Disediakan oleh PN. NORHAYATI BINTI MAT ZAIN Guru Cemerlang Sejarah SMK Seri Bintang Selatan SKK Kuala LUmpur

dokumen-dokumen yang mirip
PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM SEJARAH UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS

PN. MASARIAH BINTI MISPARI

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA SEJARAH Kertas 3 Ogos 2017 UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

1. Pengenalan Jelaskan secara ringkas tentang latar belakang pembangunan ekonomi di negara kita.

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

Bab. Bab 2. Bab 1. Bab. Bab 3 Bab 8. 4 Bab. Tingkatan 4. Bab. Bab 9. Bab

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

AWAS!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH Hakcipta Terpelihara

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PENGAJIAN AM 900. Sukatan Pelajaran

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2

Lampiran 1 GARIS PANDUAN PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (AIICT)

Tingkatan 4 Bab 9: Perkembangan Di Eropah

Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Potongan Dua Kali Untuk Perbelanjaan Penyelidikan Dan Pembangunan Di Bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

2 SULIT 3757/2 Bahagian A [75 markah] Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

SKEMA UJIAN DIAGNOSTIK SPM TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 1 2 Jam 15 Min

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2016

Pengenalan kepada Ekonomi

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

DASAR DASAR PERTANIAN (DPN) DPN1 ( ) DPN2 ( ) DPN3 ( ) LATARBELAKANG SEKTOR PERTANIAN NEGARA

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SULIT 3757/2 3757/2 Ekonomi Asas Kertas 2 Sept jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM EKONOMI ASAS. Kertas 2. Dua Jam

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007

ELEKTIF : BAB 3 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN. Kandungan 2/24/2011 LOGO. 3.1 Asas Keusahawanan Pengertian Keusahawanan Ciri Utama Usahawan

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) DAERAH PETALING UTAMA SKOR A DISEDIAKAN OLEH :

PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SPM NEGERI PERLIS 2008 ANJURAN BERSAMA JABATAN PELAJARAN NEGERI PERLIS DAN PKPSM CAWANGAN PERLIS. PERDAGANGAN Kertas 2

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

944/2 PERCUBAAN STPM 2012 September

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2002/2003. Februari/Mac JKE Analisis Ekonomi Islam.


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Februari Julai

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT DATO' NORAINI BINTI AHMAD [ PARIT SULONG]

BAHAGIAN A (80 markah) Jawab semua soalan PERTANIAN ORGANIK. Pertanian mesra alam Tiada penggunaan baja kimia

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Bahagian A [40 markah] Jawab semua soalan

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

KOMUNIKASI DAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF SKP2101 BERSEMUKA1-27 OGOS Dr Zatul Himmah Adnan2016 1

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

1103/1 (PP) SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Tingkatan 4 Bab 1: Pengenalan Kepada Ekonomi

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2004 SEJARAH. Kertas 2. Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

SULIT 3757/ /2 Ekonomi Asas Kertas 2 2 jam

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Visi Peneraju utama pemasaran makanan dan hasil pertanian. Misi Membangun rantaian pemasaran makanan dan hasil pertanian yang cekap dan berkesan bagi

I UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN loris PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/2016 ARAHAN KOD VAC3033 KURSUS:TANAMANLADANG

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KE SEPULUH (RMKE-10) NEGERI SEMBILAN

TINGKATAN 4 BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI

Smart Handle Inovasi 2011 ISI KANDUNGAN. A. PENDAHULUAN PENGENALAN Maklumat Bahagian Unit Pintu Air Jenis-jenis Pintu Air 4

KANDUNGAN II. KE ARAH 2020: LIMA BELAS TAHUN PERTAMA, Modal Insan: Pendidikan, Inovasi dan Nilai 7. Kesaksamaan Sosioekonomi 10

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

10 Sumber-Sumber Di mana Peluang Perniagaan Tersembunyi

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

SULIT 3757/1 SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 EKONOMI ASAS KERTAS 1

KERTAS SOALAN CONTOH 946/1 STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1. (1 jam 30 minit) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

ULTAN IDR!s..:>Lk1...1.:..00-' _'1 SULT.AN IDRIS EDUCATION UNIVERSI.TY KOD. : KKP3053 KURSUS : PENGURUSAN DAN KONSULTASISEKOLAH ARAHAN

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUN 2017 PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (EIO) & JURUTEKNIK KOMPUTER (TSO) PERINGATAN

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2002/2003. Februari/Mac Masa: 3 jam

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

Disediakan oleh PN. NORHAYATI BINTI MAT ZAIN Guru Cemerlang Sejarah SMK Seri Bintang Selatan SKK Kuala LUmpur

