Emosi dan Perkembangan

dokumen-dokumen yang mirip
Tajuk 3: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Kanak-kanak. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN. Nordin Tahir JIP

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

KONSEP KENDIRI (Part 5)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Psikologi kognitif. Sinopsis:

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

Tajuk 7: Perkembangan Sosio-Emosi. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB4 PENGAMATAN. Pengamatan bukanlah suatu proses yang lazim, kerana ia tidak berlaku secara automatik. Ia

KURIKULUM PERMATA. Puan Nani Menon Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Dr. Azizah Lebai Nordin. kurikulum-june 2011

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

Tajuk 6: Perkembangan Kognitif dan Bahasa. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

PENGENALAN PSIKOLOGI KOGNITIF PENGENALAN

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 523 Psikologi Perkembangan Remaja, Dewasa dan Orang Tua

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH

TOPIK 1 ALAM BELAJAR. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA FAKULTI FILEM, TEATER DAN ANIMASI PROJEK FILEM PENDEK BABAK TERAKHIR: PENDEKATAN GENRE PSYCHOLOGICAL THRILLER

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

KECERDASAN. Azizi Yahaya PENGENALAN

GAYA KOGNITIF Pengenalan Konseptual Tempo

Konsep Kurikulum: Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

PENDIDIKAN KESIHATAN

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

KAJIAN TEMPATAN. Dalam proses pengajaran terdapat beberapa kompenan yang perlu anda tumpukan. Apakah komponen-komponen tersebut?

WPK 1113 Psikologi Kognitif Teori-Teori Kognitif

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Keperluan Komunikasi. Komunikasi Berkesan 2/2/2016

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

PRAKTIKAL 2 TAKSONOMI DAN BIOKEPELBAGAIAN

Banding beza antara 5 teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Teori. pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik dajah anda?

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Kurang nutrisi. Big» dah 1Q j. lemak tubuh, imbasan ketumpatan tulang, pengambilan. dilakukan dalam sehari. K e t u a Program Sains Nutrisi Universiti

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

Estim kendiri remaja. Sinopsis:

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN. diketengahkan kepada pengkaji-pengkaji pada masa akan datang.

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

KONSEP PSIKOLOGI SOSIAL PROF MADYA DR. MA ROF REDZUAN

1.1 Latar Belakang Penyelidikan

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

Teori Personaliti Sigmund Freud / Erikson Perubahan personaliti individu berdasarkan Teori Personaliti Sigmund Freud / Erikson.

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan

Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai. pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada

BAB 3 : TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

STRATEGI DAYA TINDAK DIKALANGAN PELAJAR DAN BAGAIMANA MEMUPUKNYA DR. WAN ANOR BIN WAN SULAIMAN, KB;PA SEKOLAH PSIKOLOGI & KERJA SOSIAL, UMS

Alkohol. Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal. Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing.

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Taklimat untuk Guru BM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK813 Faktor-faktor Pembentukan Kaunseling (Minggu 4)

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 2

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI 2012 KOD KURSUS: HBAE 1203 TAJUK KURSUS: PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK NO. MATRIKULASI :

PENDIDIKAN KESIHATAN

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

KOMPONEN PROGRAM PERMATA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

OTAK DAN MINDA. Manusia telah lama dikagumi dengan bahagian berwarna kelabu, berlipat-lipat yang

Kenalpasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan seorang lagi yang bersifat

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

MINGGU MODUL / TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN JAN

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Memahami Demensia. Talian Maklumat Demensia:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

Pengenalan kepada Kaunseling

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Transkripsi:

BAB 11 Emosi dan Perkembangan Pengenalan Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Iaitu kehebatan dan kesensitifan perasaan yang selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan perasaan. Perasaan-perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan. Dalam istilah Psikologi, emosi merupakan bahasa dalaman seseorang yang berkait rapat dengan tindak balas (fizikal) daripada sensitiviti perasaan dalaman dan luaran (pergaulan sosial). Ia adalah suatu pergerakan dalam minda yang dikeluarkan oleh pengaruh luaran. Minda adalah pasif dan sentiasa menerima semua yang terlintas untuk mempengaruhinya. Apabila minda tersebut bangkit untuk menunjukkan apa yang dirasainya, maka itulah yang dimaksudkan sebagai emosi. Ada kalanya emosi dianggap sebagai suatu alasan yang saling berlawanan. Sama ada beralasan untuk mengikut kehendak emosi atau tidak membiarkan emosi menguasai diri. Demikian adalah konteks yang selalu berkaitan mengenai emosi iaitu tentang penghasilan resolusi untuk mengawalnya. Tugasan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan dua aspek pengaruh perkembangan emosi iaitu dari aspek pengaruh warisan dan persekitaran. Pengaruh warisan adalah merangkumi aspek genetik secara Genotype dan Phenotype. Manakala pengaruh persekitaran adalah merangkumi aspek pemakanan dan pencemaran.

