KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

dokumen-dokumen yang mirip
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAJIAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) INSTRUMEN SOAL SELIDIK GURU MENTOR

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

Program Transformasi Daerah

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2010 PANDUAN PELAKSANAAN PEMENTORAN DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

INSTRUMEN 1 : PENGURUSAN KBAT SEKOLAH. 1. Pemeriksa hendaklah berbincang bersama-sama dengan pentadbir sekolah semasa mengurus tadbir instrumen ini.

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU SECARA DALAM TALIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTRUMEN PENILAIAN KOMPETENSI KUMPULAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) (GURU AKADEMIK)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. PENILAIAN KOMPONEN KEBERHASILAN Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTRUMEN PENILAIAN KOMPETENSI KUMPULAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) (JURULATIH)

JAWATAN KOSONG. 1.3 Jadual Gaji : RM7, RM20,592.00

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

SPESIFIKASI TUGAS PEMBANTU PEGAWAI PENGURUSAN (HAL EHWAL PELAJAR) DG 34

blgerkompkipgkblgerkompkipgkbl

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA J A W A T A N K O S O N G

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (Laporan antara 8-10 muka surat)

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

Program Pencerapan Pengajaran Dan Pembelajaran JPN Sarawak 2011

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

Garis Panduan Pelaksanaan SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH. Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

PENGURUSAN PRAKTIKUM DG34

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

SENARAI TUGAS GURU BESAR

Pelan Perancangan Strategik : Bidang Pentadbiran

Program Doktor Pendidikan Tinggi

@ Hak Cipta Lembaga Peperiksaan

KISSM adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PEGAWAI PEREKA GRAFIK DGA 32/34 PPPLD

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Pelaksanaan PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR mulai Tahun 1 pada 2011 dan Tingkatan 1 pada 2012

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA INSTRUMEN PENILAIAN KOMPETENSI KUMPULAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) (GURU BIMBINGAN & KAUNSELING)

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

SMK BANDAR TENGGARA 2, KULAIJAYA, JOHOR PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

Bab Dua - Langkah-langkah Awal, Semasa dan Akhir Latihan Mengajar

PEGAWAI PERKHIDMATAN MEDIA DGA 32/34 PPPLD

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KERTAS KONSEP. Piala Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia A.S.A.T

PEGAWAI ELEKTRONIK MAKMAL DGA 32/34 PPPLD

SPESIFIKASI TUGAS PEGAWAI PENGURUSAN (LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN) DG 41

Mengetahui apa dan bagaimana sesuatu perkara itu hendak dipelajari

POLIMAS-PK-PS-17 Pengurusan Psikologi dan Kerjaya POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA POLIMAS PK PS-17

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

PEGAWAI PENGURUSAN (PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN) DG 41

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 5 BAGI ARKITEK LANDSKAP GRED J52

BUKU LOG LATIHAN TAHUN : NAMA : NO. K.P : GRED JAWATAN : TEMPAT BERTUGAS :

GARIS PANDUAN PENGURUSAN/AMALAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN DISIPLIN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2016

GARIS PANDUAN INTERNSHIP PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN KPM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

(1) Curriculum Vitae (CV) penuh yang terkini beserta gambar berukuran pasport. CV hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:

SPESIFIKASI TUGAS PEGAWAI PENGURUSAN DG 41 (PRAKTIKUM)

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

Masa persekolahan (Allocated schooling time) Jumlah masa murid hadir ke sekolah. Masa bilik darjah (Allocated class time)

Tarikh: 02 MEI 2012 Tarikh: 02 MEI 2012

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Transkripsi:

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) 2015

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Diterbitkan oleh: Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pendidikan Guru Aras 2-6, Blok E13, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya, Malaysia Tel.: 03-88841144 Faks.: 03-88893057 Web: www.moe.gov.my Hak Cipta Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia ISBN 978-983-9264-19-7 9 7 8 9 8 3 9 2 6 4 1 9 7 Sebarang kandungan tidak boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada pihak penerbit. Cetakan Pertama 2015

Penasihat Pengarah Bahagian Pendidikan Guru SIDANG EDITOR Rosnarizah binti Abdul Halim (Bahagian Pendidikan Guru) Abdul Mutalib bin Osman (Bahagian Pendidikan Guru) Dr. Rosli bin Yacob (Bahagian Pendidikan Guru) Dr. Noor Zaila binti Wahab (Bahagian Pendidikan Guru) Dr. Razianna binti Abdul Rahman (Bahagian Pendidikan Guru) Halida binti Yunus (Bahagian Pendidikan Guru) Ali bin Abdul Rahman (Bahagian Pendidikan Guru) Mohammad Nuri bin Hussin (Bahagian Pendidikan Guru) Mohd Sukri bin Zainol (Bahagian Pendidikan Guru) Aney Marinda binti Muhammad Amin (Bahagian Pendidikan Guru) Siti Fatimah binti Hj. Sahar (Bahagian Pendidikan Guru) Mohd Amin bin Said (Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik) Hjh. Hajar binti Hj. Nordin (Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam) Juairiah binti Marjonet (Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu) Azeran bin Osman (Jabatan Pendidikan Negeri Melaka) Abdullah bin Abdull Manaf (Jabatan Pendidikan Negeri Kedah) Nordan bin Abu Bakar (Jabatan Pendidikan Negeri Pahang) Hj. Madaile bin Hj. Basri (Jabatan Pendidikan Negeri Sabah) Dayangku Hasnah binti Hj. Awang Bolhan (Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak) Zaimah binti Zakaria (SMK Dato Undang Musa Al-Haj)

Panduan Pelaksanaan Program kementerian Kata ALU-aluan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia Transformasi akan lebih efektif jika fokus khusus diberikan kepada usaha meningkatkan pencapaian murid dan pada masa yang sama penekanan diberikan terhadap inisiatif membangunkan kapasiti guru secara berterusan sepanjang kerjaya mereka. Selaras dengan itu, Makmal NKRA Kualiti Guru pada April 2010 memutuskan bahawa Program (PPGB) adalah satu daripada lima belas (15) inisiatif yang perlu dilaksanakan untuk memastikan kecemerlangan profesion keguruan. Perkara ini turut diberikan penekanan di bawah Anjakan Keempat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan antaranya dengan berfokus kepada peningkatan kualiti guru melalui pelaksanaan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB). PPGB yang bermula pada tahun 2011 hingga kini adalah sebahagian daripada PPB untuk memberikan sokongan kepada Guru Baharu mencapai potensi mereka melalui bimbingan berstruktur di peringkat sekolah. Pada fasa permulaan pembangunan profesional berterusan Guru Baharu, penekanan akan diberikan kepada aplikasi pengetahuan dan kemahiran, terjemahan dasar berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan hubung kait teori dan amalan PdP dengan mengambil kira perkembangan terkini di Malaysia serta keperluan abad ke-21. Seiring dengan perubahan yang berlaku dalam sistem Malaysia pada masa ini, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) sebagai bahagian yang bertanggungjawab untuk pelaksanaan PPGB mengambil inisiatif untuk mengemas kini dan menambah baik pengisian program ini dengan menghasilkan Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2015. Penghasilan panduan ini adalah secara bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri, Institut Pendidikan Guru Malaysia dan pihak sekolah berdasarkan pengalaman melaksanakan PPGB selama tiga tahun. Harapan saya agar panduan ini dapat digunakan secara berkesan oleh semua pihak yang berkepentingan dalam membangunkan kompetensi dan profesionalisme Guru Baharu secara holistik. DATUK DR. AMIN BIN SENIN 5

