PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2006

dokumen-dokumen yang mirip
PANDUAN PENDAHULUAN PELBAGAI

PEKELILING BENDAHARI BIL : 2 / 2007 PEJABAT BENDAHARI

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

GARIS PANDUAN MENGENAI PENGURUSAN PENDAHULUAN PELBAGAI DAN PERJALANAN

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

PEKELILING BENDAHARI BIL 3/2009

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 Tahun 2014 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KAD KORPORAT

PEKELILING BENDAHARI BIL 5/2006 PEJABAT BENDAHARI

PEKELILING BENDAHARI BIL : 4/2008

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI. UTHM.PB/100-6/4/ 1( 19 ) 06 Oktober 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 13 /2008

PEKELILING BENDAHARI BIL : 6/2003 PEJABAT BENDAHARI PERUNTUKAN PERBELANJAAN MENGURUS TAHUN 2004

PEKELILING BENDAHARI BIL : 10/2009 PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam

PEKELILING BENDAHARI BIL: 9/2006 PEJABAT BENDAHARI

UTHM.PB/100-6/4( 20) 11 November 2008 PEKELILING BENDAHARI BIL. 14/2008 GARIS PANDUAN KEWANGAN BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM / AKTIVITI PELAJAR

PEKELILING BENDAHARI BIL : 6/2009 PEJABAT BENDAHARI

PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2008

PENGURUSAN BAYARAN DISEDIAKAN OLEH NOR HANIZAN KHALID TIMBALAN BENDAHARI KANAN BAHAGIAN GAJI DAN KEWANGAN STAF **************************************

JABATAN BENDAHARI. Bil. Kami : Bil. Tuan : Tarikh :

PEKELILING BENDAHARI BIL : 5/2008 PEKELILING PEJABAT BENDAHARI

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 2 ( 13 ) Tarikh: 22 Julai 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2014

BORANG PERMOHONAN TABUNG AMANAH PEMBANGUNAN AKADEMIK

Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah

RINGKASAN PERMOHONAN KEGIATAN PELAJAR AKADEMIK / ILMIAH KEPIMPINAN KHIDMAT MASYARAKAT PATRIOTISME KREATIF / INOVASI KEMAHIRAN KOMUNIKASI

PEKELILING BENDAHARI BIL 2/2010

FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BORANG PERMOHONAN LAWATAN / PROGRAM / SEMINAR / AKTIVITI AKADEMIK PELAJAR

JABATAN BENDAHARI DOKUMEN/SEMAKAN YANG PERLU DIBUAT

PEKELILING BENDAHARI BIL. 7 TAHUN 2013 PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN PANJAR WANG RUNCIT UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

RINGKASAN PERMOHONAN KEGIATAN PELAJAR AKADEMIK / ILMIAH KEPIMPINAN KHIDMAT MASYARAKAT PATRIOTISME KREATIF / INOVASI KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

KUiTTHO.PB/10.12/04 Jld II (13 ) Tarikh: 29 September 2006 PEKELILING BENDAHARI BIL. 06 / 2006

PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT BENDAHARI

PEKELILING BENDAHARI BILANGAN : 6/2008 PEJABAT BENDAHARI

1.0 LATAR BELAKANG AKAUN AMANAH DANA KECEMERLANGAN AKADEMIK UiTM

KUKTEM.BEND.10.12/3(2) 01 Ogos 2006 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2006

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PEKELILING BENDAHARI BIL : 1/2008

PERMOHONAN PEMBIAYAAN TABUNG AMANAH PEMBANGUNAN AKADEMIK PELAJAR

UTHM.PB/100-6/4/1( 9 ) 15 November 2007 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 9 /2007

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

PROSEDUR PENYEDIAAN ANGGARAN BELANJAWAN DAN PENGURUSAN PEROLEHAN PK.UiTM.FKM.(PA).09

PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 TAHUN 2009 KEMUDAHAN KAD KORPORAT UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

UTHM/PB/100 6/4 (23) Tarikh: 24 April 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2009

