NO. AWARD : 900 TAHUN 2016

dokumen-dokumen yang mirip
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-840/12 ANTARA RIDWAN FARID BIN SUBAIRI DAN MERCURY MARINE SDN. BHD. AWARD NO: 551 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-274/15 DI ANTARA TAN POH THIAM DENGAN DAILY FRESH FOODS SDN. BHD. AWARD NO: 308 TAHUN 2017

KURSUS TEKNIKAL UNDANG-UNDANG KADI DAN PENDAKWA NEGERI PULAU PINANG 7 Oktober 1992 hingga 8 Oktober 1992

ULASAN KES JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN & YL LWN BERJAYA BOOKS SDN. BHD. & YL [2015] 3 CLJ 461

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

JPA(S)TT. 71/3/1 ( 16 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008

ULASAN KES VIEW ESTEEM SDN. BHD.

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

ULASAN KES HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

Tribunal Tuntutan Pengguna. Written by Administrator Thursday, 13 August :17 -

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

PENDAKWA SYARIE LWN NOOR WAHIDA BT AHMAD AZRI [2013] 3 SHLR 116

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

Sejuta Impian / Dana Belia 1Malaysia Borang Permohonan 2012

UPNM BUSINESS CENTRE SDN. BHD. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

JADUAL FI DAN KOS PENTADBIRAN TIMBANG TARA PANTAS KLRCA

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

Perjanjian Penyewaan Untuk (MASUKKAN ALAMAT DI SINI),

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

POLIS DAN HAK-HAK ASAS ANDA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO : A-05(S)-62-03/2014 & A-05(S)-80-03/2014

DALAM TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR HOO AH ALFRED HO - PIHAK YANG MENUNTUT SEBAB KEPUTUSAN

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA KEWAJIPAN MARUAH INTEGRITI

PENDAKWAAN DI MAHKAMAH BAHAGIAN UNDANG-UNDANG KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Liabiliti Majikan Terma & Syarat

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

POLISI PEMBELIAN. Pembelian Produk Samak. Produk Pesanan SAMAK SERTU SERVICES SDN BHD POLISI PEMBELIAN

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

JPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009

KAEDAH-KAEDAH PENGANTARAAN KLRCA JADUAL-JADUAL PENGANTARAAN KLRCA

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

KANDUNGAN Kaedah-kaedah Timbang Tara KLRCA

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian,

RHB Bank Berhad (No. Syarikat : 6171-M) DAN

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Profesion Kesihatan Bersekutu 1 D.R. 24/2015 RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2015

MAKLUMAT PINJAMAN PENDIDIKAN

PENGLIBATAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM SISTEM KEHAKIMAN SYARIAH: BUKAN ISLAM SEBAGAI SAKSI DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA

Terma & Syarat Kempen MyDebit

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

MAJLIS AMANAH RAKYAT (Surat Pekeliling Perolehan MARA Bil. 5/2012) Kuala Lumpur. Tarikh : 27 Oktober 2014

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN ASBi-KOP. No. Ahli No. Kad Kuasa (PDRM) No. Kad Pengenalan Awam. Tarikh Lahir No. Gaji Pejabat Pembayar Gaji

D.R. 24/2009 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan 1996.

TAKLIMAT BAKAL PESARA

TATACARA PENDAFTARAN KES TANGKAPAN SAMAN & WARAN DI MAHKAMAH SYARIAH

CONTOH BORANG PERJANJIAN PINJAMAN SILA GUNAKAN PEN BERDAKWAT HITAM SAHAJA!!!!!