kementerian Panduan Pelaksanaan Program Kata ALU-aluan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Selamat sejahtera dan salam 1Malaysia Program (PPGB) bermula pada tahun 2011 di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan sehingga kini lebih daripada 19,000 Guru Baharu di seluruh negara telah mengikuti program ini. Melalui program bimbingan berstruktur berasaskan sekolah, program ini dibangunkan untuk profesionalisme Guru Baharu yang pertama kali menceburi diri dalam profesion keguruan di sekolah. Guru Baharu yang mengikuti program ini, antara satu hingga tiga tahun dan dalam tempoh masa tersebut, mereka dibimbing untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta amalan nilai profesional sebagai guru yang berkualiti dan profesional. Dapatan kajian impak yang dilaksanakan pada tahun 2014 terhadap Guru Baharu yang mengikuti PPGB dari tahun 2011 hingga 2013 menunjukkan program ini memberi perubahan yang positif terhadap pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai profesionalisme mereka. Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah) 2013-2025 dan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah) KPM Edisi 2014, pengisian program ini ditambah baik bagi memastikan Guru Baharu dilengkapkan dengan pengetahuan berkaitan dasar terkini untuk diterjemahkan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran serta tugas harian mereka mendidik murid di sekolah. Maka Panduan Pelaksanaan Program (PPGB) 2015 dihasilkan sebagai asas untuk memastikan Guru Baharu dapat menguasai dan memantapkan kompetensi profesionalisme mereka selaras dengan hasrat KPM agar guru di Malaysia kekal berkualiti ke arah mentransformasi negara. Panduan ini digunakan sebagai rujukan bukan hanya oleh Guru Baharu, tetapi juga bahan rujukan Guru Mentor, Pentadbir Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan pihak berkepentingan yang terlibat secara bersama untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan program ini. Diharapkan Panduan PPGB ini dapat membantu Guru Baharu mengamalkan budaya kerja cemerlang di sekolah untuk melahirkan murid yang boleh berhadapan dan bersaing dalam dunia global masa hadapan. DATUK EE HONG 6

Panduan Pelaksanaan Program kementerian Kandungan Bab 1 Latar Belakang 9 Pendahuluan 11 Objektif PPGB 12 Panduan Pelaksanaan PPGB 2015 13 Bab 2 Bab 3 Bab 4 Pelaksanaan Fasa PPGB 15 Pengenalan 17 Fasa Orientasi 19 Fasa Pementoran 29 Fasa Pembangunan Profesionalisme 37 Contoh Pelaksanaan PPGB 43 Dokumen PPGB 47 Pengenalan 49 i. Surat Lantikan Guru Mentor oleh Pentadbir Sekolah 49 ii Akuan Terima Guru Mentor dan Guru Baharu 51 iii. Log Pementoran 53 iv. Borang Penilaian Guru Baharu 55 v. Laporan Status Pelaksanaan PPGB 59 vi. Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan PPGB 62 Bahan Rujukan 65 Pengenalan 67 Panduan Pementoran 69 Surat Siaran KPM Bilangan 21 Tahun 2012: Panduan 77 Pelaksanaan PPGB di Sekolah-sekolah di bawah KPM Kompetensi Profesional Guru 95 Bibliografi 101 Penghargaan 105 7

Bab 1 Latar Belakang

Panduan Pelaksanaan Program kementerian PENDAHULUAN Program (PPGB) ialah salah satu daripada program yang menyokong pembangunan profesionalisme berterusan Guru Baharu iaitu guru yang pertama kali memasuki perkhidmatan dan ditempatkan di sekolah. Program ini dilaksanakan berasaskan sekolah (work-based programme) melalui bimbingan berstruktur dan meliputi Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme. Tempoh pelaksanaan PPGB ini adalah antara satu (1) hingga tiga (3) tahun. Guru Baharu diletakkan di bawah bimbingan seorang Guru Mentor yang berpengalaman untuk mempelajari tentang persekitaran dan budaya kerja sekolah serta mendapatkan pengetahuan yang lebih mendalam berkaitan sistem dan aspirasi negara. Guru Baharu juga berpeluang mendalami bidang pengajaran dan pembelajaran (PdP) berdasarkan ilmu dan kemahiran sedia ada, mempelajari pengurusan mata pelajaran serta pengurusan dan pentadbiran sekolah melalui interaksi, tunjuk ajar dan bekerja secara bersama dengan guru lain seperti Penolong Kanan, Ketua Bidang, Ketua Panitia, Guru Kaunselor serta guru penasihat kokurikulum, sukan dan persatuan/kelab di sekolah. Guru Baharu juga digalakkan menggunakan inisiatif kendiri untuk mempelopori tugas, tanggungjawab dan peranan mereka di sekolah selaras dengan aspirasi pembangunan profesionalisme berterusan bagi setiap guru. Secara keseluruhannya, PPGB dilaksanakan untuk mengupaya Guru Baharu melahirkan murid yang berpengetahuan, berfikiran tinggi, berkemahiran memimpin, berkebolehan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, beretika dan beridentiti nasional. Rajah 1: Pengenalan Program program pembangunan guru baharu Program sokongan terhadap pembangunan profesionalisme dan kompetensi Guru Baharu Program pembelajaran melalui bimbingan berstruktur berasaskan sekolah Program penyesuaian antara ilmu dan kemahiran sedia ada Guru Baharu dengan situasi semasa sekolah 11

kementerian Panduan Pelaksanaan Program OBJEKTIF PPGB Secara khususnya, Program (PPGB) bertujuan untuk membantu Guru Baharu: mengadaptasi persekitaran, komuniti dan budaya sekolah bagi membolehkan mereka berperanan dalam situasi sebenar, memperkembangkan potensi mereka melalui: amalan sikap positif; peningkatan daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta; peningkatan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid; kemahiran menyepadukan teori dengan amali PdP; dan penguasaan dan pemantapan strategi pengajaran serta kemahiran mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP. membangun kompetensi profesionalisme secara berterusan iaitu melalui peningkatan pengetahuan, pemantapan kemahiran dan pengamalan nilai profesional yang lebih kukuh bagi memenuhi keperluan abad ke-21. Rajah 2: Dimensi Kompetensi Profesional Guru Baharu kemahiran Nilai Profesional pengetahuan Sumber Rujukan: Dipetik daripada Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah) Kementerian Pendidikan Malaysia Edisi 2014 (m.s. 17-19). 12

Panduan Pelaksanaan Program kementerian PANDUAN PELAKSANAAN PPGB 2015 Pelaksanaan Program (PPGB) pada asasnya adalah berpandukan Modul Program yang telah dibangunkan dalam Makmal NKRA Kualiti Guru pada tahun 2010 dan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 21 Tahun 2012: Panduan Pelaksanaan PPGB di Sekolah-sekolah di bawah KPM. Kini dengan berlakunya perubahan dalam dasar antaranya dengan pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah) dan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah) KPM Edisi 2014, maka Panduan Pelaksanaan PPGB 2015 dihasilkan dengan isi kandungannya dikemaskinikan dan disusun semula dengan maklumat dan bahan terkini bagi Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme. Selaras dengan itu, Panduan Pelaksanaan PPGB ini perlu dibaca bersama-sama dengan dokumen berikut: Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 21 Tahun 2012: Panduan Pelaksanaan PPGB di Sekolah-sekolah di bawah KPM. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah) KPM Edisi 2014. Isi kandungan panduan ini disusun dengan cadangan fokus atau kandungan berserta cadangan tempoh masa pelaksanaan bagi Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme untuk rujukan Guru Baharu, Guru Mentor, Pentadbir Sekolah serta guru lain di sekolah bertujuan: sebagai asas untuk PPGB dilaksanakan di sekolah; dan untuk mewujudkan keselarasan dalam isi kandungan dan pengoperasian program di sekolah-sekolah seluruh negara. 13

