunal : Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan. Termaktub dlm perlembagaan bahawa badan kehakiman tidak dikenakan kawalan oleh badan perundangan & eksekutif

PERLANTIKAN HAKIM Ketua Hakim Negara (KHN): Ketua Badan Kehakiman Malaysia. KHN, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakimhakim Besar Mahkamah Tinggi & hakim-hakim lain bagi Mahkamah Persekutuan & Tinggi dilantik oleh YDPA atas nasihat PM. 36

Perlantikan Hakim Jenis Mahkamah Pengadil/Jawatan yang Dilantik Berunding dengan Mahkamah Persekutuan Mahkamah Rayuan Mahkamah Tinggi Malaya Hakim-hakim Presiden Hakim Besar Ketua Hakim Negara Ketua Hakim Negara Hakim Besar/ Bekas Hakim Besar Mahkamah Tinggi Borneo Hakim Besar Ketua Menteri Sabah dan Sarawak 37

PERLANTIKAN HAKIM YDPA atas nasihat KHN juga melantik jawatan pesuruhjaya kehakiman sepenuh masa atau sambilan yg mempunyai kuasa yang sama seperti Hakim Mahkamah Tinggi untuk meringankan beban kuasa Mahkamah Tinggi. Hakim-hakim memegang jawatan sehingga mencapai umur persaraan 66 tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan, tetapi tidak melebihi 6 bulan selepas seseorang hakim itu mencapai umur 66 tahun. Walau bagaimanapun sebelum mencapai umur tersebut, seseorang hakim boleh meletakkan jawatannya secara sukarela. 38

PERLUCUTAN JAWATAN HAKIM Seseorang hakim tidak boleh dilucutkan jawatannya, kecuali atas perakuan sebuah tribunal yang ditubuhkan oleh Yang di- Pertuan Agong. Tribunal itu diketuai oleh Ketua Hakim Negara dan dianggotai oleh sekurang-kurangnya lima orang hakim atau bekas hakim Malaysia atau negara-negara Komanwel yang akan menjalankan siasatan dan membuat laporan serta saranan tentang perlucutan jawatan itu. 39

PERLUCUTAN JAWATAN HAKIM Perlucutan jawatan seseorang hakim boleh dilakukan atas sebab-sebab berikut: Berkelakuan tidak baik dan tidak berupaya Atas alasan kelemahan tubuh badan atau otak Melanggar Kod Etika Hakim Apa-apa sebab lain yang boleh menjejaskan mereka untuk menjalankan tugas dengan sempurna Perlucutan jawatan hakim tidak boleh dilakukan dengan mudah bergantung kepada laporan tribunal 40

Personel Kehakiman Berdasarkan Perlembagaan: 1. Mahkamah Persekutuan mengandungi Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, tujuh orang hakim Mahkamah persekutuan, pendaftar, jurubahasa, bailif dsbg. 2. Mahkamah Tinggi Malaya pula terdiri daripada seorang Hakim Besar dan 47 orang hakim yang lain serta kakitangan masingmasing 3. Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak mengandungi seorang Hakim Besar dan 10 orang hakim yang lain serta kakitangan masing-masing 4. Bilangan hakim ditentukan oleh YDPA 5. Mahkamah Sesyen terdiri daripada hakim Mahkamah Sesyen dan pegawai-pegawainya 6. Mahkamah Magistret terdiri daripada majistret sebagai hakim dan pegawai-pegawainya 7. Mahkamah Penghulu terdiri daripada Penghulu sebagai hakim tanpa pegawai lain

KOD ETIKA HAKIM Kod ini bertujuan untuk menetapkan standard asas untuk mengawal kelakuan semua hakim dan panduan kepada hakim-hakim dalam mewujudkan dan mengekalkan sifat dan tingkah laku kehakiman yang lebih tinggi. Kod Etika Hakim 1994 dibatalkan - terbaru Kod Etika Hakim 2009

KOD ETIKA HAKIM 2009 Terdapat 6 bahagian termasuk tatakelakuan hakim dan tatacara perlanggaran kod. Di antara kandungan dibawah Tatakelakuan, hakim perlu: Mendukung integriti badan kehakiman Mengelakkan ketidaksopanan dan gambaran ketidaksopanan dalam semua aktiviti kehakiman o Seseorang hakim tidak boleh: o Membenarkan apa-apa hubungan mempengaruhi kelakuan kehakiman atau penghakimannya o Menggunakan prestij jawatan kehakimannya untuk memajukan kepentingan peribadinya o Memberikan atau membenarkan orang lain memberikan gambaran kepada mana-mana orang bahawa mereka berada dalam kedudukan yang istimewa untuk mempengaruhinya Melaksanakan tugas-tugas hakim dengan adil Mengurangkan risiko percanggahan dengan tanggungjawab kehakiman hakim semasa menjalankan aktiviti luar kehakimannya