Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

dokumen-dokumen yang mirip
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Visi. Menjadi pusat rujukan dan peneraju pembangunan modal insan koperasi yang unggul. Misi

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MORAL

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Bab 3 ETIKA DAN POLITIK ORGANISASI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Apakah FPK? Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH LANDSKAP DAN NURSERI

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

PENDIDIKAN MORAL (MASALAH PENDENGARAN)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

Kurikulum Kebangsaan

DSP Dunia Muzik Tahun 2 5 Januari 2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI DUNIA MUZIK TAHUN 2

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KATERING DAN PENYAJIAN

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SULIT 1225/1 Pendidikan Moral Sept 2012 PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012 PENDIDIKAN MORAL

TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

AMALAN BAHASA MELAYU

MAJLIS PENGETUA-PENGETUA MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH ( CAWANGAN PULAU PINANG ) MODUL PENILAIAN S.P.M 2011 PENDIDIKAN MORAL. Dua jam tiga puluh minit

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5

BAB 5 Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

REKAAN DAN JAHITAN PAKAIAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PEMBELAJARAN)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Budaya PERDANA. UiTM - Amalannya. Penerapan Budaya Kerja Kelas Pertama

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

KEMENTERIAN PENDIDIKA N MALAYSIA HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN JASMANI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pencernaan Budaya PERDANA UiTM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 MASALAH PEMBELAJARAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Membudayakan Etika, Nilai dan Integriti dalam Koperasi

KURSUS PENGURUSAN KAUNTER YANG EFEKTIF. 21 Mac 2018 Bilik Seminar Tongkat Ali Emas, IBS NOORIZAI MOHAMAD NOOR/ PUSAT JAMINAN KUALITI UPM

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

November 2015 (Kemas kini September 2017) Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kementerian Pendidikan Malaysia

DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3

PENDIDIKAN JASMANI (MASALAH PEMBELAJARAN)

TA F S I R A N FA L S A FA H

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN DUA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

Transkripsi:

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Junjung Amanah Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur 2003

Isi Kandungan FALSAFAH PELAJARAN KEBANGSAAN iii. MISI KPM iii. OBJEKTIF KPM iii. PENDAHULUAN 1. TAKRIF ETIKA KERJA DALAM KPM 1. PRINSIP ETIKA KERJA KPM 2. NILAI UTAMA DALAM ETIKA KERJA KPM 4. Amanah 5. Benar 5. Bijaksana 6. Bersyukur 6. Dedikasi 7. Ikhlas 7. Penyayang 8. PENUTUP 8.

Falsafah Pelajaran Kebangsaan Pelajaran di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara. Misi Kementerian Pelajaran Malaysia Membangunkan sistem pelajaran berkualiti yang bertaraf dunia (world class) bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Objektif Kementerian Pelajaran Malaysia 1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu; 2. Melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera; 3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara; dan 4. Memberikan peluang-peluang pelajaran kepada semua warganegara Malaysia.

Pendahuluan Matlamat mewujudkan sistem pelajaran bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pelajaran di rantau ini ialah bertanggungjawab semua warga Kementerian Pelajaran Malaysia. Justeru, satu etika kerja yang mantap perlu diamalkan untuk memastikan warga Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Takrif Etika Kerja Etika kerja ialah panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia. Objektif Etika Kementerian Pelajaran Malaysia 1. Menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan bagi mempertimbangkan kualiti kerja; 2. Meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan organisasi; dan 3. Memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada negara.

Prinsip Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut: Niat yang betul. Perlakuan yang baik. Penggerak ke arah kebaikan. Memperkotakan apa yang dikatakan. Berdisiplin dan beradab. Niat yang betul Melaksanakan pekerjaan dengan niat yang betul adalah penting dan dituntut oleh agama, selari dengan landasan berikut: Memenuhi kehendak Falsafah Pelajaran Kebangsaan (FPK), misi, matlamat dan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia. Ikhlas menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama dan negara; Memberikan sumbangan bermutu; dan Sentiasa memperbaharui niat untuk kebaikan. Perlakuan yang baik Melakukan tugas dengan sempurna merupakan tanggungjawab warga pelajaran ke arah mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Oleh itu, warga Kementerian Pelajaran Malaysia perlu: Menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa;