kementerian Panduan Pelaksanaan Program Panduan ini mengandungi empat (4) bab seperti berikut: Bab 1 Latar belakang menerangkan secara ringkas Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) serta memperkenalkan kandungan Panduan Pelaksanaan Program 2015. Bab 2 Pelaksanaan Fasa PPGB mengandungi maklumat berkaitan Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme berserta cadangan susunan fokus atau isi kandungan dan cadangan tempoh pelaksanaan bagi setiap fasa. Bab 3 Dokumen PPGB menggariskan dokumen yang digunakan dalam pelaksanaan PPGB bersama tatacara penyediaan dan penggunaan dokumen iaitu: Surat Lantikan Mentor oleh Pentadbir Sekolah Akuan Terima Guru Mentor dan Guru Baharu Log Pementoran Borang Penilaian Guru Baharu Laporan Status Pelaksanaan PPGB Sijil Penyertaan PPGB dan Sijil Penghargaan PPGB Bab 4 Bahan Rujukan memaparkan bahan bacaan dan dokumen rujukan bagi pelaksanaan PPGB seperti berikut: Panduan Pementoran Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 21 Tahun 2012: Panduan Pelaksanaan PPGB di Sekolah-sekolah di bawah KPM Kompetensi Profesional Guru, petikan daripada Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah) Kementerian Pendidikan Malaysia Edisi 2014, m.s. 17-19 14

Bab 2 Pelaksanaan Fasa PPGB

Panduan Pelaksanaan Program kementerian PENGENALAN Pada dasarnya, pelaksanaan Program (PPGB) distrukturkan secara tiga (3) fasa iaitu Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme seperti dalam Rajah 3. Rajah 3: Fasa Pelaksanaan Program (PPGB) PPGB bermula dengan Fasa Orientasi selama tiga bulan pertama. Dalam tempoh fasa ini, Guru Baharu juga melalui Fasa Pementoran bersama-sama Guru Mentor yang dilantik khas oleh pihak sekolah untuk membimbing dan sebagai focal point Guru Mentor. Sepanjang tempoh ini juga; Guru Baharu berpeluang melalui program pembelajaran untuk membangunkan kompetensi profesional mereka. Oleh itu, ketiga-tiga fasa dalam program ini boleh berlaku secara serentak. Pusingan ini berlaku pada tahun pertama dan dijangka majoriti Guru Baharu akan melengkapkan PPGB dengan jayanya dalam tempoh ini. Sekiranya Guru Baharu memerlukan bimbingan lanjut, PPGB disambung ke tahun kedua dan tahun ketiga. 17

kementerian Panduan Pelaksanaan Program Cadangan isi kandungan bagi ketiga-tiga fasa ini disusun secara berasingan bagi tujuan persembahan dalam Panduan Pelaksanaan PPGB ini. Berikut adalah maklumat ringkas berkaitan isi kandungan bagi setiap fasa: Maklumat Fasa Orientasi Fasa Pementoran Fasa Pembangunan Profesionalisme Tempoh Fasa Objektif Cadangan Kaedah Pelaksanaan Dokumentasi Guru Baharu Rekod Guru Mentor Cadangan Minggu Pelaksanaan Fokus Perincian Kandungan Keberhasilan (Outcomes) Dimensi Kompetensi Profesional Penilaian dan Pentaksiran Guru Baharu Cadangan Tempoh Masa Aspek Dimensi Pengetahuan Dimensi Kemahiran Dimensi Nilai Profesional Cadangan Bulan Pelaksanaan Catatan Bagi tujuan pelaksanaan, Guru Mentor boleh mengubah suai dan menggabungkan aspek atau fokus kandungan daripada mana-mana fasa yang difikirkan sesuai untuk memenuhi keperluan semasa Guru Baharu sepanjang tempoh pelaksanaan PPGB. 18

Fasa Orientasi

Panduan Pelaksanaan Program kementerian Tempoh Fasa : 3 bulan pertama selepas Guru Baharu melaporkan diri di sekolah (dilaksanakan seiring dengan Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme). Objektif : Membantu Guru Baharu mengadaptasi persekitaran, komuniti dan budaya sekolah bagi membolehkan mereka berperanan dalam situasi sebenar. Cadangan Kaedah Pelaksanaan : Sesi formal & tidak formal 1. Penerangan 2. Perbincangan 3. Pemerhatian & catatan 4. Pengumpulan maklumat 5. Bimbingan 6. Ceramah & bengkel 7. Ziarah/ lawatan sosial Dokumentasi Guru Baharu : Portfolio Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan PPGB Rekod Guru Mentor : Log Coaching and Mentoring Catatan : 1. Guru Mentor membimbing Guru Baharu menyediakan portfolio (Rujuk Format Penyediaan Portfolio, m.s. 25). 2. Guru Mentor memastikan Guru Baharu menyiapkan perkara 1, 2, 4 dan 5 pada akhir 3 bulan pertama (Rujuk Senarai Semak Portfolio, m.s. 26). 3. Pentadbir Sekolah, Guru Mentor, Staf dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memberikan taklimat, penerangan secara formal dan tidak formal kepada Guru Baharu. Memasyarakatkan Guru Baharu dengan budaya masyarakat setempat dengan menghadiri dan melibatkan diri secara berterusan dalam majlis perkahwinan, perayaan agama/ kaum dan sebagainya. 21

kementerian Panduan Pelaksanaan Program Cadangan Minggu Cadangan dan Fokus Perincian Kandungan Keberhasilan (Outcomes) 1 Profesionalisme Keguruan 2 Budaya, Organisasi dan Persekitaran Sekolah Merealisasi Fokus KPM Strong Implementation, Rapid Execution Excellence: Ultimate Reach of an Organization (SIRE-EURO) Menimba Ilmu, Menyempurnakan Akhlak ( sapaan, beri laluan, kebersihan ) Kod Etika Keguruan Standard Guru Malaysia (SGM) Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Visi, Misi dan Aspirasi/Hala tuju sekolah Latar belakang dan pencapaian murid Organisasi sekolah Taraf sekolah Persekitaran sekolah Guru dan budaya kerja sekolah Budaya komuniti tempatan: Majlis keagamaan dan kebudayaan Adat resam Kepercayaan Pantang larang Bahasa/loghat/dialek Nilai Makanan dan pakaian Adat istiadat hal ehwal anak negeri Menerap dan mengamal nilai-nilai profesionalisme keguruan dalam tugas harian Memahami dan bersedia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan amalan kerja serta menghormati budaya dan adat resam komuniti setempat 22

