APLIKASI FIQH KONTEMPORARI DALAM MENANGANI PERSOALAN HUKUM BARU KEFATWAAN. Oleh: Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "APLIKASI FIQH KONTEMPORARI DALAM MENANGANI PERSOALAN HUKUM BARU KEFATWAAN. Oleh: Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid"

Transkripsi

1 APLIKASI FIQH KONTEMPORARI DALAM MENANGANI PERSOALAN HUKUM BARU KEFATWAAN Oleh: Mahmood Zuhdi Haji Abd Majid Pendahuluan: Fiqh kontemporari adalah istilah baru. Dalam sejarah perkembangan pengajian Syariah ia mula dikenali ramai selepas zaman Tajdid, atau boleh disebut sebagai postajdid. Mengikut Yusuf al-qaradhawi, ia sama ada penyaringan kembali fiqh klasik berasaskan nilai semasa, atau jawapan terhadap persoalan semasa yang biasa disebut dalam istilah pengajian Syariah ) المستجدات ( Mustajiddat ) atau النوازل ( Nawazil sebaga Idea asas yang mendukong Fiqh kontemporari atau Fiqh semasa ini ialah perubahan zaman. Sebagaimana maklum, fiqh bermaksud Kefahaman, atau lebih tepat lagi Kefahaman yang mendalam. Dalam istilah klasik, kefahaman seperti ini tidak akan diperolehi kecuali melalui ijtihad. Sementara dalam istilah sekarang pula istilah ijtihad itu boleh ditukar dengan istilah baru, iaitu Penyelidikan. Berasaskan konsep di atas, Fiqh sekurang-kurangnya terasas atas dua nilai. Pertamanya nilai tetap yang mutlaq (absolute) dan tidak akan berubah, iaitulah idealism Syariat sepertimana yang terdapat dalam al-quran dan al-sunnah. Yang keduanya ialah nilai berubah, iaitu aspek manusiawi dari kefahaman itu sendiri seperti darjah kecerdikan dan nilai intelaktual ulama berkenaan, persekitaran hidupnya dan sebagainya. Maka perubahan hukum berlaku kerana unsur kedua ini, yang disebut sebagai unsur dinamis, berbanding dengan unsur pertama tadi yang disifatkan sebagai unsur statik.

2 Latar Belakang: Fiqh lahir sejajar dengan kelahiran Syariat Islam. Kerana ia adalah pengajian kepada Syariat itu sendiri. Pada peringkat awal, iaitu di zaman Rasulullah s.a.w. perbezaan hukum tidak berlaku. Kerana rujukan hanya kepada Rasulullah s.a.w. seorang sahaja. Sedangkan Baginda Rasulullah pula hanya bergantung kepada sumber yang satu, iaitu wahyu dari Allah. Realisasi hukum juga pada tempat dan zaman yang sama iaitu di Mekah/Madinah di zaman hidup Baginda. Pada zaman inilah idealism fiqh terasas, iaitu berasaskan wahyu daripada Allah berbentuk al-quran atau al-sunnah. Apabila Baginda wafat dan idealism berkenaan menjadi sempurna tiada lagi wahyu baru untuk menjadi idealism kepada mana-mana persoalan baru. Apa yang ada hanyalah pentafsiran kepada idealism itu sebagai satu cara menangani masalah berkenaan. Pada peringkat mulanya pentafsiran berkenaan banyak membawa kepada Ijma, kerana masyarakat masih satu dan zaman masih sama. Tetapi apabila masyarakat Islam berkembang dan mereka bukan saja lagi terdiri dari orang-orang Arab, tetapi juga berbagai bangsa dan budaya. Di samping itu mereka bukan sahaja hidup di Hijaz, tetapi juga di Iraq, Syria, Mesir, Yaman dan sebagainya. Akibatnya perbezaan pendapat banyak berlaku. Bukan kerana idealism tetapi kerana kelainan pentafsiran akibat kelainan kefahaman atau nilai intelektual. Malah akibat daripada persekitaran hidup masing-masing. Pada zaman kemuncak kemajuan Fiqh, ia mempunyai berbagai mazhab dan aliran pemikiran. Apabila hasil ijtihad yang begitu aktif dilakukan pada waktu itu dan kemudiannya dibukukan, lahirlah berbagai ensiklopedia fiqh yang banyak berasaskan mazhab dan aliran berkenaan. Karya-karya agung inilah kemudiannya mendapat sifat klasik dan seolah-olah merupakan idealism tersendiri tentang hukum. Kerana kejituannya yang sangat tinggi, karya-karya agung ini terus menjadi autoriti yang jarang dipertikaikan kebenarannya. Sehinggalah sampai ke zaman Tajdid, orang mula merasakan ada sesuatu yang belum cukup atau memerlukan huraian semula akibat dari perkembangan kemajuan yang pesat dalan budaya hidup manusia sejagat. Dari sinilah bermulanya pemikiran tentang Fiqh semasa, malah juga fiqh setempat.