FORMAT SEJARAH SPM KERTAS 3 PANDUAN & TIP Bentuk Soalan Jumlah Soalan Wajib Jawab No. soalan dan Markah Jenis/Pecahan Soalan Cakupan Sukatan Markah Wajaran Markah Tugasan (Esei) Tajuk Umum : akan diberikan 6 minggu sebelum tarikh peperiksaan. 1 soalan khusus dengan 8 pecahan soalan. Semua soalan Soalan 1 hingga 8. Markah ditunjukkan dalam [ ] bagi setiap soalan. 1-3 (Rujukan Buku Teks) 4-8 (Soalan KBKK) Tingkatan 4 dan 5 60% Buku Teks 40% Soalan KBKK =100 markah 20 % 1. Soalan Umum akan diberikan kepada pelajar 6 minggu lebih awal daripada tarikh peperiksaan. Gunakan peluang ini untuk mencari maklumat tambahan khususkan soalan bahagian KBKK. 2. Berbincang dengan guru dan rakanrakan. 3. Susun nota-nota yang diperoleh dalam fail. 4. Gunakan sticky note sebagai penanda untuk memudahkan anda mencari jawapan ketika menulis. 5. Lakukan latihan menulis jawapan seperti format menjawab sebenar. 6. Jadikan markah sebagai panduan untuk anda kemukakan jawapan khususkan bagi soalan 1 hingga 3. 7. Jangan lupa bawa buku teks (Sejarah Tingkatn 4 @ 5), fail nota dan contoh jawapan yang telah dirangka semasa hari peperiksaan. 8. Semasa hari peperiksaan, kenalpasti kehendak soalan dan gariskannya supaya lebih jelas. 9. Sila tuliskan jawapan dalam format esei. 10. Pastikan anda menulis nombor soalan yang dijawab yang betul dengan jawapan yang diberi. 11. Mesti tulis pengenalan jawapan. 12. Tulislah dengan tulisan yang cantik dan kemas. SMK SERI BINTANG SELATAN SKK 2

UJI MINDA (diberikan kepada pelajar 6 minggu awal sebelum peperiksaan) Tema Umum: TEMA UMUM: Negara Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian (Contoh soalan pada hari peperiksaan) Colan hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah: Format Perincian Markah Pengenalan 1. Jelaskan secara ringkas tentang Revolusi Pertanian. 5 markah Isi dan huraian 2. Terangkan perkembangan Revolusi Pertanian di Britain. 3. Apakah kesan Revolusi Pertanian kepada masyarakat Britain? 4. Cadangkan langkah-langkah untuk memajukan sektor pertanian di negara kita. 5. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia dalam sektor pertanian. 6. (i) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia bagi menjamin kelangsungan bekalan sumber makanan yang mencukupi. [5 markah] 30 markah 25 markah 10 markah 10 markah 10 markah (ii) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut. [5 markah] 7. Jelaskan iktibar yang diperoleh daripada Revolusi Pertanian. Kesimpulan 8. Rumusan Pengetahuan yang diperoleh. Iktibar kepada diri, bangsa dan negara. Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang. 5 markah 5 markah SMK SERI BINTANG SELATAN SKK 3

(1) Revolusi merupakan suatu perubahan besar yang berlaku secara mendadak dan menyeluruh. Revolusi Pertanaian telah membawa perubahan besar kepada masyarakat Eropah khususnya di Britain. Kemajuan pesat dalam bidang pertanian telah membolehkan bidang ini menjadi punca ekonomi negara. Pengeluaran makanan secara besar-besaran semasa Revousi pertanian berlaku kerana terdapat perubahan dalam sistem penggunan tanah, teknik penanaman yang lebih efisien dan kaedah pemasaran produk pertanian yang lebih berkesan. Revolusi Pertanian bolehlah dianggap sebagai satu revolusi yang telah menyediakan asas bagi Revolusi Perindustrian. (2) Perkembangan Revolusi Pertanian berlaku kerana kemampuan masyarakat mengeluarkan makanan secara besar-besaran. Faktor ini didorong oleh perubahan dalam sistem penggunaan dan pemilikan tanah, penggunaan kaedah atau teknik saintifik serta pemasaran produk pertanian secara lebih meluas dan berkesan. Sebelum Revolusi Pertanian terdapat dua sistem pemilikan tanah iaitu sistem pemilikian tanah persendirian dan sistem pemilikan tanah awam. Tanah milik persendirian ini umumnya dimiliki oleh golongan kaya. Tanah awam pula sebenarnya dimiliki oleh orang perseorangan. Namun begitu, mengikut kebiasaannya rakyat biasa di Britain diizinkan menggunakan tanah awam ini. Tanah tersebut digunakan oleh bercucuk tanam secara kecil-kecilan. Walaubagaimanapun, keadaan ini berubah apabila Britain menghadapi pertambahan penduduk. Hasil pertanian perlulah dipertingkatkan. Oleh sebab itu, tuantuan tanah yang dahulunya membiarkan sahaja tanah mereka digunakan oleh rakyat jelata, kini mahu memanfaatkan tanah awam tersebut bagi tujuan pengeluaran pertanian secara besar-besaran. Pada kurun ke-18, harga gandum kian meningkat. Ekoran itu, terdapat usaha daripada pihak tuan tanah untuk memagari tanah awam tersebut. Tuan-tuan Tanah telah mendapatkan keluluasan daripada Parlimen bagi menguatkuasakan proses pemagaran tanah. Antara tahun 1761 hingga 1792 hampir 500, 000 ekar tanah telah dipagari melalui AKta Pemagaran Tanah. Terdapat beberapa implikasi daripada Akta Pemagaran Tanah ini. Pertama, mewujudkan kawasan yang lebih luas untuk digunakan bagi penanaman secara besarbesaran. Kawasan pertanian inilah yang dinamakan ladang. Kedua, rakyat biasa yang dahulunya bergantung kepada tanam awam untuk menampung kehidupan telah SMK SERI BINTANG SELATAN SKK 4