Panduan Pelaksanaan Program kementerian Cadangan Minggu Cadangan dan Fokus Perincian Kandungan Keberhasilan (Outcomes) 3 Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah 4 Pekeliling Perkhidmatan Awam, Pekeliling KPM, Dasar dan Program KPM serta haluan kerjaya dalam profesion keguruan Pentadbiran Sekolah Pengurusan dan tugas-tugas jawatankuasa sekolah Polisi dan peraturan sekolah Kemudahan prasarana Pengurusan prosedur dan kewangan sekolah Pengurusan Headcount Pengurusan data dan maklumat murid Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Aspek lain yang berkaitan Organisasi PIBG Peranan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia Pekeliling Perkhidmatan Awam Perintah-perintah Am Bab A hingga Bab G Pekeliling Perbendaharaan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pekeliling Ikhtisas dan Surat Siaran KPM Dasar-dasar KPM; Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) Misi dan Visi KPM MBMMBI Mengetahui dan memahami tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan sekolah Mengetahui dan mendalami peranan dan tanggungjawab guru sebagai penjawat awam 23

kementerian Panduan Pelaksanaan Program Cadangan Minggu Cadangan dan Fokus Perincian Kandungan Keberhasilan (Outcomes) 5 Pengurusan Hal Ehwal Murid 6 7 Pengurusan Kurikulum 8 9 Pengurusan Kokurikulum 10 Pengurusan Sukan 11 12 Pengurusan Sahsiah Murid Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling Pengurusan kebajikan murid Pendaftaran dan pertukaran murid Dokumen standard/kurikulum Rancangan Pelajaran Harian dan Rancangan Pelajaran Tahunan Pengurusan Buku Rekod Mengajar Pengurusan jadual waktu Pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah dan peperiksaan Buku teks Aspek lain yang berkaitan Pengurusan dan pengendalian aktiviti kokurikulum Aspek lain yang berkaitan Pematuhan kepada Dasar 1Murid 1Sukan Aspek lain yang berkaitan Disiplin murid Rekod salah laku murid Memahami dan bersedia untuk melaksana tugas-tugas pengurusan sekolah. Memahami dan bersedia untuk melaksanakan tugas-tugas pengurusan sekolah. 24

Panduan Pelaksanaan Program kementerian FORMAT PENYEDIAAN PORTFOLIO 1. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 1.1 Kurikulum Vitae 1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1.3 Skop Kerja 1.4 Sasaran Kerja Tahunan 2. PROFIL SEKOLAH 2.1 Maklumat Asas Sekolah 2.2 Objektif Sekolah/ Unit 2.3 Logo, Visi, Misi dan Piagam Sekolah 2.4 Carta Organisasi 2.5 Lampiran : i) Pelan Sekolah ii) Takwim Sekolah iii) Peraturan Sekolah iv) Lagu Sekolah v) Koleksi Dokumen Berkaitan 3. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL 3.1 Matlamat Pengajaran/ Kepimpinan Masa Hadapan 3.2 Cadangan Aktiviti untuk Penambahbaikan 3.3 Penyertaan dalam Aktiviti PPB 4. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI/ PROFESION 4.1 Senarai Tugas dan Jawatankuasa 4.2 Sumbangan kepada KPM/ JPN/ PPD 4.3 Penulisan/ Penerbitan 5. BAHAN BUKTI DALAM PdP/ KEPIMPINAN 5.1 Sukatan Mata Pelajaran/ Rancangan Mengajar dan Penilaian/ Perancangan Strategik 5.2 Contoh Hasil Kerja 6. ANUGERAH/ PENCAPAIAN 6.1 Anugerah Perkhidmatan 6.2 Anugerah dalam PdP/ Kepimpinan/ Lain-lain 7. PENILAIAN PdP/ KEPIMPINAN 7.1 Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/ Kepimpinan 7.2 Rakaman Video Pengajaran/ Kepimpinan 7.3 Maklum Balas Murid/ Ketua Jabatan 25

kementerian Panduan Pelaksanaan Program SENARAI SEMAK PORTFOLIO A. Diisi oleh Guru Baharu [Sila tanda ( ) bagi perkara yang telah lengkap] 1. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 1.1 Kurikulum Vitae 1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1.3 Skop Kerja 1.4 Sasaran Kerja Tahunan 2. PROFIL SEKOLAH 2.1 Maklumat Asas Sekolah 2.2 Objektif Sekolah/ Unit 2.3 Logo, Visi, Misi dan Piagam Sekolah 2.4 Carta Organisasi 2.5 Lampiran: i) Pelan Sekolah ii) Takwim Sekolah iii) Peraturan Sekolah iv) Lagu Sekolah v) Koleksi Dokumen Berkaitan 3. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL 3.1 Matlamat Pengajaran/ Kepimpinan Masa Hadapan 3.2 Cadangan Aktiviti untuk Penambahbaikan 3.3 Penyertaan dalam Aktiviti PPB 4. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI/ PROFESION 4.1 Senarai Tugas dan Jawatankuasa 4.2 Sumbangan kepada KPM/ JPN/ PPD 4.3 Penulisan/ Penerbitan 5. BAHAN BUKTI DALAM PdP/ KEPIMPINAN 5.1 Sukatan Mata Pelajaran/ Rancangan Mengajar dan Penilaian/ Perancangan Strategik 5.2 Contoh Hasil Kerja 6. ANUGERAH/ PENCAPAIAN 6.1 Anugerah Perkhidmatan 6.2 Anugerah dalam PdP/ Kepimpinan/ Lain-lain 7. PENILAIAN PdP/ KEPIMPINAN 7.1 Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/ Kepimpinan 7.2 Rakaman Video Pengajaran/ Kepimpinan 7.3 Maklum Balas Murid/ Ketua Jabatan Bulan ke-3 Bulan ke-12 Tandatangan Guru Baharu :....... Tarikh :....... 26

Panduan Pelaksanaan Program kementerian B. Semakan oleh Guru Mentor Bulan ke-3 Bulan ke-12 Perkara 1 hingga 7 telah disediakan. Setiap perincian dalam perkara 3, 6 (jika berkaitan) dan 7 telah dilengkapkan. Setiap perician dalam perkara 1, 2, 4 dan 5 telah dilengkapkan. Ulasan : Ulasan :........................ Tandatangan Tandatangan...... (Guru Mentor) (Guru Mentor) Tarikh : Tarikh : C. Pengesahan oleh Pengetua/Guru Besar Ulasan :......... Tandatangan... (Pengetua/Guru Besar) Tarikh : 27

FASA PEMENTORAN

Panduan Pelaksanaan Program kementerian Tempoh Fasa : Satu tahun bermula dari hari pertama Guru Baharu melaporkan diri di sekolah. (Rujuk catatan di m.s. 32) Tempoh boleh dilanjutkan sekiranya Guru Baharu tidak menunjukkan peningkatan kemahiran dan kompetensi yang ditetapkan (rujuk Dimensi Kompetensi Profesional di bawah). Objektif : Memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional dan berstruktur kepada Guru Baharu sehingga Guru Baharu mencapai tahap Kompetensi Profesionalisme seperti yang dihasratkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014): Memupuk sikap positif, dan mengamalkan nilai profesional keguruan; Meningkatkan daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta; Meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid; Menyepadukan teori dengan amali PdP; Menguasai dan memantapkan strategi pengajaran; dan Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP dan seterusnya memperkembangkan potensi guru. Dimensi Kompetensi Profesional 1. Pengetahuan 2. Kemahiran 3. Nilai Profesional Cadangan Kaedah Pelaksanaan : Sesi formal & tidak formal 1. Penerangan 2. Perbincangan 3. Pemerhatian & catatan 4. Pengumpulan maklumat 5. Bimbingan 6. Ceramah & bengkel Dokumentasi Guru Baharu : Portfolio Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan PPGB 31

kementerian Panduan Pelaksanaan Program Rekod Guru Mentor : Log Coaching and Mentoring (Rujuk Panduan Pementoran, m.s. 69) Penilaian & Pentaksiran Terhadap Pembangunan Guru Baharu: : 1. Berasaskan Portfolio Guru Baharu 2. Penilaian Guru Baharu Cadangan Tempoh Masa : Sepanjang tahun Catatan: 1. Fasa Pementoran merangkumi Fasa Orientasi. 2. Kandungan yang tercatat dalam Fasa Orientasi dikembangkan dengan lebih terperinci melalui mod yang lebih praktikal: a. Guru Baharu diberi peluang untuk mengambil bahagian secara aktif dan hands-on dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah. b. Guru Baharu juga diberi pengalaman dalam pengurusan hal ehwal murid dan program sekolah yang juga meliputi aspek pentadbiran dan sebagainya. c. Guru Baharu juga dipimpin melaksanakan kajian tindakan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran. 32