3 Fatwa: Latar Belakang Dan Kedudukan Semasa: Istilah Fatwa pula pada mulanya mudah sahaja. Apa saja jawapan kepada pertanyaan tentang hukum di namakan fatwa. Sebab itu buku yang bernama fatwa pun banyak. Antaranya Fatawa Ibn Taimiyah. Kerana kerja memberi fatwa ketika itu merupakan sebahagian daripada kerja mendidik dan mengajar tentang ilmu hukum. Dengan kata lain, fatwa pada zaman awal Islam sehinggalah zaman Abbasiah merupakan kerja akademik, dan mufti adalah seorang maha guru yang memberi jawapan secara akademik terhadap apa saja pertanyaan tentang hukum. Tetapi sesudah tamadun Islam menjadi lebih kompleks, tugas memberi fatwa telah dikhususkan kepada pihak tertentu. Samalah dengan tugas kadi, iaitu merupakan jawatan pentadbiran hukum. Ia bukan tugas akademik lagi, tetapi suatu tugas professional. Seperti juga kadi, mufti juga dilantik khusus untuk memikul tugas berkenaan. Sementara ahli akademik, apabila mengajar atau memberi jawapan kepada pertanyaan tentang hukum, hasil pengajaran dan jawapannya itu tidak lagi dianggap fatwa, tetapi sebaliknya ilmu. Maka lahirlah jarak yang kadangkalah luas dan kadangkala sempit antara guru dan mufti. Hal seperti ini berpanjangan sehingga ke hari ini. Ia selesa diamalkan kerana pentadbiran hukum Islam menjadi lebih teratur. Di Malaysia, keadaanya juga sama dan tidak terkecuali. Guru mengajar dan mufti memberi fatwa. Setinggi mana pun nilainya ajaran guru ia sekadar bersifat akademik yang tidak ada wewenang dari segi pentadbiran hukum. Sebaliknya sedangkal mana pun fatwa mufti ia akan tetap berwewenang dari segi pentadbiran hukum dan tidak boleh dicabar kecuali sekadar secara akademik sahaja. Dari sini lahirlah Pembelahan dua (dichotomy) di antara mufti dan guru, atau fatwa dan pengajaran. Pembelahan dua atau dikotomi ini telah menjadikan mufti seolah-olah bukan ulama lagi tetapi sebaliknya umara. Maka guru menjadi ulama dan mufti menjadi umara. Maka kadang-kadang timbul persoalan tentang autoriti. Jawapannya terhenti atas maksud istilah berkenaan; keautoritian ilmu atau keautoritian pentadbiran? Selain melantik mufti rasmi, para pemerintah juga biasanya menentukan mazhab rasmi sebagai asas untuk memberi fatwa, samada sebagai satu kepastian atau sekadar satu garis panduan. Tujuannya ialah untuk mengelak

4 kecelaruan dari segi pentadbiran hukum dan panduan urusan keagamaan di kalangan masyarakat. Dari segi yang lain, penentuan keautoritian seperti itu telah mengikat kebebasan seorang mufti dan Jemaah fatwa yang membantunya. Lalu fatwa biasanya merujuk kepada authoriti sesuatu mazhab atau aliran dan jarang sekali menjiwai semangat akademik yang tulen. Hasilnya ijtihad atau penyelidikan tidak lagi berlaku. Apa yang berlaku hanyalah memberi fatwa berasaskan pandangan pasang siap yang diwarisi daripada para fuqaha klasik dari zaman ke zaman sehingga kadang-kadang boleh disifatkan sebagai hidup di zaman ini tetapi berfikir berasakan pandangan zaman lampau. Dalam realiti seperti ini, soal Nawazil dan Mustajiddat atau Persoalan semasa gagal ditangani dengan secara yang tepat berasaskan permula fiqh yang sebenar. Semuanya perlu berasaskan kepada teks klasik atau huraian yang berpandukan kepada ramuan klasik. Kalau tidak ada jawapan yang benarbenar tepat dari teks atau ramuan klasik, manipulasi akan dilakukan agar jawapan itu menjiwai keperluan berkenaan. Kalau belum dapat memenuhinya pembaharuan secara kosmetik akan dilakukan. Semuanya ini telah menjauhkan fatwa daripada menjawab persoalan sebenar. Kadang-kadang, keadaan atau gelagat ini telah menjadikan fatwa tidak lagi dihormati. Dari sinilah lahirnya keperluan kepada pengambilkiraan Fiqh Kontemporari dalam penentuan fatwa. Persoalan Tentang Metode dan Mekanisme: Keperluan mengambil kira Fiqh kontemporari dalam fatwa dalam realiti hari ini telah merupakan sesuatu yang mudah disebut tapi tidak mudah dilaksanakan. Ia berhadapan dengan permasalahan yang banyak termasuk dari segi metode dan dari segi mekanisme. Huraian selanjutnya dalam kertas ini hanya akan menumpukan kepada keadaan di Malaysia semasa supaya perbincangan akan lebih menjadi fokus. Antara masalah berkenaan ialah: 1. Metode: Yang dimaksudkan dengan metode di sini ialah persoalan tentang bagaimana ia hendak dilakukan.

