THEORY OF CONSTRAINTS FOR EDUCATION (TOCFE) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH: SATU PENDEKATAN INOVATIF

dokumen-dokumen yang mirip
PANDUAN PENGAPLIKASIAN KAEDAH TERPILIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

BAB 7: PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA

BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

Pembelajara n secara masteri

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH TINGKATAN 1 1

PAKATAN MURNI. Maksud Pakatan Murni

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BERENDAM, MELAKA. Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Parti X. Menyokong idea pembentukan Persekutuan Melayu Mencadangkan pembentukan Melayu Raya

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 2

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

1. Apakah tujuan Jawatankuasa Barnes dibentuk oleh kerajaan British? (m.s 128)

EzLearn2U.my. Tingkatan 3 Sejarah Bab 4 : Kerjasama antara kaum ke Arah Kemerdekaan. Soalan Objektif. Pilih jawapan yang paling tepat

PENGGUNAAN BUKU TEKS SECARA BERKESAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH UNTUK MURID BERPRESTASI RENDAH DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan. Sistem Ahli. Pembentukan Parti Perikatan. Pilihan raya Negeri

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID GEOGRAFI TINGKATAN 3

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

Nama : Tingkatan : Sekolah : HAK CIPTA JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUANKULA LUMUR BAB 1 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Tindakan PKM (Parti Komunis Malaya) Membakar rumah yang berpenghuni pada waktu tengah malam

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Apakah persamaan kedua-dua buah parti yang dinyatakan di atas? 2. Apakah sebabnya orang Melayu tidak dapat menerima ideologi komunis?

MODUL EKSPLORASI 2011 FOKUS SPM TINGKATAN5

Contoh sumber Berdasarkan ms 10 hingga 12 bincang dalam kumpulan dan berikan kaedah pengkajian dan contohnya. Contoh pengkajian. Contoh pengkajian. Co

MOCK TEST /2 SEJARAH Kertas 2 Julai 2 Jam 30 Minit

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANITIA SEJARAH JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

SEJARAH - TINGKATAN 3. Malayan Union Dan Persekutuan Tanah Melayu

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

MODUL EKSPLORASI 2011 FOKUS SPM TINGKATAN5

BAB 5. Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID GEOGRAFI TINGKATAN 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1. Apakah bidang yang ditekankan pada masa pemerintahan Meiji? (m/s 3) 2. Mengapakah China dijadikan sasaran awal perluasan kuasa Jepun?

SULIT 1249/2 NAMA PELAJAR LOGO SEKOLAH NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 TINGKATAN 5. SEJARAH KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

BAB IV TAHAP LITERASI POLITIK DAN KERENGGANGAN TERHADAP PARTI: TINJAUAN TERHADAP DATA-DATA SURVEI SEBELUM PRU 12

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

1 Gambar rajah berikut menggambarkan suasana yang dapat dilihat semasa pentadbiran Brooke di Sarawak.

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1249/2 SEJARAH Kertas 2 September 2½ jam

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1. Berapa lama tuan telah berkhidmat di Bahagian Pendidikan JAIM? 3. Berapakah jumlah kakitangan pengurusan atasan dan sokongan?

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

PEDAGOGI ICT (INFORMATION & COMMUNICATION TECHNOLOGY) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJ ARAH

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan


BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

Item Objektif. Analisis SPM Itali Jerman Rusia

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

Soal Jawab: UMNO PERLU PEMUGARAN UNTUK JADI PARTI RELEVAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PENERAPAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH (KPS)


RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. Mengenal pasti dan merangka strategi survival Melayu dan Bumiputera Menjelaskan strategi. Bumiputera fokus Malaysia.

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

BAHAGIAN A [ 40 Markah ] Jawab semua soalan. 1 Gambar 1 menunjukkan perkembangan bentuk roda Tamadun Mesopotamia. Perkembangan bentuk roda.

