SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari Julai

dokumen-dokumen yang mirip
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari Julai

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari Julai

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari Julai

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari Julai 2611/3 TERHAD /3

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL Kertas 3 Februari Julai

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

PENILAIAN MENENGAH RENDAH PENDIDIKAN KESENIAN Tugasan Pentaksiran Pusat Februari Julai

MINGGU BIDANG/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN OBJEKTIF STRATEGI P DAN P 1 Menggambar Tajuk: Pemandangan Sawah Padi.

Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 3 SEMESTER 1 MINGGU BIDANG HASIL PEMBELAJARAN OBJEKTIF STRATEGI P&P

TAKLIMAT KEPADA JURULATIH UTAMA TENTANG PENGENDALIAN KERJA KURSUS SENI VISUAL 3 (KERTAS 970/3) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) 2011

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan)

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

RANCANGAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN DUA TAHUN 2010

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Februari Julai

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 5

Seni Visual (970) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2015 PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2. Aras 1 : 1) Mengumpul maklumat berkaitan unit pembelajaran

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

TEMA 1: RUMAH SEBAGAI KEPERLUAN ASAS MANUSIA

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

1103/1 (PP) SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN

MINGGU BIDANG/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN OBJEKTIF STRATEGI P& P:


HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENDIDIKAN SENI VISUAL

BAHAGIAN TERAS : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Mata Wang Malaysia MAKLUMAT AM. Mata Wang Malaysia. Program pendidikan pengguna oleh:

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR TAHUN 6

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

SMJK HENG EE, PULAU PINANG PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014 PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR TAHUN 5

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH. 1. Memahami semua aspek unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka.

SENI VISUAL KERTAS 1. ( Tiga Jam)

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR OPERASI PENCAPAIAN STANDARD 93 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU KERTAS 1

PENGGUNAAN BAHAN 2D & 3D

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Bahasa Malaysia (910)

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR Tahun 4

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

PROSES KERJA PEMBENTUKAN/PENYEDIAAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SENI KRAF MELAYU DALAM SENIBINA LANDSKAP

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN DUA SEMESTER SATU.

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

Tukun tiruan adalah bahan binaan manusia yang berpotensi untuk mengumpul dan meningkatkan pengeluaran ikan yang ditangkap oleh nelayan.


Pihak Penerbit UniMAP sentiasa mengalu-alukan cadangan manuskrip buku dan berbesar hati untuk menilai cadangan-cadangan penerbitan yang dihantar.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

OBJEKTIF TINGKATAN 4 & 5

LAPORAN AKHIR PROJEK BERKUMPULAN SECARA INDIVIDU LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIS DAN PENYELESAIAN MASALAH SEMESTER 1 SESI 2016/ 2017

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

1.Apakah media yang digunakan untuk menghasilkan catan seperti gambar rajah di bawah? A Cat minyak B Cat air C Cat Emulsi D Cat tempera

PENGENALAN YAYASAN PASIR GUDANG. 3 Oktober 2013 di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SEMPENA EKSPO PENYELIDIKAN DAN CIPTAAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ANTARABANGSA 2013 (PECIPTA2013)

Bahagian A (i) - Ringkasan. [ 20 markah ]

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

3756/1 PRINSIP AKAUN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

BORANG PENYERTAAN Pertandingan Infografik GST Peringkat Sektor Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS /1

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 AMARAN

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA

2011

MODUL PENGENDALIAN AKTIVITI GALAKAN MEMBACA. Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Awam Pustaka Negeri Sarawak

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

Sustainable Education 54

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 20XX 015/2. MATEMATIK Kertas 2 September 1 jam Satu jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

Transkripsi:

TERHAD 1 2611/3 LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014 2611/3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari Julai 1. Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9. 2. Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja. 3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek yang ditetapkan. Kertas ini mengandungi 22 halaman bercetak. [Lihat halaman sebelah

TERHAD 2 2611/3 ARAHAN KEPADA CALON 1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. 2. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan Februari hingga bulan Julai 2014. 3. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer. 4. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendiri oleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber. 5. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28 cm 38 cm. 6. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut. 7. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh. 8. Calon mestilah memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan gred Cemerlang dan Baik. Gred cemerlang dan baik akan dicatat dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil. 9. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga helai sahaja. 10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian. 11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya. 12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon digalakkan menjilid hasil kajian. 13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria. 14. Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas.