Panduan Pelaksanaan Program kementerian Cadangan dan Fokus Kandungan Aspek Dimensi Pengetahuan Dimensi Kemahiran Dimensi Nilai Profesional Proses Pengajaran dan Pembelajaran (menjurus kepada mata pelajaran/ bidang pengkhususan) Kandungan mata pelajaran Kurikulum (KSSR/ KBSM/ KSSM) Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Penilaian Ilmu Pendidikan, pedagogi Pelbagai pendekatan PdP dan psikologi (contoh: pengurusan kelas (classroom management) dan pengurusan murid) Menterjemah kurikulum Merancang Rancangan Pelajaran Tahunan & Rancangan Pelajaran Harian Pelaksanaan PdP (mengaplikasi teori kepada amalan) Set induksi Sumber Kemahiran komunikasi Teknik penyoalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Tugasan murid Ketuhanan Bersyukur Penyayang Ikhlas Bertimbang rasa Berbudi bahasa Empati Integriti Amanah Berakauntabiliti Adil Efisien Berilmu Kreatif, kritis dan inovatif Ketepatan Interpersonal dan intrapersonal Berdaya tahan Berdaya usaha Kecintaan terhadap profesion Imej keguruan Kualiti keguruan Patriotisme dan tanggungjawab sosial Pengorbanan untuk negara Toleransi sosial 33

kementerian Panduan Pelaksanaan Program Cadangan dan Fokus Kandungan Aspek Dimensi Pengetahuan Dimensi Kemahiran Dimensi Nilai Profesional Penilaian dan Pentaksiran Pencapaian Murid PBS yang merangkumi komponen seperti: Pedagogi Penilaian pembelajaran murid Refleksi pengajaran guru Adil Integriti Pentaksiran Sekolah (PS) PAJSK Pentaksiran Psikometrik UPSR PT3 SPM Pengurusan Bilik Darjah Kepentingan bilik darjah yang kondusif untuk pembelajaran Pengurusan kelas Menguruskan bilik darjah kondusif Efisien Susun atur kelas abad ke-21 Pengurusan Disiplin Murid Pekeliling ikhtisas mengenai disiplin pelajar yang sedang berkuat kuasa Mengenal pasti kesalahan disiplin pelajar dan merujuk kepada prosedur pengurusan disiplin Ketuhanan Penyayang Integriti Pengurusan Fail, Aktiviti dan Program Kokurikulum (Aktiviti Kelab, Persatuan dan Badan Beruniform) Sistem Fail Pekeliling/dasar berkaitan Mengurus fail secara sistematik dan boleh diakses dengan mudah Merekodkan dan menguruskan pensijilan Integriti Efisien 34

Panduan Pelaksanaan Program kementerian Cadangan dan Fokus Kandungan Aspek Dimensi Pengetahuan Dimensi Kemahiran Dimensi Nilai Profesional Pengurusan Fail, Aktiviti dan Program Sukan 1Murid 1Sukan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Mengurus fail secara sistematik dan boleh diakses dengan mudah Merekodkan dan menguruskan pensijilan Perpaduan Toleransi Tolak ansur Efisien Pengurusan Kebajikan Murid Sistem Fail Pekeliling/dasar berkaitan Merekodkan dan menguruskan kebajikan Ketuhanan Penyayang Integriti Pengurusan Kaunseling Fungsi Perkhidmatan Kaunseling Fasilitasi Memotivasi murid Mengurus kebajikan murid Penyayang Efisien Mengenal pasti dan membantu memperkembangkan potensi murid Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Sekolah Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa Asas Perakaunan Pengurusan Kewangan Integriti Efisien Akauntabiliti Outcome-based budgeting (OBB) Pengurusan Programprogram Sekolah (Contoh: Hari Graduasi Sekolah, Hari Anugerah Cemerlang) Pelan tindakan, pengoperasian, etiket dan protokol Menyediakan kertas konsep Integriti Efisien 35

FASA PEMBANGUNAN PROFESIONALISME

Panduan Pelaksanaan Program kementerian Tempoh Fasa : Hari pertama Guru Baharu melapor diri di sekolah dan berterusan sepanjang kerjaya sebagai guru. Objektif : Membimbing dan membangunkan kompetensi profesionalisme Guru Baharu dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai profesional yang berkaitan bagi memenuhi keperluan abad ke-21. Cadangan Kaedah Pelaksanaan : Dilaksanakan secara formal dan tidak formal: 1. Inisiatif kendiri (individu dan berasaskan sekolah) 2. Inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia Cadangan aktiviti PPB: Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Community - PLC) Portal e-guru Wacana Ilmu Penyelidikan Penulisan dan Pengkaryaan Lawatan Penanda Aras Ulasan Buku Inovasi Coaching and Mentoring Bengkel Peningkatan Akademik Kursus Aktiviti PPB (Guru dan Pemimpin Sekolah Edisi 2014) Dokumentasi Guru Baharu : Portfolio Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan PPGB Rekod Guru Mentor : Log Coaching and Mentoring Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan PPGB 39

kementerian Panduan Pelaksanaan Program Cadangan Bulan 1 Rujuk Panduan Orientasi 2 Rujuk Panduan Orientasi 3 Rujuk Panduan Orientasi Fokus Dasar-dasar KPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) Misi dan Visi KPM Etika Keguruan dan Penjawat Awam Pengurusan Kewangan Sekolah Cadangan Pelaksanaan Kandungan Amalan dan pelaksanaan pembangunan profesionalisme berterusan Strategi pelaksanaan pembangunan profesionalisme berterusan Peranan dan tanggungjawab guru sebagai penjawat awam Adab Bina Ilmu, Menyempurna Akhlak Prosedur kewangan sekolah pembelian, petty cash dan sebagainya Integriti dalam menguruskan kewangan Keberhasilan (Outcomes) Mengetahui, memahami dan menghayati serta dapat menterjemahkan dasar utama KPM Akauntabiliti sebagai pendidik Mengamalkan pengurusan kewangan peribadi dan sekolah yang positif Catatan Dilaksanakan semasa Fasa Orientasi Bahan-bahan berkaitan boleh dimasukkan dalam Portfolio PPB Pendedahan kepada sistem-sistem pengurusan KPM. Contoh: SPL KPM, HRMIS, SPS dan lain-lain (sila layari www.moe.gov. my untuk rujukan lebih lanjut) Boleh dilaksanakan semasa Fasa Orientasi Boleh dilaksanakan semasa Fasa Orientasi 40