PERKEMBANGAN EMOSI Mohd Fadzli Abu Bakar Sejak awal kelahiran, manusia sentiasa berkembang dan terus berkembang dalam pelbagai sudut pertumbuhan fizikal, psikologi, mental dan sebagainya. Emosi juga adalah suatu bentuk daya kognitif yang terbentuk dan berkembang secara peringkat demi peringkat semenjak awal kelahiran. Emosi Idea Secara umumnya peringkat ini menggambarkan bahawa ekspresi penyampaian emosi adalah berada di peringkat permulaan. Manusia menyampaikan emosinya secara tidak sedar dan ia keluar daripada naluri semula jadi bawah sedar. Seorang kanak-kanak dapat merasakan sesuatu perasaan tetapi tidak dapat menyatakan mengapa, bagaimana dan siapa yang menyebabkan timbulnya perasaan tersebut. Emosi yang disampaikan lebih dalam bentuk tindak balas gerakan fizikal (Azleena & Zainal, 2004). Emosi Pemikiran Emosi akan berkembang ke peringkat yang seterusnya iaitu apabila seseorang mampu mengaitkan emosi dengan pemikiran. Pengalaman daripada apa yang dilihat, didengar dan dialami direkodkan secara langsung sebagai reaksi emosi. Reaksi-reaksi tersebut akan disimpan dalam memori yang akan digunakan dalam proses pemikiran kelak (Azleena & Zainal, 2004). Pada peringkat awal kanak-kanak, kebolehan di dalam memahami emosi dan puncanya semakin meningkat. Pengawalan emosi kanak-kanak mula meningkat termasuklah kemampuannya untuk menerima kekecewaan serta menjadi seorang yang fleksibel dalam mengawal emosi dan dorongan. FAKTOR WARISAN Dalam sistem pembiakan manusia, faktor genetik memainkan peranan asas di dalam membentuk variasi di antara setiap individu. Demikian adalah terjadi semasa proses penggabungan sel di antara benih lelaki dan perempuan. Setiap sel memiliki

ciri-ciri genetiknya yang tersendiri dan akan terus diwariskan kepada generasi seterusnya secara turun temurun. Tingkah Laku Genetik: Asas Biologi Bagi Perbezaan Antara Individu Secara umumnya, tingkah laku manusia adalah berkait rapat dengan pengaruh baka iaitu kesan atau ciri-ciri genetik yang diwarisi secara keturunan. Demikian adalah terbukti benar apabila segala bentuk atau permasalahan dalam aspek tingkah laku manusia telah banyak membuktikan tentang perwarisan emosi secara genetik. Gen atau kromosom bukan sekadar sel yang membentuk seorang manusia secara ringkas sahaja. Tetapi ia turut membawa maklumat mengenai baka yang terkandung untuk membentuk seorang manusia yang lebih kompleks berdasarkan induknya. Generasi baru tersebut akan mewarisi hasil gabungan daripada ciri-ciri fizikal ibu atau bapa dan turut mewarisi bakat, ciri-ciri dan corak tingkah laku tertentu daripada keduanya. FAKTOR PERSEKITARAN UMUM Model Ekologi Bronfenbrenner mengklasifikasikan peringkat-peringkat persekitaran yang mempengaruhi individu kepada peringkat-peringkat berikut: Mikrosistem, Mesosistem, Eksosistem dan Makrosistem. 1. Mikrosistem: Merupakan lapisan persekitaran dalaman yang merujuk kepada aktiviti dan interaksi yang melibatkan hubungan secara langsung. Bagi kebanyakan kanak-kanak, mikrosistem mungkin terhad kepada hubungan dengan keluarga sahaja. Persekitaran tersebut akan berkembang ke arah yang lebih kompleks seperti yang berlaku di pusat asuhan, Tadika, pergaulan rakan sebaya dan pemerhatian dalam aktiviti permainannya. Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak hanya terpengaruh dengan individu-individu dalam kategori mikrosistem semata-mata. Tetapi turut terkesan dengan perwatakan biologi dan sosialnya sendiri seperti tabiat, perwatakan fizikal, pembawaan dan bakatnya. Interaksi di antara dua individu di dalam