TERHAD 3 2611/3 TUGASAN 1 BIDANG : REKA BENTUK TAJUK : LANSKAP PERSEKITARAN PRODUK : LANSKAP KEDIAMAN SITUASI Sumber di bawah menunjukkan rumah pangsa. Akibat daripada harga hartanah yang semakin tinggi, banyak rumah pangsa dibina bagi menampung keperluan perumahan penduduk. Rumah pangsa tidak mempunyai laman yang boleh dibuat lanskap kediaman untuk tujuan meredakan tekanan selepas pulang dari kerja. Rumah pangsa hanya mempunyai balkoni yang kecil. Balkoni inilah yang digunakan oleh penghuni untuk berehat dan mengambil angin bagi meringankan ketegangan dan kepenatan sambil melihat pemandangan luar. [Lihat halaman sebelah

TERHAD 4 2611/3 TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk lanskap kediaman yang menarik di kawasan balkoni rumah pangsa. Anda haruslah mengambil kira saiz balkoni yang kecil dan terhad. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar lanskap yang berkaitan dengan tajuk sebagai sumber ilham. 2. Koleksi gambar pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan hiasan yang sesuai. 3. Lakaran pelan konsep mengikut skala. 4. Lakaran tumbuh-tumbuhan dan hiasan yang sesuai untuk lanskap. 5. Lukisan atau catan realistik beberapa tumbuhan yang dipilih. 6. Lakaran reka letak tumbuhan dan hiasan. 7. Lakaran pelan tapak yang sebenar mengikut skala. 8. Lukisan dari tiga sudut pandangan yang menarik. 9. Lukisan persembahan pada situasi sebenar. 10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

TERHAD 5 2611/3 Berdasarkan kajian tersebut, model rekaan lanskap kediaman tersebut mestilah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Bebas Teknik : Bebas Ukuran : Panjang Lebar - - 45cm 25cm Tema : Mengikut kajian Contoh: 25 cm 45 cm Nota: 1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil. 2. Model tumbuh-tumbuhan dan hiasan hendaklah dihasilkan oleh pelajar sendiri. [Lihat halaman sebelah

TERHAD 6 2611/3 TUGASAN 2 BIDANG : REKA BENTUK TAJUK : REKA BENTUK INDUSTRI PRODUK : MOTOSIKAL ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) SITUASI Anda mempunyai seorang sahabat Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mengalami kecacatan di bahagian kakinya. Kecacatan ini menyukarkannya bergerak kerana motosikal yang sedia ada tidak mesra OKU. TUGASAN Anda sebagai seorang sahabat yang prihatin dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk motosikal OKU bagi memudahkan sahabat anda bergerak dan menjalankan aktiviti harian dengan mudah. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai jenis motosikal yang bersesuaian. 2. Lukisan atau catan realistik motosikal OKU sedia ada. 3. Lakaran olahan dan perkembangan idea reka bentuk motosikal OKU serta catatan. 4. Lukisan reka bentuk motosikal OKU yang dipilih. 5. Kajian warna motosikal OKU yang dipilih dengan catatan dan skema warna. 6. Lukisan tiga dimensi dari tiga sudut pandangan berbeza. 7. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 9. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