Panduan Pelaksanaan Program kementerian Cadangan Pelaksanaan Cadangan Bulan Fokus 4-5 Pedagogi Bilik Darjah Kandungan Menghadapi murid pelbagai keupayaan dan kebolehan dalam kelas yang sama KBAT Menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam PdP 6 Penilaian dan pentaksiran dalam mata pelajaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) i) UPSR ii) PT3 iii) SPM iv) STPM/STAM Rekod perkembangan pembelajaran murid Keberhasilan (Outcomes) Mempelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran Mahir menggunakan aplikasi KBAT dalam PdP Memahami dan melaksanakan penilaian dan pentaksiran dengan penuh integriti Catatan Boleh dilaksanakan semasa sesi LADAP, PLC, pementoran Contoh aspek KBAT program i-think dilakukan dalam PdP guru 7 Kajian Tindakan Pendedahan kepada kajian tindakan Mengenal pasti masalah dan fokus kajian, mengumpul data dan menulis laporan kajian tindakan Menghasilkan kajian tindakan untuk penambahbaikan proses PdP Rujuk Buku Manual Kajian Tindakan terbitan BPPDP di laman web www.moe.gov.my Perkongsian hasil kajian tindakan kepada pihak sekolah 41

kementerian Panduan Pelaksanaan Program Cadangan Pelaksanaan Cadangan Bulan Fokus Kandungan Keberhasilan (Outcomes) Catatan 8 dan seterusnya Pendidikan abad ke-21 Pembacaan dan ulasan buku berkaitan perkembangan terkini dalam Guru Baharu dapat mengaplikasikan ciri-ciri pembelajaran di abad ke-21 Book review dikira sebagai latihan yang boleh dimasukkan dalam SPL KPM Pembelajaran sepanjang hayat Lawatan penanda aras 42

CONTOH PELAKSANAAN PPGB

Panduan Pelaksanaan Program kementerian 45

Bab 3 Dokumen PPGB

Panduan Pelaksanaan Program kementerian PENGENALAN Dokumen Program (PPGB) adalah dokumen yang diperlukan bagi memulakan dan melaksanakan PPGB. Perincian setiap dokumen serta tatacara penyediaan dan penggunaan dokumen adalah seperti di bawah. I. Surat Lantikan Guru Mentor oleh Pentadbir Sekolah Surat Lantikan Guru Mentor adalah surat arahan kepada Guru Mentor yang dipilih khas untuk membimbing Guru Baharu membangunkan kompetensi profesional mereka. Pemilihan Guru Mentor adalah berdasarkan kesesuaian opsyen Guru Mentor dan opsyen Guru Baharu, pengalaman mengajar, pengetahuan, kemahiran dan personaliti Guru Mentor. Tatacara 1. Surat lantikan ini dikeluarkan kepada Guru Mentor sekurang-kurangnya satu (1) minggu selepas Guru Baharu melaporkan diri di sekolah. 2. Maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan Guru Mentor dan nama Guru Baharu serta tempoh pelaksanaan program dinyatakan. 3. Surat lantikan ini ditandatangani oleh Pengetua atau Guru Besar. 4. Satu (1) salinan surat disimpan dalam fail sekolah. 49

kementerian Panduan Pelaksanaan Program CONTOH SURAT LANTIKAN GURU MENTOR OLEH PENTADBIR SEKOLAH LOGO SEKOLAH sekolah MENENGAH KEBANGSAAN 1MALAYSIA JALAN PINANG SEBATANG 90000 MIRI No. Telefon : 085-4312030 SARAWAK No. Fax : 085-4313000 Ruj. Kami : SMK1M/PP.3977 Tarikh : NAMA NO. KAD PENGENALAN Tuan/Puan, PELANTIKAN SEBAGAI GURU MENTOR BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa bagi memenuhi keperluan pelaksanaan Program, maka dengan ini tuan/puan dilantik sebagai Guru Mentor kepada Encik/Puan/Cik bermula pada sehingga. 3. Pihak sekolah percaya komitmen tuan/puan dalam pelaksanaan program ini berdasarkan pematuhan kepada Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012 dapat membangunkan kompetensi profesional Guru Baharu seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,... (Pengetua / Guru besar) 50

Panduan Pelaksanaan Program kementerian II. Akuan Terima Guru Mentor dan Guru Baharu Akuan Terima Guru Baharu dan Guru Mentor adalah satu dokumen persetujuan antara Guru Mentor dan Guru Baharu sebagai ikatan bai ah. Guru Mentor merekodkan persetujuan dan komitmen untuk memberi bimbingan dan Guru Baharu merekodkan persetujuan serta komitmen untuk menerima bimbingan dan bekerjasama membangunkan kompetensi profesional mereka berdasarkan panduan yang dikeluarkan dalam Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012. Tatacara 1. Nama dan nombor kad pengenalan Guru Mentor dan Guru Baharu dicatat. 2. Akuan Terima ditandatangani bersama oleh Guru Mentor dan Guru Baharu. 3. Satu (1) salinan Akuan Terima disimpan oleh Guru Baharu dalam Portfolio dan satu (1) salinan disimpan oleh Guru Mentor. 51

kementerian Panduan Pelaksanaan Program KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU AKUAN TERIMA GURU MENTOR DAN GURU BAHARU Guru Mentor : Guru Baharu : Nama Sekolah : Saya, (K/P) yang dilantik sebagai Guru Mentor bersetuju untuk menerima tanggungjawab dan memberi bimbingan profesional sepanjang tempoh Program dilaksanakan berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012. Saya, (K/P), Guru Baharu bersedia menerima bimbingan dan akan bekerjasama sepenuhnya dalam program ini untuk pembangunan kompetensi profesional saya sebagai seorang guru berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012. Guru Baharu: Guru Mentor:........ ( ) ( ) Tarikh: Tarikh: 52

Panduan Pelaksanaan Program kementerian III. Log Pementoran Log Pementoran adalah rekod sesi pementoran antara Guru Mentor dan Guru Baharu. Log ini juga merupakan bahan rujukan Pentadbir Sekolah untuk memantau status, mengenal pasti isu serta mencadangkan penambahbaikan pelaksanaan PPGB. Tatacara 1. Log Pementoran diisi sebulan sekali (Perbincangan secara formal dan tidak formal antara Guru Mentor dan Guru Baharu perlu diadakan sekurang-kurangnya dua (2) waktu seminggu). 2. Log ini diisi bersama oleh Guru Baharu dan Guru Mentor. 3. Perkara yang perlu diisi: a. Aktiviti utama (Contohnya, berkaitan Dasar KPM, PdP, Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan HEM dan sebagainya) b. Isu atau perbincangan c. Ulasan 4. Log ini ditandatangani bersama oleh Guru Mentor dan Guru Baharu. 5. Satu (1) salinan log disimpan oleh Guru Baharu dalam Portfolio dan satu (1) salinan disimpan oleh Guru Mentor. 53

kementerian Panduan Pelaksanaan Program KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU LOG PEMENTORAN Bulan/Tahun : / Bil. Pertemuan : AKTIVITI ISU/PERBINCANGAN ULASAN *Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi. Disediakan oleh,.. (Nama Guru Baharu) Tarikh: Disahkan oleh,.... (Nama Guru Mentor) Tarikh: 54

Panduan Pelaksanaan Program kementerian IV. Borang Penilaian Guru Baharu Penilaian Pelaksanaan PPGB dilaksanakan oleh Guru Mentor untuk melihat tahap pembangunan kompetensi profesionalisme Guru Baharu. Tatacara 1. Penilaian dilaksanakan dua (2) kali setahun oleh Guru Mentor pada bulan keenam (ke-6) dan bulan ke-12. (Dilaksanakan oleh Guru Mentor melalui perbincangan dengan guru lain dan Guru Baharu, pentaksiran berdasarkan evidences dan pemerhatian). 2. Penilaian dilaksanakan untuk setiap Guru Baharu dengan menggunakan borang yang sama. 3. Dimensi kompetensi yang dinilai dan wajaran adalah seperti yang berikut: a. Pengetahuan - wajaran 30% b. Kemahiran - wajaran 30% c. Nilai Profesional - wajaran 40% Berkaitan Dasar KPM, PdP, Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan HEM dan sebagainya. 4. Skor bagi setiap aspek kompetensi, jumlah skor, peratusan skor serta keseluruhan skor dan peratusan diberi. Deskriptor pemberian skor bagi setiap Aspek Kompetensi adalah seperti yang berikut: SKOR TARAF DESKRIPTOR 9 10 Cemerlang Mengetahui, memahami dan menghayati serta dapat menterjemahkan semua aspek pengetahuan dalam melaksanakan tugas. Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek kemahiran dalam melaksanakan tugas. Mengetahui, memahami dan menghayati semua nilai profesional pada tahap yang baik. 7 8 Baik Mengetahui, memahami dan menghayati semua aspek pengetahuan dalam melaksanakan tugas. Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi memerlukan bimbingan. Mengetahui, memahami dan menghayati semua nilai profesional pada tahap sederhana. 55

