BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. zakat pendapatan di Aceh maka dapat dirumuskan beberapa isu penting sebagaimana

dokumen-dokumen yang mirip
بسم هللا الرحمن الرحيم

BAB TIGA PELAKSANAAN KUTIPAN ZAKAT PENDAPATAN DI LEMBAGA-LEMBAGA ZAKAT PROVINSI ACEH

BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. pemeliharaan public property (harta milik am) termasuk proses peruntukan harta (dana)

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PEKELILING PERLAKSANAAN ARAHAN WAJIB TAKSIR DAN PEMBAYARAN ZAKAT PENDAPATAN

BAB V KESIMPULA DA SARA A. harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

MODEL PENAKSIRAN ZAKAT DI BANK-BANK ISLAM DI MALAYSIA. Siti Sarah Binti Mohamad Noor Shofian Bin Haji Ahmad

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG GARIS PANDUAN MENJALANKAN KERJA PERUNDINGAN DAN KHIDMAT TEKNIKAL

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Bab ini adalah kesimpulan daripada perbincangan di dalam bab-bab sebelumnya. Merujuk

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

APLIKASI FIQH KONTEMPORARI DALAM MENANGANI PERSOALAN HUKUM BARU KEFATWAAN. Oleh: Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN GARIS PANDUAN INSENTIF BAGI STAF PENTADBIRAN YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN

1- Metode qawl qadim sedikit sebanyak masih dipengaruhi oleh metode ahli Hijaz

TAKLIMAT SISTEM PENILAIAN PRESTASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2004

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 8

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

1.0 LATAR BELAKANG 2.0 TUJUAN

PERSIDANGAN MEJA BULAT: ISU & CABARAN KONTEMPORARI DALAM PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA

POLISI, PERATURAN DAN PROSEDUR PENYELIDIKAN KONTRAK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

Amanah Saham Panduan Pelabur

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

SESI PERKONGSIAN PERKARA-PERKARA BAHARU TADBIR URUS SUMBER MANUSIA UPM

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGGUBALAN SATU SKIM PEMBAYARAN UPAH KEPADA STAF & MAHASISWA UNIVERSITI DAN INDIVIDU LUAR

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Zakat Perniagaan. Koperasi

Terma dan Syarat Produk Yang Ditawarkan Semasa : Kempen Khas Pembiayaan Peribadi

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN PENGURUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA FLEKSI BAGI STAF PENTADBIRAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data


BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Pengenalan kepada Ekonomi

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN. pendidikan melalui wakaf di institusi pendidikan dayah di Aceh. Pihak-pihak yang

Transkripsi:

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1. Rumusan Berdasarkan huraian sebelum ini, berkaitan dengan isu-isu perlaksanaan kutipan zakat pendapatan di Aceh maka dapat dirumuskan beberapa isu penting sebagaimana berikut:. 1. Terjadi khilafiyah (perbezaan pendapat) di kalangan ulama berkaitan kewajiban zakat pendapatan kepada dua golongan, iaitu golongan yang berpendapat bahawa zakat pendapatan adalah suatu kewajiban dan golongan yang tidak mewajibkannya. Khilafiah ini telah mempengaruhi kesedaran masyarakat Aceh terhadap kewajiban zakat tersebut sehingga ada sebahagian masyarakat yang beranggapan bahawa zakat pendapatan bukanlah suatu kewajiban melainkan suatu perkara yang diada-adakan dalam ugama ataupun bid ah. Tentunya kewujudan golongan yang berfahaman seperti ini telah menyebabkan berkurangnya prestasi kutipan zakat pendapatan di Aceh. 2. Kedua-dua golongan seperti yang disebutkan di atas memiliki dalil dan hujah yang tersendiri namun golongan yang mewajibkan zakat pendapatan dalil penghujjahan dan rasionalisme mereka lebih kukuh dan lebih bersesuaian dengan keadaan zaman sekarang. Oleh itu, kesemua lembaga zakat yang ada di Aceh dengan yakin telah mengiktiraf dan melaksanakan zakat pendapatan tersebut. Ditambah lagi dengan fatwa MPU (Majlis Permusyaratan Ulama) Aceh yang telah memfatwakan kewajiban zakat tersebut dan dikukuhkan lagi melalui kanun Aceh nomor 10 tahun 2007. Golongan yang mewajibkan zakat pendapatan pula memiliki pandangan yang berbeza di kalangan mereka berkaitan konsep zakat pendapatan, khususnya 127