5 Sebagaimana maklum, dalam memberi fatwa, Mufti diikat dengan keperluan terikat dengan mazhab tertentu sepertimana yang terdapat dalam Undang-Undang Pentadbiran Hukum Islam di negerinegeri di Malaysia. Ikatan ini ada baik dan buruknya, sama seperti golok dua mata. Baiknya kerana boleh mengelak dari kecelaruan dalam memberi fatwa untuk orang awam. Buruknya pula ia menjadikan institusi fatwa sebagai kaku dan sangat konservatif. Bak kata orang tua-tua, kebaikan perlu dijaga dan keburukan perlu di atasi. Kertas ini tidak mencadangkan agar ikatan itu dirombak dan Mufti diberi kebebasan tanpa ikatan dalam memberi fatwa. Kata Syekh Muhammad Abduh: Autokrasi yang berdisiplin lebih baik daripada demokrasi yang kucar-kacir. Tinggal lagi ialah persoalan bagaimana mengatasi kelemahan ini. Caranya ialah dengan menukar erti keterikatan itu dari terikat dengan fatwa pasang siap dalam mazhab berkenaan kepada keterikatan dengan metode ijtihad mazhab itu. Maksudnya ijtihad atau penyelidikan perlu diadakan. Dengan kata lain, melonggarkan ikatan Fiqh al-furu dengan bergantung kepada Usul Fiqh bagi mazhab berkenaan. Dalam kes di Malaysia, maksudnya melonggarkan ikatan terhadap fatwa-fatwa klasik secara terperinci kerana ketinggalan zaman berbanding dengan pemikiran dan persekitaran hidup yang sudah banyak berubah. Sebaliknya mengambil metode ijtihad atau penyelidikan Mazhab Syafi i. Dengan kata lain, melonggarkan garapan terhadap al-umm dengan menggarap al-risalah. Ini bermaksud, fatwa perlu bersandarkan kepada Pembaharuan Fiqh ( التجديد الفقهي ) yang berasaskan kepada Usul Mazhab Syafi i ). Dalam realiti seperti ini, penyelidikan perlu أصول المذهب الشافعي) mantap dan peranan Fiqh al-furu lebih kepada menjadi asas kepada ulasan persuratan ( Literature Review) bagi memastikan ada kesinambungan antara dulu, kini dan masa depan.

6 2. Mekanisme: Yang dimaksudkan dengan mekanisme di sini ialah keperluan kepada logistik dan perkakas untuk melaksanakan metode tadi. Antara yang perlu diberi perhatian ialah: a. Tahap keilmuan dan nilai profesionalisme para mufti sendiri: Kehadiran para mufti yang berkelayakan tinggi di bidang akademik sekarang ini sangat menggalakkan dan berpotensi untuk menjurus ke arah perubahan yang baik. Tinggal lagi mereka perlu diberi peluang membangunkan diri masing-masing sebagai ahli ilmu yang yang bermoral tinggi dari segi keilmuannya, dan ahli profesional yang cekap dan pandai mentadbir dalam hal ehwal fatwa setanding dengan pegawai-pegawai pemerintah di bidang lain. b. Tahap keilmuan dan profesionalisme Jemaah Ulama atau Jawatankuasa Fatwa yang menjadi tempat pergantungan mereka. Jemaah atau Jawatankuasa Fatwa ini perlu diberi peluang mempertingkatkan keilmuan, nilai profesional dan imej diri mereka setanding dengan kumpulan pembantu lain, misalnya perbankan Islam. c. Kedudukan pegawai istinbat di Pejabat Mufti perlu dari kalangan terpilih sebagai para penyelidik yang mahir dan berdedikasi. Sebaliknya pula mufti sendiri perlu mampu membimbing para pegawai seperti ini sesuai dengan keperluan semasa. d. Pejabat Mufti perlu menjadi pusat pentadbiran yang tinggi nilai dan tahap profesionalismenya sejajar dengan tugas dan keperluan yang ada. Penutup: Ringkasnya, tanpa perubahan nilai profesional dan pengurusan Pejabat Mufti dari atas sampai ke bawah, perbincangan tentang aplikasi fiqh semasa dalam fatwa tidak akan membawa ke mana-mana. Kerana Mufti sendiri dan hampir semua para ahli Jawatankuasa Fatwa di bawahnya boleh disifatkan

7 berminat dengan idea berkenaan. Tinggal lagi mereka tidak berada dalam kedudukan yang membolehkan mereka bertindak demikian. Wallahu a lam.