Menghasilkan kerja berkualiti secara berterusan, di samping memberikan kepuasan kepada pelanggan; dan Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi. Penggerak ke arah kebaikan Setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah menjadi penggerak ke arah kebaikan. Justeru, seluruh warga Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah: Menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan; Berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat; dan Sentiasa berusaha menjadi pekerja yang terbaik. Memperkotakan apa yang dikatakan Kita hendaklah sentiasa berusaha melaksanakan apa yang dikatakan. Justeru, setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah: Sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan, sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain; Apa yang dibuat mesti sesuai dengan apa yang diucapkan; dan Sentiasa menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan.

Berdisiplin dan beradab Aktiviti yang berperaturan, mulia, berdisiplin dan beradab adalah penting ke arah melahirkan warga Kementerian yang cemerlang. Justeru, setiap warga Kementerian Pelajaran hendaklah: Sentiasa menjaga adab sopan seperti yang terdapat dalam ajaran agama; Sentiasa mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan; dan Sentiasa berpandukan prosedur dan kaedah yang sesuai dan betul. Nilai Utama Dalam Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Walaupun terdapat banyak nilai murni, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai itu adalah: Amanah Benar Bijaksana Bersyukur Dedikasi Ikhlas Penyayang

Amanah Sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Antara amalan "amanah" adalah: Sentiasa menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab tanpa menyeleweng dan cuai; Bersikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak menggunakan masa pejabat untuk urusan peribadi; Berdisiplin dan mengawal diri dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap dirinya; dan Bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Benar Benar pada niat dan perbuatan, contohnya: Mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat yang tersembunyi ataupun mengharapkan balasan; Bercakap benar dan menepati janji, tidak bercakap bohong dan mungkir janji; Memberikan atau menerima arahan yang jelas dan tetap dan tidak mengelirukan; dan Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama.

Bijaksana Menggunakan pemikiran dengan bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan sesuai dengan masa serta keadaan, seperti: Menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah: Sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti; Mempunyai fikiran yang rasional dan pertimbangan yang saksama dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan dan emosi; dan Sentiasa mempertingkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalisme. Bersyukur Perasaan dan perlakuan yang menghargai nikmat dan pemberian yang diterima, antaranya: Sentiasa menghargai anugerah dan nikmat yang diterima tanpa menganggap kejayaan sebagai hak; Bersedia memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka, berdendam atau menabur fitnah; Tenang menghadapi masalah dan reda menerima ketetapan, kegagalan dan ujian serta tidak boleh putus asa; dan Berpuas hati dengan nikmat yang diperoleh seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan yang disediakan.

Dedikasi Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti, contohnya: Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia untuk menerima tugas dengan tidak mencari helah; Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan; Tekun dan rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas dan memastikan hasil kerja sentiasa berkualiti; Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sabar, teliti dan ceria, tidak cuai atau merungut; dan Cergas Ikhlas Berhati suci dalam menunaikan tanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran, antaranya: Menerima tanggungjawab dengan rela dan hati yang suci, tidak berpura-pura atau mengelak daripada tanggungjawab; Menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi, bukan kerana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian orang lain; Memberikan layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih; Bersedia menerima teguran dan kritikan dengan hati dan fikiran yang terbuka; dan Saling hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa sebarang kepentingan;

Penyayang Perasaan dan perlakuan yang menunjukkan sikap memahami, menghargai dan mengambil berat, seperti: Bersifat pemaaf dan penyayang, tidak berdendam, sombong dan suka meninggi diri; Menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa sebarang prasangka buruk; Bersifat bertimbang rasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugas; Menjadikan organisasi sebagi sebuah keluarga besar yang penuh kemesraan; dan Bersifat simpati dan empati dalam menjalankan tugas seharian. Penutup Etika Kerja Kementerian Pelajaran hendaklah diamalkan oleh semua lapisan warga Kementerian Pelajaran Malaysia dengan diterajui oleh pihak pemimpin. Setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah bertekad dan berusaha mempertingkatkan kualiti peribadi dan profesion. Mudah-mudahan setiap kerja yang dilaksanakan mendapat keredaan Allah Subhanahu Wa Ta aala dan diterima sebagai ibadat.