kehilangan punca rezeki. Bagi mengatasi masalah tersebut, golongan petani kecilkecilan ini menjadi sebahagian daripada buruh ladang. Kaedah dan ciptaan peralatan telah membolehkan penanaman dilakukan secara efisien dan produk dihasilkan dengan lebih lumayan. Salah satu kaedah baru yang digunakan ialah penanaman secara bergilir. Mengikut kaedah ini, sesuatu bidang tanah digunakan secara berterusan sepanjang tahun dengan menanam jenis tanaman yang berbeza mengikut musim. Oleh sebab tanaman yang berbeza itu menggunakan nutrien tanah yang berbeza, maka semua tanaman dapat tumbuh dengan subur. Dengan itu, tidak ada tanah yang perlu ditinggalkan kosong. Selain itu, tanaman baharu juga turut diperkenalkan seperti turnip dan ubi kentang. Dari segi peralatan pula, terdapat alat yang dicipta oleh Jethro Tull untuk kegunaan menggali dan menugal. Alat ini telah membolehkan banyak lubang digali secara serentak. Perkara ini membolehkan penugalan serta penanaman biji benih dilakukan dengan lebih pantas. Kuantiti hasil pertanian dapat dipertingkatkan apabila cara menanam telah direvolusikan. Seterusnya, baja asli mula digunakan secara meluas dan ini telah menjadikan tanaman lebih subur dan meningkatkan lagi hasil pertanian. Peningkatan kuantiti dan kualiti hasil pertanian ini telah membawa kepada lebihan produk. Oleh itu, lebihan hasil pertanian telah diperdagangkan. (3) Revolusi Pertanian telah membawa kesan besar kepada masyarakat Eropah khususnya di Britain sendiri. Kesan pertama, kemajuan yang pesat dalam bidang pertanian telah membolehkan bidang ini menjadi punca ekonomi negara. Kegiatan pertanian telah dikomersialkan. Kegiatan utama ekonomi ialah penanaman bijiran seperti gandum, rye dan jagung. Lebihan produk pertanian telah dieksport. ini membolehkan para peladang besar menjadi pedagang antarabangsa. Revolusi Pertanian telah menyediakan makanan yang cukup dan tenaga buruh yang banyak untuk perkembangan perindustrian. Jelaslah, pertanian merupakan punca ekonomi bagi masyarakat Britain ketika itu. Kesan kedua, berlakunya peningkatan perdagangan antarabangsa. Lebihan produk hasil daripada Revolusi Pertanian tidak dapat dipasarkan kesemuanya di dalam negara. Oleh itu, produk tersebut terpaksalah diperdagangkan pada peringkat antarabangsa dan keuntungan dapat dimaksimumkan. Britain dapat mengendalikan aktiviti perdagangan antarabangsa dengan agak mudah kerana Britain merupakan SMK SERI BINTANG SELATAN SKK 5