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID GEOGRAFI TINGKATAN 2

dan istilah. Frasa pemikiran kritis adalah merupakan gabungan atau hubungan antara dua perkataan iaitu pemikiran dan juga

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

SEJARAH SPM 1249/2 (Set D)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

BAB 2 MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF. Wan Hanim Nadrah Binti Wan Muda

KAEDAH BELAJAR SAMBIL BERMAIN GURU-GURU CEMERLANG JPWP PADA : 15 SEPT 2005 OLEH PN. MASARIAH BT MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA KUALA LUMPUR

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Melaksanakan pengurusan keselamatan menyeluruh: keselamatan, kesihatan, dan daya saing dalam pasaran global

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Transkripsi:

THEORY OF CONSTRAINTS FOR EDUCATION (TOCFE) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH: SATU PENDEKATAN INOVATIF Oleh; Wan Nik Muda (SMK Lela Segara, Marang) Wan Ruslim Ismail (SMK Bahang, K. Kinabalu) 1. Pengenalan Theory of Constraints (TOC) adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada perspektif guru dan murid. Teknik ini dapat menghidupkan pengajaran dan pembelajaran sejarah sekaligus meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran ini. 2. Apakah TOC? TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah berdasar pemikiran yang logik dan sistematik. Teknik ini adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Rumusan kepada apa yang dimaksudkan dengan TOC adalah sebagaimana berikut; Theory of Constraints for Education Satu Teknik Pengajaran danpembelajaran Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah Pemikiran logik Mudah dan konkrit Cara sistematik Pemikiran kr itis dan kreatif Sesuai untuk semua peringkat pelajar 29

3. Kelebihan TOC Menerusi perlaksanaan teknik TOC dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dan guru berupaya; mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. menyelesaikan masalah dengan berkesan. membuat keputusan secara bertanggungjawab dan bersama. berkomunikasi dengan baik dan memperoleh pembelajaran sepanjang hayat. Melalui aplikasi teknik TOC, tiga kemahiran dapat digabungjalinkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu; kemahiran berfikir secara kritis kemahiran berfikir secara kreatif kemahiran generik 4. Aplikasi TOC dalam pendidikan Dalam pendidikan, teknik TOC boleh diaplikasikan menerusi; kandungan kurikulum. pengajaran dan pembelajaran konsep. membuat keputusan berkaitan dengan permasalahan pembelajaran. perancangan strategik untuk mencapai matlamat. Cadangan kaedah penggunaan teknik TOC dalam pendidikan adalah sebagaimana berikut; sesi bercerita ( pemahaman konflik dan cara watak membuat keputusan). kajian kes ( modifikasi kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran nilai murni dan kerohanian). Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran ( kemahiran berfikir dan perancangan strategik). 30

5. Teknik dalam TOC Dalam pendidikan terutamanya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah, terdapat tiga teknik TOC yang boleh diaplikasikan iaitu; Teknik Awan ( The Cloud ) Teknik Sebab dan Akibat ( Logic Branch ) Teknik Penyelesaian Masalah ( Problem Solving ) 5.1 Teknik Awan ( The Cloud ) Teknik ini memikirkan tentang sesuatu kejadian, idea, situasi dan penyelesaian konflik yang bertentangan kehendak. Konflik yang hendak diselesaikan mungkin berbentuk konflik internal yang hanya melibatkan satu pihak sahaja atau konflik eksternal yang melibatkan dua pihak. Aspek-aspek yang perlu diberikan penekanan dalam melaksanakan teknik awan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah ialah; Kehendak (dua kehendak yang saling bertentangan yang mewujudkan konflik). Keperluan (apa yang hendak dicapai berdasarkan kehendak). Anggapan (penentu kepada cara untuk memenuhi keperluan yang berdasarkan kehendak). Matlamat bersama (matlamat yang hendak dicapai berdasarkan keperluan). Penyelesaian Win-Win ( penyelesaian yang dibuat supaya keduadua keperluan dan matlamat bersama berjaya dicapai). Dalam usaha menyelesaikan konflik, hanya satu kehendak sahaja yang dicapai atau diperolehi. Penyelesaian win-win diberikan oleh pelajar berdasarkan pemikiran yang logik dan sistematik agar kedua-dua keperluan yang menjurus kepada matlamat bersama boleh dicapai. 31