TERHAD 7 2611/3 Berdasarkan kajian tersebut, model reka bentuk motosikal OKU anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Bebas dan bersesuaian Ukuran : Panjang Lebar Tinggi Bilangan warna : Bebas - 30cm - mengikut kesesuaian - 15cm Contoh: Sumber : www.pushinglimits.i941.net Nota: 1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil. [Lihat halaman sebelah

TERHAD 8 2611/3 TUGASAN 3 BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL TAJUK : ILUSTRASI DAN PEMBUNGKUSAN PRODUK : SARUNG BUKU SITUASI Sebuah syarikat penerbitan buku akan menerbitkan sebuah buku cerita kanak-kanak bertemakan fiksyen sains. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sarung buku bagi buku cerita kanak-kanak tersebut supaya kelihatan eksklusif. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai jenis sarung buku. 2. Lakaran reka bentuk sarung buku dengan catatan. 3. Lakaran olahan dan perkembangan idea ilustrasi pada sarung buku dengan catatan. 4. Lakaran tipografi untuk kapsyen dan pelbagai teks yang berkaitan dengan catatan. 5. Lakaran reka letak gabungan ilustrasi dan tipografi dengan catatan. 6. Kajian warna berserta catatan dan skema warna. 7. Ilustrasi sebenar sarung buku dari pandangan depan, tepi dan belakang. 8. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

TERHAD 9 2611/3 Berdasarkan kajian tersebut, sarung buku anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Kertas yang bersesuaian Ukuran : Panjang Lebar Tinggi Bilangan warna : Bebas Teknik : Catan - 21cm - 2cm - 30cm Kapsyen : Bebas mengikut kajian Contoh: Hadapan Belakang Nota: 1. Hasil kerja hendaklah kemas. 2. Teknik kolaj tidak dibenarkan. [Lihat halaman sebelah

TERHAD 10 2611/3 TUGASAN 4 BIDANG : SENI HALUS TAJUK : ARCA PRODUK : ARCA BINAAN SITUASI Maklumat di bawah menerangkan tentang bahaya plastik. BAHAYA PLASTIK KEPADA KEHIDUPAN SEMPORNA 18 Nov - Plastik merupakan sampah yang paling banyak terkumpul di tapak-tapak pelupusan sampah di negeri ini dengan kadar 70 peratus berbanding bahan buangan lain. Bahan itu turut mencemarkan keindahan laut yang menjadi nadi utama masyarakat nelayan di negeri ini. Kesan daripada pembuangan plastik ke laut bukan sahaja mengancam pendapatan nelayan malahan hidupan marin seperti penyu dan terumbu karang turut terjejas. Plastik mengambil masa lebih 20 tahun untuk reput berbanding dengan sisa pepejal lain yang hanya mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk terurai. Sumber dipetik dan diubahsuai : utusan.com.my Bertarikh 19 November 2010 Berdasarkan maklumat tersebut, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ingin mengadakan satu pertandingan menghasilkan arca dari botol-botol plastik supaya orang ramai sedar bahawa botol-botol plastik ini selain dibuang begitu sahaja dan merosakkan alam sekitar boleh juga menghasilkan satu hasil seni yang menarik.

TERHAD 11 2611/3 TUGASAN Anda dikehendaki menghasilkan satu arca seni yang bertemakan dunia maritim. Arca seni tersebut hendaklah bersifat artistik dan mempunyai nilai estetik. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai jenis arca binaan. 2. Koleksi gambar pelbagai jenis subjek dunia maritim sebagai sumber ilham. 3. Lukisan atau catan realistik subjek dunia maritim yang dipilih. 4. Lakaran dan perkembangan idea dengan catatan. 5. Lukisan rekaan arca binaan yang dipilih. 6. Kajian warna pada reka bentuk arca yang dipilih dengan catatan dan skema warna (jika berkenaan). 7. Lukisan perspektif hasil arca sebenar dari tiga sudut pandangan yang berbeza. 8. Lukisan atau catan persembahan dalam situasi sebenar. 9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan. [Lihat halaman sebelah

TERHAD 12 2611/3 Berdasarkan kajian tersebut, arca anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Pelbagai jenis botol plastik Ukuran minimum : Lebar Tinggi Bilangan warna : Bebas - 45cm - 25cm Contoh: Sumber : www.kbbi.org Nota: 1. Hasil karya hendaklah kukuh. 2. Rangka arca boleh menggunakan bahan lain yang bersesuaian.

