Kesetiaan kepada Syarikat

dokumen-dokumen yang mirip
DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

DASAR ANTI RASUAH RGIS

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Model Pengurusan Strategik

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Kod pengendalian perniagaan

Tatakelakuan. Pembekal

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

Polisi Privasi. Pengenalan

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Inovasi dan Perubahan

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Cognizant Technology Solutions Kenyataan Pemberi Maklumat dan Tiada Serangan Balas

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Pengenalan Makroekonomi

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

TOPIC 9 EMPLOYEES AND THE WORKPLACE (PEKERJA DAN TEMPAT KERJA)

Dasar Antisogokan & Antirasuah Global Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2017

Garis Panduan Tiga Pihak Bagi Amalan Pekerjaan Yang Adil

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia. 1 Pengenalan 2 Komitmen 3 Penyampaian 4 Pengurusan

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 PROTOKOL PERLINDUNGAN DATA PERIBADI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

OBJEKTIF UTAMA KAJI SELIDIK INI ADALAH UNTUK MENGUKUR TAHAP KEFAHAMAN DAN PENERIMAAN ANGGOTA PKNS TERHADAP SISTEM INTEGRITI KORPORAT PKNS.

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Borang soal selidik iklim keselamatan perkerjaan Nordic

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

Pertimbangan Moral dan Teori Etika

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

KOD ETIKA KANDUNGAN 1. PENGENALAN DAN DEFINISI. 2. PRINSIP TERAS Applus+ 3. KOD ETIKA Applus Pengenalan 1.2. Definisi

mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan.

Flint Group Dasar Hadiah Dan Hiburan

KAEDAH-KAEDAH PENGANTARAAN KLRCA JADUAL-JADUAL PENGANTARAAN KLRCA

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan

Jadual Kandungan. Budaya Kami terhadap Etika dan Integriti Melakukan Perkara Yang Betul Pendidikan dan Latihan Asas Kami...

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

1. Saya akan menuruti segala peraturan serta bertingkah laku jujur, tulus dan ikhlas dalam menjalani

SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711)

SEMAKAN SEMULA KOD ETIKA 2018

Pengeluaran Negara PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

Transkripsi:

Topik 10 Kesetiaan kepada Syarikat HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan konsep kesetiaan kepada syarikat; 2. Membezakan peniupan wisel dalaman dengan luaran; 3. Menerangkan keadaan yang membenarkan peniupan wisel dalaman dan luaran; dan 4. Membincangkan kesan kesetiaan yang salah keatas operasi harian syarikat. PENGENALAN Mari kita mulakan topik terakhir ini dengan melihat Rajah 10.1. Apakah yang boleh anda katakan mengenainya?

162 TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT Rajah 10.1: Upacara perkahwinan Sumber: http://www.nomoho.org Rajah 10.1 menunjukkan satu upacara perkahwinan di mana pengantin lelaki dan wanita berlari dengan gembira selepas selesainya upacara perkahwinan mereka. Semasa upacara, pengantin lelaki dan wanita telah mengisytiharkan lafaz cinta mereka, selain lafaz taat setia kepada pasangannya. Ini adalah kerana kesetiaan merupakan elemen yang sangat penting bagi suatu perkahwinan yang bahagia. Bagaimana pula dengan kesetiaan di tempat kerja? Adakah anda fikir kesetiaan juga merupakan perkara yang penting di tempat kerja? Dalam perniagaan, majikan turut menghargai dan mengharapkan kesetiaan kakitangan mereka. Kesetiaan di sini merujuk kepada kewajipan moral kakitangan dalam menjalankan tugas dengan cekap, mematuhi arahan yang sah daripada penyelia mereka, menyimpan maklumat sulit dan rahsia syarikat, dan mengelak sebarang tingkah laku yang bertentangan dengan hak kepentingan syarikat. Oleh itu, topik kesepuluh ini akan membincangkan beberapa aspek yang berkaitan dengan konsep kesetiaan iaitu: (a) Kesetiaan kepada majikan; (b) Peniupan wisel; (c) Pandangan moral terhadap pemecatan peniup wisel; dan (d) Kesetiaan yang salah.

TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT 163 10.1 MAKSUD KESETIAAN Seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini, kesetiaan adalah sesuatu yang dikehendaki oleh majikan daripada seseorang kakitangan. Apakah yang dimaksudkan dengan kesetiaan kepada majikan? Mari kita lihat huraian berikut yang menerangkan maksud kesetiaan secara terperinci: Kesetiaan menunjukkan kewajipan moral kakitangan untuk melakukan perkara berikut: (a) (b) (c) (d) Menjalankan tugas dengan cekap; Mematuhi arahan sah daripada penyelia; Menyimpan maklumat sulit dan rahsia perdagangan syarikat; dan Menjauhi sebarang tingkah laku yang bertentangan dengan hak kepentingan syarikat. Tahukah anda bahawa kesetiaan adalah suatu kebaikan yang dihargai, sekurangkurangnya pada pertimbangan majikan? Sebaik sahaja seseorang diterima bekerja dengan sesebuah syarikat, ia dianggap bertanggungjawab untuk setia kepada syarikat dan hendaklah kekal setia selagi ia masih bekerja dengan syarikat tersebut. Dalam sesetengah keadaan, kesetiaan perlu dikekalkan walaupun selepas kakitangan meninggalkan syarikat. Adakah kesetiaan kepada majikan merupakan kewajipan moral? Jawapannya bergantung kepada bagaimana anda mendefinisikan kesetiaan tersebut. Jika ia bermaksud bahawa individu-individu dijangka melakukan tugas pada sesuatu tahap kecekapan yang boleh diterima atau melakukan apa yang diarah oleh penyelia mereka, sama ada mengikut deskripsi kerja atau arahan seharian, maka kesetiaan adalah kewajipan moral kerana jangkaan ini merupakan intipati kontrak pekerjaan. Selain itu, pekerja juga perlu memahami bahawa mereka harus menyimpan rahsia sulit perdagangan, pelan pemasaran, keputusan strategik dan maklumat kakitangan syarikat. Ini juga bermakna bahawa kakitangan tidak akan berkongsi maklumat sulit ini dengan pihak luar syarikat, sama ada mereka itu rakan, ahli keluarga atau media. Bagi pengurus yang mencabuli syarat-syarat kontrak pekerjaan, mereka tertakluk kepada tindakan disiplin syarikat termasuklah pemecatan seperti mana yang sering diingatkan dalam dokumen-dokumen rasmi syarikat. Selain itu,

164 TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT pengurus yang mendedahkan maklumat syarikat kepada pihak luar boleh didakwa oleh syarikat mengikut undang-undang atas alasan menuntut ganti rugi. Oleh itu, jelaslah kepada kita betapa pentingnya kesetiaan dan mengapa ia dianggap sebagai kewajipan moral. Oleh itu, pengurus tidak seharusnya menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan kepentingan syarikat; melainkan setelah menerima kebenaran daripada syarikat atas alasan yang kukuh. Selain itu, pengurus tidak seharusnya menawarkan khidmat rundingan selepas waktu kerja kepada syarikat pesaing. Mereka juga tidak boleh mendaftarkan hak paten ke atas sesuatu reka cipta syarikat atau menjual proses-proses teknikal yang telah dibangunkan berasaskan maklumat yang terbit secara langsung daripada pekerjaan mereka atau menggunakan bahan dan kemudahan syarikat majikan untuk kepentingan sendiri. Berikut adalah dua soalan penting berkaitan dengan kesetiaan bagi bakal-bakal pengurus iaitu: (a) (b) Adakah terdapat sesuatu had kepada sekatan-sekatan ini? Bolehkah syarikat memaksa pengurus menandatangani perjanjian yang dilihat sebagai sekatan yang terlalu mengawal aktiviti-aktiviti luar mereka? Hak syarikat untuk mengenakan sekatan yang terlalu tegas boleh dipertikaikan. Walau bagaimanapun, bagi akauntan, pakar pengurusan, jurutera atau pakar sumber manusia yang menawarkan kepakaran profesional mereka kepada orang luar atau organisasi yang bukan pesaing (malahan bukan bakal klien), masih boleh diterima. AKTIVITI 10.1 1. Pada pendapat anda, apakah cara yang paling berkesan bagi sesebuah syarikat memastikan kakitangannya kekal setia? 2. Layani website: http://www.ups.com/europe/ch/news/speech/gerloyalty.html Terangkan bagaimana kesetiaan di tempat kerja boleh diterjemahkan menjadi prestasi keseluruhan yang lebih baik bagi sesebuah syarikat.

TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT 165 SEMAK KENDIRI 10.1 Apakah maksud kesetiaan kepada majikan? Terangkan secara ringkas. 10.2 PENIUPAN WISEL Pernahkah anda mendengar istilah peniup wisel? Siapakah peniup wisel? Berikut adalah definisi bagi peniup wisel dalam dunia perniagaan. Peniup wisel merupakan seseorang yang melaporkan salah laku undangundang atau moral oleh rakan sekerja, penyelia atau pegawai syarikat. Rajah 10.2 menunjukkan bagaimana seorang peniup wisel boleh mendapat kedudukan yang signifikan dalam sesebuah organisasi melalui tindakannya meniup wisel. Rajah 10.2: Peniup wisel mungkin boleh menjawat jawatan yang signifikan dalam organisasi melalui tindakannya Sumber: http://www.cartoonstock.com

166 TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT Tahukah anda bahawa peniupan wisel boleh dibahagikan kepada dua kategori? Dua kategori tersebut dihuraikan dalam Jadual 10.1 berikut: Jadual 10.1: Dua Kategori Peniupan Wisel Kategori Peniupan Wisel Dalaman Peniupan Wisel Luaran Huraian Berlaku apabila tuduhan dibuat melalui saluran penyeliaan atau lain-lain saluran yang telah disediakan dalam syarikat. Berlaku apabila tuduhan dilaporkan kepada individu atau agensi di luar syarikat seperti pihak berkuasa kerajaan atau media. Justifikasi yang paling memungkinkan tindakan meniup wisel ini adalah apabila seseorang dalam sesebuah syarikat melakukan atau membiarkan sesuatu aktiviti yang memudaratkan kakitangan, pemegang saham atau orang awam berlaku. Oleh itu, satu-satunya cara untuk menghentikan aktiviti tersebut ialah dengan memberitahu penyelia yang bertanggungjawab dalam syarikat mengenainya. Jika saluran ini tersekat, seseorang itu boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa atau media. Namun begitu, terdapat dua persoalan yang perlu dinilai dalam perkara ini iaitu: (a) (b) Bilakah peniupan wisel mempunyai justifikasi moral? Adakah ia kewajipan moral? Jawapan kepada dua soalan tersebut adalah berbeza-beza. Ia bergantung sama ada peniupan wisel merupakan peniupan wisel dalaman atau luaran. Kita akan mempelajarinya dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya. 10.2.1 Peniupan Wisel Dalaman Cuba bayangkan diri anda sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat besar. Andaikan anda mempunyai sebab yang kukuh untuk mengesyaki pengurus di firma anda telah melakukan kesalahan berikut: (a) (b) (c) (d) (e) Memalsukan akaun perbelanjaan syarikat; Mengambil rasuah daripada pembekal; Menggunakan sumber atau peralatan syarikat untuk tujuan peribadi; Mencuri bekalan dan bahan daripada syarikat; atau Bekerja untuk pesaing.

TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT 167 Anda tentu mahu meniup wisel ke atas pengurus tersebut yang jelas telah melanggar undang-undang sebagai tanda kesetiaan anda kepada syarikat. Walau bagaimanapun, wujud persoalan adakah anda dibenarkan meniup wisel ke atas individu tersebut yang merupakan pengurus firma di tempat anda bekerja? Jawapannya sudah pasti ya, asalkan anda mematuhi beberapa peringatan seperti yang digariskan dalam Jadual 10.2 berikut: Jadual 10.2: Garis Panduan untuk Menjustifikasikan Peniupan Wisel Dalaman Kriteria Justifikasi Kemudaratan yang Signifikan Fakta yang Tepat Sudah Diketahui oleh Pihak Pengurusan Jangkaan yang Munasabah Impak ke Atas Diri Sendiri Penerangan Ia harus terbukti bahawa kemudaratan kepada syarikat adalah signifikan. Peniup wisel perlu mengesahkan faktanya. Salah tuduh boleh merosakkan reputasi yang tertuduh walaupun kemudiannya dibuktikan sebagai palsu. Peniup wisel harus cuba memastikan sama ada aktiviti orang yang disyaki sudah diketahui oleh pengurus atasan, mungkin daripada hasil audit atau siasatan berasingan oleh pihak keselamatan syarikat. Harus terdapat jangkaan yang munasabah bahawa tindakan meniup-wisel akan berkesan; penyelia pada orang yang disyaki akan dapat menghentikan salah laku kerana sama-sama meyakini bahawa kesalahan tersebut adalah serius. Peniup wisel perlu mempertimbangkan kerosakan ke atas reputasi dan masa depan sendiri dalam perniagaan. Pelbagai soalan boleh timbul seperti adakah tindakannya akan dilihat sebagai tanda kesetiaan atau perkara remeh, satu tindakan membalas dendam atau peluang untuk mencemar pesaing demi kenaikan pangkat? Adakah peniup wisel akan dilabel sebagai pengacau walau sebaik mana tujuannya?

168 TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT Kewajipan Moral Akhir sekali, peniup wisel perlu tahu bahawa dalam sesetengah keadaan seperti menggunakan peralatan syarikat untuk tujuan peribadi, teguran secara bersemuka sudah memadai untuk menghentikan salah laku berkenaan. Adakah ia kewajipan moral bagi seorang pengurus untuk meniup wisel? Untuk menjawabnya, kita harus menentukan terlebih dahulu siapakah yang mempunyai kewajipan utama untuk mengawas dan menyiasat sebarang tindakan kakitangan yang menimbulkan kesangsian. Misalnya, seorang pengurus telah menandatangani perjanjian dengan syarikat untuk memperakui tanggungjawabnya untuk melaporkan semua kejadian yang dirasakan berkemungkinan melibatkan salah laku melalui saluran yang disediakan. Maka, ia adalah kewajipan moral untuk meniup wisel apabila timbul keadaan yang memerlukannya. Walau bagaimanapun, perjanjian formal yang begitu eksplisit jarang digunakan. AKTIVITI 10.2 Terangkan apakah tindakan yang akan diambil sekiranya anda mengesyaki seorang pengurus di syarikat anda bersikap tidak setia? 10.2.2 Peniupan Wisel Luaran Seseorang pengurus yang melaporkan salah laku syarikat kepada pihak berkuasa kerajaan atau media dianggap telah melakukan peniupan wisel luaran. Bilakah anda fikir peniupan wisel luaran dibenarkan? Adakah ia suatu kewajipan?

TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT 169 Jawapan kepada dua persoalan tersebut boleh dirujuk pada Jadual 10.3. Garis panduan ini merupakan tambahan kepada garis panduan yang digunakan untuk menjustifikasikan peniupan wisel dalaman. Ia perlu ditepati sebelum peniupan wisel luaran dilakukan. Jadual 10.3: Garis Panduan bagi Menjustifikasikan Peniupan Wisel Luaran Kriteria Justifikasi Laporan Dalaman ke Atas Salah Laku Penerangan Pastikan bahawa usaha melaporkan salah laku telah dibuat mengikut saluran dalaman organisasi. Syarikat yang terlibat harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan sebelum meniup wisel kepada pihak luar. Agensi Luaran Agensi-agensi luaran seperti juruaudit atau badan pengawalan awam lain terbukti tidak berupaya atau tidak sanggup melaporkan salah laku berkenaan. Kemudaratan yang Signifikan Tahap Kemudaratan Salah laku (seperti penipuan, penyelewengan, keadaan kerja tidak selamat atau pembuangan bahan bahaya yang menyalahi undang-undang) yang mengakibatkan kemudaratan signifikan kepada pemegang saham, kakitangan atau pihak awam merupakan isu yang perlu diatasi. Tahap kemudaratan yang akan dialami syarikat akibat peniupan wisel harus sepadan dengan kemudaratan akibat salah laku. Perlu diingatkan bahawa peniupan wisel luaran hanya boleh dilakukan setelah syarat-syarat dalam Jadual 10.3 telah ditepati. Persoalan seterusnya ialah bilakah ia menjadi kewajipan moral? Kewajipan utama untuk mencegah dan menghentikan salah laku terletak pada peringkat penyeliaan. Lebih besar tanggungjawab yang dipegang oleh seseorang pengurus, lebih besar juga kewajipannya. Pengurus mempunyai kewajipan untuk melaporkan salah laku kepada pihak luar hanya apabila melibatkan kemudaratan yang serius dan terbukti bahawa peringkat-peringkat penyeliaan sedia ada dalam syarikat telah gagal menghentikannya. Di Amerika, kakitangan kerajaan yang meniup wisel dilindungi oleh undangundang daripada sebarang tindakan. Kerajaan menganggap bahawa peniup wisel menunjukkan darjah kesetiaan yang tinggi apabila mereka melaporkan salah laku. Walau bagaimanapun, dalam sektor swasta, peniup wisel dilihat sebagai sedikit lebih baik daripada seorang pemberi maklumat.

170 TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT Mari uji pemahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut: SEMAK KENDIRI 10.2 Terangkan secara ringkas dua jenis peniupan wisel. LATIHAN 10.1 Bezakan antara peniupan wisel dalaman dan luaran. Apakah sebabsebab ia diperlukan? 10.3 ALASAN MORAL BAGI MEMECAT PENIUP WISEL Adakah anda fikir bahawa syarikat mempunyai alasan tersendiri untuk memecat, menurunkan pangkat atau menyekat kerjaya peniup wisel? Jawapannya tidak. Ini adalah kerana selagi peniup wisel melaporkan kes salah laku sebenar melalui saluran yang disediakan atau kepada pihak luar (sebagai langkah terakhir), syarikat tidak mempunyai alasan untuk mengambil tindakan disiplin ke atas mereka. Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian. Sesebuah syarikat mempunyai justifikasi untuk mengambil tindakan terhadap kakitangan peniup wisel jika dia: (a) (b) (c) (d) Berbohong mengenai kes tersebut; sengaja menyalah lapor untuk menggambarkannya seolah-olah lebih/sangat serius daripada keadaan yang sebenarnya; Bertindak kerana ingin membalas dendam ke atas rakan sekerja atau penyelia; Bertindak kerana membantah polisi baru syarikat yang dianggap tidak mendatangkan kebaikan; dan Mencemarkan nama baik rakan sekerja yang bersaing untuk mengejar kenaikan pangkat.

TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT 171 Perlu diingat bahawa peniup wisel (dalaman atau luaran) melakukan sesuatu yang terpuji daripada segi moral jika ia bertindak untuk mencegah kemudaratan kepada individu atau persekitaran iaitu kemudaratan yang tidak dapat dijustifikasikan oleh pegawai-pegawai syarikat. Oleh itu, tindakan membalas dendam terhadap seseorang yang melakukan sesuatu perkara yang bermoral atau mengekang kebenaran untuk memuaskan hati pihak atasan pengurusan merupakan langkah yang tidak adil dan tidak bermoral. 10.4 KESETIAAN YANG SALAH Akhir sekali, mari kita bincangkan bagaimana kesetiaan menjadi sesuatu yang salah. Kadangkala, para pengurus percaya bahawa kesetiaan kepada ketua bermakna menutupi kesilapan-kesilapan besar atau pun salah laku mereka. Kepercayaan ini ternyata palsu. Seseorang pengurus perlu mempunyai tanggungjawab fidusiari kepada para pemilik perniagaan. Oleh yang demikian, tindakan menutup salah laku penyelia yang memudaratkan mana-mana kepentingan pemilik secara serius adalah satu pencabulan ke atas tanggungjawab tersebut. Bagi seseorang kakitangan bawahan, dia perlu melaksanakan arahan yang sah daripada penyelianya dan memaklumkan kepadanya mengenai kemajuan kerja atau tugas tersebut. Kakitangan bawahan mungkin juga mempunyai kewajipan untuk memaklumkan kepada penyelia mengenai tindakan individu atau kumpulan lain yang boleh menjejaskan operasi penyelianya. Walau bagaimanapun, salah laku penyelianya tetap perlu dilaporkan dan tidak harus diketepikan.

172 TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT Sebagai penutup, mari kita uji sejauh mana pemahaman anda terhadap topik ini dengan menjawab soalan-soalan berikut: LATIHAN 10.2 1. Nyatakan maksud kesetiaan kepada syarikat. 2. Dalam keadaan apakah yang membuatkan peniupan wisel dalaman mempunyai justifikasi moral? 3. Kesetiaan yang digambarkan sebagai menutup kesilapan atau salah laku pihak atasan adalah satu kepercayaan yang palsu terhadap kesetiaan. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Bincangkan. Majikan menghargai dan mengharapkan kesetiaan daripada kakitangan mereka. Kesetiaan merupakan kewajipan moral bagi pekerja. Untuk setia terhadap majikan, mereka perlu menjalankan tugas dengan cekap, mematuhi arahan yang sah oleh penyelia, menyimpan maklumat sulit syarikat dan rahsia perdagangan, dan mengelak tingkah laku yang bertentangan dengan hak kepentingan syarikat. Majikan tidak harus meminta para pengurus menunjukkan kesetiaan mereka dengan melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang atau tidak bermoral, terlibat dalam pengiklanan yang memperdayakan atau mengganggu, menurunkan pangkat atau memecat kakitangan atas sebabsebab yang tiada kaitan dengan kerja. Kewajipan meniup wisel dalaman bergantung sama ada seseorang itu mempunyai tanggungjawab utama untuk mengetahui dan menyiasat tindakan kakitangan yang boleh menimbulkan kesangsian atau tidak. Penyelia terdekat kepada kakitangan perlu berwaspada terhadap tindakan kakitangan bawahan yang menimbulkan keraguan serius. Bahagian keselamatan syarikat, jika ada, bertanggungjawab untuk melindungi aset syarikat.

TOPIK 10 KESETIAAN KEPADA SYARIKAT 173 Keputusan untuk meniup wisel luaran kepada mana-mana pihak luar boleh dijustifikasikan setelah semua syarat peniupan wisel dalaman ditepati dan pihak pengurusan syarikat masih enggan mengambil tindakan memulihkan kemudaratan ke atas kepentingan pemegang saham, kakitangan atau orang awam walaupun setelah mengetahuinya. Tiada justifikasi moral untuk memecat peniup wisel yang mendedahkan kes salah laku yang mengakibatkan kemudaratan kepada orang ramai atau persekitaran dan ia tidak dapat dicegah melalui saluran biasa syarikat. Memecat mereka bermakna kita telah berlaku zalim kerana telah menghukum mereka di atas sebab melakukan sesuatu yang betul daripada segi moral. Kesetiaan boleh menjadi satu perkara yang salah jika pekerja bertindak menutup kesilapan atau salah laku penyelianya. Kesetiaan Peniupan wisel Peniup wisel