ANGGAPAN: MATLA MAT KEPERLU AN KEPERLUAN C KEHENDAK D1 KEHENDAK D2 Penyelesaian win-win : ANGGAPAN 5.2 Teknik Sebab dan Akibat (Logic Branch) Teknik ini menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea atau kejadian mengakibatkan kesan-kesan berikutnya. Murid mampu menerangkan urutan perkara-perkara penting dengan cara hubungan yang logik. Murid juga mampu mengenalpasti hubungan sebab dan akibat dengan cara yang berfokus menerusi permulaan tindakan yang berentet-rentet. Penekanan yang perlu diberikan ketika melaksanakan teknik sebab dan akibat dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah termasuklah; Memahami teks atau maklumat yang diberikan. Mengenal pasti objektif pengajaran dan pembelajaran (what to learn). Menentukan titik tolak atau permulaan peristiwa (the begining event). Mengenalpasti perkara-perkara penting yang terkandung dalam teks. 32

Menyusun perkara-perkara tersebut mengikut turutan yang bermula dengan titik tolak peristiwa. Mengemukakan maklumat yang menyokong perkara-perkara penting (anggapan antara sebab dan akibat) yang memperkembangkan higher-order thinking. Jadi (akibat) Sekiranya..(sebab) The Beginning Event Dan.(penerangan) Anggapan 5.3 Teknik Penyelesaian Masalah (Problem Solving) Teknik penyelesaian masalah adalah satu teknik pengajaran yang bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar lebih produktif dan bertukar pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan persoalan yang dikemukakan kepada mereka. Teknik ini boleh digunakan bagi merancang langkah-langkah dengan sistematik secara kolaboratif untuk menghadapi dan mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Matlamat tidak akan dapat dicapai jika cabaran-cabaran yang menghalang pencapaian matlamat tidak diatasi terlebih dahulu. Dari itu langkah-langkah yang dikemukakan adalah langkah-langkah yang mampu mengatasi cabaran. 33

Kelebihan teknik penyelesaian masalah ialah; membolehkan murid bertanggungjawab ketika mengemukakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat. membina semangat berpasukan untuk mencapai matlamat melalui motivasi kemahiran perancangan strategik yang melibatkan persetujuan ahli pasukan. Terdapat beberapa langkah yang perlu diberikan perhatian ketika melaksanakan teknik penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. Antaranya; mengenal pasti matlamat yang diingini dan matlamat tersebut mestilah jelas. Mengenal pasti cabaran-cabaran yang akan dihadapi sebelum pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi cabaran. Menyusun langkah-langkah untuk mengatasi cabaran mengikut keutamaan. 34

Tajuk: Matlamat: Cabaran Langkah Atasi Cabaran Keutamaan 6. Aplikasi TOC dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah 6.1 Teknik Awan i. Berpandukan teks, pelajar terlebih dahulu mengenalpasti konflik yang wujud. ii. Kenalpasti keperluan yang berdasarkan kehendak yang mencetuskan konflik. iii. Murid mempertimbangkan anggapan tertentu. iv. Kenal pasti pula matlamat bersama. v. Murid akan mencari penyelesaian win-win ke arah tercapainya matlamat bersama. Berdasarkan buku teks di muka surat 148, Filipina telah menentang penyertaan Sabah ke dalam Malaysia kerana mendakwa Filipina adalah hak mereka berdasarkan fakta sejarah yang menunjukkan Sabah suatu ketika dahulu dimiliki oleh Kesultanan Sulu. Wujud konflik antara kerajaan Tanah Melayu yang ingin memasukan Sabah ke dalam Gagasan Malaysia sebaliknya Filipina menentang kemasukan Sabah. 35

AN GG APAN : Sabah Bersetuju Menyertai Malaysia Penyatuan P entadbiran Penyertaan Sabah K.Tanah Melayu Kestabilan Politik K.Filipina Berpeluang Menikmati Sumber Ekonomi Sabah Menolak Penyertaan Sabah Penyelesaian Win-Win: 1. Penubuhan Malaysia 2. Rapatkan Hubungan melalui MAPHILINDO AN GG APAN : Sabah Milik Kesultanan Sulu 6.2 Teknik Penyelesaian Masalah i. Murid mengenal pasti matlamat yang hendak dicapai dengan berpandukan kepada teks yang dikemukakan. ii. Murid mengenal pasti pula cabaran-cabaran yang menghalang pencapaian matlamat. iii. Kemudian murid mencari langkah-langkah untuk mengatasi cabaran supaya matlamat dapat dicapai. Contoh aplikasi Teknik Penyelesaian Masalah dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah berdasarkan intisari teks di muka surat 119-121. 36