TERHAD 13 2611/3 TUGASAN 5 BIDANG : KRAF TRADISIONAL DIMENSI BAHARU TAJUK : TENUNAN PRODUK : HIASAN DINDING SITUASI Sebuah resort ingin menghiasi dinding bilik mesyuarat mereka menggunakan hiasan dinding jenis tenunan dengan tema pemandangan lanskap. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan hiasan dinding yang bertemakan pemandangan lanskap. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai jenis tenunan benang (Tapestry weaving). 2. Koleksi gambar pelbagai jenis pemandangan lanskap sebagai sumber ilham. 3. Lukisan realistik pemandangan lanskap yang dipilih. 4. Lakaran olahan dan perkembangan idea lanskap dengan catatan. 5. Lakaran reka corak tenunan berdasarkan olahan lanskap yang dipilih. 6. Kajian warna pada reka corak tenunan lanskap yang dipilih dengan catatan dan skema warna. 7. Lukisan atau catan tenunan lanskap yang dipilih. 8. Lukisan persembahan dalam situasi sebenar. 9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan. [Lihat halaman sebelah

TERHAD 14 2611/3 Berdasarkan kajian tersebut, hiasan dinding anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Benang tenun, kain perca, tali dan bahan-bahan lain yang bersesuaian Ukuran : Panjang Lebar Bilangan warna : Bebas - 45cm - 30cm Teknik : Tenunan (kolaj tidak dibenarkan) Tema : Lanskap Contoh: Sumber : lindabankhansee.com Nota: 1. Hasil kerja anda hendaklah kemas dan dibingkaikan.

TERHAD 15 2611/3 TUGASAN 6 BIDANG : SENI HALUS TAJUK : CETAKAN PRODUK : REKA CORAK BAJU T SITUASI Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mengadakan satu kempen anti-plastik bagi mengurangkan pembuangan bahan-bahan plastik yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka corak baju T dengan menggunakan teknik cetakan stensil bertemakan dunia maritim. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi pelbagai reka corak baju T. 2. Koleksi gambar pelbagai jenis subjek dunia maritim sebagai sumber ilham. 3. Lukisan atau catan realistik subjek dunia maritim yang dipilih. 4. Lakaran dan perkembangan idea dengan catatan. 5. Lakaran olahan tipografi dengan catatan. 6. Lakaran reka letak ilustrasi dan tipografi pada baju T dengan catatan. 7. Kajian warna pada ilustrasi dan baju T yang dipilih dengan catatan dan skema warna. 8. Ilustrasi baju dan reka corak baju T (depan dan belakang). 9. Lukisan atau catan persembahan dalam situasi sebenar. 10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan. [Lihat halaman sebelah

TERHAD 16 2611/3 Berdasarkan kajian tersebut, reka corak baju T anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Baju T Ukuran : Bebas Bilangan warna minimum : Tiga Teknik : Cetakan stensil Tema : Dunia maritim Kapsyen : Anti Plastik (kapsyen tambahan boleh digunakan jika bersesuaian) Contoh: Hadapan Belakang Nota: 1. Reka corak baju T mesti dihasilkan di bahagian hadapan dan di bahagian belakang. 2. Hasil karya hendaklah kemas. 3. Karya mestilah mengikut disiplin cetakan dengan betul.