1- Metode qawl qadim sedikit sebanyak masih dipengaruhi oleh metode ahli Hijaz

1- Metode qawl qadim sedikit sebanyak masih dipengaruhi oleh metode ahli Hijaz Kesimpulan : Berdasarkan kepada analisis kajian yang telah dilakukan, penulis dapat membuat kesimpulan terhadap hasil analisis kajian tersebut seperti berikut : Metode qawl qadim 1- Metode qawl qadim sedikit

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. melampaui batasan Allah, berdakwah kepada Allah, serta melakukan amar makruf dan

BAB I PENDAHULUAN. melampaui batasan Allah, berdakwah kepada Allah, serta melakukan amar makruf dan BAB I PENDAHULUAN A. latar Belakang Masalah Wanita adalah manusia yang mukallaf sama seperti lelaki. Dia dituntut beribadat kepada Allah, menegakkan agama, menunaikan kewajiban, meninggalkan larangan,

Lebih terperinci

Guru Madrasah Aljunied PIAGAM KESEDERHANAAN DALAM BERAGAMA Berikut adalah pendirian yang perlu diambil bagi menjamin kesederhanaan dalam dakwah: 1. Kita beriltizam untuk menghormati prinsip-prinsip

Lebih terperinci

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara. BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP 5.1 Pengenalan Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara. Antaranya ialah hukum pelaksanaan bay al- inah adalah dilarang di sisi majoriti

Lebih terperinci

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM 1 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM 1 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM 1 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI PENDIDIKAN ISLAM PADA ZAMAN KHULAFA RASHIDIN DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI PENGENALAN RINGKAS Pada zaman baginda

Lebih terperinci

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1 BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1.1 Pengenalan Sejak hampir dua dekad yang lalu, beberapa kajian berkaitan penilaian selepas-dihuni (post-occupancy

Lebih terperinci

BAB 5 PENUTUP. objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama;

BAB 5 PENUTUP. objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama; BAB 5 PENUTUP 5.1 RUMUSAN Rumusan ini dibuat berdasarkan kepada empat aspek utama yang merujuk kepada objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama; mengenal pasti metodologi

Lebih terperinci

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali BAHAGIAN A 30 markah Jawab semua soalan 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali Kepentingan guru adalah diutamakan lebih daripada profesion Profesion ini

Lebih terperinci

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. zakat pendapatan di Aceh maka dapat dirumuskan beberapa isu penting sebagaimana

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. zakat pendapatan di Aceh maka dapat dirumuskan beberapa isu penting sebagaimana BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1. Rumusan Berdasarkan huraian sebelum ini, berkaitan dengan isu-isu perlaksanaan kutipan zakat pendapatan di Aceh maka dapat dirumuskan beberapa isu penting sebagaimana

Lebih terperinci

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP 5.1 Pendahuluan Secara umumnya, penggunaan kaedah transliterasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

Lebih terperinci

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 1)

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 1) DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM WD4013 USUL FIQH (Minggu 1) PENSYARAH: Ustazah Dr Nek Mah Batri PhD Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD Fiqh Sains & Teknologi (UTM) DEFINISI USULFIQH Usul Bahasa: Apa yg dibina diatasnya.

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kehidupan manusia di dunia ini tidak dapat lari daripada sebarang masalah. Masalah adalah soalan yang mendorong kita untuk

Lebih terperinci

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN Di akhir kajian ini, penulis akan menarik beberapa poin-poin sebagai kesimpulan atas huraian-huraian yang telah dikemukakan. Di samping itu, penulis ingin mengajukan beberapa

Lebih terperinci

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami BAB 5 PENUTUP 5.1 Rumusan Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan atau persetubuhan. Pemberian mahar yang merupakan adat tertua

Lebih terperinci

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam. KENYATAAN MEDIA MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA MENGENAI ISU TUNTUTAN COMANGO DAN PELABURAN ASN DAN ASB Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Lebih terperinci

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS) KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS) CS KRITERIA TAHAP 1 CS1 Kemahiran Penyampaian idea tidak Penyampaian Lisan dan yakin, tidak jelas dan Bertulis tidak berkesan dan penyampaian idea terhad kepada lisan atau bertulis

Lebih terperinci

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar Rumusan Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar normal yang lain. Secara keseluruhannya pemaparan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan salah satu cabang kejuruteraan yang mengalami perkembangan yang pesat. Walaupun masih wujud jurang yang ketara jika dibandingkan dengan industri

Lebih terperinci

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup BAB V PENUTUP Alhamdulillah, pengkaji bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup dengan kesimpulan dan cadangan.

Lebih terperinci

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA 1.1 Pendahuluan Para pekerja adalah antara aset penting negara dan menjadi tulang belakang proses pembangunan dimana tanpa sumbangan

Lebih terperinci

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P ) PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P4-1.2016) PPS UTHM 1 1.0 PENYELIAAN PELAJAR 1.1 Panduan ini diwujudkan bertujuan: 1.1.1 Menjelaskan kriteria pelantikan penyelia, peranan serta tanggungjawab

Lebih terperinci

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561) Akta Keterangan Mahkamah [ULASAN Syariah PERUNDANGAN] (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 561) 27 KANUN (1) Ruzman Md Noor 195 AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA

Lebih terperinci

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pengenalan Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang menganalisis wacana lisan bahasa Melayu dalam konteks tanya-jawab di bilik darjah.