mengenai persyaratan haul, nisab dan kadar zakat pendapatan. Perkara ini terjadi disebabkan perbezaan ijtihad di kalangan ulama dan juga pendekatan qiyas (analogi) zakat pendapatan dengan zakat-zakat lain sedia ada seperti zakat emas, pertanian dan lain sebagainya yang mereka lakukan. Perbezaan pandangan ini telah menyebabkan perbezaan penerapan konsep zakat pendapatan di lembaga-lembaga zakat, khususnya ketidakseragaman penetapan syarat haul dan nisab diantara 85, 94 gram emas dan 5 wasaq. 3. Pengelolaan zakat pendapatan di Aceh di lakukan oleh beberapa lembaga yang sama-sama aktif d idalam pengutipan zakat pendapatan. Baitul Mal merupakan lembaga zakat rasmi sementara Rumah Zakat Aceh dan Pos Keadilan Peduli Umat (PKPU) merupakan lembaga zakat swasta yang wujud di Aceh dan bergerak dalam pengutipan dan penyaluran zakat bagi seluruh Aceh. Kewujudan beberapa lembaga zakat ini terdapat sudut positif dan negatifnya tersendiri. Dari sudut positifnya adalah wujud persaingan dikalangan lembaga-lembaga zakat khususnya lembaga zakat swasta untuk melahirkan program dan inovasi baharu dalam pentadbiran zakat yang efektif. Dari sudut negatif pula terjadinya perbezaan perlaksanaan konsep zakat pendapatan khususnya berkaitan syarat haul, nisab dan kadar bagi zakat tersebut. Sehingga jumlah wang yang mencapai nisab berbeza-beza di kalangan lembaga zakat, padahal mereka berada pada areal yang sama. Disamping itu juga kewujudan beberapa lembaga zakat ini telah menyebabkan perebutan lahan kutipan zakat di Aceh, hal ini menjadi lebih parah apabila hubungan dikalangan lembagalembaga zakat tersebut tidak terjalin dengan baik dan kemungkinan penindihan penyaluran zakat juga akan terjadi disebabkan maklumat data yang tidak lengkap dan tidak sinergik dikalangan mereka. 128

4. Mekanisme pengutipan dan pengiraan zakat pendapatan tidak seragam dilaksanakan oleh lembaga-lembaga zakat Aceh. Mekanisme pengutipan zakat di Baitul Mal dilakukan secara bulanan melalui pemotongan gaji iaitu dengan kadar 2.5% apabila jumlah pendapatan mencapai 94 gram emas yang dianggarkan setahun haul. Pemotongan ini dilakukan daripada pendapatan kasar tanpa tolakan-tolakan apapun. Skim pemotongan ini juga belum berjalan kepada seluruh instansi samada dibawah kerajaan ataupun swasta. Sementara lembaga zakat swasta dengan kadar 2.5% apabila jumlah pendapatan mencapai 85% gram emas. Pengutipannya boleh jadi bulanan ataupun tahunan bergantung kepada muzakki, begitu juga samada daripada pendapatan kasar ataupun setelah ditolak dengan tolakan-tolakan tertentu yang dibuat perkiraan oleh muzakki sendiri atau yang dibantu oleh lembaga zakat. 5. Kesedaran Masyarakat terhadap kewajipan zakat pendapatan masih kurang, hal ini disebabkan oleh banyak faktor diantaranya disebabkan masyarakat belum memahami sepenuhnya konsep zakat pendapatan, pendidikan agama yang kurang memberi penekanan kepada perbahasan zakat pendapatan, dan faktor pengenaan cukai pendapatan dan zakat secara serentak. Di samping itu juga sehinga kini belum ada suatu ketetapan berkaitan tolakan-tolakan sebelum zakat itu dikeluarkan. Pelaksanaannya selama ini diambil daripada pendapatan kasar. Bagi masyarakat yang sedar zakat pula masih bersikap kurang percaya terhadap lembaga zakat sehingga membawa mereka kepada kebiasaan tradisional di mana zakat dikeluarkan sendiri kepada asnaf yang menurutnya sudah layak. 6. Wujud dualisme undang-undang d idalam pengelolaan zakat di Aceh, tentu hal ini menjadi isu d idalam pelaksanaan kutipan zakat pendapatan, iaitu berkaitan eksistensi lembaga-lembaga zakat berikut konsep zakat yang diterima pakai yang 129