PELAKSANAAN CUKAI BARANGAN PERKHIDMATAN (CBP/GST) DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL. 32/2008 PELAKSANAAN SKIM CUTI PENEMPATAN INDUSTRI STAF AKADEMIK

UTHM.PB/100-6/4 ( 21 ) 22 Januari 2009 PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 / 2009

SURAT PEKELILING BENDAHARI

PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 Tahun 2014 GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN BAGI MELAKSANAKAN PROGRAM/AKTIVITI PELAJAR

PEKELILING BENDAHARI BIL : 1/1997 (Pengurusan Wang) PEJABAT BENDAHARI PENGENDALIAN DAN PENGAWASAN PANJAR WANG RUNCIT

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

PEKELILING BENDAHARI

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 20 ( 12 ) Tarikh: 22 Mei 2014 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2014

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

SEMAKAN PEMOHON (Tandakan ) SEMAKAN HEA (Tandakan ) 1. Borang permohonan telah lengkap diisi. 2. Permohonan dihantar 4 minggu sebelum tarikh aktiviti.

PEKELILING BENDAHARI BIL : 9 /2009 PEJABAT BENDAHARI

Sila pastikan perkara di bawah dipatuhi sebelum permohonan tuntutan perjalanan dikemukakan kepada Jabatan Bendahari untuk diproses.

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL.5/2006 PINDAAN BORANG TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN DALAM NEGERI

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

Garis Panduan Permohonan Mengelola Latihan Akademik oleh Pusat Tanggungjawab (PTj)

KEGUNAAN TABUNG AMANAH PEMBANGUNAN AKADEMIK (TAPA) PERKARA HONORARIUM / BAYARAN PENCERAMAH & FASILITATOR HADIAH PROGRAM / PERTANDINGAN

BORANG PEMBIAYAAN KOMPUTER DAN TELEFON PINTAR(SMARTPHONES) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL : 4 Tahun 2010 PEJABAT BENDAHARLILING PEJABAT BENDAHARI

BAB 9 PENGURUSAN PEMBAYARAN

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2004 TATACARA PENYEDIAAN PESANAN TEMPATAN DI PERINGKAT PUSAT TANGGUNGJAWAB

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PERATURAN PEMBAYARAN YANG MEMERLUKAN KEBENARAN KHAS (AP58)

Garis panduan ini merangkumi semua jenis pinjaman / pembiayaan kenderaan bagi staf UPM yang bertaraf tetap dan kontrak.

SURAT PEKELILING PEJABAT BENDAHARI BIL. 2 TAHUN 2010 TATACARA PENERIMAAN HADIAH/DERMA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

PINDAAN GARIS PANDUAN PELANTIKAN TENAGA PELAWAT AKADEMIK KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKIM TENAGA PELAWAT AKADEMIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 5/2007

BAB 6 PENGURUSAN ASET

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : UNIMAP/PEND/101/2-6 (9) TARIKH : 3 OGOS 2012 PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 6 TAHUN 2012

PEKELILING PENDAFTAR

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

Sila pastikan perkara di bawah dipatuhi sebelum permohonan tuntutan perjalanan dikemukakan kepada Jabatan Bendahari untuk diproses.

PROSEDUR PEROLEHAN PERKHIDMATAN STAF SAMBILAN. PK.UiTM.CNS.HEA(O).05

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 JLD 11 ( 100 ) 31 Julai 2014 PEKELILING PENGURUSAN BIL.9 TAHUN 2014

GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM DAN PAKAIAN KESELAMATAN STAF UNIVERSITI

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

UTHM.PB/100-6/4/1Jld 2( 23 ) 17 Mei 2015 SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 3/2015

R2001 PENGURUSAN ORGANISASI

PEKELILING BENDAHARI BIL : 07/2006 PEJABAT BENDAHARI

BORANG PEMBIAYAAN KENDERAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2008 PENGURUSAN PANJAR WANG RUNCIT BAGI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