Lebih terperinci

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah) No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P Bahagian A (30 markah) 1. A 2. D 3. A 4. C 5. D 6. B 7. C 8. B 9. C 10. A 11. C 12. C 13. B 14. B 15. C 16. D 17. B 18. A 19. B 20. D 21. B 22. B 23. C 24. D 25. B 26. D

Lebih terperinci

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh BAB 6 PENUTUP 6.1 KESIMPULAN Bab ini merupakan rumusan secara menyeluruh ke atas kajian ini. Di samping itu juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh yang demikian,

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Industri pembinaan hari ini terdedah kepada cabaran dari dalam dan luar industri yang membawa kepada keperluan pengurusan dan pengawalan risiko pembinaan. Salah satu kaedah

Lebih terperinci

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 1. KONSEP Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini diharapkan

Lebih terperinci

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR Pengenalan Kemahiran Mendengar Keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan,

Lebih terperinci

BAB EMPAT RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan menampilkan rumusan bagi keseluruhan perkara yang telah

BAB EMPAT RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan menampilkan rumusan bagi keseluruhan perkara yang telah BAB EMPAT RUMUSAN DAN CADANGAN 4.0 PENDAHULUAN Bab ini akan menampilkan rumusan bagi keseluruhan perkara yang telah dibentangkan pada bab-bab yang lalu. Pengkaji akan menjelaskan cadangancadangan yang

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai data-data yang diperolehi. Dalam bab lima ini pula,

Lebih terperinci

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh BAB SATU PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh huruf (bacaan) adalah untuk memberi kemudahan kepada umat Islam membaca al-qur an al-karim. Faktor

Lebih terperinci

TRANSFORMASI PENGAMAL PERHUBUNGAN RAYA DALAM ABAD 21 DEMI MENGUBAH CABARAN MENJADI PELUANG

TRANSFORMASI PENGAMAL PERHUBUNGAN RAYA DALAM ABAD 21 DEMI MENGUBAH CABARAN MENJADI PELUANG TRANSFORMASI PENGAMAL PERHUBUNGAN RAYA DALAM ABAD 21 DEMI MENGUBAH CABARAN MENJADI PELUANG Oleh Mohd Hamdan Adnan Perubahan pesat teknologi dan masyarakat dalam abad 21 ini yang tidak pernah di alami oleh

Lebih terperinci

1.0 LATAR BELAKANG 2.0 TUJUAN

1.0 LATAR BELAKANG 2.0 TUJUAN PENGENALAN KEPADA BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI (LPP) DAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) KUMPULAN GRED KHAS DAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (AKADEMIK) YANG TELAH DIKAJI SEMULA 1.0 LATAR BELAKANG Selaras

Lebih terperinci

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pendahuluan Kajian ini menggunakan metodologi secara perpustakaan sahaja iaitu kajian yang tidak melibatkan aktiviti di lapangan. Metodologi ini lebih menjimatkan masa dan tidak

Lebih terperinci

BAB V KESIMPULA DA SARA A. harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut

BAB V KESIMPULA DA SARA A. harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut BAB V KESIMPULA DA SARA A 5.1 Kesimpulan Harta sepencarian adalah suatu istilah yang dikenal dalam konsep kepemilikan harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN PROJEK BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pengenalan Pengelolaan acara sukan yang cekap dan berkesan adalah elemen terpenting dalam penganjuran sesuatu kejohanan sukan. Dalam era teknologi maklumat yang berkembang pesat

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Ujian merupakan alat pengukuran untuk mengukur sejauh mana kejayaan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Menurut Mohd Najib (1997),

Lebih terperinci

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Huraian tentang latar belakang / konteks hendaklah memberikan maklumat berkaitan senario kajian Ciri-ciri sekolah iaitu latar belakang

Lebih terperinci

ULASAN BUKU. Pengulas: Ruzman Md. Noor Jabatan Syariah Dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

ULASAN BUKU. Pengulas: Ruzman Md. Noor Jabatan Syariah Dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya [ULASAN BUKU] 25 KANUN (1) 141 ULASAN BUKU Nasimah Hussin et. al. (ed.) Undang-undang Islam: Jenayah, Keterangan dan Prosedur (Siri Perkembangan Undang-undang di Malaysia, Jilid 13, 2007. 272 halaman,

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pengurusan kualiti memainkan peranan penting dalam organisasi perkhidmatam awam. Ia akan dapat memastikan organisasi berkenaan sentiasa relevan dengan keperluan semasa

Lebih terperinci

Oleh: LOKMANULHAKIM BIN HUSSAIN Karyawan Tamu Infad

Oleh: LOKMANULHAKIM BIN HUSSAIN Karyawan Tamu Infad Oleh: LOKMANULHAKIM BIN HUSSAIN Karyawan Tamu Infad INFAD Universiti Sains Islam Malaysia Bandar Baru Nilai Negeri Sembilan 2013 Cetakan Pertama 2013 Hak Cipta Universiti Sains Islam Malaysia Hak cipta