tidak seragam dikalangan mereka. Sebenarnya pengelolaan zakat di Aceh diatur melalui kanun Aceh No. 10/2007 tentang Baitul Mal di mana kanun ini telah mengatur segalanya berkaitan pengelolaan zakat pendapatan, samada ketetapan nisab, kadar dan bahkan mekanisme pengutipan dan penyalurannya. Kanun ini juga menuntut supaya Baitul Mal dijadikan satu-satunya lembaga zakat di Aceh, namun ianya bercanggah dengan undang-undang Republik Indonesia nomor 23 tahun 2011 yang menunjukkan adanya kebenaran bagi mana-mana Lembaga Amil Zakat untuk menjalankan pengelolaan zakat di seluruh Indonesia. 7. Dalaman lembaga-lembaga zakat pula ada beberapa masalah yang perlu dibenahi, iaitu mengenai profesionalisme staf, kelengkapan maklumat data zakat, teknologi yang diguna pakai dan sistem informasi zakat. Maka berdasarkan rumusan-rumusan diatas dapat dicadangkan beberapa perkara sebagaimana berikut: 5.2. Cadangan 1. Khusus berkaitan penerapan konsep nisab zakat pendapatan, cadangan yang perlu diambilkira adalah menyeragamkan penerapan nisab zakat tersebut, iaitu 94 gram emas. Hal ini perlu dilakukan kerana undang-undang dan fatwa di Aceh telah menetapkan jumlah tersebut berdasarkan ijtihad ulama muktabar dan juga setelah melakukan penyelidikan mendalam terhadap nilai emas yang beredar di Aceh saat ini. Penentuan ini tidak bermaksud membelakangi ijtihat yang menyatakan 85 gram emas, namun menyesuaikan nilai sebenar 85 gram emas pada zaman Rasulullah SAW tersebut dengan keadaan emas tempatan saat ini. Kaedah ini sebenarnya telah diiktiraf d idalam perundang-undangan Islam. Objektif penyeragaman ini adalah untuk mengelak kepelbagaian penetapan jumlah gaji dalam bentuk wang yang wajib 130

dikeluarkan zakat sehingga muzakki memiliki panduan pengiraan zakat pendapatan yang sama. 2. Idealnya hanya ada satu lembaga zakat di sesuatu tempat, dengan demikian akan mempermudah pelaksanaan kutipan zakat pendapatan dan juga penyalurannya disamping itu juga akan mempermudah pendataan zakat. Untuk itu cadangan yang perlu diambil kira oleh kerajaan Aceh adalah mengoptimalkan pentadbiran yang tertumpu pada satu lembaga zakat sahaja. Lembaga zakat ini mesti ditadbir oleh golongan yang professional dan memiliki jiwa keikhlasan yang tinggi, di samping mereka juga dituntut memiliki kepakaran dan kemampuan yang memadai terhadap penguasaan media dan teknologi semasa. Penumpuan kepada satu lembaga zakat ini tidak bermaksud menafikan eksistensi hebat yang dipamerkan oleh lembaga zakat swasta selama ini, namun untuk mengemaskini ke arah pentadbiran zakat yang lebih efektif dan professional pada masa hadapan. Oleh itu, Apa yang mungkin boleh diswastakan adalah membentuk unit-unit pengumpul zakat untuk mempermudah dan meningkatkan jumlah kutipan zakat. 3. Namun, apabila multi-lembaga zakat dikekalkan maka cadangan yang perlu diambil kira oleh pemerintah dan semua lembaga zakat adalah mewujudkan hubungan di kalangan lembaga-lembaga zakat yang bersifat koordinasi, kolerasi dan saling memberi informasi sesama sehingga terhindar dari kemungkinan perebutan lahan kutipan zakat dan juga kemungkinan tumpang-tindih penyaluran dan pengutipan zakat. Untuk itu perlu dibentuk suatu sistem informasi melalui institusi bebas (independent), dan idealnya dikelola oleh pemerintah. 4. Untuk mewujudkan pentadbir zakat yang cekap dan profesional maka pemililihan calon pengurus mesti dilakukan secara selektif dan memenuhi kriteria tertentu sesuai dengan keperluan. Mereka yang terpilih sebagai pengurus zakat mesti bekerja hanya tertumpu dan fokus dalam pentadbiran zakat. Pengurus zakat bukanlah mereka yang memiliki rangkap 131