Mesosistem: Terletak di lapisan kedua yang merujuk kepada hubungan dalaman di kalangan mikrosistem seperti hubungan di rumah, sekolah dan rakan sebaya. Bronfenbrenner percaya bahawa lapisan ini mempunyai hubungan yang kuat dengan lapisan mikrosistem. Ia boleh meningkat dengan sokongan dan kestabilan mikrosistem. 2. Eksosistem: Ia merupakan konteks di mana kanak-kanak atau remaja adalah bukan terletak di dalam lapisan ini. Tetapi secara tidak langsung dapat mempengaruhi perkembangan mereka. 3. Makrosistem: Ia adalah konteks budaya atau kelas sosial yang terkandung di dalam mikrosistem, mesosistem dan eksosistem. Ia adalah ideologi yang benar-benar luas dan menentukan tentang bagaimana anak-anak perlu diuruskan, apa yang patut dianggap pada mereka dan apa matlamat yang perlu mereka usahakan. Dengan ini, di antara sesebuah budaya dengan budaya lain selalunya berbeza kerana setiap satunya mempunyai pendirian atau corak budaya tersendiri. 4. Daripada keempat-empat lapisan tersebut, terdapat satu lagi lapisan tambahan iaitu Kronosistem yang menekankan bahawa perubahan pada seseorang atau konteks perkembangan ekologinya boleh memberi kesan terhadap perkembangan emosinya. Contoh: Perubahan kognitif dan biologi seseorang anak pada peringkat remaja boleh menyebabkan konflik di antara golongan remaja dan ibu bapanya (Paikoff & Brooks-Gunn, 1991; Steinberg, 1996).

Model Ekologi Bronfenbrenner (1979) Bagaimana Pemakanan Mempengaruhi Emosi? Pemakanan yang seimbang dan tidak seimbang merupakan dua topik utama dalam aspek pemakanan. Sebagaimana yang kita maklum bahawa makanan mempunyai fungsi utama membekalkan keperluan tubuh fizikal untuk setiap organ badan berfungsi dengan baik. Maka fungsi badan yang utama adalah sistem saraf pusat yang melibatkan fungsi aktif aktiviti neuron, sel dan sebagainya. Perubahan tingkah laku pada seseorang boleh terjadi sama ada dengan pemakanan yang seimbang atau sebaliknya. Ia adalah kerana perubahan pada tingkah laku ada hasil daripada perubahan fungsi pada sistem saraf seseorang. Contohnya bagi apa yang berlaku pada individu kekurangan pemakanan seimbang. Pemakanan tidak seimbang yang dialami oleh seorang dewasa boleh

menyebabkan perubahan dalam fungsi tugasan hariannya seperti penurunan motivasi, kepekaan mental, interaksi sosial dan juga menambahkan gangguan pada mood serta sifat pemarah seseorang (Kanarek & Kaufman, 1991). Penjejasan pemakanan seimbang pada kanak-kanak pula secara keseluruhan mengganggu pertumbuhan otak dan perkembangan peringkat kanak-kanaknya. Pertumbuhan dan perkembangan tersebut menganggu fungsi dan kemampuan sistem saraf sehingga mengakibatkan masalah tingkah laku seperti penurunan tahap intelek, kemunduran bidang penumpuan, lemah ingatan dan ketidak stabilan emosi (Kanarek & Kaufman, 1991). FAKTOR PENCEMARAN Konsep Penerimaan Manusia Persekitaran adalah faktor yang mampu mempengaruhi emosi dan tingkah laku seseorang individu. Ia adalah berdasarkan aspek penerimaan manusia terhadap persekitaran. Berdasarkan model Cohen (1978) mengenai aspek penerimaan persekitaran, didapati beberapa konsep seperti berikut: 1. Manusia mempunyai kemampuan terhad untuk memproses rangsangan dan hanya boleh menyumbangkan usaha terhad untuk menerima input dalam satu masa. 2. Jika input persekitaran melebihi kemampuan untuk diterima, strategi normal yang akan dilakukan adalah dengan mengabaikan input-input yang kurang relevan dan memberi tumpuan kepada input yang lebih penting. 3. Apabila sesuatu rangsangan yang terjadi mungkin memerlukan beberapa jenis tindak balas penyesuaian, maka rangsangan signifikan akan dinilai dengan proses pemantauan. Keputusannya sama ada akan berbentuk penyesuaian atau penggunaan terhadap respon. Semakin berat beban input persekitaran, maka semakin lebih perhatian dan tindakan penyesuaian diperlukan.

