Mukasurat 1/10 PROSEDUR PROSES PENYEDIAAN SOALAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN (VETTING) PK.UniMAP.(O).23 Disediakan oleh : Disemak oleh : PENSYARAH KANAN WAKIL PENGURUSAN Diluluskan oleh : (Prof. Ir. Dr. Rezuwan Kamaruddin) Dekan Pengurusan Akademik
Mukasurat 2/10 1.0 OBJEKTIF Prosedur ini bertujuan memberi garis panduan bagi merancang serta melaksanakan proses penyediaan kertas soalan peperiksaan dan penilaian (vetting). 2.0 SKOP Prosedur ini diterimapakai oleh Pengurusan UniMAP dan staf akademik/pentadbiran semasa proses penyediaan kertas soalan-soalan peperiksaan dan penilaian (vetting).
Mukasurat 3/10 3.0 SINGKATAN Dk : Dekan TD : Timbalan Dekan PR : Pengerusi Rancangan/Program Chairman KK : Ketua Kursus Psy : Pensyarah PP UP : Penolong Pendaftar, Unit Peperiksaan PP : Penolong Pendaftar, Pusat Pengajian MPPP : Majlis Pemeriksa Pusat Pengajian MPU : Majlis Peperiksaan Universiti
Mukasurat 4/10 4.0 DEFINISI Kertas soalan peperiksaan : Kertas soalan bagi peperiksaan meliputi soalan-soalan bagi ujian/peperiksaan pertengahan semester dan peperiksaan akhir di dalam semester. Pemeriksa : Pensyarah atau sekumpulan pensyarah yang mengajar sesuatu kursus tertentu, dan bertanggungjawab untuk menyediakan kertas soalan ujian/peperiksaan pertengahan semester dan peperiksaan akhir di dalam semester bagi kursus tersebut (sekiranya berkenaan sebagaimana yang terkandung dalam Borang HEA01- Borang Penawaran Kursus Baru bagi kursus tersebut). Pensyarah atau sekumpulan pensyarah ini juga akan bertanggungjawab untuk memeriksa skrip kertas jawapan yang berkaitan dan menilai markah pelajar berdasarkan skema pemarkahan. Penilai : Pensyarah (sekurang-kurangnya 2 orang) yang mempunyai kepakaran dalam bidang kursus yang dinilai. Walaubagaimanapun mereka tidak terlibat langsung dalam proses membangunkan set asal kertas soalan ujian/peperiksaan pertengahan semester dan peperiksaan akhir untuk dinilai (terkecuali untuk kursus tertentu contohnya bahasa asing). Pengawas : Staf akademik (Pensyarah/Pegawai Latihan Vokasional) yang dicadangkan oleh PPUP bagi sesuatu kursus dengan persetujuan dan cadangan daripada Dekan di pusat pengajian; dan Pengawas ini adalah
Mukasurat 5/10 bertanggungjawab untuk mengawasi dan memantau perjalanan semasa sesi ujian/peperiksaan sedang dijalankan bagi mengelakkan sebarang kes salahlaku. Penilaian (vetting) : Proses penilaian oleh beberapa orang Penilai terhadap kualiti kertas soalan ujian/peperiksaan pertengahan semester dan peperiksaan akhir yang disediakan oleh Pemeriksa dengan melengkapkan Bahagian A & B di dalam Borang HEA04 (peperiksaan akhir) dan borang 15L (ujian). Portal Dk/PP : Laman web yang disediakan khas untuk PP untuk memapar dan memuat turun borang-borang yang berkaitan dengan akademik, contoh HEA (B) 5.0 DOKUMEN RUJUKAN Bil. Nama Dokumen Lokasi No. Rujukan 5.1 Manual Kualiti - Seksyen 3.3.3 Pengendalian, Penilaian dan Peperiksaan. Bilik Dokumen MK-UniMAP-01 5.2 Garis Panduan Penyediaan Kertas Soalan Peperiksaan Akhir di Pusat Pengajian PNA (B) Pejabat Pengurusan Akademik DS.PK.UniMAP.(O).23-01
Mukasurat 6/10 5.3 Garis Panduan Pelaksanaan Proses Vetting PNA (C) Pejabat Pengurusan Akademik DS.PK.UniMAP.(O).23-5.4 Garis Panduan Pemeriksa- Pemeriksa Menyediakan Soalansoalan Peperiksaan Pejabat Pengurusan Akademik DS.PK.UniMAP.(O).23-6.0 TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Tanggungjawab PP UP Tindakan 1. Keluarkan memo tentang Pekeliling Peperiksaan berhubung tarikh-tarikh keperluan pembangunan kertas peperiksaan. PP 2. Hebahkan memo tersebut kepada ; TD, PR, KK, Psy. KK/Psy 3. Sediakan soalan ujian/peperiksaan pertengahan semester dan peperiksaan akhir. Penilai 4. Jalankan proses vetting terhadap soalan ujian/peperiksaan pertengahan semester dan peperiksaan akhir yang telah disediakan beserta dengan Borang; HEA-04, HEA-05 dan HEA- 06, HEA-15L diperingkat pusat pengajian dan dapatkan kelulusan Dk terhadap proses penilaian (vetting) tersebut.
Mukasurat 7/10 Dk 5. Semak dan luluskan penilaian (vetting) tersebut PP 6. Hantar soalan peperiksaan akhir ke Unit Peperiksaan beserta dengan borang HEA-15i PP UP/KK/Psy 7. Adakan proses penilaian (vetting) diperingkat universiti untuk peperiksaan akhir. 8. Cetak soalan ujian/peperiksaan pertengahan semester dan peperiksaan akhir 9. Laksanakan ujian/peperiksaan pertengahan semester dan peperiksaan akhir 7.0 REKOD KUALITI Bil Jenis Rekod No. Rujukan Lokasi Tempoh Simpanan 7.1 Fail Kompilasi Borang HEA04, HEA05, HEA06 & HEA15(i),HEA15L RK.UniMAP.(O).23-01 Bilik Fail Pusat Pengajian 5 tahun
Mukasurat 8/10 8.0 LAMPIRAN No. Lampiran Tajuk Lampiran 1 Carta Alir Prosedur Proses Penyediaan Soalan Peperiksaan dan Penilaian (Vetting).
Mukasurat 9/10 CARTA ALIR Lampiran 1 Tanggungjawab Aliran Kerja Proses Kerja Rekod Mula PP UP 1. Keluarkan memo tentang Pekeliling Peperiksaan berhubung tarikh-tarikh keperluan pembangunan kertas peperiksaan PP 2. Hebahkan memo tersebut kepada ; TD, PR, KK, Psy. KK/Psy 3. Sediakan soalan ujian/peperiksaan pertengahan semester dan peperiksaan akhir. Penilai Tidak Ya 4. Jalankan proses vetting terhadap soalan peperiksaan akhir yang telah disediakan beserta dengan Borang; HEA-04, HEA-05, HEA-06 dan HEA 15l diperingkat pusat pengajian dan dapatkan kelulusan Dk terhadap proses penilaian (vetting) tersebut. Dk Tidak Ya 5. Semak dan luluskan vetting tersebut PP 6. Hantar soalan peperiksaan akhir ke Unit Peperiksaan beserta dengan borang HEA-15i PP UP/KK/Psy Tidak Ya 7. Adakan proses penilaian (vetting) diperingkat universiti untuk peperiksaan akhir 8. Cetak soalan ujian/peperiksaan pertengahan semester dan peperiksaan akhir
Mukasurat 10/10 9. Laksanakan ujian/peperiksaan pertengahan semester dan peperiksaan akhir Tamat