jawatan di institusi lain ataupun mereka yang telah bersara dilantik kembali menjawat sebagai pengurus zakat. Mereka juga bukan pelajar yang sedang menuntut ilmu di institusi pendidikan dan pada masa yang sama berkerja separuh masa di lembaga zakat. Ketentuan ini mungkin dilaksanakan mengingat pemerintah telah menetapkan intensif tertentu bagi pengurus zakat. sekiranya sukar mendapatkan pengurus sesuai dengan yang diperlukan maka penyediaannya merupakan suatu cadangan yang mesti difikirkan oleh pemerintah ataupun oleh semua lembaga zakat. 5. Untuk meningkatkan lagi pemahaman dan kesedaran masyarakat Aceh terhadap kewajipan membayar zakat pendapatan kepada lembaga zakat maka kempen dan sosialisasi zakat tersebut mesti lebih giat dilakukan. Sosialisasi semestinya dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat. Oleh itu, sosialisasi ini mesti melibatkan pemanfaatan pelbagai media dan saluran informasi. Kajian mendalam juga suatu yang mustahak dilakukan oleh lembaga zakat untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kesedaran masyarakat mengeluarkan zakatnya kepada lembaga zakat. 6. Cadangan yang perlu diambil kira juga adalah memperbaiki pelaksanaan rebet cukai dan menciptakan sebuah mekanisme pengutipan zakat pendapatan terhadap tolakan-tolakan sebelum zakat dikeluarkan. Objektifnya adalah untuk mendapatkan hasil pendapatan bersih sehingga tidak terlalu membebankan masyarakat yang sebenarnya belum berhak mengeluarkan zakat pendapatan karena banyaknya tanggungan. 5.3. Kesimpulan Zakat pendapatan adalah pengenaan zakat ke atas pendapatan yang berbentuk penggajian ataupun dalam bentuk pendapatan ahli profesional/bebas. Pendapatan dalam bentuk gaji merupakan upah atau pendapatan yang diperolehi kerana membuat sesuatu kerja kepada pihak lain seperti kerajaan, swasta dan orang perseorangan. Sedangkan 132

Pendapatan profesional/bebas merupakan pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang dikerjakan sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Masih terjadi perbezaan pandangan ulama terhadap kewajipan zakat ini di antara yang mewajibkannya dan yang tidak. Ulama semasa telah berijtihad mewajibkannya dengan menjadikan nas al-qur an, Hadith dan Ijtihad dengan hujah maslahah sebagai dalil. Di samping itu juga konsep al-mal al-mustafad yang telah diperbincangkan oleh ulama dahulu dijadikan sebagai asas pandangan terhadap zakat pendapatan hari ini. Sementara golongan yang tidak mewajibkannya menolak qiyas atau asas pandangan ini. Perbezaan di kalangan ulama juga disebabkan oleh perbezaan pandangan terhadap penafsiran ayat-ayat berkaitan dengan sumber harta zakat yang berbentuk umum seperti ayat 267 dan 254 surah al-baqarah, dan beberapa hadith Rasullah SAW. Walaupun perbezaan ini masih terjadi namun kebanyakan ulama semasa telah menerima konsep zakat ini. Dan di antara ulama semasa yang popular bercakap soal zakat ini adalah Yusuf al-qaradhawi dalam bukunya Fiqh Zakat. Dikalangan ulama yang mewajibkan zakat pendapatan pula mereka tidak memiliki pandangan yang sama berkaitan syarat haul, nisab dan kadar zakat ini. Ada yang bepandangan bahawa zakat ini tertakluk kepada persyaratan haul dan tidak kurang juga yang pandangan sebaliknya. Begitu juga dengan nisab, kebanyakan mereka mengqiyaskannya kepada zakat emas dan perak dengan nisab sebanyak 85, 94 atau 96 gram emas dan sebahagian yang lain mengqiyaskannya kepada zakat pertanian iaitu 5 wasaq. Berkaitan dengan kadar pula kebanyakannya menetapkan 2.5% dari pendapatan bersih dan sebahagiannya menetapkan 5% sampai 10% diqiyaskan kepada zakat pertanian. Perbezaan pandangan ini telah menyebabkan pelaksanaan pengutipan zakat pendapatan yang beragam di kalangan lembaga-lembaga zakat. Bergantung kepada konsep zakat pendapatan yang diterima pakai oleh lembaga zakat tersebut. 133