Kempen Wealth Starter CIMB - Terma-terma dan Syarat-syarat

Pertikaian Perdagangan dan Resolusi Pertikaian

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

KELAB SUKAN BANK RAKYAT (KEBARA) NO. PENDAFTARAN 1939 (SELANGOR) 30HB. NOVEMBER, 1976.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA. Akta 15 AKTA HASUTAN Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Kesetiaan kepada Syarikat

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Sistem Insurans Pekerjaan 1 D.R. 27/2017 RANG UNDANG-UNDANG SISTEM INSURANS PEKERJAAN 2017

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

KOPERASI KAKITANGAN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD

RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a

ASPEK PERUNDANGAN BERKAITAN PENGURUSAN WANG KHAIRAT DI MALAYSIA DAN PERANAN AGENSI BERKAITAN. Mohd Zamro bin Muda Noor Lizza Mohamed Said

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

Transkripsi:

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO KES : 11/4-452/13 DI ANTARA HASRI BIN HASHIM DAN HICOM AUTOMOTIVE MANUFACTURES (MALAYSIA) SDN BHD (Disatukan dengan No. Kes : 11/4-640/13 melalui Perintah Mahkamah Bertarikh 09.01.2014) NO. AWARD : 900 TAHUN 2016 Di Hadapan : Y.A. DATO AHMAD ROSLI BIN MOHD SHAM - PENGERUSI (Bersidang berseorangan) Tempat : Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur Tarikh Rujukan : 26.02.2013 Tarikh Sebutan : 07.05.2013, 10.06.2013, 09.07.2013, 28.08.2013, 04.10.2013, 20.11.2013, 10.12.2013, 23.01.2014, 18.09.2014, 14.09.2015, 15.10.2015, 05.11.2015, 20.11.2015, 02.12.2015, 16.12.2015, 11.01.2016, 03.02.2016, 03.03.2016, 08.03.2016 Tarikh Bicara : 01.10.2014, 02.10.2014, 23.03.2015, 24.03.2015, 06.08.2015, 07.08.2015 Perwakilan : Encik Chandra Segaran dari Prem & Chandra, mewakili Yang Menuntut Puan R. Saraswathi dari Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, mewakili pihak Syarikat 1

RUJUKAN: Ini ialah rujukan yang dibuat dibawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967, mengenai pembuangan kerja Encik Hasri bin Hashim (selepas ini disebut sebagai Penuntut Pertama ) dan Puan Rosslaili binti Ibrahim (selepas ini disebut sebagai Penuntut Kedua ) (disatukan melalui Perintah Mahkamah bertarikh 09.01.2014) oleh Hicom Automotive Manufactures (Malaysia) Sdn. Bhd (selepas ini disebut sebagai Pihak Syarikat ) AWARD 1. Penuntut pertama adalah seorang Assistant Foreman di bahagian Paint Shop dengan Syarikat dan telah bekerja sejak 11.12.1989. Beliau telah diberhentikan kerja pada 10.09.2012 dan gaji terakhir beliau adalah RM1995.00 sebulan. 2. Penuntut kedua pula adalah seorang Operator sejak 18.08.1997 di bahagian Receiving and Supply, dan juga telah diberhentikan kerja pada tarikh sama dan gaji terakhir beliau adalah RM1148.00. 3. Kejadian yang membawa kepada pembuangan kerja kedua mereka adalah seperti berikut: Pada 22.06.2012 jam 10.35 malam, pihak Penguatkuasa Agama Islam Pahang telah membuat tangkapan atas Penuntut pertama dan kedua di satu alamat di Taman Mentiga Peramu, Pekan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran 2

Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, iaitu berada bersama dalam sebuah rumah tanpa ikatan suami isteri dan tanpa hubungan mahram sehingga boleh mendatangkan syak bercumbucumbuan. 4. Pihak Syarikat apabila menerima maklumat ini telah membuka satu siasatan atas kedua-dua Penuntut dengan meminta maklumat tangkapan dari pihak Penguatkuasa Agama Islam Pahang dan telah diberikan sebagaimana mukasurat 42-44 COB-1. 5. Berikutan dari itu pihak Syarikat telah mengeluarkan surat tunjuk sebab atas kedua-dua Penuntut dan telah dijawab pada 09.07.2012 oleh Penuntut pertama dan 10.07.2012 oleh Penuntut kedua. Pihak Syarikat tidak menerima jawapan mereka dan telah mengeluarkan notis Inkuiri Dalaman pada 31.07.2012. 6. Inkuiri dalaman diadakan pada 09.08.2012 dan kedua-dua Penuntut adalah diwakili oleh wakil Kesatuan semasa Inkuiri. Selepas Inkuiri Dalaman, Panel Inkuiri telah mendapati mereka bersalah atas pertuduhan dan laporan keputusan dihantar kepada Jawatankuasa Pengurusan. 7. Jawatankuasa Pengurusan setelah menerima laporan dari Panel Inkuiri telah membuat keputusan untuk menamatkan pekerjaan kedua-dua Penuntut berkuatkuasa dari 10.09.2012. 3