kementerian Panduan Pelaksanaan Program SKOR TARAF DESKRIPTOR 5 6 Sederhana Mengetahui dan memahami semua aspek pengetahuan tetapi tidak menghayati aspek pengetahuan dalam melaksanakan tugas. Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi masih memerlukan bimbingan. Mengetahui dan memahami semua nilai profesional pada tahap sederhana. 3 4 Kurang Memuaskan Mengetahui semua aspek pengetahuan dalam melaksanakan tugas tetapi tidak memahami dan tidak menghayati aspek pengetahuan tersebut dalam melaksanakan tugas. Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi sentiasa memerlukan bimbingan. Kurang mengetahui, kurang memahami dan kurang mempamerkan nilai profesional. 1 2 Lemah Tidak mengetahui, tidak memahami dan tidak menghayati semua aspek pengetahuan dalam melaksanakan tugas. Tidak menguasai, tidak mengamalkan dan tidak menggabungjalinkan aspek kemahiran dalam melaksanakan tugas. Tidak mengetahui, tidak memahami dan tidak mempamerkan nilai profesional. 5. Penilaian ditandatangani oleh Guru Mentor dan disahkan oleh Pengetua/ Guru Besar. 6. Sekiranya tempoh pelaksanaan PPGB dilanjutkan ke tahun kedua, penilaian semula terhadap Guru Baharu tersebut akan dilaksanakan selepas tempoh masa pelanjutan PPGB berakhir. 56

Panduan Pelaksanaan Program kementerian KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU BORANG PENILAIAN GURU BAHARU Nama Guru Baharu : Bil. Dimensi Kompetensi Aspek Skor Skor Bulan Ke-6 Skor Bulan Ke-12 1. Pengetahuan (30%) Kandungan mata pelajaran 10 Ilmu, pedagogi dan psikologi 10 Kurikulum dan kokurikulum 10 Pentaksiran dan penilaian 10 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk 10 Dasar-dasar dan hala tuju kerajaan 10 Pekeliling dan peraturan 10 JUMLAH SKOR PERATUS SKOR (%) = Skor diperolehi x 30 % 2. Kemahiran (30%) Jumlah Skor (70) Menterjemahkan dasar/ pekeliling atau peraturan dalam amalan PdP Merancang dan menyampai PdP mengikut mata pelajaran 10 10 Mentaksir dan menilai 10 Mengurus kelas dan murid 10 Menggunakan TMK untuk PdP 10 Kepimpinan pengajaran dan pembelajaran 10 Melaksanakan kajian tindakan 10 Hubungan sesama manusia 10 JUMLAH SKOR PERATUS SKOR (%) = Skor diperolehi x 30 % Jumlah Skor (80) 57

kementerian Panduan Pelaksanaan Program Bil. Dimensi Kompetensi Aspek Skor Skor Bulan Ke-6 Skor Bulan Ke-12 3. Nilai Profesional (40 %) Keutuhan 10 Penyayang 10 Integriti 10 Efisien 10 Kecintaan terhadap profesion 10 Patriotisme dan tanggungjawab sosial 10 JUMLAH SKOR PERATUS SKOR (%) = Skor diperolehi x 40 % Jumlah Skor (60) JUMLAH KESELURUHAN PERATUS SKOR (%) Disediakan oleh, (Nama Guru Mentor) Tarikh :... Disahkan oleh,. (Pengetua/Guru Besar) Nama dan Cap Rasmi Sekolah Tarikh :... SKALA JUMLAH KESELURUHAN PERATUS SKOR DIPEROLEHI PADA BULAN KE-12 : 90% - 100% - Tahap Kompetensi yang Cemerlang 80% - 89.99% - Tahap Kompetensi yang Baik 60% - 79.99% - Tahap Kompetensi yang Sederhana 50% - 59.99% - Tahap Kompetensi yang Kurang Memuaskan 49.99% ke bawah - Tahap Kompetensi yang Lemah 58

Panduan Pelaksanaan Program kementerian V. Laporan Status Pelaksanaan Program (PPGB) Laporan Status Pelaksanaan Program (PPGB) ini adalah rekod lawatan atau pemantauan yang dilaksanakan secara berkala oleh pegawai Bahagian KPM, JPN dan PPD. Laporan ini digunakan sebagai rujukan untuk tindakan susulan pihak sekolah (jika berkenaan) dan juga bagi penyediaan laporan PPGB oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru. Tatacara 1. Laporan ini disediakan setiap kali lawatan/pemantauan. (Lawatan/ pemantauan dijalankan sekurang-kurangnya dua (2) kali iaitu selepas tiga (3) bulan pertama dan pada bulan ke-12 pelaksanaan PPGB). 2. Nama, alamat sekolah dan bilangan Guru Baharu dicatatkan. 3. Perkara yang dilaporkan adalah seperti yang berikut: a. Amalan Terbaik b. Isu Pelaksanaan c. Cadangan Penambahbaikan - Merujuk kepada objektif program - Maklumat diperoleh melalui semakan Portfolio dan perbincangan dengan Guru Mentor, Guru Baharu, guru lain dan Pengetua/ Guru Besar 4. Nama, tandatangan dan cap rasmi pegawai lawatan/ pemantau serta Pengetua/ Guru Besar direkod secara bersama dalam laporan tersebut. 5. Satu (1) salinan laporan disimpan oleh pegawai lawatan/ pemantau dan satu (1) salinan disimpan oleh pihak sekolah. 59

kementerian Panduan Pelaksanaan Program KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA LAPORAN STATUS PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (Diisi oleh Pegawai BPG/JPN/PPD) Nama dan Alamat Sekolah : Bil. Guru Baharu : Nama Pegawai : 1. 2. 3. Amalan terbaik : ULASAN Isu pelaksanaan : 60

Panduan Pelaksanaan Program kementerian Cadangan penambahbaikan : *Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi Tandatangan Pegawai Tandatangan Pengetua/Guru Besar.. (Nama dan Cap Rasmi Pegawai) (Nama dan Cap Rasmi Sekolah) Tarikh : Tarikh : 61

kementerian Panduan Pelaksanaan Program VI. Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan Program (PPGB) Sijil Penyertaan PPGB adalah sijil yang mengesahkan bahawa Guru Baharu telah menyempurnakan PPGB bermula dari hari pertama melaporkan diri di sekolah sehingga bulan kedua belas (ke-12) dengan jayanya. Sijil Penghargaan PPGB adalah sijil yang diberikan kepada Guru Mentor untuk memperaku dan menghargai sumbangan dan kerjasama Guru Mentor terhadap pelaksanaan PPGB. Tatacara 1. Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan masing-masing dikeluarkan kepada Guru Baharu dan Guru Mentor selepas tamat PPGB. 2. Maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan Guru Baharu dan Guru Mentor serta tempoh pelaksanaan program dinyatakan. 3. Sijil ini ditandatangani oleh Pengetua atau Guru Besar. 4. Satu (1) salinan surat disimpan dalam fail sekolah. 62