Aceh adalah sebuah provinsi di Indonesia yang terletak di penghujung pulau Sumatra dengan kawasan seluas 57,365.57 km persegi atau merangkumi 12.26% pulau Sumatera. jumlah penduduk Aceh adalah 4.486.570 orang dengan luas wilayah Aceh kira-kira 58.375,63 kilo meter persegi. Majoriti penduduk Aceh adalah beragama Islam. Di provinsi Aceh pengenaan zakat pendapatan telah dilaksanakan oleh lembagalembaga zakat sesuai dengan fatwa Majlis Permusyawaratan Ulama (MPU) Aceh yang telah memfatwakan kewajipan ke atas zakat tersebut dan telah dikuatkuasakan melalui kanun Aceh nomor 10 tahun 2007. Namun d idalam pelaksanaan pengutipan zakat tersebut masih terdapat isu-isu yang perlu diberi perhatian oleh semua kalangan. Isu-isu tersebut dapat diklarifikasikan menjadi dua, iaitu isu-isu dalaman lembaga zakat dan isu-isu luaran. Adapun isu-isu luaran lembaga zakat adalah berkaitan dengan kesedaran masyarakat yang masih kurang. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor di antaranya pemahaman masyarakat terhadap zakat pendapatan yang lemah, perbezaan pandangan dikalangan ulama mengenai hukum kewajipan zakat pendapatan, sikap kurang percaya terhadap lembaga zakat dan pengutipan zakat dari pendapatan kasar tanpa ada tolakantolakan dan lain sebagainya. Kemudian wujud perbezaan penerapan konsep zakat pendapatan dikalangan lembaga-lembaga zakat yang disebabkan oleh kepelbagaian pendapat dikalangan ulama mengenai konsep zakat tersebut, Pelaksanaan seperti ini sebenarnya tidak menjadi masalah sekiranya zakat dikelola oleh satu lembaga zakat sahaja namun di provinsi Aceh zakat pendapatan dikelola oleh beberapa lembaga zakat sehingga terjadi penerapan konsep yang tidak seragam dikalangan mereka. Wujudnya multi-lembaga zakat ini disebabkan dualisme undang-undang d idalam pengelolaan zakat, iaitu undang-undang Indonesia dan kanun Aceh kerana Aceh merupakan daerah yang mendapatkan otonomi khusus (OTSUS) yang berbeza dengan daerah lain di Indonesia. Undang-undang Indonesia yang dimaksudkan adalah undang-undang nomor 134

23 tahun 2011 tentang pengelolaan zakat. Sementara undang-undang Aceh adalah kanun Aceh nomor 10 tahun 2007 tentang Baitul Mal. Adapun isu-isu dalaman yang telah mempengaruhi kutipan zakat pendapatan di Aceh dapat dibahagikan menjadi beberapa bahagian. Isu yang pertama adalah berkaitan profesionalisme pengelola zakat. Isu yang kedua adalah berkaitan dengan kelengkapan maklumat data zakat. Maklumat data yang dimaksudkan ialah maklumat tentang muzakki, mustahik, hasil kutipan dan penyaluran zakat secara lengkap dan tepat. Kelengkapan maklumat data saat ini di lembaga-lembaga zakat di Aceh masih kurang, sehingga kami tidak mendapati maklumat data yang khusus mengenai peratusan pengutipan zakat pendapatan berbanding dengan zakat yang lain padahal ianya sangat penting untuk mengetahui prestasi pengutipan zakat pendapatan berbanding dengan jenis zakat-zakat yang lain. Yang menjadi isu dalaman yang ketiga adalah mengenai sistem teknologi maklumat yang diguna pakai. Sistem teknologi yang digunakan saat ini masih pada tahap yang standar. Pemantapan sistem teknologi maklumat adalah suatu perkara yang mesti dilaksanakan oleh mana-mana lembaga zakat yang ingin mencapai kecemerlangan. Bagi mendapatkan sistem teknologi maklumat yang terbaik dan terkini, sudah pasti melibatkan kos yang tinggi. Ia menjadi cabaran kepada semua lembaga zakat di Aceh untuk menampung kos tersebut dan pelaburan perlu dilakukan bagi mendapatkan sistem teknologi maklumat yang terbaik. Sebagai contoh menciptakan program pengiraan zakat secara online sehingga masyarakat dapat lansung mengira zakatnya tanpa perlu bertanya kepada lembaga zakat. Maka untuk mewujudkan kecermelangan dalam pelaksanaan pengutipan zakat pendapatan di Aceh, hendaklah kesemua isu-isu di atas mesti diberi perhatian oleh 135

semua kalangan, samaada pihak lembaga-lembaga zakat, ahli akademik dan bahkan juga masyarakat. 136