8. Kedua-dua Penuntut telah dituduh dan didapati bersalah atas salahlaku ditangkap oleh Penguatkuasa Agama bersama pasangan dalam sebuah rumah tanpa ikatan suami isteri dan tanpa hubungan mahram. 9. Tidak banyak pertikaian dari segi fakta dalam kes ini. Pihak Penuntut- Penuntut mempertikaikan pertuduhan yang telah dikenakan oleh pihak Syarikat dengan menyatakan bahawa laporan dari Jabatan Agama Islam Pahang adalah menunjukkan Penuntut-Penuntut hanya disyaki dan tidak disabitkan dengan kesalahan semasa pembuangan kerja, tetapi dalam Inkuiri Dalaman, kes terhadap Penuntut-Penuntut adalah kerana telah ditangkap kerana melakukan kesalahan khalwat. Selain dari itu, Penuntut-Penuntut juga berhujah melalui peguam mereka bahawa tangkapan atas kesalahan khalwat itu tidak menjejaskan imej, reputasi dan kepentingan Syarikat, lebih-lebih lagi kerana tangkapan ini adalah diluar kawasan atau premis Syarikat dan bukan dalam waktu bekerja. 10. Pihak Syarikat pula menghujahkan bahawa Penuntut-Penuntut adalah bersalah di bawah pertuduhan yang telah dikenakan dan ianya adalah satu salahlaku kerana telah menjejaskan imej dan reputasi Syarikat memandangkan Syarikat ini adalah terletak di sebuah bandar kecil yang majoriti penduduk adalah terdiri dari melayu muslim. Syarikat juga menerapkan dan berpegang kepada nilainilai peradaban penduduk setempat dikalangan pekerjanya. 4

11. Selain dari itu pihak Syarikat juga berhujah bahawa Penuntut-Penuntut telah menyatakan dalam keterangan bahawa mereka tidak mahu dikembalikan kepada pekerjaan mereka, maka dengan itu pihak Syarikat menghujahkan bahawa Mahkamah ini tiada lagi bidangkuasa untuk membuat sebarang perintah sebagai remedi. 12. Pada pendapat Mahkamah ini, isu pertama yang perlu diputuskan adalah samada pertuduhan oleh pihak Syarikat telah dibuktikan. Jika telah berjaya dibuktikan maka timbul pula persoalan kedua iaitu samada kesalahan itu adalah terjumlah kepada satu salahlaku pekerjaan atau employment misconduct. 13. Mengenai bidangkuasa Mahkamah yang tidak wujud lagi kerana Penuntut menyatakan mereka mahukan gantirugi, Mahkamah ini tidak menerima hujah ini kerana keterangan adalah tidak jelas menyatakan Penuntut-Penuntut tidak mahu dikembalikan kepada pekerjaan mereka. Penuntut kedua memang mengatakan bahawa dia mahu gantirugi. Ini boleh difahami kerana dia telah ada pekerjaan lain, tetapi dia tidak mengatakan bahawa dia tidak mahu dikembalikan kepada pekerjaan asal. Mahkamah memang mempunyai bidangkuasa memerintahkan pampasan sebagai ganti kepada pengembalian pekerjaan. Jadi jika Penuntut mahukan keduaduanya maka terpulang kepada Mahkamah untuk membuat perintah atas mana yang lebih sesuai. 5