Lebih terperinci

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM

PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM GARIS PANDUAN PINDAH KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN UPNM Garis Panduan Pindah Kredit dan Pengecualian Kursus / Kelulusan Senat 61 Bil. 10/2016 1 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pemberian pindah kredit

Lebih terperinci

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2.1 Konsep Pengalaman Berasaskan (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG. Pelaksanaan PBS dapat memberi

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. mengenai zakat lazimnya menjurus kepada pentadbiran harta zakat. Selaras dengan

BAB 1 PENDAHULUAN. mengenai zakat lazimnya menjurus kepada pentadbiran harta zakat. Selaras dengan BAB 1 PENDAHULUAN Zakat merupakan salah satu ibadah asas dalam Islam. Pensyariatan zakat bertujuan untuk menyucikan jiwa dan membersihkan harta. Dalam konteks kepentingan umum, zakat merupakan satu mekanisme

Lebih terperinci

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN Kognitif TIGA DOMAIN PENGUJIAN - bidang mengenai pengetahuan, faktafakta, teori dan kefahaman - merujuk secara langsung kepada Taksonomi Bloom (pengetahuan,

Lebih terperinci

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN 6.0 Pengenalan Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian lanjutan dan kesimpulan. Ringkasan kajian berfokus tentang konsep penerapan

Lebih terperinci

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP 5.0 Pendahuluan Bab ini akan membincangkan dan merumuskan hasil kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik dan akan menjawab persoalan-persoalan kajian yang

Lebih terperinci

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty PANDUAN BIL.1 TAHUN 2012 PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI BERPRESTASI RENDAH DAN PEGAWAI YANG BERMASALAH BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABAT AN PENDAFT

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sering dikaitkan dengan era penggunaan digital dalam aktiviti manusia untuk memudahkan komunikasi ataupun menjalankan tugas masing-masing.

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA * GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA * 1.0 Pengenalan Semua pelajar peringkat sarjana muda di UTM dikehendaki menjalankan Projek Sarjana Muda (PSM) yang melibatkan satu kajian dalam bidang pengajian

Lebih terperinci

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan adalah merupakan salah satu bidang yang sangat mencabar. Berbanding dengan industri lain, industri pembinaan terdedah

Lebih terperinci

Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya?

Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya? Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya? Oleh Dr. Teo Soo Hwang dan Profesor Dr Thong Meow Keong Ini adalah rencana kedua daripada siri 2 rencana oleh Yayasan Inisiatif

Lebih terperinci

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir BAB V PENUTUP 5.1 Pendahuluan Setelah melakukan peneletian kepada semua objektif kajian yang utamanya ialah menganalisis dan membandingkan metode penulisan Hadith antara M.Q. Shihab pada Surah al-baqarah

Lebih terperinci

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP 5.0 Pendahuluan Bab Lima ini bertujuan membincang dan merumuskan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan bagi menjawab

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA * 1.0 Pengenalan GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA * Semua pelajar peringkat sarjana muda di UTM dikehendaki menjalankan Projek Sarjana Muda (PSM) yang melibatkan satu kajian dalam bidang pengajian di Fakulti

Lebih terperinci

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2.1 Konsep Pengalaman Berasaskan (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG. Pelaksanaan PBS dapat

Lebih terperinci

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH ISI KANDUNGAN BAHAGIAN A: PENGENALAN PENDAHULUAN BAHAGIAN B: RUJUKAN KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH PERKARA SYARIAH YANG BOLEH DIRUJUK

Lebih terperinci

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca Norazlina Abdul Jalil norazlina_abdul_jalil@moe.edu.sg Sekolah Menengah Naval Base Pusat Bahasa Melayu Singapura Abstrak Memupuk minat membaca karya-karya dalam

Lebih terperinci

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini. BAB LIMA KESIMPULAN 5.0 PENDAHULUAN Di dalam bab ini, Pengkaji akan mengemukakan kesimpulan yang diperolehi daripada perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA TUJUAN 1. Untuk memaklumkan Pusat Tanggungjawab, Pusat Kecemerlangan dan semua Jabatan/Pejabat/Unit

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Profesion perguruan adalah antara profesion yang tertua di dunia. Dalam tempoh itu, perubahan demi perubahan telah berlaku dalam pelbagai aspek seperti penambahbaikan dalam

Lebih terperinci

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA Disediakan oleh : Bahagian Sumber Manusia Pejabat Pendaftar 1.0 TUJUAN Dasar kenaikan pangkat ini bertujuan bagi melaksanakan

Lebih terperinci

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Bab ini merumuskan hasil kajian yang diperolehi dan dianalisis di sepanjang penyelidikan yang telah dijalankan. Penulis membahagikan bab ini kepada 3

Lebih terperinci

UNIT FALAK, JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN: PERANAN DAN SUMBANGANNYA DALAM MENYEBARKAN ILMU FALAK DALAM ALAM MELAYU