KOLEJ UNKOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 2/2007

SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN PELAJAR. (pindaan 2013)

ANUGERAH PENYELIDIK TERBAIK

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 yang dilantik;

BIL SENARAI SEMAK ZON/ SEKSYEN. 4. Tandatangan dan Cop Ketua PTJ yang berkaitan di ruang Melalui ke atas borang permohonan

Transkripsi:

PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2006 No Rujukan Fail : 100-BBI(PTA.6/6) Tarikh : 1 Disember 2006 Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam Pengarah Kampus Cawangan Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam Ketua Pejabat Bendahari UiTM Kampus Cawangan Yg. Bhg. Datuk / Dato / Datin / Prof. / Tuan / Puan GARIS PANDUAN MENGENAI PENDAHULUAN PELBAGAI DAN PELARASAN 1.0 TUJUAN Tujuan garis panduan ini dikeluarkan ialah untuk memberi penerangan kepada staf Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengenai syarat-syarat dan cara memohon pendahuluan pelbagai serta proses pelarasan ke atas pendahuluan yang telah diambil. 2.0 TAFSIRAN 2.1 Projek bermaksud program/aktiviti/tugasan yang perlu dilaksanakan oleh UiTM seperti kerja-kerja penyelidikan, seminar/bengkel, Majlis Konvokesyen, Minggu Wawasan Siswa, lawatan akademik pelajar, aktiviti pelajar dan seumpamanya. 1 / 14

2.2 Pusat Tanggungjawab (PTJ) meliputi semua Fakulti, Bahagian, Jabatan, Pusat, Akademi dan Kampus Cawangan yang menerima agihan peruntukan tahunan. 2.3 Ketua Pusat Tanggungjawab bermaksud ketua yang telah diberi kuasa dan tanggungjawab untuk mengurus dan mengawal sumber kewangan dan sumber-sumber lain yang berkaitan dengan Pusat Tanggungjawab di bawah kawalannya. 2.4 Pegawai Penyelaras bermaksud staf yang dilantik untuk menyelaraskan keseluruhan urusan berhubung dengan projek yang perlu dilaksanakan. Sebagai contoh, Ketua Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar dilantik sebagai Pegawai Penyelaras bagi Minggu Wawasan Siswa. 2.5 Pejabat Pembayar ialah Pejabat Bendahari yang memproses bayaran pendahuluan pelbagai kepada pemohon dan menguruskan proses pelarasan ke atas pendahuluan yang telah diambil. 2.6 Pendahuluan Pelbagai ialah sejumlah wang yang dibayar kepada pemohon sebelum sesuatu projek dimulakan untuk membeli barang/perkhidmatan yang diperlukan bagi mengendalikan / menyiapkan projek berkenaan. 2.7 Pelarasan Pendahuluan ialah cara membayar balik pendahuluan pelbagai yang telah diambil. 3.0 SYARAT-SYARAT AM Staf yang ditugaskan untuk mengendalikan sesuatu projek yang diluluskan oleh UiTM, boleh memohon pendahuluan pelbagai untuk membeli barang/perkhidmatan bagi menjayakan atau menyiapkan projek berkenaan, tertakluk kepada syarat-syarat berikut :- 2 / 14