14. Atas isu pertama, pertuduhan atas Penuntut-Penuntut adalah kerana ditangkap oleh pihak Penguatkuasa Jabatan Agama Islam kerana disyaki melakukan kesalahan yang umum dirujuk sebagai khalwat. Ketika tindakan keatas Penuntut dibuat oleh Syarikat, kedua-dua Penuntut walaupun telah ditangkap dan dituduh dibawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu tetapi belum disabitkan oleh Mahkamah Syariah atas apa-apa kesalahan. Jadi secara teknikal mereka belum didapati bersalah dibawah apa-apa Undang-Undang negeri, maka wajarkah tindakan diambil oleh Syarikat atas mereka. 15. Pertuduhan atas Penuntut-Penuntut adalah seperti berikut; Penuntut pertama: Pada 22.06.2012 jam 10.35pm bertempat di rumah No. 3, Lorong Mentiga Peramu, 26600 Pekan, Pahang anda telah ditangkap oleh Penguatkuasa Agama bersama pasangan anda Rosslaili binti Ibrahim dalam rumah tanpa ikatan suami isteri dan tanpa hubungan mahram. Penuntut kedua: Pada 22.06.2012 jam 10.35 pm bertempat di rumah No. 3, Lorong Mentiga Peramu, 26600 Pekan, Pahang anda telah ditangkap oleh Penguatkuasa Agama bersama pasangan anda Hasri bin Hashim dalam sebuah rumah tanpa ikatan suami isteri dan tanpa hubungan mahram. 6

16. Jadi pertuduhan ini adalah kerana Penuntut pertama dan kedua berada dalam sebuah rumah tanpa ikatan suami isteri dan tanpa hubungan mahram sehingga ditangkap oleh Penguatkuasa Agama. Sama ada Penuntut-Penuntut adalah disyaki atau telah melakukan satu kesalahan atau disabitkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Negeri Pahang adalah tidak membawa kesan kerana itu bukanlah pertuduhan atas Penuntut-Penuntut. Persoalannya adalah, pada dasarnya adakah Penuntut-Penuntut telah didapati melakukan seperti yang telah dipertuduhkan oleh Syarikat, dan samada perlakuan itu adalah satu salahlaku pekerjaan yang mewajarkan hukuman buang kerja yang akan dibincangkan kemudian sebagai isu yang kedua. 17. Penuntut-Penuntut juga berhujah melalui peguam mereka bahawa mereka dituduh sebagai telah ditangkap kerana melakukan kesalahan khalwat di bawah Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 seperti mana hujah pendakwa semasa Inkuiri Dalaman, sedangkan laporan dari Jabatan Agama Islam Pahang kepada pihak Syarikat menyebutkan bahawa mereka ditangkap kerana berada berdua-duaan bersama dalam sebuah rumah tanpa ikatan suami isteri dan tanpa hubungan mahram antara kedua-duanya sehingga boleh mendatangkan syak bercumbu-cumbuan. Ketiadaan perkataan disyaki dalam kes pendakwa terhadap Penuntut-Penuntut membawa maksud berlainan antara pertuduhan dan kesalahan yang sebenarnya. 7