UNIT FALAK, JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN: PERANAN DAN SUMBANGANNYA DALAM MENYEBARKAN ILMU FALAK DALAM ALAM MELAYU UNIT FALAK, JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN: PERANAN DAN SUMBANGANNYA DALAM MENYEBARKAN ILMU FALAK DALAM ALAM MELAYU Shafie Muhammad dan Nazri Muslim Jabatan Mufti Negeri Sembilan Pusat Pengajian Umum, Universiti

Lebih terperinci

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM I

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM I SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM I NOTA RUJUKAN BAGI PERINGKAT DIPLOMA INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI BAGI PEMBELAJARAN: PENDIDIKAN ISLAM PADA ZAMAN KHULAFA UR RASHIDIN DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN 1 SEJARAH PENDIDIKAN

Lebih terperinci

Ulasan Buku / Book Review Dilema Ummah di Malaysia oleh Muhammad Syukri Salleh Bangi: Penerbit UKM. 66 halaman.

Ulasan Buku / Book Review Dilema Ummah di Malaysia oleh Muhammad Syukri Salleh Bangi: Penerbit UKM. 66 halaman. Jurnal Hadhari 7 (2) (2015) 91-96 www.ukm.my/jhadhari Ulasan Buku / Book Review Dilema Ummah di Malaysia oleh Muhammad Syukri Salleh. 2012. Bangi: Penerbit UKM. 66 halaman. Diulas oleh 1 MUHAMMAD HILMI

Lebih terperinci

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN PANDUAN KURSUS ix DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami

Lebih terperinci

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak 12 Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan Fauziah Mohamed Ata fauziah_mohamed_ata@moe.edu.sg Rosalina Mohamed Taib rosalina_mohamed_taib@moe.edu.sg Sekolah Rendah Endeavour Abstrak Pengajaran dan pembelajaran

Lebih terperinci

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU Untuk membolehkan bahasa Melayu terus berkembang, beberapa usaha telah dirancangkan, terutamanya dari segi peluasan kosa kata. Usaha ini dilakukan melalui beberapa proses

Lebih terperinci

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan Teknologi Multimedia dalam Pendidikan ------------------------------------------------- Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Selain

Lebih terperinci

Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan)

Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan) 1 Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan) Kemahiran : Jelaskan (memberi penerangan tentang sesuatu dengan sokongan supaya mudah difahami)

Lebih terperinci

BAB V. Tadhkirah Muttabi al-sunnah fi al-rad Ala al-qa il bi Sunniyah Rak atayn Qabl al-

BAB V. Tadhkirah Muttabi al-sunnah fi al-rad Ala al-qa il bi Sunniyah Rak atayn Qabl al- BAB V 5.1 KESIMPULAN Secara dasarnya penulisan Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin dalam kitab Ta yīd Tadhkirah Muttabi al-sunnah fi al-rad Ala al-qa il bi Sunniyah Rak atayn Qabl al- Jum ah mempunyai kaitan

Lebih terperinci

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : UNIMAP/PEND/101/2-6 (1) TARIKH : 1 DISEMBER 2010 PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2010 DASAR PENGGILIRAN TUGAS/PUSINGAN KERJA BAGI STAF KUMPULAN

Lebih terperinci

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden 5.1 Pengenalan Dalam Bab ini dapatan kajian berdasarkan penganalisisan data dalam bab 4 akan dibincangkan.dengan itu jawapan kepada soalan-soalan akan dikemukakan dalam bab ini. Pengkaji juga telah mengemukakan

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kemahiran pengurusan yang berwibawa dan berkualiti merupakan asas dalam menggerakkan institusi pendidikan yang berkesan dan berjaya. Cabaran globalisasi, di mana aspirasi

Lebih terperinci

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut. BAB LIMA PENUTUP 5.1 Pendahuluan Bab ini menghuraikan rumusan tentang penemuan kajian dan cadangan-cadangan ke arah menjadikan Kursus Pendidikan Islam mempengaruhi terhadap cara hidup pelajar dalam semua

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN PROJEK BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pengenalan Pembayaran secara atas talian ialah salah satu pendekatan pembayaran elektronik ataupun lebih dikenali sebagai e-payment. Ia mempunyai keupayaan melaksanakan proses

Lebih terperinci

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Penilaian Kendiri Sekolah TUJUAN: Instrumen ini diguna pakai oleh sekolah untuk mengukur tahap

Lebih terperinci

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN 6.1 Pendahuluan. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang kajian yang telah dijalankan. Penulis juga akan menyimpulkan beberapa faktor-faktor

Lebih terperinci

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAJIAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) INSTRUMEN SOAL SELIDIK GURU MENTOR

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAJIAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) INSTRUMEN SOAL SELIDIK GURU MENTOR BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAJIAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) INSTRUMEN SOAL SELIDIK GURU MENTOR Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pendidikan

Lebih terperinci

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT Umumnya sumber pengajaran di bahagikan kepada 2 komponen iaitu : Sumber manusia Sumber bukan manusia Tahukah anda negara kita mempunyai pelbagai dasar bagi menjamin