Panduan Pelaksanaan Program kementerian CONTOH SIJIL PENYERTAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (NAMA DAN LOGO SEKOLAH) SIJIL PENYERTAAN Dengan sukacitanya mengesahkan bahawa (NAMA GURU BAHARU) (NO. KAD PENGENALAN) telah mengikuti dengan jayanya PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) bermula pada (Tarikh Mula) sehingga (Tarikh Tamat) Tandatangan Nama Pengetua/Guru Besar Cap Rasmi Sekolah 63

kementerian Panduan Pelaksanaan Program CONTOH SIJIL PENGHARGAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (NAMA DAN LOGO SEKOLAH) SIJIL PENGHARGAAN Dengan sukacitanya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada (NAMA GURU MENTOR) GURU MENTOR (NO. KAD PENGENALAN) atas sumbangan dan komitmen dalam menjayakan PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) bermula pada (Tarikh Mula) sehingga (Tarikh Tamat) Tandatangan Nama Pengetua/Guru Besar Cap Rasmi Sekolah 64

Bab 4 Bahan Rujukan

Panduan Pelaksanaan Program kementerian PENGENALAN Dalam membantu pelaksanaan Program (PPGB), beberapa bahan rujukan disediakan untuk pembacaan Guru Mentor, Guru Baharu dan pihak lain yang terlibat dalam program ini. Bahan ini dipilih khas bagi membolehkan Guru Baharu dan Guru Mentor khasnya, meningkatkan kefahaman dan pengetahuan berkaitan pelaksanaan PPGB. Selain daripada bahan yang disediakan ini, Guru Mentor dan Guru Baharu boleh merujuk sumber lain yang sesuai untuk membantu mereka dalam pelaksanaan program ini. 67

PANDUAN PEMENTORAN

Panduan Pelaksanaan Program kementerian Pengenalan Pementoran melibatkan komunikasi dua hala dalam tempoh masa yang tertentu antara seseorang individu yang berpengalaman, berpengetahuan serta mempunyai kebijaksanaan yang tinggi dengan seseorang yang dianggap kurang pengalaman, pengetahuan serta kurang berkemahiran. Pementoran menyediakan peluang kepada Guru Baharu menimba pengalaman atau pengetahuan melalui hubungan mesra serta berkomunikasi secara profesional ke arah perkembangan dan pembangunan diri mereka. Setiap Guru Baharu mesti melibatkan diri secara aktif dalam program Pementoran bagi meningkatkan dan memantapkan penguasaan pengetahuan, kemahiran PdP dan nilai keguruan serta pengurusan sekolah. Rasional Keperluan Mentor Menurut Salhah Abdullah (2005), Wildman, Magliaro, Niles dan Jerome A. Niles (1992) dari Virginia Polytechnic Institute dan State University dalam jurnal yang bertajuk Teacher Mentoring: An Analysis of Roles, Activities and Conditions merumuskan bahawa terdapat lapan kategori aktiviti pementoran dalam membantu Menti, iaitu: a. menggalakkan membuat refleksi; b. mengarah dan menyokong pelan tindakan; c. memberikan bantuan secara langsung dalam menghasilkan bahan-bahan PdP; d. menyediakan maklumat yang mungkin berguna dalam menghasilkan pengubahsuaian; e. memberi idea yang membolehkan Menti menyelesaikan masalah; f. memberi dorongan dan sokongan emosi; g. sumbangan Menti kepada Mentor; dan h. meredakan ketegangan semasa berhadapan dengan masalah. Definisi Mentor, Menti, Pementoran Mentor merupakan seorang guru yang dilantik untuk membimbing perkembangan kerjaya seorang Guru Baharu. Beliau adalah seorang yang lebih kanan atau berpengalaman (lebih lima tahun berkhidmat) dan boleh dijadikan sebagai role model dalam kalangan rakan sekerja. Menti bermaksud Guru Baharu yang dibantu oleh Mentor dalam proses Pementoran. Beliau merupakan seorang yang memerlukan bantuan dalam pembangunan diri, perkembangan dan pemantapan kerjaya serta penyesuaian dalam profesion keguruan. Pementoran merupakan satu proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh Mentor bagi pembangunan diri Menti terhadap tugas profesionalnya. Proses Pementoran melibatkan aktiviti perhubungan, perkongsian pengalaman, pemindahan ilmu dan kemahiran serta pembinaan sahsiah keguruan dalam jangka masa yang ditetapkan. 71

kementerian Panduan Pelaksanaan Program Pemilihan Mentor Mentor hendaklah terdiri daripada seorang guru yang berpengetahuan, berpengalaman dan berkemahiran (lebih dari lima tahun). Asas pemilihan Mentor adalah seperti yang berikut: a. guru yang berpengalaman dalam mata pelajaran yang diajar oleh Menti; b. boleh membangunkan potensi individu; c. dihormati oleh rakan-rakan sekerja kerana memiliki kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam bidang pengkhususannya; d. berinisiatif dan mengikuti perkembangan dengan penuh tanggungjawab; e. mempunyai pemikiran reflektif; f. memiliki kemahiran membimbing dan melatih; g. boleh mengurus masa dengan baik; h. memperlihatkan rasa kecintaan terhadap PdP; i. komitmen yang tinggi terhadap peningkatkan kualiti masa depan negara; dan j. menerima tanggungjawab dengan hati yang terbuka. Kaedah Pelaksanaan Pementoran a. Pentadbir sekolah memberikan taklimat kepada Mentor dan Menti tentang PPGB. b. Mentor berbincang tentang pelaksanaan program pementoran. c. Mentor membimbing Menti bidang, tugas dan tanggungjawab sebagai guru. d. Mentor membimbing Menti bagi mendapatkan maklumat dan panduan yang berkaitan dengan aktiviti atau program sekolah. e. Mentor membimbing dan memberi nasihat kepada Menti tentang semua aspek berkaitan. Objektif Pementoran Pada akhir proses pementoran Guru Baharu dapat: a. memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri serta mengamalkan nilai profesional keguruan; b. meningkatkan daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta; c. meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid; d. menyesuaikan diri dengan budaya sekolah; e. menyepadukan teori dengan amali PdP; f. menguasai dan memantapkan strategi pengajaran; g. mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP dan seterusnya memperkembangkan potensi diri guru; dan h. membuat refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas guru. 72

Panduan Pelaksanaan Program kementerian Jenis dan Ciri Pementoran jadual 1: Jenis Pementoran dan Ciri Pementoran Jenis Pementoran Situasi Tidak Formal Formal Ciri Pementoran Ringkas Segera Spontan Rawak Kasual Kreatif & Inovatif Respon kepada keperluan semasa Mentor berinisiatif secara intervensi Menti bertanggungjawab mengenal pasti dan menggunakan pembelajaran Membantu Menti dalam proses membuat keputusan Sukarela Sangat peribadi Sangat peka kepada keperluan Menti Tidak berstruktur Fleksibel Mentor mendorong Menti dengan perkongsian, bantuan dan keprihatinan Peranan sama rata (pemberi-penerima) Laluan membina persahabatan dan rasa hormat Kebergantungan kepada kecekapan, ilmu, kemahiran dan kebolehan Mentor Jangka masa panjang contoh produktif Sumber untuk membina perhubungan persahabatan Bersifat sistematik dan berstruktur, tersusun dan berterusan Dilaksanakan berdasarkan keperluan organisasi Fokus kepada visi organisasi atau matlamat setiap bahagian/unit Mempunyai kaedah dalam pemadanan Mentor dengan Menti Penetapan jangka masa dalam penetapan matlamat Program di bawah peruntukan organisasi 73