18. Perlu disebutkan disini bahawa kesalahan yang sering disebut sebagai khalwat di bawah Enakmen yang berkaitan bukanlah kesalahan bercumbu-cumbuan tetapi perkara yang menjadi kesalahan adalah, apabila mereka yang terdakwa didapati berada bersama berdua-duaan sedangkan mereka bukan suami isteri atau mahram, sehingga mereka boleh disyaki bercumbu-cumbuan. Unsur pertama yang menjadi kesalahan adalah berada berdua-duaan. Keadaan berdua-duaan yang menyebabkan mereka boleh disyaki bercumbu-cumbuan, bukan bercumbu-cumbuan itu sendiri yang menjadi elemen kesalahan. Maka perkataan disyaki dalam konteks ini tidak membawa maksud mereka hanya disyaki dan tidak melakukan kesalahan. 19. Penuntut-Penuntut tidak menafikan samada semasa Inkuiri Dalaman dan semasa perbicaraan di Mahkamah ini bahawa mereka memang ditangkap ketika berada berdua-duaan dalam rumah seperti yang didakwa. Penuntut pertama memberi alasan bahawa mereka hanya bercakap-cakap. Penuntut kedua berkata sebelum itu anaknya berada di rumah tetapi telah keluar semasa ditangkap. 20. Maka fakta bahawa Penuntut-Penuntut ditangkap ketika berada berduaduaan dalam sebuah rumah pada tarikh dan waktu seperti yang didakwa adalah tidak dinafikan dan terbukti. Apa pun alasan yang diberikan, tetapi pada dasarnya mereka memang melakukan seperti yang didakwa iaitu berada bersama dalam sebuah rumah tanpa apa-apa hubungan samada suami isteri atau mahram sehingga boleh menimbulkan syak. 8

21. Secara umum Inkuiri Dalaman yang telah diadakan terhadap Penuntut tidak ada kecacatan yang ketara dimana Penuntut-Penuntut telah diberikan surat tunjuk sebab, notis Inkuiri dan telah diwakili oleh wakil kesatuan semasa Inkuiri. Mereka telah diberi peluang untuk mengemukakan kes mereka dan menjawab dakwaan oleh Syarikat. Walaupun Penuntut-Penuntut mempersoalkan ketepatan nota Inkuiri Dalaman tapi tiada keterangan yang ketara menunjukkan ianya tidak tepat dikemukakan oleh Penuntut-Penuntut. Dalam apa keadaan pun tiada hak Penuntut- Penuntut yang telah dinafikan. 22. Setelah mendapati bahawa perlakuan seperti pertuduhan telah dibuktikan oleh Syarikat maka persoalannya adalah samaada perlakuan ini terjumlah kepada satu salahlaku pekerjaan yang mewajarkan pihak Syarikat mengambil tindakan. Perbuatan ini telah berlaku di luar premis syarikat dan di luar waktu kerja. 23. Atas isu ini, secara umum perhubungan antara pekerja dan majikan bermula dengan satu perjanjian iaitu kontrak perkhidmatan dimana pihak Syarikat akan mendapat khidmat dari pekerja dan pekerja berhak mendapat ganjaran untuk khidmatnya dan juga jaminan pekerjaan. Syarikat pula bagi menjaga kepentingannya boleh menetapkan syarat-syarat untuk perkhidmatan ini dalam bentuk peraturan dan disiplin yang perlu dipatuhi oleh pekerja. Pelanggaran peraturan dan disiplin serta menjejaskan kepentingan Syarikat adalah satu pelanggaran perjanjian dan merupakan satu salahlaku yang membolehkan Syarikat mengambil tindakan. Jadi bagi menjawab persoalan ini perlu diteliti samada 9

perlakuan Penuntut-Penuntut telah melanggar peraturan Syarikat, syarat perkhidmatan atau menjejaskan kepentingan Syarikat. Bukanlah tugas dan tanggungjawab Syarikat untuk mengawal kehidupan peribadi pekerjanya dalam segala hal dan dalam perkara yang tiada kena mengena dengan Syarikat. 24. Penuntut-Penuntut berhujah melalui peguam mereka bahawa Syarikat tidak berhak untuk mengawal tindak tanduk dan akhlak pekerjanya diluar dari waktu bertugas dan di luar dari premis Syarikat melainkan kepentingan Syarikat adalah terjejas dan dalam kes ini Penuntut-Penuntut juga berhujah bahawa tiada keterangan yang dapat menunjukkan bahawa imej, reputasi atau kepentingan Syarikat adalah terjejas akibat dari perbuatan Penuntut-Penuntut. 25. Pihak Syarikat berhujah bahawa perlakuan ini adalah berkait dengan nilai akhlak atau moral, iaitu satu perlakuan tidak bermoral atau immoral act. Syarikat telah memberi keterangan melalui saksi-saksinya bahawa, sebagai sebuah organisasi yang mengeluarkan kereta nasional, kilang yang terletak di bandar kecil Pekan yang majoriti penduduk adalah orang melayu beragama Islam, 99% pekerja adalah orang melayu beragama Islam, maka adalah menjadi polisi Syarikat untuk berpegang kepada nilai peradaban setempat dan telah memasukkan nilai ini dalam Dasar dan Tatacara Tatatertib Syarikat. Antara kesalahan tatatertib di bawah Dasar dan Tataca Tatatertib adalah Klausa 35 yang menyebutkan; Menjatuhkan imej atau nama baik syarikat melalui apa-apa cara sama ada lisan, tulisan atau perbuatan. 10