3.1 Perbelanjaan bagi projek berkenaan telah diluluskan oleh jawatankuasa atau pihak yang mengeluarkan surat kelulusan/arahan untuk mengendalikannya. 3.2 Pendahuluan pelbagai hanya boleh diberikan kepada staf UiTM yang berjawatan tetap atau staf kontrak yang mempunyai baki tempoh kontrak tidak kurang daripada enam (6) bulan. 3.3 Pendahuluan pelbagai tidak boleh dikeluarkan atas nama pelajar atau syarikat/agensi luar atau individu dari syarikat/agensi luar. 3.4 Permohonan pendahuluan pelbagai hendaklah dibuat selewatlewatnya 14 hari sebelum tarikh projek bermula atau berakhir. 3.5 Wang pendahuluan pelbagai adalah untuk digunakan bagi pembelian barang/perkhidmatan yang belum dibeli dan bukan untuk membayar balik perbelanjaan yang telah didahulukan oleh seseorang staf. Jika perbelanjaan bagi sesuatu projek telah didahulukan oleh staf, bayaran balik bagi perbelanjaan yang dibenarkan, boleh dituntut dengan mengemukakan resit-resit perbelanjaan yang telah disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab atau Pegawai Penyelaras kepada Unit Kewangan Zon / Pejabat Bendahari berkaitan. 3.6 Pendahuluan pelbagai yang diambil hendaklah digunakan hanya untuk tujuan/pembelian barang-barang/perkhidmatan seperti yang disenaraikan semasa memohon pendahuluan. 3.7 Pelarasan pendahuluan pelbagai adalah melalui resit-resit perbelanjaan yang perlu dikemukakan kepada Pejabat Pembayar, dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh cek bayaran pendahuluan. 3 / 14

3.8 Bagi projek yang memerlukan masa lebih daripada dua (2) bulan untuk disiapkan, permohonan pendahuluan pelbagai hendaklah dibuat secara berperingkat dengan mengambil tindakan seperti berikut :- 3.8.1. Jumlah pendahuluan yang dipohon pada sesuatu peringkat (tertakluk kepada jumlah maksima yang telah ditetapkan) hendaklah berdasarkan perbelanjaan yang perlu dan mampu dibuat di dalam tempoh dua bulan dari tarikh cek pendahuluan. 3.8.2. Sebelum tempoh dua bulan berkenaan berakhir, kemukakan resit-resit perbelanjaan yang telah disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab atau Pegawai Penyelaras, kepada Pejabat Pembayar untuk dibuat pelarasan. Sila rujuk Para 10.0. 3.8.3. Kemukakan permohonan pendahuluan pelbagai yang baru, bagi jumlah yang akan digunakan untuk peringkat seterusnya. 3.9. Pendahuluan pelbagai yang baru tidak akan diberikan sekiranya masih terdapat pendahuluan terdahulu yang belum diselaraskan, kecuali dengan kelulusan Bendahari. 3.10. Jika projek dibatalkan selepas pendahuluan diambil, wang pendahuluan tersebut hendaklah diserahkan sepenuhnya ke kaunter penerimaan Pejabat Bendahari (mengikut kumpulan wang yang telah diluluskan untuk membiayai projek berkenaan) dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pembatalan. 4 / 14

3.11. Potongan gaji secara otomatis dengan jumlah penuh (lump sum) akan dibuat jika :- 3.11.1. wang pendahuluan tidak dikembalikan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh projek dibatalkan. 3.11.2. resit-resit perbelanjaan tidak dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan. 3.11.3. terdapat resit-resit perbelanjaan yang tidak boleh diambilkira untuk menyelaraskan pendahuluan yang telah diambil. 3.11.4. baki pendahuluan tidak dikembalikan. 4.0 PERBELANJAAN YANG TIDAK DIBENARKAN Pendahuluan pelbagai TIDAK BOLEH DIGUNAKAN untuk tujuan berikut:- 4.1 Pembelian/perolehan barang atau perkhidmatan yang boleh dan praktikal diuruskan dengan menggunakan pesanan jabatan seperti pembelian beg seminar, bahan-bahan makmal, peralatan memasak, makanan dan minuman untuk peserta seminar/kursus/bengkel dan seumpamanya. 4.2 Pembelian inventori atau harta. Inventori ialah barang tidak luak yang melebihi RM500.00 tetapi kurang daripada RM3,000.00 setiap satu, pada masa perolehan dan mempunyai jangka hayat lebih daripada setahun. Walau bagaimana pun, perabot, permaidani dan langsir adalah termasuk di dalam kategori inventori walaupun harga perolehannya lebih daripada RM3,000.00 setiap satu. 5 / 14