TERHAD 17 2611/3 TUGASAN 7 BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL TAJUK : REKA BENTUK IKLAN PRODUK : RISALAH SITUASI Sebuah syarikat pelancongan memerlukan satu reka bentuk risalah untuk mempromosikan pelbagai jenis makanan tempatan. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk risalah yang menerangkan tentang keenakan pelbagai jenis makanan tempatan di tempat anda. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi pelbagai jenis risalah. 2. Koleksi pelbagai gambar makanan tempatan. 3. Lukisan atau catan realistik makanan tempatan yang dipilih. 4. Lakaran reka bentuk risalah. 5. Lakaran tipografi untuk digunakan dalam risalah dengan catatan. 6. Lakaran olahan dan perkembangan idea risalah dan catatan. 7. Lakaran gabungan reka letak tipografi dan ilustrasi serta catatan. 8. Kajian warna pada risalah yang dipilih dengan catatan dan skema warna. 9. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan. [Lihat halaman sebelah

TERHAD 18 2611/3 Berdasarkan kajian tersebut, model risalah anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Kertas Ukuran : Panjang Lebar - - 40cm 30cm Teknik : Secara manual dan kolaj tidak dibenarkan Kapsyen : Mengikut kreativiti sendiri Contoh: Nota: 1. Hasil kerja hendaklah dikemaskan.

TERHAD 19 2611/3 TUGASAN 8 BIDANG : REKA BENTUK INDUSTRI TAJUK : PERABOT PRODUK : RAK BUKU KANAK-KANAK SITUASI Taman Asuhan Kanak-Kanak Seri Cahaya memerlukan reka bentuk rak buku. Rak buku tersebut mestilah ceria untuk menarik perhatian kanak-kanak. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model reka bentuk rak buku kanak-kanak. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk rak buku. 2. Koleksi gambar pelbagai jenis buah-buahan dan haiwan sebagai sumber ilham. 3. Lukisan atau catan realistik buah-buahan dan haiwan yang dipilih. 4. Lakaran olahan dan perkembangan idea reka bentuk rak buku kanak-kanak berdasarkan tema dengan catatan. 5. Kajian warna rak buku kanak-kanak yang dipilih dengan skema warna dan catatan. 6. Lukisan tiga dimensi (3D) dari tiga sudut pandangan yang berbeza. 7. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar. 8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 9. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan. [Lihat halaman sebelah

TERHAD 20 2611/3 Berdasarkan kajian tersebut, model reka bentuk rak buku kanak-kanak anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Bahan yang bersesuaian Ukuran : Panjang Lebar Tinggi Bilangan warna : Bebas - 45cm - 15cm - 30cm Tema : Buah-buahan dan haiwan Contoh: 30 cm 15 cm 45 cm Nota: 1. Hasil kerja hendaklah kukuh dan kemas.

TERHAD 21 2611/3 TUGASAN 9 BIDANG : KRAF TRADISIONAL TAJUK : UKIRAN KAYU PRODUK : TABUNG DUIT SITUASI Sebuah institusi bank terkenal ingin menghadiahkan tabung duit sempena Hari Menabung yang mereka anjurkan. Tabung duit tersebut mestilah mempunyai ukiran kayu tradisional. TUGASAN Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu tabung duit yang mempunyai ukiran tradisional yang bercorak moden dengan bertemakan flora. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai jenis tabung duit. 2. Koleksi gambar flora sebagai sumber ilham. 3. Lukisan atau catan realistik flora yang dipilih. 4. Lakaran olahan dan perkembangan idea dengan catatan. 5. Reka letak olahan idea serta catatan. 6. Lukisan olahan idea yang dipilih. 7. Ilustrasi persembahan dalam situasi sebenar. 8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan. 9. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan. [Lihat halaman sebelah

TERHAD 22 2611/3 Berdasarkan kajian tersebut, tabung duit anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Kayu Ukuran : Lebar Tinggi Teknik : Ukiran - 10cm - 15cm Contoh: 15 cm 15 cm Nota: 1. Hasil karya hendaklah kemas dan disyelek. TUGASAN TAMAT