Tajuk: Pakatan Murni Pra-Perikatan (Sejarah Malaysia) Usaha-usaha ke arah Pakatan Murni 1. Penubuhan Jaw atankuasa Perhubungan Antara Kaum (CLC) yang pada aw alnya dianggotai oleh dua kaum terbesar di Tanah Melayu iaitu kaum Melayu dan Cina yang kemudian dianggotai w akil daripada kaum Melayu, Cina, India, Sr i Lanka, Serani dan Eropah. 2. Kerjasama kaum yang ber mula dengan kerjasama antara kaum Melayu dan Cina menerusi UMNO dan MCA. 3. Dato Onn merasakan perpaduan kaum adalah penting ke arah kemerdekan Tanah Melayu dan mencadangkan supaya keahlian UMNO dibuka kepada bukan Melayu tetapi mendapat kecaman hebat daripada masyarakat Melayu. 4. Dato Onn meletakkan jaw atannya dalam UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (Independent Malayan Party - IMP) yang berkonsepkan kerjasama antara kaum dalam satu parti. 5. Konsep perpaduan yang dikemukakan oleh Dato Onn atas kesedaran bahaw a orang Melayu bukan lagi rakyat tunggal Tanah Me layu. 6. IMP menemui kegagalan kerana tidak mendapat sokongan daripada kaum Cina dan India yang seterusnya memaksa Dato Onn menubuhkan Parti Negara juga menemui kegagalan. 7. Ditubuhkan Persidangan Nasional dengan tujuan untuk mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman di kalangan penduduk Tanah Melayu. 8. Kerjasama antara parti politik dalam Konvensyen Nasional yang dianjur kan bersama oleh UMNO dan MCA telah menjadi titik tolak kepada kerjasama antara kaum atau Pakatan Murni yang menjadi asas kepada penubuhan Parti Perikatan. 37

Tajuk: Pakatan Murni pra-perikatan Matlamat: Perpaduan kaum. Cabaran: 1. Tidak wujud kerjasama antara kaum-kaum 2. Kemunculan parti berasaskan kaum 3. Cadangan Dato Onn tidak diterima 4. Usaha ke arah kerjasama politik 5. Mahu kekalkan parti berasaskan kaum Matlamat: Perpaduan Kaum Cabaran Langkah atasi Cabaran Keutamaan 1. Tidak wujud kerjasama antara kaum. 2. Kemunculan parti berasaskan kaum 3. Cadangan Dato Onn tidak diterima. 4. Tiada usaha ke arah kerjasama politik. 5. Setiap kaum mahu kekalkan parti berasaskan kaum. - penubuhan Jawatan Kuasa Perhubungan Antara Kaum. - Dato Onn cadangkan membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu supaya wujud satu parti yang dianggotai pelbagai kaum. - Dato Onn letak jawatan dalam UMNO dan menubuhkan IMP parti politik pelbagai kaum. - menganjurkan Konvensyen Nasional yang berjaya mewujudkan asas kepada Pakatan Murni. - ditubuhkan Parti Perikatan iaitu sebuah parti hasil daripada gabungan parti-parti yang berasaskan kaum. 38

6.3 Teknik Sebab dan Akibat i. Murid mengumpulkan maklumat-maklumat atau fakta-fakta penting berkaitan dengan tajuk. ii. Murid mengenalpasti maklumat-maklumat penting berkaitan dengan tajuk yang dikemukakan. iii. Murid menyusun maklumat atau fakta tersebut secara berurutan dengan mengambil kira sebab dan akibat sesuatu peristiwa. iv. Maklumat-maklumat tersebut dimuatkan dalam grafik yang disediakan oleh guru. Maklumat daripada petikan teks muka surat 33-34 yang tidak tersusun mengikut urutan untuk aplikasi Teknik Sebab dan Akibat. Tajuk: Perjuangan Rentap menentang James Brooke di Sarawak Peristiw a-peristiw a perjuangan Rentap 1. Rentap bertindak menyerang kubu James Brooke Nanga Skrang. 2. Tentera James Brooke berjaya mengalahkan Rentap di Bukit Sadok. 3. Rentap berundur ke Ulu Sungai Entabai. 4. James Brooke menyerang perkampungan Rentap. 5. James Brooke bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap lanun. 6. Per juangan Rentap menjadi lemah. 7. Rentap berjaya mengusir James Brooke dari Nganga Srang. 8. James Brooke berjaya mengalahkan Rentap. 9. Rentap berundur ke Bukit Sadok. Titik tolak atau permulaan : James Brooke menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang. 39