Harta ialah barang mudah alih yang tak luak yang berharga RM3,000.00 atau lebih setiap satu, (tidak termasuk pemaidani, perabot dan langsir) pada masa perolehan serta memerlukan penyelenggaraan dari masa ke semasa. 4.3 Pembayaran emolumen/gaji/upahan secara berjadual kepada staf yang dilantik samada tetap/kontrak/harian/sementara. 4.4 Pembayaran elaun syarahan sambilan, elaun lebih masa, elaun keraian dan seumpamanya kepada staf. 4.5 Pembayaran elaun latihan amali, elaun skim khidmat pelajar dan seumpamanya kepada pelajar. 4.6 Perbelanjaan majlis jamuan di hotel atau restoran seperti majlis untuk meraikan staf/pelajar/orang luar yang membantu menjayakan sesuatu projek. Majlis penghargaan seperti ini (jika diluluskan oleh jawatankuasa atau pihak yang mengeluarkan surat kelulusan /arahan untuk mengendalikan projek berkenaan) hendaklah dibuat secara catering dengan menggunakan pesanan jabatan UiTM, pada kadar yang berpatutan, selaras dengan kadar-kadar yang ditetapkan di dalam pekeliling mengenai perbelanjaan keraian rasmi yang berkuatkuasa. Urusan untuk mendapatkan pesanan jabatan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pembayar, sebelum majlis jamuan dibuat. 4.7 Pembelian minuman keras, rokok, dan seumpamanya, yang mana tidak dibenarkan di dalam perbelanjaan Kerajaan, walau dengan apa cara sekali pun. 6 / 14

4.8 Perbelanjaan tambah nilai kad Touch and Go untuk kenderaan staf yang digunakan dalam pengurusan projek berkenaan. Bayaran tol yang telah dibuat bagi kegunaan seumpama ini, samada menggunakan kad Touch and Go atau melalui resit biasa, boleh dituntut bersama-sama dengan tuntutan perjalanan rasmi staf berkenaan. 4.9 Pembayaran tuntutan perjalanan staf. 4.10 Pembelian kad pra-bayar telefon bimbit. 5.0 PERBELANJAAN YANG DIBENARKAN 5.1 Pendahuluan pelbagai BOLEH DIGUNAKAN untuk perkara-perkara seperti berikut : - 5.1.1 Pembelian barang (bukan inventori/harta) yang diperlukan bagi sesuatu projek, yang tidak sesuai/tidak praktikal untuk dibuat pembelian melalui pesanan jabatan. 5.1.2 Pembelian bahan/alatulis keperluan pejabat/pengajaran yang hendak digunakan segera dalam kuantiti yang kecil seperti marker pen, file fastener dan seumpamanya. 5.1.3 Pembayaran elaun gantian makan / elaun penginapan kepada pelajar-pelajar yang menyertai aktiviti yang diluluskan oleh UiTM, bayaran saguhati kepada pelajar yang membantu staf mengendalikan sesuatu projek dan seumpamanya. 7 / 14

5.1.4 Perbelanjaan tambah nilai kad Touch and Go untuk kenderaan yang diberikan kepada pegawai kanan Universiti, di mana beliau layak mendapat kenderaan berserta dengan pemandu khas. Perbelanjaan ini adalah untuk perjalanan rasmi sahaja. 5.1.5 Pembayaran tol bagi kenderaan UiTM yang dipusatkan. 5.1.6 Pembayaran honorarium kepada penceramah jemputan dari luar bagi kursus/latihan/bengkel yang diadakan. 5.1.7 Pembayaran upahan secara one-off kepada individu/kumpulan yang diminta (tidak ada perlantikan berjadual) oleh staf (penyelidik) untuk menyediakan / mendapatkan maklumat /data / perangkaan dan seumpamanya yang diperlukan bagi projek penyelidikan yang telah diluluskan oleh Universiti. Contoh : Staf yang membuat projek penyelidikan pergi ke Sabah dan meminta pelajar-pelajar lepasan sekolah di sana untuk mengedarkan borang soal selidik kepada masyarakat setempat dan mengumpulkannya kembali untuk diserahkan kepada penyelidik berkenaan. 5.1.8 Perbelanjaan runcit seperti upah angkat barang, sewa ruang penyimpanan barang UiTM (locker), sewa kenderaan/bayaran pengangkutan dan seumpamanya, semasa mengendalikan projek di luar kampus. 5.1.9 Pembayaran excess baggage bagi barang-barang UiTM yang dibawa oleh delegasi Universiti ke sesuatu destinasi samada dalam/luar negeri. 8 / 14