negara penjajah yang utama dan kuasa maritim yang ulung pada abad ke-18 dan ke- 19. Kesan ketiga, berlakunya kemajuan dalam bidang pengangkutan. Pada peringkat awal, pengangkutan domestik di Britain bergantung pada kereta kuda dan baj. Bagi memudahkan perjalanan darat, sistem jalan raya telah dibaiki. Perubahan besar dalam sistem pengangkutan domestik berlaku dengan rekaan dan penggunaan kereta api. Dengan rekaan enjin berkuasa wap, gerabak kereta api boleh dipacu dengan lebih laju dan enjin boleh menarik lebih banyak gerabak. Pada mulanya, rel kereta api diperbuat daripada kayu, kemudian daripada besi dan bertukar kepada keluli. Para pemodal telah melabur dalam sektor pengangkutan dan akhirnya mendapat keuntungan yang lebih besar. Sistem pengangkutan laut direvolusikan dengan kemunculan dan penggunaan kapal laut yang dikemudikan oleh jentera berkuasa wap. Kesan keempat, kemunculan golongan buruh dan majikan. Setelah munculnya sistem ekonomi berskala besar dalam bidang pertanian, golongan rakyat yang bekerja sendiri kian berkurangan. Sebaliknya muncul golongan rakyat tang bekerja sebagai buruh ladang untuk tuan tanah. (4) Antara langkah untuk memajukan sektor pertanian di negara kita ialah meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang pertanian, menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), menggunakan baja dan benih berkualiti, menggunakan teknologi moden, menawarkan modal dan pinjaman kewangan, dan menggalakkan pelaburan asing dalam sektor pertanian negara. Selain itu, memperbaiki dan meningkatkan kecekapan pemasaran, menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam bidang pertanian, membangunkan projek pembangunan pertanian bersepadu, memulihkan kawasan yang berproduktiviti rendah, menaik taraf kemudahan pergangkutan dan perhubungan luar bandar, dan menyediakan perkhidmatan sokongan seperti subsidi, khidmat nasihat serta bantuan teknikal. SMK SERI BINTANG SELATAN SKK 6

(5) Antara kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia dalam sektor pertanian adalah menjadi pengeluar komoditi utama dunia seperti getah, kelapa sawit dan koko, memperkenalkan kaedah bioteknologi dalam bidang pertanian, memperkenalkan teknologi pertanian seperti hidroponik dan petigasi, menjadikan pertanian sebagai satu industri, menjadi pusat pengeluaran herba, dan mempelopori hab halal. Antara kejayaan lain ialah menubuhkan agensi-agensi penyelidikan seperti MARDI dan RISDA, menubuhkan agensi yang menguruskan pembangunan sektor pertanian seperti FELDA dan FELCRA, dan menubuhkan agensi yang dikhaskan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan pemasaran seperti FAMA. Selain itu, kejayaan negara kita memasarkan produk pertanian ke peringkat antarabangsa, pembukaan tanah-tanah baharu untuk kegiatan pertanian dan pengenalan program Amalan Pertanian Baik oleh kerajaan. (6)(i) Antara cabaran yang dihadapi oleh Malaysia bagi menjamin kelangsungan bekalan sumber makanan yang mencukupi ialah kekurangan tenaga buruh, bencana alam seperti banjir, masalah pemasaran hasil pertanian, penggunaan teknologi dan peralatan yang lama dan ketinggalan, hasil produktiviti rendah dan kualiti tanaman makanan yang rendah. Cabaran lain ialah kekurangan ilmu pengetahuan dan kecekapan pengurusan. (6)(ii) Antara langkah untuk mengatasi cabaran tersebut adalah kempen menggalakkan rakyat tempatan melibatkan diri dalam sektor pertanian dan melahirkan jutawan tani. Langkah seterusnya adalah dengan menyediakan sokongan dalam bidang pertanian dengan memberikan subsidi benih dan peralatan serta kewangan kepada petani. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden dan peralatan pertanian yang terkini serta menjalankan R&D bagi meningkatkan kuantiiti dan kualiti hasil pertanian di negara kita. Kerajaan juga boleh menganjurkan ceramah, seminar dan kursus kepada golongan petani bagi meningkatkan mutu sektor pertanian. SMK SERI BINTANG SELATAN SKK 7

(7) Iktibar yang diperoleh daripada Revolusi Pertanian adalah penggunaan kaedah moden, penanaman yang efisien, pembukaan tanah-tanah baharu, pengenalan tanaman baharu yang menguntungkan, menjadikan pertanian sebagai punca rezeki, dan mengamalkan nilai-nilai seperti rajin, tabah, bekerjasama, berfikiran kreatif dan inovatif. (8) Kesimpulannya, kegiatan pertanian harus dikendalikan secara besar-besaran untuk memaksimumkan keuntungan. Kita harus bersyukur dan memanfaatkan kelebihan yang dimiliki oleh negara kita seperti tanah yang subur dengan memajukan sektor pertanian. Masyarakat Malaysia harus menyedari kepentingan untuk melibatkan diri dalam usaha memajukan sektor pertanian negara kita demi kelangsungan bekalan makanan. Justeru itu, negara kita perlu melahirkan golongan petani dan pengusaha tani yang memiliki pengetahuan dan seterusnya mampu untuk menjadikan sektor pertanian sebagai sektor industri yang mampu membuka banyak peluang pekerjaan dan seterusnya mampu meningkatkan ekonomi negara. PASTIKAN ANDA MEMBACA SOALAN DENGAN BETUL DAN MEMAHAMI KEHENDAK SOALAN SEBELUM MENGEMUKAKAN JAWAPAN SELAMAT MENJAWAB SMK SERI BINTANG SELATAN SKK 8