4. Kadar perhatian yang ada pada seseorang tidak bersifat berterusan dan mungkin hanya sementara. Setelah melakukan suatu penyesuaian yang berat, kemampuan total untuk memberi perhatian boleh terjadi dalam keadaan yang luar kemampuan. Contoh: Setelah beberapa jam belajar dengan tekun, adalah sukar untuk kita melakukan sesuatu yang juga memerlukan lebih perhatian. Pengaruh pencemaran terhadap emosi dan tingkah laku Pencemaran adalah salah satu daripada jenis-jenis pengaruh persekitaran yang memberi kesan negatif terhadap emosi. Jenis-jenis pencemaran atau persekitaran ekologi yang mempengaruhi emosi manusia adalah seperti berikut: i) Bunyi Secara psikologinya kita memahami bahawa bunyi bising didefinisikan sebagai unwanted sound iaitu bunyi-bunyi yang tidak kita ingini. Contohnya, seseorang yang suka mendengar lagu-lagu rock boleh menerima bunyi lagu tersebut tetapi bagi seseorang yang sedang belajar atau mungkin tidak meminatinya menganggap bahawa ia adalah muzik bising atau sekadar suatu pencemaran bunyi. ii) Bencana alam Bencana alam didefinisikan sebagai cuaca yang berlebihan/ ekstrim seperti kepanasan, kesejukan, ribut, banjir, gempa bumi, tsunami dan sebagainya. Kesemua perubahan drastik alam semula jadi ini memberi kesan terhadap peningkatan atau penurunan emosi atau tingkah laku individu. Definisi juga mengaitkan mengenai bencana alam yang berlaku hasil gabungan daripada tindakan alam semula jadi dan tindakan manusia seperti kejadian tanah runtuh (Fisher, Bell & Baum, 1978). iii) Cuaca dan suhu Persepsi mengenai suhu yang memberi kesan terhadap fizikal juga mempunyai pengaruh terhadap komponen psikologikal. Komponen fizikal berkaitan adalah seperti

suhu kepanasan di sekeliling yang memberi kesan kepada penyukat suhu dalaman tubuh dan juga reseptor pada kulit. iv) Udara Pencemaran udara berlaku apabila persekitaran udara kita mengandungi karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, bahan buangan bergas, hidrokarbon dan bahan pencemaran fotokimia yang terhasil daripada tindak balas cahaya atau haba. Bau yang busuk juga dianggap sebagai salah satu pencemaran udara. Bau badan adalah salah satu daripada pencemaran udara primitif (Fisher, Bell & Baum, 1978). Terdapat dua persepsi mengenai pencemaran udara. Iaitu pencemaran udara melalui persepsi bau yang dikesan dengan sel deria hidung dan persepsi visio yang dikesan dengan deria penglihatan seperti jerebu. 6.3 Bagaimana Persekitaran Mempengaruhi Emosi? Penerimaan manusia terhadap persekitaran adalah suatu kebolehan semula jadi yang mungkin terkawal atau tidak terkawal. Secara asasnya, persekitaran ekologi adalah lebih bersifat fizikal tetapi mempengaruhi manusia dalam aspek fizikal dan juga mental. Topik perubahan emosi yang terkesan daripada persekitaran adalah menjurus kepada sudut tekanan atau stress yang diterima daripada input-input persekitaran. Sama ada ia melalui kedatangan input persekitaran tidak selesa, perubahan drastik, terlalu banyak dan membebankan, atau terlalu berat untuk ditanggung, maka semuanya adalah hasil daripada input berbentuk fizikal.

8.0 KESIMPULAN Mohd Fadzli Abu Bakar 1. Keadaan serta corak emosi seseorang adalah sentiasa berubah-ubah berdasarkan faktor peringkat perkembangan, penetapan genetik dan persekitaran yang dialami. 2. Faktor genetik merupakan faktor utama terhadap pembentukan asas emosi seseorang. Ia adalah sebagai pemula dan bertindak sebagai acuan kepada variasi perbezaan di antara individu. 3. Dalam aspek perkembangan emosi, faktor-faktor persekitaran yang dialami oleh seseorang semakin mula mendominasi seiringan dengan peningkatan tahap umur dan pengalaman. Genetik sememangnya satu faktor pembentuk yang asas namun ia boleh berubah dengan faktor persekitaran yang lebih kuat. 4. Corak emosi berubah melalui faktor pemakanan kerana makanan boleh menyebabkan perubahan pada fungsi biologi dan psikologi. 5. Faktor pencemaran lebih mempengaruhi perubahan emosi manusia pada aspek penghasilan rasa tidak selesa dan perubahan suasana secara mendadak. 6. Boleh dikatakan bahawa faktor perwarisan dan persekitaran merupakan dua faktor utama yang membentuk corak emosi seseorang. Dari sudut penilaian masa, faktor perwarisan memainkan peranan sebagai pelopor peringkat permulaan. Namun peranan kedua-duanya adalah sama-sama kuat.