5.1.10 Pembayaran yuran penyertaan kursus/seminar staf atau pelajar, jika penganjur mensyaratkan bayaran yuran perlu dibuat semasa permohonan /pendaftaran atau jika penganjur tidak dapat menerima surat jaminan (guarantee letter) atau pesanan jabatan UiTM. 5.2 Pendahuluan pelbagai bagi perkara-perkara selain daripada yang dinyatakan di atas, hendaklah mendapat kelulusan Bendahari. 6.0 KADAR BAYARAN 6.1 Jumlah maksima pemberian pendahuluan pelbagai atas nama seorang staf ialah RM5,000.00 sahaja. 6.2 Pendahuluan pelbagai yang melebihi RM5,000.00, adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Bendahari. 7.0 PEJABAT PEMBAYAR Bayaran pendahuluan pelbagai diuruskan oleh Unit Kewangan Zon/Pejabat Bendahari Cawangan yang berkaitan, berdasarkan bajet yang diluluskan untuk membiayai projek berkenaan samada dari Kumpulan Wang Pengurusan /Amanah /Penyelidikan /Perundingan/Pembangunan. Sila rujuk Lampiran A. 8.0 PERMOHONAN PENDAHULUAN 8.1 Carta Alir Proses Penyediaan Dokumen Permohonan Pendahuluan Pelbagai adalah seperti di Lampiran B. 9 / 14

8.2 Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Pejabat Pembayar adalah seperti berikut : - 8.2.1 Borang Permohonan Pendahuluan Pelbagai - PK.PBUiTM.(O).23/02 (Lampiran C) yang telah lengkap diisi. 8.2.2 Salinan surat kelulusan/arahan mengendalikan projek yang mengandungi maklumat mengenai tempat projek akan diadakan, tarikh mula dan tarikh tamat projek, jenis perbelanjaan dan jumlah bajet yang diluluskan, serta kumpulan wang yang membiayai projek berkenaan. 8.2.3 Salinan surat kelulusan ke luar negeri jika projek di adakan di luar negeri. 8.2.4 Borang peruntukan PB 3/80 (Pindaan 1/2002) (Lampiran D) yang telah diluluskan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab. 9.0 PROSES BAYARAN PENDAHULUAN PELBAGAI DAN PELARASAN Proses bayaran pendahuluan pelbagai dan pelarasan pendahuluan yang diambil adalah seperti di dalam Prosedur Operasi ISO 9001 : 2000 Pejabat Bendahari iaitu Prosedur Bayaran Pendahuluan Perjalanan/Pelbagai Dan Pelarasan PK.UiTM.(O).23. 10.0 PELARASAN PENDAHULUAN PELBAGAI 10.1 Pendahuluan pelbagai hendaklah diselaraskan melalui resit-resit asal perbelanjaan dan/atau resit pemulangan wang dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh cek bayaran pendahuluan dikeluarkan. 10 / 14