Lebih terperinci

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan: Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi bab sebelum ini mengikut aspek yang ditimbulkan dalam persoalan kajian serta

Lebih terperinci

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor Tajuk: POLISI MEDIA Edisi 1.0 Nombor Fail UPM/PNC/BKK/POLISI MEDIA 01/2009 Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia Panduan Semua Kakitangan UPM Pihak Berkuasa Naib

Lebih terperinci

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah? 1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah? Program galakan membaca yang dilaksanakan oleh Kementerian

Lebih terperinci

Pendokumentasian Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat

Pendokumentasian Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Pendokumentasian Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Nama No. Matriks Projek No. Kelulusan JPPEL Tarikh Pelaksanaan Siti Hajar binti Salihudin A146041 Seminar Pengurusan Risiko

Lebih terperinci

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan BAHAGIAN EMPAT Taksiran Prestasi dan Keberkesanan PENGENALAN AOB telah meluluskan kerangka kerja strategik baharu yang merangkumi prospek tiga tahun pasaran dan landskap pengawalseliaan. Kerangka kerja

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 PENGENALAN Wakaf sebagai sebuah institusi sosioekonomi telah dibangunkan dan berkembang sehingga berfungsi sebagai sumber pembiayaan dalam pembangunan masyarakat Islam.

Lebih terperinci

ARAHAN: ( )

ARAHAN: ( ) OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) Kod Dokumen : OPR/HEPA/BR25/SPP BORANG SOAL SELIDIK AKTIVITI PELAJAR ARAHAN: BERIKUT DISENARAIKAN PERNYATAAN

Lebih terperinci

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan Penyebutan Huruf al-qur an al-karim dalam kalangan saudara baru adalah merupakan satu kajian yang unggul. Hasil daripada kajian yang dijalankan menunjukkan

Lebih terperinci

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001 TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah

Lebih terperinci

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD ATURAN-ATURAN BAGI KUMPULAN WANG DERMA PELAJARAN KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD 1.0 Tajuk dan mula berkuatkuasa 1.1 Aturan-aturan ini dinamakan Aturan-aturan Kumpulan Wang

Lebih terperinci

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca 02Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca 042 // Menyemai Bahasa Menuai Budi Abstrak Norazlina Abdul Jalil norazlina_abdul_jalil@moe.edu.sg Zulaina Zulkifli Sekolah Menengah Naval Base zulaina_zulkifli@moe.edu.sg

Lebih terperinci

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA 1. Tujuan Polisi ini diwujudkan bertujuan seperti berikut: (1) Untuk menjelaskan kriteria pelantikan penyelia dan juga peranan dan tanggungjawab

Lebih terperinci

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME. Set5 Sem 1 ( 2015/2016) DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK ANUAR BIN PUTIH DISEDIAKAN OLEH :

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME. Set5 Sem 1 ( 2015/2016) DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK ANUAR BIN PUTIH DISEDIAKAN OLEH : HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME Set5 Sem 1 ( 2015/2016) DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK ANUAR BIN PUTIH DISEDIAKAN OLEH : SITI FAIRUZ BINTI MAT DESA (A144910) NAMA : SITI FAIRUZ BINTI

Lebih terperinci

Panduan Pemantauan Undi Awal dan Undi Pos

Panduan Pemantauan Undi Awal dan Undi Pos Panduan Pemantauan Undi Awal dan Undi Pos 27 April 2018 Pengenalan 1. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) telah lama menyatakan bantahannya terhadap sistem Undi Awal dan Undi Pos. Ini adalah

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN 1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Kesedaran mengenai betapa pentingnya latihan di Malaysia menyebabkan organisasi-organisasi awam mahupun swasta mewujudkan pusat latihan untuk melatih tenaga kerja menurut

Lebih terperinci

TATACARA PENDAFTARAN KES TANGKAPAN SAMAN & WARAN DI MAHKAMAH SYARIAH

TATACARA PENDAFTARAN KES TANGKAPAN SAMAN & WARAN DI MAHKAMAH SYARIAH TATACARA PENDAFTARAN KES TANGKAPAN SAMAN & WARAN DI MAHKAMAH SYARIAH Oleh: Ahadin bin Arinen 1 PENGENALAN Tiap-tiap kes yang dibawa ke Mahkamah mestilah terlebih dahulu didaftar di pejabat pendaftaran

Lebih terperinci

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan Bab ini akan menjelaskan tentang metodologi kajian yang diguna pakai dalam kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

Lebih terperinci

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA Haji merupakan satu rukun daripada rukun Islam yang lima dan menjadi kemuncak penzahiran ubudiyyah hamba kepada Tuhan-Nya. Pada ruangan kali ini, akan dibincangkan berkenaan

Lebih terperinci

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI SHAMRAHAYU A. AZIZ KULLIYYAH UNDANG-UNDANG AHMAD IBRAHIM UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA Pembentangan di Seminar Kebangsaan Mahkamah Syariah 2017 60

Lebih terperinci