Maklumat penting (mengikut urutan); 1. James Brooke bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap lanun. 2. Rentap bertindak menyerang kubu James Brooke Nanga Skrang. 3. James Brooke berjaya diusir. 4. James Brooke menyerang dan membakar perkampungan Rentap. 5. Rentap berundur ke Bukit Sadok. 6. James Brooke menyerang Rentap di Bukit Sadok 7. Rentap berjaya dikalahkan. 8. Rentap berundur ke Ulu Sungai Entabai. 9. Perjuangan Rentap menjadi lemah. 40

Carta Sebab dan Akibat : Penentangan Rentap Penentangan Rentap semakin lemah Rentap berundur ke Ulu Sungai Rentap berjaya dikalahkan James Brooke menyerang Rentap di Bukit Sadok Rentap dan pengikut berundur ke Bukit Sadok James Brooke bertindak membakar perkampungan Rentap James Brooke berjaya diusir Rentap menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang James Brooke bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang (Titik Permulaan The Beginning Event) anggapan Sebab akibat anggapan 41

7. Kesimpulan Menerusi kaedah TOC pelajar dapat menguasai dan mengaplikasikan kemahiran berfikir dan penyelasaian masalah berdasarkan pemikiran yang logik dan sistematik. Di samping itu setiap keputusan yang dibuat oleh murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah adalah dibuat dengan bertanggungjawab dan secara kolektif. Menerusi kaedah TOC juga, murid mampu berkomunikasi dengan baik. Bibliografi Abdul Rahim Abdul Rashid, 2000. Panduan Latihan Mengajar, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Khaw Poh Seng, 2001. Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi TOC;Satu Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah, Kuala Lumpur, Pusat Perkembangan Kurikulum. Website TOC for Educations:http://www.tocforeducation.com 42

GERAK KERJA Sediakan sebuah rancangan pengajaran berfokuskan kemahiran TOC dan menggabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran lain yang difikirkan sesuai. 1. Berdasarkan salah seorang tokoh pejuang tempatan di bawah, rancangkan satu rancangan pelajaran dengan berfokus kepada kemahiran TOC teknik Sebab dan Akibat. Tokoh: i. Penghulu Dol Said ii. Mat Salleh iii. Dato Maharaja Lela iv. Yam Tuan Antah v. Tok Janggut vi. Haji Abdul Rahman Limbong (rujuk buku teks Tingkatan 5 muka surat 31 44) 2. Berdasarkan peristiwa sejarah di bawah, selesaikan konflik yang wujud dan kemukakan penyelesaian win-win supaya matlamat bersama berjaya dicapai. 43

Peristiwa Sejarah: i. Konflik antara Dato Onn Jaafar dengan pemimpin Melayu lain berkaitan cadangan membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu ke arah perpaduan kaum di Tanah Melayu. (Teks Ting. 5 m.s. 120 121) ii. Konflik dalaman Raja Thai dalam usaha untuk mengekalkan kemerdekaan Thailand samada untuk menerima penasihat Barat ataupun tidak. (Teks Ting. 5 muka surat 22) iii. Mana-mana tajuk yang difirkan sesuai daripada Teks Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 3. Berdasarkan fakta-fakta dan peristiwa sejarah, kemukakan langkahlangkah untuk mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat. Peristiwa atau fakta sejarah: i. Kegemilangan Islam semasa pemerintahan Khalifah Saidina Abu Bakar al-siddiq. (Teks Tingkatan 4 m.s. 144-146) ii. Matlamat pembentukan Malaysia (teks Tingkatan 5 m.s. 149 152) iii. Pencapaian matlamat Wawasan 2020 (teks Tingkatan 5 m. s. 219 222) iv. Perkembangan perusahaan perladangan getah di Tanah Melayu. (teks Tingkatan 4 m.s. 247-250) v. Mana-mana tajuk daripada Tingkatan 4 dan 5 yang difikirkan sesuai. 44