10.2 Carta Alir Proses Penyediaan Dokumen Pelarasan adalah seperti di Lampiran E. 10.3 Resit-resit asal perbelanjaan hendaklah disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab atau Pegawai Penyelaras projek. 10.4 Jika wang pendahuluan digunakan untuk bayaran kepada individu atau sebarang perbelanjaan yang mana resit penerimaan tidak dikeluarkan oleh penerima, Surat Akuan Penerimaan Wang/Bayaran seperti di Lampiran F hendaklah disediakan dan dan ditandatangani oleh penerima semasa wang diserahkan. Surat Akuan Penerimaan Wang/Bayaran yang telah ditandatangani oleh penerima adalah dikira sebagai resit perbelanjaan. 10.5 Resit-resit perbelanjaan yang boleh diambilkira untuk pelarasan pendahuluan ialah : - 10.5.1 Resit asal yang telah disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab atau Pegawai Penyelaras projek. 10.5.2 Resit perbelanjaan bagi perkara-perkara yang disenaraikan semasa permohonan pendahuluan. 10.5.3 Resit perbelanjaan yang bertarikh kemudian daripada tarikh cek pendahuluan. Contoh : Tarikh cek pendahuluan 1/9/2006. Semua resit perbelanjaan hendaklah bertarikh 2/9/2006 dan selepasnya. 10.5.4 Tandatangan penerima dalam surat pengesahan penerimaan wang adalah tandatangan asal. 11 / 14

10.6 Resit perbelanjaan bagi pembelian inventori / harta ATAU pembayaran bagi perkara-perkara yang tidak dibenarkan ATAU resit-resit yang bertarikh kemudian daripada tarikh cek pendahuluan, TIDAK BOLEH DIAMBILKIRA untuk menyelaraskan pendahuluan pelbagai yang telah diambil. Jumlah wang yang digunakan bagi pembelian berkenaan hendaklah dikembalikan kepada Pejabat Pembayar, untuk pelarasan. 10.7 Jika terdapat baki wang pendahuluan, serahkan dengan seberapa segera ke kaunter penerimaan Pejabat Bendahari. Proses Penerimaan Baki Wang Pendahuluan Di Kaunter Penerimaan Pejabat Bendahari adalah seperti di Lampiran G. 10.8 Dokumen pelarasan yang perlu dikemukakan kepada Pejabat Pembayar adalah seperti berikut : - 10.8.1 Borang Pelarasan Pendahuluan PK.PBUiTM.(O).23/03 (Lampiran H) yang telah lengkap diisi. 10.8.2 Resit-resit asal perbelanjaan yang telah disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab atau Pegawai Penyelaras projek. 10.8.3 Salinan resit pemulangan baki pendahuluan (jika berkaitan). 10.8.4 Salinan surat kelulusan/arahan mengendalikan projek. 10.8.5 Salinan surat kelulusan ke luar negeri jika projek diadakan di luar negeri. 12 / 14

11.0 SENARAI LAMPIRAN 11.1 Lampiran A - Pejabat Pembayar Pendahuluan Pelbagai 11.2 Lampiran B - Carta Alir Proses Penyediaan Dokumen Permohonan Pendahuluan Pelbagai 11.3 Lampiran C - Borang Permohonan Pendahuluan Pelbagai PK.PBUiTM.(O).23/02 11.4 Lampiran D - Borang PB 3/80 (Pindaan 1/2002) 11.5 Lampiran E - Carta Alir Proses Penyediaan Dokumen Pelarasan Pendahuluan Pelbagai 11.6 Lampiran F - Surat Akuan Penerimaan Wang/Bayaran 11.7 Lampiran G - Proses Penerimaan Baki Wang Pendahuluan Di Kaunter Penerimaan Wang 11.8 Lampiran H - Borang Pelarasan Pendahuluan PK.PBUiTM.(O).23/03 12.0 PEMAKAIAN DAN TARIKH KUATKUASA 12.1 Pekeliling ini hendaklah digunapakai oleh Universiti Teknologi Mara Kampus Shah Alam dan Kampus Cawangan, bagi semua Kumpulan Wang berkuat kuasa mulai 1 Disember 2006 dan 12.2 Pekeliling Bendahari berkaitan dengan pendahuluan pelbagai yang terdahulu adalah dibatalkan. Yang benar SANIP WAHID Bendahari Universiti Teknologi MARA 13 / 14

s.k 1. Naib Canselor 2. Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Pengantarabangsaan) 3. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) 4. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Pengkomersilan/Inovasi) 14 / 14