Klausa 68 pula memperuntukkan antara kesalahan tatatertib adalah; Disabitkan kesalahan jenayah, dadah, syariah atau diisytiharkan bankrap oleh mana mana mahkamah. 26. Pihak Syarikat merujuk kepada beberapa kes bagi menyokong hujah mereka. Antara kes-kes tersebut, adalah kes Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Baru) v Rozita Binti Md Isa (1995) 2 ILR 391, kes Permint Plywood Sdn Bhd, Kuala Terengganu v Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkayuan Semenanjung Malaysia (1993) 1 ILR 253 dan kes Mahkamah Tinggi Bank Muamalat Malaysia Bhd v Mahkamah Perusahaan Malaysia & Anor (2012) 1 MELR 755. Kesemua kes ini secara umum memutuskan bahawa kesalahan berkaitan moral adalah satu employment misconduct apabila ianya menjejaskan imej dan reputasi Syarikat lebih-lebih lagi apabila Syarikat terletak di persekitaran sebuah bandar kecil. Kesalahan dari segi moral bukan sahaja adalah satu employment misconduct tetapi juga adalah satu gross misconduct yang boleh membawa kepada pembuangan kerja. 27. Pada pendapat Mahkamah ini, tidak dapat dinafikan bahawa perbuatan yang mana Penuntut-Penuntut didapati telah melakukan adalah satu kesalahan moral. Samada kesalahan moral boleh menjadi satu salahlaku pekerjaan bergantung kepada beberapa faktor, seperti nilai-nilai masyarakat sekitar, latar belakang dan jenis aktiviti Syarikat dan samada ianya adalah menjadi sebahagian dasar atau polisi 11

Syarikat yang perlu pekerja itu patuhi kerana menjadi sebahagian dari syarat kontrak pekerjaan. 28. Dalam kes ini Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Syarikat telah menjadikan kesalahan moral sebagai satu kesalahan disiplin yang mengikat pekerja apabila memasukkan kesalahan syariah dalam Dasar dan Tatatertib Syarikat. Begitu juga latar belakang Syarikat sebagai Syarikat Nasional yang perlu selaras dengan nilai-nilai masyarakat di negara ini. Selain dari itu, Syarikat ini juga terletak di bandar kecil yang penduduknya majoriti melayu Islam, pekerja Syarikat juga majoriti melayu Islam dan juga Penuntut-Penuntut ditangkap di kawasan perumahan yang penduduknya majoriti pekerja Syarikat. 29. Atas sebab-sebab seperti di atas, Mahkamah ini membuat keputusan bahawa Penuntut-Penuntut telah melakukan satu perbuatan yang menjadi satu salahlaku pekerjaan dan ianya adalah satu salahlaku yang berat yang mana pembuangan kerja adalah wajar. 30. Oleh itu pemberhentian kerja Penuntut-Penuntut adalah dengan sebab dan alasan yang adil dan dengan ini tuntutan oleh Penuntut-Penuntut adalah ditolak. 12

DIPERTURUNKAN PADA 08 OGOS 2016 -Signed- (DATO AHMAD ROSLI BIN MOHD SHAM) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KUALA LUMPUR 13